ARTIKEL MENARIK UNTUK DIBACA:Adakah Mahathir boleh dipercayai? ANWAR DAN PH MENANTI REBAH...


Izinkan Ezam kembali ke pangkuan PKR

Adakah Mahathir boleh dipercayai?
ANWAR DAN PH MENANTI REBAH...

Negara ini seperti tidak pernah aman 20 tahun lamanya kerana dua insan bernama Mahathir dan Anwar. Bagi saya, ia adalah perlawanan ' buku bertemu ruas '. 

Jika Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Musa Hitam, Ku Li, Tun Ghafar Baba, Raja-raja, Anwar Ibrahim 1, Tun Abdullah dan Najib tewas... Anwar Ibrahim adalah lawan Mahathir yang tewas dan bangkit kembali. Keduanya sama-sama handal bersilat.

Saya berpendapat negara ini seperti dibawah telunjuk Mahathir. Semua org kena ikut segala kemahuannya. Licik dgn idea konspirasinya. Manakala Anwar yang terkenal dengan usaha membela rakyat, penuh dengan kesabaran dan dianggap adalah lawan seimbang dengan Mahathir.

Mahathir menggunakan kuasa jawatannya dan Anwar menggunakan kuasa rakyat. Siapa yang akan menang? 

Sebelum itu ingin saya jelaskan hujah atau pandangan artikel ini adalah pandangan peribadi. Tidak perlu dijadikan pegangan atau digaduhkan, cukup sekadar fikir fikirkan....

Pandangan tentang Tun Mahathir ?

NL: Aku ni orang kecil. Berparti pun tidak hanya menggunakan sedikit pengalaman dlm bidang wartawan utk aku menulis. Aku menulis apa yang aku rasa bukannya apa yg org lain rasa.

Aku masih ingat kata-kata Allahyarham Hj Ikhwan Nasir bekas Setpol Tun Dr Ismail ketika usia aku 24 tahun yg sudah menulis politik utk akhbar miliknya... 'Org yg peka kpd politik utk rakyat, dia adalah manusia yg bertanggungjawab. Tapi jika dia peka dalam politik untuk mencari kekayaan, dia adalah pengkhianat negara.'

Pesannya, mula-mula kau baca sesuatu artikel utk pengetahuan dan baca lagi sekali untuk dianalisis artikel tersebut. Kau akan jadi insan yang tidak mudah dipengaruhi.

Bila diumumkan Mahathir bakal PM... aku terus mengkaji baik dan buruknya.  Aku beri komen tidak bersetuju perlantikkan Tun sebagai PM tapi seorang rakan hardcore sebuah parti politik menghubungi aku memohon jasa baik, jgnlah kritik keputusan Majlis Presiden memilih Tun menjadi PM. Yg penting katanya, kita jatuhkan BN dahulu.

Aku menghormati atau berdiplomasi permintaan tersebut. Lalu menulis utk mempromosikan Tun adalah pemimpin sementara yang sesuai berdasarkan pengalamannya. Dalam keterpaksaan itu aku redha.

Aku mengkaji perjalanan Tun dlm dunia politik. Dia memang benar-benar licik. Dia menulis buku utk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman. 

Dalam satu meeting kabinet era 60'an dahulu, kata bapa mertua ( berada dlm meeting tersebut) kepada aku Tunku Abdul Rahman berkata dengan nada yg agak marah kpd semua jamaah Menteri, ' Im not close the door but Im sealing the door for him to joint back UMNO.'

Sebaik Tun Abdul Razak mengambil alih sebagai PM, Mahathir telah dibawa masuk dlm UMNO dan diberi jawatan sebagai Timbalan Menteri. Selepas Tun Hussein menjadi PM, Tun begitu licik sehingga berjaya mempengaruhi Tun Hussein utk segera menyerahkan jawatan PM kpdnya. 

Selepas menjadi PM, Tun Musa Hitam terpaksa mengambil keputusan mengundurkan diri. Dalam buku ' Frankly Speaking' Tun Musa Hitam menulis dia seperti telah dikambing hitam dlm kes Memali, Kedah. 

Tun Ghafar Baba juga seperti dipinggirkan selepas digunakan Timbalannya itu untuk menyelesaikan masalah dgn Raja-raja Melayu. Seterusnya Anwar Ibrahim sehingga sanggup dia mengaibkan Timbalannya sebegitu sekali. 

Selepas Anwar, Tun memaksa Pak Lah PM Malaysia ketika itu utk berundur. Aku masih ingat bagaimana berangnya Pak Lah yg kita kenali sebagai seorang yg sgt lemah lembut. Sedangkan Tun sendiri yang melantik Pak Lah sebagai Timbalan dan seterusnya sebagai PM. Lucu Tun boleh berkata dia hanya mahu Pak Lah menjadi PM sepenggal sahaja. Wah... dia pula yang boleh menentukan berapa lama seseorang itu boleh menjadi PM.

Tun pilih Najib Tun Razak menjadi PM. Selepas beberapa perkara yg Tun mahukan tidak dilayan Najib, Tun menyerang Najib sehingga tersungkur. Semuanya Tun menang setakat ini.

Adakah PH atau PKR, Amanah dan DAP telah membuat keputusan yg silap memilih Tun?

NL: Tidak 100% silap. Mana lah kita semua sangka manusia berusia 92 tahun boleh memungkiri janji atau berniat tidak baik. Siapa sangka Tun mahu mengembalikan zaman ditaktornya atau zaman disumpah seranah oleh rakyat. 

Patut Majlis Presiden pilih siapa?

NL: Sepatutnya dulu pilih sahaja Wan Azizah sebagai PM sementara. Sebab yg kita mahukan Anwar Ibrahim segera menjadi PM. Tapi sayang ia tidak berlaku. Aku bantah tapi diminta utk memberi sokongan. Akhirnya sokongan membawa rebah.

Aku tahu masa tu Presiden Amanah, PKR dan DAP mahu Bersatu menjadi UMNO no 2. Ini kerana kekuatan PH bukan kepada kaum Melayu. Impian PH untuk menjadikan Bersatu UMNO 2.0 dapat dilihat apabila mereka diberi kerusi Parlimen yang paling banyak.

Namun apa yang diharapkan tidak berlaku....Aku melihat pada PRU lalu yang menyokong PH 40% Melayu, 80% Cina, 80% India di Semenanjung. UMNO masih parti Melayu terbesar. Dalam erti kata lain kemasukkan Bersatu dalam PH impaknya sekitar 10% sahaja.

Buktinya? Kita merancang tapi Tuhan sebaik baik perancang. Walaupun Bersatu paling banyak bertanding tetapi parti itulah yang paling sedikit memenangi PRU. Malah kemenangan Bersatu banyak diberikan oleh pengundi-pengundi Cina. 

Aku tak dapat bayangkan jika Bersatu memenangi 50 kerusi MP. Tentu Tun Mahathir akan lebih besar kepala. Sedangkan kerusi yang kecil Tun urus negara ini macam negara dia punya sehingga begitu banyak melanggar konsensus Pakatan Harapan.

Sejak bila perasan tindak tanduk Tun mencurigakan?

NL: Sejak dia berkempen. Dia tidak attack UMNO tapi yang diserangnya Najib, Najib, Najib or ' Money is King'. Bila menang aku lihat Tun seperti hanya sekadar mahu jatuhkan Najib sebagai PM. 

Malah waktu kemenangan dulu ketika pemimpin dan penyokong PH seperti terkhayal atau seperti melayan air ketum hingga tidak sedar Tun telah memulakan strategi.

Kita tidak perasan kenapa Tun mahukan Azmin. Malah meletakkan Azmin sebagai Menteri Ekonomi. Tentu sebab kementerian itu diwujudkan utk mengawal projek-projek mewah negara.

Tun tahu Azmin sudah lama memasang strategi membina empayar dalam PKR untuk dia menguasai parti tersebut. Hingga tanpa disedari DUN, Exco, Ketua2 Cabang, Ahli Majlis hampir kesemua diletak kroni2 beliau. Tun hanya mahu mempergunakan Azmin. Percayalah Azmin akan tahu nasibnya 3 tahun lagi.

Pengundi, penyokong, ahli dan pemimpin-pemimpin PH ibarat seperti keluar mulut harimau masuk mulut buaya. Mereka masih tidak dapat melihat Malaysia Baru yang sebenar benarnya.

Walaupun Tun dah umum selepas APEC akan serahkan jawatan kepada Anwar.

NL: Aku dh tahu info ini waktu di Parlimen tempohari lagi Tun minta pada Anwar utk melepaskan jawatan selepas APEC. Apa yg penting sgt APEC utk Tun. Ia sekadar alasan utk mencuri masa. Bagi aku ia satu perangkap kerana tempoh 5 bulan ini tidak sempat utk Tun dan Azmin merancang atas beberapa faktor di luar kawalan mereka. 

Ini pandangan aku yg tidak semesti boleh menjadi pegangan. Cuma kata hati aku selalunya betul.

Bila kita lihat kembali senarai jawatan Menteri, Timbalan dan jawatan-jawatan di Selangor tidak hairan mengapa dlm PKR ramai pemimpin-pemimpin mengerumi Azmin. Semua mereka itu ada jawatan dalam kerajaan dan parti.

Bagi aku tempoh dipohon itu hanya extra time utk merancang strategi. Aku masih tidak percaya pada Tun sehingga Tun menyerahkan jawatannya kepada Anwar.

Kenapa aku masih tidak percaya? Lihat kes 'semburit' Azmin. Kes yg mempunyai bukti yang kuat tetapi mengapa Tun sendiri menolaknya? Mengapa kes Anwar dulu Tun tidak membela Anwar samada kes 1998 atau yg terbaru. Sebab itu aku kata semua ini konspirasi.

Kes Zahid Mat Arip sepi begitu saja. Kes Hishamuddin yg sudah ada bukti pun sepi begitu sahaja. Ada Hishamuddin dipanggil utk siasatan? Ada mata lihat, ada telinga dengar dan ada otak fikir. Ini bukan anspirasi yg rakyat mahukan. Masih wujud kronism, masih wujud kuasa eksekutif, masih wujud konspirasi.

Kenapa Tun tak mahu  Anwar menjadi PM?

NL: Jika katanya soal moral, kes Azmin dan Hishamuddin pun masalah moral. Ada Tun ambil peduli. Tidak. Bagi aku kerana Tun tahu jika Anwar menjadi PM kroni dan anak-anaknya yang semua tahu bergelar billionair tak boleh cari makan. Itu saja pandangan aku. Tak ada sebab lain. 

Selain itu tengoklah Tun mahukan FGV dijual kepada Syed Mothar. Umum mengetahui Syed Mothar adalah kroni Tun. Sedangkan saham FGV naik dan keuntungannya meningkat dengan sangat positif... mengapa ia perlu dijual?

Jadi tak setuju dgn tarikh selepas APEC?

NL: Aku tak setuju kerana ia sekadar buy time untuk memasang strategi. Cukuplah Anwar terkena peristiwa 1998. Dia boleh mencabar Presiden ketika itu tetapi dia bersabar dan akhirnya dia diaibkan oleh Presidennya.

Apakah Tun sanggup membuat konspirasi sekali lagi?
NL: Kes Najib bukan terlalu lama berlalu. Aku tak hairan Tun akn lakukan kpd Anwar sekali lagi. Lihatlah siapa Peguam yg membawa Yusof Rawther. Kita nak lantik Peguam fikir 20 kali. Kos guaman bukannya murah. 

Kenapa Peguam Tun? Kenapa kes Azmin dia tak pergi jadi Peguam Haziq. Ke mana Haziq sekarang? Adakah dia sudah dibayar hingga diam mulutnya? Semua ini bermain di fikiran aku. Semuanya macam tak kena. 

Kalau kes Azmin pun berjalan... mungkin kita tidak mengesyaki apa2. Bila Azmin dilihat kebal maka geng kartel yg mewujudkan perpecahan PKR sekaligus PH semakin percaya kononnya Azmin akn jadi PM. Jadi mereka semua ini kena setia dgn Azmin. 

Apatah sekarang mereka yang berjawatan semuanya terhutang budi dengan Azmin. Bila kedudukan Azmin kukuh sekaligus kedudukan Tun pun kukuh.

Bagi aku strategi Tun adalah sama sewaktu dia menjadi PM4. Isu yang sama untuk 'branding' kan kepada masyarakat kononnya Anwar ni 'gay' atau kaki liwat, kedua memegang fail pemimpin tertentu untuk memastikan mereka setia bersamanya.

Pandangan peribadi aku ini semua strategi pecah dan menang. Jika PKR berpecah sekaligus kerajaan PH akn musnah. Lemah kerajaan PH ini sebenarnya bukan kerana hebatnya BN dan Perpaduan Nasional tetapi ia dilemahkan dari dalam.

Contoh Tun tahu sesebuah kerajaan, kementerian Multi Media atau dulu dikenali Kementerian Penerangan Malaysia sangat penting. Tun tahu Menteri Multimedia tidak berfungsi. Bagi aku ia disengajakan oleh Tun. Gobing bukan bidang dia dalam Kementerian itu. 

Maaf kata mengapa aku kata Tun sengaja melemahkan PH. Tun sengaja hadir Kongres Maruah Melayu untuk DAP melatah. Tun mahu melihat jika berlaku perpecahan dan muncul gabungan baru ia berpunca dari DAP mahupun PKR akibat krisis Anwar dan Azmin.

Perlantikan Peguam, Ketua SPRM dan lain-lain semua adalah untuk Tun mengunci demokrasi yang dicari-cari oleh pengundi Malaysia Baru. Tun telah mencuri cita-cari rakyat Malaysia. 

Kenapa pembangkang?

NL: Aku difahamkan 40% MP UMNO tidak mahu bersama Tun. Walaupun dikhabarkan MP UMNO yg dipanggil ke rumah Azmin ditawarkan projek bernilai RM 50 juta di kwasan Parlimen masing2 seperti diperakui MP Kuala Kangsar.

Aku merayu kepada MP UMNO terutamanya supaya tidak bersubahat dalam pakatan songsang ini. Sampai bila negara ini dibawah telunjuk Tun?  Jika ia berlaku percaturan Tun akan terhenti.

Aku berkeyakinan Azmin hanya mampu bawa paling banyak 10 MP PKR. Tapi jika separuh MP UMNO menolak untuk bersama Tun... aku percaya Tun terpaksa menyerah jawatan PM secara terpaksa kepada Anwar.

Persoalannya sekarang samada MP UMNO kuatkah iman mereka dengan godaan projek terbabit....Yang aku lebih bimbang takut diugut dgn file-file SPRM... wallahuallam. Mungkin aku berburuk sangka tapi bacaan aku ia tidak mustahil.

Mengapa hanya sebut UMNO tetapi bukan PAS mahupun MCA dan MIC?

NL: PAS hanya ikut ikutan. A kata UMNO... A lah kata Hadi Awang. Bila Hadi Awang kata A... pengikutnya ikut saja. Mudah sangat matematik pendirian PAS. MCA dan MIC mana ada kekuatan. Kemenangan MCA yang lalu bagi aku faktor bangsa. Pengundi Cina pilih calon Cina kerana menang atau kalah ia tidak akan mengubah kerajaan Malaysia dan negeri.

Dalam maksud lain adakah Tun masih seperti Tun PM4?

NL: Ya.. Tun 2018 sama dgn PM 4. Tun sebenarnya tahu dalam konsensus PH, Perdana Menteri hanya boleh melantik Menteri yang namanya diserah oleh parti kecuali parti yang diwakilinya saja.

Perdana Menteri tidak boleh menentukan siapakah bakal pengganti beliau dan tarikh-tarikh tertentu kerana ia akan ditentukan oleh Majlis Presiden. Tapi semua dilanggar oleh Tun.

Sebenarnya Anwar, Mat Sabu, LGE dan pimpinan PH telah banyak bersabar dengan karenah Tun. Tapi Tun sengaja seperti mencabar kesabaran mereka. Seperti aku kata Tun mahu merobohkan PH dari dalam.

Bila Tun melantik Menteri pilihannya maka muncullah kumpulan kartel. Kumpulan yanang dikumpul oleh Azmin. Kumpulan yg tujuan untuk menghalang Anwar menjadi PM.

Sebab itu aku katakan Majlis Presiden dalam mesyuarat akn dtg mesti memaklumkan kepada Tun untuk menetapkan tarikh iaitu Mei 2020 ini untuk Anwar menggantikan Tun.

Masih ingatkah lagi... perlantikan Tun sebagai PM bukan sebagai Perdana Menteri dinantikan tetapi Perdana Menteri sementara untuk diserahkan kepada Anwar Ibrahim. Ini semua telah disebut dan bukan sembang-sembang kedai kopi.

Jika Majlis Presiden tidak berani menyuarakan isi hati rakyat, semua Presiden-presiden akan menjadi Presiden pembangkang sedikit masa lagi.

bersambung .... 

Anwar akn diserang. Kenapa Ezam Mohd Nor diperlukan? Selepas Rafizi mengundurkan diri PKR perlukan seorang panglima yg lantang bersuara...

Norman Leverpool...