SERUAN BERSATU TUN MAHATHIR, DAN UCAPAN MENGHASUT HAJI HADI DI SARAWAK..



Semalam Hari Malaysia di Sarawak.. Seluruh bangsa, Agama dan suku kaum berhimpun..Begitu juga Pemimpin Kerajaan Pusat dan Negeri.. Pemimpin Kerajaan dan Pembangkang.. Tun Mahathir membawakan Mesej Bersatu, Bersama membina kemakmuran bersama tanpa meminggir semua kaum dan Etnik.. cukup Harmoni program malam tadi..

Rupanya, dalam pada program Kerajaan PH, PAS juga kononnya nak bersaing.. Buat juga himpunan di Sarawak.. Seluruh Kepimpinan utama PAS turun termasuk Haji Hadi.. Buat himpunan kat padang mana entah, Malangnya lebih ramai tetamu dari semenanjung, Kepimpinan PAS yg datang lebih ramai dari yang dengar, dah rupa program berkelah Keluarga, hari keluarga Pasti kat Taman tasik Taiping..Siap dengan jamuan makan,,

Aku tak kisahlah tak ramai yang hadir.. awal risalah Nabi dulu pun, tak ramai orang yang ikut Nabi.. Cumanya yang kita pertikaikan, Kalau datang watak bernama Haji Hadi.. tidak sah kalau dia tidak membawa api Kebencian dan Perpecahan.. 

Malangnya Kebencian kepada kaum Cina yang didakyahkan di semenanjung cuba dibawa kepada Rakyat Sarawak.. meracau Haji Hadi pasal DAP dan Cina sampai dibawa ke Sarawak.. Nampak kebencian dan hasutan sudah sebati dengan jiwanya sebagaimana sifat Ib&^^..

 Bagi aku Ucapan Haji Hadi ini adalah ucapan hasutan Perkauman.. malangnya ia keluar dari mulut orang Agama.. Apa Haji Hadi kata ? Mengejutkan bila aku baca laporan harakah Pagi tadi..aku petik dari harakah yg aku kebetulan baca tadi..

" "PRU lalu, BN jatuh. Tapi yang menguasai Malaysia hari ini PH. DAP yang memimpin paling besar, malangnya DAP mahu mengumpul kekayaan untuk orang cina sahaja, bukan untuk semua.

"Orang-orang lain masih dalam ketinggalan, padahal orang (Peribumi) asal lebih ramai daripada orang Cina, baik di Semenanjung begitu juga di Malaya. Mereka (orang Cina) menguasai ekonomi. Orang India, Melayu dipinggirkan,"

Apa lagi Kata Haji Hadi..

"Sebab itu kita harap supaya rakyat selama ini utamakan, biar Bumiputera yang menguasai Sarawak ini, biar Melayu yang menguasai Sarawak ini, kita tidak halau orang Cina, tidak! Tapi jangan (kita biarkan) orang Cina (DAP) menguasai Sarawak ini.

"DAP mahu orang Cina menguasai Sarawak, kita kena halang, sebab itu Melayu Iban, dengan semua penduduk asal ini perlu bersatu, pertahankan kuasa bumiputera di Sarawak ini. Ini (yang) PAS minta. Supaya kita semua bersatu, jangan sokong DAP, jangan sokong parti-parti yang bekerjasama dengan DAP," serunya.

Nampak tak, Bagaimana Haji Hadi mainkan sentimen cina ,Penjajah menghasut orang Sarawak.. Sedangkan seluruh pemimpin PH datang ke Sarawak, Menyeru rakyat pelbagai latar belakang kaum, etnik dan Agama bersatu padu..

Untuk Pengetahuan Haji Hadi.. DAP sudah lama bertapak di Sarawak, Bukan hanya DAP..hatta PKR.. yang tak pernah bertapak dan diterima rakyat Sarawak itu adalah PAS..Orang Cina sudah lama menguasai politik Sarawak.. Orang Cina sudah lama menguasai Ekonomi, bukan sahaja di Malaysia, Hatta Seluruh Dunia, Tidak ada kena mengena dengan DAP dan Penjajah.. Sejak UMNO dan BN memerintah dulu pun memang Cina menguasai Ekonomi..

Berhentilah menghasut, Melaga lagakan sesama Rakyat, Kita boleh tuntut hak Pribumi, Hak orang melayu, Hak rakyat Miskin.. bukan dengan cara menyebarkan Kebencian Kaum dan Agama, yang suka rakyat berpecah belah, Menyebarkan Kebencian ini hanyalah Sifat Iblis bukan Sifat Ulama'...

Cukuplah diusia muda kamu berjaya memecah belah Ummat Islam, menyemarakkan budaya Takfiri..Berjaya buat orang Islam mengangkat Senjata seperti Di memali, Solat 2 Imam,  institusi Keluarga berantakan, Cerai berai akibat politik dan Amanat Haji Hadi.. jangan ditambah Dosa diakhir usia memecah belahkan Rakyat , Menyebarkan Kebencian dikalangan sesama Rakyat.. Rakyat sarawak hidup harmoni selama ini..

Bagi aku Ucapan Haji Hadi di Sarawak itu cukup melampau.. Merosakkan nama baik Islam.. Kalau boleh rosakkan nama kamu sebagai Hadi, jgn sesekali merosakkan nama dan wajah baik Islam dan Nabi,,

Biarlah jadi seperti Saidina Umar, diawal hidupnya membenci dan memerangi Nabi, Diakhir usianya menjadi orang yang membawa Keadilan dalam pemerintahan seperti ditunjukkan Tun Mahathir.. Jangan jadi seperti Bal'am bin Ba'ura, atas sebab rasa bongkak dan besar diri Allah sesatkan diakhir hayatnya..

 Dalam Hadis Nabi yang lain, Nabi telah sampaikan kebimbangan akan datangnya suatu zaman yang lebih ditakuti Nabi dari dajjal..

من غير الدجال أخوف عليكم من الدجال

"Sesungguhnya aku lebih takut padamu, melebihi dajjal...

Bila ditanya siapa kah mereka, jawab Nabi..

من الأئمة المضلين..

Imam imam ( pemimpin ) yg menyesatkan..

Bertaubatlah Haji Hadi.. Hentikan Politik Kebencian kaum dan Agama..

IpohmaliE