1. Saya sama sekali tidak terkejut dengan berita kelulusan projek rundingterus (direct nego) oleh Kementerian Kewangan yang tular dimedia sosial dan utama beberapa hari lalu.
2. Ianya hanya mempamerkan satu lagi hakikat bahawa kerajaan baru ini sama sahaja dengan kerajaan lama. Yang berbeza hanya dari segi slogan dan penampilan. Hakikatnya sama. Tiada beza.
3. Kelulusan oleh MOF secara rundingterus ini hanya satu daripada banyak keputusan2 lain yang sudah saban kali terpampang yang menunjukkan bahawa hakikatnya semangat reformasi tidak wujud dalam pentadbiran kerajaan baru ini.
4. Agenda dan semangat reformasi telah dirampas (hijacked) oleh kelompok elit yang menguasai negara lama sebelum ini. Dan reformasi adalah ibarat lembaga yang paling dibenci oleh mereka, kelompok elit.
5. Elemen dan semangat reformasi sekiranya benar2 mendasari pentadbiran negara ini pastinya kelompok elit akan terhumban jatuh. Sebaliknya sekiranya kelompok elit ini masih menguasai, reformasi yang akan terhumban. Hari ini Reformasi yang terhumban.
6. Buktinya jelas. Direct nego MOF ini untuk siapa selama ini? Untuk kroni penguasa dan pemerintah. Tidak mungkin sama sekali siapapun boleh mendapat surat keramat kelulusan rundingterus itu sekiranya mereka bukan kroni kepada pemerintah. Ertikata lain, rundingterus ini hanya buat mereka yang dikenali pemerintah. Bukan untuk syarikat biasa-biasa. Mereka kelompok elit.
7. Kerajaan sudah berubah. Rundingterus masih ada. Rundingterus masih ada maknanya kelompok elit ini masih hidup dan berkuasa. Jadi persoalannya adakah kerajaan baru ini benar2 baru dan berubah?
8. Reformasi adalah pernyataan dan komitmen perjuangan perubahan untuk membela orang biasa dan menghapuskan si elit. Rundingterus yang wujud ini membuktikan reformasi tidak wujud, hilang, dirampas, hijacked. Natijahnya orang biasa terus tidak terbela. Dan si elit terus dibela.
9. Rundingterus MOF ini hanya satu daripada banyak rundingterus lain. Ada khabar sebuah kementerian lain juga memberi puluhan surat kelulusan rundingterus projek pasir kepada tentunya syarikat2 elit. Bukan syarikat2 biasa.
10. Malah bukankah kita melihat hampir setiap hari sekarang kementerian2 tertentu membuat perlantikan jawatan utama GLCs terdiri daripada muka2 lama kelompok elit ini. Elit2 yang hidup di pemerintahan lama dengan SOP menjilat dan membodek pemerintah terus hidup hari ini dilantik kerajaan reformasi ini sebagai CEO baru, Chairman baru syarikat2 terbesar kerajaan.
11. Makanya cukup2 lah menipu rakyat. Berhentilah melaungkan reformasi. Tiada guna dan ertinya laungan reformasi itu sekiranya musuh paling utama reformasi kelompok elit perasuah rakus terus hidup dengan surat2 kelulusan baru direct nego, surat2 perlantikan baru jawatan utama dan anak2 terbaik bangsa terus dipinggirkan kerana mereka orang biasa.
12. Atau lebih baik menteri2 ini berhenti sahaja lah. Kamu samada terlalu lemah dan bodoh, boleh dikalahkan dengan tipu muslihat elit2 seperti ulat ini atau memang kamu ini hanya berpura-pura berbaju reformasi tetapi hakikatnya kamu sendiri hidup dalam ruanglingkup elit korup yang rakus, gila kuasa dan kemewahan ini.
13. Berundurlah, beri laluan kepada pemimpin2 lain yang benar2 jujur mengangkat agenda reformasi, berjiwa rakyat bukan elitis dan tidak bodoh dan lemah yang mudah diperalat oleh elit korup spt kamu-kamu ini.
REFORMASI!
Mohamad Ezam Mohd Nor
17 Sept 2019, 17 Muharam 1441H