Hj Abd Wahid Endut diumum calon PAS


Kuala Terengganu - Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi bin Awang telah mengumumkan calon PAS yang akan bertanding di pilihanraya kecil Kuala Terengganu ialah Hj Abd Wahid bin Endut. Beliau mengumumkan calon tersebut sebentar tadi di Stadium Kuala Terengganu.
Hj Abd Wahid Endut merupakan Adun di DUN Wakaf Mempelam 4 sesi berturut-turut. Pada pilihanraya yang lepas, beliau menang menewaskan wakil BN Othman Awang di DUN tersebut dengan majoriti 2,193 undi.
Pada pilihanraya kecil kali ini, Hj Abd Wahid Endut akan berhadapan dengan calon BN iaitu Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon Bebas.Pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu diadakan selepas penyandangnya Datuk Razali Ismail (BN) meninggal dunia. Pada pilihanraya umum ke-12 Datuk Razali menang dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS Mohamad Sabu (31,934 undi) dan calon Bebas, Maimun Yusuf (685 undi).

Lebih 8000 penonton hadir ke Stadium kuala Terengganu malam tadi

Nama penuh: Mohd Abdul Wahid bin Hj. Endut


Umur :51 tahun


Tarikh lahir :29 hb September 1957


Tempat kelahiran :Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu


Tempat tinggal: Kampong Seberang Baruh Kiri,





Keluarga


Isteri :Wan Fatimah binti Wan Abdullah


Pekerjaan Isteri :Guru (P.K. HEM

Anak :9 orang – 2 lelaki dan 7 perempuan





Taraf Pendidikan
:
1. Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu


2. Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu


3. Universiti Pertanian Malaysia ( UPM ) Serdang



Pengalaman kerja
:
1. Pegawai Tadbir UPM


2. Peniaga


3. Exco Kerajaan Negeri Terengganu – 1999 – 2004


4. ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990 – hingga sekarang



Jawatan Dalam Parti
:
1. Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu


2. Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Terengganu

No comments: