MAY 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969: Mencari Kebenaran ?





Sejarah adalah salah satu displin ilmu yang mempunyai pengaruh yangsangat besar dalam kehidupan manusia. Selain memainkan peranan didalam mendedahkan jatuh bangun serta kejayaan mahupun kegagalan yangdicapai oleh generasi-generasi lalu, sejarah juga telah digunakansebagai salah satu instrumen politik yang sangat berkesan sepertimana yang pernah digunakan dengan jayanya oleh pelbagai pihak sebelum ini.Ini kerana sejarah mempunyai kekuatan emosi yang tersendiri, terutamasekali jika ia menyentuh ataupun merujuk kepada sesebuah peristiwayang meninggalkan kesan yang mendalam terhadap sesebuah bangsa ataupuntamadun.



Justeru, fenomena penceritaan atau kajian semula sesuatu peristiwasejarah yang semakin berkembang biak semenjak kebelakangan ini, tidakseharusnya dianggap sebagai fenomena picisan yang untuk mengisiwacana-wacana teori konspirasi semata-mata. Fenomena ini seharusnyadihadapi serta ditangani secara akademik serta saintifik, agar iatidak sekadar menjadi satu lagi slogan retorik yang digunakan olehpihak-pihak tertentu.



13 MEI DARI KACAMATA KUA KIA SOONG




Dari kaca mata masyarakat umum di negara ini, detik 13 Mei 1969 telahmengalunkan impak dalam pelbagai bentuk konotasi berbeza yangmempengaruhi lanskap politik negara ini sepanjang 39 tahunkebelakangan ini. Paling ketara, tragedi 13 Mei ini merupakan kunciyang membuka kesedaran akan perlunya mewujudkan interaksi di antarakaum yang harmoni melalui perlaksanaan beberapa dasar, sepertipengenalan rukun negara, perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB),penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan beberapa dasar lain.Akan tetapi, buku MAY 13: Declassified Documents on the MalaysianRiots of 1969 telah mengalunkan sentimen yang jelas sekali berlawanan apabila ia memaparkan tragedi 13 Mei sebagai satu titik permulaan hitam kepada perjalanan politik negara sehingga ke hari ini. Ketika buku ini dipasarkan pada pertengahan tahun lalu (sekitar Mei 2007),hampir tidak kedengaran sebarang pandangan ataupun suara yangmengkritik setiap isi kandungan yang ada di dalam buku ini. Walaupunbuku ini telah dipasarkan secara terbuka serta meluas, tarikanterhadap buku ini hanya hidup sejurus gelombang PRU 12 yang lalubersama dengan deretan isu ataupun polemik yang menyusul menurutinya.




Secara ringkas, Dr Kua Kia Soong menerusi buku ini telah membentangkanbeberapa premis yang tampak seperti kebenaran yang sengajadisembunyikan serta dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Antaranya,beliau mendakwa bahawa tragedi 13 Mei tersebut merupakan satukonspirasi politik yang digerakkan oleh pihak tertentu untuk memenuhikeinginan serta kehendak politik mereka. Buku ini juga cubamenzahirkan bahawa tragedi ini merupakan konflik perkauman yangdidorong oleh kegagalan sistem politik yang diamalkan, untuk menaungikepentingan setiap kaum di negara ini.



Premis-premis ini didukung berdasarkan kepada beberapa dokumen sertakenyataan rasmi, yang dibuat oleh para pegawai diplomat sertaperisikan daripada negara asing mengenai tragedi tersebut. Sekaliimbas, dokumen-dokumen serta kenyataan-kenyataan yang dipetik sertadikupas dalam buku ini tampak menyakinkan serta tidak boleh diraguiakan keabsahannya. Akan tetapi, ketelusan fakta-fakta yang dikemukakanperlu dinilai dari beberapa perspektif yang berbeza.




SINAR DI SEBALIK KABUS




Ketika membentangkan analisisnya terhadap buku tersebut dalam wacanayang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA)pada 30 Ogos 2008 di rumah Gapena, Prof. Muhamad Abu Bakar mengatakan bahawa seseorang ituakan menilai sesuatu fakta sejarah itu berdasarkan kepada perspektifataupun sudut pandangan falsafah seseorang individu. Akibatnya, sudutpandangan falsafah itu akan mempengaruhi pandangan peribadi ataupuncultural conditioning yang akan mencorakkan kecenderungan untukmemilih fakta-fakta sejarah yang dingini, yang diakhiri dengan prosespentafsiran terhadap fakta-fakta sejarah yang sedia ada.Menurut beliau, situasi itu sedikit sebanyak telah mempengaruhiperjalanan hujah yang dikemukakan di dalam buku MAY 13: DeclassifiedDocuments on the Malaysian Riots of 1969.




Ia tidak sahaja terhadkepada peranan pengarang buku itu sendiri (Dr Kua Kia Soong) bahkanjuga membabitkan individu-individu yang menyumbangkan kenyataan sertadokumen yang dijadikan sumber rujukan dalam buku ini.Sebagai contoh, pegangan falsafah serta pandangan peribadipegawai-pegawai kedutaan serta perisikan mungkin banyak mempengaruhiproses pentafsiran setiap maklumat yang diperolehi serta ingindisampaikan. Dalam konteks tragedi 13 Mei, tafsiran serta penyampaianfakta yang dibuat oleh pegawai-pegawai asing tidak disandarkan olehkeadaan sosio politik di negara ini. Ataupun menerusi erti kata lain,penafsiran serta penyampaian fakta itu dibuat berdasarkan kepadakerangka pemikiran asing serta peribadi yang tidak mungkin bertepatandengan jalur pemikiran yang telah berakar umbi di negara ini.




Akan tetapi, di sebalik keghairahan membahaskan keabsahan fakta yangmenjadi kerangka utama di sebalik tragedi 13 Mei, wacana anjuranGAPENA itu turut menyerlahkan kenyataan yang seakan-akan sengaja tidakdiendahkan oleh pihak yang sengaja membangkitkan isu terbabit, iaituhubungan muhibah di antara kaum tetap wujud walaupun dibayangi olehrusuhan terbabit sepertimana yang dinyatakan oleh rata-rata pesertayang menyertai wacana tersebut. Kenyataan-kenyataan ini perlu diambilkira serta diselidiki oleh pihak terbabit agar ia dapat menjadirujukan kepada generasi-generasi akan datang.



Kestabilan politik di negara ini telah dicetuskan oleh deretanperistiwa-peristiwa penting yang berlaku pada masa yang lalu. Olehitu, sebarang usaha mengkaji semula ataupun menulis semula sejarahperlu dilakukan berdasarkan kepada premis akademia yang rasional sertaluas dan tidak disandarkan pada kecenderungan politik pihak-pihaktertentu. Ini memandangkan proses tersebut tidak sahaja akan merubahcatatan rasmi yang ada dalam buku-buku teks sejarah di sekolah sertamenimbulkan pelbagai polemik ataupun persoalan yang tidak mengenalpenghujungnya serta garis kebenarannya.


Disediakan oleh : Mohd Firdaus Md. Hamsin




No comments: