Pejuang bahasa akan adakan demontrasi bantah PPSMI –REF Malaysiakini












Satu demontrasi besar-besaran akan diadakan bagi membantah pengunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek tersebut..Selain Kesatuan Pekerja-pekerja DBP, NGO dan parti politik yang terlibat termasuklah Dewan Pemuda PAS, Persatuan Linguistik Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis).

Perhimpunan ini harus diadakan memandangkan pencapaiannya di kalangan orang Melayu amat lemah. Ini memandangkan bahawa kegagalan itu bukan berpunca dari subjek tersebut , namun guru-guru gagal untuk menguasai bahasa Inggeris .dari satu laporan yang disiarkan dalam akhbar arus perdana, menjelaskan bahawa hanya 30% sahaja guru-guru yang mengajar PPSMI dapat menguasai bahasa Inggeris.

Masaalah menjadi lebih rumit apabila tidak adanya kursus khas kepada guru-guru dan iniasiatif guruguru sendiri untuk menguasai bahasa tersebut. Malahan di lingkungan masyarakat Melayu,penggunaan bahasa inggeris tidak ditekankan.Jika berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran sekali pun, apabila pulang kerumah ibubapa terutamanya sebahagian masyarakat kampong tidak dapat menguasai bahasa Inggeris untuk mengajar anak-anak mereka berbanding masyarakat di Bandar.

Kegagalan ini akan merugikan orang Melayu sendiri kerana selain tidak dapat meguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik ianya juga akan menjadikan murid-murid Melayu terkial-kial untuk memahami perkataan.Untuk merujuk kepada ibubapa ianya juga akan menjadikan murid bertambah sukar dan bebal kerana tiadanya rujukan khas bagi membantu mereka menyiapkan kerja sekolah jika tidak memahami akan maksud dan perkataan bahasa Inggeris tersebut.

































No comments: