KHALIFAH YOUTH TRAINING


Tarikh: 10 -11 Jan 2009


Tema:“Membentuk Ibu Bapa Cemerlang

Peserta: Terbuka untuk pelajar-pelajar IPTA & IPTS (PERCUMA)

Anjuran: Khalifah Youth Committee

Bertempat di: KHALIFAH INSTITUTE 298, Jalan 3, Taman Ampang Utama 68000 Ampang Selangor




Pengenalan:



Dewasa ini, masyarakat dunia berdepan dengan masalah sosial yang meliputi semua peringkat umur terutama sekali golongan remaja. Malaysia yang merupakan sebuah negara yang sedang membangun turut mengalami masalah yang sama. Perkara ini jika tidak diambil perhatian dan dibendung daripada sekarang, kelak akan meninggalkan kesan negatif kepada generasi muda yang selayaknya merupakan pemangkin ummah dan negara pada masa akan datang. Pada masa yang sama anak-anak muda mempunyai potensi tidak terbatas untuk menjadi individu cemerlang. Malangnya mereka tidak dibimbing dan dilatih bagaimana untuk menyerlahkan potensi ini.



Projek Khalifah yang telah diasaskan oleh Allahyarham Prof. Muhammad al'Mahdi merupakan salah satu daripada langkah-langkah ke arah pembentukan masyarakat progresif. Projek ini bertujuan menawarkan kepada masyarakat Malaysia cara untuk meningkatkan pembangunan sahsiah golongan remaja secara berkesan dan produktif. Dengan ini, Malaysia diharap akan menjadi contoh negara yang berjaya dari segi aspek pembangunan insaniyah.



Untuk mencapai matlamat ini, Khalifah Institute yang merupakan nadi penggerak kepada Projek Khalifah, bercadang untuk mengadakan satu sesi latihan khas secara intensif yang dinamakan ‘Khalifah Youth Training' . Program ini bertujuan untuk melatih para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi bagaimana untuk merealisasikan potensi cemerlang yang ada pada setiap diri mereka disamping membekali mereka dengan ilmu untuk menangkis pengaruh negatif bagi memperkasakan generasi muda selaku pemimpin dan penggerak masyarakat dan negara pada masa akan datang.



Objektif Kursus:



Memberi motivasi kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan ilmu, akhlaq dan rohani.
Mengenali diri dan mencungkil potensi yang ada pada setiap pelajar.
Membina ketahanan diri melalui aplikasi hukum pembelajaran.
Memperkasakan diri pelajar untuk menjadi insan cemerlang melalui Kaedah Khalifah.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi trainer Kaedah Khalifah.
Selepas menjalani kursus ini, para pelajar diharapkan dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan serta dapat mendalami lagi ilmu khalifah ini serta beroleh kemahiran seperti berikut:
Memberikan kesedaran dalam merialisasikan janji mengagungkan Islam di bumi Allah.
Menerapkan sahsiah dan peribadi yang harmoni melalui kesedaran diri.
Memupuk semangat cintakan Islam dalam diri generasi muda.
Membantu peserta meneroka kebolehan semulajadi sebagai khalifah Allah.
Menjana hubungan yang baik di antara pelatih dan fasilitator.



Untuk pendaftaran:
Fakskan borang ini ke Khalifah Institute
Fax No.: 03-4256 5423
Hubungi kami:
03-4256 6810 (Farah)
019-338 2524 (Ibrahim)

Hubungi kami untuk pengesahan pendaftaran
atau E-mail kepada : mailto:khalifahproject@yahoo.com

No comments: