Gerakkan kempen nasional, besar-besaran
mohon Agong pecat Rashid

Oleh Ahmad Lutfi Othman - DetikDaily
- Laman M@RHAEN


Sejak persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat menjelang pilihan raya 2004, yang menyaksikan pihak SPR melaksanakan sepenuhnya kehendak Umno, terutama untuk mengalahkan calon-calon Parlimen PAS di Kedah, saya sudah meluahkan rasa hati agar satu kempen peringkat nasional dapat dilancarkan bagi memecat Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman.

PAS harus mengetuai kempen besar-besaran ini menggesa Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan segera khidmat Rashid sebagai Pengerusi SPR memandangkan beliau tidak lagi mendapat kepercayaan awam, sesuatu yang menurut tuntutan Perlembagaan mesti ada kepada Rashid.

Perkara 114 (1) dan (2) Perlembagaan menjelaskan:

"SPR hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja ... Pada melantik ahli-ahli SPR, Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu SPR yang mendapat kepercayaan awam."

Malah mulut celupar dan sikapnya yang suka berbohong makin ketara mutakhir ini, termasuk semasa mengulas Himpunan 100,000 rakyat 10 Nov. Yang saya hairan, mengapa pemimpin pembangkang seperti tidak terdorong untuk mengambil satu insiatif serius dalam kadar segera, dengan mengumpulkan bukti-bukti bertulis, bagi menyokong argumen agar Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa baginda bagi memastikan Rashid tidak terus mengarut.

Saya pohon agar pimpinan pembangkang dalam melakukan sesuatu, bukan sahaja untuk "mengajar" Rashid tetapi bagi memulihkan integriti SPR sebelum pilihan raya umum ke-12 diumumkan. Fokuskan tindakan kali ini untuk memecat Pengerusi SPR yang makin hilang kewarasannya itu. Jika Rashid berjaya dipecat, saya kira gelombang kuning baru menunjukkan keberhasilannya.

Pemecatan Rashid ibarat pecahnya satu lubang kecil di empangan ....


No comments: