PM Anwar Mohon Maaf Tidak Dapat Hadir Majlis Penghormatan Terakhir Khamenei

 



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan permohonan itu kepada Duta Besar Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi ketika mereka bertemu pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-39 di Kuala Lumpur pada 2 Julai 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 2 Jul – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan permohonan maaf kepada Kerajaan Iran kerana tidak dapat menghadiri majlis penghormatan terakhir Pemimpin Agung republik berkenaan Ayatollah Ali Khamenei.

Anwar berkata perkara itu dimaklumkan kepada Duta Besar Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi ketika mereka bertemu pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-39 di sini hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Khamenei.

“Saya juga menyampaikan permohonan maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis penghormatan terakhir Allahyarham berikutan komitmen rasmi yang tidak dapat dielakkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri berkata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu diamanahkan untuk mewakili kerajaan serta rakyat Malaysia bagi menghadiri majlis penghormatan terakhir itu.

Khamenei, 86, terkorban di kediamannya di Tehran pada 28 Februari lepas akibat serangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.

Majlis itu dijadual berlangsung selama enam hari bermula 4 Julai ini dengan perarakan jenazah di Tehran dan Qom sebelum Khamenei disemadikan di Makam Imam Reza di Mashhad pada 9 Julai. – Bernama



Ada akaun palsu guna wajah calon sebar fitnah, SKMM pantau rapat kempen PRN Johor

 


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang memantau rapat sebarang bentuk penyebaran maklumat palsu berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

Menurutnya, terdapat cubaan mewujudkan akaun palsu menggunakan wajah calon bagi menyebarkan fitnah.

Beliau turut kesal dengan beberapa insiden khianat fizikal termasuk tindakan merosakkan bendera dan papan iklan calon yang disifatkannya sebagai fasa kempen tidak sihat dan kuno.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengundi supaya sentiasa berwaspada terhadap taktik sabotaj digital sepanjang tempoh kempen PRN kali ini.

“Saya berharap para pengundi juga cakna. Bukan semua yang disebarkan itu adalah maklumat yang betul ataupun tepat. Sahkan maklumat yang kita terima.

“Saya belum mendapat maklumat terkini daripada SKMM mengenai jumlah kandungan yang telah dikenal pasti untuk diturunkan berkaitan maklumat palsu atau election misinformation.

“Namun, semua platform telah memaklumkan bahawa election misinformation merupakan satu bentuk pelanggaran garis panduan komuniti platform,” katanya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam amal di sebuah restoran di Muar malam tadi.

Dalam masa sama, beliau turut menegaskan perbuatan menggunakan unsur gengsterisme fizikal bagi menakut-nakutkan jentera parti mahupun orang ramai perlu dihentikan segera demi memastikan amalan demokrasi negara berjalan dengan harmoni.

PRN Johor memperlihatkan pertembungan utama antara PH dan BN, manakala PN, Pas dan Bersatu lebih dilihat sebagai faktor pemecah undi yang boleh mempengaruhi keputusan di kerusi-kerusi tertentu.

BN dan PH masing-masing mempertaruhkan 56 calon manakala PN (33), Bersama (15), Muda (empat), Parti Orang Asli Malaysia (Asli) (satu), Parti Sosialis Malaysia (PSM) (satu) serta enam calon Bebas.

PRN Johor dijadual berlangsung pada 11 Julai ini, manakala pengundian awal akan diadakan pada 7 Julai.



PRN Johor jadi referendum Bossku? Anak Najib cuba seret pengundi ke naratif pengampunan


 


Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor cuba dikaitkan dengan naratif sokongan rakyat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin Najib mendakwa keputusan itu boleh menjadi isyarat bahawa rakyat masih menyayangi ‘Bossku’ dan mahu beliau diberikan pengampunan diraja.

“Kalau BN menang besar, ia menjadi isyarat bukan sahaja rakyat Johor menyokong BN dan kepimpinan negeri, tetapi mereka juga masih sayangkan ‘Bossku’ dan mengharapkan beliau dapat bersama semula dengan rakyat.

“Kalau ada yang nak letak jawatan, lebih baik letak jawatan sekarang.

“Tak payah tunggu kita menang,” katanya yang pernah atau masih dikaitkan sebagai pemilik dan penasihat korporat kepada syarikat tersenarai selain menjadi pengerusi beberapa syarikat.

Nazifuddin berkata demikian dalam program Bual Bicara Santai di PDM Kampung Melayu II, malam tadi.

Namun, Nazifuddin yang juga Ketua Bahagian Umno Langkawi mengakui kemenangan BN pada PRN tidak bermakna Najib akan dibebaskan secara automatik.

“Kita bukan memilih Perdana Menteri. Apa yang kita mahu ialah BN menang besar.

“Kalau BN menang besar, apa salahnya kalau Bossku diampunkan dan dibebaskan? (Tetapi) Itu hak Yang di-Pertuan Agong,” katanya yang merupakan anak kedua Najib daripada tiga beradik hasil perkahwinan pertama dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.




KIOK


 

KAN DALAM DEWAN DAH DIJELASKAN. TIDAK AKAN ADA PENGGUMUMAN SEMASA KEMPEN SALAH. KO TAK PAHAM KE?



 Kerajaan Johor menggesa kerajaan Persekutuan supaya segera mengumumkan Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). 





Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, pelan itu sepatutnya diumumkan pada penghujung 2025 sebelum ditangguhkan ke 30 Mac 2026. 


Akan tetapi sehingga kini ia masih belum dilancarkan. Beliau berpandangan kelewatan ini tidak wajar diteruskan kerana pelabur memerlukan hala tuju yang jelas sebelum membuat keputusan untuk melabur di Johor.


Sebenarnya JS-SEZ bukan sekadar satu pengumuman politik, tetapi pelan pembangunan ekonomi jangka panjang yang melibatkan kawasan seperti Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Senai dan Desaru. 


Fokusnya ialah menarik pelaburan dalam sektor pembuatan, logistik, ekonomi digital, tenaga dan pembangunan bakat. 


Pelan induk ini akan menerangkan dengan lebih terperinci insentif pelaburan, pembangunan infrastruktur, pembahagian zon industri serta penyelarasan antara agensi kerajaan.


Sebab itu ramai pelabur sedang menunggu dokumen ini sebelum membuat komitmen yang lebih besar.


Walaupun pelancaran rasmi masih ditangguhkan, Menteri Ekonomi sebelum ini memaklumkan bahawa pelaksanaan JS-SEZ sebenarnya sudah pun berjalan dan pelan induk telah diluluskan Kabinet. 


Ia dijangka dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Singapura selepas Pilihan Raya Negeri Johor. 


Ini bermakna persoalan sekarang bukan sama ada JS-SEZ akan diteruskan atau tidak, tetapi seberapa cepat kerajaan dapat memberikan kepastian kepada pelabur. 


Lagi cepat pelan induk diumumkan, lagi mudah Johor menarik pelaburan baharu dan bersaing sebagai hab ekonomi rentas sempadan utama di rantau ini.



WOW MERENDAH LA SANGAT


Arif Kadir


 Wow! Dia merendah diri depan rakyat laa. Tak sombong laa. Very down to earth laa. Terharu tengok pemimpin mcm ni.



BILA PH TADBIR JOHOR?


 

APA WALAUN KEMPEN.. HENTAM TANPA ADA FAKTA.... KEDAH PUN APA TAK BUAT.


 

UMNO NAK SALAH SIAPA? MEMANG MEREKA YANG PEGANG SELAMA NI


 

LAMA PEGANG JOHOR APA PUN TAK ADA.. KAT RENGGAM


 

SEMBANG SANUSI. PENANG BILA NAK AMBIK.


 

KITA TAK MENANG DI JOHOR TAPI KITA MENANG BENDERA.



 Ustaz memohon sumbangan untuk mencetak lagi banyak bendera, sticker, logo PAS bagi PRN Johor, PAS bertanding di11 kerus saja, tapi biar PAS muncul pemenang paling banyak bendera diPRN Johor - Ustaz Mat Idris Al Saguni.





JANGAN BERDRAMA.

 

Norman Daud



Saya tak pernah kata Datuk Onn Hafiz seorang pemimpin yang tidak bagus. Saya mengakui beliau seorang Menteri Besar yang komited dan banyak berusaha melaksanakan tanggungjawabnya untuk Johor.


Tetapi..






Janganlah terlalu kuat berdrama ketika musim PRN. Nampak sangat cuba membawa naratif seolah-olah Johor sedang dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan.


DS Anwar Ibrahim kan dah sebut larangan menggunakan jentera dan program kerajaan ketika tempoh berkempen. Larangan ni terguna pakai untuk semua pihak termasuk pihak kerajaan pusat sendiri. 


Yang akan merasmikan majlis pelancaran tu PMX dan Perdana Menteri singapura. Jadi tak boleh la macam tu kan. Alasan ini jugalah yang menjadi sebab kenapa Hari Felda yang kecoh kecoh hari tu ditunda.


So fair and square.


Berhubung isu JS-SEZ, Menteri Ekonomi telah pun menjelaskan bahawa yang ditangguhkan hanyalah majlis pelancaran rasmi blueprint dan pelan induk, bukannya pelaksanaan projek itu sendiri.


Malah, pelan induk tersebut telah pun siap dan mendapat kelulusan Jemaah Menteri. Kerja-kerja pelaksanaan, rundingan dengan pelabur, penyelarasan antara kementerian dan agensi serta usaha menarik pelaburan tetap berjalan seperti biasa.


Dan dari segi protokol antarabangsa, pelancaran bersama oleh PM Anwar Ibrahim dan PM Lawrence Wong akan memberi impak publisiti global yang jauh lebih besar. Ia menunjukkan komitmen solid di peringkat tertinggi (highest political will), bukan sekadar projek sebelah pihak (unilateral).


Justeru, adalah tidak tepat untuk menggambarkan seolah-olah JS-SEZ telah ditangguhkan atau terbengkalai. Yang ditangguhkan hanyalah majlis pelancarannya. Pelaksanaannya tidak pernah berhenti.


 Yang rakyat mahukan ialah pelaburan benar-benar masuk, peluang pekerjaan bertambah, gaji meningkat dan ekonomi Johor terus berkembang.


Bukan drama sinetron.✌️




SKANDAL BESAR DI MALAYSIA.

 


Jamzuri Ardani


Skandal rasuah terbesar di Malaysia:



1. 1MDB (RM20bil) - BN

2. LCS (RM9bil) - BN

3. Janawibawa (RM7bil) - PN. 

4. FELDA (RM2.5bil) - BN

5. PKFZ (RM1.8bil) - BN






BACA DAN FAHAM. WALAUN SUSAH UNTUK HADAM.

 


Arif Kadir


Saja buat poster warna hijau. Nak kelirukan walaun. Mesti walaun ingat jemputan konvoi motor.








𝗣𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂.

 


𝗞𝗼𝗺𝗽𝗶𝗱𝗲𝗻 je 𝗢𝗻𝗻 𝗛𝗮𝗳𝗶𝘇 cakap cerita yang PMX tak dibenarkan untuk gunakan sebuah dewan di Muar sebagai 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂𝗮𝗻.

Macamana dia boleh yakin itu penipuan? Sebab 𝗱𝗶𝗮 𝗽𝘂𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 bila dakwa tak dibenarkan masuk Felda tempohari.
Biasa memang macam tu. 𝗣𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂. Guane boh?


Usahawan pendidikan robotik, Elia Nadira bawa misi pendidikan untuk anak luar bandar


 


Pendidikan dilihat sebagai kunci utama untuk mengubah masa depan anak-anak di kawasan luar bandar, dan itulah antara misi yang mahu dibawa calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Elia Nadira Sabudin, sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Di sebalik kesibukan berkempen, ibu kepada empat cahaya mata berusia 43 tahun itu masih meneruskan pengajian doktor falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kawalan) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), selain mengusahakan sebuah syarikat pendidikan robotik.

Elia yang juga Naib Ketua Wanita AMANAH Johor berkata, minat akademik dan pengalamannya dalam bidang pendidikan menjadi antara aset yang ingin dimanfaatkan bagi meningkatkan akses pendidikan berkualiti di Tenang

“Saya rasa kekuatan saya adalah pendidikan. Saya mahu anak-anak di Tenang tidak membezakan mereka dengan anak-anak bandar. 

“Mereka sebenarnya setara, kita boleh bangunkan anak-anak kita dan beri mereka peluang pekerjaan lebih baik melalui pendidikan,” katanya dalam temu bual bersama Bernama semalam.

Elia merupakan usahawan teknologi yang memiliki sebuah syarikat pendidikan robotik.

Beliau menyediakan kelas kepada murid dan guru sekolah dengan menggunakan sukatan pelajaran yang selari dengan standard Kementerian Pendidikan (KРМ).

Menurutnya, kelas itu membantu pelajar mendalami teknologi baharu seperti pengekodan yang kini mula diperkenalkan di sekolah sekitar Labis, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk melahirkan tenaga mahir tempatan.

Selain itu, Elia Nadira berkata antara perkara pertama yang ditelitinya sebelum bertanding ialah perancangan pembangunan daerah bagi wilayah utara Johor termasuk pelan untuk memajukan ekonomi komuniti setempat melalui sektor ekopelancongan

“Tenang merupakan satu tempat yang banyak tempat pelancongan tapi belum ramai yang kenal kawasan ini boleh dinaikkan sebagai ekopelancongan, ditambah pula dengan adanya stesen ETS (perkhidmatan tren elektrik) di Labis, ia sepatutnya melonjakkan ekonomi setempat dengan lebih agresif,” katanya.

Elia bakal berdepan saingan empat penjuru pada PRN kali ini, menentang calon BN Mohd Azahar Ibrahim; Normala Sudirman daripada Perikatan Nasional (PN); dan calon Bebas Siti Aisyah Zobir.





Pelantikan pemimpin Pas sebagai CEO KMI Healthcare Kuala Terengganu cetus kritikan isu lantikan politik


 


Pelantikan pemimpin Pas, Ir Ts Dr Nurul Islam sebagai CEO Pusat Perubatan KMI Kuala Terengganu mencetuskan perdebatan di media sosial.

Kritikan dibuat terbuka terhadap Pas dan kerajaan negeri Terengganu susulan lantikan yang dianggap “lantikan politik” di dalam anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pengkritik menganggap pelantikan tersebut bercanggah dengan pendirian pembangkang yang selama ini lantang menentang amalan lantikan politik dalam GLC kerajaan

Pengkritik menyifatkan tindakan melantik pemimpin Pas ke GLC sebagai amalan ‘double standard’.

“Siang malam melalak kononnya Kerajaan MADANI penuh dengan “lantikan politik” dalam GLC. Macam merekalah paling suci dan paling telus.

“Tapi bila GLC milik kerajaan negeri Terengganu buat pengumuman CEO baharu, terus sunyi sepi. Walaun oi bila pihak sendiri buat, terus cop profesional. Bila orang lain buat, terus cop kroni.

“Prinsip apa macam ni? Bukan lawan lantikan politik, tapi lawan siapa yang buat lantikan. Rakyat dah nampak. Yang kuat sebenarnya bukan prinsip, tetapi hipokrasi,” kata seorang pengguna Facebook, Abdullah Zawawi 




Lagenda Bina Badan Dunia Ketemu PM Anwar

 

Lagenda bina badan dunia, Dexter Jackson bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Julai 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Jul – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkongsi keterujaan beliau selepas berkesempatan bertemu legenda bina badan dunia, Dexter Jackson.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Perdana Menteri turut memuat naik gambar bersalaman dengan juara Mr Olympia 2008 itu.

“Ketemu legenda bina badan dunia, juara Mr. Olympia 2008 dan Masters Mr. Olympia 2012 iaitu Dexter Jackson.

“Saya terinspirasi. Nampak gaya kena masuk gim nanti,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Jackson, 56, memegang rekod sebagai juara Arnold Classic sebanyak sembilan kali.



PM Anwar Kritik Amalan Dwistandard Pematuhan Undang-Undang Antarabangsa

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sesi dialog sempena persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-39 (39APR) di Kuala Lumpur pada 2 Julai 2026.

KUALA LUMPUR, 2 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik amalan dwistandard dalam pematuhan terhadap norma dan undang-undang antarabangsa susulan sesetengah negara bebas mengabaikan undang-undang itu, sedangkan negara lain seakan dipaksa tertakluk kepada standard pematuhan paling ketat.

Perdana Menteri berkata, Malaysia sendiri melalui pengalaman sedemikian apabila penghantaran peluru berpandu serangan tentera laut yang ditempah, dibatalkan secara unilateral oleh pembekal dari Norway walaupun hampir keseluruhan pembayaran sudah dibuat.

Beliau menegaskan, insiden seumpama itu menunjukkan berlakunya kemerosotan semakin ketara dan bersifat sistematik terhadap penghormatan kepada norma serta undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sesi dialog sempena persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-39 (39APR) di Kuala Lumpur pada 2 Julai 2026.

Katanya, kekuatan semakin dianggap sebagai penentu kebenaran, manakala kepentingan nasional yang sempit dijadikan keutamaan, walaupun terpaksa mengorbankan kesucian dan kewajipan undang-undang yang terkandung dalam sesuatu kontrak antarabangsa.

“Pendirian Malaysia dalam perkara ini, sama ada kepada syarikat berkenaan atau kerajaan Norway, amat jelas.

“Walaupun Malaysia akan terus mendapatkan penyelesaian melalui saluran diplomatik dan perundangan, episod ini mencerminkan suatu masalah yang lebih besar serta trend yang membimbangkan, iaitu amalan dwistandard oleh pihak yang mendakwa menjunjung kedaulatan undang-undang, selain sikap hipokrit mereka yang memilih untuk berdiam diri apabila pelanggaran sedemikian berlaku.

“Apakah boleh diterima jika sesetengah negara bebas mengabaikan undang-undang dan norma antarabangsa, sedangkan negara lain pula tertakluk kepada standard pematuhan yang paling ketat?

“Jika inilah cara rakan di Barat memilih untuk melayan negara di Selatan Global dan jika prinsip “satu peraturan untuk kami, satu lagi untuk kamu” benar-benar menjadi norma yang ingin diketengahkan, maka keadaan ini tidak memberikan petanda yang baik terhadap masa depan hubungan kita sebagai rakan kongsi dan sahabat yang setara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada sesi Meja Bulat Asia Pasifik Ke-39 di sini, hari ini.





@LensaTv3 Subscribe Onn Hafiz Tolak Debat Dengan Dr Maszlee Onn Hafiz Tolak Debat Dengan Dr Maszlee


 

@FreeMalaysiaToday Subscribe PH bidas PAS tiada pendirian arah ahli sokong


 

@LensaTv3 Subscribe PMX Selesaikan Projek Tertangguh di Johor? Rakyat Perlu Tahu PMX Selesaikan Projek Tertangguh di Johor ?


 

Buy Super Thanks @jasonyew_ Join "Kalau dapat lebih 70% hadir semacam PRU


 

MB JOHOR CAKAP TAK SERUPA BIKIN?


 

Anthony Loke jawab Wee Ka Siong mengenai status pelaksanaan projek e-ART Johor


 

Jawatankuasa Khas Tangani Penipuan Dalam Talian Ditubuh – Fahmi

 


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ketika mengadakan sidang media mingguan di Angkasapuri pada 2 Julai 2026.

KUALA LUMPUR, 2 Jul – Mulai 18 Jun lalu, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kerja dan Kumpulan Teknikal bagi menangani jenayah penipuan dalam talian melibatkan seluruh negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata jawatankuasa itu dijangka membawa perkembangan positif menerusi kerjasama pelbagai pihak, termasuk sektor perbankan, telekomunikasi dan platform media sosial.

Beliau berkata, jawatankuasa berkenaan ditubuhkan susulan hasil pemukiman Jemaah Menteri bagi menguruskan isu berkaitan jenayah penipuan dalam talian secara lebih bersepadu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ketika mengadakan sidang media mingguan di Angkasapuri pada 2 Julai 2026.

“Mesyuarat pertama bagi jawatankuasa kerja ini akan diadakan dalam tempoh terdekat.

“Jawatankuasa kerja ini melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan jabatan. Malah, buat pertama kalinya sektor perbankan, sektor telekomunikasi serta platform-platform media sosial juga akan terlibat,” katanya pada sidang media mingguan di Angkasapuri, di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, beberapa strategi tidak boleh didedahkan kepada umum kerana membabitkan aspek keselamatan dan keberkesanan operasi.

“Saya tak boleh cakap terlalu terbuka kerana yang sedang menonton ini juga mungkin ada kaitan dengan scammer.

“Jadi, ada beberapa perkara yang perlu kita bataskan untuk mengelakkan pendedahan terhadap perkara-perkara strategik,” katanya.

MASAALAH HUTANG DAN TAK NAMPAK HASIL. MAKNA KATA JAJNISHAM JALIL LAKU. SEBAB BILA AJAK DEBAT DIA TAKUT..


Norman Daud.










 Masalah hutang negara yang dikatakan makin naik tapi tak nampak hasil ni dah ramai orang terangkan.


Tapi tulah.. tetap dijadikan modal politik, tak tahulah sama ada diaorang ni faham atau memang tak nak faham. 


Ya.. ada orang kata tulis panjang panjang walaun bukan baca pun. Betul tu.. saya setuju. Tapi saya berpendapat adalah lebih baik menerangkan kepada mereka yang suka membaca, kerana orang yang suka membaca aqal mereka lebih sihat brrbanding dengan orang yang malas membaca. Ayat pertama Al quran yang diturunkan  juga bermula dengan Iqra.. bacalah.. disitu menunjukkan betapa hebatnya tabiat membaca ini.


sasaran saya memang bukan kelompok yang bebal tegar atau yang sengaja membutakan mata demi taksub politik. Sasaran kita ialah silent majority, orang atas pagar, anak muda, dan mereka yang mahu berfikir secara rasional.


Dalam sains politik, ada satu istilah dipanggil “Strategic Ignorance” kebebalan yang disengajakan. Pemimpin-pemimpin politik yang ada gelaran Ir. dan Dr. itu, mustahil mereka tidak tahu membezakan antara Pinjaman Bersih dengan Pinjaman Kasar. Mereka tahu...








Tetapi, kenapa mereka tetap canang angka "RM300 Bilion" yang digubah sesuka hati?

Sebab fakta itu membosankan, manakala propaganda dan ketakutan (fear-mongering) adalah komoditi politik yang paling laku dijual.


Negara kita akan tetap terus berhutang selagi  belanjawan negara kita terus defisit.  Sila faham undang-undang kewangan Malaysia. Semua hasil negara (Cukai Pendapatan, SST, Dividen PETRONAS/GLC/BNM) hanya boleh digunakan untuk membiayai Perbelanjaan Mengurus (OE)—iaitu gaji penjawat awam, pencen pesara, subsidi pukal, dan operasi harian kerajaan.


Berdasarkan data 2025/2026:


Kutipan Hasil (2026): RM343.1 bilion.

Perbelanjaan Mengurus (2026): RM338.2 bilion.


Baki hasil yang tinggal (Baki Semasa) cuma sekitar RM4.9 bilion. Mana cukup untuk bina lebuh raya, hospital, sekolah, atau projek tebatan banjir seluruh Malaysia?


Oleh itu, kerajaan memerlukan Perbelanjaan Pembangunan (DE) sebanyak RM81 bilion. Disebabkan baki hasil tadi tak cukup, di sinilah kerajaan wajib menerbitkan pinjaman baru. Duit hutang inilah yang ditukarkan menjadi struktur fizikal yang rakyat nikmati hari ini.


Satu fakta yang ramai politikus malas nak cerita ialah tentang Bayaran Balik Prinsipal.


Bila kita baca laporan perangkaan persekutuan (Rajah 3: Pinjaman Kerajaan Persekutuan), kita akan nampak ada dua komponen:


Pinjaman Bersih (Bar Kelabu): Duit baru yang dipinjam untuk belanja pembangunan.


Bayaran Balik Prinsipal (Bar Hijau): Duit yang dipinjam khusus untuk bayar balik bon/hutang lama yang dah matang (Refinancing / Roll-over).


Banyak hutang negara yang matang pada tahun 2024–2026 adalah hutang-hutang yang dibuat 10 atau 20 tahun lepas (zaman pentadbiran terdahulu). Kerajaan hari ini terpaksa menerbitkan bon baru semata-mata untuk menebus prinsipal hutang lama tersebut. 


Dari RM338.2 bilion Perbelanjaan Mengurus tu kos untuk Subsidi dan Bantuan Sosial secara keseluruhan biasanya memakan belanja antara RM35 bilion hingga RM60 bilion setahun, bergantung kepada turun naik harga minyak mentah dunia (brent crude).


Jika kita ambil purata kos subsidi minyak mentah/petroleum pada tahun-tahun kebelakangan ini yang berlegar sekitar RM25 bilion hingga RM30 bilion setahun Kos subsidi minyak sahaja memakan sekitar 7.4% hingga 9% daripada keseluruhan RM338.2 bilion Perbelanjaan Mengurus negara. Tu kita tak kira lagi kos subsidi minyak yang kerajaan kena tanggung diwaktu krisis tenaga dunia sekarang ni, memang akan lagi tinggi.


Sebab tu kerajaan melaksanakan subsidi bersasar kerana kerajaan sebenarnya sedang berusaha menyelamatkan sebahagian daripada 9% perbelanjaan mengurus tadi daripada terus bocor.


Duit yang dijimatkan daripada subsidi minyak yang tiris itu dipindahkan terus untuk mengecilkan defisit keseluruhan kepada -3.5% pada tahun 2026, sekali gus mengurangkan keperluan kerajaan untuk menambah hutang baru bagi membiayai Perbelanjaan Pembangunan (DE).


Duit yang berjaya dijimatkan daripada disonglap oleh penyeludup  haram itu akhirnya dipulangkan semula kepada rakyat melalui bantuan tunai langsung dan peruntukan pembangunan (DE) yang melonjak naik, termasuklah dana RM3.20 bilion untuk Kelantan dan RM2.24 bilion untuk Kedah bagi unjuran tahun 2026.


Sekali lagi, orang yang membaca dengan akal yang sihat akan nampak ini adalah langkah pengurusan kewangan yang bertanggungjawab, manakala golongan yang malas membaca akan terus ditunggang oleh naratif populis yang tidak membawa negara ke mana-mana.


Akhir cerita, DS Anwar Ibrahim ni tak kisah pun kalau dia kalah PRU akan datang.. kalau dia fikir nak menang dia akan buat macam PM sebelum beliau, tabur duit tanpa mengira kesan kepada negara 


Tapi beliau tak buat macam tu.. sebab dia sedar amanah yang diletakkan ke bahu beliau bukan untuk terus berkuasa.. tapi untuk menyelamatkan negara dari tenggelam dengan hutang.


Gitulah serba sedikit..





PRN JOHOR! UMNO BN AKAN HILANG KUASA MUTLAK! PMX SALUR LEBIH BESAR DARI KERAJAAN JOHOR!


 

Selangor dan Penang sumbang cukai tertinggi


 

"SIAPA JADI KERAJAAN, KENA IKUT" ! HANNAH SEKOLAH YB PN !

 


KEBANGKITAN KAUM CINA MEMBUATKAN UMNO GENTAR MINTA TALIAN HAYAT PAS!


 

MESYUARAT TERGEMPAR UMNO ? BN BAWAH 30 KERUSI ?


 

Hipokrisi mutlak: Akhirnya PAS jugak 'sucikan' UMDAP


 

Subsidi cecah RM40 bilion? PM kata harga RON95 RM1.99 masih kekal


 


Kerajaan dijangka menanggung subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion tahun ini sekiranya harga pasaran semasa minyak kekal pada paras sekarang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, peningkatan perbelanjaan subsidi itu membolehkan kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter untuk semua warganegara Malaysia berusia 16 tahun ke atas.

“Kerajaan telah menanggung subsidi hampir RM800 juta sebulan bagi RON95 dan diesel pada Januari dan Februari 2026, sebelum melonjak kepada sekitar RM5 bilion sebulan pada Mac dan April 2026.

“Sekiranya harga pasaran semasa ini kekal, kerajaan dijangka akan menanggung jumlah subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion bagi tahun 2026,” katanya.

Kenyataan itu dibuat menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor mengenai jumlah terkini peruntukan subsidi petrol dan diesel.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, subsidi bahan api turut diberikan kepada beberapa sektor strategik dan kritikal bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak dunia.

Antaranya, diesel bersubsidi pada harga RM1.65 seliter diberikan kepada golongan nelayan selain penerima bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi dan peserta Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0.

Beliau berkata, bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi turut dinaikkan secara interim daripada RM200 kepada RM400 sebulan bagi membantu lebih 210,000 petani dan pekebun kecil di Semenanjung Malaysia.

Langkah itu diambil susulan peningkatan harga minyak dunia yang dipacu ketegangan geopolitik dan konflik di Asia Barat.

Bagi SKDS 1.0, diesel pada harga RM1.88 seliter diberikan kepada sektor pengangkutan awam termasuk bas sekolah dan bas ekspres.

Skim itu juga diperluaskan kepada sektor logistik dan pengangkutan barangan yang layak di Sabah dan Sarawak, membolehkan kenderaan komersial membeli diesel pada harga bersubsidi RM2.15 seliter.

Selain itu, kumpulan sasar tertentu seperti pengusaha bot, pengguna janakuasa dan pam air untuk kegunaan kediaman di kawasan pedalaman turut layak menerima BUDI Diesel melalui mekanisme MyKad, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan kerajaan negeri dan agensi berkaitan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa bekalan petroleum negara ketika ini kekal stabil dan mencukupi, meskipun krisis bekalan global masih berlarutan.

Katanya, kerajaan akan terus memperkukuh langkah keterjaminan bekalan dalam jangka panjang dan memastikan subsidi bersasar dapat diteruskan secara mampan.

“Keutamaan kerajaan adalah memastikan rakyat terus dilindungi sekiranya krisis ini berpanjangan, khususnya kepada golongan yang paling terkesan dengan tekanan kos sara hidup dan kenaikan harga global.

“Kerajaan akan terus memantau kedudukan fiskal dan keupayaan subsidi secara berterusan bagi memastikan bantuan dapat diteruskan secara mampan dan bersasar,” katanya.



Penyelidik saran pilih pemimpin diyakini pelabur jika mahu ringgit kukuh


 


Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr. Yusri Ibrahim berpandangan, isu rakyat Johor memilih bekerja di Singapura bukan sekadar berkait dengan peluang pekerjaan di negeri itu, tetapi dipengaruhi faktor lebih besar seperti kestabilan politik.

Beliau menekankan pentingnya memilih kepimpinan yang berketerampilan dan diyakini di peringkat antarabangsa dalam usaha mengukuhkan nilai ringgit sekali gus mengekalkan tenaga kerja tempatan daripada berhijrah ke Singapura.

Katanya, ringgit hanya akan mengukuh jika negara mempunyai kestabilan politik, urus tadbir yang baik, kepimpinan yang diyakini di peringkat antarabangsa serta mendapat keyakinan pelabur.

“Ringgit akan terus mengukuh jika politik kita stabil, urus tadbir baik, kepimpinan diyakini di peringkat antarabangsa, pelabur yakin dan sebagainya.

“Sebab itu diskusi ini tidak hanya berkait tentang politik dan pembangunan Johor semata-mata, tapi juga tentang keperluan memilih kepimpinan yang keterampilan dan memilik kompetensi meyakinkan untuk memimpin Malaysia,” katanya dalam program bual bicara bersama Haji Nazri Kahar.

Mengulas lanjut, Dr. Yusri berkata usaha mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Johor sememangnya langkah yang baik dan wajar.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan masih akan ada rakyat Johor yang memilih bekerja di Singapura kerana tarikan utama ialah nilai dolar Singapura.

Beliau berkata hasil temu bual bersama seorang pekerja yang baru enam bulan bekerja di Singapura dalam bidang berasaskan kemahiran mendapati individu itu menerima gaji tetap melebihi 3,000 dolar Singapura sebulan dan kira-kira 4,000 dolar Singapura termasuk elaun.

Dengan kadar pertukaran semasa, pendapatan itu mencecah lebih RM12,000 sebulan, sekali gus menjadi antara faktor yang mendorong ratusan ribu rakyat Johor sanggup berulang-alik merentasi Tambak Johor setiap hari.

“Sebab itu saya katakan tadi, salah satu cara untuk bersaing dengan Singapura adalah dengan mengukuhkan matawang kita, Ringgit Malaysia,” ujarnya.