Suami Tidur Dalam Kereta, Akhirnya Pergi Buat Selamanya.
Kelmarin, selepas aku parking kereta depan rumah, aku nampak sesuatu yang buat hati rasa tak sedap. Sebuah kereta masih hidup enjinnya. Dalamnya, kelihatan seorang lelaki, iaitu jiran aku yang tertidur di tempat duduk pemandu.
Kami sebenarnya tak rapat. Dia keluar kerja pukul 7 pagi, aku pula biasanya 9 pagi. Jadi memang jarang berselisih. Tapi malam itu, entah kenapa aku rasa nak tegur. Aku jalan ke arah kereta tu.
Belum sempat aku buka mulut, dia sedar dan tersenyum lesu.
“Hai bang… saya ok. Saya cuma nak rehat sekejap. Siang tadi kerja banyak kat pejabat. Lepas Maghrib saya buat Grab pulak. Penat sangat.”
Aku hanya sempat balas,
“Ok… tapi jangan lama-lama duduk dalam kereta ya.”
Dia angguk dan senyum. Senyum yang... kalau aku tahu itu senyuman terakhir beliau, mungkin aku akan ajak dia masuk rumah minum air dulu.
Keesokan harinya, berita yang datang betul-betul menggoncang hati. Jiran aku itu ditemui meninggal dunia dalam kereta akibat keracunan gas ekzos. Dia tertidur dengan enjin masih hidup.
Yang lebih menyayat hati, isterinya menjerit dan meraung... menyalahkan diri sendiri. Rupanya mereka bergaduh pada malam sebelumnya.
Si isteri merajuk, tak jawab mesej, tak buka pintu bilik bila suaminya balik. Dan malam itu, si suami hanya duduk dalam kereta. Kesunyian, kepenatan dan kelesuan ditambah dengan rajuk isteri yang belum reda.
Mungkin cuba tenangkan hati, mungkin cuma nak tunggu reda. Tapi tak sempat. Dia meninggal dalam kereta di hadapan rumah tanpa disedari oleh isterinya yang hanya berada beberapa meter sahaja darinya.
(Diceritakan sendiri oleh encik Nizam)
Apabila Suami Diam - Itu Tanda Luka Dalam
Banyak isteri hari ini tidak sedar bahawa lelaki tidak tahu cara meluahkan tekanan. Kajian oleh American Psychological Association menunjukkan lelaki lebih cenderung memendam stres dan akhirnya mencari ruang sunyi seperti dalam kereta, di kedai mamak atau di luar rumah untuk lepaskan beban yang dipendam.
Mereka bukan lari. Mereka cuma tak tahu macam mana nak beritahu bahawa mereka sebenarnya penat. Bukan hanya penat fizikal, tapi penat emosional... rasa tak dihargai, rasa gagal, rasa tidak disayangi.
Bila di rumah tiada tempat meluah, lelaki akan mencari “ketenangan” di luar. Kadangkala cuma dengan telefon. Kadang dengan kerja lebih masa.
Dan lebih malang lagi... kadang dengan 'seseorang' yang buat dia rasa “dihargai semula”.
Suami Tidak Mahu Dimengerti, Tapi Dirasai
Kebanyakan lelaki tak minta difahami. Mereka cuma mahu dirasai kehadirannya. Senyum kecil masa dia balik kerja, teguran lembut waktu dia diam atau pelukan sebelum tidur. Itu semua jadi ubat yang mereka tak pernah minta tapi sangat diperlukan.
Ramai isteri tak sedar, bila hubungan makin hambar, bukan cinta yang hilang dulu. Yang hilang ialah sentuhan jiwa. Lelaki yang terlalu lama lapar kasih, akan mencari tempat lain untuk merasa cukup.
Bukan Salah Isteri, Tetapi Perlu Belajar Kembali Seni Menyentuh Hati Lelaki
Kadang bukan sebab isteri tak baik. Tapi sebab isteri terlalu penat dengan kerja, anak, tanggungjawab rumah, emosi sendiri. Lalu ruang untuk “melayani” suami jadi semakin sempit. Namun di sisi lain... hati suami juga semakin jauh, sedikit demi sedikit.
Kerana itu penting untuk setiap isteri belajar ilmu halus bagaimana menambat hati dan nafsu suami dengan cara yang benar dan halal.
Ilmu ini bukan tentang menggoda, tapi tentang memahami jiwa lelaki dan bagaimana seorang isteri boleh menjadi tempat suami pulang dengan tenang.
Baca dan kuasai rahsia ini dalam Ebook Rahsia Menambat Nafsu Suami (Versi 2.0), satu panduan yang telah bantu ramai isteri menghidupkan kembali kehangatan rumah tangga mereka. Klik di sini untuk dapatkannya:
http://ebook.rahsiasulit.com/menambatsuami
Kesimpulan: Jangan Tunggu Sampai Menyesal
Kematian jiran itu jadi peringatan besar buat aku — bahawa lelaki juga boleh rosak dalam diam.
Kadang mereka cuma perlukan sedikit ruang kasih, tapi kita terlalu sibuk untuk melihat.
Sampai akhirnya, ruang itu jadi sunyi… dan sunyi itu menelan mereka.
Sahabat, kalau malam ini suamimu diam, jangan tunggu dia mula menjauh.
Sapa hatinya, walau cuma dengan senyuman kecil atau pelukan ringkas.
Kerana mungkin, itu saja yang dia tunggu untuk terus kuat..
HAH... KELANTAN GADAI KEDAULATAN NEGERI
Sham Ghaz
Kelantan dah gadai Kedaulatan la kan?
Bendera China duk berpacak megah di Sokor Tanah Merah, Kelantan.
“Negeri Kita dah ada oghang nak ambik dahhhh”
Jika naratif sama dimainkan pada mrka. Comfirm mcm2 dalil Kelantan.
Tapi kita bukan benok mcm mereka.
Dari tahun 2010-2025 lebih 7.1 tan emas dikeluarkan dari bumi Kelantan.
Kelantan hanya dapat royalti 8% dlm bentuk tunai dan 2% dalam bentuk Jokong.
DUA EKOQ DEBU
Mohd Faisal.
Korang Berdua Hanya Debu
Meh sini aku nak cerita kepada kamu berdua….
Azmin Ali adalah orang yang mengasas dan melahirkan PKN (Parti Keadilan Nasional), sebelum ianya ditukar ke PKR selepas bergabung dgn PRM.
Masa itu DSAI berada dalam penjara dan Wan Azizah terlalu banyak beban yang terpaksa digalas.
Azmin yang menguruskan segala2nya untuk melahirkan PKR.
Dari jawatan Setiausaha Kerja , ke jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat sehingga menjadi Timbalan Presiden.
Azmin ramai pengikut…..maklumlah orang kuat parti.
Berlaku krisis Azmin dengan Anwar pada 2020 sehingga membawa kepada pemecatan Azmin sebagai ahli.
Azmin tinggalkan PKR dengan membawa gerombolan ahli2 parlimen dan orang2 kuat parti, termasuk Naib Presiden, Zuraida.
DSAI kehilangan orang kuat beliau. Malah Azmin itu telah menjadi sebahagian dari famili beliau.
Diringkaskan cerita, walaupun kehilangan orang kuat, kehilangan orang yang dipercayai, DSAI tidak ada masa untuk bersedih. Perjuangan diteruskan dalam keadaan tenang.
Akhirnya beliau menjadi PM jua tanpa Azmin di sisi.
Lebih malang lagi, Azmin kalah PRU di Gombak. Zuraida juga kalah….
Itu Azmin tau…..
Orang yang sangat kuat dan lama dalam politik.
Kau orang berdua siapa kalau nak dibandingkan dengan Azmin wehhhhh…..
Kau orang berdua hanya secebis debu di stokin Azmin. Nak cakap di kasut tak tergamak pula….
Hari ini kau orang dok jual nama PAS, PAS, PAS…..
Kalau letak antara kamu orang berdua dengan Azmin, korang rasa PAS nak percaya kamu orang ke wehhhh…
Woiiiii, Azmin tu bermain dengan PAS sejak zaman Markas Taman Melewar lagi lah woiiiii…..perhubungan Azmin dengan PAS dah bagai gam gajah.
Azmin dan Allahyarham Ismail Kamus sama2 menang di DUN Selangor pada 1999. Sorang di Ulu Kelang dan sorang di Gombak Setia. Kedua2 kerusi itu dalam Parlimen Gombak. Hassan Ali menang di Sg Burong (Tg Karang).
Korang baru kenal PAS beberapa hari ini, bukan main lagi nak jual nama PAS. Seolah2 koranglah pejuang PAS dari zaman Memali lagi….
Jangan lawan tok guru yang mengajar kita.
Selamat menggali lubang kubur sendiri….
Selepas ini boleh tukar pakaian, rambut warna warni dan jual belon gulung2 depan Sogo sambil buat magic. Nampak ngam tu kalau bergabung.
MUKA MUKA YANG BERBEZA...PUNYA GIGIH NAK ANWAR YURUN..KE KEH KEH....
Pn Ainol
Cuba perhatikan ada tak muka muka yang sama dalam tiga program berbeza ni?
1. Isu ART
2. Anwar turun
3. Deklarasi rakyat, Najib letak jawatan
Cuba senaraikan muka yang sama.
KESIAN WALAUN NI..HINA ORANG, KEMUDIAN TUHAN AMBIL NYAWA ORANG TERSAYANG.
De De
Aku simpati sorang cybertrooper type W ni, dia sindir kesihatan PMX Anwar Ibrahim Dan doakan perkara yang tak baik, bila Allah UJI dia dengan "kehilangan" org yg dia sayang, Allah UJI pula dia dengan bertubi² netizen pulangkan sindiran terhadap dia di Threads n fb
Wlupun begitu, aku tetap tak setuju apa yang netizen timbal balik pada dia..
Dan ucapan Takziah aku tetap pada dia sekeluarga,semoga diberi kesabaran atas kehilangan orang yang tersayang, Dan semoga Almarhumah ditempatkan bersama orang² soleh..aamin 🤲🏻
BERSATU KINI BERSEPYE.....PECAH DUA.KIOK
Syam Ghaz
BERSATU PECAH 2, 19 (YB pro Hamzah minyak masak) vs 6 (Muhyiddin #KerajaanGagal)
PAS ‘tapau’ Pengerusi PN Pahang dan Perlis.
Shukri Perlis bakal terlepas kerusi MB, Shahidam Kasim sedang diulik mimpi selepas disucikan oleh Presideng.
Tuan Ibrahim pula jika menang bakal dinobatkan MB Pahang. Parlimen Kubang Kerian tak jaga pun.
Saifuddin Abdullah pula disingkir jadi Pengerusi PN Pahang kerana tegur Muhyiddin dan Azmin
PN retak menanti belah. BERSATU kini kain buruk dalam PN.
Habis sepah madu dibuang, baru hang kenal perangai Pas mcmana kan?
Elok2 duk dalam PH dulu, g pakat dgn Pas tebuk atap.
Pengkhianat dibalas pengkhianatan.
Bye bye Abah Cow Muhyiddin Yassin
PUNYA NAK JATUHKAN ANWAR...AKHIRNYA MEREKA SWNSIRI DALAM KACAU BILAU
Alif Jamil
Sejak dari hari pertama Anwar Ibrahim angkat sumpah sebagai Perdana Menteri hingga ke harini, PN ni langsung tak pernah menjadi pembangkang yg memainkan peranan sebetulnya sebagai pihak semak imbang (check & balance).
Apa yg mereka tahu ??
Hari² meroyan nak jatuhkan Anwar Ibrahim semata².
Macam² langkah dan cara mereka buat untuk jatuhkan kerajaan Perpaduan..
Daripada main isu perkauman, meniup sentimen agama sampai sanggup mencipta fitnah terhadap Perdana Menteri.
Bermula dengan cubaan “scheme of things” ala Sheraton Move 2.0, desas-desus kononnya ada sokongan majoriti hinggalah kpd propaganda kotor dimedia sosial yg setiap hari menabur kebencian terhadap Anwar Ibrahim.
Mereka tak pernah fokus pun pada dasar atau polisi negara sebaliknya yg mereka kejar hanyalah kuasa walaupun terpaksa menggunakan nama Islam dan bangsa sebagai topeng politik.
Sedangkan kalau betul nak berpolitik cara matang, jadilah pembangkang yg bermaruah..
PN sepatutnya menilai dasar² kerajaan dan bagi alternatif yg lebih baik bukannya asyik bermain persepsi murahan untuk menghasut rakyat.
Sebenarnya , kalau PN ambil peranan untuk menjadi pembangkang yg berkualiti , saya rasa takde masalah untuk mereka tawarkan diri untuk jadi kerajaan.
Tapi masalahnya , dari mula² dulu sampailah sekarang kerjanya meroyan tak habis² tapi hasil satu habuk pon tadak.
Cuba tengok prestasi pentadbiran negeri PN apa jadi ?
Semua kelaut.
Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah cerminan nyata kegagalan pentadbiran Perikatan Nasional.
Di Kedah, Sanusi lebih banyak berpolitik dan menyanyi dari bekerja.
Pelaburan jatuh lebih 40% menurut laporan MIDA..
Isu air makin kronik, masalah sawah terbiar dan hutan Ulu Muda terus digondol tanpa kawalan.
Negeri yg sepatutnya menjadi pusat pertanian dan pelaburan kini berubah menjadi pentas politik murahan yg diselimut retorik tanpa hasil nyata.
Di Kelantan pulak, dah berapa penggal PAS mentadbir tapi rakyat masih bergelut dgn masalah air dan kemiskinan.
Pendapatan negeri antara yg tercorot.
Nak harapkan peluang pekerjaan tu jauh sekali sampai bersusun anak² muda kena keluar cari kerja diluar negeri.
Terengganu pulak negeri kaya hasil minyak tapi miskin hala tuju.
Royalti petroleum ratusan juta tak pernah diterjemahkan kpd kesejahteraan rakyat.
Kadar pengangguran antara yg tertinggi di Semenanjung, projek pembangunan banyak tergendala tapi ceramah politik lebih banyak dari dasar ekonomi.
Nak belanja pengurusan pon masih mengharapkan bantuan dan simpati dari kerjaan pusat.
Dan kalau tengok diperingkat Persekutuan, PN juga gagal memainkan fungsi semak & imbang.
Tidak ada satu pun pelan alternatif fiskal, dasar ekonomi atau strategi kos sara hidup yg mereka bentangkan untuk menyaingi dasar kerajaan MADANI.
Tiada shadow cabinet, tiada pelan ekonomi bayangan malah dalam perbahasan Parlimen pun mereka lebih sibuk melalak dari kemukakan dasar² gantian.
Pendek kata , PN ni bukan satu pembangkang yg mengimbangi kerajaan tetapi mereka adalah pembangkang yg membantutkan kemajuan negara.
Nak urus 3 negeri pon kelaut itu pon masih berangan nak urus negara.
Poodah.
BILA HATI TELAH HITAM.
𝗚𝗼𝗺𝗼 ni memang pakar buat fitnah dan cerita palsu. Macam baru-baru ni la konon 𝗧𝗿𝘂𝗺𝗽 𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 malahan 𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 panggilan telefon DS Anwar. Akhirnya terbukti dia memang penipu besar.
Yang '𝗯𝗮𝗴𝘂𝘀𝗻𝘆𝗮'makhluk ni, dia 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗻 dengan cerita yang dia buat. Macam cerita DS Anwar ada 𝗛𝗜𝗩 ni la. Walau tak pernah mampu beri bukti, tak pernah berjaya sahkan ceritanya, tapi dia 𝗶𝘀𝘁𝗶𝗾𝗮𝗺𝗮𝗵.
Yang ini, dari kisah 𝗣𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗠 dia boleh reka cerita kononnya betul DA Anwar ada penyakit tu. Gomo ni punya bodoh, memang 𝗵𝗮𝗯𝗶𝘀 𝗹𝗲𝘃𝗲𝗹. PM ada pasukan perubatan pun dia pelik?
Dia ingat PM ni macam ketua kampung? PM adalah 𝗶𝗸𝗼𝗻 sesebuah negara. Jadi PM mesti dalam keadaan 𝘁𝗶𝗽-𝘁𝗼𝗽 dari segala sudut. Dari keselamatan hinggalah kesihatan. Bayangkan kalau PM 𝘤𝘰𝘭𝘭𝘢𝘱𝘴𝘦 semasa dia berada dalam majlis antarabangsa. Kan 𝗵𝗮𝗿𝘂?
Bukan DS Anwar je. PM-PM terdahulu sebelum ni pun ada pasukan perubatan. Itu protokol. Dan bukannya di Malaysia je. Tapi semua pemimpin utama di seluruh dunia memang begitu. Apa bodoh sangat Gomo ni?
Makhluk upahan 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 ni tujuannya cuma untuk burukkan imej DS Anwar. Memang itu tugas utama dia. Walaupun cerita 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝘂𝘁. Sebab Mahathir nak sekat pengaruh DS Anwar.
Gomo ni aku tak heran. Cuma yang aku kesian pada 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗸. Walau beratus kali Gomo 𝗸𝗮𝗻𝘁𝗼𝗶 buat cerita bohong, tapi walaun benak tetap percaya. Boleh nampak berapa 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗜𝗤 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻. Guane boh?
Raja Gelap II
.
MB KAMI SEMPOI -ELOK DAH.
Harakatdaily.
ADUN Gurun Baddrol Bakhtiar akui kenaikan cukai 245% hasil manifesto beliau.
“Sebab tu lah rahsia,” ujarnya yakin.
SUDAH BOLEH MELABUHKAN TIRAI...
Abdul Manaf Syafie
SHERATON MOVE , projek & perancangan Mahathir SEKAT Anwar Ibrahim mampu bertahan 5 tahun sahaja kot. Dah nak mati dah. Sebelum Mahathir mati lagi dia bulih tengok BERSATU mati...... Sheraton move pun dah melabuh kan tirai dah.
Mahiadin , Azmin , Hamzah , Hadi Awang dan lain² hanya lah ALAT & PERKAKAS NO 1 Mahathir hingga dulu, Kini & selama²nya.
Projek Anwar Ibrahim SEKAT Rafizi bertahan berapa lama pulak...?
I. Kata Anwar Ibrahim & dia percaya pemimpin bulih 'DATANG & PERGI' , 'NAIK & JATUH'.
II. Jentera Anwar Ibrahim hak KERAT rafizi , Saifudin , Fadlina , Zaleha , Fauziah TIDAK PERCAYA Anwar Ibrahim bulih LURUH.
III. Orang Kata hukum karma JAHAT.
CATATAN
Untuk buang lendir belut , petua orang² tua syor rendam dengan air garam 2 jam. Baru tidak licik. Mahathir dah over expired tetap licik. Rendam garam pun tak jalan.
KERAJAAN BERLEMBUT SANGAT DENGAN PENGHASUT PEMFITNAH.
Al Fakir Azharidris.
Sudah sampai masanya kita kena lawan pemimpin kurang ajar ultra kiasu ini habis-habisan.
Penghinaan terhadap agenda negara yang tidak boleh dikompromi sama sekali
Kalau aku duduk disebelahnya, pasti aku sudah ajar pemimpin ultra kiasu kurang ajar ini agar menjadi manusia yang sedar diri. Nak buat macam mana, Melayu duduk sebelahnya pun senyum jer...
Sifat kurang ajar pemimpin ultra kiasu makin menyerlah sehingga sanggup mengugut wartawan, untuk diadukan kepada ketuanya, gara-gara bertanyakan soalan, berkaitan dengan tagline kenapa tidak mendaulatkan Bahasa Melayu Tahun Menyambut Malaysia 2026.
Jawapan bodoh yang diberikan kerana acara ini bersifat antarabangsa. Apakah kita mahu mengajar pelancong berbahasa Inggeris? Majoriti pelancong China tidak boleh berbahasa Inggeris kenapa mereka datang melancong ke negara kita? Oh ya, saya lupa, rupanya, kamu mahu menggunakan Bahasa Cina dengan mereka.
Apakah benar pelancong yang datang melancong ke negara kita mahu berbahasa Inggeris dengan kita?
Ketika Trump bertemu dengan Presiden China, baru-baru ini, Presiden China dengan megahnya membalas ucapan Trump dalam Bahasa China, meskipun Presiden China itu tahu berbahasa Inggeris. Tetapi demi mempertahankan jati diri dan kedaulatan negaranya, maka tidak ada kompromi dalam soal ini.
Dalam kata lain, orang China di China, begitu bangga dengan bahasanya. Peliknya, pemimpin ultra kiasu ini langsung tidak hormat kepada Bahasa kebangsaan, di tanah tumpah airnya sendiri. Malah, sanggup menghina wartawan tersebut hanya kerana bertanyakan soalan kenapa tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai tag line dalam kempen tahun melawat Malaysia.
Wartawan yang bertanya itu pula, adalah wartawan Utusan Malaysia, dahulunya dikenali Utusan Melayu, dari segi sejarahnya, antara akhbar berpengaruh memperjuangkan kemerdekaan dan jait diri Melayu, suatu masa dahulu. Itupun ultra kiasu itu begitu berani mengugut wartawan tersebut.
Saya tidak fikir, menteri ultra kiasu akan memberikan respon sebegitu rupa jika yang bertanya itu adalah wartawan ultra kiasu daripada akhbar Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris. Tetapi itulah nasib Melayu di bumi Melayu. Di buminya sendiri, dia tidak dapat menegakkan kedaulatan bahasanya walaupun termaktub dalam perlembagaan. Di bumi Melayu sendiri, Melayu dihina sedemikian rupa, seolah-olah tidak maruah. Bangunlah wahai Melayu.
Memandangkan menteri ultra kiasu ini sudah terlalu kurang ajar, tidak menghormati Bahasa kebangsaan, maka sudah sampai masanya kita lawan habis-habisan ultra kiasu ini. Jangan beri mereka peluang lagi.
Bangunlah wahai Melayu, pastikan kita kuburkan parit ultra kiasu ini dalam PRU akan yang datang. Kita lawan, gunakan kuasa undi rakyat. Sebenarnya, pasti Melayu ini, boleh menang, jika sesama mereka, boleh bersatu dan berbincang. Malangnya disebabkan politik kepartian sempit, perpecahan tidak dapat dielakkan, maka semakin rugilah Melayu, di buminya sendiri.
Bagi tahulah parti-parti politik Melayu, seperti UMNO, bangunlah, jangan berkawan dengan musuh, yang kamu sudah tahu dia adalah musuh sebenarnya. Melayu pasti akan terkubur, kalau terus bersama ultra kiasul.
Seperti yang telah saya katakan dahulu, ultra kiasu ini apabila mendapat kuasa, mereka sudah tidak berpaling lagi. Mereka akan gunakan kuasa ini sepenuhnya, walaupun ultra kiasu ini tahu, perkara dibangkitkan itu adalah terlalu senstif.
Ayuhhhh…. Bangunlah, ajar ultra kiasu ini makna dan erti kemerdekaan, semangat patriotik, jati diri, kesetiaan dan kedaulatan negara.
Pergilah ke negara mana pun di dunia, apabila ada tahun melawat negara mereka. Mesti ditulis dalam Bahasa kebangsaan mereka sendiri, tidak ada kompromi. Kenapa? Kerana, mereka tahu, pelancong yang datang bukan mahu belajar Bahasa, bukan mahu minum arak, tetapi untuk melihat kelainan. Malangnya, menteri ultra kiasu ini, terpaling orang putih, jangan sebutlah terpaling Cina, kerana itulah trademark mereka.
Marilah kita ajar ultra kiasu ini dalam PRU akan datang, haramkan walau satu undi kepada mereka, kerana ultra kiasu ini adalah musuh negara yang sebenar.
PATUT MCA MELINGKUP
ISU KEDAULATAN PERJANJIAN MALAYSIA - US: RESPON KEPADA WEE KA SIONG
Kartun la kamu ni Wee Ka Siong! Takkan dua dua agremement tu kamu tak baca, sila baca tulisan saya ni;
Kemboja lebih bijak daripada Malaysia sebab ayat dalam perjanjian Amerika–Kemboja sebut “jangan jejas kedaulatan,” tapi versi Malaysia tak tulis perkataan tu. Itu naratif separuh masak dan spin!
Dalam rundingan antarabangsa, bukan ayat yang tentukan kekuatan negara — saiz ekonomi & kuasa tawar-menawar yang tentukan hasil.
Realitinya, Malaysia tak perlukan ayat defensif macam Kemboja sebab kita masuk rundingan sebagai rakan perdagangan besar — bukan negara kecil minta perlindungan.
Malaysia ekonomi 9 kali lebih besar, perdagangan dengan AS 7 kali ganda lebih tinggi, dan kita dapat akses lebih >18,000 produk ke pasaran Amerika dengan kadar tarif sangat rendah.
Deal Malaysia jauh lebih besar, lebih kompleks dan lebih strategik; sebab itu bahasa dipakai bahasa teknikal — persetujuan bersama, timeline dipersetujui dua pihak. Itu tanda kuasa tawar-menawar kuat, bukan tunduk.
Kalau Malaysia “tunduk”, sudah lama kita ikut sekatan AS terhadap China. Tapi hari ini Malaysia kekal bebas — China pelabur terbesar, AS juga rakan dagang utama, dan kita dapat manfaat dua-dua blok kuasa.
Kemboja perlu tulis “kedaulatan” sebab mereka di posisi bertahan. Malaysia pula dalam posisi rakan strategik ekonomi dgn US. Negara kecil minta jaminan. Negara kuat tetapkan syarat dan dapat manfaat lebih besar.
PERBANDINGAN DATA:
1. Perbandingan Saiz Ekonomi (KDNK)
▪️Malaysia - RM1.98 trilion
▪️Kemboja - RM217 bilion
Malaysia ~9 kali lebih besar daripada Kemboja. Malaysia bukan negara yang perlukan frasa perlindungan dalam perjanjian — Malaysia ada kuasa tawar-menawar.
2. Perdagangan dengan US
▪️Malaysia - USD 72 bilion (~RM338B)
▪️Kemboja - USD 11 bilion (~RM52B)
Malaysia berdagang 7 kali lebih besar dengan Amerika. Ini bukan “tunduk”. Ini negara besar berunding cara negara matang.
Kemboja perlukan ayat “kedaulatan” sebab mereka perlukan perlindungan.
3.Akses Produk ke Pasaran AS
▪️Malaysia: >18,000 produk diberi manfaat tarif dan 98.4% eksport ke AS diberi akses lebih baik (MITI release).
▪️Kemboja: majoriti akses hanya sektor garmen/footwear (low-value products).
Negara kecil minta jaminan. Malaysia tetapkan syarat, dapat akses pasaran lebih besar, dan kekal bebas berdagang dengan AS & China serentak. Malah gerakan ASEAN FIRST dan joint BRICS utk imbang US.
Wee Ka Siang elok sekolah balik! Rujuk balik semua kes kes kamu masa jadi Menteri dulu. Tak perform pun!
Syam Ghaz
RUJUKAN:
1. rujukan: https://tradingeconomics.com/malaysia/gdp
2. https://fred.stlouisfed.org/series/ MKTGDPKHA646NWDB
3. https://www.aljazeera.com/economy/2025/2/14/malaysias-economy-grows-5-1-in-2024-on-strong-investment-domestic-demand
4. https://www.worldbank.org/en/news/video/2024/06/06/cambodia-economic-update-june-2024-export-revival-and-trade-shifts
5. Sumber rasmi US Gov: Malaysia–US: https://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5570.html
6. Sumber rasmi US Gov: Cambodia–US: https://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5550.html
7. MITI — US Trade Benefits
https://www.miti.gov.my
8. Office of the US Trade Representative
https://ustr.gov
9. Malaysia GDP — World Bank
https://data.worldbank.org/indicator/NY.GDP.MKTP.CD?locations=MY
10. Cambodia GDP — Macrotrends
https://www.macrotrends.net/countries/KHM/cambodia/gdp-gross-domestic-product
𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗵𝘆𝗶𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗬𝗮𝘀𝘀𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺.
Kabinet Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim pengurangan dari jumlah Timbalan Menteri, tiada lantikan Duta Khas Bertaraf Menteri, kurang lantikan politik, tiada bayaran kepada penasihat kerajaan dan memperkenalkan pemotongan 20% gaji Menteri dan Timbalan Menteri.
Dari segi struktur, Kabinet Anwar lebih ringkas dan kos efektif dibandingkan dengan zaman Kerajaan Muhyiddin Yassin.
Dan Dato' Seri Anwar Ibrahim sehingga kini, tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri.
UMNO DAH TERIMA AKIBAT- SUDAH SUDAH LA...TUA SANGAT DAH.JANGAN DOK GUNA DIA LAGI DAH..
Setuju....
Tun pecat Anwar Ibrahim 02Sept 1998
Tun disingkir UMNO 2003.
1999
UMNO hilang Terengganu
2008
UMNO hilang Kedah , Selangor , pulau pinang , Negeri sembilan & Melaka
2012
UMNO hilang 2/3 majoriti di PARLIMEN
2018
UMNO hilang Putrajaya
2023
UMNO hilang Putrajaya
Terima kasih Tun
Kerana Tun UMNO hilang kuasa
Kerana Tun UMNO pecah
Mungkin ini lah pernyataan Tun sebelum mati
ULASAN BAIK UNTUK DIRENUNGI
Khairil Lee
This is my personal view.
Mungkin ada yang tak suka.
Maaf Sya tulis terus dari Kepala.
Tak ada skrip.
Sya rasa sudah sampai masa kita put a stop to this personal conflict between them.
We have other important issues .
Kita toksah layan la Benda Benda yang boleh drain out our energy.
Why should we waste our time.
Saya rasa Tanggungjawab DSAI sekarang untuk membina semula Negara.
We wasted PRU14 by having 3 Prime Ministers dalam tempoh tak sampai 5 tahun.
Pertama kali dalam sejarah.
Segala macam Kerja Kerja untuknegara terhenti. Covid lagi.
Tun Pegang 22 bulan.
Pastu Sheraton Move.
Pastu TSMY pula Pegang 30 bulan.
Kabinet tutup.
Pastu buat keputusan sendiri.
Pastu gaduh lagi.
TS Ismail Sabri pula ambil alih.
Dia pula sibut buat Kerja lain.
So all the RMK13 semua Jemmm.
We neglected our Defense.
We neglected almost everything.
All ongoing projects stopped.
All awarded projects retender balik semula.
Semua Kerja Kerja jadi haywire.
Jabatan kerajaan pun confused.
Kejab ini Kejab itu.
Bila DSAI took over pun dok bergaduh nak tukar jugak.
Semua tak betul.
Buat ini salah buat itu salah.
Menari pun salah.
Apa yang kita nak sebenar nya ni.
Saya pun tak tahu apa yang kita nak.
Yang nampak hanya orang orang nak jadi PM.
Konon nya dia lebih Hebat.
Dia lebih baik.
Nanti bila Dia jadi PM orang lain pulak akan cari jalan jatuhkan dia .
Sampai bila nak jadi Macam ni.
Apa kata bila lantik seorang PM biarlah Dia buat Kerja Dia sampai habis term.
Nak kritik membina OK.
Jangan lah kritik babi buta.
Hasut Sana Sini.
So far I have seen there is no Prime Minister yang Boleh berjaya buat apa apa kemajuan besar dalam tempoh 1 penggal.
Ini kenyataan.
Tun dulu 22 tahun.
That's why he was able to do many things.
Masa dia 22 bulan Ada ke dia dapat bawa apa apa kemajuan?
Nothing.
Kalau kita semua tengok Anwar tak Bagus tak boleh buat Kerja.
PRU 16 kita Tukar.
Kalau kita tengok Dia Bagus kita bagi lagi 5 tahun.
Baru kita boleh nampak betul betul kemajuan yang dia nak bawa.
Sementara tu jangan lah dok hasut yang Bukan Bukan.
Diam lebih bagus.
Salam
ANTARA REE DAN PETROLEUM
Che Ibrahim.
Perjanjian nak jual REE ke US ni sama la dengan perjanjian nak jual Musang King ke China, dah pekebun Musang King tak mahu jual ke China, sign la beratus perjanjian pun, KPKM nak ambil mana durian Musang King tu???
Kerajaan Pusat tak dak lombong REE sendiri, kuasa melombong mineral bawah negeri. Berbeza dengan minyak/petroleum, Kerajaan Kerajaan Negeri telah bersetuju serah hak kepada PETRONAS untuk carigali minyak di perairan mereka sebagaimana Akta Pembangunan Petroleum 1974 (Akta 144).
REE pun begitulah juga.... Mu cari sendiri la nak jual ke sapa REE mu, peduli apa ke perjanjian Anwar - Trump.
BACA DIN CIRIT- JANGAN TAK BACA- KENYATAAN BALAS KEPADA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN: ART – KEDAULATAN & EKONOMI TERJAMIN
Terima kasih kepada YB Tan Sri Muhyiddin di atas persoalan yang dibangkitkan tentang Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat. Sebelum saya menghuraikan isu-isu yang dibangkitkan oleh TSMY satu persatu, saya ingin menegaskan semula beberapa fakta utama yang telah saya bentangkan di Parlimen pada 29 Oktober 2025, iaitu:
1. Rundingan ART berbeza sama sekali daripada rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang lain. Tarif Timbal Balas (Reciprocal Tariff) adalah cukai unilateral yang dikenakan oleh AS.
2. AS kekal sebagai salah satu pasaran eksport terbesar Malaysia. Jumlah perdagangan dua hala pada 2024 mencatatkan RM325 bilion, dengan nilai eksport Malaysia sebanyak RM198.65 bilion. Untuk tempoh Januari-September 2025, jumlah eksport negara pula adalah RM166.38 bilion.
3. Malaysia wajib mempertahankan akses kepada pasaran kritikal AS ini dan berunding demi kepentingan nasional dan kelangsungan ekonomi kita.
4. Perjanjian ini melibatkan kelangsungan punca rezeki jutaan rakyat Malaysia merentasi sektor utama (Elektrik & Elektronik, Aeroangkasa, Getah, Koko, Farmaseutikal). Keengganan bertindak pantas akan menyebabkan jutaan rakyat Malaysia terancam hilang punca pendapatan.
Walau bagaimanapun, sepanjang proses rundingan, Kerajaan telah:
● Berpegang teguh kepada prinsip berkecuali, menggunakan pendekatan seluruh kerajaan (whole-of-government), dan sentiasa memastikan kepentingan serta kedaulatan negara dilindungi dan dipelihara.
● Tegas tidak berganjak daripada pendirian melibatkan isu-isu garis merah (red lines), terutamanya Dasar Bumiputera, Dasar Perolehan Kerajaan, dan tuntutan liberalisasi ekuiti sepenuhnya dalam sektor strategik negara (seperti Tenaga dan Telekomunikasi).
● Perjanjian ART ini juga mengandungi klausa yang menjamin kedaulatan negara, di mana pelaksanaannya adalah berdasarkan kepentingan dan keselamatan ekonomi negara serta berlandaskan undang-undang dan peraturan domestik.
Hasilnya, Malaysia berjaya mendapat penurunan kadar tarif dari 25% kepada 19%, menjadikannya kadar terendah yang dikenakan kepada negara-negara ASEAN yang mempunyai lebihan dagangan dengan AS.
Malaysia juga berjaya memperoleh pengecualian daripada tarif 19% ini bagi 1,711 barisan tarif (tariff lines) ke atas produk eksport utama, termasuk minyak sawit, barangan getah, produk koko, komponen pesawat, dan farmaseutikal, yang menyumbang kolektif sehingga RM22 bilion (USD5.2 bilion).
Jika Malaysia menolak perjanjian ini, Kerajaan AS dijangka menaikkan semula kadar tarif kepada kadar asal 24% atau kadar yang jauh lebih tinggi (30%, 40%, 50%, malah 100%). Ini secara langsung akan melumpuhkan daya saing eksport Malaysia ke pasaran AS.
Selain itu, ketidaktentuan pasaran akan menyebabkan pelabur hilang keyakinan untuk membuat pelaburan baharu atau mengembangkan operasi sedia ada di Malaysia. Faktor kebolehramalan (predictability) dan kebolehjangkaan (certainty) adalah prinsip asas kepada komuniti perniagaan. Pelabur tidak akan memilih negara yang kelihatan teragak-agak dan tidak mengambil tindakan proaktif untuk melindungi akses pasaran eksportnya.
Jawapan kepada Isu-Isu Spesifik oleh TSMY
Artikel 3.4 (Pencegahan Pemindahan Teknologi Paksa)
TSMY: Peruntukan ini melarang Malaysia mengenakan syarat pemindahan teknologi sebagai kaedah untuk menarik pelaburan AS.
Jawapan: Artikel 3.4 bertujuan menghalang "pemindahan teknologi secara paksa". Ini adalah peruntukan standard (lazim) yang wujud dalam majoriti perjanjian perdagangan yang ditandatangani oleh Malaysia. Tujuannya adalah untuk memastikan syarikat tidak dipaksa menyerahkan hak harta intelek (IP) yang berharga, seperti rahsia perdagangan atau kod sumber, kepada Kerajaan sebagai syarat untuk melabur, menjual, atau beroperasi di Malaysia.
Paling penting, Artikel 3.4.2 menyediakan pengecualian yang jelas. Ia membenarkan Kerajaan Malaysia, sebagai pengawal selia, untuk mengakses kod sumber, algoritma, dan teknologi proprietari lain, bagi tujuan pengawalseliaan (regulatory) dan perundangan yang sah. Ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) penyiasatan, prosiding kehakiman, penyelenggaraan infrastruktur kritikal, memastikan pematuhan undang-undang, dan memastikan kestabilan sistem kewangan (atas sebab-sebab prudential).
Artikel 5.1 (Tindakan Sekatan Terhadap Negara Ketiga)
TSMY: Peruntukan ini menegaskan, jika AS mengenakan sekatan atau langkah lain terhadap negara ketiga atas alasan keselamatan ekonomi atau keselamatan nasionalnya, Malaysia juga hendaklah melakukan tindakan yang sama. TSMY mendakwa ini memaksa Malaysia akur secara mutlak.
Jawapan: Seperti yang saya jawab di Parlimen, peruntukan ini SAMA SEKALI tidak memaksa Malaysia akur secara membuta tuli. Frasa-frasa utama seperti "mengikut undang-undang dan peraturan domestik" dan "dalam garis masa yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak" dengan jelas memberikan Malaysia ruang undang-undang dan autonomi diplomatik untuk mengurus tindakannya.
Peruntukan tersebut dengan jelas menekankan bahawa sebarang tindakan Malaysia hanya terpakai untuk isu yang merupakan "shared economic concern" (kebimbangan ekonomi bersama). Sekiranya isu tersebut tidak menjejaskan kepentingan ekonomi Malaysia, kita TIADA OBLIGASI untuk mengambil tindakan atau sekatan yang sama seperti AS. Ini adalah komitmen berasaskan kebimbangan bersama, bukan kepatuhan mutlak.
Artikel 5.2 (Kawalan Eksport Strategik)
TSMY: Peruntukan ini menyatakan, Malaysia hendaklah mematuhi seluruh kawalan eksport ke atas negara ketiga yang dikenakan oleh AS secara unilateral. TSMY mendakwa ini menyebabkan Malaysia kehilangan autonomi penuh.
Jawapan: Artikel ini TIDAK menyebabkan Malaysia kehilangan kuasa penuh atau autonomi. Ia hanya menyatakan komitmen untuk bekerjasama dalam mengawal selia perdagangan strategik, selagi ia mematuhi undang-undang domestik Malaysia.
Malaysia telah pun mempunyai rangka kerja undang-undang melalui Akta Perdagangan Strategik 2010. Tindakan ini diambil secara konsisten (walaupun sebelum ART) untuk melindungi pengeksport dan komuniti perniagaan domestik daripada risiko sekatan sekunder (secondary sanctions). Ini membuktikan Malaysia telah sedia mengambil langkah proaktif untuk kekal sebagai rakan dagang yang dipercayai kepada masyarakat antarabangsa, termasuk AS.
Artikel 5.3 (Akses Data Kastam)
TSMY: Peruntukan ini memberikan akses langsung kepada AS terhadap data kastam dan urusan kastam Malaysia. TSMY mendakwa ini bermakna kedaulatan data dan kawalan ekonomi nasional Malaysia kini dikuasai AS.
Jawapan: Walaupun Artikel ini membenarkan AS memiliki akses kepada data kastam, akses tersebut bukanlah automatik. Tiga perenggan di bawah Artikel ini secara tegas memerlukan perkongsian data dilakukan:
● "through its domestic regulatory process"; atau
● "in accordance with its domestic laws and regulation".
Ini bermakna sebarang perkongsian data mestilah melalui proses peraturan Kastam dan berlandaskan sepenuhnya undang-undang domestik negara.
Artikel 6.1.3 (Komitmen Pelaburan dan Perolehan)
TSMY: Peruntukan ini menuntut komitmen memudahkan pelaburan US$70 bilion (10 tahun) dan perolehan US$150 bilion (5 tahun) oleh syarikat Malaysia ke atas AS adalah pemindahan kekayaan yang berat sebelah.
Jawapan: AS adalah sumber pelaburan terbesar bagi Malaysia. Sebagai rekod, setakat Januari-Jun 2025, pelaburan yang diluluskan dari AS mencatatkan RM10.4 bilion, manakala secara kumulatif sehingga 2024, rekod pelaburan dari AS adalah berjumlah RM218.2 bilion.
Komitmen pelaburan dan perolehan di bawah Artikel ini tidak akan menggunakan dana Kerajaan dan adalah semata-mata keputusan komersial dan perancangan perniagaan syarikat-syarikat.
Kerajaan hanya mendapatkan maklum balas daripada Syarikat Multinasional (MNC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mengenai perancangan perolehan sedia ada mereka dari AS, dan menyenaraikan komitmen tersebut. Tanpa ART sekali pun, perolehan ini akan tetap dilakukan kerana ia adalah perancangan komersial yang sedia ada.
Contoh: Pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group telah diumumkan pada Mac 2025, iaitu sebelum pengumuman tarif oleh Presiden Trump.
Artikel 6.2 (Nadir Bumi dan Sekatan Eksport)
TSMY: Peruntukan ini melarang Malaysia untuk mengenakan kuota atau sekatan eksport ke atas sumber strategik seperti nadir bumi (REE) ke AS. TSMY mendakwa ini menyebabkan Malaysia menyerahkan autonomi dasar ke atas sumber strategik miliknya.
Jawapan: Malaysia TEGAS mengekalkan dasar MELARANG eksport REE mentah. Dasar ini adalah untuk memastikan pembangunan industri hiliran tempatan. Ini bermakna nilai tambah, pekerjaan berkemahiran tinggi, dan teknologi pemprosesan mesti diwujudkan dan kekal di Malaysia. Kita tidak akan kembali menjadi negara yang sekadar menggali dan menjual bahan mentah dengan harga murah.
Pembangunan sumber strategik negara akan berlaku mengikut undang-undang Malaysia, di bumi Malaysia, dengan kawalan penuh kedaulatan negara.
Dasar yang diamalkan bukan untuk menghalang perdagangan secara total, tetapi untuk menghalang eksport bahan mentah yang belum diproses, bagi memastikan nilai tambah berlaku di Malaysia terlebih dahulu. Seperti mana sektor lain seperti oil and gas, getah, koko, dan minyak sawit, Malaysia tidak menghalang eksport produk hiliran dan bahan yang telah diproses tetapi kita menggalakkan pembangunan aktiviti hiliran untuk memaksimumkan nilai. Setelah diproses di dalam negara mengikut undang-undang dan piawaian Malaysia, dan setelah nilai itu dicipta di sini, barulah produk hiliran bernilai tinggi boleh dieksport sebagai sebahagian daripada rantaian bekalan global.
Pelaksanaan fasilitasi dan semua pelaburan di bawah Perjanjian ini akan sentiasa tertakluk dan dilaksanakan selaras dengan undang-undang dan dasar negara.


































