PMX KE KAWASAN PPS...

 


Saya kemudian ke PPS Sekolah Kebangsaan Mangkok, Setiu yang menempatkan 372 mangsa banjir, dan usai tiba, saya terus ke kawasan sekitar yang masih terjejas dengan musibah banjir ini.









Sewaktu menyantuni mangsa banjir, ada yang berkongsi pengalaman masing-masing dan saya sempat memaklumkan Kerajaan akan sentiasa membantu meringankan beban yang dihadapi termasuk dari segi bantuan kewangan dan juga dari sudut pembaikan serta pemulihan infra rakyat.


Kepada kesemua pegawai dan anggota dari pelbagai agensi pengurusan bencana, sekalung penghargaan di atas kebersamaan dan keterlibatan dalam membantu mangsa-mangsa banjir ini.


Moga kesemua mangsa banjir, baik di Terengganu dan negeri-negeri lain yang terlibat, diberi ketabahan selain sentiasa berhati-hati dalam menghadapi bencana banjir yang sedang melanda negara.


Dititipkan doa agar keadaan akan kembali pulih dan rakyat yang terjejas dapat meneruskan kehidupan seperti sedia kala.


#MalaysiaMADANI



KALAU KENA KUTUK BALIK, DIA MELOMPAT.. TU LAH WALAUN

 

Kalau yang dah lama ikut ana kat Fb, mesti faham sangat cara ana sindir PAS.


Yang terbaru tentang 'bala banjir' di Terengganu, Kelantan dan Kedah.


Perkataan 'bala' ana ambil dari lidah pimpinan PAS, dan ana hanya kembalikan balik kepada PAS bila negeri mereka dilanda banjir.


Itu sahaja, tak lebih pun.


Tapi itu la PAS,


Tuan Guru dia binatangkan orang tak mengapa, bila orang jawab balik, terus kena cop hina ulamak.


Bila Tuan Guru dia fitnah orang, ada yang jawab balik, terus kena barua DAP.


Tuan Guru dia pertikai akidah orang, kata orang jahil dan buta Quran, bila ada jer yang dedah balik Tuan Guru dia yang bebal, terus kena tanya 'mung karang kitab berapa buah..?'


Demikianlah pendokong PAS hari ini, terlalu bodoh dalam menilai pemimpin sendiri. Yang penting pemimpin lawan perlu dimaki, dihina dan difitnah saban hari.


Itulah jihad paling akbar dalam menentang musuh Islam dan penentang hukum Allah katanya.


😅😅


Miqdad Zakaria 

Rusila, Tepi Tali Air.



WOIIII TIDOQ KA LENA PA...


RMS


 KPM dah umumkan usaha bagi memudahkan urusan pelajar yang berhadapan masalah banjir dgn penglibatan pebagai agensi dari NADMA dan tentera, mungkin Kak Lah baru bangun tidur kot..



Masa 2021, Kak Lah tak bising pun bila Menteri Pendidikan ketika itu Radzi Jidin mahu SPM diteruskan walaupun banjir di Kelantan..



BANTUAN UNTUK KELANTAN DAN TERENGGANU

 

Ketika meninjau kebajikan mangsa banjir di Terengganu tadi, saya umum peruntukan tambahan segera untuk dua negeri Pantai Timur yang paling teruk terkesan dengan bencana banjir ketika ini.




Setakat petang ini, lebih 148,000 mangsa terkesan dengan banjir di 10 negeri dan lebih 90 peratus adalah di Kelantan dan Terengganu. Semoga bantuan ini meringankan beban mangsa banjir, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



KAWASAN PALING TERUK ADALAH KAWASAN MP LEKEH


 Perasaan tak.. kawasan MP yang paling tak ada kualiti dan merapu difacebook.. paling teruk dilanda musibah banjir..




NAK JATUHKAN KERAJAAN TANPA MORAL.

 


Tak habis-habis usaha PN nak tebuk atap. Mungkin sebab mereka sudah merasa 'dar*ah'. 


Itu sebab mereka tak mahu sign MOU sebab sedang berusaha untuk tebuk atap.


Tunggulah PRU16. Sementara waktu biar negara stabil  politik dan ekonominya.  


Vagero. 


******************



Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pertemuan berhubung usaha membawa keluar BN daripada kerajaan perpaduan termasuk dengan Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim.

Namun, Zahid berkata pertemuan itu bukan berlangsung dengan Shahidan sahaja.

Zahid bagaimanapun enggan mendedahkan perincian lanjut mengenai perkara itu.

“Rahsia. Kalau saya berkongsi dengan umum bukan lagi menjadi satu rahsia. Oleh sebab itu, biarlah saya berbincang dengan pemimpin-pemimpin tertentu sahaja.

“Saya juga telah memaklumkan secara terperinci kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya kita berjaga-jaga, agar pisang tidak berbuah dua kali.

ADS

“Dan bukan hanya Shahidan seorang yang bertemu dengan saya bercakap tentang perkara yang sama,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen BN Selangor di Shah Alam, hari ini.

Ahmad Zahid berkata ketika ditanya nama pemimpin PN yang terlibat dalam usaha menarik BN keluar dari kerajaan perpaduan seperti yang didedahkannya sebelum ini.

Ahmad Zahid pada Isnin lalu, dilaporkan mendakwa terdapat usaha untuk menarik BN keluar daripada kerajaan perpaduan, seterusnya mengangkat individu daripada BN sebagai perdana menteri.

Shahidan sebelum ini berkata ajakan mereka supaya wakil rakyat Umno meninggalkan kerajaan perpaduan bukan sesuatu yang rahsia, sebaliknya ia pernah dibuat secara terbuka termasuk dalam ceramah.

Tarik semula penggantungan Tajuddin

Sementara itu, mengulas tindakan Umno menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli parti itu berkuasa kuasa serta-merta, Zahid berkata pemimpin veteran parti itu selayaknya diterima semula.

Malah, Zahid berkata perkara yang sama juga akan dibuat terhadap mana-mana bekas pemimpin parti itu yang mahu kembali ke dalam Umno.

“Tajuddin menghantar surat rayuan sebanyak empat kali dan beliau telah datang memperlihatkan dukungannya semasa pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri dan Mahkota.

“Beliau juga hadir dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu dan saya tidak nampak kenapa Majlis Kerja Tertinggi Umno tidak bersetuju dengan rayuan beliau dan jika ada lain-lain ahli yang melakukan tindakan yang sama sebagaimana yang dibuktikan oleh Tajuddin, saya tidak nampak jika ahli Majlis Tertinggi juga tidak boleh melakukan keputusan yang sama,” katanya.

Selain Tajuddin, Khairy Jamaluddin yang juga bekas ketua pemuda dan bekas pengerusi Umno Selangor dan Noh Omar turut dipecat dari Umno pada Jan 2023 kerana melanggar disiplin parti semasa PRU15.

Manakala keahlian Shahril yang juga bekas ketua penerangan dan bekas naib presiden Hishammuddin Hussein digantung selama enam tahun.



KEPALA BAPAK.... BUKAN AKU CAKAP... NIH WALAUN.... JANGAN PERASAN SANGAT BAGUS LA..


 

KALAU MACAM NI.. JANGAN TOLONG LAIN KALI. TAKAT TUKAR BAB BARANG LAPOR POLIS JA.


 


JANGAN LAH JADI PEMANJANG FITNAH.. ISU HARTA P. X.


 Tabayyunlah, jangan jadi pemanjang fitnah



Pada 7 Mac 2019, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar perisytiharan harta bernilai RM10.7 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagaimana yang diminta oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu. Perisytiharan harta ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memastikan ketelusan dalam kalangan anggota Kabinet dan Ahli Parlimen.


Perisytiharan ini tidak mendatangkan sebarang isu pada waktu itu kerana ia disertai dengan penjelasan terperinci mengenai bagaimana aset tersebut diperoleh. Sebahagian besar nilai asetnya adalah berdasarkan anggaran semasa hartanah miliknya, iaitu:

• Rumah di Bukit Segambut bernilai RM9.5 juta yang pada asalnya dibeli pada harga RM4.5 juta hasil daripada penjualan rumah di Bukit Damansara pada tahun 2005.

• Tanah di Permatang Habib, Mukim Penor, Kuantan, Pahang, yang dibeli pada tahun 1974 dengan harga RM7,000 dan kini dianggarkan bernilai RM420,000.


Aset-aset ini diperoleh secara sah dan boleh dibuktikan melalui dokumen jual beli dan rekod kewangan yang sah.


Pada masa itu, perisytiharan harta Datuk Seri Anwar Ibrahim ini tidak menjadi isu kerana ramai anggota Kabinet dan Ahli Parlimen PH mempunyai nilai aset yang jauh lebih tinggi. Contohnya ialah:

• Datuk Dr R Santhara Kumar (Segamat): RM132.1 juta.

• Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas): RM77.0 juta.

• Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi): RM32.3 juta.

• Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun): RM25.1 juta.

• Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof (Alor Gajah): RM23.0 juta.

• Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin: RM15.3 juta.

• Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh): RM14.3 juta.


Perisytiharan harta oleh anggota kerajaan PH pada ketika itu juga dipuji oleh rakyat kerana ia memperlihatkan komitmen kepada ketelusan dan integriti, sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh kebanyakan pemimpin pembangkang.


Namun, baru-baru ini, data yang sama telah disalahgunakan untuk menyebarkan tuduhan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah "pemimpin ke-17 terkaya di dunia," dengan gambaran seolah-olah hartanya diperoleh secara tidak sah. 


Secara logiknya, tuduhan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin ke-17 terkaya di dunia adalah tidak masuk akal. Jika dibandingkan dengan pemimpin lain di Malaysia sendiri, nilai aset Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah antara yang tertinggi. Bagaimana mungkin beliau tergolong dalam senarai pemimpin terkaya dunia?


Penyebaran tuduhan tidak berasas ini adalah contoh klasik fitnah yang boleh merosakkan kredibiliti individu tanpa bukti yang sah. Dalam Islam, fitnah adalah dosa besar. Rasulullah SAW bersabda:

"Memadailah seseorang itu dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan apa sahaja yang didengarinya." (Riwayat Muslim, no: 4482).


Hadis ini mengajar umat Islam agar berhati-hati sebelum menyampaikan sesuatu berita dan memastikan kebenarannya.  Tindakan menyebarkan maklumat tanpa menyiasat kebenarannya tidak hanya mencemarkan nama baik individu tetapi juga meruntuhkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem politik dan institusi negara.


Menyebarkan berita tanpa tabayyun (penyiasatan) bukan sahaja berdosa, malah boleh mengakibatkan kerosakan besar kepada masyarakat. Sebab itu penting untuk rakyat mengamalkan sikap tabayyun (semak fakta) sebelum mempercayai dan menyebarkan maklumat. Dengan memastikan kesahihan sesuatu berita, kita dapat mengelakkan penyebaran fitnah yang merosakkan perpaduan dan kestabilan negara.


Kritik Dasar, Bukan Serangan Peribadi


Perbezaan pandangan dalam politik adalah perkara biasa, namun ia perlu dilaksanakan secara matang. Serangan peribadi, terutama dengan menyebarkan fitnah, adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat.


Kritikan terhadap pemimpin adalah dibenarkan dalam sistem demokrasi, tetapi ia harus tertumpu kepada dasar-dasar yang diperkenalkan, bukannya menyerang peribadi atau menimbulkan tuduhan tidak berasas. Sebagai contoh, jika ada pihak yang tidak bersetuju dengan dasar ekonomi yang diperkenalkan Perdana Menteri, ia wajar dibincangkan secara fakta dan ilmiah, bukan dengan mencipta naratif palsu tentang kekayaan peribadinya.


Dalam usaha membangunkan negara, politik matang adalah keperluan yang mendesak. Pemimpin-pemimpin parti politik, khususnya parti Islam, perlu menunjukkan teladan yang lebih baik berbanding parti-parti lain, termasuk parti sekular. Fitnah dan serangan peribadi tidak wajar menjadi senjata dalam politik. Pemimpin yang mendukung nilai-nilai Islam seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat dengan menyampaikan kebenaran dan mempraktikkan prinsip tabayyun dalam menyampaikan berita.


Sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang giat berusaha menjalin hubungan baik dengan kerajaan-kerajaan negeri, termasuk yang berada di bawah pentadbiran parti pembangkang. Ini adalah langkah bijak untuk memastikan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan negeri dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.


Namun, usaha sebegini boleh terganggu jika terdapat unsur-unsur fitnah dan politik tidak matang yang cuba memecah-belahkan perpaduan. Kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri memerlukan kepercayaan, dan fitnah hanya akan merosakkan asas kepercayaan ini.


Dalam dunia yang serba pantas dan penuh maklumat ini, penting untuk masyarakat mengamalkan sikap tabayyun atau menyiasat kebenaran sesuatu berita sebelum mempercayai dan menyebarkannya. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hujurat, ayat 6:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."


Fitnah yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah contoh jelas bagaimana maklumat yang tidak berasas boleh mempengaruhi persepsi masyarakat. Adalah penting untuk semua pihak, sama ada ahli politik mahupun rakyat biasa, memainkan peranan dalam menegakkan kebenaran dan mengelakkan politik kebencian.


Ahli-ahli politik khasnya harus menunjukkan teladan berpolitik secara matang tanpa menggunakan fitnah sebagai alat politik. Dengan mengamalkan prinsip tabayyun, masyarakat dapat mengelakkan diri daripada menjadi penyebar fitnah dan memastikan bahawa politik negara kekal berlandaskan kebenaran dan keadilan.


Dato' Ahmad Farhan Fauzi

Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri



WOOOIIIHHHH MAT JARGON.. ORANG PARLIMEN KO CARI.... KEPLA BAPAK HANG.. SANUSI KATA... KEPALA BAPAK BUKAN CACIAN TAPI PUJIAN.

 


KERJA JAHAT WALAUN.. JKM BAGI BANTUAN.. WALAUN TUKAR KE BAG PLASTIK LAMBANG PAS... PARTI ISLE BUAT KERJA JAHAT LAGI NI KO.


 Apa dah jadi degan PAS lipas ni..?! Bantuan JKM tu..?! Nak claim mileage ke? Memang haprak punya PAS PIS PUS ni.



RAJA DRAMA

 


30 TAHUN KITA TADBIR KELANTAN... LAST HANG MINTA SEDEKAH DARI RAKYAT... HANG MEMANG LEKEH


 

MB 32-0...NOHHH...TERBAIK LA GANU.


 🚨 Simple YES or / atau NO poll / undian.


Banjir besar sebelumnya, MB Terengganu @ DrAhmadSamsuri bercuti di New Zealand.Banjir besar sekarang, MB Terengganu menghadiri Perhimpunan Agung Bersatu.



Adakah Dr Sam seorang MB yg prihatin akan penderitaan rakyatnya sendiri?


A. YES

B. NO




Sanjeevan palatao duk buat2 tanya di X di kala dia sendiri ada jawapannya.PKR siap batalkan dan tangguh Kongress tetapi BERSATU tetap teruskan.Aku ingatkan dia tulis "BERSATU sasar membantu mangsa banjir di Pahang, Perak dan Selangor" rupanya sasar untuk kepentingan politaik perkauman PN sendiri di musim banjir ini.




DIA PERASAN DIA CERDIK. BANYAK KALI DAH NI DIA NAMPAK BODOW. 


Ade juga Mat Salleh palatao Murray Hunter tanya ' di mana PMX di waktu ramai isi rumah yang terjejas akibat banjir'


 https://x.com/DalastKimbasabi/status/1862840265637318754



PESANAN MENTEEI KDN

 


TAK INGAT JEL KAH.. RAKYAT DERITA NAK AMBIL NEGERI MACAMANA.?

 

Manusia tamak tak berhati perut, saat rakyat susah pun sibuk dgn jawatan dan kuasa. 




TAKUT APA NAK SIGN MOU KALAU IKLAS.

 

RMS


Jika PN ikhlas tak perlu takut sign MOU, contohi PH semasa Ismail Sabri jadi PM..



UMAH SANUSI MASUK AYAQ... MESTI DIA LARI PI PENANG.... BELAJAQ LA DOK PENANG.. NEGERI KAMI ALHAMDULILLAH AMAN JA.. TENANG JA.. KM DIA WALAU CINA KAPIAQ, BIJAK TAU HORMAT.. DIA TAK SEMBANG BODO...


Henry De Bantin


 Jika ini berlaku kat rumah kediaman MB Selangor atau KM Penang, bayangkan ulasan & dalil yang dipost walaun kat medsos....

@everyone



SEDIKIT PERINGATAN BERDASARKAN PENGALAMAN


MSO


Saat ini negara kita kini sedang menghadapi bencana banjir. Ratusan ribu rakyat menjadi mangsa banjir dan kehidupan terjejas dengan musibah itu. 


Negeri paling parah dilanda banjir ialah Kelantan dan Terengganu. Katanya bencana banjir tahun ini lebih besar daripada banjir kuning 2014.


Musibah ini sebenarnya fenomena biasa di negeri pantai timur itu. Kita doakan semoga air cepat suruh dan tiada kemalangan jiwa yang ramai. 


Di sini saya ingin memberi sedikit pesanan berdasarkan pengalaman lampau. Apabila dimusim banjir ramai yang bersimpati kepada mangsa banjir. Masing-masing berlumaba-luma untuk berbuat kebajikan mengharapkan pahala daripada Allah.


Kita gembria dan seronok apabila ada diantara kita simpati dan sedia membantu. Tetapi perlu diingat manusia rambut sama hitam (kecuali yang tua macam saya, uban) tetapi hati lain-lain. 


Ada juga yang bijak mengambil kesempatan daripada kejadian itu dengan menyelewengkan bantuan, mengaturkan upacara kutip derma, tetapi bantuan dan barangan tidak sampai kepada mangsa. 


Pemugut derma melalui media sosial harus diawasi, melalui media sosial mudah berlaku scemer. Justeru kalau hendak beri derma pastikan menerusi agen atau individu dipercayai, sebaiknya disampaikan sendiri.


Saya mengingatkan ini berdasarkan pengalaman. Masa banjir 2014 saya mengusahakan punggutan derma berupa barangan keperluan makanan dan peralatan pakaian dan peralatan dapur, gas, periuk, kuali dan pinggan mangkuk. Untuk fasal pertama saya mengagahkan diri membawa sendiri ke kawasan bencana dan langsung kepada mangsa. 


Untuk fasal kedua, kerana sudah keletihan dan membabitkan kawasan yang luas, saya serahkan kepada seseorang yang bersedia untuk mengaihkan bantuan itu. Atas kepercayaan, saya serahkan barangan yang dikumpul kira-kira dua lori kecil untuk dihantar kepada mangsa. Dia datang ambil sendiri di rumah saya.


Sedihnya apabila di check barangan itu tidak sampai ke tempat yang dijanjikan. Paling mendukaciatakan lagi barangan yang didermakan itu dijual, individu berkenaan siap membuka kedai runcit. Hancur luluh hati dan jiwa melihat.


Untuk mengelakkan apa yang pernah saya alami itu, dinasihat kepada para dermawan, yang ingin membantu mangsa banjir pastikan melalui saluran yang benar dan boleh dipercayai. Jangan sesekali serahkan kepada pihak ketiga kerana ia terdedah kepada penipuan. Tumpahkan simpati kepada yang benar-benar memerlukan dan jujur. 


Jangan kita menganggap dalam keadaan musibah, tidak ada orang yang tidak berhati busuk, dan mengira semua orang ikhlas dan jujur. Mereka senantiasa ada dan menanti untuk mengambil peluang tanpa menghirau keadaan yang berlaku. 


Diingatkan lagi, jangan mudah percaya kepada orang tengah walaupun mereka mengguna nama NGO, persatuan atau apa-apa pertubuhan, kerana ia terdedah  kepada penipuan atau pengeksploitasi yang menyebabkan nawaitu kita untuk membantu tidak kesampaian. 


Tidak keterlaluan diingatkan juga berdasarkan pengalaman, ada segelitir mangsa musibah itu bersikap tamak dan menyalah gunakan bantuan tanpa bersimpati kepada yang lain. Bersikap individualistik. Wasslam. Trins.



INFO TERKINI

RMS


 Info semasa diempat negeri yang paling ramai dipindahkan, N.Sembilan menurun sementara Kelantan, Terengganu dan Kedah mencatatkan peningkatan..



MB KELANTAN BANTU


Syam Ghaz


 Terima kasih MB Kelantan YAB Mohd Nassuruddin Haji Daud respon dan bantu mangsa banjir berhampiran pejabat Adun Meranti.




SANUSI NAK ALIH CERITA SOAL NAK TUNTUT PENANG. NI KALI KEDUA SEBAB DULU STOP SAT. BILA DIA KALUT DIA BUKA CERITA. HANG PI BUAT LA SANUSI KAMI NAK TENGOK. KOT HANG MASUK DALAM DULU PUN TAK SELESAI. KAMI BUKAN MAU MB BODO MACAM HANG. PENANG RAKYAT CERDIK AWAI. KAMI MANA ADA ORANG ASLI LAM NEGERI KAMI.

 

MSO


Menitik Malam.


Cerita lucu dari utara, kerajaan Kedah nak tuntut Pulau Pinang kerana mendakwa negeri itu hak mereka. Cerita ini samalah cerita seorang yang dulunnya kaya, tetapi jatuh miskin kerana kebodohannya.


Semasa kaya dia berikan apa saja yang orang minta, dan merasakan tidak luak dan rugi. Tetapi bila tertakdir dia jatuh miskin dan papa, dia teringat benda yang diberikan kepada orang dulu. Dia mengenang dan merungut runggut untuk mendapatkannya semula. Kesal dengan perbuatannya sendiri. 


Nah, begitulah cerita negeri di utara itu dia terkenangkan Pulau Pinang yang diberikan kepada orang untuk diambil kembali sebab dia lihat negeri itu lebih kaya dan makmur daripada negerinya.

Dia lupa negeri itu makmur dan kaya kerana dipimpin oleh orang cerdik tidak seperti dirinya, suka gaduh dan tidak pandai tabir, cakap lebih bual besar. Trims.



USAH TENGOK PELANGI YANG BOLEH DICAPAI DENGAN ILUSI


MSO


Dengan harapan orang Melayu akan menyokongnya Mahiaddin Yassin cadangkan agar ditubuhkan sebuah badan untuk memayungi NGO Melayu - Buniputera yang akan bertindak seperti Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang ditubuhkan untuk memperjuangkan hak masyarakat Cina.


Satu cadangan sangat idealis tetapi tidak berpijak dibumi nyata. Beliau perlu memahami attitude orang Cina jauh berbeza dengan orang Melayu. Orang Cina sebagai pendarang mereka mudah untuk bersatu dan bekerjasama berbanding Melayu yang menganggap dan bangga bumi ini hak mereka. 


Biasanya imigran mudah bersatu berbanding dengan penduduk asal yang merasakan suda berada dalam zonr selamat.


Memang NGO atau kumpulan menggunakan nama Melayu berlambak tumbuh seperti cendawan sisir di batang buruk, tetapi mereka membawa hala tuju aspirasi sendiri. Setiap kumpulan yang ditubuh dengan tujuan tertentu dan tudak berteraskan satu teras dan maksud, tidak seperti badan atau pertubuhan Cina yang kenyak dengan semangat penaklukan.


Tengok sahaja kepada kewujudan parti orang Melayu, anda sendiri lari daripada Umno dan tubuh Bersatu. Umno sudah  berapa kali berpecah. Dan Bersatu sendiri juga sudah berpecah. Pas yang kononnya mengambil Islam sebagai dasar juga sudah dua tiga kali berpecah.


Apa yang anda hasratkan itu baik, tetapi sesuatu yang mustahil untuk diwujudkan. Sebai baiknya kalau hendak satukan NGO Melayu anda terlebih dahulu kena sokong kerajaan Madani ajak sama Pas dan Umno perkuatkan Melayu melalui kerajaan yang sedia ada.


Jangan nampak pelangi dilangit yang hanya boleh dicapai dengan ilusi. Trims.



OWHHH.... PUTAQ JUGA


 Makcik ni 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗿𝘂𝗽𝗮 𝗯𝗶𝗸𝗶𝗻. Hari tu kata hasrat Daim kes diteruskan. Konon nak 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗮.




Bila SPRM nak teruskan kes, dia 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘆𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸. Ini apa punya jenis manusia la ni? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SANUSI. JANGAN MASUK PENJARA LAGI. NANTI KAMI SUNYI


 

LIHAT LAH APA YANG BERLAKU....


 

INI KERJA PIMPINAN PAS PN

 


CERITA BAB NAK SAILANG PAS BERSATU NI.


 

CERITA NAK PILIHANRAYA CEPAT KONONNYA


 

ORANG JAHAT MAK PESAN JANGAN KAWAN


 

EZAM SESUMPAH PATUT CERMIN MUKA DULU SEBELUM PERLEKEHKAN ANWAR




Aku ikuti ceramah Ezam di Permatang Pauh semalam.  Kita amat faham mengapa akhirnya Mohamad Ezam Nor terpaksa melutut dengan Pas dan secara tidak langsung bersekongkol juga dengan Mahathir, iaitu Penasihat SG4 Pas dan terpaksa bergabung dengan Azmin semburit.


Bukan lagi rahsia, Ezam telah lama memohon untuk menyertai semula parti Keadilan iaitu semasa beliau mengetuai Gerak98.  Permohonan beliau begitu lama ditangguhkan oleh Keadilan, maklumlah orang yang pernah keluar parti dan serang parti tidak semudah itu untuk parti terima.  Tentunya merasa kecewa apabila Keadilan tidak menerimanya masuk kembali, dia terpaksa melutut dengan Pas.  


Di dalam ceramahnya di Permatang Pauh, isi ceramahnya hambar dan banyak membawa nada lama sewaktu beliau berada dalam Umno dahulu.  Serangan peribadi terhadap Anwar, itu kegemarannya.  Beliau cuba untuk memperlekehkan Anwar dari segi perjuangan seolah-olah dia lah pejuang sejati reformasi.


Aku nak beritahu Ezam, usah bicara jauh untuk bandingkan kamu dengan Anwar.  Dai segi parti yang kamu sertai pun, kamu tidak mampu untuk melawan istiqomahnya Anwar di dalam politik dan perjuangan.  


Anwar hanya pernah berada di dalam dua parti sahaja.  Pertama, Anwar menyertai Umno.  Beliau tidak keluar Umno, tetapi dipecat oleh Mahathir.  Kedua, Anwar wujudkan parti Keadilan (dulu disebut Parti Keadilan Nasional) hinggalah sekarang.  


Mari kita lihat sejarah Ezam pula.  Beliau pernah bersama Keadilan.  Beliau keluar Keadilan.  Tidak lama lepas itu, beliau sertai Umno.  Beliau keluar Umno.  Beliau sertai pula parti Berjasa.  Tidak sampai setahun, melompat pula sertai parti Rakyat Malaysia (PRM).  Bertanding pilihanraya pun hilang deposit.  Terbaru, dia melompat masuk parti Pas.  Lima parti kamu sertai, apa hala tuju kamu dalam politik sebenarnya?


Tiada beza kamu dengan Mahathir.  Sama2 banyak masuk parti dan sama2 pernah hilang deposit.  Kamu hebat berbanding Ibrahim Ali yang dulu dikenali sebagai 'Raja Katak" yang melompat parti, tetapi Ibrahim Ali tidak sebanyak kamu berparti.  Orang macam ini mahu bicara soal prinsip dan perjuangan?  Aku tahu, dia harapkan Pas beri tempat kepada dia dan boleh masuk bertanding di dalam pilihanraya nanti.  Itu saja perjuangan Ezam.  Bercakap kononnya pilih Pas sebab perjuangan Islam.  Perjuangan Islam kah Pas bila melantik Mahathir sebagai Penasihat?  Ezam percaya Mahathir suka kepada kebangkitan Islam?  Perjuangan Islamkah apabila sewaktu Pas menjadi kerajaan, cabutan judi ditambah dan membenarkan pesawat dan kapal Israel memasuki Malaysia?  Ezam sokong?


Ternyata Ezam hanya pentingkan diri tetapi mahu diangkat sebagai hero dengan menumpang populariti Anwar.  Dia serang Anwar maka dia harap dia akan diangkat sebagai hero.  Selepas ini, dia tidak lagi menyerang Mahathir atau Azmin semburit kerana telah bersama dalam satu selimut.


Percayalah, Ezam akan terus ditunggang oleh lebai.  Hanya orang yang bodoh sahaja akan menjadi tunggangan.  Selamat maju jaya, Ezam.


WFAUZDIN NS



BERTAUBATLAH WAHAI PEMIMPIN PAS

 


Marah betul Penyokong PAS bila ana saran supaya pemimpin mereka bertaubat.


Bukankah taubat itu perkara baik lagi ibadah, dan ia dituntut oleh agama..?


Kita semua harus bertaubat dan memohon ampun atas segala dosa yang sengaja ataupun tidak, tapi bagi mereka taubat untuk pemimpin PAS adalah perkara yang mengaibkan.


Sungguh pelik dengan keimanan penyokong PAS, adakah pemimpin kalian maksum dari dosa dan noda..?


Sehingga tidak perlu bertaubat langsung dalam hidup mereka..?


Sungguh jauh mereka disesatkan oleh fahaman melampau, benarlah agama melarang kita taksub kerana ia akan membawa kerosakan kepada diri dan masyarakat.


Oleh yang demikian,


Sekali lagi ana menyeru kepada semua terutamanya buat pimpinan PAS, bertaubatlah kalian dari perangai suka melaknat sesama muslim, gemar mendoakan bala ke atas orang lain dan menganggap remeh dengan dosa Qazaf.


Salah ke seruan ana ini..?


Semoga Allah himpunkan kita di bawah payung hamba yang suka bertaubat dan satukan kita di syurga yang kekal abadi.


Aminn.


Miqdad Zakaria 

Mantin, N9.



WALAUN NAK HARAP APA KE MUKA MUKA NI


 

WOIIIIH.. SAMAN BANYAK WOIIIHHH.....


 

HABISLAH BERSATU! RAMAI TIDAK TAHU PEGUAM SAMAN BERSATU TUNTUT BAYARAN S...



Tuntutan saman difailkan peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla terhadap BERSATU dan tiga pemimpin parti itu menuntut yuran guaman RM12.5 juta didakwanya tidak dibayar, ditetapkan untuk perbicaraan penuh pada Mac 2024. Ia susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir menolak permohonan Mohamed Haniff untuk penghakiman terus dengan kos RM3,000.
Peguam, Chetan Jethwani mewakili BERSATU; Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Bendahari, Datuk Mohamed Salleh Bajuri, berkata mahkamah menetapkan 18 hingga 24 Mac 2024 untuk perbicaraan penuh.
"Pengurusan kes ditetapkan pada 18 Januari tahun sama," katanya ketika dihubungi, hari ini selepas prosiding yang dilangsungkan secara dalam talian dan turut disertai Mohamed Haniff serta peguamnya, Nurul Huda Razali. Penghakiman terus adalah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan dan afidavit tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Sebelum ini, Mohamed Hanif menerusi penyataan tuntutannya, mendakwa tuntutan berkenaan adalah untuk khidmat guaman diberikannya sebelum BERSATU ditubuhkan sehingga parti itu menarik diri daripada Pakatan Harapan (PH) dan seterusnya menyertai Perikatan Nasional (PN).
Antara khidmat didakwa diberikan Mohamed Haniff kepada parti itu adalah perkara berkaitan pendaftaran BERSATU dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), menguruskan kes mahkamah bagi pihak parti dan isu pembabitan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Khidmat guamannya dihentikan pada 24 Februari 2020 selepas 'Langkah Sheraton' yang menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi BERSATU ketika itu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan membawa kepada pembentukan PN yang merampas kuasa daripada PH.
Justeru, Mohamed Haniff memohon tuntutan bagi khidmat guamannya kepada BERSATU yang berakhir pada 24 Februari 2020.






[[LIVE]]30.11.24 Benarkah ada pilihanraya Mengejut? Lagu terbaru ciptaa...

DISAAT RAKYAT KELANTAN DITIMPA MUSIBAH! BERSATU PULA MERANCANG RAMPAS NE...




Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata parti itu pada masa ini menyasarkan jawatan menteri besar Pahang, Perak dan Selangor jika PN berjaya merampas negeri-negeri itu pada PRU akan datang. Muhyiddin yang juga pengerusi PN berkata demikian ketika menjawab soalan berkenan kedudukan Bersatu bersama-sama PAS yang pada masa ini mengetuai pentadbiran di empat negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. “Ya betul, di utara bukan negeri kita (Bersatu) tapi di bawah PN, dan di Pahang dan Perak kita lihat sokongan sudah meningkat. Di Selangor, kita kurang sedikit sahaja (kerusi DUN berbanding PH dan BN). “Maknanya kita tidak boleh menafikan kemungkinan itu (menang di negeri tersebut),” katanya ketika sidang media sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Shah Alam, Selangor hari ini. PAS menerajui keempat-empat negeri pembangkang, dengan tiada satu pun jawatan menteri besar daripada Bersatu. ========================================================================== Disebabkan banjir yang sedang melanda, PKR memutuskan untuk menangguhkan kongres tahunan parti namun tidak menyebut bila ia akan diadakan. Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil memaklumkan pimpinan parti turut mengarahkan ahli-ahli bahagian untuk membantu mangsa banjir, termasuk menjalankan kerja-kerja pembersihan selepas banjir. "Menyedari bahawa isu banjir dijangka berterusan, pimpinan telah memutuskan bahawa Kongres Nasional PKR 2024 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumum kemudian. "Pada masa yang sama, satu Kongres Khas bagi meminda Perlembagaan parti akan diadakan secara hibrid pada tarikh yang akan diumum oleh Setiausaha Agung PKR nanti,” tambahnya. Sementara itu, Fahmi berkata pimpinan parti turut menggesa kerajaan melaksanakan kempen anti-buli secara menyeluruh berikutan peningkatan kes buli di institusi pengajian tinggi.





PENGGUMUMAN PENTING. JOM WALAUN.. KITA BANTAH. KPM.


 

RAKYAT TENGAH DERITA BANJIR.. PUAK PEMBANGKANG DOK KIRA NAK TEBUK ATAP... MACAM NI KAH NAK PILIIH JADI JAGA NEGARA?

 RMS


Masa musim banjir.. Sanusi umum Penang milik Kedah,  Mahyuddin umum BERSATU sasar jawatan MB Selangor, Perak dan  Pahang..



Sekarang lebih 144,662 ribu penduduk dipindahkan di PPS di8 buah negeri..


Ni lah quality pemimpin pembangkang.. bukan nak tolong rakyat..



KERAJAAN PERLU BERTERUS MEMBERI PENERANGAN TENTANG PEPERIKSAAN.

 

Keputusan meneruskan peperiksaan SPM telah dijadikan modal menyerang kerajaan malah sampai ketahap yang tak masuk akal.. 


KPM perlu lebih proaktif dalam sesi penjelasan supaya naratif jahat dapat dikawal..




DBKL KENA LIHAT BENDA NI


Nashra Media. MY


 Perangakap atau tujuan keselamatan di laluan pejalan kaki Bukit Bintang.





Apa tujuan kon stainless steel ini? Untuk cantik? Keselamatan dan divider kah? Kedudukannya terlindung bila orang sesak. Aku dapati ada steenles steel ada yang dah kemik.


Arkitek dan jurutera manakah bagi idea macam ini?


Ada seorang warga emas terlanggar dengan kuat di bahagian betisnya kerana ramainya orang yang berjalan kaki dan kedudukannya yang terlindung?


Silap haribulan boleh patah betis.


Aku harap siapa yang jadi mangsanya sila saman DBKL.


#datobandarkl

#drzalihamustafa 

#dbkl



ANWAR TAK MINTA GUNA TIN MILO.. DIA MENANG KES SAMAN PUN BANYAK... KAWAN KAWAN DIA KAYA RAYA.. ELAUN JADI MWNTEEI SULU PUN MAKAN TAK HABIH.

 

Kepada 𝗸𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮-𝗸𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮 yang sibuk tanya  mana DS Anwar, yang lama dalam penjara, boleh ada duit banyak, ini salah satunya.



Duit menang saman fitnah je tak habis makan. Ini pun dah RM1,000,000. Tempohari 𝗰𝗶𝗳 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗱𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 pun nyaris-nyaris tambah..


Walaun kalau nak tambahkan lagi kekayaan DS Anwar, teruskan la buat fitnah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


FADHILINA MELAWAT MANGSA BANJIR


Kami ada. Sentiasa ada untuk rakyat.🩵

Semalam, saya meluangkan masa bersama anak-anak di PPS yang saya singgah bersama pasukan KPM.





Ketika sedang beramah mesra dalam sesi psikososial bersama anak-anak, seorang kanak-kanak tiba-tiba meluru memeluk saya dan menangis.


Dengan bantuan para guru dan kaunselor, kami berjaya meredakan tangisannya.


Tidak kira pangkat, umur, usia, jantina,bangsa dan agama, kami sentiasa ada untuk rakyat.


Dalam setiap ujian, pasti ada hikmah insani yang menyatukan. Kita kuat apabila kita menghadapi ujian ini bersama.


Kami ada.

Sentiasa ada untuk kalian.🩵🇲🇾



LANGAU DAN NAJIS TAK DAPAT DIPISAHKAN

 

𝗟𝗮𝗻𝗴𝗮𝘂 cuma nampak 𝗻𝗮𝗷𝗶𝘀 je. Langau takkan mampu menghargai bunga atau apa-apa yang indah.




Sama macam 𝘭𝘢𝘸𝘺𝘦𝘳 tak laku ni. Cubaan nak burukkan imej MB Selangor, 𝗬𝗔𝗕 𝗔𝗺𝗶𝗻𝘂𝗱𝗶𝗻 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗶. Tapi dia tak sedar ia menjurus ke arah fitnah.


Dia suruh ikut MB Kelantan. Tapi bandingkan gambar. MB Kelantan di mana kedudukannya? YB Amir pula 𝗯𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗮𝗶𝗿 selamatkan orang.


Mana gambar 𝗠𝗕 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂? Di Auckland ke?


Aku tak salahkan MB Kelantan. Yang 𝗹𝗲𝗺𝗯𝘂 si mamat ni je. Bila dah tak modal nak hentam, dia buat cerita yang tak betul. Dasar iblis. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DARI SEMBANG SEMBANG, KOT WAK ZAHID MINAT SUNGGUH NAK JADI PM. TAPI PERCAYALAH, KENA KUTUK 7 KETURUNAN MACAM ATOK SAKA.

 


APA KATA SELEPAS INI PN SENDIRI BUAT TAWARAN RASMI KEPADA ZAHID HAMIDI?


30 November 2024


Akhirnya kisah sebenar bagaimanq timbulnya cerita tukar kerajaan dan macam mana Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi ditawarkan jawatan Perdana Menteri didedahkan secara terbuka.


Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin  mendedahkan, cerita berkenaan timbul apabila seorang Ahli Parlimen PN baru-baru ini bertemu dengan Zahid Hamidi dan secara spontan mencadangkan agar UMNO keluar daripada kerajaan madani.


Namun, Hamzah yang juga ketua pembangkang menegaskan perbincangan itu hanyalah perbualan biasa  antara “dua sahabat lama” dan tanpa  mandat daripada kepimpinan PN.


“Saya nak jelaskan apabila ia berlaku, saya bertanya dengan orang yang berjumpa Zahid Hamidi itu.


“Dia beritahu saya itu sebenarnya bukanlah perbincangan, sekadar berjumpa secara santai  saja di Parlimen,” kata Hamzah.


Hamzah menceritakan semula pertemuan tersebut, seperti yang dimaklumkan kepadanya oleh Ahli Parlimen PN yang berjumpa Zahid itu.


“Dia kata (kepada Zahid), ‘Kenapa takut sangat DAP yang cakap macam-macam pada UMNO?’ 


“Bila dia cakap macam tu, Zahid tanya apa yang patut dia buat.


“Dia (ahli Parlimen PN) kata ‘keluarlah dari kerajaan perpaduan’ (dan Zahid balas) ‘kalau keluar nak tubuh kerajaan macam mana?’


“Jadi Ahli Parlimen itu kata ‘boleh bersama kami’. Itu sahaja,” jelas Hamzah.


Hamzah menegaskan Ahli Parlimen PN itu tidak diberi mandat untuk membuat sebarang tawaran kepada Zahid Hamidi dan cadangan itu hanya dibangktikan sebagai perbualan biasa antara “sahabat lama”.


“Apa salahnya dengan itu? Anda boleh tanya Zahid Hamidi siapa yang bertemu dengannya. 


“Individu yang bertemu dengannya juga telah bertemu saya dan individu itu memberitahu saya apa yang saya sampaikan ini.


“Apa salahnya? Anda tanya Zahidlah siapa yang jumpa dia. Orang yang jumpa dia dah jumpa saya, dan diceritakan (kepada saya) apa yang saya cerita hari ini,” katanya lagi.


Pada 24 November lalu, Zahid Hamidi dilaporkan mendakwa dia didekati  Ahli Parlimen pembangkang yang cuba memujuknya untuk membawa BN keluar daripada kerajaan madani bagi membentuk jajaran politik baru.


Sebagai makluman, Ahli Parlimen PN yang dikatakan bertemu dengan Zahid Hamidi itu ialah Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim dan pertemuan juga berlaku di Bangunan Parlimen.


Daripada apa yang diceritakan Hamzah itu, adalah jelas ia hanya perbualan biasa dan bukan perbincangan rasmi antara Shahidan dengan Zahid Hamidi untuk menukar kerajaan.


Jika sekadar perbualan santai, Zahid Hamidi sendiri tentunya sedar ia bukanlah tawaran rasmi dan tidak perlu pun didedahkan kepada umum.


Soalnya, kenapa Zahid Hamidi mendedahkannya secara terbuka dan seolah-olah beliau telah diberikan tawaran rasmi untuk membentuk kerajaan baharu?


Apakah Zahid Hamidi agaknya berharap beliau benar-benar diberikan tawaran rasmi oleh PN untuk menjadi Perdana Menteri melalui kerajaan baharu?


Sedemikian itu,  apa kata jika selepas ini PN sendiri menghantar rombongan rasmi menemui Zahid Hamidi serta meyakinkannya berkenaan kerajaan baharu itu?


Mana tahu ia boleh menjadi kenyataan? 


Seronok juga jika Zahid Hamidi dapat jadi PM11!! – ShahbudinHusin 30November2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/11/apa-kata-selepas-ini-pn-buat-tawaran-rasmi-kepada-zahid-hamidi/



BINCANG ELOK ELOK DULU



 Bincang dengan PAS dulu, ni pandai pandai umum..kang gaduh pulak..

😇😇



PULAK DAH...

 Desa HM


Dua persoalan BESAR dalam isu ini...




Pertama.

Kenapa padi tempatan dlm jumlah yg besar, yg dihasilkan oleh petani di Selangor, dibawa begitu jauh sampai ke Kedah? Kat Selangor, tak ada kilang padi ker?


Kedua.

Apakah hanya di Kedah shj, aktiviti2 kartel yg menguruskan bab2 'padi tempatan masuk, beras import yg keluar'?


Yg ni.. sepatutnya 'orang tu' kena jawab... tak mustahil.. nampak, seolah2.. ini sebahagian dari MO sblm ini di mana padi tempatan akhirnya keluar sebagai 'beras import'...


Kalau mcm tu... sampai kami mam**s pun...isu beras tempatan tidak akan selesai...


Yg dia kalut... benda yg tak ada kena mengena dgn Kementerian!


Sudah smpai masanya... Kerajaan Madani perlu melihat isu 300 tan padi yg di'eksport' dari Selangor ke Kedah ini sebagai isu besar yg perlu disiasat sehingga ke akar umbi...


Kesian PMX... pulun berlari ke sana ke sini buat kerja...cari pelabur ke serata ceruk dunia... 

Sdgkan kat dlm negeri... ada menteri yg membiarkan hari2 rakyat dok maki...


🤔🤔🤔


.