Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
'PAS tak teragak-agak bantah seluruh negara jika konsert diteruskan'. Orang tak peduli pun bab konsert tu. Apa yang orang bercakap ialah bila berlaku di negeri yang ditadbir Pas macam macam dalil keluar. Itu menunjukkan Pas ni kuat pembohong. Apa pun tak boleh buat.
Aug 25, 2022 Pemuda PAS memberi amaran akan menggerakkan bantahan "di seluruh negara" jika kerajaan kekal membenarkan konsert diadakan.
Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata penganjuran konsert tidak membawa sebarang nilai yang bersesuaian, serta bertentangan dengan Islam sebagai agama persekutuan.
SELAMA INI YANG KORANG BANTAH SESANGAT TU ANJURAN SIAPA LA GAMAKNYA MENTERI AGAMA
ASRAFF JEFFRY
KISAH KEDAI TUDUNG LAKU KAW KAW DIMALAM KONSERT ...KAH..KAH..KAH
To be honest,saya OK sahaja dengan konsert yang berlaku pada beberapa hari lepas. Lagipun,jantina diasingkan dan semua wajib menutup aurat. Katanya,kedai tudung berhampiran buat duit kaw-kaw.
Tapi, alasan oleh Menteri dan YB sebegini adalah TERSANGAT tidak cerdik. Berapa kerat sahaja konsert yang berlaku di Malaysia adalah anjuran Kerajaan Negeri?
Yang kedua,untuk makluman anda,Kerajaan Negeri Kelantan TERSANGAT tegas dalam isu hiburan . Bayangkan,kalau di dalam event anda,ada persembahan yang bercampur lelaki dan perempuan, walaupun kanak-kanak,event anda tidak akan dapat lesen dan tidak akan diluluskan. Pelik bila event dalam skala besar sebegini diluluskan dengan baik.
Dan yang ketiga,kalau konsert sebesar ini diluluskan, boleh-lah
buka pawagam di Kelantan. Jangan-lah Pemuda PAS sahaja boleh tonton wayang di
KL,orang Kelantan pun nak juga ![]()
NYAWA RAKYAT DIPERJUDIKAN DEMI UNTUK TERUS BERKUASA!
19 September 2022
1. Memang senang untuk Presiden UMNO, Zahid Hamidi untuk
menyatakan beliau dan rakan rakan UMNO "sanggup meredah banjir" kalau
pilihanraya diadakan akhir tahun ini.
2. Mereka dan bantuan golongan kayangan yang sedang berkempen
akan meredah awan di langit meninjau dari atas menaiki helikopter dan pesawat
kerajaan kononnya "meredah" banjir sementara rakyat berenang dan
berakit bertarung nyawa di bawah.
3. Kami rakyat pantai timur, Negeri Terengganu dan Kelantan yang
merupakan negeri majoriti Melayu Islam ini sudah arif dengan situasi banjir
tahunan dan menjangka akan menjadi antara terburuk tahun ini dengan contoh baru
baru ini banjir mega di Pakistan, China dan banyak negara lain pada 2022 ini.
4. Adakah Zahid Hamidi dan rakan rakan bergegas meredah air pada
banjir mega Pantai Timur khususnya pada 2014 atau hanya dari bilik operasi yang
canggih berhawa dingin di Kuala Lumpur?
5. Di Terengganu "banjir kilat" luar biasa tiga hari
yang buruk baru baru ini, telah menyebabkan stesen hidroelektrik empangan
Kenyir Hulu Terengganu terpaksa ditutup, tidak melihat golongan kayangan ini
termasuk Menteri Besar Terengganu bergegas menjenguk rakyat sehingga orang
tempatan mengadu kepada pihak pembangkang yang segala kekurangan.
6. Banjir mega tahun lalu di sebelah Putrajaya yang melanda Shah
Alam dan Klang pun tidak ditangani dengan bersegera dan baik oleh kerajaan hari
ini apakan lagi kawasan lebih jauh semasa kempen pilihanraya yang sedang rancak
berjalan nanti.
7. Adakah menteri menteri dan orang kayangan sanggup
meninggalkan kawasan masing masing?
8. Dari contoh contoh yang lepas adakah sanggup Zahid Hamidi
meninggalkan Bagan Datoh dan adakah Ahmad Samsuri MB Terengganu di Rhu Rendang,
masing masing akan mengutamakan rakyat yang dilanda banjir ketika mereka cuba
menyelamatkan diri tenggelam lemas undi di kerusi sendiri semasa kempen
pilihanraya?
9. Pada mereka kuasa kerajaan Putrajaya akan lebih penting dari
kebajikan rakyat kalau berpandukan pada "track record" lepas Menteri
Besar Terengganu yang banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur pada masa air
banjir naik yang lepas atau semasa putus bekalan air paip minum di Terengganu.
10. Undi rakyat telah tidak dihormati dengan Langkah Sheraton
merampas kerajaan melalui pintu belakang dan kerajaan yang rakus hari ini akan
berbuat apa sahaja untuk kekal berkuasa selepas PRU-15.
11. Kenyataan Zahid Hamidi hari ini, Pakatan Harapan takut
menghadapi PRU 15 pada musim banjir amatlah tidak masuk akal kerana tidak ada
kerajaan yang waras seluruh dunia akan mengadakan pilihanraya pada musim banjir
demi keselamatan umum dan demi demokrasi adil untuk rakyat boleh keluar
mengundi.
12. Sebenarnya apa yang Zahid ingin perolehi adalah kelebihan
secara tidak adil dan salah guna kuasa menggunakan segala kemudahan jentera
kerajaan seperti helikopter, bot dan lori untuk memudahkan mengangkut pengundi
mereka sementara pengundi pembangkang akan terkandas dan tidak keluar mengundi.
12. Kalau pada waktu biasa, mengikut contoh baru baru ini
bantuan menyelamat rakyat dilanda banjir begitu lambat, semasa pilihanraya
adakah bot untuk menyelamat rakyat akan diutamakan atau bot untuk berkempen dan
mengangkut pengudi akan menjadi keutamaan?
13. Mengapakah nyawa rakyat harus diperjudikan dengan begitu
murah, umum diketahui musim banjir besar biasa berlaku akhir tahun, untuk kekal
berkuasa apabila umum tahu tempoh pilihanraya di adakan masih berbekal hampir
setahun lagi?
14. Jelas tindakan ini akan memperjudikan nyawa rakyat untuk
memenuhi cita cita nafsu rakus untuk kerajaan terus kekal berkuasa apa sahaja
akibatnya pada kebajikan dan keselamatan nyawa rakyat yang sepatutnya di
lindungi.
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi PAKATAN HARAPAN Terengganu
KONSEP DULUAN
DULUAN
Dalam undang2, prinsip duluan atau omputih cakap “precedent” ni
sangat penting. Setiap lawyer dan hakim kena pakai prinsip ni. Nak berhujah
atau buat keputusan kena ikut nas undang2 kes terdahulu. Tak boleh petik dari
bintang saja atau ikut kapla lutut.
Ini dalam bahasa latin digelar doktrin “Stare Decisis”. Kalau
orang kampung tuan puan tanya, boleh la guna. Ada la style sikit sembang isu
undang2. Sama2 kita bantu bagi kefahaman.
Prinsip duluan ni bukan saja terpakai dalam undang2. Dalam
politik pun diguna. Banyak precedent/ duluan yang saya rasa mencorak dunia
politik negara.
Satunya, kita dapat Perdana Menteri tertua yang pernah ada.
Nonagenarian, umur hampir seratus tahun. Ini akan tetapkan duluan. Lepas ni
umur nak jadi PM dilanjutkan kepada 90 tahun. Makanya ada la yang 70 dan 80
tahun pun masih bercita2 besar nak jadi PM. Penat kita tengokkan.
Lagi satu duluan, pemimpin banduan yang dapat pengampunan. Kalau
sorang dapat, surely yang lain juga nak. Tambah kalau sorang ni dapat jadi PM
selepas ni. Pemimpin banduan yang lain pun akan nak benda sama. Keluar penjara
nanti terus nak panjat Putrajaya. Tak ke haru jadinya.
Selain daripada itu, ada juga pemimpin dulu yang tak habiskan
masa di penjara. 1/3 masa dihabiskan di hospital dan Pusat Rehabilitasi Cheras.
Makanya pemimpin banduan lain juga akan demand. Kita nak cakap apa, dah ada
duluan.
Tu sebab saya selalu promosikan we have to do away with pemimpin
dinasour. Must do away with those yang dah jadi PM. Takkan la nak jadi PM lagi
sekali.
Sengkek sgtkah Malaysia ini dengan pemimpin. Takkan takde orang
lain? Tak kira la yang nak jadi PM lagi sekali tu dari PH, BN atau PN.
Bila bab nak lantik PM, pada saya dah tak perlu lah lagi ikut
duluan. Kalau Malaysia nak berubah, kena bertindak di luar kotak.
1. PM pun max 70 tahun. Menteri kena bawah 60 tahun. Yang lanjut
umur 80 dan 90 tu jadi la Menteri Tepi. Buat Advisory saja untuk negara.
2. Do away with PM drpd kalangan lawyer dan doktor. Cari
engineer/ usahawan pula. Yang boleh buat turn around untuk negara. Refer apa
Jokowi buat. Dia usahawan.
Cer cuba langgar duluan this time. Moga2 Malaysia lebih ke
hadapan.
#manabaikkitasokong
#manasalahkitabantah
#golonganataspagar
Salam hormat,
Liyana Marzuki
PEMBOHONG LAGI : SELEPAS HEBOH LEBAI NAK DEMONTRASI SOAL KONSERT. KINI KETUA LEBAI KELUARKAN FATWA IKUT SAUDI PULAK.JOM KITA LIHAT VIDEO KONSERT PATUH SYARIAH.
HAAA..BHAI.....NAK ELAK JANGAN GITU BOH....KITA TENGOK KONSERT KIRA HALAL JA LAH...TAK YAH NAK ELAK DAN NAFIKAN BOH....KITA RELAX RELAX JA BOH...RAMAI WALAUN SUKA KONSERT BOH...KAH..KAH..KAH
BOBOBOBOBO- KITA TERSEDAK SAGON.......YEEEEEHAAAA
HALALUNA WA
HARAMUKUM...
KHABARnya PA$ tak
pernah sekat konsert...kata Walaun dan Walauntit. Cuma taknak bercampur lelaki
perempuan?
Sekarang PA$ dok galakkan
apa? Tengok video di bawah...Ada orang tanya itu seorang Muslimat sedang menghayati bait-bait lagu Nasyid memuji Allah ke tu?
Link :
https://m.facebook.com/watch/?v=486115603381291&extid=CL-UNK-UNK-UNK-AN_GK0T-GK1C&ref=sharing
Tapi kalau camni
dibuat oleh PKR ke DAP ke, sure kena kutuk sampai yang kafir pun dikafirkan
sekali lagi. So walaun, tolong..jangan jadi hipokrit. Benda tak betul kena tegur atau
tolak. Jangan jadi Assobiyyah...asal puak hangpa buat walau salah maka hangpa sokong dan
subahat.
Lebai pulak kalau orang
lain buat dan-dan haram. Depa buat kalu? Halal? HALALUNA WA HARAMUKUM...
Wallahualam
- Zus Din
19092022
PRU musim banjir, UMNO akan guna jentera kerajaan dan kurangkan pengundi luar

Ketua Bahagian Bersatu Nibong Tebal, Yaakob Osman.
Langkah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan segera kerana mereka mahu menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen, dakwa Ketua Bahagian Bersatu Nibong Tebal, Yaakob Osman.
Sudah diketahui sekiranya PRU-15 diadakan semasa musim banjir, UMNO mempunyai kelebihan kerana mereka sedang berkuasa dan dapat menggunakan jentera kerajaan untuk membantu kempen mereka, semestinya ahli-ahli UMNO yang menjadi mangsa banjir sahaja akan ditolong nanti, kata Yaakob.
“Yang sebenarnya ini adalah tactical move. Jika PRU musim banjir ada dua kelebihan jelas kepada mereka.
“Pertama mereka akan menggunakan segala jentera kerajaan yang ada untuk bantuan banjir tetapi berlapiskan BN (Barisan Nasional). Juga pergerakan pengundi pun mereka akan sanggup uruskan dengan jentera kerajaan untuk mengangkut pengundi merentas banjir untuk mengundi,” katanya dalam satu kenyataan.
Yaakob menyifatkan Zahid memberi alasan tidak logik kononnya UMNO dan BN mahu berkorban untuk rakyat tetapi sebenarnya hanya mahu merebut kuasa demi kepentingan peribadi.
Jelas Yaakob lagi, apabila PRU-15 diadakan semasa musim banjir sudah pasti jumlah peratusan pengundi juga akan rendah khususnya pengundi luar yang tidak dapat pulang untuk mengundi nanti.
“Keduanya mereka menghitung jika musim banjir, maka kuranglah pengundi luar yang akan pulang ke kampung untuk mengundi.
“Ini satu kelebihan jelas kepada mereka terutama sekali di Kelantan dan Terengganu yang peratusan pengundi luarnya tinggi dan menjadi penentu kepada siapa yang akan menang,” katanya lagi.
Sabtu lalu, Zahid dilaporkan berkata PRU-15 mesti diadakan dengan segera walaupun semasa musim banjir melanda negara dan membidas pembangkang yang didakwa kepanasan kerana takut akan kalah.
Cakap-cakap mengenai PRU-15 semakin berlegar apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri terus mendapat tekanan daripada partinya untuk mengadakan PRU.
Khabar angin ini terus diperkuatkan lagi apabila Ismail Sabri mengumumkan bahawa Kabinetnya akan membentangkan Bajet 2023 tiga minggu lebih awal, iaitu pada 7 Oktober, dengan penganalisis meramalkan bahawa beliau akan membubarkan Parlimen pada hari berikutnya.
BENARKAH SATU JUTA SET DATA PERIBADI KAKITANGAN AWAM DICURI?

Benarkah satu juta set data peribadi kakitangan awam dicuri?
on:
Laporan media Sinchew kelmarin mendakwa sistem E-Penyata Gaji Kerajaan telah dibolosi oleh penjenayah siber yang mungkin telah mencuri satu juta set data peribadi serta dua juta slip gaji amat membimbangkan.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, sekiranya dakwaan itu benar maka segala data peribadi penjawat awam yang berjumlah 1.2 orang dan ahli-ahli Jemaah Menteri telah dicuri dan bakal dijual oleh penjenayah siber.
“Insiden terkini adalah satu pencerobohan yang menjejaskan terhadap keselamatan peribadi bukan sahaja para penjawat awam malah juga pimpinan utama negara. Ia adalah satu krisis keselamatan siber negara yang tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
“Ini merupakan kecurian data berskala besar keempat yang dilaporkan bagi tahun 2022, dan dianggarkan lebih 25 juta set data peribadi dicuri sehingga kini untuk tahun ini sahaja.
“Oleh itu, saya menggesa Perdana Menteri mengambil perhatian serius atas isu ini dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat segala insiden kecurian data peribadi di Malaysia dalam lima tahun kebelakangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan itu juga mahu Perdana Menteri mengarahkan semua Kementerian dan agensi Kerajaan untuk segera melakukan audit keselamatan siber (cyber security audit) bagi mengenalpasti dan menutup segala kelompongan atau eksploit keselamatan siber yang membolehkan penjenayah siber terus mencuri data peribadi rakyat Malaysia.
Selain, katanya Perdana Menteri perlu memberi penjelasan tentang perkara itu pada sidang Parlimen yang akan datang.
“Menteri Kewangan, Menteri Komunikasi dan Multimedia pula perlu meneliti satu mekanisme denda atau hukuman yang lebih berat terhadap pengendali pangkalan data peribadi yang gagal menjamin keselamatan data dalam kendalian mereka, serta satu mekanisme pampasan atau ganti rugi bagi semua mangsa jenayah kecurian data peribadi.
“Ini bagi menghantar mesej yang amat jelas, mana-mana pihak yang mengendali data peribadi wajib dipertanggungjawabkan sekiranya keselamatan data tersebut terjejas dan mereka yang menjadi mangsa kecurian data wajib mendapat keadilan,” katanya.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi, kecurian data peribadi melibatkan kerajaan amat serius apabila tiga dari empat insiden kecurian data peribadi pada tahun ini didakwa melibatkan agensi-agensi Kerajaan.
Katanya, kerajaan tidak boleh terus mengelak untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, termasuk dengan tidak mengecualikan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri dari pemakaian akta tersebut.
Pindaan itu juga, ujarnya, mesti mengambil kira perkara-perkara utama yang disenaraikan di dalam Kertas Perundingan Awam No. 01/2020 yang diterbitkan pada 14 Februari 2020, dan semua pihak termasuk Pembangkang perlu dilibatkan sebelum pindaan dibentang di Parlimen pada Oktober ini.
“Data peribadi kita adalah aset dan khazanah negara. Ia mesti dilindungi sebaik mungkin,” kata Fahmi lagi.
INDIKATOR
INDIKATOR
Semalam saya up posting untuk betulkan propaganda 22 bulan.
Propaganda yang dibuat, ekonomi Malaysia jahanam ketika Tun M jadi PM7 dan PH
memerintah.
Untuk kepastian, saya sertakan data KDNK, KDNK per kapita, Rizab
Negara, Prestasi Pelaburan dan Eksport negara untuk tahun 2019. Data yang
diambil dari Bank Dunia, BNM dan Jabatan Perangkaan Malaysia.
Konklusinya, sangatlah PROPA dan SALAH kalau dikatakan ekonomi
negara 22 bulan tu jahanam. Semua indikator ekonomi yang saya sebut di atas
naik. Tiada yang turun.
Malah 5/6 Indeks Antabangsa Malaysia pada zaman Pakatan Harapan
memerintah juga bertambah baik dari tahun2 sebelumnya. Ada yang terbaik dalam
masa 10 tahun.
Ramai yang setuju dan kongsi pendapat saya. Terima kasih jua.
Namun seperti biasa ada tak puas hati dan tak percaya. Katanya
ekonomi negara jahanam sebabnya Indeks Bursa Saham teruk masa tu.
Ya, memang betul Indeks Bursa Saham kita teruk. We must call
spade a spade. Saya pun tulis benda tu dalam posting saya semalam.
Kenapa? Kerana politik negara tak stabil. Dasar jimat cermat
Kerajaan PH pun buat pelabur asing potong stim. Makanya, kapitalis tarik
handbrake nak melabur.
Namun, nak katakan indikator capital market ni sajalah indikator
yang tunjukkan ekonomi negara jahanam, satu pandangan yang dangkal sekali.
Tambah kalau ada orang claim dia pakar ekonomi.
Ia berbentuk spekulatif dan kebaikannya kepada rakyat lambat
sampai.
Mengikut teori ekonomi, 3 indikator paling baik untuk
menunjukkan ekonomi sihat ialah GDP (KDNK), kadar inflasi, dan kadar
pengangguran. Kerana apa? Kerana indikator ini terus memberikan impak pada
rakyat.
Untuk tahun 2019, KDNK meningkat. Itu tak boleh disangkal.
Overall, ini menunjukkan ekonomi kita tak kebelakang.
Kadar inflasi tahun 2018 dan 2019 turun dengan signifikan. Ini
kejayaan paling utama Pakatan Harapan.
Mengikut Laporan BNM, faktor utama penurunan adalah kerana:
(I) penetapan harga minyak yang stabil oleh Kerajaan PH
(II) pertukaran dari GST ke SST
(III) kejayaan Kerajaan PH mengawal harga ketika musim perayaan.
Akibatnya, rakyat dapat harga barang lebih murah dalam masa 22
bulan. Ini pusing macam mana pun, data tak boleh disangkal.
Dari segi kadar pengganguran juga makin turun. Berbanding tahun
2016 dan 2017. Lebih banyak pekerjaan yang disediakan mengikut Laporan BNM.
Makanya, pada saya, walaupun Bursa Saham kita merosot, rakyat
kita lebih terjaga. Kerana harga barang lebih murah dan lebih banyak kerja.
Apa guna kapitalis dok main saham di atas, tapi golongan marhein
tertekan dengan barang harga naik dan pekerjaan kurang? Seperti sebelum 22
bulan. Baikkah ekonomi begitu?
Tambah pula, bila mereka memerintah semula Bursa Saham kita pun
tak baik mana. Antara terteruk di Asia juga.
Ringgit juga turut menjunam paling teruk prestasinya, dah sama
ketika Krisis Mata Wang 1998 dulu. Paling tak boleh blah, inflasi juga
meningkat dan tenaga kerja juga tiada.
Sehabis boleh ada lah kutu2 yang nak menidakkan fakta dan data
22 bulan ini. Di propagandakan seperti teruk sgt negara dijahanamkan. Walhal
data menunjukkan time mereka naik pula yang lagi teruk.
Tu sebab, kita jangan cepat sentap dengan propaganda. Kaji data
dan fakta yang ada…
Sesungguhnya, sekarang ada yang desperate nak kembali berkuasa.
Auta pun diguna…
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB- Fakta di bawah diambil daripada Laporan Ekonomi dan Kewangan
BNM tahun 2019. Dan website Trending Economics. Bukan dari blog cap ayam.
https://www.bnm.gov.my/.../20124/2722983/emr2019_en_full.pdf
HANCINGGGGG
Sebab apa xde bantahan
bukan 2 ketul beb..tapi berketul2...sebab tu walaun senyap je...hahahaha...mana
suara yb zilah yg nak tutup aurat dulu...hancingggggggg....
PENCARI QALAM AKHIR
RAKYAT MALAYSIA PERLU KERJA 3.5 BULAN UNTUK BELI IPHONE 14

Rakyat Malaysia perlu kerja 3.5 bulan untuk beli iPhone 14
Kuasa belia rakyat Malaysia merosot teruk ketika Apple iPhone 14 dilancarkan pada awal September lalu.
Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Lee Chean Chung, tidak banyak yang mampu membeli telefon pintar berkenaan biar pun di negara maju alat seperti itu boleh dimiliki oleh pekerja rencam atau pekerja kedai makanan segera.
“Peminat iPhone di Malaysia ramai, cuma yang betul-betul mampu membeli hanya sebahagian daripada kita sahaja. Contohnya, iPhone 14 Pro (128GB) dijual pada harga RM5299.
“Dengan gaji minima rakyat sekarang iaitu RM1,500 sebulan pekerja perlu bekerja sebanyak 3.53 bulan tanpa makan, tidur dan ke mana-mana untuk memperolehi iPhone tersebut!
“Kajian Numbeo yang mengambil gaji purata sesebuah negara menunjukkan bahawa rakyat Malaysia perlu bekerja sebanyak 29.2 hari untuk membeli iPhone, berbanding dengan 4.6 hari di Switzerland, 5.7 hari di Amerika Syarikat, dan 6.1 hari di Australia.
“Ertinya, dengan usaha dan hasil titik peluh yang sama, mereka boleh memiliki lebih 5 buah iPhone berbanding dengan kita,” katanya dalam kenaytaan hari ini.
Meskipun, kata ADUN Semambu itu, terdapat pihak yang akan menyindir jika tidak mampu maka belilah telefon jenama lain.
Namun jelasnya, iPhone bukanlah barangan mewah di negara lain tetapi dianggap mewah di negara ini.
“Kita wajar tanya, mengapakah pemandu teksi, pekerja KFC dan tukang pembersihan di negara-negara maju mampu memiliki iPhone, tetapi kita tidak?
“Menteri Kewangan Tengku Zafrul begitu gembira dengan kejatuhan nilai mata wang ringgit. Tapi sedarkah kemerosotan ringgit juga membawa kepada kenaikan harga.
“Pada tahun 2018, kadar pertukaran nilai mata wang adalah RM3.90 kepada AS$1. Sekiranya ringgit tidak jatuh seperti yang dibanggakan oleh Tengku Zafrul, iPhone 14 Pro hanya berharga sekitar RM4,500 sahaja, iaitu RM800 lebih murah berbanding dengan harga sekarang!
“Situasi yang sama juga terpakai ke atas Starbucks, McDonald, Milo, susu bayi, ubi kentang dan daging lembu yang mana harganya akan naik dan naik menjadikan kita kurang mampu menikmati kehidupan yang setaraf dengan usaha kita. Hasilnya, iPhone adalah alat mampu milik di negara maju lain, tetapi hanya untuk orang kaya di Malaysia,” katanya.
Tegas beliau, akibat ketidakmampuan kerajaan BN memerintah maka ekonomi Malaysia mengecut dalam dua dekad dan rakyat semakin terhimpit kehidupan mereka.
“Kemerosotan ringgit 20 tahun secara berterusan telah pun mengecutkan kuasa beli rakyat, mengurangkan pekerjaan yang bernilai tinggi, dan memudarkan masa depan anak muda. Kita perlu serius menyusun semula struktur ekonomi, dan bukan berbangga-bangga dengan kejatuhan ringgit,” katanya lagi.
Justeru beliau mengingatkan rakyat agar tidak lagi mengundi BN atau PN dalam Pilihan Raya Umum ke 15 demi memperolehi Perdana Menteri yang lebih berwibawa untuk memulihkan ekonomi dan daya saing negara.
BILA ZAHID BUKA MULUT. ADAKAH BENAR TIADA MASAALAH DENGAN MAIL SABRI ?
HAMDAN TAHA
Bila zahid hamidi buka mulut jer dua perkara sahaja yang dia
sebut
1. Segerakan PRU
2. Saya dan PM tak ada bermasalah kami baik
Jika beratus kali sebut saya ok dengan Pm bermakna sebaliknya
iaitu tak ok dan semua orang tahu mereka tak ok
Dalam hati zahid ada perasaan sangat tak berpuas hati sebab
bukan dia yang jadi PM tapi Ismail Sabri
Jiwa dia tak tenang mana kan tidak penjara tetap menanti jika di
sabit bersalah harap harap sebaliknya lah
Bagi saya yang bukan hakim ni pun tahu kedudukan kes Yayasan
Akal Budi
Akta Yayasan senang saja duit masuk ke akaun yayasan rompak ke
samun ke derma ke tak jadi kisah dan masalah
Tapi setelah ada duit dalam akaun Yayasan kemana duit tu keluar
ada masalah jika salah takbir dan di uruskan
Kerana jawatan dalam Yayasan ialah
Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah bukannya Pegerusi Lembaga
Pengarah
Ada ayat Amanah tu yang sangat susah nak tanggung
Tukar tandatangan kepada dia seorang pun dah salah kerana
Yayasan tak boleh begitu
Alasan itu duit dia tak boleh di terima kerana dah masuk akaun
Yayasan mana pula dia punya tu dah jadi Yayasan punya
CAKAP JA LAH NAK KEKALKAN BEBERAPA KERUSI MENTERI
Cakap la 'PAS sedia bersama BN asalkan jawatan Menteri 5hari dan
jawatang Duta Khas Pantai Timur kekal'
KAH..KAH...LEBONG PADA WALAUN JA LAH....HAPA...NIHHHH..................
MOHD MUKHLIS
Orda hudud dapat konsert. Marin dulu faizal Tahir kini dapat
pula Wings.
Lebai penunggang seperti biasa mulut penuh sagon. Kalau terjadi
di Selangor, mulut mereka fasih kata ini maksiat yang akan mengundang kemurkaan
Allah. Tapi kena negeri mereka tiba-tiba ada pula pengecualian asing tino, tapi
terjerit-jerit tu mungkin patuh syariah kut. Sama macam kes wayang dulu,
maksiat kalau orang lain tengok, kalau lebai tengok tak apa.
Betul kata Syeikh Said Ramadhan Al-Buuti:
"Hukumnya sama, dan dalilnya tetap sama.. yang berubah
adalah cita cita dan kepentingan mereka di dalam politik.. "
PRU15 wajib tolak penunggang dan pengkhianat ini.
PELANCARAN CISTA OLEH RAFIZI DI PERLIS
Pelancaran aplikasi CISTA oleh Sdr Rafizi Ramli . Sebuah
aplikasi pengurusan jentera pilihanraya dan gerak kerja lapangan untuk
kerusi-kerusi Keadilan.
Usaha ini bukan setakat wujudkan sebuah aplikasi sahaja, tetapi
usaha untuk membawa budaya baru untuk kempen berpandukan data, tidak
berbelanjaan keterlaluan, dan mengukur kekuatan gerak kerja jentera di
lapangan.
Android: https://play.google.com/store/apps/details...
Apple:
https://apps.apple.com/my/app/cista/id1593129322
Berita:
https://malaysiagazette.com/.../mgnews-cista-tranformasi.../
Subscribe to:
Posts (Atom)