AKHMAL DEDAH PERANAN NAJIB DALAM KES LCS. SEBUAT SAHAJA BAB SAKAW..NAJIB TERLIBAT DALAM PULUHAN PENYELEWENGAN


 

SOROTAN KISAH NAJIB SAKAW DUIT KWAP


 

ZAHRIN MAT YASSIN DEDAH SIKAP NAJIB


 

TUN MAIMUN JELASKAN..TIADA SESIAPA BERHAK MENGKRITIK UNTUK KEPENTINGAN PIHAK TERTENTU DAN MENJATUHKAN BADAN KEHAKIMAN WALAUPUN DALAM NEGARA DEMOKRASI.KITA PUNYA AKAUNTABILITI TERHADAP UNDANG UNDANG


 

KALAU BUAT SEKARANG PUN UMNO BN KALAH. PN TAK ADA DIHATI RAKYAT TAMBAHAN BERSATU TIADA GRASSROOT PAS ADA TAPI IMEJ PAS SEDANG MERUDUM KERANA LEBAI KULUP.....PH AKAN KEMBALI

 

Buat PRU sekarang atau Umno, BN kalah, Zahid beri amaran




Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pimpinan partinya dan akar umbi sangat yakin bahawa kini adalah waktu terbaik untuk menyegerakan pilihan raya.

PETALING JAYA: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran Barisan Nasional (BN) akan tewas jika pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak diadakan segera.

Katanya, tindakan melengah-lengahkan PRU hanya akan memberi “senjata” kepada pembangkang yang ketika ini menyerang menggunakan pelbagai persepsi untuk menggugat keyakinan akar umbinya.

Katanya, pembangkang cuba menyerang, mengelirukan rakyat dan menggambarkan bahawa mereka adalah yang terbaik walaupun sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan (PH) berkuasa, keadaan sebaliknya berlaku apabila perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan kerana tahu tidak dapat menunaikan manifestonya.

Sehubungan itu, tegasnya, pimpinan parti dan akar umbi sangat yakin bahawa kini adalah waktu terbaik untuk menyegerakan PRU15.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Umno sudah membuat pendirian tersebut sudah lama pun. Kini terpulanglah kepada pucuk pimpinan kerajaan untuk menyegerakan tuntutan akar umbi dan parti Umno.

“Segerakanlah atau Umno, BN akan tewas PRU. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidaklah berguna,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, kebimbangan pembangkang yang tidak mahu pilihan raya dibuat segera dapat dilihat menerusi pengakuan Mahathir bahawa Umno mahu pilihan raya awal kerana yakin rakyat masih memandang tinggi terhadap parti itu.

“Berdasarkan temu bual dengan The Associated Press yang disiarkan Astro Awani, Ahli Parlimen Langkawi itu, berkata ketika ini pembangkang sudah berpecah-belah, sekali gus memberi ruang kepada Umno untuk menang besar.

“Beliau terpaksa mengakui bahawa dari sudut kerajaan, pilihan raya awal adalah satu perkara yang baik kerana kerajaan sudah bersedia dan pembangkang pula tidak bersedia,” katanya.

Sebelum ini, Zahid pernah mendesak PRU15 diadakan secepat mungkin bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.

Zahid dipetik sebagai berkata, gesaan itu dibuat setelah melihat kedudukan kerajaan yang amat rapuh dan negara berada dalam keadaan kerugian apabila tiada pelaburan langsung asing (FDI) yang masuk ke negara ini.

Bagaimanapun, ada juga kalangan pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut dan berpendapat kerajaan sedia ada perlu kekal hingga habis penggal PRU14, iaitu pada pertengahan tahun depan.

Antaranya, Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz yang tidak bersetuju jika PRU diadakan awal kerana boleh menimbulkan kucar-kacir.


Kenapa Pas Amat Memalukan Islam ?

 Silalah baca.


Kenapa Pas Amat Memalukan Islam ?


1. Apabila Najib disabitkan kesalahan dengan penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam perbicaraan SRC, Haji Hadi dan pemimpin tertinggi Pas segera datang memberikan sokongan moral kepada Najib. Kata mereka 'Najib sahabat sejati'.


Impresi orang bukan Islam (OBI) : Islam, seperti contoh pemimpin Pas tiada masalah dengan korupsi malah melindungi orang yang korup.


2. Pemimpin Pas menukar kenderaan rasmi kepada Mercedes setelah mendapat peruntukan dari bantuan Pusat untuk rakyat Kelantan. Ada juga seorang Menteri Besar Pas yang 'dibelikan Vellfire baru' untuk kegunaan MB (kemudiannya didakwa untuk kegunaan Syarikat Air) oleh Syarikat Air negeri yang sebenarnya mengalami kerugian. Peliknya Vellfire ini disembunyikan di sebuah rumah buruk dengan ditutup dengan kain. 


Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas mengutamakan kemewahan kepada pemimpin Pas . Orang Islam boleh bermuka-muka menunjukkan kononnya mereka tawadduk dan faham tentang orang miskin tetapi ada citarasa tinggi dengan kemewahan. Mereka ada kapasiti hipokrit tahap dewa.


3. Haji Hadi diberikan jawatan bertaraf menteri ke Timur Tengah. Tetapi, tidak diketahui apa hasilnya dan apa yang diusahakan dengan gaji setinggi Menteri. Haji Hadi menerima jawatan ini tetapi tiada senarai tugas yang dapat dilihat. Apabila berlaku krisis seperti pembunuhan guru oleh orang Islam di Perancis, tiada sepatah suara yang kedengaran dalam media bagi meredakan keadaan mahupun membetulkan fahaman yang salah. Isu Palestin, Syria dan Iran juga kosong untuk dicerap sebarang usaha dari beliau. 


Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mengambilkira halal gaji yang diterima. Malah jawatan boleh dirasuah sebagai tukaran bagi sokongan kepada yang memberikan jawatan.


4. Haji Hadi apabila ditanya dalam sebarang rancangan soaljawab di kaca TV jawapannya sentiasa ke laut dan melalut. Tidak dijawab satu pun soalan dengan rasional.


Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mementingkan elemen fikiran, rasionaliti dan intelek. 


5. Pemimpin Pas sebelum berkuasa berhempas pulas mahu kilang arak diharamkan tetapi apabila berkuasa berkata, arak adalah hak orang bukan Islam. Mereka yang dulunya menuduh UMNO kafir tiba-tiba boleh pula menerima UMNO. 


Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mementingkan prinsip dan semuanya boleh diubah, termasuk hukum agama asal saja ada untung politik.


6. Pemimpin Pas (Menteri) yang pulang dari Turki telah melanggar kuarantin malah didenda (dia membayarnya). Tetapi dolak daliknya apabila kes ini timbul menyerlahkan sifat hipokrit. Dia dilepaskan akhirnya bukan kerana melalui proses Undang-undang tetapi atas pilihan tidak diangkat kesnya ke mahkamah oleh Pendakwaraya (keputusan Kerajaan dan tentu anda dapat meneka sebabnya) 


Impresi OBI : Islam, seperti contoh PAS, tidak mementingkan integriti. Mereka boleh menipu dan tidak beramanah.


7. Pemimpin PAS di Kelantan menaikkan gaji exco antara RM3,000 hingga RM5,000 (dalam keadaan Kelantan tidak pun ada dana mencukupi untuk membayar kakitangan kerajaan Negeri dan perlu meminjam dari Pusat). Gaji dinaikkan dalam keadaan rakyat susah semasa pandemik Covid. Ini berbeza dengan potongan gaji 20% Menteri-menteri di New Zealand.


Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, mengutamakan diri sendiri dari memahami kesusahan rakyat. Mereka juga tidak perlu bimbang dengan sokongan dan undi kerana rakyat yang mengundi mereka sudah di'bodoh'kan dengan menerima apa sahaja 'fatwa' yang mereka putuskan. Orang Islam Pas diajar untuk tidak berfikir dan terima semuanya.


8. Seluruh dunia kini dapat melihat 'kehebatan' pemimpin Pas yang mendapat kuasa. Mereka akan berterus-terusan memastikan orang Islam bodoh kerana itu akan memudahkan untuk mereka berkuasa. Mereka akan memakai pakaian nampak seperti 'Islamik' dan memetik beberapa ayat Al Quran. 


9. Malangnya, dalam mereka menunjukkan imej luaran yang kelihatan Islamik, semua ini menjadi impresi orang bukan Islam terhadap Islam. Pas adalah satu papan iklan yang teramat buruk untuk Islam. Pas memaparkan sifat-sifat syaitan, hipokrit, tidak berintegriti, mesra rasuah, mementingkan kemewahan diri, bermuka-muka, merendah-rendahkan orang lain sebagai kurang Islam dan semua ini ada sifat munafiq tahap tertinggi yang dipandang oleh orang di seluruh dunia.


10. Pemimpin-pemimpin Pas sedikitpun tidak malu dan ini tidak dibantu oleh pengikut mereka yang sudah di'bodoh'kan dengan bungkusan 'Islamik' sedangkan kandungannya 100% bukan Islamik. 


11. Pas akan berterusan menggunakan modus operandi menyebut 'Islam' berulangkali tidak kira betapa korup dan tidak berintegritinya mereka. Tidak ada pengisian intelek dan pengikut mereka akan berterus-terusan diajar untuk tidak berfikir dan 'menyangka' akan berakhir dengan syurga. Malangnya, dengan sifat-sifat mereka yang 'jauh dari ahli syurga' selain dari bungkusan luar yang mahu dilihatkan sebagai 'Islamik', jalan ke syurga melalui Pas hanyalah laluan yang menyesatkan.


12. Orang Islam yang sejati memakmurkan ilmu, membudayakan pemikiran, sangat empatik terhadap mereka yang lemah dan susah, penuh hikmah dan kasih sayang dan menunjukkan sifat integriti, amanah dan jujur. Semua sifat ini tidak ada dalam Pas.


Kerosakan imej terhadap Islam yang dilakukan oleh Pas adalah teramat besar. Pas adalah satu tragedi besar terhadap Islam dan memberikan impresi yang salah terhadap Islam. 


Pas sangat memalukan Islam dan mereka akan disoal di akhirat kelak dan hukumannya tentu amat berat kerana kesannya teramat buruk. 


Dr Nazmi Aril Osidea



PENDEDAHAN STRATEGI SEBENAR NAJIB RAZAK TUKAR PEGUAM DALAM KES SRC .


Assalamualaikum. Apa khabar semua?


Ramai yang menyangka tindakan Najib menukar peguam pada saat akhir adalah strategi terbaharunya untuk memenangi kes, sekaligus dibebaskan.


Ini salah sama sekali!


Najib bukanlah hendak memenangi kesnya. Bekas peguam Najib, Shafie Abdullah juga telah lama tahu Najib akan kalah di Mahkamah Persekutuan.


Bukti Najib mencuri wang SRC sangat kuat dan tidak boleh dipertikaikan lagi.


Ia disokong oleh jejak pergerakan duit (money trails), bagaimana Najib membelanjakannya dan bagaimana Najib menyalahgunakan kuasanya.


Semua ini telah dibuktikan dengan sangat kukuh.


Najib dan barisan peguamnya, baik Shafie, Jonathan LaidLaw (yang ditolak mahkamah), Zaid Ibrahim atau Hisyam Teh tahu sudah tiada cara untuk menang di Mahkamah Persekutuan. Noktah.


Jadi, kenapa Najib secara mengejut menggantikan Shafie dengan Hisyam Teh melalui firma guaman milik Zaid?


Mereka hanya mahu mencetuskan kontroversi dan Zaid tahu apa yang perlu dilakukannya. Tugasnya bukanlah untuk memenangi kes.


Dia dibayar untuk menjadikan mahkamah sebagai pentas drama bagi menunjukkan Najib adalah mangsa kezaliman apabila dinafikan hak untuk mendapat keadilan. 


Bukankah kita semua telah menyaksikan bagaimana peguam Hisyam Teh ‘beraksi dengan baik’ apabila secara tiba-tiba tidak mahu lagi mewakili Najib.


Tujuan mereka hanya untuk membentuk pemikiran masyarakat bahawa Najib adalah mangsa pendakwaan politik dan terdapat gerakan terancang untuk menghantarnya ke penjara.


Tetapi mood dan suasananya perlu dicipta bagi membolehkan mereka menghadap Seri Paduka Baginda dan menyembah maklum bahawa rakyat menyaksikan bagaimana Najib telah menjadi mangsa ketidakadilan.


Mereka kemudiannya akan memberitahu yang rakyat sudah bersiap sedia untuk bangkit. Maka, sewajarnya Tuanku mengembalikan keadilan melalui pengampunan diraja kepada Najib.


Ini adalah strategi sebenar mereka. Namun kejayaannya bergantung kepada kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRU-15 secara solo.


Dengan kuasa mutlak itu, mereka boleh memilih Perdana Menteri dan mengarahkannya menasihati Agong supaya Najib diberi pengampunan diraja.


Di sinilah ramai yang tersilap ‘baca’ dengan beranggapan segala drama di Mahkamah Persekutuan sepanjang minggu sebagai taktik Najib untuk melengahkan perbicaraan dan menyusun strategi baharu.


Tidak sama sekali!


Najib dan peguam sebenarnya telah mengangkat bendera putih apabila tiga hakim Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib.


Serentak dengan itu, kem Najib mula ‘mengasah senjata’ dan merancang bagaimana cara untuk mencetuskan keraguan dan mula memburuk-burukkan mahkamah.


Sasaran pertama mereka ialah Hakim Nazlan Ghazali dan sesuatu perlu dilakukan supaya perhatian masyarakat teralih sehingga Najib dilihat sebagai mangsa kezaliman.


Seterusnya, mereka menyerang Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun untuk menjejaskan nama baiknya dan integriti Institusi Kehakiman Negara secara keseluruhannya.


Terserahlah kepada anda untuk menpercayai atau menolak coretan ini tetapi bermula hari ini, bukalah mata seluas-luasnya dan perhatikan apa yang bakal dilakukan Najib dan peguamnya.


Perhatikan juga bagaimana media seperti portal MalaysiaGazette melaporkan kes mahkamah Najib dan perhatikan juga gerak-geri individu seperti Lokman Adam dan Raja Petra.


Kerana segalanya adalah berkisar kepada usaha menggambarkan Najib sebagai mangsa pendakwaan politik sebagaimana yang dilakukan Anwar Ibrahim sewaktu bergelut dengan kes liwat dahulu,


Terima kasih kerana membaca coretan panjang ini dan jika anda prihatin dengan masa depan negara yang kita cintai ini, saya mohon ia disebarkan.


Nota : Ini adalah transkrip yang diterjemahkan KAKA daripada rakaman audio yang tular dalam media sosial


PEGUAMBELA ENGGAN BERHUJAH, APAKAH NASIB NAJIB AKAN DIKETAHUI SEAWAL 26 OGOS?

 

Sekiranya peguam Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik kekal dengan pendiriannya, ini bermakna pihak pembela tidak akan membuat hujah pembelaan pada Selasa depan.

Sebagaimana dilaporkan Malaysiakini, selepas pihak pendakwa menamatkan hujahnya petang tadi, Hisyam mengulangi bahawa beliau tidak akan membuat sebarang penghujahan.

Ketika ini, Hisyam berdiri dan berkata: “Saya tidak akan membuat sebarang penghujahan.”

Hakim Tengku Maimun: Bukan secara lisan pun?

Hisyam: Bukan secara lisan.

Tengku Maimun: Tidak mengapa. Kami akan tunggu… pada Selasa (23 Ogos) dan kita tengok macam mana.

Kamu ada tiga hari (Sabtu, Ahad dan Isnin). Jangan beritahu kami bahawa kamu tidak bersedia untuk berhujah bagi mana-mana 94 alasan dalam petisyen rayuan.

Tidak mengapa jika tidak bersedia untuk memfailkan hujahan bertulis. Boleh berhujah secara lisan.

Hisyam: Saya tidak akan membuat hujahan.

Tengku Maimun: Terpulang kepada kamu. Dalam rekod kamu adalah peguam. Kita tunggu Selasa ini.

Ia adalah kebebasan kamu untuk mengemukakan hujahan atau sebaliknya, kamu ada tiga hari untuk bersedia.

Jangan kamu katakan kamu tidak bersedia untuk mengemukakan hujahan mengenai 94 alasan dalam petisyen rayuan kamu.

Sebelum itu, sebaik pihak pendakwaan menyelesaikan hujahannya, Hisyam memohon penangguhan prosiding rayuan itu sehingga Khamis ini kerana mempunyai kes lain pada hari Selasa dan Rabu.

Ketua Hakim Negara bagaimanapun sekali lagi dengan tegas berkata seperti yang telah dinyatakan berkali-kali, tiada penangguhan ke atas rayuan itu.

“Kita akan meneruskan seperti yang dijadualkan,” katanya.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/632707

Persoalan utama ini, apa jadi jika Hisyam tetap dengan pendiriannya tidak mahu membuat sebarang penghujahan pada Selasa, 23 Ogos nanti?

Apakah ini bermakna, sebagaimana jadual kes rayuan Najib ditetapkan mulai 15 hingga 26 Ogos dan disebabkan hujah pendakwa tidak disanggah oleh pembela yang enggan membuat hujahan, maka akan lebih mudah bagi Mahkamah Persekutuan membuat keputusannya?

Adakah 26 Ogos nanti kita semua akan tahu apa nasib Najib? – ShahbudinHusin 19/08/2022.



BETUL TAK TAHU ? KAH..KAH...PEMBOHONG KEPADA MAHACAI BOLEH LAH NAJIB.

Najib tak tahu duit masuk ke dalam akaunnya? Tak mungkin. Sebab Najib sedar dia telah habiskan RM43 juta daripada RM49 juta yang dia dakwa dari derma Arab.

Juga terdapat perbualan Blackberry Messenger antara Najib dan Jho Low yang menguruskan akaun Najib di mana Najib bertanyakan bakinya. Takkan tau tahu juga lagi?

Najib juga direkodkan keluarkan cek atau transfer duit keluar malah sebelum duit betul-betul masuk ke dalam akaunnya. Takkan dia berani buat kalau tak tahu duit akan masuk?

Kalau pengakuan tak tahu Najib ini diterima, lain kali siapa yang merompak, boleh beri duit kepada orang lain dan suruh orang itu transfer masuk ke akaun dia.

Andai kata tertangkap, cakap je tak tahu ada duit masuk dan dia cuma tahu belanja saja. Kalau Najib lepas, siapa yang guna alasan seperti ini juga mesti dilepaskan oleh mahkamah..

Jumlah debit/kredit Najib dalam 3 akaun semasa untuk tempoh 3 tahun adalah RM606,510,436.66. Boleh baca di sini: https://bit.ly/3dJ1hew. Lebih setengah bilion! Najib bisnes apa ada duit banyak tu? Guane boh?

Raja Gelap

 



Jenayah | Ancaman terhadap Ketua Hakim Negara disiasat segera

SRC: Khalid beri amaran Umno 'jangan main api' serang kehakiman



Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad membidas tindakan Umno yang mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib Razak untuk mengemukakan bukti baru dalam rayuan akhir kes SRC. Khalid turut menyifatkan kenyataan-kenyataan yang dibuat pemimpin parti itu sebagai mengecewakan kerana keputusan mahkamah itu telah dibuat mengikut prosedur yang sepatutnya.



RENTASAN 1193 | SYARIKAT 'OFFSHORE' PALSU DITUBUHKAN UNTUK PINDAH WANG L...










1. DIHARAP PENJAWAT AWAM TIDAK TERBABIT SEBAGAI TOYOL SIBER 2. KELIRU ATAU SENGAJA MENGELIRUKAN? 3. ANAK MUDA DIHAMBAT, DANA RAKYAT DIREMBAT 4. SIAPA BER‘MAHARAJA LELA’ DALAM PROJEK LCS?




PELBAGAI KISAH BILLIE EILISH NAK KU SAMPAIKAN. TRAGEDI ANAK MELAYU SERTA YANG BERKOPIAH




MASA PH DULU KONSERT KONSERT NI BUKAN TAK ADA...ADA... TAPI SELAMA 22 BULAN YANG DOK JAJA HANCING BAGAI TU...WALAUN BOLEH SENARAIKAN BERAPA YANG ADA....SEKARANG MACAMANA ???? SEBAB TU JANGAN MENGATA PADA ORANG. PAS ADA DALAM KERAJAAN PUN TAK BOLEH BUAT APA . BAIK TOK SAH ADA DALAM KERAJAAN...PERANAN PAS DALAM KERAJAAN NGANGA SAHAJA.PEMBOHONG KUAT.



https://wrlr.blogspot.com/2022/08/catatan-sagon-senarai-konsert-akan.html





NORMAN RADZUAN


Pelbagai cerita mengenai konsert Billie Eilish ingin ku sampaikan di pagi minggu yang santai ini. Aku kenal penyanyi ini menerusi lagunya Lovely yang dimainkan anak di dalam kereta.

Baiklah aku terbuka mengenai kehadiran Billie. Apapun untuk aku sudah tentu tidak akan pergi kerana ia bukan jiwa aku untuk menontonnya ( lagu tak sesuai dengan jiwa atau usia ) tetapi untuk anak muda sebaliknya.

Aku terlihat di Tik Tok seorang anak muda menceritakan dia keluar rumah dari jam 4 pagi ke Stadium Bukit Jalil… what? Konsert mula jam 9 malam kau hadirkan diri jam 4 pagi.

Kalau orang pergi masjid jam 4 pagi sedangkan solat Subuh 6 pagi pun kena tuduh ekstrim. Begitulah masyarakat kita untuk artis dipanggil ‘die hard fan’ tetapi untuk tujuan agama dipanggil ‘ekstrim.’ Kesian org agama kan.

Okay selesai bab itu. Aku nak sentuh tentang penganjur pula. Aku rasa kelakar bila melihat cara penganjur ini menyediakan set pentas. Aku rasa penonton terpaksa bawa teropong untuk konsert tersebut. Penonton bayar tiket pada harga RM 500 untuk tengok rumput je la… punya jauh.

Okay next… aku ada terlihat aksi Nabil yang berkopiah dan berjubah menzahirkan kekesalan atau kesedihan apabila lupa tarikh konsert tersebut. Dia beritahu kerugian RM 2,500 apabila sudah membeli tiket tersebut untuk keluarganya.

Kenapa Nabil beraksi begitu dan selepas itu beritahu tidak kesal. Sedangkan aksinya menunjukkan dia bersedih sangat. Aksinya dengan berkopiah dan berjubah berbuat demikian mendapat kecaman netizen…sebenar tak perlu Nabil berbuat demikian. Apa dia nak show off banyak duit atau trending ?

Yang terakhir paling tragedi mengenai PAS. Masihkah kita ingat di zaman BN dan PH memerintah setiap kali muncul artis-artis luar negara… anak-anak muda parti ini lah yang keluar demontrasi membantah.

Malah Billie yang dikatakan pro LGBT menerusi singlenya ‘Wish You Were Gay’ langsung tidak mendapat bantahan awal. Bila dah habis atas dasar politik baru lah ada mamat ini bersuara bantah.

Sedangkan Menteri Agamanya dari PAS hingga sekarang diam membisu. Sangat hipokrit dan jelas memperdagangkan agama untuk tujuan peribadi. Bila orang lain ingin berbuat demikian dikatakan tidak Islamik, Islam Liberal, Islam Terancam, subahat, tunduk pada Cina, Jangan Terlibat dengan konsert haram dan bermacam macam lagi.

Tak apa lebai masih ada banyak konsert lagi untuk anda berdemontrasi. Lepas ini ada konsert Dewa19, Fourtwnty, Boys Like Girls, Justin Bieber, Calum Scott dan beberapa artis lagi. Kita harap Menteri "al fulus fi dunia wal mampus fil akhirat” bersuara… Islam terancam skg ini… tak akan nak biar LGBT berkembang.


JANGAN LUPA DERIS SAGON....INGAT TU WALAUN. SENARAI KAT ATAS ADA TU.

 

KEH..KEH....KESIAN DOK TALA KE TAR SENIK .....DIA DAH RASA ANGIN SYURGA- NI LA LEBAI PEDAGANG SYURGA NI.YANG ROSAK JEMAAH PAS PUN SIKAP DIA LA






 

KAH..KAH..KAH.....


 

BAR COUNCIL AKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEGUAM YANG MEWAKILI NAJIB

 

SHAMSUDIN NAWAWI




Nota : Gambar memang lari tajuk. Itu budak2 baru lepas bersunat masuk jawi ehsan google.

Jangan lah terbayang ke cytro fake account pulak...

 



Sejak petang tadi saya sangat kecewa.

Tuan2 dan Puan2 mungkin sudah membaca Press Statement Bar Council. Bila saya baca itu mood terus hilang. Biasa makan bertambah. Ini sempat satu pinggan sahaja.

Apa yang ditulis oleh Bar Council mengguris jiwa dan hati saya.

Mereka mengatakan akan mengambil tindakan disiplin terhadap peguam2 yang mewakili Najib di Mahkamah Persekutuan.

Saya setuju dengan tindakan itu! Peguam memang terikat dengan

The Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978 (“LPPER”). Ianya bagi tujuan peguam bertindak dengan penuh beretika dan professional. Peguam adalah officers of the Court. Tidak boleh peguam mempersendakan atau Abuse the Process and Brings Disrepute to the country's Justice System. Peguam tidak boleh jadi conduit atau bersubahat untuk melakukan situasi bahawa mahkamah itu tidak adil, tidak memberi peluang dan menekan sesiapa pun.

Peguam2 yang akan diambil tindakan itu adalah peguam2 senior. Ada yang sudah jadi peguam lebih dari 40 tahun, 30 tahun dan mungkin lama lagi.

Kalau peguam muda baru setahun jagung boleh lah difahami kenapa mereka terlalu naif untuk mengikut rentak dan drama oleh anak guaman. Sehingga adanya anasir2 taksubers yang sanggup mengugut bunuh dan lain2. Setakat cytro nak mengacah2 di wall itu, saya tak pelik sangat. Itu kerja budak2 tak masuk jawi lagi.

Tindakan disiplin nanti berisiko mereka dinyahsenarai Struck of the Roll. Tidak boleh practice lagi.

Tapi on the other hand, mungkin mereka buat begitu kerana ganjaran berbaloi.

Itu lah yang boleh tenangkan hati saya sikit.

Itu lah yang buat saya boleh menulis lagi.

Nota : Gambar memang lari tajuk. Itu budak2 baru lepas bersunat masuk jawi ehsan google.

Jangan lah terbayang ke cytro fake account pulak...