TOK ABU KP
Orang lelaki baligh yg dedahkan "PUSAT" untuk tontonan umum....apa hukum nya yer??

Kenyataan Menteri Sumber Manusia, M Saravanan, bahawa menghalalkan pendatang tanpa izin (PTI) untuk tenaga berkerja adalah idea “bodoh” dibantah oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan.
Menurut mereka kemasukan tenaga kerja asing secara tidak sah itu sendiri berpunca daripada sistem imigresen negara yang lemah dan rasuah maka seharusnya PTI itu diberi pertimbangan untuk berkerja kerana mereka telah mengeluarkan modal yang besar masuk ke Malaysia.
Bagi Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek, kenyataan Menteri Sumber Manusia itu adalah keterlaluan dan tidak bijak dalam menghadapi situasi kekurangan pekerja di negara ini.
“Reaksi menteri itu dangkal dan tidak menghiraukan punca kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini. PTI sebahagian besarnya menjadi mangsa keadaan di luar kawalan mereka; mereka bukan pesalah yang disengajakan terhadap undang-undang imigresen kita. Setelah ditipu oleh ejen atau majikan yang tidak bertanggungjawab, mereka telah menjadi ‘haram’
“Malah, memandangkan cara dan layanan yang mereka alami ketika masuk ke Malaysia, pekerja itu sendiri boleh dianggap sebagai mangsa yang diperdagangkan. Oleh itu, menghantar pulang adalah kejam dan tidak adil kerana ia akan meletakkan kesalahan kepada PTI yang dieksploitasi, manakala ejen dan majikan terlepas
“Kebanyakan PTI telah menanggung kos kewangan atau mengambil pinjaman yang besar untuk peluang bekerja di sini; dengan itu menghantar pulang boleh menyebabkan kemusnahan kewangan yang teruk, atau keganasan fizikal dan juga kematian di tangan pemberi pinjaman yang tidak melepaskan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Zaid juga bertanya kepada Saravanan, dengan menolak menjadikan pendatang tanpa izin itu sebagai pekerja sah adakah cara lain untuk mengatasi masalah kekurangan buruh di negara ini.
Sekiranya idea Saravanan membawa masuk lebih banyak pekerja asing, katanya, maka situasinya sama sahaja dengan mengiktiraf para pekerja yang telah pun berada di Malaysia.
“Hakikatnya sebahagian besar sektor ekonomi kita bergantung kepada pekerja asing. Mengusir mereka secara beramai-ramai akan mewujudkan kekosongan dalam sektor buruh yang seterusnya memerlukan kita membawa masuk lebih ramai pekerja asing untuk menggantikan mereka, sekali gus mewujudkan kitaran pekerja tanpa izin semula.
“Adalah lebih mudah, lebih berperikemanusiaan dan lebih menjimatkan kos untuk menghalalkan PTI yang sedia ada di sini.
“Kerajaan mesti memahami hakikat majoriti PTI berlaku adalah akibat daripada dasar buruh kita yang tidak mencukupi, penguatkuasaan yang lemah atau rasuah, dan kerajaan seharusnya memulakan penyelesaian yang komprehensif dan praktikal untuk masalah yang telah lama wujud ini,” katanya lagi.

PETALING JAYA: Beberapa penganalisis mempersoalkan sama ada Rafizi Ramli mengambil kira semua faktor utama secara terperinci sebelum membuat ramalan Pakatan Harapan (PH) boleh memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Mereka memberitahu FMT, bakal timbalan presiden PKR itu mungkin terlalu yakin dengan PH boleh mendapat peratusan undi daripada kumpulan yang disenaraikannya.
Isnin lalu, Rafizi dilaporkan berkata, PH boleh memenangi PRU15, jika ia mampu meraih undi daripada 70% pengundi tegarnya, 30% pengundi kali pertama dan 5% pengundi atas pagar yang beralih sokongan selepas PRU14.
Felo kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir percaya Rafizi tidak mengambil kira apa yang berlaku sejak beberapa tahun lalu.
Katanya, prestasi PH sepanjang 22 bulan berkuasa dan Langkah Sheraton meninggalkan tanggapan buruk kepada pengundi.
“Rafizi boleh tampil dengan angka itu, tetapi saya rasa keseluruhan landskap sudah berubah seperti yang terbukti dalam tiga pilihan raya negeri (PRN) lalu.
“Beliau tidak mengambil kira semua perkara yang berlaku dalam PH dan reaksi pengundi serta orang ramai terhadap PH, khasnya selepas ia gagal menunaikan janji serta manifestonya.”
Barisan Nasional mencapai kemenangan besar dalam PRN Melaka dan Johor, menewaskan PH dan Perikatan Nasional. Di Sarawak, PH mengalami kekalahan besar, dengan hanya memenangi dua daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata, corak pengundian di Johor dan Melaka adalah isyarat jelas PKR serta PH belum berjaya menawan undi Melayu.
Katanya, selagi orang Melayu tidak dapat melihat mengapa dan bagaimana kerajaan PH boleh memanfaatkan mereka, gabungan itu tidak akan mendapat sokongan mereka.
Beliau berkata, undi yang disasarkan Rafizi boleh dicapai di kawasan pengundi campuran di bandar, tetapi bukannya di kawasan orang Melayu.

“Saya tidak rasa ia cukup untuk mengubah kedudukan PH di seluruh negara.”
Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura turut meragui kemampuan PH untuk mencapai jumlah sokongan yang diharapkan Rafizi, berdasarkan keputusan PRN Johor, Melaka dan Sarawak.
Katanya, keinginan mencapai peratusan keluar mengundi itu dan merealisasikan adalah perkara berbeza.



Kerajaan Negeri Johor perlu meningkatkan partisipasi anak muda di negeri itu dalam politik menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.
Menurut ADUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern, berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa jumlah anak muda 18 tahun hingga 21 tahun yang layak mengundi di Johor amat besar sekitar 175,000, pertambahan hampir 30% daripada jumlah pengundi.
Malangnya kata beliau, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu jumlah anak muda keluar mengundi amat kecil.
“Lebih 2.59 juta pengundi layak mengundi pada PRN dengan pengundi di bawah umur 40 tahun membentuk kira-kira separuh daripada pengundi di Johor.
“Golongan muda yang berusia 18 hingga 20 tahun mewakili kira-kira 6.7 peratus undian anak muda dan mampu membawa perubahan ketara dalam pelantikan Kerajaan Negeri.
“Walau bagaimanapun, dalam PRN Johor peratusan keluar mengundi keseluruhan sebanyak 54.92 peratus, di mana sebelum PRN berlangsung SPR mensasarkan sebanyak 70% akan keluar mengundi.
“Daripada 54.92 peratus itu peratusan pengundi muda dianggarkan di bawah 5 peratus. Jumlah itu sangat kecil daripada jumlah keseluruhan 173,177 jumlah pengundi muda yang didaftarkan di negeri ini walaupun pada peringkat awal diuar-uarkan bahawa ramai yang akan keluar mengundi,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Jurucakap Pendidikan Pakatan Harapan Johor itu lagi, hal tersebut mungkin berlaku kerana anak muda tidak berminat kepada politik dan lebih menganggap siapa sahaja yang memerintah nasib mereka tidak akan terbela.
Oleh itu, beliau mencadangkan agar Kerajaan Negeri lebih melibatkan anak muda dalam kegiatan politik atau sebarang program Kerajaan Negeri yang menjurus kepada kesedaran mengundi pada masa akan datang.
“Keaadan ini terjadi mungkin akibat kelesuan politik dalam kalangan anak muda dan protes mereka terhadap politik. Terdapat juga kemungkinan golongan muda tidak mengetahui mereka telah didaftarkan secara automatik sebagai pemilih menyebabkan mereka tidak turun membuang undi pada hari pengundian.
“Selari dengan titah ucapan Tuanku sewaktu Perasmian Persidangan DUN Johor Penggal Pertama yang menekankan kepentingan hak mengundi kepada golongan belia, ke arah hala tuju kerajaan yang mahukan pemimpin yang berpengetahuan dan berkualiti tinggi.
“Justeru itu, saya menyarankan kepada Kerajaan Negeri kesedaran politik perlu diwujudkan dalam kalangan
rakyat Johor seawal usia 13 tahun supaya mereka mengambil bahagian dalam pilihan raya dengan turun mengundi demi proses pembangunan negara bangsa,” katanya.
Menurut Arthur lagi, kewajipan keluar mengundi bukanlah untuk menyokong mana-mana parti atau menyokong mana-mana ideologi tetapi anak muda perlu tahu hak dan tanggungjawab mereka bagi membolehkan negara maju ke hadapan.
Tegas beliau, literasi dan celik politik itu sangat penting selepas pasca PRN Johor dan menuju PRU 15 akan datang.
MOHD MUKHLIS
Dewan Muslimat PAS saran kaum ibu beralih kepada minyak zaitun
jika harga sawit terus naik.
“Kebaikan minyak zaitun banyak disebut dalam Al Quran”, ujarnya
lagi.
AMIRUL FAIZUDDIN
Bagaimana mungkin Pejabat Pendakwaan Negeri Kedah terutamanya
yang mengendalikan kes-kes jenayah di Mahkamah Majistret Sungai Petani begitu
CUAI dan SEMBRONO hanya mengenakan pertuduhan terhadap tertuduh di bawah
Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan sengaja
SEDANGKAN berdasarkan kronologi fakta kes tersebut, pada masa kejadian, mangsa
dikatakan telah mengalami kecederaan akibat ditikam dengan menggunakan KUNCI
KERETA iaitu satu alat yang boleh ditakrifkan sebagai alat yang digunakan untuk
MENIKAM dan mencederakan mangsa sebagaimana di bawah peruntukan Seksyen 324
Kanun Keseksaan???
JUSTICE is not only to be done But SEEN to be done !!
Nukilan rasa,
AFJ
22/06/2022
4.09 pm
Kampar, Perak

Pelancong seharusnya masuk lebih banyak ke Malaysia dengan perkhidmatan visa ketibaan (VoA) selepas pandemik Covid 19, namun hal itu tidak berlaku kerana halangan yang berlaku di pihak kementerian yang mengurus hal ehwal kemasukan warga asing pada 2019 lalu.
Hal itu didedahkan oleh mantan Timbalan Menteri Pelancongan era Pakatan Harapan (PH), Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik.
Menurut beliau, VoA yang dicadangkan pada ketika itu tidak diterima dengan alasan keselamatan negara terutama kepada pelancong dari China dan India.
“Dengan menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Tourism Task Force di bawah pemerintahan PH pada ketika itu, dengan sasaran penerimaan 30 juta pelancong dengan pulangan RM30 bilion daripada sektor pelancongan negara, kami bekerjasama dengan beberapa lagi pihak berkepentingan bagi menambah baik sistem pelepasan dan pemprosesan di pintu sempadan negara.
“Di antara cadangan yang kami kemukakan bagi menggalakkan kedatangan pelancong adalah dengan melaksanakan VoA terhadap pelancong dari China dan India ke negara kita sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia 2020.
“Namun kami menerima tentangan hebat daripada beberapa individu berpangkat tinggi dari sebuah kementerian terkemuka di atas alasan keselamatan negara yang berkemungkinan terancam jika permohonan melalui satu-satunya syarikat swasta yang
bertanggungjawab mengendali pemporesan visa ketika itu. Di atas penjelasan yang samar kami turuti jua di atas sebab keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Namun selepas pendedahan di mahkamah selama perbicaraan bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang didakwa menerima sumbangan dana dari beberapa syarikat berkaitan urusan kemasukan warga asing maka halangan yang pernah berlaku beberapa tahun lalu itu, kata Bakhtiar, semakin jelas penyebabnya.
“Maka terungkailah persoalan kami apabila kebelakangan ini kita didedahkan dengan berita di mana terdapat siasatan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah 2009 berkaitan beberapa nama besar menerima sejumlah dana daripada syarikat swasta supaya melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan Sistem VLN, serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama.
“Kini saya faham maksud sebenar tentangan yang cukup keras ke atas cadangan yang kami utarakan demi mengukuhkan sektor pelancongan negara.
“Setiap pelancong dari China dikenakan bayaran CNY200 sebagai fi pemprosesan. Bayangkan pendapatan mereka jika 2.9 juta pelancong dari China membayar CNY200 (RM130) setiap seorang.
“Menyedari hakikat ini, ternyata bukan keselamatan negara yang terancam, sebaliknya duit poket merekalah yang dikhuatiri menipis. Amalan menjaga kroni ditutupi dengan alasan keselamatan negara ini amat menjijikkan,” katanya.
Oleh kerana melindungi kepentingan kroni tertentu, kata Ahli Parlimen Balik Pulau itu, negara kerugian berjuta juta ringgit daripada segi hasil kerana kekurangan pelancong asing
Tegas beliau, Malaysia seharusnya telah lama mencontohi Indonesia yang berjaya menarik lebih ramai pelancong menggunakan kaedah VoA.
“Pada Mac 2022, dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung antarabangsa, Indonesia memperkenalkan semula VoA ke Bali untuk pelancong dari 23 negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Malah sepanjang tempoh pandemik, Indonesia aktif mempromosi negara mereka lewat platform digital supaya memilih Indonesia sebagai destinasi pilihan.
“Visa semasa ketibaan atau Visa Sebaik Tiba (VoA) dengan kata mudah adalah kemudahan pendokumentasian pelancongan di mana visa akan diberikan kepada pelancong sebaik sahaja tiba di negara yang dituju. Sesebuah negara terlebih dahulu akan mewartakan arahan kepada bakal pelancong di mana mereka tidak perlu melakukan permohonan visa sebelum perjalanan,” katanya lagi.
Tambah Bakhtiar, Malaysia telah mengadakan kemudahan VoA pada 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dan pintu masuk Sungei Tujuh, terutama bagi pelancong dan golongan ekspatriat yang kini berpangkalan di Brunei.
Jangkaan Tourism Productivity Nexus (TPN) pada ketika itu, katanya, Miri berpotensi menjana AS$4 juta setiap tahun daripada ekspatriat dengan anggapan 10% dari mereka melawat Miri setiap minggu dan membelanjakan AS$200 pada setiap lawatan.
Sekumpulan
ahli arkeologi dari Malaysia dan Belanda telah berjaya menjumpai kawasan yang
dipercayai Piramid dibina lebih 4,000 tahun yang lalu.
Ni
bermakna piramid ini dan piramid di Giza Mesir, piramid Machu Picu, Peru yang
terkenal diseluruh dunia dibina pada abad yang sama.
Prof
Robin Van Dijk yang berpengalaman luas mengkaji piramid di Mesir dan Peru amat
teruja kerana membuktikan telah wujud ketamadunan masyarakat Melayu purba yang
masih belum dikaji sepenuhnya.
Tapi,
penduduk orang asli yang menetap disini menafikan wujud piramid yang berusia
lebih 4,000 tahun seperti yang didakwa Prof Robin Van Dijk
'Itu
bukan piramid.. tapi kawasan balak yang ditebang oleh PAS Kelantan' ujar Ripin
anak Bara yang menetap di Kampung Pos Brooke, Lojing, Kelantan.
DSP.

Permohonan LPSM 2022. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mempelawa kepada mereka lepasan SPM yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara menerusi Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LPSM).
Menerusi LPSM, pelajar yang berminat akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Goverment Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk pada syrat-syarat yang ditetapkan.
Bagi pemohon yang berminat, pemohon boleh membuat Permohonan LPSM 2022 mulai 20 Jun 2022 (Isnin) sehingga 26 Jun 2022 (Ahad), jam 5.00 petang.

Pemohon yang berjaya akan mengikuti program persediaan di Kolej persediaan dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Sekiranya pelajar yang ditaja tidak menamatkan kursus persediaan atau menamatkan kursus persediaan tetapi gagal melepasi HKA yang ditetapkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, penajaan pelajar tersebut boleh ditamatkan.
Jika pelajar enggan meneruskan penajaan di peringkat Ijazah Pertama di bawah tajaan JPA atau enggan mematuhi syarat-syarat penajaan yang ditetapkan oleh JPA bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, penajaan pelajar akan ditamatkan dengan tuntutan ganti rugi.
Bagi bidang pengajian yang tidak ditaja adalah :
Syarat umum yang ditetapkan oleh pihak JKPA kepada pemohon adalah :
Bagi syarat khus pula hanya 2 syarat khusus yang perlu dipenuhi pemohon iaitu :
Cara mohon Permohonan LPSM 2022, permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di pautan = https://esilav2.jpa.gov.my/
Pemohon adalah dibenarkan mendaftar, mengemas kini/meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan dan hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
Pemohon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri Student Assessment Centre (SAC)
Tujuan adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.
Untuk sebaran pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan LPSM 2022, sila hubungi talian 03-8885-3297 atau email ke lepasanspm2022@jpa.gov.my.
Dibuka bermula pada 20 Jun 2022 hingga 26 Jun 2022.
Pemohon sekurang-kurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran.
-portalsemakan-

PETALING JAYA: Keputusan kerajaan tidak meneruskan harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol mulai 1 Julai ini disifatkan sebagai kegagalan Putrajaya menjaga kebajikan rakyat khususnya berkait sekuriti makanan.
Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), N Marimuthu berkata, dasar pertanian negara sejak 1984 yang seharusnya mampu menangani krisis bekalan makanan dalam jangka panjang telah gagal.
“Kerajaan tidak ada pelan jangka panjang berhubung sekuriti makanan dalam negara. Walaupun sekarang kita ada dasar pertanian yang mampan ia tidak cukup kerana kegagalan perancangan di pihak kerajaan.
“Ini semua kegagalan polisi kerajaan, bukan kegagalan rakyat. Kerajaan tak boleh lepas tangan (tarik semula subsidi),” katanya kepada FMT.
Sektor pertanian negara didasari oleh Dasar Pertanian Negara (DPN) 1 1984-1991, DPN 2 1992-1997, DPN 3 1998-2010 dan kemudian Dasar Agromakanan 2011-2020, sebagai kesinambungan DPN 3.
Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memutuskan bahawa harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol tidak akan diteruskan mulai 1 Julai.
Menterinya, Alexander Nanta Linggi berkata, harga barangan itu dijangka meningkat dan akan ditentukan oleh pasaran.
Beliau berkata, tindakan itu dibuat bagi memastikan bekalan bahan makanan dan harganya di pasaran akan lebih stabil dalam tempoh jangka panjang.
Mengulas perkembangan itu, Marimuthu menjangka majoriti harga barangan asas akan meningkat sehingga 20%.
“Tidak mustahil, harga barang asas akan naik sehingga 20% selepas subsidi ini ditarik balik pada 1 Julai nanti… dan mungkin juga akan naik lebih lagi bagi sesetengah barangan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan supaya menangguhkan projek mega untuk tempoh dua tahun ini dan menyalurkan dana berkenaan untuk menampung subsidi barangan asas.
“Semua subsidi (yang ditarik ini) adalah subsidi asas, bukan subsidi mewah. Apa yang kerajaan boleh buat dalam tempoh jangka pendek ini adalah tunda projek mewah untuk pastikan sekuriti makanan stabil.
“Kerajaan kena pastikan makanan cukup di atas meja, jika tidak kes kecurian akan bertambah, masalah sosial dan perceraian juga akan banyak berlaku kerana beban tanggungan ketua keluarga yang semakin bertambah,” katanya.