HUSAM NUSA : Kuala Gris Mandi Air Karat?

Kuala Gris Mandi Air Karat?

Sekarang kita berpindah ke Kuala Gris.

Apa khabar orang Kuala Gris?

Nak tengok kebajikan di kawasan ulu sikit.

Foto di bawah dikatakan Mini Loji atau lebih tepat - rumah pam - diurus Aksb di Kuala Gris. Pohon kepastian Aksb ya.

Saya belum menyemak sendiri. Penduduk kampung mohon saya cerita sedikit, mudah-mudahan tidaklah mutu air untuk penduduk di sana lebih teruk dari di negara Afrika.

Ikut aduan penduduk, Aksb salurkan terus air mentah tanpa dirawat. Air dipam dari telaga boring di bawah bukit.

Dimasukkan ke dalam tangki di atas bukit, lalu terus dihantar melalui paip tanpa dirawat mahu pun ditapis.

Tangkinya pun, kata penduduk kampung, sangat kecil

Hasil dari air tak dirawat dan juga tak ditapis, boleh dilihat dalam clip video yg saya sertakan.

Mudah-mudahan, ada Exco yg sanggup minum dan mandi manda dengan air seperti itu untuk buktikan pemimpin dan rakyat sama merasa.

Saya tak pasti kadar harga bayaran air oleh Aksb pada 400 buah rumah penduduk di situ.

Sama dengan kadar harga air dirawat atau lebih murah?

Kalau sama dengan kadar harga air dirawat, dua kali aniaya.

Kalau ya kadarnya sama dengan air dirawat, Save Kelantan cadangkan Aksb turunkan separuh dari kadar harga itu, kerana air yg dibekalkan tidak dirawat pun.

Bekalan air sudah tentu terputus-putus.

Penduduk pernah mencadangkan supaya tangki lebih besar dipasang. Kos - kata penduduk - hanya sekitar RM 50,000.

Pihak berwajib menjawab, tiada peruntukan.

Membeli kereta besar untuk pemimpin mungkin dianggap jauh lebih mustahak dari tangki air kegunaan sekitar tiga ribu lebih rakyat jelata marhaen kerana mereka tinggal di ulu negeri saja. Siapa mereka untuk disegerakan peruntukan?

Beli kereta mahal untuk keselamatan 11 atau 12 orang pemimpin negeri lebih penting dari nasib beribu orang rakyat.

Save Kelantan berharap ada Tok Wakil Negeri dan Parlimen dari Kuala Krai cepat-cepat turun memeriksa selepas membaca posting ini.

Sempat lagi kalau Tok Wakil nak tambah tangki besar sebelum PRU.

Tapi jangan lupakan Save Kelantan yg telah membantu anda sebagai Tok Wakil.

Jadilah macam kisah pahat dengan pemukul.

Save Kelantan Alhamdulillah berhasrat menjadi pemukul, supaya pahat tak lalai.

Katanya dulu, kampung ini mempunyai bekalan air bersih sendiri dari kolam tadahan yg dibina di sungai berhampiran. Airnya jernih dan tak terganggu. Sejak tahun 1960 an.

Sekitar 9 atau 10 tahun yg lalu, Hutan Simpan Kekal berdekatan yg menempatkan tadahan kolam itu dibersihkan kerana ada syarikat mendapat kelulusan membangunkan ladang.

Kerana kemusnahan tadahan air semula jadi mereka, Jabatan Kesihatan telah membantu membina pam dan tangki. Ia kemudian diserahkan kepada Aksb untuk diuruskan.

Mutu dan kuantiti airnya menjadi lebih teruk dari cara lama orang kampung sebelum hutan dimusnahkan.

Se orang dua mendapat untung berganda, beribu orang rakyat MERANA.

Kaedah usul fiqah mana yg dipakai oleh Kerajaan Kelantan Membangun Bersama Islam?

Mungkin Us Tih boleh bagi tahu kita kawasan tadahan berkenaan juga telah diundur ke belakang untuk digazet selepas 10 tahun ia dibalak?

Seperti cerita lima kompartmen HSK Sg Rek dihentikan kelulusan membalak sejak 2019.

Sedangkan di kompartmen 37 HSK Sg Rek tersebut, masih terpampang kelulusan membalak sehingga Mei 2021.

Dua serentak? Membalak dan digazet sebagai tadahan air?

Ikut Ustaz Tih, dah lebih dua tahun diluluskan untuk digazet oleh Exco sebagai kawasan tadahan air. Cuma, cetakan warta oleh Percetakan Nasional belum siap-siap. Jadi, warta sebenar tak boleh nak tunjuk

Berapa tahun biasanya gazet siap dicetak?

Macam-macam cerita lucu dalam negeri kita ini. Negeri kita dah selamatkan, Ustaz Tih?

Jangan cepat berehat, banyak lagi cerita kawasan tadahan air rakyat jelata telah dibersihkan dek pembalak mungkin akan keluar.

Sementara itu, Pengerusi Aksb elok melawat Mini Loji Aksb Kuala Gris ini.

Biar sama merasa, rakyat dan pemimpin.

Husam Musa

20 Syawwal 1443H

21 Mei 2022

#SaveKelantan

 

KERAYAN KA NAJIB...SANA SINI TAK TENTERAM

 



Steven Sim Chee Keong 沈志强 

peorlc6mih050u100ag  · 

Najib nak debat, saya on.

Nampaknya Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya menginsafkan Dato' Sri Najib Razak pasal budaya berdebat.

Saya masih ingat, dulu masa dia jadi PM, Najib kata debat bukan budaya kita.

Sekarang lepas berdebat dengan Anwar, dia nak ajak Sdr Kit Siang berdebat pula.

Saya rasa tak perlulah Sdr Kit Siang sambut benda ni. Dia kan dah bersara.

Kalau Najib benar-benar ikhlas nak debat, ayuh, saya sambut. Dia ajak Sdr Kit Siang debat dalam Bahasa Inggeris, ok saya on!

Dato' Sri dan saya, we debate in English. Masa dan tempat, Dato' Sri sila kemukakan.

Macam mana? Jangan pula nak hantar orang lain.

Dulu saya pernah ajak Dato' Sri nak pantun battle, Dato' Sri tak layan.

https://www.facebook.com/471097352961385/posts/2607507629320336/

La ni kita debat.

Najib Razak saya tag Dato' Sri.

On?

PENDEDAHAN RASUAH ZAHID HAMIDI MENIPISKAN LAGI PELUANG UMNO MENANG PRU15


 Kecuali ahli UMNO yang taksub, semua rakyat Malaysia rata-ratanya terkejut dengan keterangan seorang saksi dalam perbicaraan rasuah melibatkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkaitan sistem pengurusan visa luar negara pada minggu lalu.

Saksi tersebut, bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), Harry Lee Vui Khun mengesahkan bahawa syarikat tersebut telah menghantar wang tunai antara SG$200 ribu dan SG$520 ribu setiap bulan selama empat tahun dari 2014 kepada 2018 kepada Zahid Hamidi yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Harry Lee juga memberitahu mahkamah, UKSB turut menaja percutian Zahid Hamidi ke luar negara, majlis sambutan hari jadi isterinya serta untuk hari raya.

Walaupun saksi itu kemudian memberitahu mahkamah, semua pemberian wang itu adalah sumbangan politik, perkara itu tetap menimbulkan banyak persoalan.

Benarkah ia sumbangan politik atau saksi itu berkata demikian untuk mengelakkan dirinya terkait dengan pertuduhan memberi rasuah?

Bukankah memberi rasuah dan menerima rasuah sama-sama suatu kesalahan?

Lagi pun, kalau ia sumbangan politik, mengapa semua wang itu diberikan dalam bentuk mata wang Singapura?

Pernahkah UMNO bahagian-bahagian menerima peruntukan dalam bentuk wang tunai Singapura daripada Zahid Hamidi untuk aktiviti parti?

Tidakkah selama ini semua peruntukan untuk UMNO bahagian-bahagian diuruskan oleh ibu pejabat parti?

Pernahkah juga Zahid Hamidi memasukkan duit yang diterimanya dalam mata Singapura itu ke dalam akaun ibu pejabat UMNO?

Dengan banyak persoalan mengenai wang itu terus bermain-main di fikiran rakyat Malaysia tanpa jawapan, keadaan itu dengan sendirinya meletakkan UMNO dalam kedudukan paling buruk di mata rakyat serta terus terhakis sokongan.

Selain Najib Razak selaku Presiden UMNO ketika itu yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sehingga menggegar dunia dan mengakibatkan BN ditolak rakyat pada PRU 2018, apa yang terdedah dalam perbicaraan Zahid Hamidi itu nampaknya satu lagi episod malang buat UMNO.

Dengan Zahid Hamidi sebagai pemimpin yang berimej agama, boleh jadi imam dan banyak membina surau, masjid serta pusat tahfiz telah terkait dengan rasuah dahsyat sebegitu, apa lagi yang boleh diharapkan kepada UMMO?

Sepatutnya, dengan imej sedemikian serta latar belakang baik keluarganya, Zahid Hamidi adalah manusia terakhir sekali yang boleh dikaitkan dengan amalan rasuah di negara ini.

Di mana-mana, sejak pendedahan saksi tersebut, rata-rata rakyat di pelbagai peringkat terlihat marah, sedih, mencemuh dan mencebik bibir terhadap Presiden UMNO itu.

Sungguh tidak disangka, begitu sekali apa yang didedahkan mengenai perlakuannya sebagai seorang pemimpin.

Kalau selama ini skandal Najib dianggap begitu dahsyat, apa yang dilakukan Zahid Hamidi ternampak tidak kurang dahsyatnya.

Dengan itu, sekurang-kurangnya selagi Zahid Hamidi ada sebagai Presiden UMNO dan mengambil bahagian lagi dalam PRU15 akan datang, BN pasti dalam keadaan sukar dan nipis peluang untuk diundi rakyat.

Rakyat yang waras sudah tentu akan menolak dan tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin buruk seperti itu.

Menerima rasuah melalui jawatan awam yang disandang, di samping seseorang itu telah menerima kemudahan gaji, elaun dan kediaman mewah yang dikutip daripada cukai rakyat, perbuatan ini adalah pengkhianatan paling celaka sekali sebenarnya.

Sebab itu, pemimpin yang begitu, selagi mereka ada, bukan saja dirinya wajar ditolak, malah juga parti yang mereka menjadi pemimpinnya.

Rakyat mesti dan wajib menolak mereka itu jika mahu negara ini selamat dan anak cucu kita memperolehi kehidupan yang terjamin di masa depan. – ShahbudinHusin 21/05/2022.



Apa rancangan kerajaan untuk atasi kekurangan buruh dan tangani kenaikan harga? – Lim Guan Eng

 

Kenyataan Akhbar Oleh Pengerusi Kebangsaan DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng Di Kuala Lumpur Pada 12.5.2022.

Pengumuman Bank Negara untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) lagi kepada 2% menunjukkan bahawa inflasi dan kenaikan harga akan menjadi cabaran ekonomi yang lebih besar berbanding mengekalkan pemulihan ekonomi yang teguh. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi yang mampan untuk 2022 mungkin dihalang oleh ringgit yang lemah dan masalah struktur yang berkaitan dengan kekurangan pekerja yang teruk dalam sektor utama ekonomi serta kekurangan reformasi institusi yang menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti.

Kesan daripada ringgit yang lemah, terutamanya apabila merosot ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar Singapura, adalah tidak dijangka dengan kenaikan harga global bagi minyak dan komoditi asas seperti kelapa sawit. Pada masa yang sama, pertumbuhan ekonomi agak tidak sekata dengan banyak sektor utama seperti pelancongan, hotel, hiburan dan rekreasi serta PKS masih bergelut untuk bertahan untuk mencapai tahap pada 2019. Bagi orang ramai, kenaikan harga tidak dapat dikurangkan dengan kenaikan gaji.

Kerajaan perlu menawarkan bantuan kepada sektor-sektor utama ini dan segera mengatasi kekurangan buruh yang teruk serta menangani kesan kenaikan harga yang disebabkan oleh kekurangan bekalan serta kelemahan ringgit. Walaupun kerajaan enggan mendengar cadangan ekonomi yang dikemukakan oleh pembangkang, masih tiada perancangan dasar ekonomi yang sebenar selain membenarkan pengeluaran simpanan KWSP sehingga RM10,000, yang telah mengepam lebih RM40 bilion ke dalam ekonomi.

Langkah jangka pendek ini mewujudkan faktor perasaan gembira yang bersifat ilusi dalam menangani keperluan kewangan mendesak orang ramai yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk berbelanja dan menguruskan kenaikan harga makanan. Namun, apa kerajaan rancang untuk lakukan apabila RM10,000 habis diguna atau suntikan KWSP RM40 bilion sudah kering?

Pasangan curang, ini cara ‘lawan’ perosak rumah tangga

 


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Peguam Syarie, Atikah Rashid berkata, jika pasangan berlaku curang,
 isteri boleh mendapat mut’ah, nafkah iddah dan nafkah tertunggak,
 manakala suami pula boleh memfailkan kes nusyuz di Mahkamah
 Syariah.

PETALING JAYA: Seorang peguam berkata, mengambil kesempatan menggunakan kuasa viral mendedahkan kecurangan pasangan akibat onar orang ketiga bukanlah jalan penyelesaian baik.

Peguam Syarie, Atikah Rashid berkata, isteri atau suami yang mempunyai bukti kukuh mengenai kecurangan pasangan bersama orang ketiga boleh membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam negeri.

“Media sosial bukanlah tempat yang terbaik untuk mendapatkan penyelesaian terhadap sesuatu masalah.

“Sepatutnya pihak yang dalam kesusahan atau menginginkan penyelesaian, carilah badan yang berautoriti bagi memastikan isu atau masalah dapat ditangani sebaiknya,” katanya kepada FMT.

Ads by Kiosked

Berikut adalah proses aduan dan pelaksanaan berhubung kesalahan syariah melibatkan pihak ketiga:

  • Mangsa dikehendaki membuat aduan dengan mengisi borang aduan melibatkan pihak ketiga.
  • Menyediakan bukti dalam bentuk gambar, dokumen atau mesej di mana-mana aplikasi terlibat.
  • Setelah mendapati bukti mencukupi, pegawai agama boleh membuka kertas siasatan.
  • Pendakwa Syarie kemudiannya akan membuka dan meneliti kertas siasatan yang diajukan kepadanya oleh pegawai agama.

Beliau berkata, mengganggu rumah tangga orang lain adalah kesalahan yang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Atikah Rashid.

“Sekiranya ada bukti kukuh dan mencukupi, perosak rumah tangga boleh didakwa di bawah peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah. Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman maksimum seperti pemenjaraan,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai kesalahan boleh dikenakan, antaranya peruntukan Seksyen 36, iaitu memujuk lari perempuan bersuami, yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Satu lagi contoh dipetiknya adalah Seksyen 37 Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 kerana menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.

Katanya, Seksyen 38 pula, iaitu menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan, memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya.

Ads by Kiosked

Mengulas lanjut, Atikah berkata, antara langkah yang boleh dibuat sekiranya terbukti pasangan berlaku curang adalah mendapatkan hak selepas diceraikan.

“Jika suami yang berlaku curang, isteri boleh mendapat mut’ah, nafkah iddah dan nafkah tertunggak. Isteri juga boleh memohon penceraian melalui fasakh kerana suami berlaku curang dan tidak menjalankan tanggungjawabnya.

“Jika isteri yang berlaku curang, suami boleh memfailkan kes nusyuz di Mahkamah Syariah supaya tidak layak menerima nafkah sebagai isteri,” ujarnya.