Fahmi Reza dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi

 


Pelukis grafik dan aktivis, Fahmi Reza, dipanggil polis
 buat kali kedua bulan ini.

PETALING JAYA: Pelukis grafik dan aktivis, Fahmi Reza, dipanggil polis buat kali kedua, bulan ini.

Dalam ciapan ringkas di Twitter, Fahmi berkata: “Kembali ke Bukit Aman hari ini untuk janji temu dengan polis.”

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan sebab dirinya dipanggil polis.

Awal bulan ini, Fahmi dipanggil polis selepas berkongsi potret seekor beruk memakai tengkolok dan berkeris seperti bangsawan di media sosial.

Beliau kemudian ditahan di Bukit Aman mengikut Akta Hasutan susulan siasatan berhubung perkongsian potret itu, namun dibebaskan sehari selepas itu.

Bulan lalu, Fahmi dituduh di Mahkamah Sesyen selepas didakwa menghina PAS dengan memuat naik grafik mengaitkan parti berkenaan dengan alkohol di Facebook. Beliau mengaku tidak bersalah.

Beliau dituduh mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia susulan pihak pendakwaan berhujah bahawa Fahmi memuat naik hantaran pada 1 Jun 2021, dengan sengaja mengaibkan dengan niat.

ANWAR TAK JADI PM PADA 2020 TOLAK GADAI PRISIP


DAP SANGGAH SALAHUDDIN AYUB

 

1) Saya merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menyeru Pakatan Harapan (PH) membuka ruang kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN)

2) Kenyataan tersebut merupakan pandangan peribadi beliau dan ia tidak pernah diputuskan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.

3) DAP berpendirian bahawa isu kerjasama antara Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional dalam PRU15 tidak timbul kerana PN merupakan sebahagian daripada blok kerajaan hari ini. Konsep “khemah besar” yang dipersetujui dalam Resolusi Port Dickson merujuk kepada kerjasama dalam blok pembangkang.

4) Semua pihak dalam PH perlu menyedari bahawa adalah amat sukar kerjasama dengan PN dapat dijalin dengan latarbelakang sejarah hitam yang pernah kami lalui dengan parti-parti komponen dalam PN.

5) Saya menyeru semua pimpinan dalam PH supaya membincangkan sebarang pandangan berkenaan kerjasama politik dengan pihak lain dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan bukannya melalui kenyataan terbuka untuk memastikan tidak ada kekeliruan di kalangan ahli dan penyokong kita.

6) Segala keputusan mengenai halatuju dan kerjasama di luar kerangka PH mesti diputuskan secara bersama oleh Majlis Presiden PH.

LOKE SIEW FOOK

SETIAUSAHA AGUNG DAP

22 April 2022.



[[LIVE]] RAFIZI RAMLI! Jelajah Kempen Yakini Rakyat di Kuala Terengganu.

JANGAN BERSEDIH NAJIB RUMAH KATA PERGI SUNGAI BULOH KATA MARI

 

Panas! Nama dipetik dalam minit sulit Pas yang tular, ini respon Najib


Panas! Nama dipetik dalam minit sulit Pas yang tular, ini respon Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak yang namanya antara disebut dalam minit sulit ‘perancangan politik’ Pas yang tular, tampil memberi respons.

Dalam hantaran di akaun facebook petang ini, bekas Perdana Menteri itu berkata ianya sangat mengecewakan.

“Sekiranya sahih, ianya sangat mengecewakan.

“Sakit hati saya,” katanya sambil berkongsi hantaran asal dari akaun Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Terdahulu tular hari ini dokumen bertanda sulit yang didakwa strategi perancangan politik Pas mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dokumen itu antara lain memetik beberapa nama pemimpin politik termasuk antaranya presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Najib.

Antara lain dokumen itu turut mendakwa ada cubaan dibuat agar Ahmad Zahid dan Najib Razak dipenjarakan segera.


KESIAN LEBAI TAKIRI- DAH KENA BUANG, ORANG KANAN PULAK KENA TENDANG,,,

 


Terkini! ’Orang kuat’ Khairuddin Takiri dipecat

Terkini! ’Orang kuat’ Khairuddin Takiri dipecat

PAS Kuala Nerus memecat salah seorang pemimpin kawasan terbabit ekoran terkait dengan tindakan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali, yang meninggalkan parti berkenaan baru-baru ini.

Difahamkan surat pemecatan ke atas Raja Arizal Raja Arif selaku ketua penerangan PAS kawasan itu menggunakan istilah “digugurkan” dan ia dikeluarkan pada minggu lalu.

Raja Arizal ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini mengesahkan pemecatan tersebut.

Menurutnya, tiada sebarang alasan atau sebab dinyatakan susulan pemecatan berkenaan namun dia bercadang untuk memberikan respon terhadap surat itu.

“Tiada alasan disebut dalam surat. Saya akan menjawab surat tersebut dalam waktu terdekat, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus Shukrimun Shamsuddin turut mengesahkan kepada Malaysiakini mengenai tindakan yang diambil itu.

Katanya, antara lain tindakan itu diambil kerana Raja Arizal dipercayai mempunyai kaitan atau hubungan individu terbabit dengan Khairuddin.

“Perkara ini berkait dengan wakil rakyat Kuala Nerus yang keluar parti dan dia (Raja Afizal) salah seorang pegawai yang berkhidmat dengan ahli parlimen.

“Jadi kita buat keputusan untuk gugurkannya daripada jawatan tersebut,” katanya kepada Malaysiakini.

Shukrimun juga mengesahkan surat tersebut dikeluarkan PAS Kuala Nerus pada minggu lalu dan berkuat kuasa serta-merta.

Sebagai rekod pada 14 Mac lalu, Khairuddin yang juga bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi mengisytiharkan keluar PAS dan menjadi ahli parlimen bebas.


HENTIKANLAH...NGARUT BANYAK BANYAK BUAT APA.....ZAMAN NI TAK YAH KELENTONG BANYAK SANGAT.


CHE IBRAHIM MOHAMED

 

Dulu dok oyat sukar nak laksana sebab Dap dok halang, lo ni kuasa politik pula yang halang.....

Pah Abang Aji jadi Duta Khas bertaraf menteri (walaupun kerja/tanpa tugas yang nyata), anak buah abang Haji jadi menteri tu guna kuasa apa pula????
May be an image of 1 person and text that says "Harakahdaihı Benar Nasional Sukar laksana Islam tanpa ada kuasa politik April 20, 2022 f Oleh ASLANI M"

KAH..KAH..INI MESTI KES TAK FAHAM BAHASA INGGERIS-JAUH SANGAT TU DERIS...TAK DA KAITAN DENGAN YOU TUBE

 


INI MESTI TERKESAN DENGAN PASLEAKS NIH- WOII DERIS KERJA TU CIA SAJA YANG BOLEH BUAT KAH..KAH..KAH,,,,TANYA EJEN CIA..NAK SOKONG MUAFAKAT MELAYU PUN KOATA HAJI TAK BOLEH CAPAI TINGGI...




Bocor ‘minit mesyuarat’ kerja musuh muafakat parti Melayu, tegas Idris







Naib Presiden PAS Idris Ahmad menafikan kesahihan dokumen
 dikatakan minit mesyuarat yang dibocorkan baru-baru ini.

PUTRAJAYA: Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, pihak tertentu mahu meretakkan muafakat parti Melayu dengan mendatangkan suatu dokumen yang didakwa ‘minit mesyuarat’ mengenai rancangan menjatuhkan pemimpin Umno.

Dengan menegaskan bahawa pimpinan tertinggi PAS tidak pernah membincangkan perkara yang didakwa dalam dokumen tular itu, Idris berkata, sudah tentu dakwaan sebegitu adalah daripada pihak yang memusuhi kerjasama parti Melayu.

Katanya, penularan dokumen “sampah” itu adalah untuk “meretakkan muafakat dalam kalangan parti-parti Melayu, dalam Muafakat Nasional (MN), dalam Perikatan Nasional (PN)”.

“Apabila berlakunya perpecahan dalam kalangan kita, itu kejayaan dia,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan akan membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan berhubung penularan dokumen yang didakwa mempunyai unsur campur tangan dalam kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

Menurut peguam Zahid, Hisyam Teh Poh Teik, pihaknya terkejut dengan isi kandungan dokumen yang dibocorkan di media sosial itu, yang antaranya menyebut “perlu ada campur tangan segera dalam kes mahkamah agar mempercepatkan jatuh hukum”.

Ahad lepas, beberapa dokumen dikatakan minit mesyuarat PAS didapati tular di media sosial dan didakwa berhubung pertemuan antara naib presiden parti itu Ahmad Samsuri Mokhtar; setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan dan beberapa pemimpin parti lain pada 24 dan 27 Mac serta 4 dan 7 April.

Antara pemimpin yang disebut dalam minit itu adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohamed Azmin Ali; Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad; Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin; dan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Hishammuddin Hussein.


RAFIZI : DATO’ SERI NAJIB GUNA WANG 1MDB BAYAR PEGUAM KETEPI SAPINA ANWAR IBRAHIM (KES FITNAH LIWAT II)

 


DATO’ SERI NAJIB GUNA WANG 1MDB BAYAR PEGUAM KETEPI SAPINA ANWAR IBRAHIM (KES FITNAH LIWAT II)

Sejak lebih sebulan yang lalu, saya telah mendedahkan pelbagai maklumat mengenai aliran wang dari dana awam yang dipinjamkan kepada SRC International Sdn Bhd (bekas anak syarikat 1MDB) yang kemudiannya masuk ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib Razak, seterusnya digunakan untuk perbelanjaan peribadi, wang politik dan membeli belah.

Di antara perbelanjaan-perbelanjaan yang telah saya dedahkan setakat ini:

1. Bayaran RM2 juta kepada syarikat pembangunan aplikasi milik pegawai khas Perdana Menteri (Datuk Amhari Effendi Nazaruddin) iaitu Orb Solutions Sdn Bhd

http://rafiziramli.com/.../sprm-perlu-sahkan-senarai.../

2. Berbelanja membeli barang kemas mewah bernilai RM3.28 juta dalam sehari di sebuah gedung barang kemas mewah bernama De Grisogono

http://rafiziramli.com/.../sprm-perlu-sahkan-senarai.../

3. Bayaran RM5 juta kepada Yayasan Al Abrar untuk menganjurkan acara “Malaysia Bersalawat”

http://rafiziramli.com/.../sprm-perlu-sahkan-senarai.../

4. RM43 juta yang dipercayai dana yang disuntik dari Tabung Haji dipindahkan ke akaun seorang yang bernama Ariffin Ismail Shahul Hamid dan kemudiannya ditunaikan dalam bentuk wang tunai

http://rafiziramli.com/.../rm43-juta-dana-src.../

5. RM10 juta dipindahkan dari akaun Perdana Menteri dan dibayar kepada pelbagai pimpinan Umno/Barisan Nasional di peringkat pusat, negeri dan peribadi

http://rafiziramli.com/.../ketua-ketua-bahagian-umno-dan.../

6. Berjuta ringgit dibayar oleh Perdana Menteri kepada syarikat pengamal media dan syarikat media sosial

http://rafiziramli.com/.../wang-rakyat-digunakan-oleh.../

Semua maklumat ini diperolehi dari satu dokumen yang dimuatnaik ke laman http://sprminsider.blogspot.co.uk yang capaiannya disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Setakat ini, semua pihak berkuasa yang terbabit dan penerima yang dinamakan tidak menafikan atau mengambil apa-apa tindakan undang-undang. Lebih penting lagi, pihak SPRM sendiri tidak menafikan bahawa dokumen yang dimuatnaik ke laman tersebut adalah dokumen siasatan SPRM sendiri seperti yang digambarkan oleh dokumen-dokumen itu.

Laman SPRMInsider memuatnaik dua dokumen penting:

i. Aliran tunai dari SRC International Sdn Bhd ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib dan syarikat-syarikat yang digunakan untuk menyembunyikan pemindahan wang – saya telah dedahkan sebelum ini

ii. Kertas siasatan yang diberi nama “Ulasan Kes dan Cadangan Pegawai Penyiasat” yang bernombor IPJ NO: 0300/2015, IPJ/SPRM/KS: 178/8/2015 – yang saya kini sertakan bersama dan akan saya dedahkan bermula hari ini

Kertas siasatan setebal 19 mukasurat ini memberi latar belakang kes, bagaimana akaun-akaun peribadi Dato’ Seri Najib dibuka di Ambank, siapa individu terbabit, berapa wang yang dipindahkan ke akaun-akaun peribadi tersebut, dari mana wang dipindahkan, dan bagaimana wang-wang ini dibelanjakan.

Kertas siasatan ini memberi maklumat terperinci saksi-saksi yang telah diambil keterangan, dokumen-dokumen yang telah diambil oleh SPRM sebagai bukti dan ulasan siasatan SPRM terhadap keterangan-keterangan yang diambil oleh saksi-saksi.

Pendedahan saya pada hari ini ditumpukan kepada satu bayaran dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib yang disiasat oleh SPRM kepada seorang peguam dalam satu kes melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam tahun 2011.

Bayaran ini menjadi penting kerana buat pertama kali, ada bukti nyata bahawa seawal tahun 2011, Dato’ Seri Najib telah menggunakan wang yang dipercayai berasal dari dana 1MDB yang dipindahkan ke akaun peribadinya, untuk membayar peguam bagi tujuan berhadapan dengan Dato’ Seri Anwar di mahkamah.

Bukti wujudnya bayaran ini memberi dimensi baru kepada pendedahan Sarawak Report mengenai bayaran sejumlah RM9.5 juta kepada peguam Tan Sri Shafee Abdullah yang juga dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib dari dana yang sumbernya dipercayai dari 1MDB.

Pembayaran kepada Tan Sri Shafee Abdullah itu bukanlah kali pertama wang dari sumber 1MDB telah digunakan oleh Dato’ Seri Najib untuk membayar peguam bagi tujuan berhadapan dengan musuh politik beliau (iaitu Dato’ Seri Anwar).

Kertas siasatan SPRM yang dibocorkan dan dimuatnaik ke SPRMInsider mengesahkan dalam tahun 2011, Dato’ Seri Najib telah membayar sejumlah RM325,188 kepada peguam Dato’ Ghazi Ishak dari Tetuan Salehuddin Saidin & Associates yang mewakil beliau untuk mengenepikan sapina Dato’ Seri Anwar terhadap Perdana Menteri dalam kes fitnah liwat II, seperti yang terkandung di helaian-helaian kertas siasatan berikut:

i. Mukasurat 1 – di bawah “latar belakang kes”, mengesahkan bahawa SPRM telah menyiasat Perdana Menteri mengenai kemasukan wang sebanyak RM2.6 bilion ke akaun beliau di Amprivate Banking, Ambank Berhad di akaun bernombor 2112022009694. Wang berjumlah RM2.6 bilion itu dipercayai dari 1MDB.

ii. Mukasurat 1 hingga 7 – memberi maklumat bagaimana akaun dibuka, sejauh mana keterlibatan Perdana Menteri sendiri dalam menguruskan wang yang keluar masuk dan maklumat dana yang dipindahkan masuk ke akaun Perdana Menteri itu.

iii. Mukasurat 10 hingga 11 – di bawah “Perbelanjaan Tahun 2011 – 2013 Melalui Cek”, penerima nombor 7 yang disenaraikan ialah seorang peguam bernama Dato’ Ghazi Ishak dari Tetuan Salehudin Saidin & Associates. Perkara ini disahkan oleh SPRM berdasarkan keterangan yang diambil dari Dato’ Salehuddin Saidin sendiri, yang ditandakan sebagai saksi A21 di dalam kertas siasatan SPRM tersebut.

Bayaran sebanyak RM325,188 kepada peguam Dato’ Ghazi Ishak itu adalah berhubung khidmat guaman mewakili Dato’ Seri Najib dalam kes 44-264-09/2011 di Mahkamah Tinggi Jenayah (3) Kuala Lumpur.

Saya telah menyemak nombor kes 44-264-09/2011 Mahkamah Tinggi Jenayah (3) Kuala Lumpur di laman www.kehakiman.gov.my dan boleh mengesahkan bahawa, kes tersebut merujuk kepada permohonan Dato’ Seri Najib untuk mengenepikan permohonan sapina dipanggil memberi keterangan untuk disoal balas di dalam kes fitnah liwat II yang melibatkan Dato’ Seri Anwar.

Saya sertakan paparan skrin carian kes 44-264-09/2011 di bawah:

Ini berpadanan dengan laporan akhbar pada ketika itu mengenai tindakan Dato’ Seri Najib menggunakan peguam untuk mengenepikan permohonan sapina menjadi saksi untuk disoal balas, seperti laporan MStar bertarikh 6 Oktober 201: http://www.mstar.com.my/.../najib--rosmah-berjaya-ketepi.../

Laporan itu juga mengesahkan bahawa peguam yang mewakili Dato’ Seri Najib dalam permohonan mengenepikan sapina itu adalah Dato’ Ghazi Ishak.

Berdasarkan maklumat-maklumat ini, jelas bahawa Dato’ Seri Najib tergamak menggunakan wang rakyat yang dipercayai dari dana 1MDB (bukan sahaja) bagi tujuan peribadi, malah untuk mengelak dari muncul di mahkamah memberi keterangan berhubung pembabitan beliau dengan Saiful Bukhari Azlan yang melemparkan tuduhan terhadap Dato’ Seri Anwar.

Sebab itu saya katakan apabila kesemua maklumat ini dihadam, bukanlah satu perkara yang mengejutkan bila mana sejumlah RM9.5 juta wang dari akaun Dato’ Seri Najib yang disiasat SPRM telah dipindahkan kepada peguam Tan Sri Shafee Abdullah kerana Dato’ Seri Najib telah awal melakukan perkara yang sama iaitu dalam tahun 2011. Cuma peguamnya saja yang berbeza.

Oleh itu, saya merasakan sudah sampai masanya untuk mendesak campur tangan Majlis Raja-Raja agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat perkara-perkara berikut:

1. Penggunaan wang rakyat yang masuk melalui akaun peribadi Dato’ Seri Najib yang dibayar kepada peguam-peguam dalam kes-kes yang dibawa terhadap musuh-musuh politik beliau, terutamanya Dato’ Seri Najib

2. Sejauh mana pengaruh dan kesan bayaran-bayaran yang dibuat kepada pegawai sistem kehakiman, terutamanya pendakwaraya khas yang dilantik kerajaan iaitu Tan Sri Shafee Abdullah, telah mempengaruhi keputusan kehakiman terhadap musuh-musuh politik beliau terutamanya pemenjaraan Dato’ Seri Anwar

Saya sedang merangka satu kempen kesedaran yang akan dibawa melalui laman sosial dan dibawa ke kampung-kampung untuk menerangkan kepada rakyat bagaimana wang mereka telah digunakan oleh Dato’ Seri Najib untuk menamatkan kerjaya musuh politik nombor satunya iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berakhir dengan pemenjaraan bekas Ketua Pembangkang itu.

Saya juga akan menumpukan perhatian kepada perkara-perkara penting di dalam kertas siasatan itu yang memberi gambaran terperinci sejauh mana penjawat-penjawat awam di peringkat tertinggi di negara ini sebenarnya tahu bahawa dana yang besar telah masuk ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib; sebelum perkara ini bocor kepada pengetahuan awam.

Skandal 1MDB akan terus menghantui Dato’ Seri Najib dan saya menyeru seberapa pegawai kerajaan yang pernah ada maklumat atau pengetahuan mengenai skandal ini untuk tampil memberikan maklumat agar kebenaran sampai kepada rakyat.

Rujukan dan dokumen-dokumen sokongan:

https://drive.google.com/.../0B5_oyhuIPtOjMWFVVnh4QzItWGM...

RAFIZI RAMLI

 

LUPAKANLAH TANAH KAMPUNG BARU l NAJIB NAK BAYAR TINGGI

  

DIA DAH LAMA BUAT KERJA DIAMPANG : HANS ISAAC BERTANDING CALON KETUA CABANG KEADILAN AMPANG


ISTIMEWANYA MALAYSIA IALAH KERANA BENDA PELIK BANYAK SANGAT

ISTIMEWANYA

PERASUAH NEGARA LUAR vs PERASUAH MALAYSIA!