Kes Genting Hong Kong: Menyusu kera di hutan, anak di rumah mati kelaparan

 


Menteri Kewangan diminta mengambil tanggungjawab dalam menyelesaikan tragedi kewangan ekoran kebangkrapan syarikat cruise perjudian, Genting Hong Kong.

Tan Sri Tengku Zafrul Abdul Aziz diminta memikirkan cara untuk mendapatkan semula pinjaman tersebut yang pasti menjejaskan wang simpanan hari tua dan modal pelaburan rakyat negara ini ekoran penglibatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam tragedi ini.

“Ianya seolah-olah kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan,” kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam satu kenyataan mereka.

PPIM dalam kenyataannya terkejut apabila dimaklumkan bahawa sebuah syarikat cruise, Genting Hong Kong telah diisytihar bankrap berikutan tidak boleh meneruskan perniagaan akibat pandemik Covid-19.

Kesan yang ditinggalkan dari kebangkrapan ini melibatkan tiga bank milik Malaysia iaitu Maybank, CIMB dan RHB.

Ketiga-tiga bank ini telah memberikan pinjaman tanpa cagaran yang berjumlah RM2.51 bilion atau USD600 juta.

Apa yang menjadi persoalan sekarang, ketiga-tiga bank ini adalah bank di mana para pemegang sahamnya adalah kumpulan permodalan rakyat Malaysia yang terbesar iaitu, KWSP, KWAP, PNB dan TH. Kami berharap persoalan ini dapat diberikan penjelasan kepada rakyat yang banyak mengadu kepada PPIM.

“Nampaknya bank-bank ini lebih gemar memberi pinjaman kepada konglomerat besar daripada memberikan pinjaman kecil-kecilan kepada peniaga kecil tempatan,” kata kenyataan itu.

Menurut PPIM, peniaga kecil yang ingin memohon pinjaman sekecil-kecil akan diminta untuk mengemukakan cagaran, tetapi pihak konglomerat seperti Genting HK dan lain-lain diberikan pinjaman tanpa cagaran begitu sahaja.

“Inilah sikap bank yang begitu memandang serong terhadap peniaga di negara sendiri dan ‘menyanjung’ jerung-jerung besar antarabangsa.

“Janganlah peristiwa ini berulang seperti isu RM2.4b BMF yang melibatkan George Carrian pada awal tahun 80an dulu,” kata kenyataan itu.

‘Saingan BN di Johor adalah PH, bukan Bersatu’

 


Khaled Nordin berkata keyakinan Umno-BN dalam menghadapi PRN kali
 ini terbit daripada prestasi ditunjukkan Pakatan Harapan dan Perikatan
 Nasional sepanjang kedua-dua gabungan itu memerintah Johor.

JOHOR BAHRU: Di sebalik balas-membalas antara Bersatu dan Umno, Naib Presiden Khaled Nordin tidak melihat parti serpihan itu sebagai pesaing pada pilihan raya negeri (PRN) Johor kelak.

Sebaliknya, bekas Menteri Besar Johor itu dalam temubual FMT berkata saingan Barisan Nasional di Johor adalah Pakatan Harapan.

“Bersatu tidak mempunyai struktur dan mekanisme sebagai sebuah parti akar umbi, walaupun presiden mereka, Muhyiddin Yassin, datang dari Umno. Mungkin atas sebab itu dia umum mungkin tak akan bertanding,” katanya.

“Bagi Umno-BN kemungkinan saingan kita adalah dari PH. Meskipun begitu, saya percaya, walaupun Bersatu tak begitu kuat…wakil Bersatu dalam kerajaan akan guna segala kelebihan…bagi bersaing dengan BN dalam PRN akan datang.”

Khaled berkata keyakinan Umno-BN dalam menghadapi PRN kali ini terbit daripada prestasi yang ditunjukkan PH dan Perikatan Nasional sepanjang kedua-dua gabungan itu memerintah Johor.

Keupayaan PH mentadbir terutamanya boleh diragukan, tambah Khaled.

“Dalam masa dua tahun mereka tukar dua Menteri Besar…mereka gagal.”

Namun begitu, Umno melangkah kelak dengan kesedaran bahawa tiada jalan mudah bagi BN berhadapan PRN kali ini.

“Dari segi demografi, khususnya pengundi 18 tahun dan pengundi automatik, tak ada mana-mana parti tahu bagaimana mereka akan mengundi,” katanya.

Dalam pada itu, Khaled berasa lucu dengan dakwaan PRN Johor berlaku atas desakan sekumpulan pemimpin Umno yang digelar “kluster mahkamah”.

Sebaliknya, PRN kali ini disebabkan oleh kedudukan kerajaan yang tidak kukuh dengan kelebihan satu kerusi sahaja.

“Pada masa sama soal keabsahan, kerana kerajaan itu wujud melalui percaturan politik. Dia tak ada mandat. Jadi baik kita balik kepada rakyat, serah kepada rakyat,” katanya.

Khaled menyifatkan keadaan yang mana kerajaan sentiasa terpaksa berunding dan memberikan sesuatu kepada wakil-wakil rakyat lain agar apa sahaja yang diusahakan dipersetujui dan disokong sebagai “tidak sihat” dan “tidak produktif”.

“Kerajaan dengan satu majoriti tertakluk kepada ugutan,” tegasnya.

Ditanya apakah kes rasuah membabitkan Presiden Ahmad Zahid Hamidi akan menjejaskan peluang Umno pada PRN nanti, Khaled berkata sokongan kepada BN dan mana-mana parti lain sebenarnya bergantung kepada prestasi masing-masing.

Malah, kes Zahid nampaknya tidak ada kena-mengena dengan prestasi BN pada PRN Melaka tempoh hari.

“Rakyat boleh beza antara prestasi parti dengan (kes) presiden yang merupakan perkara peribadi beliau,” katanya.

Dewan Undangan Negeri Johor bubar pada Sabtu. Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada 9 Feb untuk menentukan tarikh PRN.

Beri pinjam syarikat judi: Jangan sampai berulang skandal BMF - Hassan Karim

 



Pemberian pinjaman didakwa tanpa cagaran kepada syarikat Genting Hong Kong yang kini muflis menimbulkan tanda tanya mengenai kawal selia institusi kewangan Malaysia.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz perlu memberi penjelasan segera berkenaan skandal terbaharu tersebut yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit dialami bank bank terbabit.


Lebih merumitkan, katanya, tiga bank besar yang memberi pinjaman tersebut pula dikuasai oleh dana dana amanah dan pencen negara di bawah Kerajaan Persekutuan.


"Saya ingin mendesak Menteri Kewangan Malaysia supaya menjawab satu isu besar kewangan yang mungkin akan mengulang semula Skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) di Hong Kong.


"Saya ingin jawapan mengapakah PNB, Khazanah dan KWSP telah memberi pinjaman kepada sebuah syarikat perjudian di Hong Kong yang bernama Genting Hong Kong yang kini telah diisytihar muflis?


"Perkara ini telah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menerusi kenyataan medianya bertarikh hari ini 27 Januari 2022," katanya.


Menurut beliau, isu yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia perlu dijawab oleh Menteri Kewangan pada kadar segera dan tidak boleh dibiarkan pelbagai spekulasi negatif timbul dalam kalangan rakyat mahu pun institusi kewangan.


Tiga buah bank Malaysia yang memberi pinjaman ialah Malayan Banking Berhad (Maybank), Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad dengan jumlah pinjaman AS$600 juta atau RM2.51 bilion.


Menurut Hassan, sekiranya isu tersebut tidak ditangani dengan baik tidak mustahil ia akan mengulangi skandal BMF lebih 30 tahun lalu apabila Bank Bumiputera menghadapi masalah kewangan akibat pembiayaan urusniaga meragukan di Hong Kong.


Tambah Hassan, hari ini tidak wujud lagi bank yang bernama Bank Bumiputera. Kata beliau, hal yang paling membimbangkan kali ini kerana skandal berkenaan membabitkan PNB, Khazanah dan KWSP yang memiliki saham terbesar dalam ketiga-tiga bank tersebut.


"Sebagai Ahli Parlimen Malaysia, saya berpendirian yang sama dengan Ketua Pembangkang mempersoalkan satu pertanyaan kepada Menteri Kewangan yang pernah terlibat dengan sektor perbankan, iaitu bagaimana pinjaman tanpa jaminan kepada sebuah syarikat perjudian boleh diberi dengan sebegitu mudah?


"Menteri Kewangan telah memberitahu Parlimen bahawa kerajaan terpaksa menggunakan wang amanah yang tersimpan di dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) sebanyak RM5 bilion untuk membeli vaksin melawan Covid-19, kerana atas alasan Kerajaan tidak ada wang.


"Tetapi dalam isu pinjaman kepada syarikat perjudian Genting Hong Kong, bagaimana boleh kerajaan yang bertanggungjawab menjaga amanah rakyat di dalam PNB, Khazanah dan KWSP membenarkan tiga bank itu memberi pinjaman kepada sebuah syarikat yang kini muflis di Hong Kong?" tanyanya.


Beliau juga mahu tahu dari Menteri Kewangan bagaimanakah pinjaman tanpa jaminan sebanyak RM2.51 bilion itu akan dibayar balik oleh Genting Hong Kong yang sudah muflis?


Dakwa Hassan, kemungkinan terdapat kecuaian dan pengabaian peraturan dalam urusan pemberian pinjaman berkenaan yang perlu dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Kewangan.


"Saya melihat ada isu kecuaian dalam perkara ini. Bukan sahaja tiga buah bank Malaysia tersebut cuai dan abai, tetapi juga Menteri Kewangan yang diberi amanah untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat juga cuai dan abai serta tidak berhemah


"Saya khuatir pinjaman tidak berjamin kepada sebuah syarikat perjudian di Hong Kong yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia itu boleh mengheret tiga buah bank utama mengalamai kerugian berbilion ringgit dan seterusnya kepentingan negara dan rakyat di dalam PNB, Khazanah dan KWSP ikut terjejas," katanya lagi.

Panas! Hadi kata BN sudah tidak lagi relevan

 


Panas! Hadi kata BN sudah tidak lagi relevan


Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengumpamakan Umno seperti itik patah kaki yang mahu berenang sendiri setelah sembuh.

Dia berkata demikian ketika mengulas tindakan Umno memutuskan kerjasama dengan Bersatu serta jalan sukar Muafakat Nasional (MN) yang dirintis selepas pilihan raya umum lalu.

“Tapi malangnya, kita bukan nak ajar itik berenang. Kita nak selamatkan itik yang patah kaki. Ada yang patah kaki, pilihan raya (ke) 14.

“Kita selamatkan itik yang patah kaki ini, bukan nak ajar berenang. Dia patah kaki.

“Malangnya bila kakinya dah pulih, dia nak berenang sendiri. Nak tinggal kita. Jadi, itu satu benda yang tidak bermoral dan tak betul,” kata anggota parlimen Marang, memetik laporan Malaysiakini.

Dia berkata demikian kepada pemberita. Video itu dimuat naik ke media sosialnya sebentar tadi.

Hadi berkata demikian ketika menegaskan pendirian untuk meneruskan kedua-dua gabungan MN dan Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Bersatu.

Hadi berkata MN sepatutnya dianggotai sama oleh Bersatu dan parti-parti bukan Melayu.

Katanya, perkara itu sudah pun dipersetujui sebelum ini bagi menggantikan BN yang menurutnya tidak lagi relevan.

“Kalau PAS dan Umno sahaja, perpaduan Melayu sahajalah. Mana kaum lain? Mana orang lain?” soalnya.

Wanita dibelasah teman lelaki gara-gara anggap Cristiano Ronaldo tak cukup kacak

 

Wanita dibelasah teman lelaki gara-gara anggap Cristiano Ronaldo tak cukup kacak


Ross Flynn merupakan individu yang telah ditangkap di UK kerana didakwa membelasah teman wanita yang menganggap Ronaldo tak kacak.

Lebih parah lagi, wanita tersebut bukan hanya menganggap Ronaldo tak cukup tampan, beliau bahkan percaya yang bekas kekasihnya jauh lebih kacak dari pemain penyerang Manchester United itu.

Ross Flynn bengang ketika teman wanita beliau mendedahkan yang beliau rasa pemain penyerang Portugal itu tidaklah kacak seperti yang didakwa oleh ramai.

Menurut sumber laporan dari Sunderland Echo, Flynn terus membelasah kekasihnya tanpa belas sebaik mendengar kenyataan tersebut.

Ross Flynn juga dikatakan memukul mangsa beberapa kali hanya kerana dakwaan berkait Cristiano Ronaldo tak cukup kacak itu.

Kedua-dua mereka awalnya keluar minum dan makan angin bersama dan sebaik pulang ke rumah, teman wanita beliau telah melalui hari yang sangat mengerikan.

Pasangan kekasih itu dilaporkan menonton video-video bola sepak, dan Ross Flynn kemudiannya bertanya kepada kekasihnya:

“Adakah kamu lebih terpikat kepada Cristiano Ronaldo atau bekas kekasih kamu?”

Mangsa yang mungkin seorang wanita jujur dengan santai menjawab yang beliau tak rasa Ronaldo cukup tampan dan percaya bekas kekasihnya lebih menarik berbanding pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu.

Sebaik mendengar jawapan dari kekasihnya itu, Ross Flynn tak tahan dan terus menumbuk muka mangsa beberapa kali.

Mangsa kemudiannya meninggalkan ruangan tempat mereka menonton video tersebut untuk masuk ke bilik tidor mereka.

Flynn masih bengang dengan jawapan dari kekasihnya itu dengan beliau kemudiannya mengikuti mangsa untuk masuk ke bilik tidor.

Mangsa kemudiannya sekali lagi dibelasah di dalam bilik tidor mereka dengan wanita tersebut mendakwa beliau merasakan ada tiga ke empat tumbukan padu telah mengenai belakang kepalanya.

Mangsa mendakwa beliau bergelut menahan kesakitan kerana kekasihnya itu menumbuk beliau dengan sangat kuat.

Ross Flynn juga dilaporkan terus mengugut kekasihnya itu dengan menyatakan:

“Tutup mulut kau sekarang dan pergi tidor atau kau tahu apa akan berlaku kepada kau nanti.”

Mangsa kemudian membuat laporan polis dan Flynn segera ditangkap atas kesalahan memukul/menyiksa teman wanitanya.

Polis menyatakan yang Flynn sebenarnya cemburu kerana teman wanitanya menganggap bekas kekasihnya yang sudah meninggal dunia kerana bunuh diri lebih menarik berbanding Cristiano Ronaldo.

Mangsa mendedahkan kepada pihak polis bahawa:

“Dia kata, ‘Berani kau kata ex kau lagi kacak dari Cristiano Ronaldo. Itu bermaksud aku pun tak sekacak bekas kekasih kau.”

Jelas mangsa.

Mangsa sebenarnya sering menjadi mangsa kekerasan

Mahkamah di Newcastle mendedahkan yang Flynn sememangnya sentiasa menggunakan kekerasan sepanjang perhubungan beliau bersama kekasihnya itu.

Pendakwaraya, Omar Ahmad memberitahu mahkamah yang pasangan tersebut mula bersama sejak Februari 2021 dengan mereka turut berpindah bersama kerana kehidupan sebelum ini tidak begitu baik untuk mereka.

Walaupun Flynn pernah ditangkap dan dilepaskan atas jaminan polis, beliau dilaporkan turut kembali menyerang dan memukul wanita yang sama dua bulan selepas itu.

“Wanita tersebut mengambarkan yang hubungan beliau tidak teratur dan beliau sering menjadi mangsa keganasan kekasihnya.”

Jelas Ahmad lagi.

“Beliau turut mendakwa yang sepanjang perhubungan mereka, tertuduh sering memukul, mengawal dan suka marah-marah.”

“Ketika beliau keluar minum bersama tertuduh, beliau perlu berhati-hati dengan siapa beliau boleh bercakap kerana tertuduh akan sangat marah dan akan menuduhnya curang.”

“Ada satu titik, mangsa meninggalkan tertuduh selepas menderita patah tulang hidung kerana diserang oleh tertuduh.”

Kini Flynn telah dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun dengan tambahan setahun seandainya tidak menunjukkan kelakuan yang baik.

Bukan sebab bengang Ronaldo didakwa tak kacak, tapi lebih kepada cemburu

Kes tersebut mencuri perhatian ramai dengan netizen percaya Ross Flynn bukanlah bengang teman wanitanya tidak memuji Cristiano Ronaldo, namun beliau sebenarnya hanya cemburu.

Cemburu teman wanitanya lebih mengagumi mendiang bekas kekasihnya yang sudah meninggal dunia.

Netizen juga berharap agar wanita tersebut tidak menunggu Ross Flynn dan memulakan kehidupan baru bersama lelaki lain.













sunderlandecho.com
Man savagely attacked girlfriend because she didn't find Cristiano Ronaldo attractive
A brute subjected his girlfriend to a terrifying attack after she said found her former boyfriend more attractive than footballer Cristiano Ronaldo.





Wartawan cilik: Sultan Kedah hadiahkan telefon bimbit, tablet kepada Haziq

 

Wartawan cilik: Sultan Kedah hadiahkan telefon bimbit, tablet kepada Haziq


BERMULA dengan aksi bersahaja melaporkan secara langsung penemuan ular sawa di sebuah pasar awam di Bukit Selambau, Kedah menerusi Facebook, adik Muhammad Haziq Mohd Asyraf bukan saja popular sekelip mata, malah murah rezeki.

Kanak-kanak berusia 12 tahun itu kemudian diberikan peluang membuat laporan secara langsung berasa Astro Awani serta membuat pengumuman berkaitan suntikan ‘booster’ vaksinasi Covid-19 di sekitar Bukit Selambau menaiki van Jabatan Penerangan (JAPEN).

Kepetahan adik Muhammad Haziq turut mendapat perhatian Pejabat Sultan Kedah apabila dikunjungi kakitangan istana yang menyampaikan hadiah kepadanya.

Menerusi satu video dimuatnaik di Facebook, Muhammad Haziq berkata dia menerima telefon bimbit dan tablet jenama Oppo disampaikan kakitangan istana.

“Tadi kakitangan Sultan Kedah bagi hadiah, kami dapat telefon dan tablet Oppo… ada juga orang bagi duit, kotak pensil dan macam-macam lagi.

“Alhamdulillah rezeki, kami pun tak tau macam mana boleh viral (video siaran langsung penemuan ular sawa). Amat-amat dahsyat,” katanya menerusi video berkenaan.

Sebelum ini ibunya, Shakilla Zainol, 33, berkata dia menerima panggilan telefon daripada pihak istana memaklumkan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan untuk menghadiahkan anaknya telefon bimbit.

Selain itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang terlibat dalam operasi menangkap ular sawa di Bukit Selambau, memaklumkan mahu memberikan sijil penghargaan buat Muhammad Haziq dalam satu program di Langkawi.

Di sebalik kepetahannya bercakap, murid Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau itu dilaporkan menghidap talasemia.

Dia disahkan menghidap penyakit itu pada usia lima tahun dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) secara berkala.


*Seorang reformis berkata:*


*Sebenarnya tidak ramai orang jahat di negara kita.Yang ramai ialah orang yang menyokong orang jahat.*


*Mereka rasuah kita sokong.*

*Mereka menipu kita sokong.*

*Mereka salah guna kuasa kita sokong.*

*Mereka menabur fitnah kita sokong.*

*Mereka dusta kita sokong.*

*Mereka menghasut kita sokong sokong...!*


*Mereka mesti di sokong lantaran mereka berkuasa, Lantaran mereka bangsa kita?*


*Sebahagian daripada kita pula berpegang kepada falsafah:*


*'Berteduh biar dibawah pohon rendang, Berpaut biar didahan yang kokoh'.* *Kumpulan ini sentiasa menyokong siapa berkuasa. Kononnya untuk kemudahan dan keselamatan hidup.* *Sebenarnya ini hidup berjiwa hamba!. Setiap kali pilihan raya menerima habuan. Kemudian undi mereka kerana telah terhutang budi.*


*Akibatnya:*

*Sang penguasa terus berkuasa. Untuk kekal berkuasa mereka menggunakan agama, bangsa, raja sebagai alat untuk membalut kejahatan mereka. Kerana mereka berkuasa mereka dilihat benar. Kita percaya!. Akhirnya kuasa itulah kebenaran! Apa yang mereka lakukan benar belaka!. Kejahatan terus berlaku.*


*Salah satu masalah negara adalah dadah, tetapi masalah lebih besar adalah rasuah dan salah guna kuasa. Jika rasuah jadi budaya, kita tidak akan berubah bahkan dadah pun tidak boleh kita atasi. Kita akan terus ketinggalan berbanding negara-negara jiran kita.* 


*Fikir-fikirlah mungkin kenyataan ini ada kebenarannya. Bolehkah kita berubah tidak lagi menyokong kumpulan orang-orang jahat?.*


GAMBAR-GAMBAR SOLIDARITI BERSAMA KAK WAN





Saya bersama YB Nurul Izzah Anwar memberikan Solidariti untuk Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman petang tadi.















 KREDIT FOTO : DR TN YEE KIEW






CUBAAN UNTUK MAIN DUA KOLAM TAK DAPAT SAMBUTAN UMNO, HADI CUBA BUAR GEMPAR.





Berita Tip Top Group

Mohd Nasir Isnin  · t51mgSpt1hsot042cf4a3u  · 

PRN HANYA MENYUSAHKAN RAKYAT - HADI AWANG

MARANG: 28 Jan - Pas menyifatkan pilihan raya negeri adalah stategi yang tidak sihat dan tindakan itu hanya menyusahkan rakyat.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata usaha itu dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai jawatan di dalam parti.

Katanya lagi mereka yang berdepan dengan kes di mahkamah perlu membuktikan mereka tidak bersalah dan tidak perlu takut.

“Kita tahu yang buat strategi ini kluster mahkamah, kluster yang kalah pilihan raya ke-14, kluster yang tidak ada jawatan.

“Bukan semua dalam UMNO kluster mahkamah, ini kita tak anggap dia bersalah, orang yang dituduh belum bersalah. Kalau kita ada moral, lawan di mahkamah. Jangan susahkan rakyat. Ini nak susahkan rakyat dengan pilihan raya, ini nak selamatkan diri, susahkan rakyat. Lawan di mahkamah kalau kita betul, jangan takut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, Marang pada Jumaat.

Abdul Hadi turut mempersoalkan selepas Johor negeri mana pula yang akan mengadakan pilihan raya.

“Bukan semua UMNO dari kluster-kluster saya sebutkan tadi ini yang memainkan politik yang tidak sihat. Kalau nak buat lepas pada Johor mana pula, Perak? Lepas Perak mana pula? Tak ke letih?

“Rakyat dalam keadaan yang berlaku ini, lepas satu-satu tak kan kita nak buat lepas satu negeri ke satu negeri jadi kena fahamlah,” tambahnya.

https://suara.tv/.../umno-berkluster-susahkan-rakyat.../

 

BERANI PULAK DIA BERSUARA....

 

Boleh senang hati pulak dia bersuara ek? Bukan dia ni buruan PDRM ke? Macamana dia boleh bersuara tapi tak boleh diberkas? Atau kes dia dah ditutup?

Sungguh aku musykil dengan mamat ni. Macamana polis seolah tak berminat nak tangkap dia. Yang peliknya Sakat dulu beriya dikesan.

Jho Low dikatakan kunci kepada kes 1MDB ini. Kalau dapat berkas dia, banyak misteri berkenaan 1MDB dapat diselesaikan. Kenapa tak buru dia?

Raja Gelap




.

 

KECOH!!! UMNO JOHOR MULA BERGOLAK ?

Ahmad Maslan tolak bertanding PRN Johor

KAH..KAH...BANYAK PUNYA LEBAI UGUT SANA SINI LEPAS UMNO TAK MAU KAWAN

 

Kalau dikira dengan jari tangan, sampai jari kaki aku pun termasuk habis..

Pun masih tak cukup lagi, banyaknya lebai punya gah ugut sana sini..

Tapi apa yang jadi dari siri PRK dan tiga PRN sebelum ini..

Semua gengam teloq busuk balik..

Harap ugutan kali ni pecah lah teloq busuk tu yer..

Takbirrr

#LtL

#Raja #Reformasi




 

LAYAN ADIK NI

 Dari layan celoteh D Vida jauh baik layan celoteh adik ni

NAK TAHU BEZA HAIWAN DGN BINATANG
Durasi 4:30 saat.. selepas saya compile....saya tak tahu lagi nak potong yg mana sebab semuanya lucu kalah Sepah2. Namun dlm byk2 gurauan dia yg paling sinis ialah tentang bezanya haiwan dan binatang... Adik ini memang lucu. Ok hiburan ringan selepas asyik serius memikirkan politik tanahair.
Celoteh adik ini jauh lebih bijak dari D Vida tu. Buat yg stress atau depression boleh layan sekejap...siapa tgk lebih 2 kali kita geng.
0:00 / 4:29