IDEA KHEMAH YANG MENGARUT


 

Hah! Mana pemimpin PH yang gila sangat dengan idea Khemah Besar, silalah setuju. Khemah ni lagi besar. Senang sikit kami buat keputusan tak keluar mengundi.

Kalau PH terima, maka hilanglah maruah PH. Dah dikhianat sampai hilang kerajaan, kalau masih nak percaya pengkhianat, baik mati sajalah.

Nampak sangat PPBM memang parti yang tiada maruah. Mereka anggap perbuatan khianat itu macam biasa biasa saja. Bukan perbuatan yang salah.

Manusia berakal, paling tidak pun malu pada diri sendiri. Ini tidak. Dulu kata khianat sebab DAP. Ini nak bentuk muafakat dengan PH. Sedang dalam PH masih ada DAP!

Rakyat Johor nilaikanlah sendiri. Yang menyokong pengkhianat pun boleh tengok. Mereka berkhianat memang sebab kuasa. Bukan sebab Melayu sangat pun.

Raja Gelap

 


TERUK BETUL ORANG YANG MENTADBIR MALAYSIA


ZUNAR.COM.MY

Indeks rasuah merosot: Malaysia seolah kembali ke zaman kleptokrasi

 


Susulan kedudukan Malaysia yang jatuh merosot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tangga ke 62, Malaysia seolah-olah sedang menunjukkan satu trend yang akan membawa negara kembali semula ke zaman kleptokrasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata, pentadbiran kerajaan Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dan Datuk Seri Ismail Sabri yang berpegang kepada konsep ‘scheme of things’ untuk mendapat sokongan Ahli Parlimen telah menyumbang kepada kemerosotan indeks tersebut.

Untuk rekod, Malaysia pernah merekodkan prestasi rasuah terburuk di tangga yang sama pada tahun 2017 ketika pentadbiran Barisan Nasional.

Sementara itu Faiz berkata, beberapa bekas pemimpin negara di zaman BN yang dilepaskan daripada pertuduhan kes rasuah juga merupakan faktor penyumbang kepada kejatuhan indeks rasuah.

“Ia turut melibatkan beberapa faktor lain termasuk projek-projek besar yang meragukan seperti 5G di bawah DNB dan laporan ketirisan wang perbelanjaan jabatan kerajaan sebanyak RM620.07 juta oleh Ketua Audit Negara.

“Kedudukan indeks rasuah ini jelas menunjukkan slogan kerajaan Melayu Islam hanya candu politik sedangkan prinsip Islam yang mencegah rasuah tidak ditegakkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

edudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2021 jatuh ke kedudukan 62 berbanding tangga ke-57 pada 2020.

Terdahulu, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Muhammad Mohan berkata, daripada 180 negara, Malaysia mencatatkan markah 48 daripada 100.

Kedudukan indeks rasuah ketika pentadbiran Pakatan harapan bagi tahun 2019, berjaya dipulihkan dengan peningkatan ke tangga 51 berbanding tangga 61 pada tahun 2018.

Bagaimanapun indeks CPI tersebut terus jatuh ke kedudukan 57 pada tahun 2020 ketika pentadbiran Perikatan Nasional).

Mengulas lanjut, Faiz berkata, kedudukan indeks rasuah ini pasti menjejaskan prestasi ekonomi negara yang masih gagal dipulihkan kerana ia menghakis keyakinan pelabur asing.

Kelembapan pelaburan asing akan menjejaskan ekonomi rakyat terutama dari sudut pekerjaan dan peluang perniagaan sektor PKS, katanya.

“Selagi pemerintah tidak ada kesungguhan politik (political will) untuk melawan rasuah, selagi itulah ekonomi negara tidak akan pulih. Dan selama itulah, rakyat akan terus sengsara dengan pelbagai tekanan seperti kenaikan harga barang dan defisit kuasa beli,” tambahnya lagi.

BERIKUTAN DIARAH BELA DIRI, ZAHID HAMIDI TAK RELEVAN LAGI KETUAI UMNO DAN MESTI ADAKAN PEMILIHAN SEBELUM PRU15

 

Mahkamah Tinggi semalam memutuskan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi diarah membela diri atas 47 pertuduhan kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi yang dikaitkan dengannya.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua tuduhan terhadap Zahid Hamidi yang juga pengasas yayasan tersebut.

Sehubungan itu, tarikh perbicaraan bagi Zahid Hamidi membela diri ditetapkan pada 26 hingga 28 April; 23 hingga 26 Mei; 27 hingga 30 Jun; 4 hingga 7 Julai; 22 dan 23 Ogos serta 29 dan 30 Ogos; 19 hingga 22 September serta 26 hingga 29 September; 17 hingga 20 Oktober serta 31 Oktober; 1 hingga 3 November serta 7 hingga 10 November.

Berdasarkan jadual yang ditetapkan Mahkamah Tinggi itu, Zahid Hamidi dijangka sangat sibuk dengan kes perbicaraan dan turun naik mahkamah sepanjang tahun 2022.

Itu belum lagi dikira dengan 40 kes pertuduhan lain yang juga sedang dihadapinya dalam kes rasuah berkaitan Sistem Visa Luar Negara (VLN) ketika beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri sebelum ini.

Dengan kesibukan turun naik mahkamah sepanjang tahun 2022 ini, sementara parti juga turut sibuk dengan PRN Johor dan pemilihan UMNO yang dimestikan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS perlu diadakan sebelum 29 Disember, Zahid Hamidi sebenarnya tidak relevan lagi untuk terus memimpin UMNO.

Lebih tidak relevan ialah terus memaksa PRU15 diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan UMNO dilangsungkan.

Jika itu berlaku, UMNO dan BN akan menjadi lawak jenaka dunia kerana sementara parti menawarkan diri untuk mendapatkan sokongan pengundi, pemimpin utamanya pula sibuk turun naik mahkamah untuk membela diri.

Dengan situasi demikian, Zahid Hamidi tiada pilihan lain selain harus memikirkan dengan serius, demi kepentingan dan masa depan parti, untuk berundur diri dan tidak lagi mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO.

Serahkanlah jawatan Presiden UMNO itu kepada pemimpin lain yang tiada apa-apa liabiliti atas kes mahkamah untuk mengambil alih kepimpinan parti, seterusnya mendepani PRU15 akan datang.

Lagi pula, dalam sejarah UMNO sejak ia ditubuhkan, belum pernah lagi pemimpin yang ada kes mahkamah bertanding jawatan Presiden.

Ketika Zahid Hamidi menawarkan diri bertanding Presiden UMNO pada 2018 dahulu, kes mahkamahnya belum timbul lagi di mana ketika itu UMNO baru hilang kuasa setelah kalah dalam PRU14.

Dalam hal ini, jika Zahid Hamidi masih mahu berdegil ingin mempertahankan juga jawatan Presiden UMNO yang dipegangnya sekarang pada pemilihan akan datang ini, selain peluangnya untuk menang makin tipis, malah jika ditakdirkan beliau menang sekali pun, kesan buruknya tetap akan terlonggok menimpa UMNO.

Beliau akan terus dilihat sebagai liabiliti dan beban kepada parti, terutama dalam pandangan pengundi muda dan mereka yang berusia 18 tahun yang pertama kali membuang undi.

Sebaliknya, dengan mengundurkan diri dan mengumumkan tidak akan mempertahankan lagi jawatannya, beliau akan dianggap memiliki jiwa yang terpuji kerana lebih mengutamakan parti daripada kepentingan diri sendiri.

Sebaik-baiknya juga Zahid Hamidi harus mengumumkan keputusannya itu dalam waktu terdekat ini supaya imej parti terus terpelihara, terutamanya dalam menghadapi PRN Johor yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Dengan berpendirian demikian, Zahid Hamidi tidak perlu sibuk-sibuk lagi menekan agar PRU15 harus didahulukan sebelum pemilihan UMNO dilangsungkan.

Sebagaimana tempoh yang diberi oleh RoS bahawa pemilihan UMNO mesti diadakan sebelum 29 Disember 2022, Zahid Hamidi perlu akur dengan ketetapan tersebut dan biarlah tarikh pembubaran Parlimen diputuskan oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tanpa sebarang gangguan atau tekanan daripada pihak lain. – ShahbudinHusin 25/01/2022.


Dakwaan Edisi Siasat ‘curi berjuta-juta’ fitnah, kata Guan Eng, Khalid

 

Nicholas Chung
 -

Khalid Samad menggesa individu di sebalik Edisi Siasat untuk tampil supaya beliau boleh menyaman mereka, manakala Lim Guan Eng mendakwa akaun itu menyokong Najib Razak.

PETALING JAYA: Lim Guan Eng dan Khalid Samad menafikan dakwaan akaun Twitter “pemberi maklumat” Edisi Siasat bahawa mereka “mencuri berjuta-juta” ketika menjadi menteri persekutuan selama 22 bulan.

Lim dan Khalid, masing-masing merupakan Menteri Kewangan serta Wilayah Persekutuan ketika Pakatan Harapan (PH) berkuasa, menyifatkan dakwaan itu sebagai “bohong” dan fitnah”.

Khalid, Pengarah Komunikasi Amanah, menggesa pengendali akaun kontroversi itu mendedahkan diri supaya beliau boleh menyaman mereka.

“Saya meminta individu di sebalik Edisi Siasat tampil dan bertanggungjawab terhadap komen mereka,” Ahli Parlimen Shah Alam itu memberitahu FMT.

Sementara itu, Lim mendakwa Edisi Siasat menyasarkannya sebagai “sasaran lembut” kerana beliau sudah didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan rasuah berhubung projek terowong dasar laut.

Beliau berkata, ini berlaku walaupun SPRM tidak menemui “satu sen suapan” dalam simpanannya atau sebarang rakaman audio beliau meminta wang.

Setiausaha Agung DAP itu mempersoalkan motif Edisi Siasat membuat dakwaan itu, selain menambah bahawa laman itu dilihat sangat menyokong bekas Perdana Menteri, Najib Razak baru-baru ini.

Dalam catatan Twitter malam tadi, Edisi Siasat mendakwa ada ramai individu daripada pembangkang “yang lebih korup daripada Barisan Nasional”, dengan menamakan Khalid dan Lim.

“Khalid curi berjuta-juta ketika beliau menjadi menteri, begitu juga Lim. Edisi Siasat tidak akan mengundi BN, PH atau Perikatan Nasional (dalam pilihan raya umum akan datang),” katanya.

Warga Johor mesti sepakat tolak BN gila kuasa - Junaida

'4449e2_a55dce790ae541a2bc1f9af0232bdd6b_mv2.webp' failed to upload. TransportError: There was an error during the transport or processing of this request. Error code = 103, Path = /_/BloggerUi/data/batchexecute


Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor baru baru ini amat mengecewakan bukan sahaja rakyat Johor malah rakyat Malaysia.

Menurut Ketua Wanita KEADILAN Perak, Junaida Jamaludin, sejak Langkah Sheraton yang menjatuhkan Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semakin jelas sifat tamak Umno - BN dalam merebut kuasa untuk gabungan mereka

Katanya, pembubaran DUN Johor pada waktu rakyat sedang terkial kial bangkit dari beban pandemik Covid 19 serta banjir amatlah tidak sensitif kepada penderitaan rakyat.

"Tumpuan pada waktu ini sepatutnya diberikan kepada usaha membantu rakyat agar kembali bernafas bukannya menghabiskan jutaan ringgit bagi mengadakan PRN

"Rakyat sangat terhimpit dengan pelbagai bebanan. Hutang rumah, kereta, hilang pekerjaan, perniagaan gulung tikar dan sebagainya.

"Kos hidup semakin tinggi apabila hampir semua harga barang di pasaran naik sehingga 300%. Hal ini sepatutnya diberikan perhatian sepenuhnya untuk diselesaikan.

"Keputusan untuk mengadakan PRN memaparkan tindakan yang membelakangkan kesusahan dan penderitaan rakyat," katanya.

Oleh kerana tiada sikap belas kasihan pemimpin Umno yang hanya mengutamakan percaturan kuasa maka Junaida menyeru agar rakyat Johor menolak keseluruhan calon BN dalam PRN Johor bulan hadapan.

"Saya menyeru seluruh rakyat negeri Johor agar senada menolak pemimpin yang tamak dan gila kuasa ini.

"Kegagalan mereka yang masih berada di dalam kerajaan mengurus Covid 19 serta banjir menunjukkan dengan jelas mereka tidak layak mengurus negeri, atau menjadi wakil kepada rakyat negeri Johor," katanya lagi.

PRN Johor dijangka akan diadakan selepas Tahun Baharu Cina. Pemerhati politik berpendapat hal itu mungkin strategi BN bagi menghalang undi teras PH, iaitu kaum Cina pulang mengundi selepas mereka pulang menyambut tahun baharu.


PATUT LAMA DAH TARIK- DENGAN UMNO MANA BOLEH PERCAYA-SEDUIT TAK LEH PAKAI


 

KAH...KAH...APAKEBENDA MENAMBAH BURUK NEGARA.

 






Saifuddin Abdullah, Menteri Luar PN dan Keluarga Malaysia, menambah kepada keburukan imej negara dikalangan negara-negara tetangga apabila tidak matang menguruskan dasar luar negara.
Kan PM Kampuchea ke Myammar diatas inisiatif ASEAN. Punya marah PM Kampuchea, disampaikan mesej melalui negara ketiga.
Lagi pun, dasar luar negara kita adalah cerminan kepada imej dan hubungan PM dengan kepimpinan negara-negara rakan dan bukan ikut suka hati atau selera peribadi Menteri Luar Negeri.
Saifuddin kurang matang untuk memegang jawatan yang penting.
Apa nak buat, Jemaah Menteri setakat tangkap cukup muat sahaja!
Tentunya pegawai-pegawai Wisma Putra dah tak tahu mana nak letak muka mereka bila berurusan dengan rakan-rakan sejawatan dari negara rakan.
Dr Latif satu hal dengan NADMA. Ini pula Saifuddin. Dua-dua wakil PPBM dan PN.

TAHNIAH BUAT PEMIMPIN DAP

 

Tahniah buat pemimpin DAP yang gila sangat nak khemah besar. Ni belum bekerjasama Warisan dah terang tikam DAP. Kita nasihat, dia buat tak dengar. Tahniah sekali lagi.

JAGA-JAGA DOK JAJA KHEMAH BESAR KHEMAH BESAR- MENANG DAPAT JAWATAN LEPAS TU BELAH....




Pengerusi PH Johor, YB Aminolhuda

telah menerima sijil pengesahan Pakatan Harapan Negeri Johor dari Presiden PH, DS Anwar Ibrahim di Tropicana selepas Mesyuarat Khas PRN Johor semalam.
Pilihanraya negeri yg dipaksakan terhadap bangsa Johor akan menelan belanja sekurang²nya RM150 juta.. yg mana dengan jumlah peruntukan sebesar itu sepatutnya dapat dibelanjakan untuk kebajikan rakyat pd masa rakyat susah.
PH Johor menyerahkan kpd rakyat yg berhak dan berkewajipan agar memberikan sokongan kepada khemah besar PH demi kemajuan dan maruah bangsa Johor..

KEH..KEH..KEH...SABAH MAJU JAYA




Dari Air sungai ,sampai lah ke Jambatan ..demi menuntut ilmu ,murid sekolah rendah Sk Mamagun ,Keningau Sabah
sedang harungi jambatan rosak untuk sampai ke Sekolah .
Sabah Maju Jaya .
Sumber fb Abaz DE

BRITAIN SAHKAN VAKSIN PEROSAK SISTEM IMUNITI TUBUH MANUSIA


Kerajaan di United Kingdom (UK) akui dua dos vaksin sudah cukup untuk melumpuhkan daya tahan penyakit semula jadi di dalam tubuh badan manusia bukan sahaja dari sebarang  varian virus Covid-19 tetapi  mungkin juga sebarang virus lain. 


Jadi mari kita saksikan wabak "sebenar" bermula sekarang! 

Dalam Minggu Ke-42 "Laporan Pengawasan Vaksin COVID-19" nya, Jabatan Kesihatan UK mengakui pada muka surat 23 Laporan bahawa "paras antibodi kelihatan lebih rendah pada orang yang dijangkiti Covid selepas dua dos vaksinasi". 


Laporan itu seterusnya mengatakan bahawa kadar  penurunan antibodi itu lazimnya bersifat kekal. 


Apakah maksudnya ini? 


Di Britain kini, kami kerap diberitahu bahawa Vaksin tidak menghalang jangkitan atau penularan virus seperti mana di banyak negara lain yang mengesahkan bahawa orang dewasa yang divaksinasi lebih berkemungkinan untuk dijangkiti Covid daripada yang tidak divaksinasi. 


Pihak berkuasa kesihatan British kini mendapati bahawa Vaksin mengganggu keupayaan badan untuk membuat antibodi selepas jangkitan, bukan sahaja terhadap protein spike di dalam Covid-19 tetapi juga terhadap bahagian lain virus ciptaan manusia itu.


Justeru, orang yang divaksinasi nampaknya tidak membentuk antibodi terhadap protein nucleocapsid di dalam Covid-19; sampul virus, yang merupakan bahagian penting dalam tindak balas kepada orang yang tidak divaksinasi. 


Dalam jangka masa panjang orang yang divaksinasi jauh lebih mudah terdedah kepada sebarang mutasi protein spike, walaupun mereka telah dijangkiti dan sembuh sekali atau lebih. 


Sebaliknya, MEREKA YG TAK PERNAH DIVAKSINASI MENDAPAT  KEKEBALAN KEKAL BUKAN SAHAJA DARI COVID-19 TETAPI  SEMUA JENIS VIRUS SELEPAS DIJANGKITI SECARA SEMULA JADI WALAUPUN HANYA SEKALl. 


Sumber:https://assets.publishing.service.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/1027511/Vaccine-surveillance-report-week-42.pdf Syarikat insurans pertama berundur kerana gelombang besar tuntutan akan datang. 


Anthony Fauci mengesahkan bahawa ujian PCR tidak dapat mengesan virus hidup. 


Anthony Fauci mengesahkan bahawa ujian antigen mahupun ujian PCR tidak boleh memberitahu kita sama ada seseorang itu berjangkit atau tidak!!! Ini membatalkan semua asas yang dipanggil pandemik. 


Ujian PCR adalah satu-satunya tanda wabak. Tanpa PCR-TEST tiada pandemik Untuk semua pekerja akhbar, doktor, peguam, pendakwa dan lain-lain. 


INI adalah kunci terakhir, bukti muktamad bahawa semua tindakan mesti ditarik balik serta-merta! 


*SILA TULARKAN SELUAS MUNGKIN* 🤔


*DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI, BEREHATLAH DAN FOKUS KEPADA PERBICARAAN 47 PERTUDUHAN DI MAHKAMAH*

 Mahkamah telah memutuskan bahawa YB Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi untuk membela diri bagi kesemua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.


Aku sempat hadir di perkarangan mahkamah pada hari inI dan mendengar sendiri kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Presiden UMNO bahwa beliau akur atas keputusan yang dibuat oleh mahkamah dan pasukan peguam beliau akan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh mahkamah. Syabas diucapkan kepada YB Presiden diatas semangat untuk membuktikan diri beliau tidak bersalah.


Namun jauh disudut hati sebagai seorang penyokong tegar UMNO dan Barisan Nasional, aku berharap agar YB Presiden untuk memberikan tumpuan sepenuhnya untuk membela diri dan membersihkan nama beliau sebaik-baiknya. Kerana 47 pertuduhan tersebut bukanlah satu perkara yang ringan dan mudah. Ia memerlukan satu penumpuan tenaga yang sangat kuat dan konsisten untuk memastikan ianya berjalan dengan baik dan seterusnya dapat membersihkan nama beliau.


Oleh itu, aku mencadangkan agar YB Presiden UMNO untuk berehat ataupun ambil langkah sepertimana yang pernah dilakukan oleh beliau sebelum ini, untuk bercuti daripada UMNO dan BN. Juga ambil lah langkah seperti Dato’ Najib. Bezanya Dato’ Najib melepaskan keseluruhan jawatannya di dalam parti dan kemudian bangkit untuk membersihkan nama beliau. Maka, aku rasakan eloklah untuk YB Presiden UMNO untuk melakukan perkara yang sama.


Langkah tersebut bukan sahaja membawa manfaat kepada YB Presiden UMNO untuk memberikan penumpuan sepenuhnya dalam membersihkan nama beliau TETAPI ia juga adalah untuk memberi kepentingan dan manfaat kepada parti. Jika beliau bercuti ataupun melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, ia adalah satu manifestasi yang sangat besar dan bermakna buat parti.


Jika aku diberi pilihan untuk setia kepada parti atau kepada presiden, aku akan pilih kesetiaan kepada parti. Disebabkan kesetiaan aku kepada parti, maka aku dengan hormatnya memohon agar Presiden UMNO untuk berehat dan bercuti daripada UMNO dan Barisan Nasional. Jika YB Presiden juga sayangkan parti, berehatlah Datuk Seri.


*Amir Hamzah*

Penyokong Tegar UMNO dan BN

Damansara


POLIS LEPAS TIGA TEMBAKAN, RAMPAS DADAH RM27.3JUTA


 Info Santai Anak Utara II

POLIS LEPAS TIGA TEMBAKAN, RAMPAS DADAH RM27.3JUTA
Pasir Mas: Polis #Kelantan merampas syabu, ganja dan pil kuda dianggarkan bernilai lebih RM27.3 juta dalam kejadian di Kampung Padang Embun, di sini, semalam.
Jumlah itu membabitkan 300 kilogram (kg) syabu bernilai RM10.8 juta, ganja seberat 200 kg berjumlah RM500,000 dan 1.6 juta biji pil kuda dengan nilai harga RM16.6 juta.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, anggota membuat rondaan sebelum terserempak dengan kereta Toyota Hilux dalam keadaan mencurigakan berhampiran lampu isyarat Kampung Lati, di sini.
Katanya, anggota polis mengarahkan pemandu lelaki memberhentikan kenderaan namun tidak diendahkan sebaliknya suspek memecut laju dipercayai untuk melarikan diri.
"Anggota bertugas melepaskan tiga das tembakan yang mengenai bahagian belakang kenderaan berkenaan menyebabkan Toyota Hilux terbabit terbabas dan jatuh ke tali air berdekatan Jambatan Ibrahim Ali.
"Bagaimanapun, suspek dapat melepaskan diri selepas menaiki kereta Volkswagen Golf berwarna kelabu dipercayai dipandu seorang lelaki.
"Hasil pemeriksaan di dalam Toyota Hilux menemukan semua dadah terbabit yang diletakkan di bahagian tempat duduk penumpang serta ruangan menyimpan barangan di belakang kenderaan," katanya dalam sidang media di Dewan Ketua Polis Negara, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini, hari ini.
Katanya, rampasan itu adalah kejayaan hasil kerjasama Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan.
Hazani berkata pihaknya sudah mengesan identiti dua suspek terbabit dan kini dalam proses mengedarkan imej wajah mereka selain mengharapkan bantuan orang ramai untuk tampil memberi maklumat.
"Kita anggarkan bekalan syabu yang dirampas boleh menampung kegunaan untuk 600,000 penagih, manakala ganja untuk 200,000 dan pil kuda boleh diedarkan kepada lebih 500,000 penagih. Ia suatu jumlah yang besar jika terlepas daripada pihak berkuasa.
"Siasatan awal mengesyaki kesemua dadah adalah daripada negara jiran yang dibawa secara haram untuk pasaran di seluruh negeri semenanjung negara," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
▶️ HARIAN METR