APA BEZA KES NAJIB DAN AZAM BAKI






PROPRA BLOK KERAJAAN

 






Banyak betul cytro blok Kerajaan bermati2an pertahan KP SPRM. Pada saya kalau betul tak bersalah, lebih afdal bersikap berani kerana benar.

Biar saja penyisatan diadakan. Patutnya dia cabar orang siasat, because there is nothing to hide.

Cuma yang tak berapa best bila propaganda diguna untuk pertahan seseorang dengan cara dumb down rakyat.

Contoh poster yang tersebar dalam whatsapp ni. Katanya ikut Pekeliling KP tak salah sebab penjawat awam boleh miliki 5% modal berbayar suatu syarikat.

Walhal mereka tutup frasa “atau RM100,000 dengan nilai semasa, yang mana lebih rendah”

https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2002/pp032002.pdf

Ini satu yang jelik propaganda cytro ni. Kerjanya nak bodoh kan rakyat….

#dumbdown

#propa

 

FATWA BARU..SIAPA DEDAH SALAHLAKU MASUK NERAKA...PEMBOHONGAN DIBOLEHKAN


 

Menteri Wilayah pertahan kolam takungan banjir, nasib 6 kolam yang terlepas bagaimana?

 

Janji Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim untuk mempertahankan kolam takungan banjir di Kuala Lumpur dihargai namun bagaimanakah nasib beberapa kolam yang telah diberi izin pembangunan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, baki 9 kolam akan terselamat dengan janji tersebut namun nasib 6 kolam yang ditimbulkan sejak minggu lalu mungkin tidak dipertahankan oleh Menteri.

"Saya terima baik janji Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa tiada lagi kolam takungan banjir yang akan diberi milik untuk pembangunan.

"Tapi jika diteliti kenyataan Menteri, ia terpakai bagi baki 9 kolam yang belum diberi milik. Tapi bagaimana dengan 6 yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019 siri 2?

"Oleh itu, saya pohon penjelasan dari Menteri apakah status 6 kolam banjir yang telah dijual atau diberi milik sejak 2015? Adakah telah diberi Kebenaran Perancangan (DO), atau tidak? Atau dibatalkan?" tanyanya.

Selain itu, Fahmi juga bertanya mengenai nasib Kolam Takungan Banjir Batu 4 ½ bersebelahan PPR Seri Anggerik yang telah diberi milik pada 5 Ogos 2020 kepada sebuah syarikat yang baru berusia 'setahun jagung'.

"Adakah premium berpuluh juta bagi tanah seluas 3.98 ekar ini telah dibayar?" tanyanya lagi.

Isu kolam takungan banjir tular sejak seminggu lalu apabila beberapa Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan membuat laporan polis berhubung pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan kolam berkenaan telah diberi izin pembangunan.

Ahli Parlimen Pembangkang Wilayah Persekutuan bimbang sekiranya saiz kolam takungan banjir dikecilkan maka banjir besar akan melanda Kuala Lumpur di tengah tengah perubahan iklim yang dialami negara waktu ini.

 

WEIII ELAUN ATLIT KAU POTONG...ISU AZAM BAKI KAU SIBUK....


 

Bersatu mengganyang SPRM

 


Satu kelompok yang biasa, lumrah, malah kebiasaannya menggelumangi rasuah ialah para politikus, dan lasykarnya. Oleh sebab itu mereka berpotensi memusuhi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM. Kita tidak akan menuduh semua, tetapi kita akan menghalusi gerak-geri mereka ini.

Untuk memahami senario rumit ini, biar saya jelaskan secara ‘sosiologinya’. Politikus ini juga dikenali sebagai pegawai badan awam yang antara lain adalah Ahli Parlimen, dan ahli sesuatu Dewan Undangan Negeri, di mana mereka ini menerima saraan daripada wang awam.

Manakala lasykar bagi politikus ini merangkumi antara lain soldadu siber. Mereka ini dalam istilah rasminya adalah “ejen” atau mereka yang diambil kerja oleh atau bertindak bagi seorang lain, dan termasuklah pegawai badan awam itu, tidak kiralah berperanan sebagai pemegang amanah, pembantu, dan kadang pentadbir.

Oleh sebab di Malaysia, parti-parti politik tidak pun wajib membuat pendedahan awam mengenai amaun dan sumber pembiayaan dan perbelanjaan mereka, rasuah mudah tergusur antara, sesama, dan dalam kalangan politikus dan ejen ini.

Sebagai contoh, seorang politikus memerlukan dokongan kem tertentu dalam parti, maka wang akan beredar kepada soldadu internet atau ejen pempengaruh. Ejen di bawah ini akan memastikan politikus yang menyara mereka dapat mengekalkan jawatan, atau menang dalam kedudukan idaman.

Tidaklah terlalu sulit untuk menentukan aktiviti seseorang pegawai awam atau ahli politik dan lasykarnya itu adalah korup. Tindak-tanduk politisyen ini dapat ditentukan oleh misalnya; pertama sekali, kedudukan mereka di dalam badan awam. Katakan mereka itu mungkin saja pembantu atau pegawai khas kepada mana-mana politikus.

Kedua, untuk menentukan korupsi, kita boleh meneliti sebarang derma yang diberikan atau diperoleh oleh beliau itu. Jika derma itu berlaku dengan tukaran janji tertentu, maka tidak dapat tidak; rasuah dan bunganya sedang merecup.

Ketiga, kita boleh meneliti pula sebarang dorongan yang diberikan atau diperoleh oleh beliau. Projek yang kononnya dibangunkan untuk kebaikan masyarakat misalnya tentu saja akan direbut oleh para peniaga dan pedagang di luar sana. Maka, di sinilah dorongan ini harus ditenung-tenung.

Seterusnya ialah memastikan apakah bentuk ‘balasan balik’ yang diperoleh atau diberikan kepada mana-mana pihak ke atas sumbangan derma dan juga balasan yang diberikan atau diterima oleh beliau. Misalnya adakah politikus tersebut akan membuat sebarang keputusan berpihak kepada penderma yang ada udang di sebalik batu ini.

Oleh itu dapat kita hujahkan yang sebarang aktiviti dan tindak tanduk sama ada bersifat politik atau tidak hanya akan dapat ditentukan sebagai rasuah politik dengan memastikan setiap itu memiliki keempat-empat elemen tersebut.

Di negara yang sistem demokrasinya sihat, dan rasuah atau korupsi itu terselia-kawal, akaun parti politik hendaklah diperlihatkan secara telus dan dapat diakses orang awam. Dengan itu kita akan tahu misalnya siapa membiayai Perdana Menteri, adakah abang besar China, atau mana-mana penderma Arab? Hal ini berlaku sebagai contoh di Amerika Syarikat dan Jerman.

Rasuah yang saya maksudkan ini adalah rasuah politik yang sentiasa berlegar sesama ahli politik, juga ahli perniagaan yang ingin mendapatkan kontrak misalnya; dan juga dilicinkan kepada lasykar siber yang merupakan ejen buat politikus.

Dalam hal ini lasykar siber ini boleh membina persepsi dan mencipta naratif tertentu. Seorang politikus perasuah misalnya boleh diikonkan sebagai wira. Manakala mereka yang menghantar politikus perasuah ini ke kandang mahkamah atau jeriji besi akan dicemarkan sebagai penjahat, pendengki, atau musuh negara.

Kita selalu mendengar misalnya dalam kalangan orang kampung yang negarawan Tun Dr Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab mengatur konspirasi tertentu untuk membubuh ahli politik kecintaan mereka ke kandang mahkamah atau tembok penjara. Apa sahaja fakta kes kadang-kala diabaikan.

Sebenarnya apa pun naratif yang dicipta ini semuanya bersumberkan kumpulan politikus dan ejennya. Untuk ejen yang cekap, mereka akan menstrategikan naratif ini. Kadang-kala akaun palsu di media sosial tanpa kebertanggungjawaban akan diwujudkan untuk mempersembahkan penipuan begini.

Akaun palsu ini bukanlah media massa konvensional yang ada mekanisme semak imbang seperti suntingan. Malah akaun ini tiada editor, nama penulis apatah lagi kebertanggungjawaban. Akaun palsu yang cekap akan mendapat sambutan, dan sesiapa yang memusuhi akaun palsu ini akan diburukkan. Dalam banyak keadaan yang dituduh pula tidak dapat menjawab.

Hal ini seperti disentuh sebelum tadi diburukkan oleh tiadanya peruntukan perundangan yang mengawal selia derma politik. Untuk mengatur dan mengawal secara sihat demokrasi di negara ini, sumbangan kewangan daripada mana-mana individu dan syarikat kepada parti-parti politik mestilah dihadkan.

Bahkan, syarikat yang membuat keuntungan sepatutnya tidak diizinkan membuat derma politik. Ini agar kita dapat mencegah mana-mana saudagar kaya yang jahat dengan agenda persendirian melakukan sesuatu yang boleh mempengaruhi hasil atau keputusan, katakan pilihan raya; atau pemilihan dalam parti.

Salah satu pakej reformasi SPRM ialah ketelusan dalam pendanaan politik. Meskipun sebahagian ahli politik cuba mempamerkan ketulusan mereka untuk kononnya menyokong pembaharuan ini, tetapi sesungguhnya, ia juga merupakan satu langkah yang dapat mengikat mereka. Suka atau tidak, ahli politik adalah satu profesyen yang sangat terdedah dengan keperluan wang, termasuklah agar dapat menyara perut ejen mereka, yang antara lain termasuklah lasykar siber.

Justeru, tidaklah menghairankan sekiranya politikus ini dan lasykarnya akan berhati-hati dengan badan penguatkuasaan dan pencegahan rasuah. Dalam banyak keadaan badan seperti ini, dan anggotanya bahkan akan dibenci dan dimusuhi.

Untuk itu, lasykar para politikus boleh sahaja membina persepsi buruk terhadap katakan, SPRM. Ini merupakan satu taktik pelincir yang berfungsi dengan berkesan.

Dalam hal ini tidaklah menghairankan jika agensi penguatkuasaan rasuah di mana-mana negara yang tidak telus kepada masyarakat, akan dimusuhi; dan kadang-kala dibenci. Mereka akan ditekan pihak yang berkuasa, manakala di pihak pembangkang akan sentiasa mencurigai. Walhasilnya mereka digelek kiri dan kanan.

Dalam hal inilah kita perlu memahami betapa SPRM menjadi badan yang paling tersepit dan terkepit. Mereka ingin melakukan sesuatu yang benar untuk rakyat, tetapi akan sentiasa terikat kaki tangan oleh segelintir politikus yang bermain-main.

Suka atau tidak, kita perlu akur, beberapa ahli politik berpengaruh dalam kerajaan mahupun dalam kalangan oposisi hari ini masing-masing mempunyai kes rasuah yang boleh menghancurkan karier mereka. Tidaklah aneh kiranya, kita mendapati lasykar atau ejen politikus tertentu akan bersungguh-sungguh misalnya mencemarkan nama pihak yang boleh menggugat agenda atau impian mereka.

Dalam hal ini SPRM sebagai contoh jika berjaya diburukkan dan tidak lagi dipercayai maka segala kerja mereka itu akan menjadi mudah di masa hadapan.

Sedihnya, kadang-kala lasykar ini tidak pun diberi apa-apa sebagai habuan bekerja sebagai ejen; tetapi lasykar itu kadang-kadang semata-mata taksub. Maka segala dakwaan rasuah yang menimpa politikus kegemaran dan kesayangan mereka cepat ditenggelami oleh perasaan dan emosi.

Dalam pada itu, sementara semua kegilaan di atas terjadi; rasuah akan terus mencanak, masyarakat akan kompromi. Dua yang dinyatakan ini merupakan satu formula awal sebuah negara gagal.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

HERO MALAYA YANG HILANG DARI RADAR BILA REGA MINYAK NAIK MENCANAK....

 MUZAMAL MUS


Harga minyak masak botol makin tidak terkawal hingga mencecah RM37 sebotol..

Minyak paket murah utk golongan susah ketiadaan Stoke..

Rakyat mengeluh tanpa pembelaan..

Mereka membisu.. seolah² tiada apa yg berlaku..




 

PAK DIN MENINGGAL

 

Malam tadi saya hadir menziarahi jenazah almarhum saudara Saeden Bin Wateh atau lebih dikenali sebagai Pak Din Gayong yang telah pergi meninggalkan kita semua.

Secara peribadi, beliau semasa hayatnya banyak membantu saya di pejabat secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang imbuhan, dan pemergiannya ini ternyata meninggalkan kesan yang tidak kecil kepada saya.
Anak-anak gayong juga pasti terkesan tatkala arwah Pak Din begitu dekat dengan seni pusaka gayong dan tidak pernah lelah mendidik serta memelihara budaya dan warisan Melayu ini.
Semoga arwah Pak Din diberi tempat yang terbaik oleh Allah SWT.




MACAM BERITA DIBAWAH ...MEMANG BETUL JIKA RASUAH ITU TIADA DALAM AGAMA?

 



gemilangdaily.com

OWHHH...PAK LEBAI...KEMANAKAH SIKAP KAMU..MACAMANA NAK PERJUANGKAN ISLE....





LIYANA MARZUKI

Ada pemimpin muda suatu parti Islam katanya rasuah takkan rosakkan negara. Ketuanya pun pernah kata yang rasuah tu bukan seperti mencuri dan merompak, bukan dalam hudud pun.

Mungkin mereka tak pernah dengar “Corruption is the mother of all evil”. Kalau pernah dengar pun mungkin dalil yang keluar kita tak patut dengar dan ikut cakap orang luar Description: 😬Description: 😬Description: 😬

Tahun lepas, DYMM Sultan Perak telah keluarkan titah secara cryptic mengenai najis rasuah dan Baginda kaitkan dengan karya ulung Ibnu Khaldun, Muqaddimmah.

Sebab level dia Oxford dan Cambridge, saya cuba rungkaikan ikut bahasa rakyat macam kita.

Jemput baca bagaimana najis rasuah menjahanamkan perabadan dan empayar. Dah tercatit dalam sejarah sekian lama. Kenapa ada level2 Ustaz cuba pandang enteng perkara ni, saya pun hairan.

China dan Indonesia dah makin kuat melawan rasuah. Mereka makin maju.

Kita pula macam nak jadikan ia budaya. Sedih memikirkannya.

 

MANIS KETIKA MEMERLUKAN...

 

Demi kuasa katanya manis belaka..

Sudah dapat apa yg di hajatinya..

Berlaku tidak menepati janji lalu berKhianat.





PAU UMNO 2021 ditetapkan 16 Mac depan




 Kenyataan akhbar di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 12 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MT) menetapkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 ditetapkan pada 16 hingga 19 Mac depan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perhimpunan itu akan diadakan secara bersemuka.

“Kesemua 14 orang perwakilan setiap bahagian akan dijemput untuk menghadiri PAU 2021 dan tidak diadakan perhimpunan secara hibrid. Kesemua lima orang perwakilan bagi setiap sayap juga akan menghadirinya kali ini.

“Walaupun demikian, SOP tetap akan dipenuhi daripada segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan aplikasi Mysejahtera, sanitizer dan lain-lain,” kata Ahmad Maslan dalam satu kenyataan malam tadi.

PAU 2021 dimulakan dengan perasmian sayap Wanita, Pemuda dan Puteri diadakan pada 16 dan 17 Mac, dan ucapan Dasar Presiden pada 18 Mac oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perhimpunan Agung UMNO pada 19 Mac.

Pada 25 Disember lepas, Ahmad mengumumkan PAU 2021 yang dijadual berlangsung pada 13 hingga 15 Januari ini ditangguhkan susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri.

Ahmad berkata, mesyuarat juga menegaskan sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri adalah kekal dan perlu terus dimantapkan

“Selain itu, MT UMNO turut memutuskan segala kesiapsiagaan dibuat bagi memastikan perjalanan parti baik untuk menghadapi pengundi berumur 18 tahun dan pengundi baharu.

“Mesyuarat juga merakamkan ucapan penghargaan kepada semua ahli dna pemimpin UMNO di semua peringkat yang terlibat sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir,” katanya. – MG.

Pemergian Pak Den cukup terkesan buat Anwar


Saeden Wateh atau lebih dikenali sebagai Pak Den Gayong telah menghembuskan nafasnya yang terakhir petang semalam.

Umum mengetahui di mana ada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di situlah ada Pak Den dan beliau juga cukup dikenali dalam kalangan wartawan.

Secara peribadi bagi Anwar Ibrahim pemergian Pak Den sangat terkesan buatnya kerana banyak membantu beliau di pejabat secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang imbuhan

“Pemergiannya ini ternyata meninggalkan kesan yang tidak kecil kepada saya.

“Malam tadi saya hadir menziarahi jenazah almarhum saudara Saeden Bin Wateh atau lebih dikenali sebagai Pak Din Gayong yang telah pergi meninggalkan kita semua,” tulis Anwar.

Pak Den yang begitu dekat dengan seni pusaka gayong sudah pasti katanya, anak-anak gayong juga pasti turut terkesan tatkala arwah Pak Din tidak pernah lelah mendidik serta memelihara budaya dan warisan Melayu ini.

“Semoga arwah Pak Din diberi tempat yang terbaik oleh Allah SWT,” katanya.

ADUN Permatang Pasir Faiz Fadzil turut merakam takziah kepada keluarga Pak Den dan menyifatkan Allahyarham seorang pejuang sejak era reformasi yang cukup rapat dengan keluarganya iaitu Allahyarham Dato Ustaz Fadzil Muhammad Noor, bekas Presiden Pas.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Pak Den. Salam takziah buat keluarga. Saya turut menziarahi jenazah malam tadi,” tulis beliau.

SOKONG SAMA SPESIS- NAJIB SOKONG SEANGKATAN DENGANNYA






Aku tak terkejut Najib sokong Tokek ni. Mestilah dia akan support yang sama spesis dengan dia. Cuma aku tak dapat terima bila dia labelkan rakyat yang menuntut keadilan itu sebagai terroris.

Jelas di mata kita bagaimana Najib begitu sayang korupsi dan begitu membenci mereka yang mahu mendapatkan keadilan buat rakyat. Sampai operasi membunuh rakyat pun dia sokong.

Orang begini bahaya kalau diberi kuasa. Umpama menjerit leher sendiri. Sebab itu kita wajib jauhi Najib dan UMNO secara keseluruhannya demi untuk kesejahteraan hidup rakyat negara ini.

Raja Gelap

 

JOM HUTANG...




SHERINE ADRINNE


Gomen memang suka rakyat berhutang?

Mestilah, itu bisnes kapitalis

Bagi keluar #kwsp berpuluh bilion,

Semua pakat beli barang cash, tutup hutang, tak buat loan,

Tokei marahlah..

Orang miskin adalah sumber kekayaan org org kaya.

Org kaya beli barang harga murah sebab cash,

Org miskin beli barang harga mahal sebab berhutang.

Bisnes dgn org miskinlah untung.

Takkan nak bagi semua org kaya dan berduit

Motor honda cash baru 3-4 ribu,

Hutang jadi 7-8 ribu

Pasal itu orang baik tak boleh jadi pemimpin utama.

Pemimpin yg baik takkan disukai oleh orang orang elit.

Kerana itu perlu dijatuhkan dgn apa cara sekali pun.

Orang miskin pulak tak sedar di untung ikut cakap orang kaya yg mahukan mereka sentiasa terus menerus miskin Description: 😂Description: 😂Description: 😂.

Dunia...

#kitajagakita #RakyatJagaRakyat #DaruratBanjir #banjir2021 #kwsp10k #10kKWSP

 

[🔥CERAMAH UMUM - POLITIK🔥] "PM BARU LAGI❓❓❓"




CERAMAH UMUM (POLITIK) ISU -KEROSAKAN NEGARA AKIBAT RASUAH -KEGAGALAN KERAJAAN HARI INI "PM BARU LAGI❓❓❓" 12 JAN 22 | RABU | 8:30 MALAM PENCERAMAH: YB MOHAMAD SABU HASBIE MUDA YB IR IZHAM HASHIM YB KHALID SAMAD YB SANY HAMZAN YB FAIZ FADZIL ABBAS AZMI



HANYA AGONG LAYAK TAMATKAN SAYA – KEANGKUHAN AZAM BAKI, SEKALIGUS MELEKEHKAN ISMAIL SABRI

 

Selepas Pengerusi LPPR, Abu Zahar Ujang semalam menjadikan Yang Di-Pertuan Agong sebagai talian hayat untuk mempertahankan kedudukannya, kini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki pula berbuat demikian.

Berdepan tekanan yang kian meningkat yang mendesaknya meletakkan jawatan, beliau sebaliknya bertegas tidak akan tunduk kepada desakan tersebut.

Katanya, tiada sesiapa yang berhak mendesaknya berundur kerana yang layak berbuat demikian hanyalah Yang Dipertuan Agong.

“Saya dengan tegas dan tetap dengan pendirian teguh untuk tidak meletakkan jawatan kerana tidak ada keperluan untuk saya berundur.

“Hanya seorang individu yang paling layak dan boleh menamatkan tugas saya iaitu Yang Di-Pertuan Agong.

“Selain daripada itu, saya tidak mahu ambil peduli dengan apa jua tuntutan yang mahu diperjuangkan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya lagi.

Wowwww…angkuhnya!!

Dengan mengeluarkan kenyataan seperti ini, selain menunjukkan keinginannya terus bergayut kepada talian hayat Agong, hakikatnya inilah juga ketua sebuah agensi kerajaan yang paling angkuh sekali.

Kenapa mesti mempergunakan nama dan kedudukan Agong?

Meskipun benar perlantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dibuat oleh Agong, tetapi dalam sistem demokrasi berparlimen yang menjadi amalan negara kita, semua keputusan Agong adalah atas nasihat Perdana Menteri.

Agong adalah ketua negara dan urusan pentadbiran kerajaan diurus oleh seorang Perdana Menteri sebagai mewakili Agong.

Agong sebagai ketua negara tidak terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan, sebaliknya semua peranan itu dilakukan oleh Perdana Menteri.

Dalam kes Azam Baki, Perdana Menteri sebenarnya boleh menamatkan khidmat beliau melalui nasihatnya kepada Agong.

Dengan demikian, kenyataan Azam Baki bahawa hanya Agong seorang saja yang layak memecatnya adalah tidak berapa tepat dan menyimpang.

Yang tepat dalam kenyataannya itu hanyalah ia menunjukkan keangkuhan dan kesombongannya.

Bahkan, lebih angkuh lagi kerana di samping enggan berundur, beliau terus cuba bergayut menggunakan nama Agong untuk mengekalkan jawatannya.

Dengan mengatakan hanya Agong seorang yang layak menamatkan khidmatnya, Azam Baki secara jelas telah memperlekehkan kedudukan Ismail Sabri selaku Perdana Menteri.

Seolah-olah Perdana Menteri pun tidak mampu dan tidak layak menamatkan khidmatnya.

Dalam hal ini, sedarkah Azam Baki siapa yang mencadangkan namanya kepada Agong sebelum ini untuk dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 2020 lalu?

Kalau Perdana Menteri boleh mencadangkan namanya untuk diberi jawatan, apakah tidak boleh Perdana Menteri juga mencadangkan agar beliau ditamatkan perkhidmatan?

Meskipun dilanda kontroversi paling parah dalam sejarah SPRM, kengganan Azam Baki berundur atau meletak jawatannya, walaupun sepatutnya itulah pilihan terbaik baginya, adalah sesuatu yang memalukan.

Dengan kontroversi pemilikan saham yang dikaitkan dengannya serta berpotensi melanggar beberapa peraturan serta undang-undang yang lain, beliau sebenarnya tidak layak lagi duduk di tempatnya sekarang.

Apa lagi yang mahu dipertahankan dan kebenaran lain apa yang diharapkannya akan muncul dengan enggan meletakkan jawatan itu, sedangkan pengakuannya memiliki berjuta-juta saham korporat itu sendiri sudah lebih daripada suatu kebenaran.

Kepada Ismail Sabri, sebelum keangkuhan Azam Baki menjadi-jadi dan perlekehannya kepada Perdana Menteri bertambah-tambah lagi, eloklah segera menghadap Agong untuk menamatkan kontroversi memalukan ini.

Lagi pun, mood rakyat sama sekali tidak bersama Azam Baki dan mereka lebih mahukannya cepat-cepat pergi. ShahbudinHusin 12/01/2022.




Ismail, PM dua kali gagal jika tidak tangani integriti SPRM dengan serius

 


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mempertimbangkan secara serius untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibawah parlimen dan memberikan laluan kepada Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai integriti dan rasuah untuk menjalankan tugas tanpa arahan dan gangguan eksekutif.

Pengerusi Majlis Penasihat Pakar (MPP) Parti AMANAH Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang berkata jika Ismail gagal berbuat demikian beliau sebagai Perdana Menteri bakal dikenang oleh rakyat sebagai PM paling gagal dalam sejarah negara kerana dua kegagalan besar berturut-turut iaitu gagal menangani banjir 2021 dan gagal menyelesaikan krisis integriti SPRM 2022.

Katanya, Perdana Menteri wajib mempamerkan kepimpinan yang berkesan (effective leadership) ke arah penyelesaian krisis ini tanpa mengambil sebarang kepentingan politik yang tidak menguntungkan negara.

“PM perlu menjadikan kabinet pimpinan beliau berfungsi dengan cekap tanpa gentar mengambil keputusan-keputusan yang berpihak sepenuhnya kepada proses undang-undang dan kedaulatan negara

“Tindakan serius ini wajar demi mempertahankan integriti SPRM dan memulihkan keyakinan rakyat kepada proses kedaulatan undang-undang dalam negara tercinta,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, isu ini adalah isu pentadbiran yang ‘straightforward’ dan tidak sukar diselesaikan jika pihak-pihak yang bertanggungjawab mengurusnya secara professional dan meletakkan maxim “Kepentingan negara dan tanggungjawab moral” (National interest & moral obligation) dijadikan teras utama pengurusan isu ini bahkan dalam isu-isu lain juga.

Bagaimanapun katanya, tiada kenyataan rasmi untuk menyelesaikan krisis keyakinan rakyat terhadap integriti SPRM dan kesungguhan kerajaan untuk memulihkan nama baik Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Jika dalam isu penting yang melibatkan maruah negara pun PM enggan memberi komitmen, apa sebenarnya tugas PM?” soal beliau.

Terdahulu, berikutan pendedahan wartawan dan peletakan jawatan salah seorang ahli panel penasihat SPRM, LPPR- Tan Sri Azam memperakui berlaku transaksi saham-saham berkenaan tetapi menyatakan saham-saham berkenaan adalah milik adik lelaki beliau yang menggunakan akaun beliau.

Majlis Presiden PH gesa Azam, Abu Zahar dan Borhan Dolah direhatkan

 


Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa tiga individu berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direhatkan disusuli dengan siasatan bebas berhubung isu dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Selain Azam, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar juga perlu dikenakan tindakan sama sehingga siasatan penuh terhadap Azam selesai.

Turut harus direhatkan ialah Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM, Tan Sri Borhan Dolah.

Menerusi kenyataan bersama hari ini, Majlis Presiden PH berpendapat langkah itu wajar memandangkan Borhan enggan bertindak menyiasat Azam Baki.

Walhal, jelas PH, Azam Baki berkemungkinan telah melakukan kesalahan undang-undang dengan membenarkan akaun saham digunakan oleh adiknya, Nasir Baki secara proksi berkaitan dengan perdagangan berjuta-juta saham dan waran.

“Perlu ada pimpinan baharu yang bersih, profesional dan bebas untuk mengetuai LPPR dan PPPR SPRM agar kewibawaan, integriti dan kredibilit SPRM dapat dipulihkan semula,” kata PH.

Dalam masa sama, Majlis Presiden PH juga memandang serius kenyataan media tiga Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menyatakan sokongan terbuka terhadap Azam Baki serta membuat tuduhan motif ‘dendam politik’.

“Tindakan janggal mereka secara terburu-terburu menyokong “bos” mereka dengan kenyataan terbuka menyerupai tingkah laku ahli politik dalam sebuah parti politik dan bukannya agensi terhormat seperti SPRM,” katanya.

Sehubungan itu, Majlis Presiden PH berpendapat suatu siasatan yang dijalankan secara mendadak oleh SPRM ke atas Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang sedang menyiasat perdagangan saham secara proksi oleh Azam Baki boleh juga disifatkan sebagai tekanan untuk motif ‘dendam politik’.

“Sebagai penjawat awam, ketiga-tiga pegawai kanan ini patut tahu bahawa kenyataan mereka boleh ditafsir sebagai percubaan mempengaruhi proses siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya, dan mengandungi tuduhan serius yang menimbulkan pelbagai tanda tanya,” tegasnya.

Justeru, Majlis Presiden PH berpendapat pegawai-pegawai kanan terbabit perlu membuat laporan polis dan membiarkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat secara terbuka.

Hal tersebut perlu, jelasnya, memandangkan SPRM sememangnya tidak akan menyiasat Azam secara bebas dan profesional sebaliknya akan ‘membersihkan’ nama beliau.“Kami mengulangi pendirian bahawa satu sidang khas Parlimen perlu diadakan segera untuk merunding dan membincangkan isu yang amat penting ini, sebaiknya sehari sebelum atau selepas sidang khas berhubung isu banjir pada 20 Januari nanti,” tegas Majlis Presiden PH lagi.

RASUAH & SPRM!! - SAMPAI BILA ANWAR BERHENTI BERCAKAP! | Saham Azam Baki




Sudah sekian lama Anwar Ibrahim bercakap isu RASUAH dan SPRM ini. Pemimpin silih berganti. Rasuah semakin menjadi-jadi. Isu boss SPRM Azam Baki adalah kemuncak kegagalan negara menanangi masaalah rasuah sekarang, Sampai bila Anwar Ibrahim akan bersuara? #anwaribrahimnadirakyat #anwaribrahimsprmazambaki #halimromliyoutube #sidangkhasparlimen20january #azambakiparlimen #sprmazmambaki #azambakipecat