DOK NAMPAK PUN MACAM TU JUGA....ASAL DAPAT JA JAWATAN..LA NI KALAU BUAT APA PUN MENTERI PAS AKAN SOKONG JA..PUNYA KEMARUK ...ADOIII..

 


Panas! Pemimpin Umno kata kerjasama MN gagal kerana Pas gila kuasa dan jawatan


Panas! Pemimpin Umno kata kerjasama MN gagal kerana Pas gila kuasa dan jawatan



Sikap Pas yang tidak pernah ikhlas dalam membentuk kerjasama dengan parti lain membuatkan pakatan yang dibina sering tersasar.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Pas mempunyai banyak sejarah buruk dalam menjalinkan kerjasama politik dengan parti lain.

Beliau berkata, mangsa pertama parti Islam itu ialah Semangat 46 yang ditubuhkan pada awal 90-an bagi menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Selepas berjaya menubuhkan kerajaan bersama Semangat 46 di Kelantan di bawah Angkatan Perpaduan Ummah, Pas semakin lama semakin besar kepala.

“Pakatan itu hanya mampu kekal sepenggal sahaja apabila Pas didakwa terlalu mahu mendominasi politik dan pentadbiran di Kelantan sehingga mengetepikan Semangat 46.

“Pas selalu mahu jadi ‘abang besar’ dalam kerjasama politik dan mereka tak pernah ikhlas pun. Sebab itu semua pakatan yang dibuat bersama mereka tak kekal lagi,” katanya.

Ujar Ketua UMNO Bahagian Pulai itu, cita-cita Pas untuk berkuasa di peringkat Pusat membuatkan mereka mencari lagi pakatan baharu sebelum tertubuhnya Barisan Alternatif (BA) pada tahun 1999, selain Pakatan Rakyat (2008) yang turut melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Menurut Nur Jazlan, biarpun bersama dua parti yang dominan dalam PR, Pas masih mahu menunjukkan kuasanya dan ingin menjadi ‘king maker’ dalam kedua-dua pakatan politik itu.

“Lama-kelamaan, PKR dan DAP mula bosan dengan perangai Pas yang dilihat mahu mengetuai BA dan PR hingga pakatan itu juga berkubur pada tahun 2015.

“Pas memang suka mengambil kesempatan atas semua kerjasama atau pakatan politik yang disertai mereka.

“Ini kerana matlamat utama mereka bukanlah sebagai membela rakyat tapi lebih kepada gilakan kuasa dan jawatan.

“Natijahnya semua pakatan itu gagal namun Pas tetap menuding jari kepada orang lain atas kegagalan itu,” ujar beliau.

Nur Jazlan berkata, skrip sama juga berlaku dalam Muafakat Nasional (MN) apabila Pas cukup licik bermain politik selepas berjaya mendapat habuan jawatan dalam Perikatan Nasional (PN).

Katanya, Pas mula mengetepikan UMNO dan lebih memberi muka kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semata-mata kerana ingin kekal berkuasa.

“Jadi tak hairanlah MN pun gagal dilaksanakan seperti yang dibincangkan bersama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Pas apabila dapat kuasa dan jawatan dengan Bersatu serta PN, mereka mula jadi angkuh dan sombong. Mudah lupa diri.

“Sebab itulah MN ini gagal dan Pas pula salahkan UMNO kononnya menolak agenda perpaduan ummah.

“Saya tak hairan dengan kecurangan pemimpin Pas bertopengkan agama ini yang terbukti berakhir dengan perceraian pakatan politik selama berpuluh tahun ini,” katanya.


Dakwa segera jemaah umrah yang tak divaksin atau ianya hanya mahu tutup kegagalan program vaksinasi

 


Dakwa segera jemaah umrah yang tak divaksin atau ianya hanya mahu tutup kegagalan program vaksinasi


Secara tiba tiba, KJ mengatakan ada 14% dari 177 Jemaah Umrah yang dijangkiti Omicron adalah mereka yang belum divaksinasi. Jumlah yang positif saja belum terkait Omicron jumlahnya lebih 1300 kes.

Persoalannya bagaimana begitu mudah mereka melepasi pintu masuk negara? Apakah untuk Ibadah Umrah juga dipenuhi rasuah? Jika benar ada pelanggaran undang-undang maka dakwa lah mereka ke Mahkamah kerana menipu. Malulah kalau nak buat Umrah pun menipu.

Jika tidak didakwa, apakah pendedahan ini sebenarnya bertujuan menutup kegagalan Program Vaksinasi. Mana mungkin mereka warga tempatan di Arab Saudi yang 99% sudah divaksin dan semua Jemaah Umrah yang lengkap divaksin boleh wujud kes kebolehjangkitan yang tinggi.

Kalau ikutkan syarat ketat Saudi, sudah pasti Ibadah Umrah lah yang jauh lebih selamat berbanding kunjungan orang awam ke Eropah. Kalau di Eopah mungkin masih ramai yang degil. Sebab pergerakan dan kawasan Umrah dikunjungi semuanya telah dipantau dan mempunyai SOP yang ketat. Hanya yang divaksin lengkap dibenarkan melakukan Ibadah Umrah.

Sebenarnya bukan hanya Malaysia, Singapura yang jauh lebih ketat banyak kes melibatkan Jemaah Umrah. Bayangkan.. Ibadah Umrah inilah tanda aras atau bukti dari program vaksinasi masih wujud jangkitan. Apakah ini satu petanda kegagalan atau petanda untuk menutup kegagalan? Maka boleh lah mereka yang tak divaksin dijadikan kambing hitam?

Ipohmali

ADA SESUATU YANG SUDAH MEMBUSUK DI NEGARA INI



1. Apabila kejahatan mereput ia umpama bangkai yang baunya naik ke atas menusuk deria dan memualkan. Demikianlah sesebuah negara apabila kejahatannya sudak memuncak ia mereput dan membusuk, bangkai rasuah walau disembunyikan, baunya sudah melata dihidu rakyat. 


2. Krisis hilang kepercayaan yang melanda SPRM membimbangkan rakyat apabila Ketua Pesuruhjaya terpalit dengan tuduhan bercanggah kepentingan sedangkan beliau adalah barisan hadapan anti-rasuah. Lebih memualkan ialah penjelasan Ketua Pesuruhjaya tersebut membuka lagi pekung betapa busuknya nilai integriti di negara ini. 


3. Tidaklah pelik hal Ketua Pesuruhjaya SPRM ini kerana semuanya bermula dengan pemimpin no 1 negara yang hilang rasa bersalah kepada rasuah, salahguna kuasa dan sogokan pangkat. Perangai 'muka selamba' mantan PM yang disabit kesalahan terhadap semua jenayah ini diwajarkan dengan nama perjuangan untuk membela Melayu dan disambut oleh suara 'Melayu-Isle' atas asalkan bukan Anwar, Dap dan PH. 


4. Rakyat dijampi oleh pejuang Melayu-Isle dengan mentera 'No Anwar' 'No DAP', 'Pakatan Hancing' sedangkan bau busuk bangkai mereput dari jenayah rasuah, khianat dan membeli kesetiaan dengan kedudukan dan pangkat dipekakkan dan dibutakan! 


5. Rasuah adalah bangkai dan pelakunya adalah pemakan bangkai tiada bezanya haram rasuah dengan haram bangkai dalam Syariat Islam. Malah bangkai rasuah lebih keji kerana kesannya kepada negara sangatlah keji dan memusnahkan kehidupan rakyat. Bangkai rasuah perlu dibuat dengan perancangan, taktik, membeli saksi dan menipu, makan bangkai hakiki tak perlu semua itu! 


6. Rakyat perlu berada dibelakang mereka yang mahu buangkan bangkai membusuk ini, pemimpin dari semua parti politik harus bersatu tekad, bersatu hati dan bersatu tindakan untuk melihat musuh utama negara yang kini membusuk sampai ke langit negara. Bebaskan diri dari mentera Melayu-Isle yang memukau atas nama Islam dan Melayu sedangkan negara dalam bahaya angkara pemakan bangkai ini. Inilah masanya semua parti politik bangkit dari lamunan mereka dengan keselesaan kelompok masing-masing atau cuba menjadi juara syiok sendiri! 


7. UMNO,BN mahu pun PH perlu berhimpun serentak membuat kata putus selamatkan negara kerana bangkai dah membusuk. Lupakan Keluarga Malaysia mahupun Abah yang sudah hilang deria baunya dan masih bernafas selamba sedangkan rakyat menutup hidung bau bangkai yang membusuk. Harapannya ialah semua parti politik harus duduk semeja dan lakukanlah sesuatu yang bermakna kepada rakyat! 


Kontraversi Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah kemuncak loceng amaran, jika masih selamba lagi mungkin kita akan jadi rakyat yang sudah hilang maruah, hilang rasa malu kepada kejahatan dan hilang jatidiri kita sebagai manusia. Nabi bersabda: 


" Jika kamu tiada rasa malu, maka lakukakanlah apa sahaja yang kamu mahu" 


Jangan berdiam diri, hapuskan bangkai yang membusuk! 


DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden Amanah

Ahli Parlimen Parit Buntar

Pengerusi PH Perak 


7 Jan 2022


AZAM BAKI TAK PERNAH DIPANGGIL BERI PENJELASAN, ABU ZAHAR CUBA MENGELIRUKAN?


 Dalam sidang media dua hari lalu, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM, Abu Zahar Ujang memberitahu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki telah hadir dalam pertemuan dengan lembaga itu pada 24 Nov lalu untuk memberi penjelasan berkenaan kontroversi pemilikan berjuta-juta saham yang dikaitkan dengannya.

Kata beliau, Azam memaklu

mkan kepada LPPR bahawa akaun miliknya telah digunakan oleh adiknya untuk memperoleh saham dalam dua syarikat tersenarai di BSKL pada sekitar tahun 2015 lalu.

Abu Zahar seterusnya berkata, mereka berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa dia tidak mempunyai sebarang manfaat kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham tersebut.

“Dalam pertemuan itu, Azam telah menjelaskan kedudukan sebenar pada kami bahawa saham-saham yang menggunakan namanya itu adalah milik adiknya, Nasir Baki.

“Ahli-ahli LPPR berpendapat Azam tiada sebarang kepentingan sendiri atas saham-saham berkenaan dan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikannya,” ujar beliau lagi.

Dengan apa yang dinyatakan Abu Zahar kepada media itu, ia seolah-olah memberi gambaran Azam telah dipanggil oleh LPPR untuk memberi penjelasan berkenaan isu yang terkait dengannya.

Ia juga memberi gambaran seolah-olah ahli-ahli LPPR SENDIRI yang dikatakan berpuas hati dengan penjelasan Azam itu telah melakukan pertanyaan dan bersoal jawab dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Benarkah itu yang berlaku?

Daripada beberapa maklumat yang diterima, memang ada pertemuan atau mesyuarat LPPR pada 24 November itu, tetapi ia hanyalah mesyuarat biasa yang kelazimannya memang diadakan sebulan sekali.

“Mesyuarat pada 24 November itu bukan mesyuarat khas dan bukan juga mesyuarat sessi khusus untuk mendapatkan penjelasan daripada Azam.

“Dalam LPPR, selain tujuh anggota yang perlu hadir mesyuarat, YANG PELIKNYA DAN DI MANA LPPR DIKATAKAN BEBAS bila Azam juga turut hadir sebagai anggota ex-officio atas kedudukannya sebagai KP SPRM berdasarkan Seksyen 13(1)(b) akta agensi tersebut,” kata maklumat berkenaan.

Kata maklumat itu, dalam mesyuarat tersebut ada ahli LPPR yang bertanya berkenaan pemilikan saham Azam dan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu telah memberi penjelasan pendek bahawa saham-saham berkenaan adalah milik adiknya.

“Penjelasan Azam cuma setakat itu dan ia cuma lafaz kata yang diucapkannya sekali lalu saja.

“Tiada pertanyaan selanjutnya daripada ahli LPPR selepas itu dan mesyuarat kemudian terus bergerak kepada agenda yang seterusnya,” tambah maklumat itu lagi.

Difahamkan, tiada pertanyaan lanjut dikemukakan dalam mesyuarat tersebut kerana pada ketika itu belum banyak lagi maklumat terdedah berkaitan saham-saham yang dikaitkan dengannya itu, selain ia juga bukan mesyuarat khas yang khusus untuk mendapatkan penjelasan daripada Azam berkenaan saham yahg dikaitkan dengannya.

“Jika ia mesyuarat khas DENGAN MENYEDIAKAN DOKUMEN DOKUMEN BERKAITAN yang khusus untuk isu Azam, ia pasti berbeza,” tambah maklumat itu lagi.

Dengan itu, jelas maklumat tersebut, adalah tidak tepat, malah mengelirukan untuk Abu Zahar memberi gambaran kepada umum seolah-olah semua ahli LPPR berpuas hati dan menerima penjelasan yang diberikan Azam.

“Tidak timbul soal berpuas hati kerana sebenarnya tiada apa-apa penjelasan diberikan, melainkan hanya cakap sekali lalu yang tidak sampai sepuluh perkataan daripada Azam yang memberitahu saham-saham itu kepunyaan adiknya,” ujar maklumat itu seterusnya.

Dalam hal berkaitan, perkara ini nampaknya relevan dengan cabaran bekas ahli ahli panel perundingan SPRM, Edmund Terence Gomez terhadap Abu Zahar agar mendedahkan minit mesyuarat LPPR pada 24 November bagi menyokong kenyataannya yang memperlihatkan seolah-olah LPPR telah membersihkan Azam daripada sebarang salah laku tentang saham-saham yang dimilikinya itu.

Sediakah Abu Zahar menyahut cabaran tersebut?

Apakah beliau akan terus berdiam diri, walau dilihat cuba mengelirukan orang ramai, malah seperti cuba “menipu” melalui sidang medianya dua hari lalu itu?

Atau sebagaimana dituntut oleh PH, bersekali dengan Azam, Abu Zahar juga sebenarnya perlu direhatkan dan disiasat atas tindakannya yang membawa LPPR melangkaui bidang tugasnya? – ShahbudinHusin 07/01/2021.




MANA TAK MAMPUS RAKYAT

 



HAMDAN TAHA


Harga Ayam ikut kata Menteri tak dapat di bendung lagi pasti akan naik lagi kerana kos bahan makanan dan tenaga kerja yang berkurangan menyebabkan penternak tidak mampu lagi menangung kerugian...

Sebenarnya saya juga setuju bahawa penternak boleh memgalami kerugian apabila harga ayam di kawal tapi harga makanan ayam tidak dapat di kawal...

Kerajaan sepatutnya kena berfikir ke arah menyediakan atau mengurangkan harga makanan ternakan ayam atau kambing atau lembu baru lah boleh mengawal harga

Perkara ni berlanjutan puluhan tahun tapi tak juga selesai sedangkan ejensi kerajaan yang di bawah kementerian pertanian cukup banyak dan berbilion bilion duit kerajaan dah habis tapi satu pun ideal tak berjaya mengawal harga ayam atau pun menjadikan bahan yang ada di negara kita sebagai makanan ayam...

Ini semua kena export...duit kita jatuh setiap tahun....mana tak mampus rakyat

 

KEDUA-DUANYA TIDAK PUNYA KREADIBILITI




Banyak media melaporkan hal ini walaupun Ismail berkata ianya hanya spekulasi dan tak sepatutnya ditimbulkan.

Tapi bayangkan kalau betul salah seorang daripada dua orang ini dilantik sebagai TPM. Apa perasaan korang?

Kedua-dua makhluk ini adalah watak paling penting dalam menjayakan Langkah Sheraton, satu projek untuk mengkhianati mandat rakyat. Jadi dah jelas penyokong PH menolak kedua mereka.

Bagi rakyat atas pagar pula?

Azmin adalah seorang menteri yang tak nampak langsung sumbangannya. Dari masa Mahathir jadi PM sampailah ke Ismail. Entah apa-apa kerja si Azmin ini.

Hamzah pun sama. Kalau ditanya, rasanya tak ada orang boleh jelaskan apa pencapaian Hamzah selama ini. Paling perlu diingat tentang Hamzah ini adalah perbualan telefon 'budak kita'.

Selamatkah negara kita di tangan dua makhluk perosak ini?

Paling aku seronok, lantiklah mana-mana pun. Ia hanya akan menjadi bukti nyata kedunguan Ismail dalam memilih menteri.

Aku tunggu dengan penuh harapan. Kalau betul salah seorang daripada mereka ini akan dilantik sebagai TPM, lebih mudah kerja nak jatuhkan UMNO dalam PRU15 nanti.

Raja Gelap

 

[[LIVE]]7.1.22 GEMPAR! Rancangan jahat jatuhkan Anwar Ibrahim dgn melaga...



[[LIVE]]7.1.22 GEMPAR! rancangan jahat jatuhkan Anwar Ibrahim sudah bermula dengan melagakan Anwar/ Rafizi. Azmin dan Zuraida perlu PKR untuk kembali berkuasa. #Kerajaan69


INILAH HASILNYA!! -- Nasihat SPRM Pada Parlimen - Yang ANWAR Bangkang | ...



ISU RASUAH & SPRM - Sudah berpuluh kali Anwar Ibrahim bangkitkan di Parlimen. SPRM 'NASIHATKAN' jangan bahas isu di Parlimen. Inilah bahagian yang mana bangkang, yang menyentuh peranan SPRM dan parlimen yang kini menjadi kenyataan. Kes pemilikan sahan Ketua SPRM Azam Baki, sudah tiidak boleh dipertahankan lagi. Semuga perlimen kha 20 Januari nanti isu SPRM ini dibenarkan untuk dibahas oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri. Perjanjian MOU PH dengan pembangkang adalah sebahagian daripada isu sekarang. Tarik sokongan Pakatan Harapan?




RENTASAN 1046 | PANAS!!! TSUNAMI BALAK: SENTAP KERAJAAN DIKECAM, KINI PE...









MENARIK DALAM RENTASAN 1046
1. BENCANA DARI HUTAN - BALAK BUKAN PUNCANYA? 2. BENCANA BANJIR DI MELAKA 3. PECAT MENTERI, BUKAN ATLET 4. PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN SEDANG BUAT APA?




BILA DIA HENTAM ANWAR - TUHAN HANTAR BELIAU KE IJN

 


Dr Mahathir masuk IJN jalani prosedur perubatan elektif


 January 8, 2022

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

Perkara itu dimaklumkan IJN menerusi satu kenyataan media petang ini.

“Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) terkini, tiada pelawat dibenarkan melawat Tun Mahathir,” memetik kenyataan itu.

Pada 16 Disember tahun lalu, Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan keluar seminggu kemudian.

RARA MENJAWAB FITNAH DARI SEORANG DOKTOR/DOKTOR PHD TERHADAP BELIAU.


 Susahnya menjadi ADUN Pembangkang di dalam negeri Pahang ini. Saya mendapat satu kiriman posting viral mengenai seorang Dr yang menulis perkara yang tidak betul dan fitnah terhadap diri saya ( https://www.facebook.com/100001070408695/posts/4857375817641384/?d=n ). Saya di sini ingin menjawab setiap tuduhan dan kenyataan fitnah yang beliau tulis dengan kebenaran. Saya sukar untuk puaskan hati semua orang, lebih-lebih lagi disaat sebegini. Tetapi jangan butakan hati untuk menidakkan kerja yang telah saya lakukan untuk DUN Ketari. 


1. Berkaitan dengan Chegar Medang. 


Chegar Medang adalah salah satu kawasan di dalam DUN Ketari. Pada 20 Disember 2021, saya telah pergi menjenguk Taman Chegar Medang dan berkesempatan untuk membantu kerja-kerja pembersihan rumah penduduk sebelum saya ke kawasan yang lain ( https://www.facebook.com/100044504136640/posts/452359466257521/?d=n ). Saya tidak mampu untuk pergi ke semua rumah penduduk. Namun bukan pada 20 Disember sahaja saya menjenguk Chegar Medang. Saya hadir beberapa kali menjenguk Chegar Medang, bahkan saya juga terserempak dengan YB Senator Wan Ahmad Fayhsal sewaktu beliau dan jentera Armada Bersatu beliau turun membersihkan Chegar Medang. 


Mengenai dengan janji kerja kutipan sampah yang dinyatakan dalam posting tersebut. Saya TELAH MENYEWA 6 buah lori dan 2 backhoe sebagai back up kepada kerja-kerja pembersihan yang sepatutnya menjadi tanggungjawab SWCorp / Alam Flora. Saya faham mereka tidak akan menang tangan. Oleh itu saya dengan inisiatif saya sendiri dan dengan dana yang saya perolehi daripada crowdfund #BantuKetari telah menyewa lori dan backhoe untuk pembersihan bukan sahaja untuk Chegar Medang (https://www.facebook.com/100044504136640/posts/454266236066844/?d=n) , bahkan untuk kawasan-kawasan lain juga. Namun ia masih tidak mampu menampung kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terjejas kerana sampah dan sisa banjir terlalu banyak. 


Perbelanjaan dari dana yang saya dapat telah saya huraikan di dalam posting di Facebook saya ( https://www.facebook.com/100044504136640/posts/457581002402034/?d=n). Saya bersyukur masih ada rakyat Malaysia yang sudi menyumbang untuk dana #BantuKetari bagi membantu saya untuk menguruskan perihal pengurusan selepas bencana dalam kawasan DUN saya. Saya ingin tegaskan di sini, sebagai ADUN Pembangkang dari parti DAP yang bernaung dibawah payung konsesi Pakatan Harapan yang pada tahun 2018 telah bertanding dibawah logo Keadilan - saya tidak menerima apa-apa bantuan bahkan peruntukan pengurusan pasca bencana dari kerajaan Negeri bahkan dari kerajaan Persekutuan. Semua perbelanjaan saya adalah daripada duit dana #BantuKetari yang saya kumpulkan menggunakan akaun Pusat Khidmat DUN Ketari. Setiap barangan yang saya edarkan pula adalah hasil dari sumbangan orang ramai termasuklah Ahli Parlimen dan ADUN dari Pakatan Harapan yang lain, NGO, syarikat korporat melalui program CSR mereka dan sumbangan peribadi secara individu. Bahkan di kawasan Chegar Medang saya telah mengedarkan tilam, bantal dan selimut untuk kegunaan penduduk. Saya tidaklah mampun untuk memenuhkan rumah tuan dan puan dengan set perabot yang lengkap, namun saya cuba untuk berikan kelengkapan asas walaupun ia tidak mencukupi sebenarnya. 


2. Tidak cukup manpower

Saya akui saya tidak mempunyai tenaga yang ramai untuk menghadapi bencana banjir ini. Di pejabat saya, saya hanya mempunyai 4 orang pegawai dan seorang intern dan kami sejak dari bencana banjir berlaku telah bersama-sama beberapa sukarelawan yang terdiri daripada penduduk di DUN Ketari dan sahabat-sahabat telah mengembleng tenaga untuk membantu penduduk DUN Ketari yang terkesan dengan bencana banjir. Seorang pegawai saya tidak menyambut perayaan Christmas pada tahun ini dan mereka semua telah bekerja hampir 3 minggu tanpa cuti. 


Untuk kerja pembersihan, saya sekali lagi bersyukur kerana saya telah mendapat bantuan dari sukarelawan yang telah sudi membantu. Hampir 1000 sukarelawan telah hadir membantu kerja-kerja pembersihan di dalam DUN Ketari. Namun kerja pembersihan masih tidak selesai. Saya tidak mampu untuk menghantar sukarelawan di setiap rumah yang terkesan di DUN Ketari. Priority saya adalah rumah warga emas yang uzur, mereka yang kurang upaya, keluarga yang terkesan teruk dan sekolah. 


Kerja-kerja pembersihan juga tak dapat untuk dijalankan sepenuhnya kerana bekalan air masih lagi rendah di kawasan DUN Ketari. Bahkan ada kawasan yang tidak mempunyai bekalan elektrik. Maka apa yang boleh dilakukan ialah membersihkan dengan cara biasa, tanpa menggunakan water jet atau peralatan canggih lain yang memerlukan tekanan bekalan air yang tinggi dan bekalan elektrik. 


3. Lompat parti Keadilan

Saya dari dahulu sehingga sekarang adalah ahli DAP dan wakil rakyat DAP yang bertanding dan menang atas tiket Pakatan Harapan yang bertanding menggunakan logo Keadilan pada PRU 14 yang lalu. Saya rasa penulis post kena cakna dan membaca lebih sedikit mengenai perihal PRU 14. Saya tidak pernah lompat parti. Saya adalah ADUN DAP dari Pakatan Harapan. 


4. Isu pembalakan negeri Pahang

Bagi saya, penulisan mengenai isu pembalakan ini adalah fitnah yang paling serius yang dilemparkan oleh penulis post kepada saya. Dan saya juga merasakan walaupun dengan jawatan Dr di hadapan nama beliau, beliau masih lagi tidak pandai membezakan peranan pembuat dasar dan polisi, peranan kerajaan tempatan dan peranan kerajaan dan pembangkang. 


Saya adalah ADUN Pembangkang yang tidak mempunyai akses apa lagi autoriti untuk membuat sebarang keputusan dan dasar bagi negeri Pahang. Semua keputusan dibuat oleh kerajaan negeri yang diterajui oleh Barisan Nasional. Bahkan kesemua exco-exco kerajaan Negeri adalah dari cadangan lantikan Menteri Besar yang mendapat perkenan Sultan Pahang. TIADA SEORANG PUN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG DARI PEMBANGKANG DILANTIK MENJADI EXCO. 


Keputusan untuk meluluskan apa sahaja projek adalah terletak kepada pihak kerajaan negeri. Dan jika untuk meluluskan apa sahaja RUU kerajaan negeri, jumlah 9 orang ADUN Pembangkang sudah tentu tidak mampu mengalahkan jumlah ADUN Kerajaan negeri untuk menggagalkan sesebuah RUU itu. 


Jadi adalah satu fitnah dan tuduhan serius dari penulis mengatakan bahawa saya berkait dengan aktiviti merosakkan alam sekitar. Bahkan jika penulis ini cakna, beliau akan merujuk kepada semua ucapan sidang saya yang ada terdapat dalam Facebook page saya di mana saya dengan tegas membawa isu alam sekitar ke perhatian sidang DUN. 


Saya tiada kuasa meluluskan apa sahaja undang-undang, projek atau lesen untuk kerja-kerja pembalakan dan perlombongan di negeri Pahang apa lagi di kawasan DUN Ketari. Saya ini tidak menerima apa-apa peruntukan langsung dari kerajaan Negeri sejak menjadi ADUN - ini pula autoriti untuk meluluskan apa sahaja projek. Saya ini bagai melukut di tepian gantang. Walaupun ADUN namun setiap mesyuarat pengurusan bencana peringkat daerah tidak pernah dijemput. Dan penulis melalui penulisan beliau menggambarkan saya mempunyai autoriti untuk meluluskan aktiviti seperti yang beliau katakan itu - saya rasa penulis perlu lebih lagi membaca. 


Saya tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Tapi saya cuba sebaik boleh untuk menjalankan tanggungjawab dan amanat yang terletak di atas bahu saya. Sukar untuk saya menjalankan kerja saya kerana saya tiada sokongan dari kerajaan Negeri. Akan tetapi saya perlu teruskan juga demi penduduk Ketari. Saya tahu ramai yang tidak senang, terutamanya dari parti lawan. Tapi jangan butakan mata dan hati dengan menidakkan kerja-kerja yang telah saya lakukan. 


Sepatutnya, pada ketika ini kita semua fokus pada kerja dan tanggungjawab masing-masing. Saya menghormati dan berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus untuk membantu mangsa banjir tidak kira dari mana parti, NGO, Badan Kerajaan, perseorangan dan sebagainya. 


Semoga Ketari bangkit. 


#BantuKetari

#KetariKu

ULANGAN SEMULA BAGAIMANA MOKHTAR ANAK SENIK MEMBELIT KATA KATA DIKETIKA PH MEMERINTAH.BETAPA MOKHTAR SENIK INI MENJADI LIABILITI TERHADAP PAS.

 *Blogger sekolahkan ulama Pas, Mokhtar Senik*


Oleh WFAUZDIN NS

8, Januari, 2022 

Sebelum saya menjawab hujah Mokhtar anak Senik, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin.

Saya merujuk kepada status dan penulisan yang digelar Ketua Dewan Ulamak dari parti lebai. Saya salin semula apa yang lebai ini sebut, kemudian saya akan menjawabnya.


Mokhtar anak Senik berkata;


*1. Mokhtar anak Senik: Jangan mencari kemenangan melalui fitnah seperti kemenangan PH dlm pru 14 yang lalu. Kerana kemenangan yang diraih melalui jalan yang hina akhinya akan kecundang penuh hina pula.*


Saya jawab:


Sepanjang kempen PH sebelum PRU14 yang lalu kami banyak dedahkan tentang rompakan wang rakyat melalui skandal 1MDB. Adakah ini cerita fitnah?


Bukankah wang rompakan ini sedikit demi sedikit telah dikembalikan kepada kerajaan oleh DOJ? Duit apa yang DOJ itu kembalikan kalau bukan wang rakyat Malaysia? 


Bodoh sangatkah Amerika mahu pulangkan duit kalau MO1 dan Jho Low tidak merompaknya? 


Boleh Mokhtar anak Senik beritahu duit apa yang DOJ pulangkan itu?


PH tidak menfitnah, sebab itu sebaik saja kita menjadi kerajaan kita telah menyeret mereka yang terlibat ke mahkamah dan kini sedang dibicarakan. 


Fitnahkah PH bila kita dedahkan skandal Tabung Haji dan penyelewengan felda. Kita tidak cakap kosong, kita dakwa mereka yang terlibat seperti Azeez Rahim dan Isa Samad. Zahid Hamidi pun kita bawa ke mahkamah.*


Sebaliknya, lebai yang banyak buat fitnah terhadap kerajaan PH. Mereka tuduh Dap jual aset Tabung Haji.


PH jual aset khazanah dan macam-macam lagi, tetapi bila parti lebai ini berada dalam kerajaan pintu belakang sekarang, tiada seorang pun menteri dari PH yang telah didakwa. Cakap saja berdegar-degar.


Waktu kerajaan PH dulu, sepantas kilat kita heret mereka yang menyeleweng ke mahkamah. Di era kerajaan pintu belakang, mereka sekadar sembang dan buat fitnah sahaja.


Mokhtar anak Senik kata, kerajaan PH jatuh dengan hina. Kesihan, orang yang dikatakan ulamak ini tidak boleh bezakan mana satu lebih hina, kerajaan yang mendapat rakyat atau kerajaan yang terdiri hasil dari pengkhianatan.


Adakah kerajaan negeri Perak di bawah Pas di era MB Nizar yang dijatuhkan pada tahun 2009 dulu hasil pengkhianatan, boleh dianggap kerajaan Pas jatuh dengan hina? 


Kerajaan Pas Terengganu pernah jatuh pada tahun 1961, adakah jatuhnya hina?


Paling hina adalah ulamak yang bersekongkol dengan pengkhianat demi kerana jawatan dunia. 


Mereka sanggup jual agama kerana kepentingan perut masing-masing.


*2. Mokhtar anak Senik: Selepas memperolehi kemenangan jgn sombong seperti PH. Jgn lupa diri seperti mereka. Sehingga keangkuhan dan kesombongan itu tidak terlindung lagi krluar dari mulut mereka saban hari. Allah tidak suka org yang sombong. Kesombongan adalah pakaian Allah.*


Saya jawab:


Mengapa Mokhtar anak Senik tidak beri satu contoh kesombongan kerajaan PH?


Apakah sombong kerajaan PH bila kita tidak melantik semua ahli politik pegang jawatan di dalam GLC seperti yang kerajaan pintu belakang lakukan sekarang?


Sombongkah kita bila kita jadikan media kerajaan yang bebas sehingga muktamar Pas dan Perhimpunan Agung Umno pun media kerajaan waktu itu beri liputan meluas?


Sombongkah kerajaan PH apabila hanyak melantik sekitar 50 jawatan menteri berbanding 70 jawatan politik, tidak termasuk duta khas bertaraf menteri di bawah kerajaan pintu belakang sekarang?


Sombongkah kerajaan PH apabila kita melantik Pengerusi PAC itu dari kalangan Pembangkang waktu itu yang tidak pernah berlaku di era kerajaan Umno/Bn. Bahkan, kerajaan pintu belakang sekarang pun tidak melantik Pembangkang sebagai Pengerusi PAC. 


Di mana sombongnya? Siapa yang sombong sebenarnya?


*3. Mokhtar anak Senik: Jangan cenderung kepada keinginan kehendak orang-orang kafir hingga membelakangkan agama seperti PH. Jangan kerana nak jaga hati DAP, mereka sangup pula membiarkan Islam di ganyang oleh musuh-musuh Allah. Ingat.. Orang yang tidak menjaga agama Allah, maka Allah tidak akan memberi pertolongan kepadanya.*


Saya jawab:


Seperti biasa, lebai memang fobia dengan Dap, tetapi tidak dengan MCA. Lebai ini tuduh kerajaan PH ini ikut telunjuk Dap, tetapi satu buktikan lebai ini gagal kemukakan.

Adakah kerajaan PH menolak ICERD itu adalah kerana ikut telunjuk Dap?


Adakah kerajaan PH memberi tambahan peruntukan kepada perkembangan Islam seperti peruntukan kepada sekolah-sekolah agama dan pondok itu adalah kerana ikut arahan Dap?


Meningkatkan elaun guru KAFA dan bercadang untuk menjadikan guru KAFA sebagai guru tetap, adakah itu mengikut telunjuk Dap?


Menghapuskan kuota dan keistimewaan kepada menteri-menteri untuk menunaikan haji agar beri peluang kepada rakyat biasa mengikut giliran, adakah itu kehendak Dap juga?


Kerajaan PH memberikan royalti minyak kepada negeri lebai Kelantan dan Terengganu yang dinafikan oleh kerajaan Umno/Bn dahulu, adakah itu mengikut telunjuk Dap? 


Kerajaan PH bertegas tidak memulangkan pendakwah Zakir Naik ke negara asalnya India, adakah itu membuktikan kerajaan PH ikut arahan Dap? 


Sayang sekali, ramai ulamak lebai ini yang membutakan mata mereka. Apabila MCA bercakap, lebai ini terkedu kerana MCA itu pasangan *kelamin’nya.*


*4. Mokhtar anak Senik: Jangan abaikan rakyat seperti yang telah dilakukan oleh PH. Kebajikan rakyat adalah keutamaan. Jangan zalimi rakyat sendiri, kerana doa orang-orang yang dizalimi itu adalah doa-doa yang tidak dihijab oleh Allah. Sekali rakyat yang dizalimi menadah tangan kepada Allah, maka sekuat mana pun sebuah kerajaan itu pasti akan runtuh.*


Saya jawab:


Kezaliman? Sekali lagi lebai Al Maunah ini kemukakan satu saja bukti kezaliman kerajaan PH. Adakah dengan tindakan kerajaan mengadakan skim KWSP kepada suri rumah yang tidak bekerja itu satu kezaliman?


Skim MySalam, Peka40, untuk bekas tentera yang layak terima PJM juga dapat “one off” dan kerajaan PH bercadang untuk berikan elaun tetap kepada mereka, dab banyak lagi dasar yang diumumkan untuk kepentingan rakyat yang sengaja lebai butakan mata atau memang lebai tidak tahu.


Dasar subsidi minyak petrol yang mengikut harga pasaran dunia tetapi dihadkan agar tidak terlalu tinggi yang jauh murah berbanding di era kerajaan Umno/Bn sebelum itu, adakah itu satu kezaliman?


Bahkan, dengan dasar itulah sekarang ini rakyat dapat harga minyak yang murah akibat kejatuhan harga minyak dunia.


Mana dasar subsidi minyak kerajaan pintu belakang sekarang? Tiada kan? Tiada lagi protokol keterlaluan dan hadiah untuk menteri di dalam mana-mana program jabatan atau kenenterian, kecuali menteri boleh terima cenderahati seperti buah-buah atau cenderahati yang tidak bernilai tinggi, adakah itu satu kezaliman?


Guru-guru dilarang membuat tugas tambahan yang membebankan seperti membuat tugas kerani, adakah itu satu kezaliman?


Tunjuk lah apa yang lebai maksudkan dengan kezaliman itu. Jangan guna air liur sahaja.


*5. Mokhtar anak Senik: Jangan khianati Institusi Raja-raja sebagai ulil amri, bangsa dan negara sendiri seperti yang telah dilakukan oleh PH. Kerana tonggak kekuatan ummat ini diperkukuhkan oleh ketiga-tiga eliment tersebut.*


Saya jawab:


Lebai Mokhtar anak Senik terus berhujah tanpa fakta. Sebutlah kes mana satu kerajaan PH khianati raja-raja. Adakah kerajaan PH pernah berguling depan istana seperti yang puak-puak lebai pernah lakukan sewaktu kerajaan negeri Perak bawah Nizar jatuh dahulu?


Siapa yang menderhaka kepada raja-raja melayu sehingga tercetusnya peristiwa pembunuhan di Memali dulu? Siapa yang menabalkan sultan di bawah pokok dahulu? Bukankah mereka ini berada di dalam kerajaan pintu belakang bersama parti lebai sekarang?


Yang angkat banner di depan istana Terengganu dulu tertulis ” Kami mahu Deris, Natang” , siapa orangnya? Buankah puak itu juga berada dalam kerajaan pintu belakang bersama lebai sekarang?


*6. Mohtar anak Senik: Jangan berjanji itu dan ini kepada rakyat sedangkan sudah tahu tidak mampu melaksanakannya seperti yang telah dijanjikan oleh PH dlm manifesto mereka. Sengaja membohongi rakyat adalah jenayah moral yang sangat jijik. Akhirnya menimbulkan kemarahan rakyat.*


Saya jawab:


PH tidak pernah menarik balik janji-janji di dalam manifestonya. Apa yang dapat ditunaikan segera, seperti pemansuhan GST kita telah tunaikan. Banyak lagi yang kita telah janjikan telah kita tunaikan, cuma ada beberapa janji yang terpaksa ditangguhkan kerana kekangan kewangan di mana kerajaan PH perlu utamakan yang lebih penting lagi.


Ada janji yang tidak dapat dipenuhi sepenuhnya tetapi diusahakan secara berperingkat-peringkat seperti penghapusan tol, kita usahakan dahulu dengan mengurangkan kadar tol di samping menghapuskan beberapa tol untuk permulaan.


Hutang PTPTPN juga kita belum dapat dilaksanakan janji sepenuhnya, namun ada usaha untuk melonggarkan sedikit bebanan peminjam.


Di era kerajaan Umno/Bn peminjam yang gagal bayar pinjaman mereka di senarai hitamkan dari ke luar negara.


Kerajaan PH hapuskan peraturan ini. Kerajaan PH yakin manifesto yang gagal dilaksanakan sepenuhnya itu akan dapat dilaksanakan sebelum habis penggal.


Pemberian royalti yang memberi manafaat kepada kerajaan negeri Kelantan Dan Terengganu adalah di antara janji-janji kita di dalam manifesto dan kita berjaya tunaikan. Yang ini lebai tak nampak.


Adakah semua manifesto kerajaan lebai di Kelantan dan Terengganu telah tertunai? Jangan cuba sorokkan janji-janji kamu tetapi mencari silap orang lain. Kerajaan itu boleh dianggap tidak tunaikan janji apabila mereka gagal laksanakan setelah sepenggal mereka menjadi kerajaan. Tidak masuk akal untuk menuduh kerajaan PH gagal tunaikan janji hanya menilai tempuh tidak sampai dua tahun.


Kerajaan Pas di Kelantan sudah banyak penggal menjadi kerajaan dan bermacam-macam janji diberikan kepada rakyat.


Usahkan Hudud, masalah air paip yang seperti teh tarik itu pun masih gagal diatasi walaupun negeri itu tiada Dap.


Jelas di sini, kejatuhan kerajaan PH bukan kerana rakyat tolak akibat apa yang lebai Mokhtar anak Senik sebut di atas. Rakyat tolak hanya melalui Pilihanraya seperti rakyat tolak Umno/Bn dan Pas pada PRU14 yang lalu. Pengkhianat yang belot kepada parti dan mandat rakyat, sepatutnya malu untuk berkata inilah kerajaan yang rakyat kehendaki.


Kalau satu ketika nanti pemimpin kita khianat kepada negara ini dan menjualnya kepada negara asing sehingga negara ini diperintah oleh negara asing, jangan pula waktu itu kita masih bercakap rakyat memberi mandat kepada kuasa asing untuk memerintah negara ini.


Jangan jual maruah rakyat semurah itu. Jika lebai mahu menjadi pelacur politik, silakan, tetapi jangan babitkan rakyat.

PM TIADA PILIHAN SELAIN MEMAKSA AZAM BAKI BERCUTI ATAU LETAK JAWATAN







Terlalu banyak beban buruk yang dipikul oleh PM dari Umno iaitu Ismail Sabri sekarang.  Apabila beliau mengambil alih jawatan PM dari kerajaan tebuk atap pimpinan Mahiaddin, kerajaan gagal yang sama dipimpin oleh Ismail Sabri dan terus memburukkan keadaan negara.


Tidak habis dengan isu Pandora Paper, isu NDB, isu balak, isu vaksin, isu banjir, dan kini wujud pula isu melibatkan orang kuat SPRM, Azam Baki.  Kesemua isu ini dipandang sepi oleh semua parti yang mendokong kerajaan tanpa mandat rakyat ini termasuk komen positif dari parti Pas yang memuji kenyataan Azam Baki.  Mana suara panglima-panglima yang hebat melaungkan ketuanan kerajaan melayu islam?  Inikah bentuk kerajaan melayu islam itu?


Ini belum kita bertanya tentang di manakah 6 buah helikopter yang dibeli sejak tahun 2016 dan dijanjikan sampai ke negara kita hujung tahun 2021.  Duit telah dibayar, apakah helikopter itu telah sampai? Apakah ditangguh lagi? 


PM tiada pilihan lain, jika beliau tidak mahu letak jawatan, paling kurang dia paksa Azam letak jawatan.  Jika itu pun beliau gagal lakukan, maksudnya erajaan sekarang ini tiada maruah langsung.  Betullah kata orang, selagi Umno berkuasa, selagi itulah penyelewengan akan disembunyikan.  Rakyat terus menderita.


WFAUZDIN NS




Bah besar luar jangka berpotensi berulang, kata pakar


Limpahan banjir dan tanah runtuh yang pada asasnya merupakan elemen normal tindak balas eksogen, berubah skala menjadi sesuatu yang besar serta bersifat bencana apabila tanah (baik di kawasan tinggi mahupun landai) diteroka secara tidak terkawal, kata pakar geologi, Nor Shahidah Mohd Nazer. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Bah besar luar jangka yang melanda Lembah Klang, khususnya di Taman Sri Muda dan Hulu Langat, baru-baru ini, berpotensi untuk berulang di kawasan terbabit kerana kriteria fizikal yang mempengaruhi bencana itu sudah dipenuhi.

Pakar geologi kejuruteraan dan mekanik tanah, Nor Shahidah Mohd Nazer, berkata malah bencana serupa boleh berlaku di kawasan lain.

Justeru mahu tidak mahu, beliau berkata, masyarakat amnya perlu sentiasa bersedia untuk hidup dengan bencana sekalipun kawasan mereka tidak pernah menghadapi situasi itu buat masa ini.

“Bencana alam memang akan berlaku melalui proses eksogen di permukaan bumi. Namun, pembangunan tidak mampan dan tidak dikawal selia dengan baik, memburukkan lagi proses hakiki ini, menerusi tekanan tambahan kepada permukaan tanah serta kitaran hidrologi.

“Justeru, limpahan banjir dan tanah runtuh yang pada asasnya merupakan elemen normal tindak balas eksogen, berubah skala menjadi sesuatu yang besar serta bersifat bencana apabila tanah (baik di kawasan tinggi mahupun landai) diteroka secara tidak terkawal,” katanya kepada Bernama.

Eksogen adalah proses seperti hakisan, penyusutan jisim, pemendapan dan luluh hawa tanah yang mengubah permukaan bumi.

Mengambil contoh Taman Sri Muda, Nor Shahidah yang juga pensyarah kanan di Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kawasan berkenaan mempunyai paras air bawah tanah yang cetek, justeru mudah digenangi air kerana kapasiti penyimpanan air oleh tanah yang rendah.

“Kedudukan kawasan yang lebih landai daripada kawasan landai lain memburukkan lagi keadaan. Selain itu, wujud tanah tinggi gambut dan lempung marin di kawasan Shah Alam, iaitu dua komponen yang menyebabkan tanah sangat lembut serta tidak stabil dengan potensi pemendapan serta kadar memegang air yang tinggi.

“Justeru apabila banjir, kawasan sebegini akan paling mudah terjejas dan menyebabkan air bergenang,” katanya.

Bukan perkara baru

Nor Shahidah menjelaskan, tekanan ke atas permukaan tanah dan kitaran hidrologi disebabkan pembangunan, bukan perkara baharu.

Sebaliknya, beliau berkata, ia sudah rancak berlaku sejak zaman pascamerdeka melalui penerokaan hutan di beberapa negeri untuk dibangunkan sebagai kawasan perbandaran.

Susulan perkembangan itu, katanya, beberapa siri kejadian banjir direkodkan, termasuk bah besar pada 1971, menandakan pengaruh manusia mula menampakkan kesan kepada alam sekitar.

“Perlu difahami, sistem sungai merupakan satu rantaian berkesinambungan dan berhubung dengan sistem sungai yang lain.

“Jadi, tidak menghairankan apabila kapasiti sungai di satu-satu kawasan meningkat, sistem sungai di kawasan lain yang terletak berpuluh kilometer jauhnya turut terkesan.

“Hujan ekstrem yang turun menambah kapasiti limpahan air melebihi biasa dan pelbagai faktor seperti sistem perparitan lemah, zon tidak telap air dan ketepuan tanah, menambah buruk kejadian banjir.

“Kejadian air pasang juga menyebabkan aliran air dari sungai ke laut terhenti seketika dan kekal bergenang di daratan,” katanya.

Mengambil kira keadaan semasa termasuk perubahan iklim, Nor Shahidah menyarankan agar pembangunan di kawasan berisiko, terutama yang boleh memberi tekanan kepada sistem tanah dan hidrologi, dihadkan.

Sebagai contoh, beliau berkata, bandar yang pesat membangun perlu dihadkan jumlah projek mega agar kesemuanya tidak berjalan serentak, selain mengawal selia projek berskala kecil yang diluluskan.

“Jika ini berlaku, kemungkinan besar skala bencana dan impaknya terhadap rakyat dapat dikurangkan dengan drastik,” katanya.

Pengurusan banjir

Selain itu, pengurusan bencana banjir perlu dilaksanakan dengan pelan kontingensi yang terancang, termasuk memperluas zon tebatan banjir, mengambil kira faktor hujan ekstrem dan kadar ketepuan tanah selepas hujan.

“Contohnya, Pakistan mengalami banjir terburuk dalam sejarahnya pada 2010 serta 2011. Keadaan itu berterusan hingga dua tahun selepas itu kerana faktor ketepuan tanah masih tinggi akibat banjir pada 2010.

“Perkara sama boleh berlaku di Malaysia jika kita tidak memastikan sistem tanah dan sungai di kawasan yang pernah dinaiki banjir, bersedia menerima hujan lebat pada masa akan datang,” katanya sambil menegaskan pembinaan kawalan berstruktur amat perlu untuk membantu penyeimbangan semula kapasiti takungan air di sesuatu kawasan terjejas.

Beliau berkata, sekalipun rakyat perlu belajar hidup dengan bencana, kerajaan juga harus memastikan pengurusan bencana berada pada tahap optimum berserta pelan kawalan banjir yang komprehensif, disesuaikan mengikut keadaan geologi, geografi dan sosioekonomi kawasan.

Katanya, tahap kesiapsiagaan rakyat juga perlu dipertingkat melalui hebahan maklumat yang pantas, selain melatih mereka sentiasa berwaspada terhadap amaran dikeluarkan pihak berkuasa.

Nor Shahidah juga berpendapat, sudah tiba masa untuk kerajaan mengkaji semula sistem mitigasi yang ada kerana ia wujud sejak era 80-an serta 90-an dengan kebanyakannya tidak membuat unjuran kepesatan pembangunan dan populasi penduduk terkini.

Ini termasuk sistem terowong SMART yang dilihat sebagai antara sistem paling ke hadapan ketika mula beroperasi pada 2007.

Selepas 15 tahun beroperasi, katanya, kemampuan terowong itu perlu dikaji semula dengan mengambil kira perkembangan semasa.

Malah di Jepun, beliau berkata, pakar negara itu turut meragui kemampuan sistem terowong mega bawah tanah di Tokyo yang beroperasi sejak 2006, dalam menampung perubahan iklim yang ekstrem.

“Jika sistem negara lain dengan kapasiti jauh lebih besar turut terkesan oleh perubahan iklim, apatah lagi kita. Tambahan pula, kedudukan negara yang terletak berdekatan garis lintang Khatulistiwa menyebabkan taburan hujan negara kita adalah lebih banyak dan lebat,” katanya.

Amanah serah memo gesa Agong titah PM tubuh RCI siasat Azam


Pemuda Amanah menyerahkan memo kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah kerana hilang kepercayaan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki. Memo itu diserahkan kepada pihak Istana sekitar jam 3 petang di Pintu Utama Istana Negara hari ini.

MGNews: Isu Azam Baki : Rakyat Perlu Bangkit Elak Negara Jadi Korup - Ma...



Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik bercakap kepada media selepas membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.


MGNews: Nak Bawa Masuk Warga Bangladesh Tapi Sekat Orang Malaysia Nak Pe...



Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi bercakap kepada media bercakap kepada media selepas menyerahkan memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia supaya menangguhkan proses membawa pekerja asing ke Malaysia di Kompleks D, Putrajaya.




ROMBAK KABINET TAK ADA BEZA JIKA KITAR SEMULA



"Jadi saya rasa tiada keperluan untuk melakukan rombakan Kabinet, malah jika penyusunan semula mungkin banyak masalah baharu timbul sebab anggota Jemaah Menteri baharu perlu belajar semula dari A hingga Z, mengkaji pelbagai masalah dihadapi dan sebagainya. "Tindakan itu hanya membuang masa dan mencetuskan kacau-bilau dalam kerajaan. Oleh itu, desakan supaya Perdana Menteri menyusun semula Kabinet Keluarga Malaysia buat sekarang adalah tidak kena pada masanya," katanya kepada Sinar Premium pada Isnin.



NAK BUAT AMAL IBADAT PUN MENIPU ? HABIS KALAU JANGKIT ATAU DIJANGKITI PADA ATAU DARI ORANG LAIN MACAMANA ?....MESTI SALAHKAN TAKDIR...

 


Zalim! Agamawan seru jemaah umrah tipu sijil vaksin bertaubat



Perbuatan memalsukan sijil vaksinasi untuk mengerjakan umrah disifatkan sebagai menzalimi orang yang benar-benar mempunyai sijil vaksin sah, kata Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim. (Gambar AP)

PETALING JAYA: Perbuatan memalsukan sijil vaksinasi Covid-19 bagi tujuan mengerjakan umrah dianggap menzalimi pihak lain dan individu melakukannya perlu bertaubat, kata Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim.

Beliau berkata, sekiranya tidak dibendung perbuatan itu menjadi amalan yang mencalarkan imej agama dan negara.

“Yang pasti, tiada siapa kata boleh menipu. Disebabkan dia (pemalsu sijil vaksin), nanti sijil vaksin sudah tidak lagi boleh dipercayai.

“Dia akan menzalimi orang yang benar-benar memiliki sijil vaksin sah. Dia buka peluang untuk zalimi pihak lain,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Semalam, media melaporkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dipetik, mendedahkan terdapat jemaah umrah dijangkiti Omicron tidak menerima sebarang vaksin dan dibenarkan keluar mengerjakan ibadat itu.

Khairy berkata, pihaknya juga sedang menyiasat sama ada mereka yang tidak divaksinasi terbabit, disebabkan faktor kesihatan atau enggan divaksinasi.

Dalam pada itu, Zamri berkata, perbuatan menipu sijil vaksin bagi mengerjakan umrah turut dikhuatiri menyebabkan ibadat itu tidak tergolong sebagai mabrur (diterima).

“Kalau ikut hukum dan syarat, ibadah itu sah. Namun, walaupun sah belum tentu mabrur, diterima.

“Kepada yang sudah terlanjur melakukan perbuatan itu (menipu sijil vaksin), bertaubatlah kepada Allah dan jangan ulangi semula,” katanya.


PM diberi masa tujuh hari rehatkan Azam Baki jika tidak…DEMONTRASI BESAR BESARAN

 


Biro Mobilisasi AMANAH Nasional memberi tempoh tujuh hari kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bertindak merehatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Ketuanya Mohd Sani Hamzan berkata pihaknya memberi masa tujuh hari selepas penyerahan memorandum kepada Istana Negara hari ini bagi meminta Tuanku menitahkan perdana menteri merehatkan Azam Baki.

Beliau berkata, jika tiada apa-apa tindakan daripada perdana menteri satu himpunan besar akan diadakan di pejabatnya di Putrajaya

“Kalau tidak ada apa-apa tindakan daripada PM, kita akan anjurkan satu himpunan besar, himpunan menuntut supaya ketua SPRM ini direhatkan kita akan adakan himpunan ini di Putrajaya di hadapan Pejabat PM,” katanya.

Isu dakwaan konflik kepentingan saham atas nama Tan Sri Azam Baki perlu disiasat secara telus dan terperinci demi menjamin integriti SPRM.

Arahan untuk merehatkan Azam Baki supaya membenarkan siasatan di buat ke atasnya dengan bebas dan telus.