DESAKAN KLUSTER KABINET LEWATKAN PRU15 BOLEH MAKAN DIRI ISMAIL SABRI


 Berdasarkan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian-bahagian yang berlangsung setakat semalam, jelas kini terdapat dua mazhab keinginan yang ketara dalam parti itu.

Mazhab pertama mahukan PRU15 diadakan segera dan ia mesti dilangsungkan sebelum pemilihan UMNO diadakan.

Bermakna, golongan ini mahu PRU15 diadakan sebelum 29 Disember 2022 iaitu tempoh akhir sebelum pemilihan UMNO mesti diadakan.

Menerajui mazhab ini ialah Presiden UMNO sendiri, Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presidennya, Mohamad Hasan, sebahagian besar barisan dalam hireaki kepimpinan MT, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri.

Banyak alasan diberikan kenapa PRU mesti diadakan segera, antaranya kerana mood rakyat selepas kejayaan PRN Melaka, untuk mengelakkan perpecahan dalam parti akibat pemilihan UMNO dan sebagainya.

Mazhab kedua pula mahu pemilihan UMNO diadakan lebih dulu sebelum PRU15 hendak dilangsungkan.

Bersama desakan agar pemilihan UMNO diadakan segera dan PRU15 dikemudiankan, golongan ini turut mengusulkan agar tempoh khidmat Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri diberi ruang sehingga akhir penggal Parlimen iaitu Jun 2023.

Golongan yang kuat mendesak perkara ini ialah kelompok kluster kabinet iaitu pemimpin UMNO yang tiada jawatan dalam hireaki kepimpinan MT, tetapi berjawatan menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan.

Golongan ini percaya jika pemilihan UMNO diadakan lebih dulu, maka mereka boleh memenangi jawatan dalam kepimpinan MT berdasarkan jawatan kerajaan yang disandang yang seterusnya mencerahkan peluang untuk dipilih lagi sebagai calon PRU15.

Namun, jika PRU15 diadakan lebih dulu, selain kerana tiada kedudukan dalam kepimpinan tertinggi parti dan sebahagian mereka pula kerap berlaga pendapat dengan Presiden, mereka juga percaya peluang untuk dipilih sebagai calon pilihanraya adalah tipis.

Mudah kata, keinginan dan tujuan mendesak pemilihan diadakan lebih dulu itu banyak disebabkan oleh faktor-faktor kepentingan diri belaka.

Dalam kelompok ini, oleh kerana UMNO Bahagian Bera yang diketuai Ismail Sabri turut meluluskan usul agar Perdana Menteri diberi tempoh menjalankan tugas sehingga 2023, ia secara tidak langsung bermakna beliau juga setuju pemilihan UMNO diadakan lebih dulu berbanding PRU15.

Pertelagahan dua mazhab ini dijangka akan terus berlanjutan selepas ini kerana masing-masing ada hujah tersendiri untuk dipertahankan.

Meski begitu, dalam usaha memastikan siapa yang berjaya mempertahankan pendirian masing-masing, harus diakui bahawa kelebihan ada di pihak Zahid Hamidi.

Sekarang ini, termasuk dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bagan Datuk semalam, tidak diragui lagi Zahid Hamidi tetap dengan pendirian mahukan PRU15 diadakan segera dan ternampak beliau tidak akan mengalah mengenainya.

Jika mazhab yang lagi satu terus berkeras mendesak agar PRU15 dilewatkan sehingga 2023, pilihan terakhir yang boleh Zahid Hamidi lakukan ialah menarik sokongan terhadap Perdana Menteri bagi tujuan memaksa pilihanraya diadakan dengan segera.

Apabila dalam ucapannya semalam Zahid Hamidi mengimbas balik tentang peranan UMNO menjatuhkan Tun Mahathir Mohamad dan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri sebelum ini, ia adalah mesej tersirat kepada Ismail Sabri bahawa beliau juga boleh dijatuhkan daripada jawatannya.

Berbeza dengan kluster menteri, mereka hanya sekadar mampu mendesak agar PRU15 dilewatkan saja, tetapi tidak berkuasa apa-apa untuk menggulingkan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO.

Kesimpulannya, dalam pertembungan dua mazhab ini, Perdana Menteri boleh dijatuhkan sebelum tempohnya, manakala Presiden UMNO hanya boleh dijatuhkan melalui tarikh pemilihan yang akan ditentukan oleh Zahid Hamidi sendiri.

Kecuali jika Ismail Sabri sedia akur dengan hasrat Zahid Hamidi, desakan berterusan kluster kabinet untuk melewatkan tarikh PRU15, apa lagi jika terbukti Ismail Sabri terbabit bersekongkol dengannya, tidak mustahil desakan itu akhirnya merupakan tindakan makan diri yang boleh memendekkan hayat Perdana Menteri sendiri. – ShahbudinHusin 19/12/2021.




Hujan sangat lebat diramal di Perak, Pahang, Selangor hari ini

 

Hujan sangat lebat diramal di Perak, Pahang, Selangor hari ini

Hujan lebat berterusan tahap buruk diramal berlaku di Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Pahang (Temerloh, Maran dan Pekan); Sepang (Selangor); Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Jelebu (Negeri Sembilan).

KUALA LUMPUR: Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal berlaku hari ini di beberapa kawasan di ibu negara, Perak, Pahang dan Selangor.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan amaran cuaca yang dikeluarkan pada 1.40 pagi memaklumkan kawasan terlibat di Perak ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.i Pahang, kawasan yang dijangka terlibat ialah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan manakala di Selangor ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat serta Hulu Langat.

Sementara itu, hujan lebat berterusan tahap buruk diramal berlaku di Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Pahang (Temerloh, Maran dan Pekan); Sepang (Selangor); Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Jelebu (Negeri Sembilan).

MetMalaysia juga mengeluarkan amaran waspada hujan berterusan di seluruh Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

Keadaan cuaca sama turut diramal berlaku di seluruh Terengganu, Melaka, Pahang (Bera dan Rompin); Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat).


Banjir | Situasi di Lembah Klang #MaxisBiz



Cuaca hujan yang berterusan lebih 24 jam mengakibatkan sebahagian besar kawasan di Shah Alam kini ditenggelami air.

Anwar Ibrahim: Sidang Media "Door Stop" Terkait Kawasan Dilanda Banjir &...

EDISI KHAS MINGGUAN 053 | GEMPAR!! GABUNGAN PH-PN BAKAL BERLAKU PADA PRU...




MENARIK DALAM EDISI KHAS 053
1. ISMAIL SABRI BAKAL DIGULINGKAN MP UMNO? 2. AWAN SOKONG PH TOLAK RUU PINDAAN AKTA 342 3. PRU-15: PH DISARAN BERGABUNG DENGAN PN



Iktibar dari PRN Sarawak buat parti-parti di Semenanjung

 


Iktibar dari PRN Sarawak buat parti-parti di Semenanjung


Seperti mana dijangka dari awal, parti GPS memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sekaligus memberi gambaran parti-parti luar tidak ada simpati oleh rakyat negeri itu.

Parti dari luar Keadilan, AMANAH dan Pas tidak menang walaupun satu kerusi kecuali DAP yang menang hanya dua kerusi sahaja. Pejuang, Umno kalau pun mereka juga meletakkan calon mungkin ikut kalah sama.

Apakah petunjuk dan pengajaran daripada apa yang berlaku dalam PRN Sarawak itu? Bahawa parti dari luar bukan senang untuk memperluaskan pengaruh di negeri itu, dan sikap kenegerian masih menebal di Sarawak. Laut China Selatan tetap menjadi pemisah rasa dan pembeza semangat.

Kekalahan parti Keadilan, AMANAH, Pas dan DAP, memberi petunjuk parti asal Semenanjuing itu perlu berbuat sesuatu. Bukan masa lagi parti-parti dari Semenanjung untuk menunjukkan kekuatan masing-masing tanpa menyatukan diri bagi menghadapi fenomena yang tidak mahu kita lihat.

Kemenangan besar GPS, merupakan gabungan parti-parti Sarawak itu perlu dilihat dari sudut yang mungkin tidak terfikir sebelum ini. Dengan kemenangan itu ia boleh membuka dimensi siasah baru kepada cara orang Sarawak berpolitik.

Kalau sebelum ini parti luar Sarawak berfikir untuk menguasai negeri itu, atas alasan kononnya untuk memajukan Sarawak, dengan kemenangan besar GPS itu ia boleh bertukar sebaliknya.

GPS adalah gabungan dibentuk parti-parti dari Sarawak pertama kali. Kejayaan besar itu akan menyuntik semangat dan azam baharu buat mereka.

Apa kata kalau GPS pula kali ini akan bertindak seperti parti-parti Semenajung itu untuk menguasai Semenanjung. Jangan fikir hanya parti Semenanjung dirasakan hebat, kuat, dan mahu membuka sayap di Malaysia Timur, tetapi tidak dengan Malaysia Timur untuk Malaysia Barat.

Apa dilakukan oleh Warisan yang sudah merasmikan pelebaran sayap ke Semenanjung adalah muqadimah mengubah dimensi politik. Tidak mustahil untuk 10 tahun mendatang, parti-parti di Sabah dan Sarawak bergabung dan akan melebarkan sayap dengan tujuan untuk menguasai Semenanjung.

Justeru, apa yang perlu dilakukan oleh parti-parti Semenanjung mengorbitkan fikiran baru, meletakkan kecurigaan kepada permainan politik Sabah dan Sarawak dengan bersedia menghadapi tantangan yang tidak mustahil itu.

Maka Umno, Pas, Keadilan, DAP, Pejuang, Muda, Bersatu dan semua parti-parti di Semenanjung perlu mengurangkan politiking dan menunjukkan kehandalan yang bodoh bagi mengatasi kemunculan dimensi politik baru bakal dicetuskan oleh politik Sabah dan Sarawak.


APABILA KAEDAH INI DIHAPUSKAN- SEKUPANG DUA NAK TUNTUT MACAMANA ?


RAMLI MOHD YUNUS


 Apabila kedua dua kaedah bayaran tol ini dimansuhkan...!

...macam mana dengan jumlah baki duit dalam kedua dua kad dan tag ini...!
...sudah semestinya 'seringgit dua' atau 'sekupang dua' tidak akan dapat dituntut oleh pengguna...!
...dan apa jadi dengan 'smart tag' yang dibeli oleh pengguna itu...!





BN MENANG BESAR TAPI TETAP BERGOLAK

 

ZUWAIRI MOHD YUSOF


Hrmmmm BN yang menang majoriti besar PRN MELAKA kekal bergolak di dalam UMNO antara KLUSTER MAHKAMAH vs KLUSTER PRO MAHIADDIN.Patutlah tiba-tiba 20 MP BBC buat sidang media hari tu kehkehkeh.Rakyat yang 20 juta layak undi PRU15 lihat sendiri pihak mane kemaruk kuasa pelahap jawatan sesame mereka.Selepas NAJIB KLEPTOKRAT di dapati bersalah di mahkamah kedua,ZAHID HAMIDI,MASLAN, dan lain-lain mula panas bontot dan meneruskan drama mereka yang tak sudah-sudah.




Game same ZAHID UMNO buat di MELAKA mahu di teruskan di peringkat pusat pula untuk melepaskan diri mereka dari penjara.ANWAR IBRAHIM dan PH baik tarik sokongan pada PM9 serta merta keluar dari MOU jike tidak KLUSTER MAHKAMAH tetap akan buat benda same tarik sokongan dan tumbangkan kerajaan UMNO Ismail sendiri.


KENAPA TERGESA GESA-GESA > ISLE MEMIMPIN BUKAN MACAM INI ?




 SIAPA DAPAT PROJEK INI ?

SALAM DARI ZAMAN SILAM : GAGAL TUNAI JANJI HAPUS TOL, WUJUD PULA SISTEM TOL MENYUSAHKAN PENGGUNA JALAN RAYA

 

ASUWADI ISMAIL






ISMAIL SABRI

Saya semak di media sosial, ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan implementasi baru PLUS yang tidak membenarkan tambah nilai Touch N Go di exit lebuhraya mereka.
Pembayaran tol tanpa tunai mungkin kedengaran bagus namun ia adalah masa yang tidak sesuai dilakukan ketika ini tatkala kemudahan tambah nilai yang ada di Malaysia belum lengkap dan efektif sepenuhnya.
Malah, saya dimaklumkan perkhidmatan tambah nilai Touch N Go dalam talian iaitu e-wallet, juga tidak dikuatkuasakan di kesemua exit tol menyebabkan pengguna tidak boleh 'keluar' dari lebuh raya.
Ada juga yang terpaksa meninggalkan kereta di plaza tol dan berjalan kaki untuk ke stesen minyak berdekatan bagi mendapatkan tambah nilai Touch N Go.
Ada juga yang datang dari luar bandar dan menempuhi lebuh raya PLUS di Lembah Klang tidak mengetahui bahawa mereka perlu melalui tol tanpa bayaran tunai. Orang-orang kampung terpinga-pinga kerana tidak mendapat maklumat secukupnya dan tidak pasti cara untuk menambah nilai Touch N Go mereka.
Ini bukan negara yang berkebajikan dan efektif, ini menganiayai rakyat.
Sehingga hari ini tiada seorang pun menteri bersuara termasuk Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Menteri Kewangan yang terlibat dengan PLUS juga banyak berdiam diri dan menikus di Putrajaya.
Saya hairan sejak Pakatan Harapan memerintah, ada sahaja perkara yang menyusahkan rakyat dan merugikan negara, tidak termasuk isu-isu lain yang penuh dengan cadangan dan keputusan kerajaan yang sangat caca marba!
Sudah lah janji nak hapuskan tol tidak ditunaikan, sebaliknya menghapuskan tambah nilai di kesemua plaza tol! Janji hanya tinggal janji, yang tinggal hanyalah ‘janji dapat menyusahkan rakyat!’
Saya juga memohon pihak PLUS untuk melihat semula perkara ini dan jangan mementingkan diri.
Pihak PLUS perlu laksanakan sistem tambah nilai yang efektif terlebih dahulu dan pastikan gerak kerja penyampaian maklumat yang berkesan sebelum mengambil sebarang keputusan yang melibatkan rakyat di negara kita.
Oleh kerana kerajaan PH GAGAL HAPUSKAN TOL, jangan pula PLUS bertindak sesuka hati menyusahkan pengguna jalan raya iaitu rakyat di negara ini.

WAH...PEMBANGKANG SEDAR ATAU TIDAK DENGAN CHECK AND BALANCE ?


 

PKR PERLU MOVE ON DAN BERSEDIA-PEJUANG TAK BERGAJI HARUS DIANGKAT KEMBALI






 

RITZ FARISH


Anwar kena move balik. Mcm mana step pertama dulu. Melaka sarawak telah membuktikan pkr tidak sehebat dulu. Pkr kena punggut balik Pejuang tak bergaji untuk

Angkat balik pkr..
Geng Cuba tu buang dulu..
Ini langkah pertama..
Bawa balik Rafizi nurul dan Pejuang tulin.
Bukan budak baru semalam aktif dalam pkr.
Statement sebahagian ahli pemimpin Dap
Dan tarian sebahagian pemimpin amanah
Telah sedikit sebanyak memberi hint bahawa
Mereka bukan partner solid untuk mengangkat #AnwarIbrahim sebagai perdana menteri
Bilamana kasih sayang mereka pada Mahathir
Belum luntur..
Kemasukan parti kumpit boggok lepa (dielek sabahan) telah jelas bahawa pengaruh tun itu
Masih di perlukan sesetengah pemimpin Dap pan. Dengan kata jelasnya tun masih bernafsu
Serakah menjadi perdana menteri.
Lepas PRU andaikata warisan muda Pejuang Boleh negotiation dengan Bersatu
Sekali lagi Anwar mendapat jolokan pm tepi.
Hakikat ini Anwar perlu sedar dari skrg.
Bahawa penentangan Anwar itu bukan sahaja
Dari luar PH malah dalam PH ada tetap ada
Hatta dalam pkr wujud petualang itu andai
Dapat Sogok kan pangkat dan wang untuk
Bersama Mahathir..
Azmin masih memasang kail atau lukah
Dalam pkr dari rangkaian budak Cuba.
Anwar kena melakukannya skrg kerana
Pru15 hanya berlaku bila bila masa..
Jika Anwar careless perkara saya sebutkan ini
Tidak mustahil pkr Mendahului parti lain wafat
Selepas pru15...
Anwar kena declare skrg bergerak solo di pru15
Sekurang2nya amanah Dap dapat kita lihat belangnya.
Dan saya yakin dengan Harapan tinggi
Ahli otai Pejuang lama yang menyepi lama
Akan keluar dari segenap pelusuk Malaysia
Memegang ikrar Pejuang sehebat awal
Kemunculan pertama dlm pru..

Banjir: Selangor aktifkan Unit Pengurusan Bencana Negeri - MB

 

Hujan yang turun tidak berhenti-henti di hampir keseluruhan negeri Selangor sejak semalam menyebabkan beberapa daerah dinaikki air dan menyebabkan sebilangan mangsa perlu dipindahkan.

Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Aminuddin Shari, susulan bencana banjir beliau telah pun mempengerusikan mesyuarat terkini Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dan bantuan telah digerakkan ke kawasan kawasan terjejas.

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah memaklumkan taburan hujan mencecah 380mm. Jumlah tersebut lebih dua kali ganda taburan hujan tertinggi yang dicatat sebelum ini, iaitu kira-kira 180mm yang secara kebiasaannya, paras air akan mencapai kira-kira 60mm. Tambahan itu, air pasang di kawasan-kawasan terlibat mencecah sehingga 4.5 meter.

"Memandangkan situasi ini, beberapa ketetapan sedang dan akan diambil.

"Keutamaan mendesak sekarang adalah keselamatan mangsa-mangsa banjir di kawasan yang paling terkesan. Setakat jam 5 petang tadi, Daerah Klang, Petaling, Sepang, Kuala Langat, dan Kuala Selangor, telah mengoperasikan 46 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan 3,582 penduduk yang menjadi mangsa banjir selepas tempat kediaman mereka dimasuki air.

"Kesemua PPS ini akan dilengkapi keperluan asas seperti pakaian, makanan, hand sanitiser, pelitup muka serta cubicle (bilik kecil) bagi melindungi keperibadian keluarga masing-masing," katanya.

Amirudin juga menegaskan faktor pencegahan Covid 19 tetap diutamakan di PPS berkenaan.

Katanya, kesemua mangsa akan melalui saringan Covid-19 secara berkala dan percuma untuk mengelakkan daripada tercetusnya kes Covid. PPS khusus akan disediakan bagi mangsa yang dikesan positif Covid

Selain itu, tegas beliau, aset-aset Kerajaan Negeri serta agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia akan dikerah, khususnya kenderaan redah banjir bagi tujuan pemindahan mangsa serta pengagihan barang keperluan asas.

"Saya telah mengarahkan supaya pihak Air Selangor menyediakan tangki air bergerak untuk ditempatkan di PPS yang beroperasi untuk kegunaan penduduk yang dipindahkan sementara.

"Kesemua usaha ini akan dikoordinasi oleh Smart Selangor Operations Centre (SSOC) yang beroperasi 24 jam berpusat di Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam.

"Kerajaan Negeri juga akan menggerakkan pasukan sukarelawan Team Selangor dan SERVE bagi membantu proses menempatkan penduduk di PPS, mengagihkan bantuan awal serta proses pembersihan yang akan bermula selepas air pasang mula surut," katanya.

 

Hujan lebat berterusan, penduduk Selangor dinasihat berwaspada




Hujan lebat yang dijangka akan berterusan sehingga esok di Selangor mewajarkan seluruh penduduk di kawasan rendah berjaga jaga sekiranya kediaman mereka dinaikki air.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan hujan sangat lebat akan berterusan di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat serta negeri seperti Perak, Kelantan, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Oleh yang demikian, katanya, beliau menasihati penduduk di kawasan-kawasan yang berisiko banjir untuk mematuhi nasihat pasukan keselamatan serta bersiapsiaga sekiranya diarahkan berpindah ke pusat pemindahan banjir.

"Ini adalah untuk melindungi keselamatan anda dan keluarga dalam waktu kritikal ini. Elakkan daripada keluar rumah jika tiada keperluan mendesak. Jauhi dari tempat yang dinaiki air kerana ini boleh menyebabkan renjatan elektrik ataupun panahan petir.

"Kerajaan Negeri akan membuat segala yang termampu mengikut kapasiti untuk memastikan bantuan tiba kepada mangsa yang amat memerlukan pada waktu yang kritikal ini.

"Ikuti maklumat mengenai situasi serta pemakluman terkini di laman media sosial rasmi saya di Twitter, Facebook serta Instagram," katanya.

MB juga berkata, sebanyak 134 pintu air terpaksa ditutup akibat kejadian air pasang yang menyebabkan tidak selamat untuk dibuka bagi mengelakkan air daripada melimpah keluar ke kawasan-kawasan perumahan penduduk yang berdekatan kunci air.

Tambahan kepada itu, katanya sebanyak 93 pam beroperasi secara penuh untuk mempercepatkan aliran air ke sistem perparitan sungai bagi mengawal kejadian banjir yang sedang berlaku di lima daerah di Selangor.

Bagi rakyat Selangor yang memerlukan bantuan maka boleh menghubungi Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor di talian 03-50350920, ataupun nombor-nombor yang tertera di bawah:



Majlis Perbandaran Klang - 03-3374 8845

Majlis Bandaraya Shah Alam - 03-5522 2787

Majlis Perbandaran Kuala Langat - 03-31822566

Hospital Tengku Ampuan Rahimah - 03-3323 9478

Pejabat Kesihatan Daerah Klang - 03-3323 9554

PDRM Klang Selatan - 03-3372 2222

PDRM Klang Utara - 03-3291 3344

Jabatan Kebajikan Masyarakat - 03-3341 3703

Jabatan Kerja Raya - 03-3371 4040

Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor - 03-3371 2464

Angkatan Pertahanan Awam - 03-3371 0820

 

NAK TUKAR PULAK RIPID DARI TOUCH N GO. BAGAI...DENGAR LETERAN NETIZEN-JANGAN SUSAHKAN RAKYAT...


 

KEADAAN BANJIR DI KAMPUNG BANTAL ULU TEMBELING TERKINI


 

Banjir, puluhan pemandu terkandas, tidur dalam kereta

 


Hujan lebat di Lembah Klang sejak pagi semalam menyebabkan puluhan pemandu terpaksa bermalam di dalam kenderaan masing-masing.

Ini berikutan laluan pulang ke rumah mereka di Setia Alam serta Bukit Raja di Klang telah ditenggelami air.

Jalan-jalan utama di Setia Alam yang menghubungkan Meru dan Bandar Bukit Raja di Klang dinaiki air antara dua hingga tiga meter sejak lewat malam tadi menyebabkan ramai pengguna jalan raya yang pulang kerja lewat malam terperangkap dan tidak dapat pulang ke rumah hingga tengah hari ini.

Setakat 1 tengah hari, hujan masih lebat turun di sekitar Lembah Klang.

Tinjauan Bernama di jalan utama menghubungkan Setia Alam dengan Meru mendapati puluhan kenderaan masih berhenti di tepi jalan kerana laluan yang dinaiki air itu hanya boleh dilalui kenderaan berat seperti bas dan lori.

Mohd Faizol Adzhar Mohd Mohtar, 34, berkata beliau terpaksa tidur di dalam kereta yang diletakkan di kawasan parkir kira-kira dua kilometer dari apartmennya di Bandar Bukit Raja sebelum berjalan kaki pulang pagi ini.

“Saya balik kerja dari Kuala Lumpur pukul 9.30 malam tadi dan saya berhenti makan kerana jalan sesak, tiba di Setia Alam kira-kira pukul 12 tengah malam saya dapati semua jalan menuju ke rumah saya dinaiki air.

“Keadaan waktu itu hujan lebat dan saya ambil keputusan untuk tidur di dalam kereta kerana tidak mahu ambil risiko meredah air banjir yang tinggi,” katanya kepada Bernama hari ini.




CARTA B40,M40,DAN T20



 

"ramai orang Kelantan kaya berniaga tak declare income tax" tu benda dongeng je. Aku orang Kelantan, aku duduk Kelantan. Bukannya jenis beranak Kelantan tapi duduk KL pastu sembang deras.
Contoh satu kampung tu ada la orang kaya sorang dua jenis2 pencen kerajaan. Pastu yang meniaga pun ada la dalam sorang dua yg kaya M40. Tapi yang lain tu B40 jugak. Mana ada tanah banyak pun. Satu kampung dah 500 orang lebih.
Jadi tak ada yang salah pun statistik tu. Sebab Kelantan ni masih banyak tempat kategori pedalaman dan luar



PENDATANG BURMA BOLEH BERGAMBAR DENGAN MENTERI....

 

Mcmana yinni yorang long kang, boleh birgambar dgn pemimpin2 umno?

Apa bisinis dia buat? Yinni long kang birniaga ayam ka?
Sana birgambar tirbaid sini birgambar tirbaid.
May be an image of 4 people, people standing and headscarf


BANJIR DIPAHANG KIAN BURUK

 Keadaan di Pekan Sg Lembing skrg. Semoga semua penduduk telah bersedia awal menghadapi bencana ini dan berpindah ke tempat yg selamat mengikut arahan pihak berkuasa. Utamakan keselamatan diri dan keluarga terlebih dahulu. Kita doakan semoga bencana ini tidak berpanjangan dan kesemua penduduk berada dalam keadaan selamat.

W.FAUDZIN

May be an image of tree and outdoors


SAMPAI BILA RAKYAT TERPAKSA TANGGUNG SENGSARA

 

SOFI WAHAB


Kejadian banjir terus menghantui rakyat negeri Melaka. Apabila hujan lebat turun 2 atau 3 jam sahaja sudah tentu banyak tempat akan ditenggelami air tak kira kawasan bandar, Kampung maupun perumahan.
Janji kerajaan pada setiap pilihanraya untuk mengatasi banjir hanya tinggal janji. Setiap kali pilihanraya itulah janji kerajaan sekarang. Tetapi semuanya hanya janji kosong.
Hujan lebat semalam yang bermula dari petang dan tidak berhenti sehingga ke pagi menyebabkan paras air sungai naik mendadak dan menyebabkan Balai Polis Lubok China dan pekan tenggelam dengan air banjir.
Ini merupakan banjir yang terburuk pernah terjadi menyebabkan paras air naik separuh bangunan Balai Polis Lubok China.
Semoga warga Balai Polis dan masyarakat sekitar dalam keadaan selamat dan dipermudahkan urusan perpindahan ke tempat yang selamat.

LAPORAN POLIS TERHADAP KJ DAN SEANGKATANNYA


 

CEH..CEH..KONONNYA BIJAK ...SOH JADI MENTERI...KELENTONG DAN HAPA PUN TAK BOLEH BUAT....KAH..KAH...