Menteri Kewangan tidak jawab kelulusan lesen judi, lebih 10 hal lain - Anwar

 


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia mempersoalkan dalam perbahasan sesi pagi sikap Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz yang tidak menjawab lebih daripada 10 hal yang dikemukakannya.

Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) mempersoalkan unjuran pertumbuhan dalam Belanjawan 2022 yang menggunakan unjuran 'pertumbuhan yang tertinggi di dunia' merujuk suasana ekonomi negara.

"Kalau dia ada alasan dia boleh berikan. Ini di bawah belanjawan negara, strategi fiskal.

"Ujuran jumlah hasil kerajaan yang lebih tinggi ketimbang 2019, yang juga tidak diberikan penjelasan oleh Menteri Kewangan," katanya .

Mengenai kelulusan lesen judi oleh Kementerian sama, Anwar mahu tahu adakah hal itu telah dipersetujui sama oleh parti-parti Melayu Islam.

"Dalam perkara pertambahan lesen judi tidak diberi penjelasan. Saya tanya bila diluluskan, berapa jumlah, apakah jemaah menteri dimaklumkan? Apakaah parti Melayu Umno, Pas dan Bersatu memberi perakuan kelulusan judi tambahan itu? Belum ada jawapan," katanya.

Anwar turut menyentuh persoalan ketirisan Majlis Keselamatan Negara berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara yang telah melanggar beberapa peraturan kewangan yang melibatkan kedudukan Perdana Menteri selaku Pengersui MKN.

Juga belum dijawab tentang projek spektrum 5G walaupun turut disentuh menteri lain tetapi ianya juga melibatkan kontrak dan pendirian kerajaan tentang off budget

Kemudian pinjaman diberikan oleh Kementerian Kewangan sebanyak RM500 juta kepada Air Asia yang tidak diketahui apakah alasannya memihak kepada Air Asia dan mengepikan MAS.

Projek HSR turut tidak dijawab mengenai pendirian kerajaan meminda aset syarikat 50:50 yang dianggap tidak adil kerana kepentingan Malaysia lebih tinggi

"Tidak juga dijawab pengambilalihan Lapangan Terbang Subang serta kepentingan dalam WCT Holdings entah berapa bilion. Kemudian kita cadangkan peruntukan tambahan Jabatan Audit Negara dan kedudukan dalam JKOM yang juga tidak dijawab," katanya

Tegas Anwar, yang pernah menjawat Menteri Kewangan pada 1992 - 1998, tidak semua boleh dijawab dalam waktu yang singkat, namun katanya jawapan juga boleh diberi secara bertulis.

"Menteri Kewangan tidak boleh jawab semua kerana kekangan waktu, tetapi tiada juga ada jawapan bertulis tentang perkara ini," kata Anwar lagi.


'DAPphobia punca PH kurang mendapat sokongan Melayu Melaka'

 

Sehubungan itu, katanya ADUN Bilut, Pahang yang mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur kerana memikul tanggungjawab kekalahan seharusnya mengkaji punca sebenar orang Melayu tidak mengundi PH, adakah kerana faktor Anwar atau DAP.


"Selama ini sekiranya PH kalah puncanya kerana DAPphobia di kalangan orang Melayu yang ditiupkan sentimen oleh Umno BN dan sekarang ditambah pula Perikatan Nasional iaitu Bersatu dan Pas yang memang anti DAP, mereka membakar emosi orang Melayu dengan label anti Islam, anti Melayu, komunis, anti hudud, rasis dan sebagainya.


"Malah KEADILAN atau Amanah dituduh sebagai 'kuda tungganan DAP'. Sedarkah ADUN Bilut orang Melayu tidak undi PH kerana DAP bukannya kerana Anwar Ibrahim?


"Walaupun Melayu BN atau PN terpalit dengan isu rasuah, penyelewengan dan skandal yang menjijikkan, namun orang Melayu lebih sanggup memilih perasuah, penyangak dan penyamun asalkan jangan PH yang bersekongkol dengan DAP," katanya.


Tegas beliau DAP tidak berjaya memusnahkan naratif 'kalau undi PH Cina akan berkuasa' , 'Cina akan jadi Perdana Menteri, Ketua Menteri' atau bermacam-macam fitnah lainnya.


Menurut beliau, sekiranya orang Melayu kampung tidak lagi berada dalam minda terkepung itu, maka PH dengan mudah meraih undi mereka.


"Sejauh manakah ADUN Bilut telah mengambil inisiatif agar orang Melayu menolak propaganda yang dimainkan oleh BN dan PN yang mendakwa mereka adalah parti Melayu Islam?" tanyanya.


Tambah Shahril, DAP sewajarnya berusaha menghapuskan persepsi negatif yang dimainkan oleh BN dan PN ini. Namun sebaliknya, kata beliau, ada pula dalam kalangan pimpinan DAP sengaja meniupkan sentimen perkauman sehingga menjadi bahan dan bukti sikap anti Melayu dan anti Islam.


Oleh itu, ujarnya, pimpinan DAP Pusat wajar berhati-hati, mendidik dan mendisiplinkan kepimpinan mereka daripada mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman.


"Jingga13 Pahang mendesak satu tindakan tegas harus diambil terhadap ADUN Bilut yang dilihat tidak menghiraukan notis 24jam dari KEADILAN serta enggan tarik balik kenyataan beliau.


"Tindakan ini bagi menjernihkan semula hubungan dalam PH Negeri Pahang dan Pusat yang agak tegang disebabkan isu ini


"Nasihat Jingga13 Pahang kepada ADUN DAP itu agar jangan sibuk menuding jari kepada orang lain. Kejayaan dan kekalahan PH harus dikaji dan diperbaiki. Bukannya sibuk mencari salah orang. PH bukan individu tetapi muafakat yang kolektif antara kepimpinan PH dan ahli-ahlinya," kata beliau lagi.

 

POOOODAHHH- KALAU DAH YAKIN MENANG BESAR SANGAT- BUBAR SAJA LAH...KEH..KEH...BILA SI BEBAL BERCAKAP. CAKAP MACAM SI NUSI...

 

PRU SEGERA TAK SESUAI LAGI, WALAU UMNO BOLEH MENANG BESAR.



Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar merasmikan sambutan Hari Inovasi dan Pelancaran Pelan Strategik Pendigitalan KPLB di Putrajaya.

Mahdzir berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan tindakan beberapa pemimpin politik termasuk Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mendesak kerajaan segera melaksanakan PRU-15 berikutan kemenangan besar dicapai Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pada Sabtu lalu.

Pada PRN Melaka lalu, BN berjaya menang dua pertiga selepas menguasai 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan, manakala Pakatan Harapan (PH) menang lima kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) hanya dua.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, tindakan berkenaan perlu kerana ramai dalam kalangan penduduk Malaysia termasuk pekerja serta perusahaan kecil dan sederhana masih terkesan dan sedang dalam proses pemulihan selepas hampir dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19.

“Mereka baru hendak memulakan kehidupan. Apabila pandemik Covid-19 ini semakin pulih rakyat mahu kembali bekerja dan mencari rezeki.

Ramai PKS mahu kembali berniaga semula selepas mendapat pelbagai bantuan kewangan daripada kerajaan termasuk dari Mara, Risda, Felcra dan KPLB sendiri sehingga masalah pendemik pulih,” katanya.

Bagaimanapun, Mahdzir berkata, beliau bersetuju jika kerajaan mahu mengadakan PRU-15 selepas keadaan ekonomi semakin pulih dan rakyat boleh menjalani kehidupan seperti biasa.




Jangan kerana setitik budi, Anwar hendak dibuang


PANDANGAN 

Anwar jawab pertanyaan wartawan
berhubung desakan terhadapnya.










MSO


SAYA ada masa terluang waktu ini untuk berbicara secara mendalam sedikit berhubung desakan oleh sesetengah pihak dalam PH khasnya, agar Anwar Ibrahim berundur daripada menjadi pemimpin utama pembangkang; sebagai ketua pembangkang di Parlimen dan juga pengerusi PH. 

Walaupun desakan itu tidak langsung datang daripada komponen PH secara rasmi, hanya disuarakan oleh pemimpin kecil dan "sibecak" di bawah, tetapi ia telah memberi gambaran tentang wibawa Anwar berada di "cagak" itu sudah tidak relevan atau membawa hasil lagi. 

Desakan ini atau rasa tidak berkenan atawa boleh dikatakan tidak yakin kepada Anwar ini sudah lama kedengaran. Ia kemuncak apabila Anwar gagal untuk menjadi perdana menteri melalui strategi untuk mengambil alih kuasa dengan sokongan ahli Parlimen (SD). 

Racangan untuk mengambal balik kerajaan PH yang hilang dijadikan alasan utama untuk mengatakan Anwar sudah tidak relevan dan perlu berundur. Atau pun pengaturan dan pencaturan strateginya untuk mengambil alih kerajaan itu gagal dijadikan risiko. Apakah ada sosok lain yang mampu dan ampuh berbuat demikian? 

Secara peribadi sebagai penulis kerdil dan pengamal politik bebas dan rasional, bukan sahaja tidak bersetuju dengan cara dirancangkan itu, tetapi yakin ia tidak akan mencapai kejayaan. Bagi saya Anwar tidak akan jadi PM menerusi cara itu sedang menerusi PH sendiri pun ia beliau gagal kerana dimainkan.  Sebab itu saya tidak ghairah sangat mengenai angka dan nombor itu. 

Selain itu saya melihat sebabnya kerana apabila rancangan itu membabitkan Umno, maka ia tidak boleh dipercayai sedangkan rancangan itu tidak boleh tidak mesti membabitkan ahli-ahli Parlimen Umno baharulah angkanya cukup. Tanpa sokongan Umno ia tinggal sebuah angan-angan semata-mata.

Kenapa saya berkata begitu, kerana kita arif dan maklum Umno mempunyai pakar-pakar penipuan yang licit yang tidak mudah ditandingi. Penipuan adalah pemainan Umno jadi tidak mudah ia akan ditipu. Jangan mengharap kesetiaan dan kejujuran dalam perjanjian untuk membentuk kuasa dengan Umno khususnya. Ia tidak akan berlaku kerana sejarahnya kebobrakannya sangat panjang.

Kenapa Pas hari ini lebih mempercayai Bersatu daripada Umno, juga kerana sejarah mungkar Umno itu sudah dihadami dan dihafali Pas sejak berdekad. 

Apabila berkali-kali Anwar mengatakan beliau mempunyai nombor dan sokongan yang mencukupi, tiba-tiba ia meleset, di sinilah timbul rasa tidak senang dan tidak percaya dengan Anwar. Mereka yang mengharap ghanimah daripada kejayaan itu apabila ia gagal mereka jadi kecewa. Mereka marahkan Anwar kerana tidak dapat menikmati untung daripadanya. Anwar dijadikan bantal tibai bagi melepasi kekecewaan.

Di sinilah bermula rancangan untuk menggeserkan Anwar. Adalah orang merangkanya. Ada yang memberi idea untuk mewujudkan grand coalition (new coalition) dengan tujuan menukar Anwar sebagai pemimpin utama opisisi. 

Secara senyap-senyap dan penuh taktikal cuba digantikan dengan Dr Mahathir Mohamad. Orang ini mengulang-ulang jasa dan kehebatan Dr Mahathir. Kejayaan PH menumbangkan BN dalam Piraum ke-14 diperbesar-besarkan ia adalah atas sumbangan Dr Mahathir. 

Orang menganggap demikian, mereka yang mudah melupai kekuatan diri sendiri atau sama sekali tidak mengenali diri. Selepas dapat duduk atas "basikal cabuk", maka mereka sudah tidak percaya kepada tenaga asal mereka yang boleh berjalan kaki beribu batu walaupun tanpa "basikal cabuk".

Mereka yang merancang untuk menggantikan Anwar dengan Dr Mahathir ini adalah mereka yang telah meminum setitik air budi daripada Dr Mahathir yang melantiknya menjadi memteri selama 22 bulan. Dalam tempoh 22 bulan mengenalkan mereka kepada Dr Mahathir dan melupuskan segala kebencian dan pengenalan mereka tentang siapa Dr Mahathir selama ini sampai tergamak mengatakan Dr Mahathir berhati kering.

Mereka yang mahu mengambil Dr Mahathir letak di hadapan, adalah orang yang tergesa-gesa dan kurang membuat penyelidikan. Tidak reti mengukur suasana dan ketika, sebaliknya lebih teruja dan teringat kepada setitik air yang dihulur Dr Mahathir sebelum ini. Dia lupa setitik air berupa jawatan itu, adalah diceduk oleh Dr Mahathir dari tasik yang dia sendiri gali dan awasi selama ini. 

Pirena Melaka. 

Desakan dari suara becak supaya Anwar berundur sekali lagi bergema selepas kegagalan PH dalam Pirane Melaka. Desakan itu adalah kesenimbungan daripada kegagalan Anwar untuk membuktiknya yang beliau mendapat sokongan angka yang cukup. Kegagalan Anwar untuk mengambil alih kerajaan selepas beberapa kali mendakwa cukup nombor benar-benar mengecewakan golongan ini. Sedangkan Anwar selamba sahaja dan menerima itu sebagai asam garam berpolitik.

Kenapa begitu? Adalah terlalu nihil dan personal sangat kalau marahkan kepada Anwar apabila beliau gagal untuk mengambil kerajaan dan jadi perdana menteri. Di sini mereka yang bersama Anwar tidak ikhlas melainkan ingin mengharap sesuatu daripadanya. Mereka itu sama dengan orang yang mengambil kesempatan atas kedudukannya untuk kepentingan diri. Kesempatan manusia oportunius sebegini nampak tidak berakhir dalam kehidupan Anwar.

Soal nombor dan permainan angka adalah taktik dan strategi sahaja. Ia bukan prinisp dan dasar perjuangan dan matlamat politik. Prinsip dan tujuan asalkan PH ialah mengalahkan musuh dalam pilihan raya. Kalau pun PH dan Anwar jadi PM dengan cara mengambil alih seperti Mahiaddin dan Ismail Sabri Yaakob lakukan ia adalah makruh dan tidak bermoral.  Apakah mereka juga mahu dan sanggup melihat sesuatu tidak bermoral dilakukan asalkan dapat jadi menteri?

Bagi saya kegagalan Anwar menjadi PM dengan mengambil alih secara menciplak seperti Mahiaddin dan Ismail Sabri itu, sesuatu yang disyukuri. Setidak-tidaknya Anwar tidak terbabit dalam permainan politik kotor dan un democatic. Iya, nilai PM didapati daripada menjatuhkan diluar pilihan raya, dengan diambil dalam pilihan raya sama sahaja. Tetapi sejarah dan prinsip dan rukun demokrasi akan membelenggu mereka selama-lamanya.

Seperti kini kita pertikai dan mencemuhi Mahiaddin dan Ismail Sabri hari ini, begitulah yang akan melanda dan terpikul oleh Anwar. Apakah itu yang kita ingini?  Kita menganjurkan politik bermoral, berhemah, tetapi tiba-tiba kita jadi terliur sama untuk melakukan kebejatan begitu? 

Oh ada orang menyoal kenapa tidak boleh dilakukan begitu, bukankah mereka lakukan ke atas kita dahulu. Iya benar. tetapi kita perlu bertanya balik, apakah kita juga mahu berbuat keburukan dan kebejatan sama dengan mereka? Kita sudah mengetahui mereka salah, tetapi kita hendak benarkan kesalahan ke atas diri kita pula. Betulkah cara itu?

Pilihan raya masih berlaku dan demokrasi belum mati. Setiap lima tahun sekali pilihan raya diadakan dan sebaik-baik ruang dan kesempatan untuk mengambil alih ialah menerusi pilihan raya. Gunakan pilihan raya untuk mengambil balik kerajaan. Biar rakyat yang membuat penentuan dan menghukum yang salah. Melainkan selepas mereka mengambil alih kerajaan, pilihan raya sudah diisytiharkan sudah tidak diadakan. Ketika itulah baru kejahatan perlu diperlakukan untuk menentang kejahatan. 

Semua orang kena ingat kita menerima prinsip dan nilai-nilai demokrasi.

Mengenai kagagalan PH di Melaka ia tidak boleh dipersalahkan seratus peratus kepada Anwar. Kalau kekalahan itu disebabkan salah strategi mengambil bekas wakil rakyat Umno bertanding, ia bukan keputusan Anwar secara mutlak. Adly Zahari yang kita harapkan sebagai bakal jadi Ketua Menteri Melaka juga perlu disabitkan sama. Setidak-tidaknya Adly juga ikut bertanggungjawab dan kena dipesalahkan. 

Berbalik kepada soal Anwar yang mahu beliau berundur. Anwar tidak menolak desakan itu tetapi mengingatkan agar jangan angkuh. Boleh sahaja kalau Anwar hendak diundurkan. Beliau sebagai seorang ahli politik berprinsip dan moral, masakan tidak tahu bila sepatutnya beliau berundur? Saya yakin jadual itu ada dalam dirinya.

Tetapi yang sering menjadi persoalan dan kebimbangan siapakah yang boleh dan berkelayakan untuk mengambil alih tempatnya? Ini yang menjadi persoalan. PH ketandusan pemimpin sekualiti Anwar Ibrahim sekurang-kurangnya buat masa ini. Bagi saya kalau dikapuh Mat bin Sabu, Guan Eng, Khalid Samad, Salahuddin Ayub, pun tidak sama nilainya dengan Anwar. 

Justeru saya ada formula tersendiri dalam hal ini, untuk PH.  Anwar tidak perlu berundur, tetapi perlu penyusunan kepimpinan baru dalam PH. Anwar tetap perlu ada sebagai orang tua atau selaku spiritual leader dalam PH. 

Mungkin untuk berlari ke hulu ke hilir Anwar sudah kepenatan, tetapi untuk merangka idealisme  perjuangan PH dan juga memastikan politik kemajmukan kekal, beliau masih mampu dan diperlukan. Kepercayaan masyarakat majmuk kepadanya masih ada. Tanpa memikirkan itu jangan lakukan. Mungkin itu dimaksudkan Anwar agar jangan angkuh mendesaknya berundur tetapi biarlah secara taktik yang berhemah. 

Bagi saya persoalan masih lagi siapa orang yang layak untuk mengambil alih dan memainkan peranan sebagai ketua pembangkang dan pemimpin PH? Sepanjang saya melihat mereka yang mencemuhi Anwar yang mengemukakan formula itu dan ini tidak menamakan pengganti Anwar. Ertinya mereka juga "bole".  

Ada baik juga kalau diaturkan satu persatu sosok yang layak dan berkarisma untuk mengambil alih tempat Anwar itu. Kalau diperhatikan dalam hierarki parti hari ini orang-orang yang boleh dijadi pengganti Anwar, seperti Lim Guan Eng (DAP), Mohamad Sabu (Amanah). Itu sahaja dua nama yang boleh disebut dan ada signifikannya. Tetapi apakah mereka dapat menandingi populariti, peneriman masyarakat majmuk seperti diterima Anwar? Usah tanya dengan dunia antarabangsa, tanya penerimaan dalam negara sahaja dahulu. 

Tepuk dahi geleng kepala jawabnya. 

Apakah ada cadangan untuk membawa orang luar daripada PH? Rasanya kalau orang luar ia membuang masa dan menimbulkan huruhara sahaja. Lebih baik dikekalkan Anwar. Semisalnya kalau hendak tarik Mahathir atau Shafei Apdal, seperti cuba dibuat sebelum ini, ia tidak mengubah keadaan apa-apa. Kepada mereka yang masih bernostalgia terhadap Dr Mahathir, selama mana lagi hendak bergantung kepada Dr Mahathir. Seolah-olah Malaysia ini tidak ada puaka lain selain Dr Mahathir. 

Kesimpulannya untuk mengundurkan Anwar bagi saya tidak perlu. buat masa ini sebelum ada sosok yang benar-benar dapat menandinginya kalau pun tidak kanan, tetapi cukup kiri-kirinya. Seperti disebut tadi penyusunan kepimpinan dan pengaturan strategi mampan dalam PH khasnya untuk menghadapi pilihan raya perlu dipercepatkan. 

Dalam konteks Piruam ke-15 Anwar masih relevan tetapi peranan tidak seperti hari ini lagi. Jika PH melihat Anwar menjadi masalah kepada sesetengah pihak dalam PH, maka komponen itu perlu duduk berbincang dan membuat naratif baharu. Cara itu lebih tertib supaya tidak nampak akan keangkuhannya. Jika tidak mahukan Anwar pun, jadikan beliau sebagai kerusi antik dalam PH yang boleh menarik daya sentimental orang ramai kepadanya. Jangan buang terus. 

Didalam politik apa juga masalah, kebencian, kecemuahan dan ketidak-percayaan kepada seseorang perlu dilayan dengan baik. Tingkah untuk mengatasinya buatlah seperti kata pepatah; "kalau hendak menarik rambut dalam tepong, rambut tidak putus tempong tidak terburai". [wm.kl.1:07 pm 24/11/2021]

Glossori:

Bole = buta, tidak nampak, kabur

Cagak = posisi, kedudukan, jawatan.

 

‘Mana Transformasi Parlimen?’ Penulis politik anggap MOU PH dan kerajaan sia-sia

 Sayuti Omar cabar pilihan raya diadakan di Nenggiri untuk uji politik Kelantan.


Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / November 25, 2021

Penulis buku politik, Mohd Sayuti Omar menganggap transformasi Parlimen yang diharapkan melalui perjanjian persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Pakatan Harapan dan kerajaan adalah sia-sia.

Ini susulan insiden yang menyaksikan RSN Rayer (PH-Jelutong) dihalau keluar Dewan selepas mendesak Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz menjelaskan mengapa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  dibenarkan keluar negara walaupun tidak menjelaskan cukainya.

Mohd Sayuti berkata, Rayer tidak sepatutnya dihalau kerana kerajaan perlu memberi penjelasan terhadap isu dibangkitkan.

“Transformasi Parlimen yang diharapkan melalui MoU antara kerajaan dengan PH sia-sia belaka.

“Hari ini Timbalan Speaker (Datuk Seri) Rashid Hasnon menggunakan kuasanya untuk halau MP Jelutong, RSN Rayer keluar Dewan kerana dikatakan mengganggu penggulungan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul.

“Rayer meminta Zafrul jelaskan kenapa Najib Razak yang tidak bayar cukai tidak disenarai hitamkan dan dapat bergerak bebas ke luar negara.

“Apa dibangkitkan Rayer suatu perkara mustahak yang perlu dijelaskan bukannya dia dihalau. Tampaknya transformasi Parlimen tidak berlaku,” ciapnya di Twitter hari ini.

Rayer diarahkan keluar dari Dewan Rakyat hari ini kerana tidak mengendahkan arahan Timbalan Speaker, Rashid Hasnon.


LANTIK PEGUAM NEGARA IKUT BANGSA TENTU LA ADA BEZANYA-.ZAMAN MAHATHIR MEMANG BANYAK ORANG PERSOALKAN...

 

Apa kaitan bangsa dengan pelantikan Peguam Negara, soal Thomas





Tommy Thomas berkata, Dr Mahathir Mohamad telah memberikannya autonomi untuk melakukan apa yang dikehendaki, namun enggan mendengar nasihatnya mengenai pengusiran penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik.

GEORGE TOWN: Tommy Thomas mengakui “terkejut” ramai orang tidak mahu beliau menjadi Peguam Negara (AG) semata-mata kerana beliau bukan berbangsa Melayu.

Katanya, beliau menyangka akan mendapat lebih banyak sokongan, terutama dari Pakatan Harapan memandangkan beliau adalah “traveller AG” untuk mereka.Katanya, “traveller AG” berkewajipan untuk sentiasa selaras dengan dasar kerajaan pemerintah.

Bagaimanapun, beliau kesal kerana ada segelintir yang membantah pelantikannya, sedangkan tugasnya adalah profesional dan tidak memerlukan bangsa tertentu.

“Negara ini memerlukan penasihat undang-undang. Adakah bangsanya penting?” soalnya dalam wawancara bersama bekas diplomat Dennis Ignatius di YouTube.

Katanya, beliau pernah bertugas sebagai penasihat undang-undang untuk kerajaan PAS selain institusi Melayu, dan rata-rata tiada masalah.

“Ketika pelantikan itu (sebagai Penasihat Undang-undang kerajaan PAS di Kelantan), saya tetap menjadi peguam mereka. Mereka tidak menyoal isu bangsa. Jadi kami sangka begitu juga pendirian di peringkat umum,” katanya.

Ignatius sebelum itu menyoalnya mengenai tindakan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memintanya meletak jawatan sehari selepas dilantik, selain dakwaan bahawa seorang menteri mahu beliau disingkirkan kerana tidak boleh mengangkat sumpah di atas al-Quran.

Thomas berkata, hubungan kerjanya dengan Mahathir adalah baik, malah pemimpin itu telah memberikannya autonomi penuh untuk melakukan apa yang dimahukannya.

Namun katanya, satu-satunya masa Mahathir tidak menerima nasihatnya adalah mengenai pengusiran penceramah Dr Zakir Naik ke India.

“Ringkasnya, dia (Zakir) menyusahkan negara tuan rumah. Namun Dr M menganggap sebaliknya,” katanya.

ADA BETULNYA ,KALAU SKRIP SAMA, LAMA-LAMA ORANG AKAN KATA TEMBERANG SAJA LEBIH.AHLI PARTI SENDIRI PUN TAK TERJAGA-LIHAT DI SELANGOR

 


PH kalah di Melaka kerana guna ‘skrip sama’, kata bekas timbalan menteri




Bekas Timbalan Menteri Loga Bala Mohan berkata, pemimpin PH berkata perkara yang sama di Melaka seperti sebelum PRU14. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Prestasi buruk Pakatan Harapan di Melaka berpunca daripada kegagalannya menawarkan sesuatu yang baharu kepada pengundi dan kebergantungan berterusannya kepada “skrip yang sama” menentang lawannya, kata seorang bekas Timbalan Menteri.

Loga Bala Mohan dari myPPP, bekas komponen Barisan Nasional (BN), berkata pembangkang harus memainkan peranannya dengan lebih berkesan dalam menunjukkan bagaimana mereka boleh melakukan lebih baik daripada pihak yang memegang kuasa.“Menjelang PRN Melaka, kita dengar pembangkang, PH dan juga (bekas Perdana Menteri) Dr Mahathir Mohamad berkata perkara yang sama seperti sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Mereka serang Najib (Razak), BN dan Umno, panggil mereka dengan pelbagai nama. Bagaimanakah ini menunjukkan kepada rakyat yang anda boleh menjadikan hidup mereka lebih baik?” kata Naib Presiden Kanan myPPP itu dalam mengulas mengenai pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.

Minggu lalu, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan di Melaka. PH hanya berjaya menang lima manakala dua bagi Perikatan Nasional (PN). Pada PRU14, PH memenangi negeri itu dengan 15 kerusi.

Loga berkata, PH sepatutnya menggunakan PRN Melaka sebagai peluang untuk menangani kritikan terhadapnya sepanjang 22 bulan memerintah, dan menerangkan kepada pengundi apa yang telah dipelajari daripada pengalamannya dan bagaimana ia akan buat lebih baik.

“Tetapi apa yang mereka buat? Selepas mereka kritik kumpulan yang mencetuskan kejatuhan kerajaan PH dalam Langkah Sheraton, gelar orang sebagai ‘pengkhianat’ dan ‘katak’, mereka kemudian terima dua pembelot Umno.”

Beliau juga berkata, pembangkang harus lebih merendah diri dan memuji pesaing di mana patut, termasuk Najib.

“Ramai hargai sumbangan dan dasar Najib, seperti projek Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura. Ini banyak ditampilkan dalam PRN Melaka,” katanya.

“Sebelum ini, apabila PH pegang kuasa, mereka tangguh projek itu tetapi baru sahaja bulan lepas, (bekas Menteri Kewangan) Lim Guan Eng menggesa kerajaan memulihkannya. Jadi rakyat hilang harapan apabila mereka lihat pembangkang ubah nada.”

Beliau berharap PH akan berusaha menjadi pembangkang yang lebih matang, objektif dan berkesan.

“Mereka berpeluang tunjuk mereka boleh buat lebih baik, bukan sahaja di peringkat persekutuan tetapi di Melaka. Jangan hanya menentang (kerajaan) semata-mata.

“Jika apa yang kerajaan buat itu baik, sokonglah. Jika tidak, jelaskan kenapa,” katanya.

RM30 KUTUK RM15 UNTUK 4 ORANG SENYUM...KEH..KEH

 

ASUWADI ISMAIL

Kerajaan PH bagi RM30 seorang depa kutuk...kerajaan mereka bagi RM 15 untuk 4 orang mereka puji..kah kah kah


May be an image of 1 person and text that says "Astro AWANI 20h Pas perjalanan itu membolehkan setiap keluarga warga Malaysia seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. #AWANInews #AWANI745 i PAS #KELUARGA MALAYSIA ASTRO AWANI PM lancar Pas Keluarga Malaysia, RM15 untuk perjalanan satu hari tanpa had"

KAH..KAH...JOM KITA RACE DAN KAWIN ONLINE....


 

RAKYAT MELAKA SUKA KENAIKAN HARGA ?


 

MENANG JA BARANG NAIK.UNTUNG MELAKA


 

OOOO....JUAL REGA DENGAN 100-200 SAJA....


 

RAKYAT DAH LAMA FAHAM SELEPAS PRN MELAKA.-MENUMPANG KEMENANGAN ORANG AMAT MEMALUKAN ,WALAU APA HADIS SANAT DALIL YANG DIKELUARKAN

 

Inilah tanda-tanda awal nak rujuk semula dengan UMNO dan Bersatu bakal kena tinggal….




May be an image of 8 people, people sitting, people standing and text that says "malaysiakini terkini untuk anda EN BM ZH ΤΑ mk BERITA Mukhriz Hazim malaysiakini.com Muafakat Nasional perjanjian politik terbaik- Nik Abduh Diterbitkan: Nov 24, 2021 10:05 AM Dikemaskini: 10:05 AM"


KAH..KAH....KAH

 


Kecoh harga barang naik, harga sayur naik sebab sejuk konon. Itu semua sampingan. Sebab yang betul adalah seperti yang Tan Sri Duta sebut,

Sebab tak laksana Islam. 😂
May be an image of text that says "Harga barang naik kerana tidak laksana Islam Nasional February 8, 2014 0 admin KUALA LUMPUR 8 Feb. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaitkan segala kenaikan harga barang dengan tindakan kerajaan yang didakwanya tidak melaksanakan Islam mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW."

MENCARI LABA UNTUK KEPENTINGAN DIRI


haili kki

 Percayalah dia ni hanya mencari laba untuk kepentingannya sahaja tak pelik parti Yiddin yang lemah syahwat akan ditinggal begitu sahaja dan balik semula kepada Barang Naik, ana tak pernah pun gelar parti ni Pelacur tapi gabungan dia sendiri yang gelar!



May be a cartoon of one or more people, people standing and text that says "EHHHH, MANA TU HAJI? INGAT POWER SANGAT! BN HAILI"

DEWAN PANAS! LEBAI TUMPAT KENA KAW KAW & MEMALUKAN DIRI SENDIRI




KERANA KONONYA MAHU JADI HERO BERBAHAS TIADA IKUT BUTIRAN DAN BERMAIN SENTIMEN LEBAI TUMPAT KE KAW-KAW DAN MEMALUKAN DIRI SENDIRI!! Sumber Video Parlimen

WAHAI ADUN DAP BILUT!! - "HORMATI ANWAR IBRAHIM - PRESIDEN KAMI" |PRN Me...




Kenyataan ADUN daripada DAP, yang menggesa agar Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mengambil tanggungjawab dengan berundur daripada menjadi Ketua Pembangkang, akibat kekalahan dan kegagalan Pakatan Harapan, dalam Pilihan raya Negeri Melaka, telah mendapat respon panas dari pelbagai pihak! Kebanyakan melihat pandangan ADUN Bilut ini, sekadar mencari publisiti populis sahaja. Apa yang dilontarkan oleh Adun DAP Bilut ini, tidak mencerminkan pandangan rakan-rakannya yang lain, dalam DAP! Video ini diadaptasikan daripada Kenyataan Media oleh Ketua Cabang Keadilan Pasir Gudang di akaun Facebook bertarikh 23 November 2021! Terima Kasih! #pkrpasirgudang # #adunbdapbilut #adundapanwarletakjawatan #anwarberundur #adundaplimchinch

VIDEO PENDEK: SENANG JA JADI MENTERI KAT MALAYSIA NI. WALAU PUN TAK CERDIK....


 

NAJIB PM10, PENENTUANNYA 8 DISEMBER INI…..

 

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sudah beberapa kali menyebut Najib Razak akan muncul sebagai PM10 jika UMNO menang lagi dalam PRU15 akan datang.

Walaupun Najib terlihat agar hairan kenapa namanya sering dijaja oleh Lim Kit Siang, tetapi belum pernah sekali pun lagi beliau menafikan dirinya ingin jadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Maknanya, secara tidak langsung dalam hati Najib sendiri memang tersemat keinginan untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Kalau betul tidak mahu lagi jadi Perdana Menteri, tentulah tiada masalah untuk beliau berterus-terang mengatakan tidak berhasrat lagi kepada jawatan tersebut.

Di waktu yang sama, dalam UMNO sendiri bukanlah rahsia lagi tentang wujudnya keinginan kelompok tertentu yang mahu beliau jadi Perdana Menteri buat kali kedua setelah dijatuhkan pada PRU 2018 yang lalu.

Soalnya, bolehkah Najib jadi Perdana Menteri lagi?

Seorang bekas menteri memberi reaksi dengan berkata, dulu ramai yang menyebut, kalau Tun Abdullah Badawi boleh jadi Perdana Menteri, bermakna sesiapa juga tidak mustahil jadi Perdana Menteri.

Kini katanya, dengan Ismail Sabri Yaakob yang pengalamannya lagi di bawah daripada Tun Abdullah Badawi pun boleh jadi Perdana Menteri, lagilah tidak mustahil untuk sesiapa saja untuk memegang jawatan itu, termasuk Najib buat kali kedua.

Turut tidak mustahil kata bekas menteri itu lagi, jika sebelum ini Tun Mahathir Mohamad berupaya menjadi Perdana Menteri buat kali kedua melalui parti yang berbeza berbanding keberadaannya sebagai Perdana Menteri pada kali pertama, Najib mungkin mencatat rekod dua kali sebagai Perdana Menteri melalui parti yang sama iaitu UMNO.

Di Malaysia ini macam-macam boleh jadi, tambah beliau.

Namun demikian, sama ada Najib berupaya muncul kembali sebagai Perdana Menteri buat kali kedua atau tidak, ia sebenarnya banyak ditentukan pada tarikh 8 Disember depan.

Najib sebelum ini telah dihukum bersalah oleh Mahkamah Tinggi berkaitan kes rasuah SRC International dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

Beliau bagaimanapun dibenar merayu ke Mahkamah Rayuan untuk membatalkan hukuman tersebut dan 8 Disember ini telah ditetapkan sebagai tarikh untuk hakim memberikan keputusannya.

Jika pada 8 Disember ini rayuannya diterima oleh Mahkamah Rayuan dan beliau dilepaskan daripada hukuman itu, maka cerahlah harapan Najib untuk menjadi calon PM10 mewakili BN jika PRU15 diadakan pada tahun depan misalnya.

Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO pastinya lebih selesa meletakkan Najib sebagai calon Perdana Menteri, walaupun Ismail Sabri sedang menduduki jawatan itu sekarang ini.

Tetapi, kalau rayuannya ditolak dan hukuman bersalah itu kekal di peringkat Mahkamah Rayuan, hasratnya mengejar jawatan Perdana Menteri buat kali kedua boleh dikata telah terpadam dengan sendirinya.

Meski biasanya Najib akan terus dibenar merayu ke Mahkamah Persekutuan selepas itu, namun pengekalan hukuman bersalah di peringkat Mahkamah Rayuan akan menghalangnya daripada bertanding lagi sebagai Ahli Parlimen di Pekan.

Tanpa dibenar bertanding dalam PRU15, bermakna tiada lagilah peluang Najib untuk menjadi Perdana Menteri bagi kali kedua.

8 Disember – selain Najib dan penyokongnya yang berdebar menanti tarikh itu, tidak terkecuali Ismail Sabri juga pastinya turut berdebar sama menunggunya. – 


ShahbudinHusin 24/11/2021.




GERAK98 BERSEDIA UNTUK BERTANDING DI DUN BILUT, PAHANG



GERAK98 telah mengikuti kenyataan angkuh, biadab dan sombong budak hingusan dari Dap yang juga Adun Bilut, YB Lee Chin Chen terhadap Ketua Pembangkang, YB Dato Seri Anwar Ibrahim.


Kenyataan beliau untuk menggesa Ketua Pembangkang meletakkan jawatan kerana gagal capai kemenangan di PRN Melaka jelas menunjukkan kebebalan politik beliau.  Ugutan kebudak-budakan beliau untuk meminta Dap keluar dari PH juga amat memalukan.  Amat malang PH Pahang memiliki Adun seperti ini apatah lagi dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dun Pahang.  Prestasi beliau sebagai Ketua Pembangkang di Pahang dan sebagai Adun juga dilihat amat rendah tahapnya.  


GERAK98 sendiri banyak memberikan pandangan, menegur dan mengeluarkan kenyataan tegas terhadap beberapa tindakan yang dibuat oleh Pakatan Harapan dalam banyak isu sebelum ini, namun kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan angkuh dan biadab kerana kami masih hormati institusi Ketua Pembangkang.  Majlis Presiden PH adalah badan yang sewajarnya untuk menilai tahap kebolehan Pengerusi PH serta Ketua Pembangkang.


Adun Bilut ini patut merasa malu kerana kemenangan beliau juga turut dibantu oleh jentera parti Keadilan dan Amanah di Bentong terutamanya di kawasan felda dan penempatan melayu sekitar Dun Bilut. Jentera parti inilah yang bersusah payah menangkis serangan musuh-musuh Dap di kalangan melayu yang masih ramai menganggap Dap anti melayu dan islam.  


Mana rasa hormat kamu kepada para penyokong dan ahli-ahli parti sekutu Dap dalam Pakatan Harapan di Bentong?  Paling kurang ajar, kamu telah diberi peluang untuk menarik balik kenyataan bodoh kamu itu oleh Keadilan Pahang agar ketenteraman boleh dikembalikan, namun kamu tetap sombong dan angkuh.


Sehubungan itu, GERAK98 akan mengkaji dan mempertimbangkan untuk meletakkan calon di Dun Bilut pada PRU15 akan datang. Kami merancang untuk mengadakan program GERAK98 pertama di Dun Bilut, Bentong dalam masa terdekat.  


23/11/2021


KETUA GERAK98 PAHANG



DS ANWAR HENTAM ZAFRUL! TIDAK JAWAB SOALAN! SEMBUNYI APA?



PERKARA APALAH YANG CUBA DISEMBUNYIKAN OLEH MENTERI KEWANGAN TERLALU BANYAK SOALAN YANG TIDA TERJAWAB!!|