SIFAT TERTUTUP MAHIADDIN LEBIH MUDAH MEMBAWA JATUHNYA KERAJAAN PN

 

Sepertimana pernah saya tulis sebelum ini, terdapat pemimpin Bersatu sendiri mengakui kerajaan PN pimpinan Mahiaddin Md Yasin sekarang memang sedang terumbang-ambing dan tidak mustahil akan terbalik jika PRU diadakan dalam waktu terdekat ini.

Antara punca keadaan itu ialah kegagalan Mahiaddin sendiri tampil dengan segera dan pantas menjawab sebarang isu yang timbul dan yang menjadi pertikaian dalam masyarakat.

Apabila isu-isu tidak dijawab dan Mahiaddin pula ebih selesa dengan sikap membisunya, barah kemarahan rakyat akan terus merebak dan akhirnya sukar diubati sama sekali.

Bagi pemimpin Bersatu berkenaan, ramai dalam partinya juga turut rimas dengan keadaan yang berlaku sekarang di mana bukan saja asakan tambah berterusan, bahkan dengan jelas memperlihatkan kegagalan PN sebagai sebuah kerajaan.

Tetapi, katanya, sebagai orang parti, bukanlah mudah bagi beliau dan sesiapa saja daripada Bersatu untuk memberi pendapat atau pandangan kepada Mahiaddin untuk tujuan memperbaiki keadaan buruk sedia ada ini.

“Beliau adalah pemimpin yang tertutup dan tidak suka orang lain memberi pandangan yang berbeza, apa lagi jika pandangan itu dilihat seperti mahu mengajarnya untuk bertindak atau melakukan sesuatu,” tambah pemimpin berkenaan lagi.

Dengan itu, katanya, bukan semua orang boleh melontarkan pandangan yang tidak sesuai halwa telinga Mahiaddin.

Ujar beliau, penampilan Mahiaddin dalam bual bicara khas baru-baru ini yang tak kisah dirinya dianggap bodoh adalah gambaran sifat tertutupnya itu.

“Nama mahu akur kepada pandangan dan kehendak ramai adalah tidak mungkin sama sekali, beliau malah lebih rela dianggap bodoh asalkan dapat mengekalkan pendiriannya,” demikian hujah pemimpin Bersatu berkenaan.

Katanya, beliau juga pernah mendengar ada pemimpin Bersatu lain yang cuba “memberi nasihat” kepada Mahiaddin berhubung isu politik semasa, tetapi kena bidas akhirnya.

Mahiaddin dikatakan membidas pemimpin tersebut dengan berkata, beliau mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam politik dan tahu apa yang harus dilakukannya untuk menangani apa saja kemelut yang timbul.

Awak ingat saya tak tahu apa-apa, demikian antara kata-kata Mahiaddin kepada pemimpin yang cuba memberi nasihat kepadanya itu.

Dengan perkara itu bukan lagi menjadi rahsia di kalangan pimpinan Bersatu, tiada sesiapa lagi yang berani memberi apa-apa pandangan kepada Mahiaddin.

Begitu pun, beliau tidak menafikan mereka yang mungkin masih berpeluang memberi pandangan atau pendapat kepada Mahiaddin hanyalah orang tertentu di sekelilingnya yang sebahagiannya ada kepentingan peribadi dengan Perdana Menteri.

“Sudahnya itulah yang berlaku dalam kerajaan sekarang, sedangkan kita sebagai pemimpin parti mahu melihat Bersatu dan PN ini kekal lebih lama lagi sebagai kerajaan,” ujar beliau dengan nada kecewa.

Seorang bekas pegawai yang pernah bekerja dengan Mahiaddin di sebuah kementerian mengakui Presiden Bersatu itu adalah seorang yang mempunyai ego agak tinggi, sukar menerima pendapat yang berbeza, apa lagi yang berbentuk nasihat atau kritikan kepadanya.

Kata beliau, Mahiaddin yang dikenalinya adalah seorang yang tidak suka orang lain cuba menunjuk ajar atau memberi nasihat kepadanya, memberitahunya bagaimana harus melakukan sesuatu atau banyak cakap di depannya.

“Beliau lebih suka dengan orang yang diam, akur dan tidak banyak cakap dan hanya bercakap apabila diminta saja.

“Jangan cuba-cuba memberi apa-apa nasihat kepadanya jika tidak diminta.

“Semasa jadi menteri pun egonya cukup tinggi, setelah jadi Perdana Menteri sekarang, saya percaya egonya pasti lebih tinggi,” kata bekas pegawai itu lagi.

Dengan asakan ternadap kerajaan kian bertambah dan berterusan serta banyak isu yang menghakis keyakinan rakyat muncul tanpa henti, sementara Mahiaddin kekal dengan sifat tertutupnya itu, pemimpin Bersatu itu bimbang ia akan lebih menyumbang kepada mudahnya lagi kerajaan PN ini dijatuhkan.

Katanya, untuk berlawan dengan kebangkitan rakyat, ia memerlukan penglibatan banyak pihak, bukan cukup dengan pemikiran seorang Perdana Menteri atau kelompok kecil saja yang memberi idea, pandangan serta nasihat kepadanya. 


(ShahbudinHusin 26/05/2021)


Selepas Kelantan, hampir 11,000 di Kedah pula tak hadir ambil vaksin

 FMT Reporters

 -
Belum bersedia untuk menerima suntikan vaksin antara alasan diberikan penduduk Kedah tidak hadir mendapatkan suntikan di pusat pemberian vaksin (PPV) negeri itu.

PETALING JAYA: Seramai 10,827 individu daripada jumlah keseluruhan 30,100 yang mendapat janji temu pengambilan vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera di Kedah tidak hadir, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Fikri Ujang.

Beliau berkata, jumlah itu membabitkan individu yang sepatutnya disuntik di pusat pemberian vaksin (PPV) awam dan PPV Klinik Kesihatan seluruh negeri antara 19 April hingga Sabtu lalu.

“Antara punca dan (alasan) mereka tidak hadir adalah bertukar fikiran disebabkan belum bersedia untuk menerima suntikan vaksin. Ada juga yang memaklumkan mereka tidak sihat dan sedang menjalani kuarantin serta berada di luar kawasan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Fikri berkata, ada antara mereka turut memberikan sebab tiada kenderaan untuk hadir ke PPV malah ada yang turut memohon untuk menukar tarikh pada saat akhir.

Bagaimanapun, Fikri memaklumkan semua dos vaksin itu sudah diberikan kepada individu lain dalam senarai simpanan sedia ada.

“Senarai terbabit adalah mereka yang memenuhi kriteria untuk suntikan vaksin fasa dua. Orang ramai disaran mengambil langkah proaktif melakukan sekatan pergerakan kendiri atau ‘self lockdown’ bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” tambah beliau.

Katanya, ia susulan kes harian di negara ini yang semakin meningkat hingga menjangkau lebih 7,000 kes seluruh negara semalam, termasuk di Kedah yang mencapai angka lebih 300 kes harian.

Dalam pada itu, Fikri berkata Kedah kini mempunyai 12 PPV awam, 22 PPV Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan, 14 PPV klinik swasta dan dua PPV hospital swasta iaitu Putra Medical Centre (PMC), Alor Setar dan Hospital Pantai, Sungai Petani.

Rekod baharu 7,478 kes Covid-19



PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan satu lagi rekod tertinggi 7,478 kes baharu Covid-19.

Rekod sebelum ini ialah 7,289 kes baharu yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah jangkitan harian kini mencecah 533,367 kes.

Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi, dengan 2,455 kes.

Ini disusuli Kuala Lumpur (760), Sarawak (640), Johor (587), Kelantan (547), Kedah (542), Pulau Pinang (420), Negeri Sembilan (370), Perak (264), Melaka (230), Sabah (229), Terengganu (177), Pahang (171), Labuan (49), Putrajaya (29) dan Perlis (8).

PUNYA PERASAN ..PADA HAL CINA DAP YANG TEGUR..MULUT PENUH DEDAK LA BAI


W.FAUDZIN


Weyyy...lebaii...sebelum ni mulut hang penuh dedak..tak berbunyi langsung. Pemimpin Dap dulu yg tegur pasal kasino Genting..kemudian rakyat bising, menteri boleh jawab tak tahu kasino dibuka...dah kecuh baru diarah tutup.

Tiba2 lebai baru nak menyalak, claim kononnya hasil perjuangan mereka? Ptuihh...pa alip lam ta. Standard hang terompah kayu je, tau tak?


 May be an image of text that says "21:24 KB/S facebook Alhamdulillah tempat judi di Genting telah ditutup, disebabkan ulama dalam pimpinan kerajaan telah menegur isu perjudian di Genting berleluasa, nasib baik ada parti islam dalam pimpinan kerajaan, inilah untungnye kita undi parti islam, suara dan bantahan mereka sampai kepada kerajaan 59% 18:59 COVID-19: Kasino di G... From astroawani.com delivere COVID-19: Kasino di Genting diarah tutup serta-merta Astro Awani Mei 23, 2021 07:59 MYT"

VIDEO - BIADAP DAN TIDAK SENSITIF INSIDEN KEMALANGAN LRT PENGARAH PILIHAN RAYA UMNO, TAJUDIN DIDESAK LETAK JAWATAN PENGERUSI PRASARANA

 

 

KUALA LUMPUR – Majoriti rakyat Malaysia tampil mengecam Pengerusi Prasarana Nasional Berhad (Prasarana) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kerana tidak sensitif terhadap 213 mangsa yang terlibat dengan kemalangan membabitkan dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru, pada Isnin malam.

Tajuddin Abdul Rahman turut dikenali sebagai orang kuat kepada Dato’ Sri Zahid Hamidi dan Najib Razak juga adalah Pengarah Pilihan Raya UMNO, dalam satu sidang media (kelmarin) beliau dilihat seolah-olah tidak memandang serius kejadian kemalangan tersebut.

Apabila wartawan mengajukan soalan kepada Tajudin ““What is the situation in the tunnel? (bagaimanakah situasi di dalam terowong?)”Tajudin menjawab, “Normal..only the 2 cars together. They kiss each other (normal.. hanya dua kereta bersama, mereka bercium satu sama lain)”.

Video Player
00:00
00:27

Dalam sesi sidang media itu juga Tajudin dilihat turut memperlekehkan dan berlaku biadap terhadap wartawan daripada China Phoenix TV.

Tajuddin telah bertanya kepada wartawan “where are you from
(awak dari mana)?”. Wartawan itu menjawab “China”, lantas Tajudin membalas pula “China, no wonderlah (patutlah).”

Video Player
00:00
00:06

Seorang pendakwah bebas Firdaus Wong turut memuat naik kritikan terhadap Tajuddin melalui laman sosial Facebook miliknya “apakah 200 lebih individu yang tercedera dengan 6 kritikal itu sesuatu yang kelakar baginya (Tajudin)?

Sumber foto dipetik daripada Facebook rasmi milik Firdaus Wong….

Dalam pada itu petisyen mendesak Tajuddin meletak jawatan sebagai Pengerusi Prasarana turut mendapat sambutan. Sehingga kini menghampiri 20 ribu tandatangan berjaya dikutip bagi menyokong kempen tersebut.

Pautan link petisyen kempen letak jawatan Tajuddin seperti berikut:
https://www.change.org/p/prasarana-letakjawatantajudin?recruiter=false&recruited_by_id=b7aa81c0-bd6a-11eb-b24e-5783b890c23a

Berikut adalah antara beberapa lagi komen para netizen di media sosial yang menzahirkan rasa marah berhubung isu ini;



TAHNIAH DI TEMPAT KE 3 DUNIA

 

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Now Yesterday 2Dygo Days Last updated: May 25, 2021, 11:47 GMT All ColL Europe North America Asia Country, Other IT Total Cases 11 New Cases ا World 168,047,043 Iran +67,372 2,855,396 Russia +11,873 5,017,795 Malaysia +7,884 525,889 Indonesia 7,289 1,786,187 +5,060 Philippines 1,188,672 Thailand +3,972 135,439 Japan +3,226 Malaysia di kedudukan tangga KE-3 DUNIA pertambahan kes baharu sehari? 8 721,912 Ukraine +2,715 2,186,463 Bolivia +2,608 352,170 10 Pakistan +2,517 905,852 UAE +2,253 559,291 12 Kazakhstan +1,672aa 13 India 376,572 +1,558 26,948,874 Georgia +1,378 339,315 +1,354 #KerajaanGagal‎"‎‎



HAMZAH RIE NA


Tahniah kerajaan Islam MCA-PAS kerana berjaya mengharumkan nama MALAYSIA di mata dunia.

DI TANGGA KE-3 DUNIA !!!.. Takebeerrrr..

(Last updated: May 25, 2021, 11:47 GMT). **Akan berubah kedudukan mengikut data semasa.

Sikit lagi boleh melepasi utk tangga ke-2.. InsyaAllah. Usaha tangga kejayaan.. MALAYSIA BOLEH !!

#DaruratGagal

#KerajaanGagal

SR

 

BAGAIMANA PENERBANGAN INI TIDAK MELALUI RUANG UDARA INDONESIA


HAMZAH RIE NA

 

Rakyat membutuhi Pak jokowi kerana dia diangkat oleh rakyatnya. Berbeza dgn Kita PM dan menteri-menteri  semua buxxh lah korang. Sapa pun Tak takut dgn kerajaan kudeta ni.


 May be an image of map and text that says "The Washington Post Democracy Dies in Darkness Analysis Wdies The strange route Benjamin Netanyahu took to get from Singapore to Sydney PHILIPPINES Benjamin Netanyahu's flight path: hours minutes 5,887 miles MALAYSIA SINGAPORE PALAU Pacific Ocean Jakarta LE-SIYA Indian Ocean E.TIMOR PAPUANEW GUINEA A Singapore Airline flight that flew later Wednesday: 7 hours 38 minutes 4,141 miles AUSTRALIA 1,000 MILES Source: FlightAware KARKLIS/THE WASHINGTON POST Sydney"

MOHD MUKHLIS

 

Nak tengok apa negara berdaulat macam Indonesia buat? Berani deny Israel terbang atas ruang udara mereka. Tapi itulah, Jokowi di pilih secara rasmi oleh Pilpres, bukan di pilih secara khianat.

 

(LIVE) Anwar Ibrahim: Peluncuran Program Strategi pasca Covid & Sidang M...

NI APA CERITA NIH... PATUT BAGUN JAWAB NIH.

 


HAMZAH RIE NA


Dalam FB, Aunty Zu kata RM4.5 juta

Dalam website KPKT, tender kata RM3.74 juta

Dari RM3.74 juta jadi RM4.5 juta?

Mana pergi RM760,000?

SR

May be an image of 1 person and text

KEH..KEH...PUTAR BELIT SI TAJUDIN

 

SHAHBUDIN HUSIN


Ramai yang marah dan tak puas hati dengan Tajuddin Abdul Rahman selaku Pengerusi Prasarana berikutan insiden kemalangan LRT dua hari lalu, khususnya cara beliau menjawab dan berhadapan dengan pihak media.

Pada saya, beliau seorang pemimpin yang hebat dan mask yang dipakainya saja sudah cukup menunjukkan kehebatannya itu berbanding kita yang hanya pakai mask pakai buang saja yang tak sampai RM1 harganya....

 








KEH..KEH..ULTRAMAN DAH KENA SIASAT-HAH....


OVID-19: Polis buka kertas siasatan dakwaan Tajuddin tidak pakai pelitup muka

Astro Awani

Mei 26 , 2021 

COVID-19: Polis buka kertas siasatan dakwaan Tajuddin tidak pakai pelitup muka

Polis sahkan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disiasat kerana didapati tidak mengenakan pelitup muka semasa mengadakan sidang media pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Polis sahkan Pengerusi Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disiasat kerana didapati tidak mengenakan pelitup muka semasa mengadakan satu sidang media pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata perbuatan itu dikesan berlaku dalam sidang media selepas beliau melawat lokasi pelanggaran tren Rapid KL.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21a Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata kesemua yang terlibat semasa sidang media itu diadakan turut akan dipanggil dalam waktu terdekat.

Beliau pada masa sama menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk pemakaian pelitup muka.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mewajibkan pelitup muka sentiasa dipakai di tempat awam.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu lalu menegaskan semua individu perlu memakai pelitup muka walaupun memakai perisai muka atau niqab.

 

MUDAHKAN RAKYAT, WARGA EMAS PEROLEH VAKSIN


100,000 PERLU DISUNTIK SETIAP HARI JIKA MAHU CAPAI IMUNITI KELOMPOK



Pemuda ini ingatkan Umno jangan nak bodohkan rakyat

 Pemuda ini ingatkan Umno jangan nak bodohkan rakyat


KENYATAAN RASMI PEMUDA AMANAH NEGERI KEDAH

25 Mei 202 | Selasa

1. Apa yang UMNO mahukan sebenarnya? sehingga Presiden UMNO sendiri membuat kenyataan yang agak lucu dan mengelirukan rakyat tentang kegagalan Kerajaan PN mentadbir urus negara dalam situasi pendemik Covid19. Adakah seorang presiden parti melayu terbesar tidak mempunyai pengaruh dan kuasa?

2. UMNO merupakan sebahagian kompenan dalam kerajaan PN yang mana 9 ahli parlimen UMNO menjadi menteri dan timbalan menteri. Beliau mungkin lupa bahawa, Presiden UMNO sendiri memberikan kesaksian kepada Yang Dipertuan Agong untuk menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini. Sudah terang lagi bersuluh dan apa lagi sandiwara yang mahu dimainkan oleh beliau?

3. Sekiranya UMNO anak jantan secara terbuka semua MP perlu menarik sokongan kepada YAB Perdana Menteri dan sidang parlimen dibuka segera untuk menentukan hala tuju politik dan kestabilan negara. Bukannya sekadar slogan No ANWAR, No DAP dan No BERSATU walhal semua ini hanya retorik semata-mata dan jelas menjaga periuk nasi.

4. Hakikatnya kerajaan PN sekarang jelas tidak mampu lagi mentadbir urus ekonomi serta pandemik Covid19 dengan baik sehingga kes harian dan kematian ditahap membimbangkan. Rakyat dan penyokong UMNO seharusnya sedar bahawa kerajaan yang ada ini gagal menguruskan negara dengan baik. Apa peranan 4 Menteri Kanan, 27 Menteri dan 37 Timbalan Menteri yang ada sekarang?

5. Adakah Presiden UMNO sedaya upaya cuba menyelamatkan UMNO dari dihukum rakyat atas kegagalan PN pada PRU akan datang? Kerajaan PN merupakan pengkhianat kepada demokrasi negara dan mandat rakyat serta tidak mendapat penghormatan negara dan pimpinan antarabangsa kerana pengkhianatan yang dilakukan.

6. Apa guna slogan Melayu Islam sekiranya nilai contoh Islam tidak dipraktikkan dalam pemerintahan yang berjalan sekarang. Sekiranya UMNO mendaulatkan Islam sebagai asas perjuangan mereka perlu menolak kerajaan pengkhianat dan tebuk atap ini. Ini soal maruah UMNO atau adakah UMNO sendiri sudah hilang maruah sebagai entiti terbesar Islam dan orang Melayu?

6. Pemuda AMANAH Negeri Kedah mencabar Presiden UMNO untuk membuat satu keputusan dengan penarikan sokongan secara total dan meletakkan semua jawatan dalam kerajaan bagi membersihkan maruah UMNO itu sendiri dimata masyarakat. Bak kata pepatah janganlah menjadi musang berbulu ayam dalam perihal ini kerana hakikatnya rakyat mengetahui segala tindak tanduknya.

MOHD RIDZWAN ARSHAD AHMAD
Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kedah