Saatnya rakyat berdepan kesukaran, pemimpin bercakaran merebut kuasa dan jawatan

 

Saatnya rakyat berdepan kesukaran, pemimpin bercakaran merebut kuasa dan jawatan

Saat pentadbiran yang baik dihakis, tanda-tanda kemiskinan dan keterdesakan semakin jelas

By

 Henry Loh

 -


Sebuah set arkib terbitan Aliran dijual kepada MP Kangar Amin Ahmad (tengah)

Minggu lalu, Anil dan saya memandu ke Kangar, Perlis untuk menyampaikan salinan terbitan bulanan Aliran kepada MP Kangar, Noor Amin Ahmad.

Amin membeli sebuah set lengkap majalah kami yang diarkibkan. (Kami masih mempunyai dua lagi set untuk dijual.)

Sebelum menemui beliau, kami menikmati nasi kerabu daging, sekaligus melengkapkan lagi perjalanan kami ke sana!

Usai perjalanan ini, saya merenung semula betapa ‘kayanya’ data pensejarahan, analisis serta informasi di dalam artikel dan ulasan Aliran yang meliputi tempoh 1980 hingga 2013.

Ramai di antara mereka yang menyumbang artikel ke Aliran Monthly lama dahulu, masih lagi aktif di dalam gerakan masyarakat sivil, namun ada beberapa yang sudah meninggal dunia. Kami bersyukur terdapat beberapa penulis baru yang menghantar tulisan, bagi memastikan Aliran untuk terus menyediakan analisis serta pandangan alternatif terhadap perkembangan terkini di dalam negara.


Apakah wujud tali yang mengikat ribuan penulisan ini? Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu melihat mengapa Aliran ditubuhkan. Peraturan pertubuhannya ada dinyatakan bahawa “Tujuan Aliran adalah untuk menggalakkan denyut nadi kenegaraan serta pemahaman yang luhur tentang pembangunan mengikut aspirasi Rukun Negara.”

Tidak terlalu banyak perkataan di dalam tujuan yang dinyatakan, namun kata kunci “denyut nadi kenegaraan” serta “pembangunan mengikut aspirasi Rukun Negara” sungguh bermakna.

Rukun Negara menggalakkan kesatuan, demokrasi, kebebasan dan keadilan. Rakyat Malaysia didorong agar “membina sebuah masyarakat adil di mana kemakmuran negara dapat dikongsi bersama di dalam suasana adil dan saksama.”

Kita juga digalakkan untuk menjunjung “pendekatan liberal terhadap tradisi kebudayaan kita yang kaya dan pelbagai” serta “membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden”.

Aliran menganggap entitinya sebagai sebuah gerakan reformasi sosial yang dipandu oleh prinsip yang jelas. Berdasarkan aspirasi Rukun Negara serta prinsip moral yang asas, kami di Aliran menggalakkan nilai seperti “keadilan, kesaksamaan, kebebasan, setiakawan, keamanan, kenuranian, maruah kemanusiaan, kebenaran, saling menghormati, keberanian dan demokrasi”.

Inilah tali yang mengikat kesemua penulisan yang dinaikkan di dalam laman web kami. Para penulisnya dipandu oleh nilai serta prinsip yang kami percayai.


Sebaliknya, Aliran jelas menolak ketidakadilan, salah guna kuasa, rasuah, ketamakan atau apa-apa pelanggaran terhadap hukum perundangan.

Melewati sistem demokratik kita, pemisahan kuasa di antara perundangan, legislatif serta badan eksekutif kerajaan adalah asas kepada proses semak imbang. Namun, ada segelintir pemimpin yang sewenang-wenangnya melangkaui sempadan kuasa mereka dan masuk ke wilayah institusi lainnya.

Seorang ahli politik terkemuka baru-baru ini menyatakan bahawa antara rungutan utama dari partinya kepada kerajaan Perikatan Nasional adalah bagaimana mereka boleh membuat keputusan bagi membenarkan kes mahkamah terhadap sesetengah parti politik dan pemimpinnya dapat diteruskan. Amaran dari Majlis Peguam adalah tepat pada waktu – saatnya ahli politik ini seakan-akan tidak memikirkan langsung tentang kebebasan proses perundangan. 

Penyumbang baru kami, R Murali, mengesali bagaimana pentadbiran yang semakin terhakis di dalam negara kita. Beliau menyoroti ciri-ciri sebuah pentadbiran yang baik: kebertanggungjawapan, ketelusan, inklusiviti, keadilan dan kesaksamaan, kejujuran, keluhuran serta ketidakberpihakan.

Malangnya, kerajaan sekarang tampaknya terlalu mahu mengekalkan kuasa (rujuk kenyataan Aliran berkenaan pengisytiharan darurat) sekaligus sanggup berkompromi dengan ciri-ciri pentadbiran yang baik, termasuklah sistem semak dan imbang. Hasilnya: retorik yang memecahbelahkan mengikut etnik dan agama seringkali ditolenrasi dan dibenarkan untuk membarah.

Sebuah contoh yang lucu adalah di mana orang Islam tidak dibenarkan untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’. Contoh lain adalah di mana Jakim menyatakan bahawa kedai kek atau bakeri yang mempunyai logo halal supaya tidak mempamerkan kek dengan ucapan ‘Selamat Hari Krismas’ di atasnya. Nanti apa lagi?

Perkembangan politik yang dominan sejak ‘Langkah Sheraton’ serta pembentukan kerajaan PN adalah pertembungan di antara parti politik yang mana dapat lebih mewakili masyarakat Melayu-Islam. Secara tersiratnya, masyarakat bukan-Melayu dan bukan-Islam hampir atau tidak mempunyai apa-apa bahagian di dalamnya.

Seorang lagi penulis, Jem, melontarkan cabaran kepada generasi muda: untuk ke hadapan dan membentang bentuk politik yang lebih inklusif. Beliau mendesak agar mereka untuk mengambil kira warga rencam etnik dan agama di tanah air ini.

Kita perlu merangkul kerencaman, memuliakan dan menghormati kepelbagaian, serta membina jambatan perpaduan. Inilah yang selaras dengan aspirasi yang digalakkan oleh Rukun Negara.

Rukun Negara menyatakan bahawa rakyat perlu “membina sebuah masyarakat adil di mana kemakmuran sesebuah negara dapat dinikmati bersama di secara adil dan saksama”.

Adakah negara kita sudah mencapainya? Tidak. Malahan, pandemik coronavirus meluaskan lagi kesenjangan di antara mereka yang berada dengan yang tidak mempunyai apa-apa.

Peristiwa keluarga Proton Iswara menerima liputan meluas: seorang pengawal keselamatan, pencari nafkah tunggal keluarganya yang menerima gaji RM 1,200 per bulan, telah kehilangan rumahnya di dalam sebuah kebakaran pada April 2020 serta tidak mampu untuk menyewa rumah yang lain. Jadi, beliau, isteri serta tiga anaknya tidur di dalam kereta keluarganya dan menggunakan tandas awam untuk membersihkan diri.

Selepas media menyoroti penderitaan mereka, dermawan serta pendakwah Muslim, Ustaz Ebit, yang membantu semua warga tanpa mengira kaum dan agama, langsung bergegas dari Johor ke Pulau Pinang sewaktu Krismas bagi menyediakan bantuan serta menyewakan penginapan sementara. Majlis Bandaraya Pulau Pinang kemudiannya terus memproses permohonan dan memperuntukkan flat kos rendah kepada mereka.

Keluarga ini beruntung untuk menerima bantuan selepas media menyoroti penderitaan mereka. Namun, bagaimana pula dengan keluarga lain yang kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang setiap hari?

Mustafa, di dalam artikelnya, menyatakan bahawa bilangan penggangguran pada Oktober meningkat sebanyak 1.5% berbanding bulan lalu dan mencapai bilangan 748,200 orang. Dengan meningkatnya kes Covid saban minggu, keadaan boleh bertambah buruk. Kerajaan perlu segera fokus untuk meringankan beban mereka yang menderita berbanding bermain politik untuk bergayut di tampuk kekuasaan.

Prof Philip Alston, bekas pelapor khas PBB tentang kemiskinan tegar serta hak asasi, mengeluarkan laporan akhirnya berdasarkan lawatan 11 harinya pada 2019 ke beberapa lokasi dan negeri di Malaysia: Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Sarawak serta Kelantan.

Laporannya menunjukkan bahawa kadar kemiskinan rasmi di Malaysia yang dicatatkan hanya 0.4% – terendah di dunia – adalah “tidak realistik dan terlalu rendah serta mengelirukan”. Beliau percaya bahawa kadar kemiskinan sebenar boleh jadi setinggi 15% (diingatkan, ini adalah sebelum pandemik).

Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi ketika itu, cepat-cepat menafikan statistik itu sebagai tidak tepat.

Berbanding menjadi defensif, bukankah lebih baik jika kerajaan kemudiannya mencari jalan untuk meredakan penderitaan mereka yang miskin dan terpinggir di kawasan bandar serta pedalaman itu? Orang Asli, warga migran yang mempunyai dokumen atau tidak, pekerja dengan gaji harian, pengganggur, ibu bapa tunggal, mereka yang kelainan upaya – mereka ini semua memerlukan bantuan dan perhatian istimewa.

Ingat, tugas dan cabaran kita adalah untuk memastikan semua warga menerima pengagihan kemakmuran yang adil di dalam negara ini. Bagaimana ianya mungkin terjadi saat kita masih mempunyai keluarga yang terpaksa tidur di dalam kereta atau mereka yang tidak mempunyai rumah dan tidur di kaki lima serta bergantung kepada belas ihsan untuk makan sekali dalam sehari?

Pada waktu yang sama, kita mempunyai ahli politik angkuh yang memberi keterangan di dalam mahkamah bahawa RM 2j itu hanyalah ‘duit poket’ atau seperti duit baki kepada mereka. Inilah ketidakadilan yang memeranjatkan yang wujud di negara kita.

Pandemik coronavirus telah memberi rakyat Malaysia peluang untuk mengetik ‘butang mula semula’ serta mengutamakan apa yang penting di dalam kehidupan kita. Kita semua patut menjadi lebih sensitif kepada pentingnya untuk menjadi mapan serta manusiawi. Kita perlu melawan prasangka dan belajar menerima.

Pemimpin politik di kedua-dua belah pihak gagal untuk menjalankan tanggungjawab mereka. Mereka tampaknya lebih berminat merampas kuasa berbanding menjaga kebajikan rakyat.

Selepas kejatuhan pemerintahan PH serta perebutan kuasa oleh ahli politik di kedua-dua belah pihak, kita sebagai rakyat perlu berwaspada dengan siapa yang kita pilih untuk mewakili kita pada pilihanraya akan datang.

Kita hanya perlu mendukung calon yang melepasi ujian ketelusan, inklusif serta yang benar-benar kisah kepada semua, tanpa mengira kaum atau agama mereka. Ayuh bersama menolak ahli politik yang berahi kuasa, tamak, perasuah serta perkauman.

Henry Loh
Koordinator serta editor bersama, surat berita Aliran
13 Januari 2021

Terjemahan oleh Zikri Rahman



Vaksinasi Covid 19: Kerajaan PN henti beri alasan setelah ketinggalan berbanding Singapura, Indonesia.







Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak wajar terus berdolak dalih berikutan kelewatan menerima vaksin Covid 19 berbanding Singapura dan Indonesia.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Akmal Nasir berkata, rekod buruk pentadbiran Muhyiddin Yassin di tahun baharu ditandai dengan kematian seramai 275 warga Malaysia sejak 1 hingga 30 Januari 2021.

Beliau berkata, darurat yang dilaksanakan bersekali dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nampaknya bukanlah langkah terbaik dalam membendung penularan gelombang ketiga kes Covid-19 kali ini.

"Dalam hal vaksinasi, Malaysia ketinggalan pula berbanding Indonesia dan Singapura yang telah melaksanakan program vaksinasi, bahkan Bangladesh juga akan memulakan vaksinasi secara penuh ke seluruh negara bermula 7 Februari.

"Namun Malaysia masih belum menyatakan dengan tepat bilakah tarikh sebenar suntikan vaksin Covid-19 secara percuma akan dijalankan," katanya.

Menurut Akmal, rakyat telah muak digula-gulakan dengan kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin kononnya vaksin Covid akan tiba selewat-lewatnya akhir tahun 2020

Kemudian, katanya, Menteri Kesihatan memaklumkan vaksin fasa pertama akan mula diagih dan disuntik pada bulan Februari 2021 dan terbaru Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pula menyasarkan pemberian suntikan vaksin Covid-19 di seluruh negara akan bermula pada Mac ini.

"Kenyataan berdolak-dalik merunsingkan rakyat yang sudah sedia terbeban dengan siri kegagalan berterusan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin bagi menangani isu ekonomi, pendidikan, kesejahteraan rakyat, kesihatan awam dan pelbagai lagi.

"Justeru itu, Kerajaan digesa untuk segera membentangkan kepada rakyat tarikh sebenar penerimaan vaksin Covid-19 di Malaysia serta garis masa pelan suntikan vaksin yang digerakkan melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan," kata Akmal.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Johor Bahru tersebut mengucapkan tahniah ke atas semangat kental yang ditunjukkan oleh sukarelawan dari AMK yang menjadi antara indivitu terawal menjalani ujian klinikal vaksin Covid 19.

"Angkatan Muda Keadilan Malaysia merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada 62 orang sukarelawan yang menjadi individu terawal di Malaysia menerima suntikan vaksin (peringkat kajian teknikal) semalam.

"Lebih membanggakan, individu pertama dan kedua dalam Malaysia yang menerima suntikan vaksin tersebut adalah Saudara Adam Loh, Naib Ketua AMK Kedah serta Saudara BK Tan dari AMK Sg Petani.

"Ini sekaligus menyangkal kenyataan populis Perdana Menteri, kononnya beliau bersedia menawarkan diri menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Covid-19," katanya.

 

ANGGOTA AMK YANG PERTAMA DISUNTIK VAKSIN UJIAN COVID 19


LOMPAT PARTI KERANA MORAL ANWAR, KES VIDEO AZMIN MACAM MANA?


GRAND COALITION SEBENAR (GSC) CUBA DIBANTUTKAN DENGAN "GRAND COLLUSION" (GC) OLEH OT95...??

 



1) PERCUBAAN menghalang "Grand COALITION" Sebenar (GSC) antara UMNO-PKR-DAP ini telah saya sebut sejak November - Disember 2020. Saya menulis lagi mengenainya pada 24 Disember 2020.

2) Sebelum itu berkali-kali saya tulis bahawa #K3 PANDAP hanya membawa suara OT95 a.k.a AtukSAKATua untuk hijack PH melalui "Grand COLLUSION" sebuah pakatan JAHAT dan CURANG..!!

3) GCS ini sebenarnya lebih awal pernah disebut sebagai kerjasama PH+UMNO oleh Sdr. Shahbudin Husin seawal 15 OKTOBER 2020..!!. Sila browse Youtube tonton PVC TV Program "Apa Kata Dahlan" (AKD) bertajuk 𝑴𝑰𝑴𝑷𝑰 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝑹𝑬𝑨𝑳𝑰𝑻𝑰 - AKD EP01. Lihat pada minit ke 25:00. Link : https://www.youtube.com/watch?v=SNosrWUKO3E&t=2180s

4) Oleh itu, bila membaca artikel di bawah with all due respect to the penganalisis politik Awang Azman Pawi, dia sebenarnya dah ketinggalan LRT. Saya sudah menulis tentang ini sejak tahun lepas dan menulis lagi pada 24 December 2020 seperti di bawah. Tak apa lah.."Better late than Never"...mungkin dia sibuk menganalisa dan mengkaji sehingga terlewat sebulan utk sedar. Husnuzdon....Description: 😁

5) JIKA kita masih ingat, pada awal Januari 2021 DS Dr. Mujahid Yusof Rawa juga mula bercakap pasal kerjasama ini. Beliau mahukan Penyokong PH dan UMNO faham betul-betul apa yg beliau cuba sampaikan. Takkan kita nak kata Sdr Shahbudin Husin dan DrMYR jugak lapaqkan UMNO?

6) Puak #K3 PANDAP yg acah2 berprinsip memang awal2 tolak kerjasama "Kluster Mahkamah UMNO". Tapi dalam satu program Jom Channel, Lid kata Amanah bersedia berbincang dgn UMNO jika diperlukan. Yg heran tu sampai ke hari ni UMNO tak perlu pun nak berbincang dgn Amanah. Musykil dan kesian.

7) Ironinya...bila saya membawa cerita benar "Grand Coalition" UMNO-PKR-DAP, ada di kalangan penyokong PH sendiri yg mengejek-ngejek, memperlekehkan, maki hamun saya malah mengKEPALA BAPAKkan apa yg saya sampaikan. Saya dicerca dan dituduh lapaq UMNO....Saya turut dituduh menjaja "Fake News" dan "Naratif Palsu"...Description: 😄...Walhal saya hanya menyokong agenda, usaha mengubah LANSKAP POLITIK MALAYSIA demi menyelamatkan Rakyat serta Negara daripada terus tenggelam dgn politik benci, permusuhan, perseteruan yg tajam, caca merba serta tidak stabil. Lagipun saya melihat PA$ dan DAP yg dilihat mustahil akan bekerjasama pernah disatukan dlm satu koalisi oleh DSAI. So, apa yg mustahil??

8) Usaha Politik KONSOLIDASI ini dikatakan telah dimulakan sejak Ramadhan tahun lepas yg ramai tidak tahu. Meskipun saya sendiri skeptikal pada awalnya tapi saya bersetuju supaya PKR dan DAP "explore" wilayah yg belum diterokai. Ini pernah disebut oleh YB Ronnie Liu dalam kes pembentukan Kerajaan Negeri Perak.

9) Jika kita memahami semangat dan kekuatan REFORM, kita harus faham bahawa KITA MUNGKIN akan tiba pada satu persimpangan di mana kita harus korbankan perasan dan kehendak hati demi matlamat yg lebih besar buat rakyat dan negara. Maksudnya walau secara peribadi kita tidak suka, tapi ia perlu disokong demi KEMASLAHAN rakyat dan negara.

10) Skrg ni penganalisis politik pun berkata begitu dan bercakap mengenainya, mungkin baru pakat nak percaya kot? JUJURnya saya tidak pasti Politik Konsolidasi ini mampu menghasilkan kerjasama itu atau tidak, tetapi pada saya, "IT WORTH A TRY" atau Rakyat dan Negara ini akan terperangkap dgn KERAT yg "KleptoCRAZY" dan "CuriTokrasi".

10) KINI...Rakyat terus dibebani dgn Darurat, PKP, kos sara hidup, hilang pendapatan, ekonomi pandemik dan ancaman nyawa oleh COVID-19. Doakan ada sinar buat Rakyat Malaysia.

Wallahualam.

- Zus Din

30 Januari 2021

***************************************

Mahathir bantut rancangan ‘gabungan besar’ pembangkang.

Minderjeet Kaur

January 29, 2021

Pemimpin DAP dilaporkan tidak pasti sama ada akan menyokong Dr Mahathir Mohamad atau kekal dengan Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Ketidakpastian berhubung Dr Mahathir Mohamad mungkin akan menangguhkan perbincangan dalam kalangan pembangkang mengenai penubuhan sebuah gabungan besar untuk mengambil alih kuasa selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata seorang penganalisis.

Sumber dalaman politik berkata, pemimpin parti Pejuang yang diketuai Mahathir, berserta Amanah, DAP, Warisan dan Muda, kini menimbangkan pro dan kontra sebuah gabungan baru.

DAP masih tidak pasti sama ada ia mahu dikaitkan dengan Pejuang yang dipimpin oleh Mahathir atau kekal dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Gabungan DAP dengan Mahathir mungkin meminggirkan ramai pengundi Cina, kata sumber dalaman DAP.

“Mereka yang berusia 60 tahun ke atas mungkin masih memilih DAP, tetapi pengundi berusia 50 tahun ke bawah mungkin tidak menyokong langkah itu,” katanya kepada FMT.

“Sekiranya mereka kekal bersama PKR di bawah Anwar, orang Cina akan memberi sokongan kerana mereka tidak mempunyai masalah dengan parti itu,” katanya.

Beliau berkata, orang muda kecewa dengan tindakan Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri pada 2020, dan ramai yang percaya undi mereka tidak dihormati.

Beliau berkata, bagi Amanah pula, parti itu masih berpecah dengan beberapa pemimpin menyokong Mahathir dan selebihnya menyokong Anwar.

“Sekiranya Amanah membenarkan Pejuang menggunakan logo mereka, parti itu tahu bahawa ia hanya akan berjaya sekiranya parti lain turut menyertai gabungan tersebut.”

Pejuang, yang mempunyai empat Ahli Parlimen dan gagal didaftarkan sebagai parti politik baru-baru ini berkata, pihaknya mungkin akan bertanding dalam pilihan raya akan datang dengan menggunakan logo Amanah.

Timbalan presiden protem Pejuang, Marzuki Yahya mengesahkan perkara itu.

Pemimpin Amanah juga mengesahkan idea itu dikemukakan, tetapi belum ada perbincangan rasmi mengenai perkara tersebut.

Sumber itu berkata, Warisan akan mengikut Mahathir.

“Mereka akan menyokong Mahathir dalam PRU15 dan bagi Muda, mereka menggesanya,” katanya kerana Muda dipimpin oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang dianggap sebagai “anak emas” Mahathir dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

Gabungan besar sepatutnya terdiri daripada PKR, Umno, DAP, GPS

Penganalisis politik Awang Azman Pawi berkata, empat parti politik dengan penyokong akar umbi terkuat adalah PKR, Umno, DAP, dan GPS.

“Mereka mempunyai pengalaman dan sokongan akar umbi. Mereka juga tahu bagaimana untuk mengendalikan akar umbi mereka,” tambahnya.

Beliau berkata, sekiranya keempat-empat parti itu membentuk sebuah gabungan besar, mereka dapat menawan Putrajaya dengan mudah, dan parti “lebih kecil atau parti nyamuk” akan terkubur.

Awang Azman juga berkata, selain Mahathir, tiada jaminan Pejuang akan memenangi sebarang kerusi pada PRU akan datang kerana parti itu masih baharu.

Bagi DAP, sebilangan ahlinya yang berterima kasih kepada Mahathir kerana memberikan jawatan Kabinet mungkin akan terus menyokongnya, tetapi parti itu mungkin tidak mendapat sokongan pengundi Cina.

Berhubung penggunaan logo Amanah, beliau berkata, strategi itu mungkin gagal kerana parti itu masih kekurangan ahli akar umbi.

 

M A C A M L A W A K J E P K P 2 . 0


Image may contain: 1 person, text

PAPA BOB

Member aku nak kena pergi Kota Bharu pada hari lusa... 01 Februari 202... Dia duduk Shah Alam... nak kena pergi Kota Bharu tu atas tujuan kerja... kerja pemasangan peralatan perubatan di Hospital Sultanah Zainab...

Tapi...

Bila dia pergi ke Balai Polis yang berhampiran untuk dapatkan permit kebenaran merentas negeri... dia diberitahu bahawa ianya tidak perlu... dia cuma perlu buat swab test dan cuma boleh berada maksima 3 hari (72) jam sahaja di Kota Bharu...

Persoalan yang aku nak bangkitkan ni... kenapa tak perlu ada permit kebenaran rentas negeri... cukupkah dengan surat majikan dan surat dari hospital tu??

Adakah ini SOP yang betul?? nampak macam lawak jer PKP 2.0 ni... dan lagi nampak lawak juga Proklamasi Darurat 2021 ni yang macam xder efek jer... Adoilah... agaknya sebab inilah jumlah jangkitan kes baru tidak memperlihatkan status penurunan...

Sebab SOP pun lekeh.... adoilah...

AZMIN ALI BERCERITA PASAL MORAL..??

 

Image may contain: 4 people, text that says "Evidence Subject 08:11:44 08:11:24 Reference Subject 08:10:45 Key A: Forehead hairline B: Hairline right side insertion"


BOB KELANANG

Aku gelak betul baca berita kat Malaysiakini... tentang Azmin Ali... bila dia dedahkan sebab apa dia keluar PKR dan join BERSATU...

KOH KOH KOH…

Azmin Ali bercerita pasai moral tu AUNs...

KOH KOH KOH…

Azmin berkata, 'amalan seksual yang tidak bermoral' dilakukan Anwar menjadi punca dia hilang kepercayaan terhadap presiden PKR itu.

KOH KOH KOH...

Orang macam Azmin Ali nak sembang bab moral??

KOH KOH KOH…

Tolong laaa jangan memalukan diri sendiri... Kasi dulu proof yang paling kukuh yang membuktikan tuduhan video semburit Haziq tu adalah palsu... THEN, baru boleh sembang bab moral...

Sebab Lokman Adam dah buktikan secara forensik digital yang video semburit itu tidak palsu...

So... amacam... ada berani ka mau bagi bukti paling kuat untuk menidakkan keputusan forensik digital bagi video semburit tu... Ada bran?

KOH KOH KOH…

Kalau setakat citer Yusoff Rawther dan Aidil Azim tu...

KOH KOH KOH…

Itu semua boleh diproofkan tidak reliable...

KOH KOH KOH… jilaker!!

 

SEMOGA HAMZAH ZAINUDDIN BERTABAH

 


Cabaran Menteri KDN tangani masalah di lapangan


' This morning doctors confirmed that the 64 year old Hamzah Zainuddin’s kidney has failed him.Hamzah Zainuddin is arguably TSMY most senior and trusted confidant. Or, as some hack has uncharitably insisted, Hamzah Zainuddin is TSMY’s Svengali. '

nampaknya buah pinggang salah sekor arkitek tebuk atap haram jadah gagal berfungsi.eloklah tu mampus terus pun elok sangat.kalau boleh arkitek2 lain macam azmin,hishamuddin dan mastermind mereka saka96 pun elok gi mampus sebab punca semua musibah bala menimpa 33 juta marhen.

salam takziah buat menteri KDN yg tenat di icu akibat buah pinggang gagal berfungsi.doa jutaan rakyat marhen yg teraniaya di zalimi tebuk atap kera jaan haram jadah UMNO-PAS-PPBM-GPS pimpinan muhyiddin yassin makbul akhirnya syukur......semoge runtuh pula pintu belakang yg tidak pernah buktikan mereka ade majoriti ahli parlimen tapi angkat sumpah bulan 3 yang lalu,amin......


ZUWAIRI MOHD YUSOF



BETUL KE SEMBURIT NI? OLEH TAMBRIN TUN GHAFAR


BETUL KE SEMBURIT NI??

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 31/01/2021
( 1 - 23 )


1.   Memang saya gunakan tajuk yang KASAR  bagi tulisan kali ini.

2.  Bagi pembaca khususnya penyokong - penyokong  yang terlalu  TAKSUB  dengan   PENGKHIANAT  yang   pintar berlakun dan  berpura - pura ini, mereka pasti menyerang saya dengan maki hamun  dan kata - kata kesat.

3.   Sebenarnya  penghormatan  saya  bermula  sewaktu beliau bertugas selaku Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim  SEHINGGALAH  tertularnya PENGAKUAN  Haziq Abdul Aziz  di mana kepercayaan saya terhadap beliau terus hancur berkecai  bagaikan cermin dihempas ke batu.

4.  Tajuk diatas ' 'BETUL KE  SEBURIT NI ??'  dipilih bagi  menunjukkan  karektor atau sifat SEMULA JADI dan HIPOKRIT  seorang  yang bernama AZMIN  ALI.

5.  Anak kelahiran Singapura ini yang lahir pada 25hb Ogos 1964 telah diberi kepercayaan  bertugas di pejabat Anwar selaku Setiausaha Sulit.

6.  Ekoran  kes rasuah dan liwat Anwar yang berakhir dengan beliau dipenjarakan, Azmin  dan beberapa rakan lain  bertindak menubuhkan Parti Keadilan Rakyat atau PKR.

7.  Mulai 2008 sehingga kini pengundi - pengundi di Kawasan Parlimen Gombak dan Kawasan  Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa telah memilih beliau sebagai wakil mereka.

8.  Ekoran  LANGKAH  KAJANG, Azmin dengan sokongan Hadi  dan  PAS  Selangor  mula mengatur strategi dan akhirnya  berjaya  mengenepikan  Anwar dan isterinya, Dr. Wan Azizah apabila beliau dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim ( Tan Sri ).

9.  Setelah rakyat menolak UMNO/BN  pada hari Rabu 9hb Mei 2018, Azmin sekali lagi berjaya MEYAKINKAN  Tun Dr. Mahathir dengan  melantik beliau sebagai  Menteri Ekonomi  bagi MENGATASI  masalah ekonomi  negara.

10.  Bagaikan anak emas dan hulubalang yang bersenjatakan keris dan tombak, di mana sahaja Tun berada sama ada di dalam atau di luar negara , rakyat akan melihat  beliau tetap berada disamping Tun - ia membuatkan  ramai Ahli - Ahli Kabinet berpendirian  dialah bakal PENGGANTI  Tun.

11.  Rupa - rupanya  sejarah  bagaimana Brutus  MENIKAM Julius Ceaser di Kota Rom, Italy 2000 tahun dahulu  kembali berulang di Tanahair kita sendiri.

12. Bagai membenarkan  pepatah :

      Gunting Dalam
      Lipatan

      Api Dalam
      Sekam

      Musuh Dalam
      Selimut

            DAN 

       Menggigit  
       Tangan
       Yang  Menyuap
       Nasi Ke Mulut

demi NAFSU,   beliau yang  BERPAKAT  dengan Muhyiddin dan Hamzah SANGGUP  melakukan  RAMPASAN  KUASA tersebut.

13.  Tidak  terfikir  bagaimana  mereka yang pernah  menyerang UMNO  dan PAS  kini  boleh berpeluk - pelukan  dengan musuh ketatnya semata - mata bagi merebut jawatan Perdana Menteri  dan Menteri Kanan.

14.  Rakyat masih tidak lupa  hubungan seks luar tabii yang dilakukan oleh Azmin dan pasanganya, seorang lelaki , Haziq Abdul Aziz  di Hotel Four Points  di Sandakan, Sabah; jika tidak benar mengapa sehingga kini beliau TIDAK BERANI mengheret Haziq ke Mahkamah bagi MEMBERSIHKAN diri beliau dan keluarga serta pengikut-pengikutnya yang TERLALU PERCAYA dengan beliau.

15.  Kini Azmin  sedang berdrama dengan Muhyiddin  seperti yang dilakukannya ketika bersama Tun -  di mana ada Muhyiddin maka  adalah Azmin; ini dilakukan bagi menunjukkan betapa intimnya beliau dengan Muhyiddin.

16.  Beliau tahu  barah yang dialami Muhyiddin  walaupun  mungkin pulih namun penyakit ini BOLEH  berlaku lagi pada bila - bila masa dan apabila berulang, ia lebih membahayakan dan mungkin membawa maut, dan pada masa itu  beliau PASTI  berusaha untuk mengambil alih jawatan tertinggi yang diimpikan.

17.  Rakyat sudah mula kenal siapa Azmin Ali SEBENARNYA :

i.   Menipu Anwar dan parti yang diasaskannya, PKR  dengan berbagai alasan.

ii.   Menikam  Tun Dr. Mahathir walaupun Tun  dan isteri menganggap beliau sebagai anak angkat dan pernah menyelamatkannya dalam kes SEMBURIT.

iii.  Menipu pengundi - pengundi Gombak dan Bukit Antarabangsa  dengan MENGINGKARI  janji  MENENTANG  RASUAH  oleh UMNO / BN.

iv.  Apakah dia  masih menganggap  rakyat boleh ditipu dan diperbodohkan apabila  menuduh Kerajaan PH  gagal  menangani masalah ekonomi rakyat dan negara   sedangkan ketika itu dialah yang mengurus ekonomi negara selaku Menteri Ekonomi selama 22 bulan sebelum  Kerajaan Pintu Belakang atau Kerajaan Tebuk Atap  menggambil alih kuasa - ini dengan jelas membawa erti Azmin yang hanya pandai  berdrama, berpura - pura dan retorik, GAGAL.

v.  Begitu juga  tuduhan beliau terhadap  Kerajaan PH berhubung isu COVID 19
-  tonton sajalah klip video dan laporan Antabangsa yang terbaru  berhubung kedudukan  ekonomi dan COVID 19 negara kita  dibandingkan dengan negara lain.

18.  Bukan saja bergaduh dengan adik beradik tapi pernah juga 'BERTINDAK' kasar  terhadap ibu kandungnya walau pun akhirnya beliau mengalah  dengan ibu kandungnya itu, Cik Tom Yahya yang sudah pergi meninggalkan dunia ini  ( Alfatehah ).

19.  Apakah Azmin akan  'MEMBELI'  pemimpin - pemimpin UMNO, PAS  dan PKR Kawasan Gombak  bagi  MENGKEKALKAN  Kerusi Gombak dan Bukit Antarabangsa?

20.  Atau  apakah  beliau  akan BERHIJRAH  ke Batu Pahat  atau Penggerang, Johor atau di mana tempat selamat pada  PRU15 nanti?

21.  Izinkan saya  mengucap TAHNIAH  kepada  masyarakat Batu Pahat atau Penggerang  atau di mana saja kerana SUDI  MENERIMA  dan  MENYOKONG  PENGKHIANAT  yang juga terlibat dengan aktiviti  SEMBURIT  sebagai Wakil Rakyat mereka.

22.  Terlalu banyak  pembohongan dilakukan; seperti Muhyiddin, tanpa pembohongan  beliau mungkin sukar naik ke atas.

23.  INSAF  DAN BERTAUBATLAH  SEBELUM  ALLAH   SWT  MENARIK  NYAWA  SAUDARA.

Wassalam
Terima Kasih.

BUANG TEBIAT KE #K3 PAN..??



Image may contain: 1 person, text that says "Sinar Sinar Harian Sekiranya Amanah membenarka lambang parti itu digunakan oleh pihak lain, ia tidak menunjukkan kesepakatan dalam penggunaan satu lambang. Naib Presiden Amanah SINARHARIAN.COM.MY Pejuang tak boleh guna lambang Amanah: Mahfuz hfuz SHAH ALAM Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak boleh mengg..."



Aiks #K3 PAN nih?? Yg hgpa dok paksa DSAI dan Keadilan terima AtukSAKATua dan "pejuWANG" dah kenapa? Sdgkan hgpa sendiri taknak bg puak KHIANAT yg menolak kepimpinan DSAI tu pinjam lambang PAN?

Pelik bin pelik bin pelik bin pelik bin ajaib wal ganjil. Lagi pelik sbb yg sebut ni ialah Mahpos..!! Penjilat tegar AtukSAKATua kot? Description: 🤔

Pelik pula Mahpos pandai bercakap pasal apa-apa keputusan perlu dibuat di dalam Mesyuarat MP PH? Awat selama ni 4 Stooges #K3 PAN reti hormat ke keputusan MP PH yg hanya calonkan DSAI seorang shj sebagai calon PM?

Mintak maap lah Mahpos....silap haribulan logo PH pun takkan dipakai tapi logo Keadilan juga yg akan digunakan sepertimana di PRU14. Logo PH tu dah terpalit dgn tahik cirit AtukSAKATua. Dia sengaja "pret" atas logo PH tu nak sabotaj bagi rakyat menci. Basuh guna klorox malah asid "hydrocloride" pun dah belum tentu buleh keluaq kaler kunin taik cirit org tua tu. Manyak musyuk. So..move forward..!!

Kalau jentik teloq baru hgpa reti bahasa kot? Mangkarq sungguh la puak #K3 PAN nih. Ciss..!! Description: 😄

- Zus Din

30 Januari 2021

************************

Pejuang tak boleh guna lambang Amanah: Mahfuz

SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak boleh menggunakan lambang Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya parti itu menggunakan lambang Pakatan Harapan (PH).

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya Amanah membenarkan lambang parti itu digunakan oleh pihak lain, ia tidak menunjukkan kesepakatan dalam penggunaan satu lambang.

“Prinsip kita ialah kita nak supaya semua parti pembangkang duduk semeja berunding, berbincang pengagihan kerusi dan kemudiannya membuat pendirian untuk gunakan satu lambang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas Timbalan Presiden Penaja Pejuang, Datuk Marzuki Yahya mengesahkan parti itu mungkin menggunakan lambang Amanah pada PRU15, jika pendaftarannya tidak diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, sebarang keputusan yang berkaitan dengan penggunaan lambang hanya akan dibuat oleh Majlis Presiden PH.

“Majlis Presiden PH nanti akan buat keputusan. Sehingga kini belum ada satu keputusan yang dibuat melainkan berasaskan kepada pilihan raya kecil yang lalu, semuanya guna lambang PH.

“Jadi kami tetap berpendirian untuk menggunakan satu lambang. Tak kiralah lambang apapun. Kami akan gunakan satu lambang pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

“Bila Majlis Presiden buat keputusan hanya satu lambang yang digunakan, maka lambang lain tidak boleh lagi digunakan,” tegasnya.

Beliau pada masa sama turut berharap agar parti Pejuang memahami perkara terbabit.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menyatakan bahawa Amanah tidak pernah membuat apa-apa pendirian atau maklum balas terhadap kenyataan dibuat oleh Marzuki.

“Saya nak tegaskan kepada semua pihak bahawa itu hanyalah kenyataan Timbalan Presiden Pejuang dan kami tidak pernah memberikan apa-apa maklum balas, tidak pernah dibawa ke dalam perbincangan apa-apa mesyuarat di peringkat kepimpinan tertinggi Amanah sehingga kini,” katanya.

Link : https://www.sinarharian.com.my/.../Pejuang-tak-boleh-guna...

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf