HAMDAN TAHA
Ada yang tak kena pada pimpinan negara kita ni nampaknya. Kes meningkat
seperti tidak ada kawalan....di mana silapnya...selain kita membicarakan tentang
takdir dan
ketentuan Allah swt

HAMDAN TAHA
Ada yang tak kena pada pimpinan negara kita ni nampaknya. Kes meningkat
seperti tidak ada kawalan....di mana silapnya...selain kita membicarakan tentang
takdir dan
ketentuan Allah swt

MOHD SHAH RIM
Perlembagaan Persekutuan menyediakan PERUNTUKAN KHAS berkaitan
proses pindaan melalui perbahasan dan keputusan Parlimen. Syarat perlu
keputusan majoriti 2/3..
Hanya sikit saja peruntukan Perlembagaan yang boleh dipinda
melalui majoriti mudah tanpa majoriti 2/3, yang lain hanya boleh dipinda
sekiranya cadangan pindaan diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga di
kedua-dua Majlis Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) pada Bacaan Kedua dan
Ketiga (159(3) dan (4).
Pindaan peruntukan berkaitan Institusi Beraja dan beberapa
peruntukan asas Perlembagaan, termasuk kewarganegaraan, kedudukan istimewa
orang Melayu, bahasa , Islam dan kedudukan negeri berkehendakkan majoriti dua
pertiga dan perkenan Majlis Raja-Raja (159(5) serta 38(4)).
Dakwaan Hadi Awang jelas tidak tepat atau berdasarkan llusi dan
mimpi dia sendiri, susah nak explain bagai mana seorang yang tidak waras
diangkat jadi Presiden parti..

WFAUZDIN NS
Mungkin walaun2 pas yg baru nak up tidak tahu sejarah Hadi. Sejarah Hadi dlm tragedi memali ada kaitan dgn amanat Hadi. Apa yg terkandung dlm amanat hadi?
Dalam amanat Hadi disebut dengan maksudnya bahawa “Pas menentang Umno adalah kerana Umno mengekalkan perlembagaan penjajah (kafir). Jika mati di dalam menentang Umno itu maka mati syahid”.
Ertinya, perlembagaan sekarang ini bagi Pas adalah perlembagaan kapir. Menentangnya adalah jihad dan boleh mati syahid macam Ibrahim Libya di Memali.
Itu sejarahnya. Tiba2 sekarang Hadi kata Pas menentang Dap kerana kononnya Dap cuba untuk mengubah perlembagaan yg Hadi kata kapir dulu. Eh, mengapa sekarang begitu pertahankan perlembagaan kapir? Apa bezanya kamu dulu menentang perlembagaan sampai ada yg mati tak bermandi dan berkapan kerana melawan puak2 yg berpegang kpd perlembagaan kapir?
Apakah sekarang perlembagaan itu telah menjadi perlembagaan Islam sebaik saja Pas bersekongkol dengan pengkhianat untuk menjadi kerajaan tebuk atap?
Satu lagi bukti dan dalil Pas menjual agama. Satu lagi dalil menunjukkan amanat Hadi itu penipu besar hanya kerana untuk menjadi pemecah belah umat Islam sehingga berlakunya solat dua imam dan sembelihan orang Umno haram dimakan.
Pas akan ubah hukum ikut kepala otak Hadi. Untung kepada dia, halal. Jika rugi kepada dia hukumnya haram. Jatuh kerajaan Pas kerana khianat seperti di Perak dulu, maka hukum kerja khianat itu haram. Tapi bila dia nak jadi menteri dan berada dalam kerajaan, hukum khianat itu halal dan wajib disokong seperti Pas berada dalam kerajaan sekarang.
Semoga walaun tidak terus diperbodohkan oleh lebai Hadi.
Hashtag yang dikatakan trending di media sosial terutamanya Twitter. Semuanya gara-gara kedai makan terpaksa tutup jam 8 malam.
Serius aku tak faham bagaimana kedai makan tutup jam 8 malam boleh bendung Covid-19 sedangkan semua makanan hanya dibungkus.
Kalau tak benarkan makan di kedai itu ya, kita boleh fahami rasional larangan itu walaupun masih tak berapa rasional tapi tutup jam 8?
Adakah virus Covid-19 di Malaysia gunakan sistem punch card? Tepat jam 8 malam virus ini akan keluar mencari mangsa. Macam aedes la pulak.
Rakyat dah berulang kali suarakan tapi nampaknya kerajaan tak berminat untuk dengar suara rakyat. Inilah yang dinamakan kesombongan.
Semoga rakyat buka mata. Kalau hal seperti waktu kedai makan ini pun mereka enggan pertimbang sentimen rakyat, apa lagi perkara yang lebih besar.
Aku harap rakyat sedar, kerajaan yang ada ini tidak peka dan tak mungkin mampu beri kesejahteraan kepada hidup rakyat.
PN Tiada, Rakyat Bahagia.
Raja Gelap
GAGAL ISYTIHAR PKP SELURUH NEGARA, KERAJAAN PN LEMAH
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang membingungkan rakyat mendapat kritikan mantan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Menurut Dr Lee, PKP 2.0 yang dipeluaskan ke Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan bermula Januari 22 hingga 4 Februari ini menyusahkan kehidupan rakyat dan golongan peniaga dalam merancang aktiviti mereka.
Katanya, perisytiharan secara berperingkat itu jelas menunjukkan tahap koordinasi dan perancangan yang lemah oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Sebab apa tidak dilaksanakan PKP 2.0 ke seluruh negara di peringkat awal mulai 13 Januari? Kenapa tunggu kes-kes daripada kawasan PKP 2.0 merebak ke kawasan lain sebelum ‘lockdown ‘?
“Kenapa tidak diumumkan semalam berkenaan perancangan PKP seterusnya supaya rakyat dan perniagaan boleh buat perancangan awal?” tanya beliau dalam kenyataan media.
Kata Dr Lee lagi, perisytiharan PKP peringkat kedua itu seolah-olah membayangkan bahawa lockdown seluruh negara akan berterusan sehingga hujung Februari 2021.
Katanya, kemungkinan PKP 2.0 fasa pertama (Selangor, Johor, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Wilayah Persekutuan) dan termasuk Kelantan tidak akan ditamatkan pada 26 Januari amat tinggi.
PKP 2.0 di negeri-negeri tersebut mungkin akan dilanjutkan 2 minggu lagi sehingga 9 Februari dan tidak mustahil sehingga 23 Februari iaitu selepas Perayaan Tahun Baru Cina bagi mengurangkan jumlah kes jangkitan harian Covid 19.
Manakala PKP 2.0 fasa kedua, kata Dr Lee, yang melibatkan Perak dan sebagainya juga dijangka tidak akan tamat pada 4 Februari sebaliknya boleh dilanjutkan serentak dengan Selangor dan lain-lain kerana jumlah kes harian tidak akan kurang di bawah 1,000 sehari menjelang 9 Februari.
“Oleh itu, bukankah lebih baik mengumumkan lanjutan PKP 2.0 di seluruh negara (kecuali Sarawak) sehingga 9 Februari ketika pengumuman Menteri Kanan Ismail Sabri pada 19 Januari semalam!?
“Keputusan awal ini akan memberi masa dan ruang kepada rakyat dan perniagaan untuk buat persediaan sepanjang dan selepas PKP 2.0,” katanya.
Bagi Dr Lee, kerajaan Perikatan Nasional dan MKN seolah-olah tidak belajar dari pelaksanaan PKP 1.0 pada Mac hingga Mei tahun lalu, dan sepatutnya tidak mengulangi sikap membuat perhitungan semberono dan menyusahkan rakyat.
“Pengumuman yang dibuat pada saat-saat akhir harus dielakkan, seperti keputusan untuk buka sekolah dan peperiksaan. Data mengenai jumlah kes memang boleh dijangka. Kalau tidak faham, tanyalah Kementerian Kesihatan Malaysia
“Saya harap MKN selaraskan perlaksanakan PKP 2.0 dan mengumumkan segera PKP 2.0 akan dilanjutkan sehingga 9 Februari untuk semua Negeri dan Wilayah Persekutuan, kecuali Sarawak.
“Jangan sesekali mengeluarkan arahan yang setengah masak!” katanya lagi.

PERISYTIHARAN darurat tidak akan menarik minat pelabur asing, malah penggantungan Parlimen sehingga Ogos akan terus menjejaskan keyakinan mereka, kata Lim Guan Eng.
Bekas menteri kewangan itu menyelar kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menafikan hakikat sebenar.
Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid gembira kerana pengkhianatan Langkah Sheraton telah berjaya mengasingkan pemimpin yang jijik akhlaknya serta mengkhianati mandat rakyat, meninggalkan KEADILAN.
Katanya, dengan pemergian para pemimpin yang berpura-pura berjuang untuk rakyat itu dan sebahagian besarnya dari Selangor maka KEADILAN negeri itu akan lebih kukuh dan teguh.
KEADILAN juga tidak menghadapi banyak masalah di Selangor kerana rakyat menerima baik pelbagai skim merakyatkan ekonomi yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak 12 tahun lalu.

POSTED BY AMIR WRLR
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
menyifatkan kos sara hidup rakyat adalah salah satu perkara yang perlu
ditangani ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Beliau berkata kos sara hidup rakyat menjadi lebih tinggi dan membebankan kepada mereka yang hilang pendapatan dan pekerjaan kerana Covid-19.
"Sara hidup antara lain berkait makanan, perumahan, pendidikan, kesihatan. Ianya juga berkait keupayaan kuasa beli rakyat. Kuasa beli pula berkait dgn pendapatan.
Saat ini akibat kesan pandemik Covid-19 pendapatan rakyat terjejas teruk. Hilang pekerjaan juga ramai. Angka pengangguran ikut meningkat. Rakyat kategori B40 dan M40 terkesan teruk," katanya.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu juga berpendapat harga barang keperluan menjadi semakin mahal ketika ini.
"Rakyat berpendapatan rendah paling banyak berbelanja untuk makanan. Harga barangan keperluan sekarang semakin mahal.
"Minyak masak, sayur-sayuran, ayam naik harga. Semalam sawi RM9/kg, buncis RM14.90/kg, kacang panjang RM10/kg, ayam RM7.90/kg, minyak masak tanpa subsidi juga naik harga," katanya.
Justeru, Saifuddin mahu meringankan beban rakyat dengan memberi sumbangan barangan keperluan asas menerusi Yayasan Foodbank Malaysia yang diterajuinya.
"Yayasan Foodbank Malaysia yang saya asaskan memberi tumpuan agihan bakul makanan, beras, minyak masak, tepung dan gula. Usaha ini kami lakukan sebelum pandemik Covid-19 lagi dan ditingkatkan semasa Covid-19.
"Alhamdulillah Yayasan Foodbank yang sekarang beroperasi di Kajang akan memulakan cawangan baru di utara dalam masa terdekat.
"Terima kasih kepada 59 syarikat penyumbang, rakan-rakan strategik, ratusan sukarelawan dan staf yayasan yang terus komited," katanya.

POSTED BY AMIR WRLR
Malaysia
tidak lagi menjadi destinasi tumpuan pelaburan langsung asing (FDI).
Bukan sahaja pelaburan yang dicatat sepanjang tahun lalu merosot namun pelabur yang menanam modal sejak bertahun-tahun juga dilaporkan telah meninggalkan negara.
Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, kenyataan 'mengujakan' di Facebook Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam, yang mengalu-alukan pembukaan Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau Volkswagen di Tanjung Pelepas, Johor bolehlah dianggap percubaan untuk menyedapkan hati rakyat dalam suasana darurat.
Katanya, pembukaan pusat itu sebenarnya adalah bukti ekonomi dan pelaburan di Malaysia tidak kukuh. Projek pusat serantau itu telah diumumkan semenjak tahun 2016 dan dijadualkan siap pada penghujung tahun 2018.
"Di atas faktor ekonomi dan halatuju negara yang tidak meyakinkan, ianya hanya dapat beroperasi pada suku pertama tahun 2021.
"Oleh itu, saya menggesa pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar lebih giat memainkan peranan membawa masuk pelaburan asing ke dalam negara.
"Aliran pelaburan antarabangsa di rantau Asia yang kini beralih ke negara jiran juga wajib diberi perhatian. Pakar-pakar ekonomi menyuarakan kebimbangan terhadap pengumuman PKP kedua dan pengisytiharan darurat oleh Kerajaan yang membawa kesan kepada keyakinan pelabur asing.
"Sebagai contoh, sektor automotif yang dahulunya berkembang pesat dalam Malaysia kini telah beralih ke Thailand, Indonesia dan Singapura. Syarikat-syarikat besar seperti Hyundai dan Mercedes-Benz cenderung untuk membuka cawangan di negara jiran Thailand dan Singapura," katanya dalam satu kenyatan.
Menurut Ahli Parlimen Ledang itu lagi, laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan Dan Pembangunan (UNCTAD) bagi Asia juga menunjukkan data yang tidak memberansangkan apabila Malaysia hanya mendapat cebisan FDI yang masuk pada tahun lalu.
"80% daripada AS$ 156 bilion aliran pelaburan asing untuk Asia adalah milik negara Indonesia, Singapura dan Vietnam. Manakala Malaysia hanya menerima 5% atau AS$ 7.8 bilion. Lebih kritikal, unjuran aliran pelaburan antarabangsa bagi negara membangun Asia menunjukkan penurunan 45% pada tahun 2020.
"Dengan itu, sikap kerajaan dalam menangani penularan wabak Covid-19 dan usaha pemulihan ekonomi harus lebih konsisten dengan janji-janji yang diutarakan.
"Saya ingin berpesan kepada Datuk Seri Azmin Ali dan Tengku Zafrul Aziz agar berhenti bermain politik dan memberi fokus kepada usaha pemantapan ekonomi yang lebih tersusun.
"Jangan sekadar mengambil nama atas usaha pihak-pihak terdahulu. Buktikan kepada rakyat bahawa kerajaan berpijak pada bumi nyata dan mempunyai perancangan yang kukuh untuk sektor ekonomi negara," katanya lagi.

Jika kita perhatikan, salah satu sebab UMNO kalah dan gagal mengekalkan kuasa dalam PRU14 lalu ialah kerana Najib Razak ketika itu agak berlengah-lengah dan lambat membubarkan Parlimen.
Tun Mahathir Mohamad mula menarik sokongan terhadap Najib pada Ogos 2014, beliau keluar UMNO pada Februari 2016, melancarkan gerakan selamatkan Malaysia melalui Deklarasi Rakyat pada Mac 2016, memulakan langkah berbaik dengan Anwar Ibrahim dengan mengunjungi bekas musuh politiknya itu di mahkamah pada September 2016, mengumumkan penubuhan Bersatu pada September 2016 dan diluluskan pendaftarannya pada Januari 2017 serta kemudian mengumumkan pendaftaran PH sebagai gabungan rasmi pembangkang untuk berlawan dengan BN pada Februari 2018.
Bagaimanapun, sehinggalah PRU14 diadakan pada 9 Mei 2018, PH gagal mendapat kelulusan pendaftarannya.
Untuk itu, PH akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan logo PKR bagi semua calonnya dalam PRU14.
Hanya apabila PH berjaya memenangi PRU14 menewaskan BN dan Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei, barulah PH beroleh status pendaftaran yang sah daripada Pendaftar Pertubuhan atau RoS pada 16 Mei 2018.
Berdepan pelbagai masalah untuk mengukuhkan Bersatu selepas ia diluluskan, sementara PH yang sehingga ke detik pembuanfan undi PRU14 gagal didaftarkan, Tun Mahathir selaku Pengerusi PH ketika itu mengatakan, mereka ada cara untuk bertanding dalam pilihanraya sekiranya PH tidak diberi kelulusan.
Ketika itu, sudah timbul ura-ura bahawa PH akan menggunakan logo salah satu parti dalam gabungan tersebut sebagai pilihan agar hanya satu simbol digunakan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pengundi, selain untuk memperlihatkan kesepakatan menumbangkan BN.
Persetujuan menggunakan logo PKR kemudian diumumkan menjelang saat-saat akhir PRU14 diadakan.
Sebelum persetujuan berkaitan logo itu dicapai, PH turut berdepan masalah lain yang bukan sedikit, terutama dari segi pembahagian kerusi.
Untuk menyelesaikan masalah pembahagian kerusi ketika itu, selain banyak perundingan terpaksa dilakukan oleh Tun Mahathir bersama pemimpin utama PH, beliau juga telah menghantar orang kanannya, Tun Daim Zainuddin untuk berunding dengan Anwar di Penjara Sungai Buloh sebanyak enam kali.
Bagi tujuan tersebut, Tun Daim terpaksa memperbaharui semula lesen gumannya yang telah lama mati lantaran kesibukan sebagai menteri dan menjalankan perniagaan sebelum itu.
Matlamat PH ialah mesti bertembung satu lawan satu antara PH dengan BN, sambil logo yang seragam sebagai kewajipan.
Isu calon Perdana Menteri PH juga turut berdepan masalah sehingga suatu ketika menyebabkan Tun Mahathir merajuk melarikan diri ke London, sebelum kemudiannya dipujuk oleh Nurul Izzah Anwar yang berkunjung ke sana.
Walaupun Pas ketika itu cuba membuat kacau, kononnya ingin menjadi kuasa ketiga dengan bertanding bersendirian, tetapi niat sebenarnya ialah untuk memberi kelebihan kepada BN, kemenangan PRU14 akhirnya memihak kepada PH.
Pendek kata, antara Februari 2016 iaitu ketika Tun Mahathir keluar UMNO sehinggalah 9 Mei 2018, ia adalah detik yang sibuk, penuh ketidaktentuan dan bagai bermain dengan bayang-bayang bagi PH.
Meski disedari ketika itu UMNO dan BN juga berdepan banyak masalah dan sokongan rakyat yang kadangkala mencemaskan, terutama berkaitan skandal 1MDB, salah satu kesilapan besar Najib ialah menangguh-nangguhkan tarikh membubarkan Parlimen sehingga ke penghujung tempoh.
PRU13 pada 2013 diadakan pada 5 Mei dan ini bermakna PRU14 pada 2018 yang diadakan 9 Mei genap-genap tempoh matangnya lima tahun.
Bayangkan jika Najib membubarkan Parlimen pada penghujung 2016 atau 2017 di mana pada ketika itu PH masih bercelaru, pembahagian kerusi belum lagi selesai dan penggunaan satu logo belum dimuktamadkan, pasti sukar sekali untuk BN ditumbangkan.
Tetapi, apabila Najib melewatkan PRU sehingga ke saat akhir tempoh matangnya, ia dengan sendirinya memberi masa kepada PH menyelesaikan semua perkara secara perlahan-lahan dan satu demi satu.
Sekarang, UMNO dan BN sekali berdepan situasi yang hampir sama, walaupun dalam kedaaan sudah kehilangan kuasa.
UMNO secara umummya sedar bahawa Bersatu ingin menelan mereka bagi mengekalkan parti itu di puncak kuasa, seterusnya untuk memastikan Muhyiddin, Geng Hamzah Zainuddin dan Kumpulan Azmin Ali terus dengan jawatan masing-masing selepas PRU akan datang.
Lantaran itu dan demi masa depan UMNO, telah dipersetujui di peringkat bahagian-bahagian baru-baru ini agar dikemukakan usul memutuskan hubungan dengan Bersatu dan seterusnya mendesak PRU diadakan segera.
Usul tersebut disepakati majoriti UMNO bahagian-bahagian dan diluluskan oleh mesyuarat MT pada 6 Januari lalu, tapi kemudian dianjakkan untuk dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari.
Oleh kerana Muhyiddin sedar 31 Januari itu mungkin “tarikh mati” baginya yang mungkin disusuli dengan keputusan Ahli-Ahli Parlimen UMNO keluar daripada kerajaan, dengan bantuan virus Covid19 yang belum hilang, di samping tempoh masa diberikan oleh UMNO untuk menikam, maka bukan setakat PKP dikuatkuasakan, malah darurat turut dilaksanakan.
Sudahnya, Perhimpunan Agung UMNO 31 Januari ini terpaksa ditangguhkan yang membuatkan tindakan untuk memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu dan keluar daripada kerajaan PN jadi tertangguh tanpa ketahuan.
Apakah sebab semua ini berlaku?
Sekali lagi, ia adalah disebabkan UMNO lambat, lembab dan terhegeh-hegeh dalam membuat keputusan untuk putus hubungan dengan Bersatu, menarik sokongan dan keluar daripada kerajaan PN, walaupun sudah berdentum-dentum luahan tidak puas hati dan kecewa terhadap Muhyiddin dilaungkan.
Dengan lambat, perlahan bertindak dan terhegeh-hegeh itu telah memberi ruang dan masa kepada Muhyiddin melakukan tindak balas serta persiapan mempertahankan diri bagi mengekalkan lagi kuasanya.
Bukankah jika selepas majoriti UMNO bahagian-bahagian meluluskan usul putus hubungan dengan Bersatu dalam mesyuaratnya yang diadakan antara 1-3 Januari, MT UMNO pada 6 Januari kemudiannya terus bertindak menarik sokongan dan keluar daripada kerajaan PN, Muhyiddin ketika ini sudah pun tumbang dan masa depan UMNO dengan sendirinya sudah boleh diselamatkan?
Begitu juga, selepas Ahmad Jazlan Yaakob mengumumkan penarikan sokongannya yang kemudian disusuli oleh Nazri Aziz, kenapa selepas itu senyap semuanya?
Kenapa tidak dilakukan secara beramai-ramai atau sekurang-kurangnya lima enam orang Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan?
Seriuskah pemimpin UMNO ini mahu memastikan kelangsungan serta masa depan parti atau masing-masing lebih memikirkan untuk membuncitkan perut sendiri?
Meskipun dalam tempoh PKP dan darurat masih lagi berkuatkuasa, hakikatnya belum terlambat untuk Zahid Hamidi dan pemimpinnya bertindak untuk menyelamatkan masa depan UMNO daripada ditelan oleh Bersatu.
Ruang masih lagi terbuka kerana PKP dan darurat, di sebalik Parlimen digantung dan PRU tidak boleh diadakan, ia bagaimanapun tidak menghalang untuk Muhyiddin daripada dijatuhkan dan sebuah kerajaan baru yang lain ditubuhkan.
Cumanya, Zahid Hamidi harus mengambil iktibar dengan tidak mengulangi sejarah kelambatan bertindak yang dilakukan Najib menjelang PRU14 dahulu kerana jika itu yang dilakukan, UMNO pasti dikecundangkan sekali lagi.
Jika sudah ada ketetapan, keputusan harus dilakukan segera dan secara mengejut, tak kira melalui serangan waktu subuh atau senja.
Yang lebih malang, kalau tewas sekali lagi kali ini yang disebabkan lambat bertindak, UMNO bukan saja tidak mungkin mampu bangkit semula untuk kembali dominan dalam menguasai kerajaan, namanya pun tak mustahil bakal tersimpan di muzium sebagai kenang-kenangan generasi akan datang, bukan lagi merupakan wadah sebuah perjuangan.
(Shahbudindotcom 20/01/2021)
![[VIDEO] 2025 rakyat Malaysia bakal jadi pati di negara jiran? [VIDEO] 2025 rakyat Malaysia bakal jadi pati di negara jiran?](https://perakinsights.com/wp-content/uploads/2021/01/10-Dec-20-1.jpg)
Indonesia, Vietnam dan Thailand yang dulu datang ke Malaysia untuk mencari kerja, kini sedang membina kekayaan sendiri dengan menarik modal luar.

Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Bersatu Dr Afif Bahardin mendakwa bekas menteri kewangan Lim Guan Eng cuba menjejaskan usaha kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi negara.
Afif menyifatkan kritikan Lim berhubung kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali berhubung darurat sebagai tidak berasaskan fakta.
Semalam, Azmin berkata proklamasi darurat menunjukkan kerajaan serius dalam melawan Covid-19 dan ia akan memberi keyakinan kepada pelabur asing.
Lim menyifatkan Azmin sebagai “menipu diri sendiri” dengan membuat kenyataan itu, dan membangkitkan penurunan penarafan oleh Fitch Ratings, kemeleseten ekonomi dan peningkatan kadar pengangguran.
Hari ini Afif berkata Bursa Malaysia ditutup dengan kadar 1.53 peratus lebih tinggi sehari selepas pengumuman darurat.
Dia juga membangkitkan aliran masuk pelaburan asing berjumlah RM326.1 bilion dalam ekuiti negara minggu lalu.
Berhubung penarafan Fitch Ratings pula, bekas pemimpin PKR itu berkata ia “situasi biasa” di tengah kemerosotan ekonomi global akibat Covid-19.

Lim Guan Eng
“Ternyata data dan fakta yang dikongsikan ini menyangkal sama sekali cubaan Lim untuk mengelirukan rakyat dan mengganggu usaha kerajaan dalam mencerdaskan semula ekonomi negara.
“Kegagalannya untuk merujuk fakta dan data mengesahkan lagi dakwaan kegagalan dan kelemahan sebagai menteri kewangan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim mendakwa kerajaan cuba membunuh “sumber utama” pelaburan asing langsung (FDI) negara.
Memetik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), Sim berkata tujuh daripada 11 projek dengan nilai Pendapatan Negara Kasar (GDI) tinggi tahun lalu adalah di Pulau Pinang, menunjukkan negeri itu sebagai destinasi utama FDI.
Maka tindakan kerajaan PN membatalkan empat projek infrastruktur penting di Pulau Pinang adalah dendam politik semata-mata yang tidak munasabah dari segi ekonomi,” katanya dalam kenyataan.

Steven Sim
Katanya, projek itu adalah pembinaan kereta kabel bernilai RM100 juta, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bernilai RM800 juta, penarikan jaminan untuk pinjaman Bank Pembangunan Asia bagi projek LRT dan penggantian perkhidmatan feri.
Katanya lagi, kerajaan PN perlu sedar yang syarikat multinasional kini mula beralih ke negara jiran, termasuk Hyundai yang menutup ibu pejabat Asia Pasifik di Malaysia untuk berpindah ke Indonesia.
“Kini PN mahu membunuh sumber utama FDI dengan menafikan pembangunan infrastruktur yang amat diperlukan di Pulau Pinang.
“Empat projek ini perlu dikembalikan segera jika tidak Pulau Pinang dan Malaysia akan terus mengalami kemerosotan ekonomi tahun ini,” katanya lagi.

Rata-rata mengecam tindakan last minute itu yang telah menyukarkan para ibu bapa yang telah membuat persiapan anak-anak mereka.
Malah ada ibu bapa yang memberitahu, mereka telah pun pergi menghantar anak-anak mereka ke pusat pembelajaran milik parti politik itu namun sebaik sampai barulah mereka tahu pembelajaran ditangguhkan.
Ada ibu bapa yang memaklumkan mereka telah pun mengambil cuti untuk menghantar anak mereka sekolah pada hari pertama.
“Benda mudah.. maklum awal la.. itu pun susah ker.. kita kerja bkn dgn company mak bapak kita sendiri.. nk ambik cuti lg.. sy sbg pnjaga blh la merancang anak nk letak kat mana klu xleh skolah..,” kat seorang bapa pelajar PASTI di laman Facebook Pemuda Pas.
“Bila PASTI x pasti tadika akan bukak ke tidak..lepas tu last minit buat keputusan tadika ditutup..mangsanya ibubapa dan anak yg semangat nk ke sekolah..bukan x tau kes mmg dah tinggi tp saje je kot nk tunggu last minit untuk bg semua settle..igtkan bapak budak je kena scam..anak pun kena scam..haha,” kata seorang lagi bapa.
Berikut adalah kenyataan penuh Ketua Pemuda Pas, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin lewat malam tadi:
PENANGGUHAN PENGOPERASIAN (SECARA FIZIKAL) PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) SELURUH NEGARA BERKUATKUASA 20 JANUARI 2021 SEHINGGA 4 FEBRUARI 2021
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian bersama Jabatan PASTI Malaysia pada malam ini membuat keputusan untuk MENANGGUHKAN PENGOPERASIAN PASTI (SECARA FIZIKAL) di seluruh Malaysia berkuatkuasa mulai 20 Januari 2021 sehingga 4 Februari 2021.
Keputusan besar dan berat saat-saat akhir ini dibuat berdasarkan empat faktor berikut:
1. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan Malaysia di majoriti negeri di Malaysia;
2. Perkembangan kes positif COVID-19 yang semakin meningkat;
3. Penularan wabak COVID-19 yang makin berleluasa;
4. Keutamaan untuk memelihara nyawa berbanding keutamaan lain menurut maqasid syariah.
Walaubagaimanapun, operasi pembelajaran PASTI akan diteruskan melalui pembelajaran secara atas talian atau rakaman audio visual atau melalui pengedaran bahan pembelajaran bercetak atau mana-mana kaedah yang difikirkan sesuai, selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP.
Keputusan ini akan disemak dari semasa ke semasa berdasarkan situasi terkini wabak COVID-19 dan arahan Kerajaan Malaysia.
Semoga keputusan yang besar ini dapat membantu usaha Kerajaan Malaysia melandaikan lekuk jangkitan dan membendung penularan COVID-19.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan PASTI Malaysia turut mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada semua waris dan pihak-pihak yang berkaitan atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. Kepercayaan anda kami hargai.


