Panas! Bersatu Padang Rengas bakal buat laporan polis terhadap Nazri

 

Panas! Bersatu Padang Rengas bakal buat laporan polis terhadap Nazri

Bersatu Perak menyangkal dakwaan bekas menteri Umno, Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa mereka menawarkan wang kepada segelintir ahli Umno bagi menubuhkan cawangan Bersatu.

Setiausaha Bersatu Perak, Zainol Fadzi Paharuddin menyifatkan dakwaan itu sebagai karut.

“Itu tuduhan karut. Kami dari Bersatu Perak menafikan hal itu.

“Sepanjang dalam pengetahuan saya, tidak pula kami membuat tawaran sebegitu kepada ahli Umno.

“Saya pun terkejut sebab baru tahu ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

Sebelum ini, Nazri mendakwa Bersatu menawarkan wang berjumlah RM20,000 kepada segelintir ahli Umno bagi menubuhkan cawangan Bersatu di Perak.

Nazri Abdul Aziz

 

Nazri yang juga ahli parlimen Padang Rengas menambah, tawaran itu dibuat susulan Bersatu kekurangan ahli di peringkat akar umbi.

Jelas Nazri, perkara itu menjadi faktor mengapa Umno enggan bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU 15) akan datang.

Umno Padang Rengas pimpinan Nazri dalam mesyuarat agungya semalam mengusulkan menolak kerjasama dengan Bersatu pada PRU akan datang.

Nazri berkata, Umno akan membincangkan hubungan bersama Bersatu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang dijadual pada Rabu ini (6 Jan).

Laporan polis mungkin dibuat

Sementara itu, Zainol turut berharap Nazri tidak membuat dakwaan secara awam dan melulu.

“Harapnya dia (Nazri) selepas ini tidak buat kenyataan secara terang-terangan dan melululah.

“Yang penting kami memang nafikan dakwaan itu,” katanya lagi.

Sementara itu, Zainol turut memaklumkan bahawa Bersatu bahagian Padang Rengas akan membuat laporan polis berhubung dakwaan Nazri dalam masa terdekat ini..

“Bersatu Perak (lapor polis) saya tidak pasti lagi.

“Saya cuma dapat maklumat Bersatu bahagian Padang Rengas akan buat laporan polis dalam masa terdekat inilah,” katanya.

 

Ditanya sama ada Bersatu Perak akan bersemuka dengan Nazri atau meminta penjelasan berhubung dakwaan tersebut, dia berkata perkara itu tidak perlu.

“Tidak perlulah nak bersemuka atau meminta penjelasan lebih-lebih untuk benda mengarut macam ini,” tambahnya lagi.

Pada 2 Jan lalu, Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Bersatu galak ‘mencuri’ dan ‘membeli’ ahli Umno.

Susulan itu, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, menuntut permohonan maaf malah mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Asyraf susulan dakwaan tersebut.



SEBAIK PARLIMEN DIBUBAR, BEBERAPA PEMIMPIN UMNO DIJANGKA LOMPAT SERTAI BERSATU

 

Apakah Muhyiddin Yassin tidak berasa bimbang dengan penolakan UMNO secara besar-besaran untuk bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU akan datang sebagaimana dizahirkan dalam mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian parti itu sekarang ini?

Barangkali ramai yang dalam hati bertanyakan soalan tersebut, terutama melihatkan Muhyiddin seolah-olah relaks saja dan tidak melompat langsung dengan gelombang yang sedang berlaku.

Tidak bimbangkah beliau bakal dijatuhkan oleh UMNO?

Seorang pemimpin Bersatu ketika diajukan persoalan tersebut berkata, tiada apa yang mampu dilakukan oleh Perdana Menteri dalam situasi sekarang, selain bersikap tunggu dan lihat saja terhadap perkembangan seterusnya.

Ini kerana, kata pemimpin tersebut, apa yang berlaku sekarang adalah urusan UMNO dan ia di luar kawalan Muhyiddin untuk menyekatnya.

“Terpulang kepada UMNO sama ada dengan keputusan UMNO bahagian-bahagian itu mereka mahu terus bersama PN atau keluar daripada kerajaan ,” ujar beliau.

Bagaimanapun, beliau percaya, pilihan yang akan diambil oleh Muhyiddin jika UMNO menarik sokongannya ialah akan memohon kepada Yang Dipertuan Agong agar Parlimen dibubarkan bagi PRU semula diadakan dengan segera.

“Lagi pun mengadakan PRU semula adalah pilihan yang adil bagi semua pihak,” tambahnya lagi.

Mampukah Bersatu dan PN memenangi PRU jika ia diadakan semula?

Pemimpin Bersatu itu seterusnya mengingatkan bahawa sebagai Perdana Menteri yang masih ada kuasa, sedikit sebanyak Muhyiddin mempunyai kelebihan untuk membawa kemenangan buat Bersatu dan PN berbanding lawan, khususnya UMNO, jika PRU diadakan semula.

Lagi pun, tegas beliau, dengan adanya Pas bersama Bersatu dalam PN sekarang, keyakinan untuk mengatasi UMNO dan memenangi PRU adalah lebih memberangsangkan lagi.

“Dengan penggabungan Pas dan Bersatu, kita percaya PN lebih mampu menawan kawasan-kawasan Melayu berbanding UMNO yang sudah rosak dan pemimpinnya pula banyak sudah tercemar dengan kes-kes mahkamah,” kata pemimpin itu lagi.

Selain itu, beliau juga berkata, mereka dalam UMNO yang menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu hanya melibatkan 143 daripada 191 bahagian keseluruhannya.

Bermakna, tambahnya, ia bukanlah suatu keputusan yang solid dan kukuh.

Dalam hal berkaitan, pemimpin tersebut turut mendedahkan, akan ada beberapa pemimpin UMNO bakal menyeberang menyertai Bersatu dan bertanding atas tiket PN dalam PRU akan datang nanti.

Mereka itu, katanya, berbuat demikian bukan saja kerana lebih yakin dengan kepimpinan Muhyiddin dan PN, malah juga disebabkan berasa lebih selesa untuk meraih kemenangan dalam pilihanraya di kawasan yang ditandingi melalui wujudnya kerjasama antara Bersatu dengan Pas.

“Selain itu, pemimpin UMNO yang pro Muhyiddin dalam kerajaan yang tidak dicalonkan semula oleh BN disebabkan kecondongan mereka adalah juga antara yang bakal menyertai Bersatu dan bertanding atas tiket PN,” jelas pemimpin berkenaan dengan yakin. 


(Shahbudindotcom 04/01/2020)



UMNO KENA BIJAK-SEBAB SELAMA INI UMNO TAK BIJAK

 HAMDAN TAHA

Asalamualaikum...

Umno di 145 bahagian telah bersuara meminta pucuk pimpinan menolak kerjasama bersama parti Bersatu dan umno terengganu juga kelantan pula menolak juga kerjasama bersama Pas dalam Pru ke 15.

Dari Presiden sehingga lah Pengarah Pilihanraya dan Setiausaha Agung Umno menuntut di adakan PRU segera. Sebenarnya tuntutan itu bukan baru tetapi dari kerajaan PH masih memerintah lagi laungan pilihanraya ini bergema masa itu termasuk lah insan bernama Anuar Musa tokoh hebat....yang di indonesia bernama Adam.

Tetapi selepas peristiwa prk negeri di sabah nampaknya mejoriti rakyat tidak bersedia melihat pru di adakan sekarang dalam keadaan kes covid 19 sedang memuncak muncak tidak jumpa jalan turun. Tambahan pula terpahat di fikiran ramai rakyat biasa ini kes yang sedang memuncak ini datang dari sabah dan kluster kebebasan ahli politik berulang alik ke sabah....

Secara sembang sembang santai dengan rakyat biasa nampaknya jika ada parti yang terlalu mendesak di adakan pru ke 15 boleh mencetuskan rasa kurang senang rakyat pada parti itu. Bagi rakyat biasa mana mana pemimpin dan parti yang mendesak di adakan pru sekarang adalah kelompok pemimpin yang akalnya pendek...berkepentingan dan tidak perduli nasib rakyat....ada unsur unsur penolakan di situ...

Ada pemimpin umno membawa kisah america dan singapore bagaimana dua negara ini boleh mengadakan PRU ketika covid memuncak. Betul nampak singapore terkawal tetapi tidak america. Rakyat america masih menjadi negara no 1 dunia di serang covid paling tinggi. Di mana baiknya hujah mengaitkan america dan malaysia untuk berdepan pru.....ini kenyataan tidak bijak...

Saya takut rakyat jadi benci dan marah pada kelompok yang asyik mendesak di adakan pru segera. Sebaik mana pun hujah umno dalam hal ini tetap bahaya. Sebaiknya biar lah yang mendesak dan terdesak ini bersatu bukan umno....

Saya secara peribadi melihat team fikir bersatu sedang secara serius memikirkan supaya di adakan darurat pilihanraya dengan mengunakan hujah kukuh iaitu covid 19 yang akan menjadi 200 ribu dalam tempoh sebulan lagi....kukuh alasan kali ini berbanding kali pertama tsmy minta sebelum ini....kali ini jika ada pemintaan dari Pm saya pula yakin Agung tidak lagi merujuk pada Raja Raja Melayu tetapi Agung akan buat keputusan beliau sendiri....demi kepentingan umum....

Jadi umno kena bijak dan hati hati....dalam menjadi juara PRU ada bahaya di situ....perangkap yang tidak di sedari oleh umno dan pemikir mereka

Asalamualaikum...

Umno di 145 bahagian telah bersuara meminta pucuk pimpinan menolak kerjasama bersama parti Bersatu dan umno terengganu juga kelantan pula menolak juga kerjasama bersama Pas dalam Pru ke 15.

Dari Presiden sehingga lah Pengarah Pilihanraya dan Setiausaha Agung Umno menuntut di adakan PRU segera. Sebenarnya tuntutan itu bukan baru tetapi dari kerajaan PH masih memerintah lagi laungan pilihanraya ini bergema masa itu termasuk lah insan bernama Anuar Musa tokoh hebat....yang di indonesia bernama Adam.

Tetapi selepas peristiwa prk negeri di sabah nampaknya mejoriti rakyat tidak bersedia melihat pru di adakan sekarang dalam keadaan kes covid 19 sedang memuncak muncak tidak jumpa jalan turun. Tambahan pula terpahat di fikiran ramai rakyat biasa ini kes yang sedang memuncak ini datang dari sabah dan kluster kebebasan ahli politik berulang alik ke sabah....

Secara sembang sembang santai dengan rakyat biasa nampaknya jika ada parti yang terlalu mendesak di adakan pru ke 15 boleh mencetuskan rasa kurang senang rakyat pada parti itu. Bagi rakyat biasa mana mana pemimpin dan parti yang mendesak di adakan pru sekarang adalah kelompok pemimpin yang akalnya pendek...berkepentingan dan tidak perduli nasib rakyat....ada unsur unsur penolakan di situ...

Ada pemimpin umno membawa kisah america dan singapore bagaimana dua negara ini boleh mengadakan PRU ketika covid memuncak. Betul nampak singapore terkawal tetapi tidak america. Rakyat america masih menjadi negara no 1 dunia di serang covid paling tinggi. Di mana baiknya hujah mengaitkan america dan malaysia untuk berdepan pru.....ini kenyataan tidak bijak...

Saya takut rakyat jadi benci dan marah pada kelompok yang asyik mendesak di adakan pru segera. Sebaik mana pun hujah umno dalam hal ini tetap bahaya. Sebaiknya biar lah yang mendesak dan terdesak ini bersatu bukan umno....

Saya secara peribadi melihat team fikir bersatu sedang secara serius memikirkan supaya di adakan darurat pilihanraya dengan mengunakan hujah kukuh iaitu covid 19 yang akan menjadi 200 ribu dalam tempoh sebulan lagi....kukuh alasan kali ini berbanding kali pertama tsmy minta sebelum ini....kali ini jika ada pemintaan dari Pm saya pula yakin Agung tidak lagi merujuk pada Raja Raja Melayu tetapi Agung akan buat keputusan beliau sendiri....demi kepentingan umum....

Jadi umno kena bijak dan hati hati....dalam menjadi juara PRU ada bahaya di situ....perangkap yang tidak di sedari oleh umno dan pemikir mereka

 

Umno ‘ugut’ PN tarik sokongan jika tak segera PRU15

 

Umno ‘ugut’ PN tarik sokongan jika tak segera PRU15

Ahli Parlimen UMNO dicadangkan supaya menarik diri daripada terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak dilaksanakan dalam tempoh suku tahun pertama tahun ini.

Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata demikian bagi mewakili 12 UMNO bahagian di negeri ini yang membuat usul tersebut sepanjang dua hari mesyuarat diadakan serentak di seluruh kawasan di Kelantan.

Menurutnya, cadangan itu bagi memberi kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan untuk menentukan mereka yang lebih layak mengemudi kerajaan.

“Kalau pihak kerajaan atau gabungan yang memerintah negara ketika ini tidak dapat ikut apa yang diminta akar umbi UMNO di kelantan ini, maka pilihan yang terpaksa saya buat ialah sebagaimana yang terkandung dalam usul, termasuk saya terpaksa menarik diri daripada menyokong kerajaan ketika ini.

“Bagi saya, saya lahir sebagai pemimpin UMNO dan dicipta oleh UMNO. Saya berada di sini sebab UMNO dan bertanding atas tiket UMNO. Saya tidak boleh meminggirkan suara akar umbi dan parti. Itu tanggungjawab saya.

“Seeloknya bubar Parlimen dan bawa menghadap Yang di-pertuan Agong. Sama ada (Seri Paduka Baginda) setuju atau tidak, tidak mengapa,” katanya ketika perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang 2020 di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu, Machang pada Ahad.

Jazlan berkata, pihaknya memberikan tempoh sehingga akhir bulan ini sama ada Parlimen akan dibubarkan atau tindakan lanjut menyusul.

Menurutnya, beliau tidak takut kehilangan semua jawatan yang digalas ketika ini.

Katanya, beliau meletak maruah diri dan parti lebih utama, sekali gus menganggap jawatan dalam kerajaan bukanlah satu ganjaran baginya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, 12 UMNO bahagian di negeri ini turut mencadangkan agar hubungan dengan Pas dikaji semula ekoran parti itu didakwa lebih mengutamakan hubungan dengan Perikatan Nasional (PN) berbanding Muafakat Nasional (MN).

Beliau berkata, mereka semua berpendapat Pas sepatutnya lebih mengutamakan MN.

“Saya mesti akur dan dengar suara akar umbi. Inilah perikatan asalnya. Kenapa kita mahu melupakan semua itu dan ambil yang baharu,” soalnya.



Pas sudah tak istiqamah selepas kemaruk pegang kuasa?

 

Pas sudah tak istiqamah selepas kemaruk pegang kuasa?

Semasa Pas berdepan riak-riak perpecahan akibat perbezaan pandangan yang tajam dan sukar untuk diselamatkan sehingga menjejaskan kerjasama antara rakan komponen Pakatan Rakyat, parti itu mengadakan muktamar tahunan dengan tema Terus Beristiqamah pada 2014. Perkataan ‘Istiqamah’ terus digunakan pada tahun berikutnya dengan tema “Beristiqamah Hingga Kemenangan”.

Muktamar tahunan pada 2014 itu berlangsung di Batu Pahat, Johor. Sebuah negeri yang berpotensi dirampas oleh pembangkang dalam pilihan raya seterusnya berdasarkan prestasi memberangsangkan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Malangnya, akibat sentimen dalaman Pas yang tajam dan sukar dipertahankan, hala tuju muktamar tersebut bercelaru sehingga menyebabkan para perwakilan pulang dengan kerosakan persaudaraan dan fikrah akibat ucapan penutup penuh beremosi oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

Pada waktu inilah juga, istilah ‘Istiqamah’ dijadikan pembatas baharu dalam kalangan penyokong totok Pas untuk membezakan antara kumpulan yang masih menjaga kesepakatan Pakatan Rakyat dan juga yang memilih untuk berpecah.

Sentimen perpecahan dalaman Pas dikuatkan lagi dengan kemunculan cybertroopers yang menjadi rujukan kepada ahli-ahli baharu Pas terutamanya yang muda untuk menentukan siapa yang patut disokong dalam Pas. Kumpulan sasaran yang menjadi kecaman ahli-ahli Pas adalah para pemimpin dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) ketika ini.

Tujuan serangan ini dibuat mudah difahami iaitu untuk menghapuskan kumpulan ini daripada Pas semasa pemilihan pimpinan parti pada 2015 yang berlangsung di Kuala Selangor. Serangan tersebut amat berkesan dan dibantu dengan program-program dalaman oleh segelintir pemimpin Pas, maka menanglah kumpulan yang ingin mengusir golongan yang kononnya tidak beristiqamah.

Dalam Pas, doktrin yang membekukan fikrah memang mudah dibuat. Mereka cukup mudah tunduk dengan imej serban dan jubah serta gorengan dalil. Oleh itu, individu seperti Mokhtar Senik dan Nasrudin Hasan memang mudah membina pengaruh dalam Pas.

Kehandalan membekukan fikrah ahli Pas dengan pelbagai doktrin putar dalil memang cukup dikuasai oleh pemimpin Pas. Segala kata-katanya ditelan bulat-bulat, petak-petak, bujur-bujur tanpa dikunyah dan dihadam dengan betul.

Masa berlalu, Pakatan Rakyat berpecah manakala Pas kekal beristiqamah dengan perjuangan Islam. Kononnya. Dipendekkan pula cerita, Pas yang beristiqamah dengan perjuangan Islam untuk menentang kemungkaran Umno dan Pakatan Harapan (PH) mulai mencair keistiqamahannya selepas menyertai kumpulan pengkhianat menubuhkan kerajaan Tebuk Atap.

Tanpa diminta, Umno yang dahulu dianggap musuh Islam oleh Pas sudah mula dilenturkan imejnya. Kalau dahulu Pas dan Umno dianggap minyak dan air yang tidak mungkin menyatu, kini hubungan tersebut bertukar dan diumpamakan seperti Aus dan Khazraj.

Menurut Mokhtar Senik, pengganggu hubungan Pas dan Umno merupakan golongan munafik. Demikian caranya lebai Pas menunggang dalil, segalanya mengikut selera dan kehendak tekak mereka. Kini selepas menjadi kerajaan, watak agresif dan lantang Pas yang kononnya merupakan benteng pertahanan akidah umat Islam sudah berubah drastik. Maklumlah singa sudah menjadi tikus.

Dahulu, kalau ada laporan berita yang menyentuh sensitiviti umat Islam ditularkan, tidak sampai 24 jam, segala pimpinan Pas seluruh negara dan pelbagai peringkat berduyun-duyun menulis kenyataan media dengan nada penuh kecaman dan herdikan kepada kerajaan samada Barisan Nasional (BN) mahupun PH.

Tetapi kini, sudah berbeza. Pas bukan lagi singa yang berubah menjadi tikus sahaja tetapi juga sudah menjadi kura-kura yang menyembunyikan kepala dalam cengkerang yang berlumut hijau.

Penganjuran pertandingan ratu cantik yang dahulunya disusuli dengan gegak gempita dengan demonstrasi beserta plakad-plakad kecaman di hadapan pejabat penganjur tetapi kini semuanya hanya tinggal kenangan. Cukup dijamu hidangan teh dalam sebuah bilik pertemuan berpenyaman udara, mereka menukar nada dengan memberikan sokongan tetapi dengan syarat tertentu.

Begitu juga isu kartel daging yang baru-baru ini dilaporkan kerana terlibat dengan skandal pencemaran kehalalan sejak empat dekad lalu. Pas bukan sahaja hampir lesu bersuara bahkan mengubah isu kepada halal atau haram sahaja.

Demikianlah canggungnya kefahaman Pas kepada keutamaan isu. Memanglah apa yang sudah ditelan menjadi darah daging tiada kewajipan untuk diluahkan semula. Memang begini keluasan dan kelunakan ajaran Islam.

Tetapi yang perlu ditegaskan adalah tentang hak umat Islam sebagai pengguna telah diperdayakan sejak sekian lama. Tetapi kita juga boleh faham betapa lemahnya Pas dalam memahami keutamaan isu-isu begini. Halal dan haram bagi mereka cukup sempit dengan membelakangkan kesedaran kepada isu yang sebenar.

Kini apa yang dikutuk kepada musuh politiknya dahulu, semuanya telah berpatah balik kepada Pas. Istiqamah hanyalah omong kosong yang bertujuan sekadar menakutkan ahli-ahli Pas.

Dulu janji hapuskan arak, judi dan sebagainya. Tetapi kini setelah menjadi kerajaan, tidak ada waima sebuah kedai arak atau kedai judi pun ditutup. Malah dilaporkan cabutan khas nombor ekor juga dinaikkan semula kepada 22 kali pada 2021.

Banyak lagi kerosakan yang telah dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mana Pas adalah sebahagiannya. Tidak perlulah diberikan senarai panjang dalam tulisan ini. Cuma adakah Pas tidak malu kerana bergelumang dengan kerajaan yang membelakangkan mandat rakyat dan semangat demokrasi?

Pas kini tidak ubah ibarat ayam berkokok tetapi ekor bergelumang najis.

Justeru, ahli-ahli Pas wajib menyoal kepada kepimpinan mereka yang sudah menjadi sebahagian anggota kerajaan. Berapa banyak pencapaian yang telah dibuat untuk perjuangan Islam? Apa bentuk model pentadbiran Islam yang kontemporari boleh ditiru oleh kerajaan negeri dan negara yang lain? Tetapi kita juga tahu, mengharapkan ahli yang berani dan lantang menyoal perkara begini umpama mengharap tikus menjadi naga.

Pemimpin Pas pun cukup-cukuplah menggunakan contoh semasa pemerintahan awal Tok Guru Nik Aziz yang menggunakan bank Islam berbanding bank konvensional. Kisah itu sudah ramai yang tahu dan bukan lagi satu nilai berita yang menarik. Kini orang ramai nak tahu apa yang telah dicapai oleh Pas sepanjang menjadi kerajaan hasil pengkhianatan?

Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan di Putrajaya, apa pencapaian yang boleh membanggakan umat Islam? Kalau dahulu, pimpinan Pas bertempik atas pentas ceramah memaki hamun pemerintahan PH tetapi setelah menjadi kerajaan, semuanya menikus sahaja. Apa perkembangan kes arwah Adib dan sebagainya? Sehingga kini semua pihak masih bercakap mengenainya dan menanti tindakan lanjut daripada kerajaan.

Apa yang membanggakan bagi Pas sekarang hanyalah mendapat lantikan jawatan menteri bukan kanan, timbalan menteri, senator dan ghanimah lain dalam pelbagai GLC. Lantikan ini pun ramai orang tahu bukanlah kerana kepakaran dan kecekapan pimpinan Pas tetapi sekadar mahu mulut mereka disumbat agar tidak bercakap sesuatu kenyataan yang merosakkan Perikatan Nasional.

Inilah contoh terbesar kegagalan penghayatan istiqamah yang dilaung-laungkan oleh Abdul Hadi Awang dalam beberapa muktamar dahulu. Hanya kerana jawatan, kuasa dan takut kehilangannya, istiqamah bukan lagi perkara yang menjadi pegangan kepada Pas.

Mereka lebih rela dilihat parti dua kolam berbanding hilang kuasa dan jawatan. Lihat sahajalah seperti di Perak. Sekejap kata tidak sanggup duduk dalam kerajaan baharu, kemudian demi kemaruk kuasa, terus berubah kenyataan.

Kesedapan Pas mengaut kuasa dan harta ini kerana mereka tahu ahli bawahan tidak berani membantah secara terang-terangan. Inilah kejayaan doktrin kebekuan fikrah yang dibawa oleh Pas kini. Walaupun mendakwa sebagai parti yang terbuka kepada kritikan tetapi kalau dikritik oleh ahli secara terbuka, maka bersiap sedialah pengkritik itu untuk dilempar dengan pelbagai label.

Siapa dalam kalangan Pas yang bersuara mengenai kemunduran pentadbiran Pas di Kelantan sehingga masalah air pun gagal diselesaikan segera? Mungkin mereka akan menjawab bahawa kritikan itu telah dibuat secara dalaman tetapi percayalah sebenarnya tiada pun kritikan itu dibuat. Ahli Pas harus disedarkan dengan pembohongan dan kepalsuan fikrah perjuangan Islam yang dibawa oleh parti mereka.

AMANAH harus lebih agresif mengambil peranan ini. Kalau ahli Pas belum sudi menukar keahlian parti tetapi pastikan sekurang-kurangnya akal mereka boleh berfungsi untuk menilai kelayakan pimpinan mereka. Memanglah kerja ini mengambil masa tetapi bila lagi kalau bukan sekarang?

Arif Juhani, bekas wartawan Harakah dan Suara Keadilan


Gempar! Pemuda Umno usul pecat Annuar Musa

 


Gempar! Pemuda Umno usul pecat Annuar Musa

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh mengusulkan supaya Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dipecat dari parti itu.

Usul berkenaan dicadangkan oleh Ketua Pemuda Umno Pasir Puteh, Muhammad Saifullah Ali semasa mesyuarat perwakilan pergerakan berkenaan semalam.

Menurutnya, parti perlu mengambil tindakan tegas dengan memecat keahlian Annuar selepas beliau dilihat menjadi tali barut dan jurucakap kepada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Perwakilan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuang keahlian Annuar, kerana Annuar menjadi tali barut Bersatu, tidak menghormati presiden parti, mendahului keputusan parti dan tidak membela UMNO,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.

Menurut Saifullah lagi, Pemuda UMNO Pasir Puteh juga mendesak supaya kerjasama UMNO dan Pas dikaji semula disebabkan sikap Pas yang tidak mengutamakan hubungan UMNO dalam Muafakat Nasional.

“Perwakilan juga mendesak agar UMNO memutuskan segera hubungan dengan Bersatu serta mencadangkan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam suku pertama tahun ini,” katanya.

Bagaimanapun sekiranya PRU15 tidak dapat diadakan, perwakillan mengusulkan supaya kesemua ahli Parlimen UMNO meletak jawatan sebagai menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional.


Pentadiran Muhyiddin tenggelam punca, tiba masa letak jawatan

 



PM Muhyiddin promises cabinet that's clean, of integrity - Prime Minister's  Office of Malaysia



Setelah 10 bulan memerintah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang disertai BN sebagai salah satu komponennya kelihatan berprestasi lebih buruk berbanding mantan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam tempoh setahun pemerintahan, kerajaan PH mampu memperkenalkan skim i-Suri, Skim Peduli Sihat, menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan serta banyak lagi pembaharuan, malangnya kerajaan PN dalam setahun ini hanya membebankan rakyat dengan masalah lonjakan jangkitan Covid 19, isu kartel daging, menambah siri cabutan judi dan menamatkan diskaun 20% tambang komuter.

Bagi Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan, huru hara pentadbiran PN menggambarkan kerajaan 90% Melayu itu tidak berupaya memerintah negara serta Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin ketua kerajaan yang paling buruk prestasinya sepanjang sejarah.

“Tiada arah tuju (pemerintahan) ke mana Malaysia akan dibawa. Tiada agenda dan kerangka jelas dirangka bersama. Masing-masing hanya sibuk menguatkan parti sendiri. Berebut kawasan yang sama. Sedangkan rakyat menderita.

“Isu kartel daging, cabutan judi bertambah, kes Covid 19 meningkat, diskaun 20% KTM Komuter ditamatkan dan pelbagai isu rakyat lain.
Kesemua ini tidak langsung dipandang serius oleh Jemaah Menteri,” kata Zahir dalam satu kenyatan.

Menurutnya Isu kartel daging sepatutnya ditangani dengan cara yang meyakinkan rakyat. Isu berkenaan tentunya melibatkan individu, syarikat serta agensi berkaitan.

Kata Zahir, siasatan terperinci perlu dijalankan segera, bukannya menutup isu dengan menghukum satu syarikat kecil sahaja.

“Saya juga ingin menggesa KTM memberikan semula diskaun XTRA 20 kepada pengguna komuter. Ia dianggarkan boleh memberi penjimatan sehingga RM176 sebulan. Ekonomi masih belum pulih sepenuhnya. Jangan terus-menerus bebankan rakyat.

“Justeru, bagi saya Malaysia perlu segera diselamatkan. Ekonomi perlu dipacu dan politik harus dipulihkan,” ujarnya.

Untuk segera mengakhiri kemelut politik dan huru-hara pentadbiran itu, Zahir menyarankan agar PM Muhyiddin bertindak meletakkan jawatan.

Katanya, menyelematkan negara dengan 30 juta rakyat Malaysia lebih utama daripada kedudukan seorang PM yang lemah dan tiada skil mentadbir.

“Jalan keluar paling baik adalah Tan Sri Muhyiddin meletakkan jawatan dan memberi laluan untuk proses peralihan pucuk kepimpinan negara.

“Dalam hal ini kita meletakkan kepercayaan penuh kepada kebijaksanaan dan wewenang Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong untuk menentukan pengganti beliau,” katanya lagi.

Semalam dalam sidang media di Kuala Lumpur, Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau telah menghantar warkah kepada Agong berhubung jumlah majoriti mencukupi yang diperolehinya untuk menggantikan Muhyiddin sebagai PM.

Agong yang baru menyelesaikan kuarantin pulang dari luar negara diharap dapat membuat keputusan segera berhubung soal peralihan kuasa pucuk kepimpinan.

Namun bagi mempercepatkan hal itu, banyak pihak berpendapat Muhyiddin harus berkorban demi negara tercinta dengan meletakkan jawatan sebagai PM terlebih dahulu.

Poiltik Konsolidasi : Dr. Mujahid Yusof mahu penyokong-penyokong Pakatan Harapan ...



𝗗𝗦 𝗗𝗿. 𝗠𝗨𝗝𝗔𝗛𝗜𝗗 𝗬𝗨𝗦𝗢𝗙 𝗥𝗔𝗪𝗔 𝗠𝗔𝗛𝗨 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚-𝗣𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟-𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗛+𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗨𝗧𝗞 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗 𝗗𝗜 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗦𝗛𝗝.

Youtube Link : https://youtu.be/wbB1RPQPaZU

Video bahagian ini saya #Ulangsiar supaya penyokong-penyokong PH dan UMNO ambil #PERHATIAN. Malah Anai-anai PANtuk KARTEL Oren Masam jugak digalakkan hadam betul-betul permintaan DS DrMYR ini jangan jadi BENAK dan TAK WALA' pulak...!! 

TAPI kerjasama PH+UMNO ini lebih tepat lagi diistilahkan sebagai kerjasama UMNO-PKR-DAP kerana Amanah lebih sygkan OT95 a.k.a PT95 a.k.a AtokSAKATua. Ada di kalangan #K3 dlm parti Oren tu juga, acah-acah berprinsip taknak kerjasama dgn PNyamun mcm Zahid dan Najib tapi sanggup kerjasama dgn Kepala PNyamun mcm AtokSAKATua. 

Wallahualam.

- Zus Din

03 JANUARY 2020




MARI BERGERAK BERSAMA, KITA AKAN BEKERJA LEBIH BAIK UNTUK RAKYAT – ANWAR


 “The present is the past rolled up for action and the past is the present unrolled for understanding.” – Ariel and Will Durant (The Lessons of History)

Tahun 2020 kini telah berlalu dan usah pula kita melupakannya, terutamanya pengajaran yang kita perolehi.

Oleh itu, dalam kita melangkah ke tahun baharu yakni 2021, mari bersama kita renung semula tentang bagaimana harus kita menyemangati pelajaran atau pengajaran dari masa lalu.

Yang terutama di fikiran saya sekarang adalah persoalan perpaduan kaum. Meski akan ada pandangan yang bertentangan, saya percaya saya berdiri di lipatan sejarah yang betul dalam menegaskan kembali penghargaan kepada para pemimpin kita yang terdahulu yang telah mencurahkan jiwa dan raga mereka demi perpaduan dan semangat kebersamaan di negara ini.

Sosok seperti Onn Ja’afar, Ahmad Boestamam, dan Dr Burhanuddin al Helmy dan wawasan mereka untuk sebuah Malaya yang merdeka, majmuk dan bersatupadu.

Kita juga ada tokoh-tokoh lain seperti Tan Cheng Lock, H.S. Lee dan V.T. Sambanthan yang tidak hanya sekadar pemuka pada kesepakatan politik, tetapi adalah pemimpin yang punyai keberanian dan keyakinan untuk melihat jauh melampaui persoalan ras dan agama.

Dan juga Tunku Abdul Rahman yang memberi contoh dan teladan tentang bagaimana harus dikemudi sebuah negara yang demokratik dan berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

Kita mesti menolak segala suara yang menganjurkan perpecahan dan pertembungan kaum, dan juga mereka yang tidak ada matlamat lain selain meruntuhkan kerukunan yang telah kita bina selama ini.

Elit politik di negara mesti ada sikap empati dan kesedaran terhadap nasib mereka yang miskin dan terpinggir, di desa dan di kota serta di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Justeru, mendukung prinsip-prinsip murni ini adalah satu hal, dan kekal berprinsip meski diserang dan tidak menyerah kepada suara-suara ini adalah satu hal lain yang berbeda.

Apatah lagi dalam suasana politik hari ini yang begitu rapuh serta goyah, dan godaan untuk tunduk kepada golongan ini dilihat seakan penting.

Di sinilah aspek kepimpinan itu teruji. Bagi KEADILAN dan Pakatan Harapan, ini bukan ujian atau perlumbaan tentang siapa yang ada kekuatan suara terbanyak dari kaum atau agama apa, tetapi ia adalah ujian sebenar tentang siapa yang benar-benar komited untuk membangun masa depan bangsa.

Oleh itu, Pakatan Harapan dan pasukan progresif yang lain mesti hidupkan semula agenda reformasi, prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan serta tatakelola yang baik.

Ini bukan hanya tentang kegagalan kerajaan hari ini, dan juga bukan soal kuasa dan mandat rakyat yang dirampas oleh sekumpulan kecil orang politik yang terus-terusan menginjak prinsip kebertanggungjawaban dengan menyalahguna kuasa darurat dan berbagai cara licik yang lain.

Bukan juga tentang mereka yang bermegah-megah dengan harta dan kekayaan serta gaya hidup yang melampau. Segala pelanggaran etika serta prinsip tatakelola ini tidak akan dilupakan rakyat, malah akan dihukum oleh rakyat bila sampai waktu.

Ini bukan masa untuk menyalahkan sesiapa tetapi kita mesti muhasabah. Meski kita berkesempatan untuk berada di dalam kerajaan dalam tempoh yang singkat, dan kemudian dihadapkan dengan pengkhianatan yang maha dahsyat, namun kita mesti juga akui kesilapan dan kekurangan kita.

Kekalahan yang teruk kita dalam pilihanraya-pilihanraya kecil sepanjang tahun 2019 tidak harus kita simpulkan sebagai kekalahan kepada retorik perkauman oleh pembangkang pada ketika itu.

Atas premis yang sama, saya yakin KEADILAN, DAP, dan Amanah menerusi Pakatan Harapan akan kembali kuat dan mengukuh.

Kita alu-alukan sesiapa saja atau pihak mana sekalipun meski mereka yang berada dalam kerajaan hari ini yang berkongsi wawasan, gagasan dan agenda yang sama.

Sesiapa saja layak untuk diberi peluang, dengan syarat mereka terima sepenuhnya prinsip tatakelola yang baik dan agenda reformasi demi negara dan rakyat.

Prinsip tatakelola yang baik akan menjamin kesejahteraan dan kekuatan ekonomi kita, yang secara tidak langsung akan merawat masalah kemiskinan serta meningkatkan perpaduan antara rakyat.

Kita akan bekerja dengan lebih baik demi rakyat yang telah pun menonjolkan ketabahan tatkala dirundung zaman susah hari ini.

Kita akan meningkatkan usaha dan segala upaya yang ada bagi memenuhi aspirasi rakyat Malaysia. Kita akan perkuatkan teras kita, justeru seluruh negara akan sihat dan kembali bangkit.

Mari bersama kita bergerak ke depan demi semua.

ANWAR IBRAHIM

3 Januari 2021.



Mabruk ya habibi, dulu haram sekarang halal. Inilah acuan yang isleyy.

 

MUHD MUKHLIS

Image may contain: 27 people, including Meli Ketitir, text

UNTUK AHLI PAS HADAPI TROLL 22 KALI LESEN JUDI.

 

Wahai orang-orang PAS dengar sini semua. Jika anda di datangi dengan troll zaman 

PAS 22 lesen judi maka kalian gunakanlah grafik ini untuk cover malu kalian. Kalian 

silah salahkan DAP kerana DAP tak marah.


Image may contain: Jamzuri Ardani

AZMINPERASAN ?

 

Mahathir lantik Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri? -  Sarawakvoice.com


Si jemin kata, ramai tanya dia, dia pilih siapa? Si jemin semburit ni kata, dia lebih suka bersama dengan umno dan Pas berbanding dgn Anwar, katanya.

Jemin semburit ni mana tau malu. Dia tak tahu ke bahawa Umno pun tak hingin dengan orang semburit mcm kamu. Pas? Ehh...parti lebai inilah yg banyak main isu semburit kamu dulu. Lupa ke? Tak tahu lah kot-kot sekarang lebai pun berselera dengan kamu. Kamu kata tak ingin bersama Anwar? Jangan perasan la semburit....Keadilan dah lama meluat kepada kamu.

Wahai Jemin...orang mcm kamu ni siapa suka? Keluarga kamu sendiri pun tak suka, apatah orang lain. Tak sedar diri lagi?

W.FAUDZIN