PKP PATUTNYA LEBIH PROGRESIF

Wahhhh....TERUK SUNGGUH PERANGAI DEPA NIH....



Begitu jahatnya sikap kebencian PAS apabila menggunakan medianya mengfitnah kepada aktivis Perubatan pulak.. Kononnya Dr Musa mengkritik Dr Noor Hisham.. lagi teruk mereka cuba kaitkan dengan DAP.. apa kena mengena ?

kelompok PAS ini, mereka menyerang Dr Musa, dan melagakan dengan Ketua Pengarah Kesihatan hanya bertujuan melagakan kedua tokoh ini.. Sama seperti sikap mahaguru Kebencian mereka yang cuba menghasut pemimpin gerakan Islam...

Tujuan utama depa hanya satu, menutup kelemahan Menteri Kesihatan dan Kerajaan tebuk atap yang gagal..Bayangkan tugas Menteri Kesihatan dan 2 timbalannya terpaksa dipikul Ketua Pengarah Kesihatan.. lalu mereka sebarkan kebencian menggunakn naratif Politik kebencian dan Ashabiyah... 

Begitulah juga kerja jahat depa, dan apa yg mereka fitnahkan kepada KSU KPDN dalam hal permit pengedaran arak Heinieken dan carslberg dalam tempoh KPK..Mereka sebarkan gambar KSU dengan bekas Menteri PH untuk beri gambaran KSU itu lantikan Politik...hari ini depa sebarkan gambar Dr Musa bersama Dr Dzul..

Apa yang dibangkitkan Dr Musa itu adalah reality dan hakikat..ia bukan menyentuh soal Pengarah Kesihatan..Ya.. Dr Hisham pun faham..tetapi dia hanya penjawat awam.. dia tak boleh berpolitik.. Dr Musa hanya sampaikan kelemahan dan Kegagalan kerajaan tebuk atap...

Apa yang dibangkitkan tentang keperluan perlindungan Frontliner memang tidak dipenuhi.. Kita lihat sendiri bagaimana barisan hadapan bergelut tanpa pakaian perlindunan PPE yang mencukupi.. ada yang sampai menggunakan plastik sampah sebagai ganti pakaian PPE..dan ramai dari kalangan NGO dan aktivis terpaksa menderma keperluan barisan depan negara..

Sebenarnya banyak kelemahan yang jelas dari Kerajaan samada tindakan mengawal wabak.. proses kuarantin dipintu masuk negara, sehinggalah kepada kelengkapan barisan depan.. jangan kata PPE, hatta Topeng muka yang dijanjikan pun masih belum diedarkan ketika tempoh PKP sudah hampir tamat..

Dr Noor Hisham jauh lebih kenal isi hati dan jasa Dr Musa dalam dunia perubatan.. Sebagaimana Pemimpin gerakan Islam dan Pemimpin Asia barat lebih kenal Tun Mahathir dan Ds Anwar.. tindakan kelompok Khawarij dan ruwaibidhah menyebarkan kebencian hanya menzahirkan sikap jahat mereka.. 

Bagi menutup semua kelemahan ini..Mereka ciptakan sentimen Politik, Jadikan Dr Noor Hisyam sebagai benteng..apalagi menggunakan sentimen perkauman bagi menutup kelemahan Kerajaan tebuk atap.. 

Depa dok ingat Dr Musa itu kemaruk dengan jawatan dan elaun sebagai penulis upahan seperti Dr kangkung pujaan PAS tu.. PAS hari ini lebih jahat dari UMNO..media UMNO tak seteruk Harakah mengfitnah..

Tak cukup melakukan fitnah kepada Penjawat awam,KSU kali ini mereka mengfitnah aktivis perubatan yang jelas menerima pengiktirafan Antarabangsa hatta Presiden Erdogan..

Alhamdulillah..Tak sampai sebulan mereka memerintah, Allah zahirkan sikap Jahat kelompok Khawarij dan ruwaibidhah ini.. :)

Ipohmali

JOM UCAP TAHNIAH PADA HIPOKRASI



WAN SIDEK
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks
Nampaknya trend melantik ahli parlimen akan terus berterusan sampai lah ke sidang parlimen bulan May. Jadi mereka yang dok kata musim covid ini jangan berpolitik adalah gerangan yang paling hipokrit.

Jangan tersilap, ini lantikan ini semua bukanya demi kepentingan rakyat. Lantikan ini adalah untuk menjamin setiap seorang dari 92 ahli perikatan nasional tadi secara terang atau gelap mendapat sesuatu dari laba. Jadi bila mereka hendak undi tidak percaya pada Yidin, mereka akan termakan budi.


Benda politik aras tinggi ini yang gagal di baca oleh mutfi naif. Dia ingat politik ini hanya berkisar pada warna kulit dan agama, tapi ia lebih dari itu. jadi zaman PH dulu GLC boleh recover dari kerugian sebab lantikan GLC zaman PH majority nya teknokrat. Bila teknokrat tadi buat keputusan untuk GLC mereka, mereka akan buat berdasarkan best interest of rakyat dan GLC.

Kalau ahli politik pula, mestilah mereka akan please political master mereka. Lepas ini jangan hairan la kalau MP-MP PN tadi bertukar kereta mewah ( semua fully paid by GLC). Itu apa yang kita nampak secara zahir. Yang belakang apa dia sakau kita tak tahu.

Kasihan tengok PM tebok atap cuba sedaya upaya hendak bepaut pada kuasa, sampai sanggup melacur kerusi parti sendiri pada UMNO demi survival.



Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teksImej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'Pengkalan Chepa News 2 hrs Like Page TAHNIAH USTAZ NIK ABDUH PENGERUSI KESEDAR mengucapkan setinggi tahniah kepada YB Ustaz Hj Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz, Ah... See More KESEDAR KELANTAN'
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk dan teks

KINI DAP DAH TIADA,APA MACAM?

sekarang ni boleh ke kita katakan dap dah berkuasa sepenuh nya sebab dah 4 minggu masjid ditutup....inilah dikatakan kita jangan mendahului Allah dalam menentukan dunia ini...orang belajaq ilmu tauhid fahamlah apa yang saya tulis ni...kalau macam walaun tolak tepi lah ...bukan tahu apa pun ðŸ¤£

Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'Ahmad Sharkhawi Ishak 10 Oct 2018 at 11:46 Negara ni klau boleh dkt Dap bkn kata tutup jln Aku ingat Masjid pun kena tutup. Mujuq Dap berkuasa sepenuhnya lg.. ...Harap org PH bertaubat sebelum terlambat.Nokta'

Segerakan penubuhan agensi kanak-kanak – Hannah Yeoh





Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh pada 9 April 2020:
Pengalaman PKP dan Covid-19 ini merupakan bukti terbaik bahawa Agensi Kanak-Kanak ini bukan lagi dianggap sekadar pilihan namun ia harus disegerakan
Ketika kami berada di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bermula 2018 sehingga Februari 2020, semua usaha tertumpu untuk menubuhkan agensi kanak-kanak. 
Kami mendapati Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibebani dengan tugas yang terlalu banyak dan tiada kapasiti mengurus dengan berkesan pelbagai jenis klien merangkumi isu kebajikan, kanak-kanak, OKU, warga emas dan gelandangan.
Satu kajian yang lengkap telahpun dijalankan bagi mengenalpasti beban tugas JKM dan perbincangan dibuat untuk mencari langkah terpantas menubuhkan Agensi Kanak-Kanak. 
Kami juga mendapati Pelindung Kanak-Kanak dan Pegawai Psikologi yang sedia ada bekerja melebihi kemampuan mereka untuk membuat tindakan susulan ke atas kes-kes melibatkan kanak-kanak.
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dikuatkuasakan, JKM diberikan tugas tambahan mengagihkan bantuan makanan ke kawasan terjejas, mengedarkan makanan yang didermakan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan mengawasi Pusat Kuarantin. 
Apabila JKM dipertanggungjawabkan ketika krisis negara seperti ini, kesemua tenaga kerja terpaksa dikerahkan termasuklah bagi mengedar makanan dan tidak terkecuali Pelindung Kanak-Kanak. 
Ini bermakna tugas untuk menyelamatkan kanak-kanak dan perkhidmatan yang berkaitan turut terjejas. 
PKP telah membawa sekali pelbagai kesan dan tidak terkecuali dalam soal penjagaan kanak-kanak bagi pekerja di barisan hadapan, ibu bapa yang dikuarantin, kelangsungan operasi TASKA, tindakan susulan melibatkan kes kanak-kanak yang didera dan kembali ke pangkuan keluarga, keganasan rumahtangga, memberi makan kepada mereka serta pelbagai isu lain. 
Kita telah memasuki minggu ketiga PKP dan sehingga hari ini kita belum mendengar samada daripada Menteri KPWKM atau Timbalannya mengenai perkara ini selain mereka hanya mempromosi #WanitaCegahCovid19 sahaja.
Saya menggesa Menteri dan Timbalannya untuk memastikan:
(i) Perkhidmatan asas melibatkan kanak-kanak diberi keutamaan oleh JKM kerana kebanyakan kes keganasan terhadap kanak-kanak boleh membawa maut jika diabaikan; dan
(ii) Pelindung Kanak-Kanak dan Pegawai Psikologi masing-masing mesti dikecualikan serta-merta daripada tugas tambahan yang dikenakan ke atas mereka.
30% kanak-kanak di Malaysia wajib kita lindungi dengan bersungguh-sungguh kerana setiap hari mereka terus terdedah dengan pelbagai jenis bahaya (bukan hanya Covid-19!). 
Saya benar-benar berharap semua perbincangan dan perancangan untuk penubuhan Agensi Kanak-kanak tidak akan ditangguhkan. 
Pengalaman PKP dan Covid-19 ini merupakan bukti terbaik bahawa Agensi Kanak-Kanak ini bukan lagi dianggap sekadar pilihan namun ia harus disegerakan. 

SETARA TU LAH OTAK HANGPA... DULU, KINI DAN SELAMANYA



Banyak kali aku dok merengek dengan Ust Ab Shukur Azhar nak mengekor dia pi Afrika. Dia pun banyak kali sebut, cari masa sesuai, jom kita pi.

Syaratnya bagi tau awai. Kalau lewat susah sikit. Duit, pikiaq kemudian. Ada masa sesuai, jadi, kata dia. Memang macam tu la Ust Azhar. Manusia mudah berkira.

Dia timbalan aku di Akademi Nunji. Aku lega apabila dia sanggup aktif. Senang cakap, tanpa dia, Akademi Nunji tak boleh wujud dan tak boleh bernafas. Cukup setakat tu aku sebut.

Sehari dua ni bising puak lebai tebuk atap nak boikot syarikat dia. Aku nak tergelak pun ada dengan tindakan geng lebai tebuk atap tu.

Sebab depa sebelum ni dok kempen boikot barang Cina kafir, tiba² depa nak boikot syarikat Melayu Islam pulak. Dah terbalik kuang perangai lebai ni...!

Ooohhhh...depa marah, pasai depa kata Ust Azhar hina "ulama" depa, hina parti depa, kata ulama depa bohong. Paling depa marah dalam isu kilang arak boleh operasi time PKP.

Aku sebut macam ni saja. Dalam surat yg ulama depa hantar kepada tok Arab tu memang banyak fakta bohong. Bukan setakat bohong, fitnah pun ada. Kalau dah dia bohong sungguh, nak kata apa, kata bohonglah.

Depa marah gambaq logo parti depa diserupakan dgn logo syarikat arak. Eleh... lagu tu pun terasa dah? Hangpa kata rona parti mcm tok sami, hangpa panggil parti kami PAN, ketua hangpa pun sebut kuali, lepas tu hangpa lelong ayat Quran... kullu man alaiha faan.. untuk kata kami binasa...

Kalau hangpa mengata sedap kat orang, sekali sekala orang mengata kat parti hangpa, tak payahlah melompat sangat. Relak sudahlah...! Parti hangpa dgn parti politik lain sama saja. Parti hangpa bukan agama pun...! Perlekeh parti hangpa bukan perlekeh agama.

Hangpa nak boikot syarikat Ust Azhar tu bagi aku tak berkesan pun. Orang ramai yang berurusan dgn syarikat dia kenal dia dan kenal syarikat dia.

Hangpa nak boikot dia bukan pasai syarikat dia salah urus dana korban, atau tak bayar cukai kpd kerajaan, atau syarikat dia bisnes benda haram, atau syarikat dia songlap duit rakyat...

Syarikat dia bisnes betui punya. Rekod syarikat dia bersih. Cuma pasai dia kondem ulama hangpa saja hangpa nak kempen boikot syarikat dia. Lekeh hangpa. Cara hangpa pikiaq pun lekeh.

Patutnya hangpa kempen boikot syarikat kawan² hangpa yg jual kismis jampi, jual air mineral jampi, syarikat tangkap virus korona, sebab semua tu jual agama dan merapu.

Tapi yalah, hangpa tak boikot lah walaupun merapu sebab geng hangpa. Jual agama pun tak pa asalkan geng hangpa. Memang setara tulah otak hangpa dulu, kini dan selamanya.

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Anwar akan balas surat Hadi, penuh fitnah kerana cemburu

Anwar akan balas surat Hadi, penuh fitnah kerana cemburu
"Boleh walak tetapi jangan jadi pak turut hingga sanggup memfitnah kerana cemburu dan musuh politik... ini bahaya," kata Anwar.



Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membalas surat Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dihantar kepada pemimpin gerakan Islam yang disifatkan penuh dengan fitnah yang antaranya kerana cemburu.
Bagi beliau, surat tersebut sarat dengan fitnah yang perlu dijawab dan dijelaskan oleh beliau.
Selepas surat Hadi itu beredar beberapa hari lalu, ini pertama kali Anwar mengulasnya dalam bentuk satu video ringkas berdurasi 4 minit.
“Ustaz Hadi, sahabat lama saya nampaknya menjadikan saya sebagai musuh pribadi dan melemparkan tuduhan dan fitnah yang agak berat.
“Soal dia hendak pilih Umno atau Bersatu itu hal dia. Soal kita bersetuju atau tidak, itu soal lain.
“Tetapi tak perlulah beliau memfitnah tanpa bukti,” kata Anwar dalam video itu.
Antara tuduhan Hadi, kata Anwar, adalah beliau ahli dan pemimpin kanan Freemason.
Gambar yang menunjukkan Anwar Ibrahim dalam senarai Freemason bukan Anwar Ibrahim Presiden PKR.
“Rupanya dia merujuk kepada satu dokumen yang menyebut nama Anwar Ibrahim sebagai anggota Freemason.
“Cuba lihat gambar Anwar Ibrahim tu. Takkan saya pada tahun 2006 yang sihat segar bugar tu,” kata Anwar merujuk kepada sekeping gambar bertarikh 4 November 2006 yang menunjukkan nama Anwar Ibrahim tetapi bukannya beliau.
Bagi Anwar, Hadi perlu semak fakta dan perawi kepada sesuatu cerita agar ianya sahih sebelum membuat apa-apa tuduhan.
Kepada pengikut Pas pula, Anwar berpesan agar mereka boleh walak dan patuh kepada pemimpin tetapi bukan menjadi pak turut membabi buta.
“Boleh walak tetapi jangan jadi pak turut hingga sanggup memfitnah kerana cemburu dan musuh politik… ini bahaya,” kata Anwar.

Mula sesi persekolahan hanya selepas krisis Covid-19 tamat, persatuan beritahu KPM




Setiausaha Page Tunku Munawirah Putra berkata, pelajar perlu memahami dan mematuhi SOP seperti penjarakan sosial 1 meter antara pelajar serta guru semasa di dalam kelas dan kantin sekolah.
PETALING JAYA: Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page) mengingatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya hanya memulakan semula sesi persekolahan apabila keadaan membabitkan penularan wabak Covid-19 benar-benar selamat.
Setiausaha Page Tunku Munawirah Putra berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang pekeliling daripada KPM tentang bagaimanakah sesi persekolahan di seluruh negara akan dijalankan selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) tamat.
“Kebersihan tahap tertinggi perlu dipelihara di sekolah. Operasi sanitasi awam perlu dilakukan seminggu sekali pada alat-alat yang sering disentuh pelajar semasa sesi persekolahan bermula.
“Bahkan, pelajar yang demam, kurang sihat serta mempunyai simptom wabak ini perlu mengambil cuti sakit.
“Pastikan juga pelajar benar-benar memahami dan mematuhi SOP yang dikuatkuasakan seperti penjarakan sosial dalam radius 1 meter antara pelajar serta guru semasa di dalam kelas dan kantin sekolah,” katanya kepada FMT.
Tunku Munawirah Putra
Tunku Munawirah turut mencadangkan agar sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah diubah secara berperingkat mengikut jadual, seperti mengadakan kelas secara berselang-seli bagi tahap-tahap tertentu supaya amalan penjarakan sosial di sekolah lebih mudah untuk dikawal.
“Pastikan tidak ada perhimpunan dan salat secara berjemaah di lakukan di sekolah, sementara ibu bapa juga perlu dibenarkan mengambil inisiatif menolong pihak sekolah membersihkan kelas.
“Ini memang pernah dijalankan semasa wabak H1N1 melanda negara dahulu,” katanya.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang ketika dihubungi FMT berkata, pihaknya masih belum bertemu dengan KPM bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tatacara sesi persekolahan pasca PKP.
Cuti sekolah pertengahan penggal pertama tahun ini bermula pada 22 Mac dan berakhir pada 30 Mac. Semua sekolah dan institusi pendidikan kini ditutup berikutan pelaksanaan PKP bermula 18 Mac dan dijadualkan berakhir pada 14 April ini.
Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 2 korban terbaru wabak Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa akibat wabak ini seramai 67 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan 109 kes jangkitan baru, berbanding 156 hari sebelumnya.
Dalam pada itu, seramai 121 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan keseluruhan pesakit pulih 1,608 orang sehingga kini.
Noor Hisham dijangka bertemu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menyampaikan pandangan dan taklimat terkini jangkitan Covid-19.
Perkembangan tersebut akan menjadi penentu kepada tempoh PKP sama ada akan dilanjutkan atau tamat pada 14 April ini.


Berkesan… Jepun tawar antivirus ‘Avigan’ untuk lawan Covid-19 secara percuma


Jepun akan bekalkan Avigan kepada 20 negara yang sedang menjalani ujian klinikal terhadap ubat tersebut dalam merawat pesakit Covid-19 secara percuma. (Gambar fail)

Jepun kini menawarkan ubat “anti-flu” secara percuma kepada 20 buah negara berikutan penularan virus Covid-19 yang sedang menyerang hampir seluruh dunia.

Ubat yang ditawarkan ialah ubat “Avigan”, atau juga dikenali sebagai “Favipiravir”.
Untuk pengetahuan anda, Avigan adalah ubat antivirus yang dibangunkan oleh Toyama Chemical of Japan bagi merawat pesakit influenza di negara itu.
Bagaimanapun, hasil penyelidikan pegawai di kementerian sains dan teknologi China mendapati ubat ini turut berkesan untuk merawat Covid-19 ekoran memperoleh hasil yang memberangsangkan dalam ujian klinikal di Wuhan dan Shenzhen yang melibatkan 340 pesakit.
Ia mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dan jelas berkesan dalam rawatan.
Berbeza dengan pesakit yang tidak dirawat dengan sebarang ubatan, mereka mengambil masa sekurang-kurangnya 11 hari untuk sembuh.
“Kami bekerjasama dengan negara yang berminat bagi memperluaskan ujian klinikal ubat Avigan di peringkat antarabangsa.”
Menurut sumber, Jepun akan memberikan ubat ini secara percuma kepada 20 buah negara yang ketika ini sedang menjalani ujian klinikal terhadap ubat tersebut.
Antara negara yang terlibat Turki, Bulgaria, Republik Czech, Indonesia, Myanmar dan Arab Saudi dan kini sebanyak 30 buah negara telah menunjukkan minat terhadap ubat yang ditawarkan.
Sebelum ini pada 2016, kerajaan Jepun pernah membekalkan Avigan kepada Guinea sebagai bantuan kecemasan untuk menentang wabak virus Ebola di sana.

PM dijangka jawab teka-teki tempoh PKP hari ini


Kerajaan melaksanakan PKP bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19, dengan fasa pertama dari 18-31 Mac, diikuti fasa kedua dari 1-14 April.
KUALA LUMPUR: Teka-teki status penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir 14 April ini dilanjutkan atau tidak, dijangka terjawab hari ini.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka membuat satu pengumuman mengenai langkah berikutnya bagi membendung penularan Covid-19.
Kemungkinan juga berkaitan dengan status PKP yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia selepas mengharungi tempoh 3 minggu penguatkuasaan sejak 18 Mac lalu.
Kerajaan melaksanakan PKP dengan hasrat memutuskan rantaian penularan Covid-19, dengan fasa pertama dari 18-31 Mac, diikuti fasa kedua dari 1-14 April.
Sementara itu kadar pematuhan PKP adalah 97% setakat semalam dan polis mengeluarkan 95 notis kompaun RM1,000 setiap satu terhadap individu ingkar PKP.
Dalam perkembangan yang sama, jumlah keseluruhan zon merah di seluruh Malaysia ketika ini sebanyak 24 kawasan, iaitu lokasi mencatat kes positif Covid-19 melebihi 41.
Sehingga kini, sebanyak 4 lokasi dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD), membabitkan Simpang Renggam (Johor), Hulu Langat (Selangor), dan 3 bangunan di Kuala Lumpur iaitu Menara City One, Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion.
Simpang Renggam merupakan lokasi pertama di negara ini dikenakan PKPD berkuat kuasa 27 Mac lalu selepas 61 penduduknya dikesan positif Covid-19 kini dilanjutkan sehingga 14 April.
Selain itu, setakat semalam (9 April) 3 negeri terus mencatat jumlah kes positif Covid-19 tertinggi iaitu Selangor (1,118 kes), Kuala Lumpur (699 kes) dan Johor (503 kes).

‘Henti politikkan agihan bantuan Covid-19, utamakan kebajikan rakyat’



Oleh Teo Nie Ching
(Ahli Parlimen Kulai, Setiausaha Antarabangsa DAP)
Bantuan Kebajikan Covid-19 Parlimen Kulai yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai bersama Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai (JKMDK) terpaksa ditangguhkan kerana terdapat campur tangan parti politik tertentu.

Program ini bertujuan memberi bekalan keperluan makanan kepada 1,000 keluarga yang memerlukan di kawasan Kulai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Program ini bermula pada 5 April 2020 dan seramai 1,027 senarai pemohon yang disediakan oleh pejabat saya telah diserahkan kepada JKMDK untuk mendapatkan bantuan berupa bakul makanan bernilai RM100 daripada Sumbangan Yayasan Kebajikan Negara.



Setakat 9 April 2020, 605 buah keluarga dari Sedenak, Kampung Bukit Batu, Kampung Sri Sempurna, Kampung Murni jaya, Felda Bukit Permai, Bandar Putra, Kampung Seri Muar, Kampung Baru Ayer Bemban, Kampung Ayer Manis, Taman Senai Utama, Kampung Melayu Saleng telah menerima bantuan tersebut. 

Walau bagaimanapun, satu arahan diterima oleh pihak agensi dan memaklumkan kepada pihak kami, bahawa pemberian bantuan berupa bakul makanan di kawasan pembangkang, akan diserahkan kepada Datuk Seri Wee Ka Siong, selaku Presiden MCA untuk penyelarasan di negeri Johor. Pihak agensi terpaksa menangguhkan buat sementara waktu sehingga arahan terbaharu diterima oleh mereka.

Saya ingin tahu adakah Datuk Seri Wee Ka Siong memberi arahan ini? Jika benar, mengapa perlu sebegini rupa sedangkan pembahagian telah dibuat sebelum ini? Dalam suasana rakyat terbeban dengan kekurangan kewangan dan makanan dalam tempoh PKP, kita perlu menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan secepat mungkin.

Sebelum ini, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai telah membantu 600 buah keluarga di kawasan Kulai sejak 18 Mac 2020 melalui Program Sumbangan PKP Covid-19. Program tersebut juga menghadapi halangan apabila terdapat arahan yang tidak membenarkan pihak NGO mengagih makanan secara terus kepada penerima. 

Saya mendesak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memandang serius isu campur tangan parti politik dalam perkara kebajikan masyarakat. Berhentilah mempolitikan setiap isu supaya kepentingan rakyat dapat diutamakan semasa krisis Covid-19 ini. 




TERKINI : Pemandu ‘MABUK’ Langgar Kereta Polis – ACP Nik Ezanee








 
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal bercakap kepada media pada sekatan jalan raya OPS Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan wabak Covid-19 di Persiaran Surian Petaling Jaya, Selangor

RENTASAN 663 | PANAS!!! INI AMARAN DR NOOR HISHAM KEPADA RAKYAT INGKAR PKP?





MENARIK DALAM RENTASAN 663 1. SEMAKIN LAMA PKP, SEMAKIN TERUK EKONOMI MALAYSIA 2. YANG MERAYAP SANA SINI ITU CARI APA SEBENARNYA? 3. MENTERI AGAMA KATA TIK TOK HARAM 4. KERAJAAN TEBUK ATAP PECAT PROFESIONAL TANPA ALASAN

Doktor saran MKN sumbat individu dari ‘kayangan’ ke lokap

Doktor saran MKN sumbat individu dari ‘kayangan’ ke lokap



Meluahkan rasa terkilannya terhadap mereka yang baru pulang dari luar negara tetapi sukar memberi kerjasama untuk dikuarantin, seorang pakar perubatan menyarankan kerajaan agar menyumbat mereka ke lokap buat sementara waktu.
Pakar Perubatan Keluarga, Medical Mythbuster Malaysia, Dr Sakinah Sulong berkata, mereka yang digelarnya ‘turun dari kayangan ini’ turut memanggil petugas kesihatan sebagai anjing dan pencacai najis.
Sikap mereka yang amat biadap itu, tambahnya, jauh berbeza dengan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Seri Petaling.
Ikuti luahan Dr Sakinah di Facebook beliau hari ini yang tular dengan mendapat lebih 2,100 komentar dan 35,000 perkongsian selepas tujuh jam dimuatnaik di media sosial itu:

Kami Bukan Anjing
Pengalaman menjadi petugas yang mengambil sampel untuk Covid-19, kadang-kadang menjentik hati saya.
Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidung, satu mulut untuk kami ambil swabnya. Tak kira lah siapa dia.
Pengarah Jabatan ke, jemaah tabligh ke, doktor ke, pelajar ke, semuanya sama. Lubang hidungnya sama. Rongga mulutnya sama.
Tapi yang jadi buat ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong.
Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.
Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam karenah terpaksa dihadapi. Tak nak dikuarantin. Marah-marah.
Panggil staf kami ‘dog‘. Panggil staf kami pencacai najis. Memang sangat kurang ajar!
Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan.
Sampaikan ada petugas yang terpaksa berundur tak mampu bersuara. Bimbang timbul kekasaran kerana dimaki begitu.
Saya fikir, kalau begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat. Atau MKN (Majlis Keselamatan Negara) mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disumbat lokap sementara!
Kami petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan. Buat saringan simptom dan vital sign. Buat pensampelan.
Buat rujukan ke hospital seandainya perlu. Hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negeri ini selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain.
Memang kami kena kerja kuat sekarang. Pihak atasan duk fikir mana nak tempatkan mereka, pihak staf bawahan yang bertugas siang dan malam nak buat saringan. Bukan suka-suka.
Tapi, nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami, petugas kesihatan! Memang tak bersyukur!
Nota kaki: Hari ni kami mendapat pemberian KFC daripada seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab dengan kami. Inilah indahnya akhlak mereka, jauh benar nak dibuat perbandingan.
#KitaJagaKita
#Covid19
#Membebelsayang
Seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab atau kapas kesat menghadiahkan KFC kepada petugas kesihatan.