ABAIKAN PEMIMPIN ‘NGOK NGEK NAIK JUNJUNG’ – ANWAR

MALAYSIA BAKAL JADI ‘HARIMAU BAHARU’ – MUHYIDDIN

SALAHKAH IJTIHAD PAS SOKONG MCA?

APA MASALAH TABUR PERUNTUKAN, BUKAN MASUK POKET?’ – SALAHUDDIN

Ada kebenarannya..sila sanggah dgn fakta.



Ada kebenarannya..sila sanggah dgn fakta.

Best Baca tajuk Harakah kejap tadi..  ada sahabat hantar kat group wassap..malas nak baca artikel, tapi tajuk dia berbunyi.." TANAH  bhdKAMPUNG BHARU : JELMAAN KAPITALIS DAN KOLONIAL MODERN..", Sedap tajuk dia..Tu dia sampai mcm tu , Usaha baik  Kerajaan nak naik taraf , untuk susun semula Kampung Bharu, disamakan dengan Jelmaan Kapitalis dan kolonial.. Depa sedar ker Apa depa Cakap.. ni Meh Aku nak bagi tahu..

2- PELABURAN CHINA DI TERENGGANU

Sedar tak dalam laporan Berita Harian semalam, Kerajaan negeri Terengganu menandatangani perjanjian pelaburan, tebus guna tanah dalam jajaran ECRL sebanyak RM 3 Billion, Kerajaan negeri Terengganu dan CPCG Holdings Sdn Bhd, yang memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Terengganu Jiangsu Trade Organisation (TJTO) semasa Expo China-ASEAN ke-16, di Nanning, China.. 

Tebus Tanah ini dikatakan akan melibatkan tanah strategik rezab melayu..Ini bukan Pelabur Muslim First, tapi China first.. Bukan Cina Malaysia, Tapi China dekat dengan Xingjiang.. Apakah ini bentuk kolonial dan Kapitalis ?

3- HILANGNYA KAMPUNG WARISAN TRADISI MELAYU DIKAWASAN BANDAR KUALA TERENGGANU

Untuk Pengetahuan Walaun PAS.. Dalam Laporan berita Bulan lepas, Tanah rezab Melayu di Bandar Kuala Terengganu yang penduduk Melayu Islam nya 97% hanya tinggal 0.003% tanah rezab Melayu...  Di Kawasan Pembagunan Bandar Kuala Terengganu masih mengekalkan 2 Kampung warisan Cina, Manakala boleh kata hampir tiada kampung warisan Melayu.. hanya tinggal 20% Kawasan tradisi Kampung Ladang dan Tanjung..

4- PROJEK KTTC DI TERENGGANU

Untuk Pengetahuan Walaun PAS, Tahu tak.. Jambatan Angkat ( drawbridge) yang dibangga banggakan itu.. Bandar KTTC(Kuala Terengganu Trade Centre) yang dibangunkan Pasaraya,Bagunan Komersial dan Hotel.. Siapakah Pelaburnya ? apakah syarikat Bumiputera.. Bukan kah dibangunkan Tiara View Housing Development Sdn Bhd (Tiara View) yang mana Pengarahnya adalah Datuk Seri Wong Tzy Jian...

Tahukan Walaun PAS akibat dari Pembagunan KTTC ini, Banyak kampung , bagunan dan rumah warisan sejarah dirobohkan dan rumah yang terakhir adalah rumah tradisi yang berusia hampir 100 Tahun.. Tahu atau tidak akibat pembagunan KTTC ini juga, Tempat perniagaan Melayu yang berusia berpuluh tahun bakal dikosongkan.. Iaitu Peniaga tradisi Melayu di Pasar Kedai Payang.. 

berapa pampasan depa dapat ? jangan kata RM 6 Juta, RM 100 ribu pun belum tentu.. Rumah Kampung tradisi berusia lebih 100 tahun yang terakhir dirobohkan hanya ditawarkan pampasan RM 20 ribu.. 

bukan hanya kampung dan tempat perniagaan Melayu, Sebahagian kawasan nelayan pun dikatakan tejejas dengan projek tambak laut Projek KTTC.. Bani Melayu di Terengganu hanya seronok duduk tepi jambatan, sambil makan makan dan tinggalkan sampah melihat Jambatan Angkat sedangkan Pembagunan itu milik Kapitalis Cina..sama seperti melayu yang hanya mampu lihat KLCC..

5- NASIB PENIAGA PASAR PAYANG

Tahukah mereka sudah beberapa kali peniaga Melayu Pasar Kedai payang ini merayu agar tidak dipindahkan, ini kawasan perniagaan Tradisi Melayu..Masa ini mana pergi Unit Amal dan Pemimpin PAS ? Bukan kah ini wajah Kolonial dan Kapitalis ? dimana Teknokrat dan Pakar angkasa PAS, Dimana IR IR PAS... mengapa bergntung kepada pelaburan Cina dan bukan Islam ?

Apakah pemimpin PAS hari ini sama seperti Raja Raja malik Arab, Biarpun berpakaian Jubah dan Serban tetapi mereka lah yang menggadaikan telaga minyak mereka kepada US dan mengikat jual beli minyak diatas Dollar ?

6- PROJEK VINCENT TAN

Kenapa memilih Pelabur Bukan Muslim, Dimana ahli korperat, Cerdik pandai muslim ? Bukankah " Buy Muslim First " ? itu belum dikira dalam pelaburan dalam sektor perhotelan dan pelancongan, Projek tebus tanah dari Syarikat Judi Vincent Tan.. 

Ketika begitu mesra MB Terengganu berbincang diatas kapal mewah dengan Vincent Tan, Melayu dibawah dok sibuk kempen boikot minyak masak dan Kicap syarikat Cina..

Di Terengganu sahaja kita akan dapati banyak pelaburan yang akhirnya meminggirkan  Melayu dan Muslim, dan tiba tiba PAS nak jadi hero Ummat Melayu dan Islam.. Cerminla diri sendiri dulu sebelum mewajarkan tuduhan kepada orang lain.. Itu belum lagi kita ceritakan bagaimana usahama Kerajaan Kelantan Menggadaikan Tanah dan hasil mahsul kepada syarikat Cina..

7- PROJEK LOJING, PERLADANGAN DAN EMAS DI KELANTAN

Jangan Lupa di kelantan sebelum ini Pernah didedahkan  Projek tanaman sayur Tanah Tinggi Lojing sebahagian besarnya dipajak kepada syarikat Singapura, Dikaitkan dengan syrikat Singapura ,Syarikat Telemont Sdn Bhd dan Acomax Sdn Bhd ini yang dikatakan bukan milik muslim... Itu belum lagi Tanah lebih 10 ribu hektar yang digadaikan YIK(Yayasan Islam Kelantan) kepada Syarikat Cina.. Itu belum dikira Tanah sawit yang diurus syarikat IOI dan KLK Kepong..

Jangan lupa juga , Bukan hanya tebus guna tanah.. hasil mahsul Kelantan seperti hasil galian ,bijih besi, timah dan emas juga diserahkan kepada syarikat bukan Islam.. Syarikat Singapura,iaitu Projek Sokor di Kelantan yang dimiliki CNMC Goldmine Holdings Ltd, Pengarahnya adalah Chris Lim.. Penerokaan hasil emas ini seluas 10 kilometer besarnya.. Mengapa takda syarikat melayu dan Islam ?

8- PROJEK SIMEN DI GUA MUSANG

Bukan hanya Tanah dan galian dalam tanah, Malah hasil batu kapur di dalam Bukit pun diserahkan kepada Syarikat Australia.. Kelantan juga melakukan usahasama dengan ASN Cement Sdn Bhd dari Australia untk projek Kilang Semen di Gua Musang.. Kenapa tidak gunakan kepakaran tempatan mahupun Syarikat muslim ?

 Jangan kata Hasil tanah, galian dan batu kapur diserah kepada syarikat Cina dan Asing.. Menguruskan hasil balak pun diserah kepada syarikat Cina.. Tauke Cina, Bukan kah pembalakan di Kelantan juga membuatkan orang asli hilang tempat tinggal dan merosakkan tempat mereka mencari rezeki ? Itu belum cerita Tanah Wakaf Masjid Telipot yang dibuat Kondominium..Jadi bukan kah ini gambaran Kolonial dan Kapitalis.. Dimana Islamnya ?

9- BAIK PAS CERMIN DIRI

Jadi lebih baik lah PAS berdiam diri.. atau sebaiknya cerminkan diri sendiri.. kalau negeri yang rakyatnya 95% Muslim sendiri pun bergantung kepada pelabur China, Bukan Islam... Kalau Negeri sendiri pun anak tirikan orang Asli dan merobohkan kampung warisan... Sebenarnya PAS itu lebih Kolonial dan Kapitalis dari DAP... Berhenti lah melakonkan watak Agama dan mempergunakan Agama..

Jauhi kelompok Ashabiyah dan Khawarij.. :)

Ipohmali

SIAPA NGOK, SIAPA NGEK, TAHULAH NASIB BILA ANWAR JADI PM


Presiden PKR dan bakal Perdana Menteri ke-8, Anwar Ibrahim mahu anggota parti mengabaikan satu dua orang dalam parti itu yang disifatkannya sudah tidak relevan lagi.
Sebaliknya, tegas beliau, mereka hendaklah lebih mengutamakan kepada agenda rakyat.
“Tumpu kepada agenda rakyat, satu dua orang ngok-ngek ngok-ngek ini biarlah, not relevant.
“Mana boleh dapat sokongan 100 percent, you ketua cabang, you pun tak 100 percent orang sokong, samalah saya presiden.
“Adakah ini satu masalah? Kamu ada 90 peratus sokongan (ahli akar umbi) parti dan pimpinan. Jadi sebab itu saya nak minta 90 percent tetapkan suara rakyat, suara Keadilan (PKR),” katanya lagi.
Siapakah mereka yang dimaksudkan Anwar itu?
Siapa ngok?
Adakah ia Azmin Ali?
Siapa pula ngek?
Adakah ia Zuraidah Kamaruddin?
Sampai bila mereka mahu terus ngok ngek dalam parti?
Sedarkah mereka bahawa mereka hanya mewakili kelompok 10 percent saja?
Adakah bila Anwar jadi Perdana Menteri nanti, mereka mampu untuk terus ngok ngek lagi? (ShahbudinHusin 03/11/2019)

Jika guna hujah Tuan Ibrahim, PAS dan UMNO pun patut diharamkan


Kenyataan Media oleh Ketua DAPSY Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali

Berhubung cadangan PAS agar parti DAP diharamkan berdasarkan tiga sebab yang diberikan oleh Timbalan Presiden parti itu, Tuan Ibrahim Tuan Man, saya menyifatkannya sebagai suatu cadangan yang sangat tidak beretika.

Dari ketiga-tiga contoh yang beliau berikan itu, ia tidak boleh dijadikan sandaran kukuh untuk cadangan tersebut kerana dakwaan beliau itu boleh disiasat, malah ianya kini sedang dalam siasatan pihak berkuasa. Kita perlu menunggu laporan siasatan, ada undang-undang yang perlu dihormati oleh semua pihak.

Parti PAS seharusnya menumpukan usaha kerjasama politik mereka dengan UMNO, daripada sibuk mengganggu tugas-tugas pihak berkuasa yang sedang menyiasat, sebaliknya PAS seolah-olah sedang mendahului tugas polis. Ini sangat tidak beretika.

Jika saranan PAS mahu mengharamkan DAP atas hujah-hujah itu, saya kira UMNO dan PAS juga boleh diharamkan jika kita mengupas kembali sejarah parti-parti ini yang juga pernah menghuru-harakan negara.

Kita dapat lihat bagaimana kesan ‘Amanat Haji Hadi’ kepada ahli parti, penyokong dan masyarakat hingga hubungan masyarakat dan keluarga menjadi retak dan rosak akibat pengaruh ‘amanat’ itu. Hingga berlaku solat dua imam, perpecahan hubungan suami isteri, hingga berlaku serangan-serangan fizikal ketika itu. Kerajaan boleh saja mengharamkan PAS, tetapi tidak berlaku sedemikian.

Begitu juga dengan UMNO, kita semua dapat lihat bagaimana pemimpin-pemimpin elit mereka menggunakan kedudukan mereka menjarah harta rakyat hingga licin-licau. Elit-elit parti UMNO ini jugalah yang dipeluk oleh PAS, mereka ini juga yang membiakkan fahaman-fahaman perkauman sempit dalam setiap aktiviti politik mereka, di sekolah, di universiti hatta dalam jabatan kerajaan. Doktrinasi perkauman sempit UMNO ini membuat anggota masyarakat jadi kacau-bilau. 

Tetapi dari sejarah-sejarah ini, adakah wajar UMNO dan PAS juga diharamkan? Kita berpolitik ada etika. Ada perkara bersifat politik yang hanya berbeza pendapat dan pendekatan. Berlawan pun ada etika didalam gelanggang, hormatilah etika itu. Apatah lagi kita muslim, ada tauladan yang boleh kita ambil contoh iaitu Nabi SAW

PDRM, SPRM, MANA DIA SIASATAN TERHADAP HISHAMUDDIN HUSSEIN DAN AZMIN ?



1. Kenyataan PATRIOT oleh Presidennya Datuk Mohd Arshad Raji hari ini menggesa siasatan dilakukan segera terhadap Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamudin Hussein berasas dan perlu dipandang serius.
2. Isu pembelian 6 helikopter McDonnell Douglas pada tahun 2016 berharga 300juta itu memperlihatkan beberapa ciri2 yang jelas berlaku penyelewengan, salahguna kuasa dan urustadbir yang amat buruk dan memalukan.Ianya juga amat menjijikkan kerana ratusan juta wang rakyat terlibat.
3. Pada Mei lalu Jawatankuasa Siasatan Tadhir Iris, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) dalam satu laporan berhubung projek ‘ land swap’ Kementerian Pertahanan menyatakan campurtangan keterlaluan demi kepentingan politik telah berlaku termasuk di era Hishamuddin menjadi Menteri Pertahanan.
4. Persoalannya sekarang mengapa tiada sebarang laporan dan tindakan lanjut berhubung kes2 tersebut?
5. Situasi yang sama berlaku didalam kes membabitkan Dato Seri Azmin Ali.Kes jenayah seks yang menampilkan dakwaan jelas seorang individu bersama bukti video terus sepi tanpa berita.
6. Mengapa PDRM dan SPRM bertindak pantas dalam kes2 lain tetapi tidak kepada kes2 yang membabitkan dua pemimpin politik ini?
7. Seharusnya wujud keperluan menyegerakan siasatan (urgency) didalam kes2 yang membabitkan kedua mereka setelah nama mereka ditampilkan didalam Parlimen berkomplot mengganggu gugat kerajaan sedia ada dengan usaha menubuhkan sebuah kerajaan baru melalui pintu belakang.
8. Usaha mengganggu gugat kerajaan melalui pintu belakang adalah jenayah politik jijik kelompok elit politik disaat negara dan rakyat menghadapi suasana ekonomi yang parah.
9. Kita mempunyai alasan untuk mempercayai Hishamudin dan Azmin mempunyai motif menyelamatkan diri mereka sendiri daripada dakwaan jenayah rasuah dan seks dengan menggugat kestabilan kerajaan.
10. PDRM dan SPRM, antara institusi penting yang menjalankan proses keadilan dan menjamin kestabilan kerajaan seharusnya bertindak pantas terhadap kedua mereka tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
11. Apakah PDRM dan SPRM sudah menjadi alat dan perkakas kepada pemimpin politik dan bertindak atas motif politik?
12. Kebimbangan kita berasas kerana jelas kedua2 pemimpin politik ini sepertinya dilindungi daripada sebarang tindakan undang2 oleh PDRM dan SPRM sendiri.
13. Kita juga berhak merasa curiga apabila dalam keadaan bekas PM Najib diburu dan didakwa habis2an , Hishamuddin sekutu paling rapat bekas PM itu lepas bebas walaupun sudah ada beberapa laporan penyelewengan dan salahguna kuasa terhadapnya. Apakah Hishamudin mendapat layanan berbeza kerana beliau bukan sahaja rapat dengan PM dahulu tetapi juga rapat dengan PM sekarang?(Laporan kolum akhbar the Star 18 Okt 2019 menyatakan pertemuan yang kerap antara PM Mahathir dan Hishamudin.)
14. Dengan latarbelakang ini semua, apakah salah untuk kita mendakwa PDRM dan SPRM adalah alat dan perkakas politik? Dan kalau tidak, maka buktikan dengan menyiasat dan bawa ke pengadilan segera Hishamudin dan Azmin.
Mohamad Ezam Mohd Nor
2 Nov 2019, 5 Rabiul Awal 1441H

AKTIVITI DSAI SEPANJANG MINGGU


31, oktober 2019

https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/1476927762469699/?t=0

Selalu saya sebut bahawa soal penguasaan Bahasa Kebangsaan tidak harus dikompromi oleh sesiapa sahaja yang bergelar rakyat Malaysia. Gesaan ini juga terpakai kepada pimpinan dan ahli-ahli Parlimen dalam semua kalangan kaum dan etnik. Dalam masa yang sama juga, penguasaan bahasa lain seperti Inggeris dan Mandarin tak boleh dikesampingkan. Apa pendapat semua?


31 oktober 2019
Penguasaan terhadap perubahan digital adalah penting untuk mengukuhkan ekonomi Malaysia di samping bantu menjana pendapatan buat golongan miskin dan tercicir. Saya menjemput anda untuk bersama-sama dalam Digital Futures Conference pada hujung minggu ini di KL.
Sarjana tempatan dan dari seluruh pelusuk dunia akan bersama meneroka kedinamikan teknologi dan masa depan. Ini perlu dilakukan dengan kritis, terutamanya berkaitan aspek teknologi yang akan memberi kesan ke atas bisnes, masyarakat, agama dan budaya. Cendekiawan semasa Ziauddin Sardar akan turut bersama menyampaikan ucapan.

Tiada penerangan foto disediakan.


KONVENSYEN KEADILAN WILAYAH PERSEKUTUAN
#KonvensyenKEADILAN2019 ruang untuk wakil anak muda, wanita, ahli akademik dan masyarakat madani melontarkan idea untuk KEADILAN selepas lebih setahun pentadbiran Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan.
Senarai Pemidato Khas:
1. Wakil Anak Muda, MUHAMMAD SYAHMI
2. ketua Dasar Sosial UNICEF, STEPHEN BARRET
3. ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, ALI SALMAN
4. Wakil Wanita, ANDIK ELIESKUSMIRAN AMIRUDIN
Pemidato pimpinan kanan KEADILAN:
1. Presiden, ANWAR IBRAHIM
2. Ketua Wanita, HANIZA TALHA
3. Setiausaha Pengelola, NIK NAZMI NIK AHMAD
4. Pengerusi Wilayah, ZAHIR HASSAN

Menghadiri Konvensyen KEADILAN Wilayah Persekutuan hari ini di Dewan Tunku Abdul Rahman Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Dalam ucapan saya tekankan kepada pimpinan untuk memimpin secara adil dan tidak menyalahgunakan kuasa yang telah diamanahkan oleh rakyat.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, cermin mata dan rakaman dekat
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang di atas pentas, orang berdiri, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalaman

Klinik Kesihatan Percuma Port Dickson
Hampir 300 orang hari ini telah menjalani pemeriksaan serta mendapatkan rawatan secara percuma di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson.
Program Klinik Kesihatan Percuma ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson dengan kerjasama Klinik Pakar Perubatan USIM.
Turut hadir memberi sokongan ialah Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt. Aidi Sham Mohamed serta wakil-wakil MPKK Port Dickson.
Bagi pihak Pusat Khidmat Rakyat Port Dickson, kami mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Klinik Pakar Kesihatan USIM yang diketuai oleh Dr Radzniwan A Rashid serta pasukan yang komited hadir pada hari ini.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, duduk
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan duduk
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang duduk dan orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang berdiri dan orang duduk
Imej mungkin mengandungi: 2 orang


Hadir ke majlis Rumah Terbuka Deepavali di Banting. Turut hadir Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar. Semoga perayaan Deepavali terus memperkukuh kerukunan dan jamak budaya di Malaysia.

Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang berdiri

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri dan jambang
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri, kanak-kanak dan luaran



PERTANYAAN KEPADA HISHAMMUDDIN, SYARIKAT SIAPA DIBERI KONTRAK BEKAL HELIKOPTER?




Berikutan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyatakan kementeriannya sedang menimbang untuk membawa ke mahkamah berhubung pembelian enam helikopter bernilai lebih RM300 juta oleh pentadbiran terdahulu, namun masih belum diterima, perkara itu segera mengundang respon pantas daripada bekas Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein.

Beliau mempertikaikan kenyataan Mohamad Sabu itu dengan mendakwa ia sengaja dijadikan polemik serta isu.

“Sebenarnya tidak sampai atau tidak mahu terima? Kalau betul telah 98 peratus siap dan sudah dibayar, terima sahajalah helikopter tu.

“Apa masalahnya lagi sampai perlu tangguh, kemudian reka pelbagai isu dan polemik?

“Ini yang saya sering sebut sebelum ini, jangan disebabkan hendak bermain politik, keselamatan rakyat Sabah diperjudikan,” katanya katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Bagaimanapun, dalam jawapan balas kepada Hishammuddin oleh Kementerian Pertahanan semalam, isu itu nampaknya lebih daripada yang kita jangkakan.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, kelewatan penerimaan helikopter tempur ringan MD530G kerana ia mengalami pelbagai masalah teknikal dengan syarikat pembuat asal (OEM).

“Semasa pembinaan helikopter tersebut, kerajaan telah mengkaji semula kesesuaian alatan serta spesifikasi dan mendapati pindaan dan perubahan perlu dibuat agar helikopter yang diterima memenuhi keperluan agensi.

“Berdasarkan kepada kontrak asal, syarikat telah gagal mematuhi obligasi utamanya iaitu menghantar enam buah helikopter.

“Tarikh penghantaran bagi helikopter tersebut juga telah dipinda sebanyak tiga kali, namun tiada sebuah helikopter pun yang telah diserahkan kepada kerajaan sehingga hari ini,” kata kenyataan itu lagi.

Menurut Kementerian Pertahanan juga, kerajaan telah membuat pembayaran kepada syarikat itu sebanyak RM112.6 juta yang bersamaan dengan 35 peratus daripada RM321.9 juta nilai keseluruhan kontrak.

Berdasarkan jawapan Kementerian Pertahanan itu, jelas ternampak ada sesuatu yang tidak kena dalam kontrak membekalkan helikopter tempur yang dibuat semasa Hishammuddin menjadi Menteri Pertahanan.

Sumber-sumber yang biasa dengan Kementerian Pertahanan menyebut, masalah utama kelewatan adalah kerana speaifikasi helikopter yang dihantar berbeza dengan yang ditempah dan ia menjadi sebab utama mengapa kerajaan enggan menerimanya.

Itulah juga yang dikatakan menjadi punca mengapa tarikh penghantaran telah dipinda sebanyak tiga kali, tetapi gagal diserahkan sehingga sekarang.

Kerajaan diberitakan berminat membeli helikopter tempur itu sewaru menyaksikan demonstrasinya ketika Pameran LIMA di Langkawi.

Walaubagaimanapun, helikopter yang dihantar kepada kerajaan dikatakan bukanlah helikopter yang melakukan demonstrasi tersebut.

Dalam bahasa yang mudah, sumber itu memberitahu, perumpaannya ibarat yang ditempah adalah helikopter tempur, namun yang dihantar tidak lebih seperti helikopter peninjau sahaja.

Di sebalik ura-ura Mohamad Sabu mahu mengambil tindakan undang-undang kepada syarikat penbekal dan ia kemudian mendapat reaksi pantas daripada Hishammuddin, seolah-olah ada yang sesuatu yang menarik mengenai kontrak itu.

Kenapa Hishammuddin tampak beria-ia mempertahankan helikopter itu sudah pun disiapkan dan sepatutnya diterima saja oleh kerajaan?

Kepada Ahli Parlimen Sembrong itu, ingin ditanyakan, bagaimana kerajaan mahu menerima helikopter tersebut jika spesifikasinya tidak sama dengan yang ditempah?

Selain itu, oleh kerana kontrak lumayan itu ditandatangani sewaktu beliau menjadi Menteri Pertahanan, bolehkah Hishammuddin menjelaskan siapakah pemilik syarikat yang dianugerahkan membekal helikopter tersebut?

Benarkah sepertimana perbualan umum di merata tempat – dari kedai kopi hingga ke lounge Parlimen – yang mengatakan kontrak itu dianugerahkan kepada salah seorang kroninya yang difahamkan dalam waktu yang sama adalah juga merupakan pegawainya?

Benarkah juga dikatakan, ketika kemelut penghantaran berlaku dengan kerajaan, syarikat itu telah pun dijual kepada pihak lain – tentunya dengan tujuan untuk mengambil untung secara mudah dan atas angin – dan ia dikatakan menjadi faktor penghantaran helikopter terus tersangkut sehingga sekarang? (ShahbudinHusin 02/11/2019)