APA SUDAH JADI



Persoalann yangg masihh belumm dijawab berhubungg isu video seks Haziq & individuu miripp Azmin Ali:

1) Bagaimanaa rakamann CCTV bolehh hilangg/musnahh sepertii dakwaann Farhashh???

2) Kepadaa siapakahh pihakk hotell memberikann rakamann CCTV???

3) Adakahh pihakk hotell masihh lagii menyimpann salinan rakamann CCTV???

4) Mengapakahh sehingga harii inii tiadaa pendakwaan kepadaa kononnyaa "dalangg penyebarann videoo"???

5) Apakahh statuss kertass siasatann poliss berhubungg kess videoo semburitt???

6) Mengapaa Jeminn masihh tidakk saman Haziqq jikaa benarr beliauu dakwaa difitnahh???

7) Siapakahh sebenarnyaa individuu yangg menyerupaii Jeminn dalamm video tulenn semburitt ituu dann apakahh poliss mencarii individuu inii???

8) Siapakahh orangg pertamaa mempunyaii aksess kadd bilikk Jeminn di Fourpoint Sandakann???

9) Bagaimanakahh kameraa dalamm bilikk Jeminn dipasangg jikaa dakwaan Haziqq ituu benarr???

10) Bilikk no berapakahh Haziqq dann Hellmann dudukk di Fourpoint Sandakann???

Apaa yangg sudahh berlakuu dengann kess inii??? Kenapaa tiadaa updatee terbaruu darii mana2 pihakk???

#2BulanVideoSemburit

APA ANWAR KATA.


“Fokus kita kini tidak harus berganjak dari matlamat asal untuk membawa perubahan yang menyeluruh. 

“Kesilapan dan kecurangan lalu tidak harus diulangi dalam bentuk baru, malah harus dikikis sebaiknya dengan dasar dan komitmen yang jelas.”

ANWAR IBRAHIM
12 Ogos 2019.

ANCAMAN DEEP STATE BAHAYAKAN PH.




Sejak kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) meratifikasi konvensyen antarabangsa Statut Rom pada April lalu pelbagai teori berhubung ‘deep state’ (daulah terpendam) yang mahu mengkucar-kacirkan pentadbiran timbul.
Terbaharu, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah mengulangi ancaman daulah terpendam yang mampu mengulingkan kerajaan PH sekiranya tersalah langkah.
Malah para penganut teori konspirasi menganggap isu pengajaran khat jawi di sekolah vernakular dan pindaan enakmen agama Islam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor juga merupakan percaturan daulah berkenaan.
Bagaimanapun, penganalisis ekonomi Jameson Tan berpendapat daulah terpendam tidak begitu mudah untuk menukar kerajaan kecuali dengan penglibatan kuasa-kuasa besar. Dalam konteks Malaysia pemimpin yang memerintah seperti Tun Mahathir dan bakal pengganti Anwar Ibrahim amat dikagumi oleh dunia yang menyukarkan mana-mana kuasa besar menyokong penggulingan pemerintah yang sah.
Namun, baginya daulah terpendam masih boleh mengurangkan keberkesanan pentadbiran PH untuk seterusnya ditolak rakyat pada pilihan raya umum ke 15.
“Isu-isu khat dan agama baru-baru ini adalah isu sensitif dan mampu memecah-belahkan rakyat pelbagai kaum. Bagi saya, semua pihak yang terlibat amat wajar duduk berunding dan tidak mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati mana-mana kaum.
“Saya berpendapat mungkin ada peranan deep state dalam isu-isu ini untuk ‘menganggu’ pentadbiran Kerajaan PH, cuma sejauh mana peranan mereka kita tidak pasti,” katanya.
Jameson menambah, usaha mengurangkan kestabilan kerajaan PH akan memberi impak kepada kemasukan pelaburan asing. Sekiranya pelabur kurang yakin menanam modal maka usaha kerajaan menambah peluang pekerjaan tidak akan berjaya, hal itu katanya akan menaikkan kritikan rakyat.
Menurut Jameson, antara cara mudah mengurangkan kestabilan kerajaan ialah dengan memainkan isu peralihan jawatan perdana menteri setiap minggu sehingga mewujudkan kecurigaan melampau.
“Dalam hal ini (peralihan kuasa) semua pelabur asing inginkan satu proses yang sempurna dan harus diadakan pada Mei 2020. Ini akan melicinkan proses perancangan dan pentadbiran bagi semua pihak, sama ada kerajaan mahu pun golongan usahawan.
“Oleh kerana isu peralihan kuasa ini belum diselesaikan dengan penetapan tarikh hingga hari ini, maka akan wujudlah usaha deep state untuk mengeruhkan keadaan.
“Semua pihak menjangka bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri pada bulan Mei 2020. Golongan usahawan sedang membuat perancangan berdasarkan ramalan itu.
“Tetapi kalau ada apa-apa masalah yang timbul sebelum tarikh itu, maka ekonomi akan mengalami satu kejutan dan ini bukanlah satu perkara yang baik kerana ia boleh membahayakan ekonomi Malaysia. Saya harap semua perkara akan berjalan dengan sempurna dalam proses peralihan kuasa ini,” kata Jameson lagi. – RF8 Media

BENARKAH NAJIB JADI SASARAN SNIPER



Najib Razak hari ini tampil memberikan bukti-bukti berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa pejabatnya di Pekan pernah menjadi sasaran penembak tepat atau sniper.

Gambar kesan tembakan dan salinan laporan polis berhubung kejadian itu juga turut disertakan.

Kata Najib sebelum ini, ketika kejadian tembakan yang mengenai tepi kaca bilik pejabatnya di Pejabat UMNO Pekan,  beliau tiada di pejabat dan tembakan tersebut seolah-olah berupa amaran kepadanya.

Katanya lagi, sejak itu juga, atas nasihat polis, kawalan keselamatan keatasnya telah diperketatkan lagi.

Begitu pun, tambah bekas Perdana Menteri itu, kejadian yang berlaku pada 2017 tersebut gagal dikesan oleh pihak polis siapa yang bertanggungjawab melakukannya.

Di sebalik ada laporan polis dibuat, persoalan ramai ialah kenapa baru sekarang perkara ini didedahkan?

Betulkan kejadian itu dilakukan oleh penembak tepat atau sniper?

Bagaimanapun, jika benar seperti dakwaan awal Najib bahawa tembakan itu dilakukan oleh penembak tepat atau sniper, beberapa kemusykilan timbul di sini.

Pertama, penembak tepat jarang tersasar daripada target yang mereka disasarkan. Selalunya tembakan mereka adalah tepat.

Kemungkinan mangsa tersasar daripada tembakan dan terlepas barangkali hanya 0.1 peratus saja.

Kedua, penembak tepat tidak melepaskan tembakan ketika diketahui sasaran tidak berada di tempat yang disasarkan.

Sniper tidak suka membuang peluru, membuang peluru adalah penembak amatur.

Ketiga, penembak tepat tidak akan sesekali melepaskan tembakan amaran. Memberi amaran bukan mainan mereka. Matlamat mereka ialah mati dirobek peluru.

Tetapi, ketiga-tiga perkara di atas ada dalam kes yang melibatkan Najib - tembakan tidak mengenai sasaran, tembakan dilepaskan ketika Najib tiada di tempat tersebut dan ia disebut seolah-olah sebagai amaran.

Oleh itu, benarkah ia tembakan yang dilakukan oleh penembak tepat?

Atau barangkali semua ini hanya kelakuan oleh mereka yang baru belajar menembak, atau pun hanya peluru sesat yang kebetulan terkena Pejabat UMNO Pekan?

ADA AHLI PAS MEMBUROKKAN NAMA PARTI SENDIRI

Pandangan politik itu adalah hak masing-masing.

Ada segelintir orang Islam di negara ini terbawa-bawa dengan budaya menghukum seseorang yang tidak disukai: mudah memanggil orang lain kafir, khadam kepada kafir, munafiq dan lain-lain.

Semua tindakan itu adalah soal hukum dan ada dosa pahalanya.

Saya berlapang dada apabila ada watak-watak seperti seorang yang bernama Amir Muhsinx ini yang menjatuhkan saya hukum saya seorang ahli neraka.

Saya telah melalui liku-liku dari kerjaya yang panjang di dalam dan luar politik. Makian begini tidak ada kesan kepada saya, malah saya anggapnya sebagai peluang mendapat pahala jika saya beristighfar dan memaafkan mereka yang berkelakuan begini.

Yang terkesan tanpa mereka sedari adalah pelaku yang tidak berhati-hati soal garis hukum dan dosa pahala.

Dan watak seperti Amir Muhsinx ini ada anak, ada isteri, ada keluarga. Dia akan menjadi contoh yang tidak baik untuk anak dan isteri.

Begitu juga bila budaya menggunakan agama untuk berdepan lawan politik ini menjadi senjata politik mereka. Ia menggalakkan sebuah masyarakat yang dengan mudah kafir mengkafir, hukum menghukum dan menggalakkan api kemarahan bersandarkan salah faham agama dalam masyarakat.

Penyokong PAS dan UMNO yakin mereka kalah kerana kononnya rakyat ditipu oleh PH, sehingga mereka sanggup bersumpah seranah menjatuhkan hukum seseorang itu ahli neraka.

Kemenangan PH bukanlah kerana rakyat ditipu. Sebabnya ialah pengundi atas pagar dapat menilai sendiri kerosakan yang dibawa oleh Najib Razak

Pengundi atas pagar bukanlah bodoh sehingga senang ditipu oleh mana-mana parti politik. Sebab itu juga jika PH gagal melaksanakan gagasan untuk membawa kehidupan yang lebih baik kepada rakyat, maka rakyat juga kelak akan menghukum PH.

Itu adat resam politik.

Sebab itu pimpinan politik di atas ini berkawan dalam bermusuh. Di depan mereka menuduh yang bermacam-macam, di belakang mereka merancang untuk berkongsi kuasa.

Akhirnya pimpinan politik terus hidup senang. Mereka ada jawatan yang berpuluh ribu sebulan. Jadi berbaloi untuk mereka bermain politik sepanjang masa kerana habuannya besar dan berbaloi dengan risiko (juga risiko dosa!).

Sebaliknya watak-watak di bawah ini yang taksub membabi buta sehingga mengundang dosa dengan menjatuhkan hukum neraka kepada tokoh politik lawan yang mereka tidak suka - alangkah malangnya, kerana anda tidak mendapat apa-apa kecuali dosa.

Bermuhasabahlah dalam mengambil pendirian politik.

Jangan sampai mendatangkan dosa tanpa kita sedari.

LIHAT OTAK PIMPINAN PAS MEMBERI KOMEN..ANDA NILAIKAN SENDIRI




ADUN BESERAH KATA DIA JAHIL MENENTANG LYNAS



Adun Beserah dari Pas berkata, beliau adalah di antara yg kuat menentang Lynas dulu, tapi skrg dah sedar Lynas tu baik.  Itu pengakuan Adun Beserah.  Itu hak dia, aku tak.pelik.  Kalau prinsip parti yg lebih syarie pun parti Pas boleh pinda, setakat kilang Lynas ni benda kecik je.

Dulu Pas pegang prinsip lawan Umno itu jihad dan boleh mati syahid atas alasan Umno kekalkan peraturan Jahiliyyah.  Umno.parti zalim, dan Islam melarang cenderung kpd kezaliman, kata lebai.  Pas pun pernah kata, lebih baik bubar Pas daripada bersama Umno.  Pas juga pernah berkata, pas kuat bersendirian kerana Allah ada boleh bantu Pas

Itu di antara prinsip2 syarie Pas dulu.  Kalau itu pun Pas boleh langgar dan perbodohkan walaun2 dia, apa peliknya kalau Adun Beserah selamba saja mengaku dulu dia jahil isu Lynas?   Tapi selepas berpeluk dengan Umno baru sedar Lynas itu suci lagi menyucikan?  Aku cuma simpati saja dengan budak2 dia dulu yg bersungguh2 bersamanya melawan Lynas san bukan sedikit tenaga dan wang ringgit habis waktu itu.  Malangnya, demi nak.peluk Umno, sanggup mereka dipermainkan.

WFAUZDIN NS

Sistem tender terbuka kerajaan PH lebih baik, kata persatuan kontraktor Bumiputera



Sistem tender terbuka yang diamalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) jauh lebih baik daripada kerajaan terdahulu, kata Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff seperti dipetik Sinar Harian, semalam.

Beliau menyifatkan pengagihan kontrak secara terbuka dan saringan lebih telus kerajaan PH memberi peluang yang adil kepada kontraktor di negara ini, sehinggakan tidak timbul isu kontraktor Bumiputera terpaksa gulung tikar. 

“Sekarang kontraktor hanya perlu masuk tender dan sekiranya memenuhi spesifikasi yang betul, peluang mereka untuk dapatkan projek pasti cerah.

“Saya rasa mereka (kontraktor) lebih selesa dengan dasar baharu kerajaan sekarang yang mengamalkan konsep terbuka.

”Banyak peluang dan projek diberikan kepada kontraktor kecil khususnya kelas G1 dan G2 di semua negeri dan daerah termasuk kawasan pedalaman,” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa lebih banyak tender akan dibuka untuk dimanfaatkan semua kelas kontraktor. 

“Penambahbaikan yang dibuat kerajaan kini dapat memberi manfaat kepada semua kelas kontraktor apabila projek besar dipecah-pecahkan kepada kecil.

“Jadi, semua kelas kontraktor dapat bahagian masing-masing mengikut kepakaran dan kemahiran yang mereka miliki,” katanya sambil menambah sistem tender terbuka juga berjaya mengekang sikap tamak sesetengah kontraktor yang mahu membolot semua projek.


WAN JI MANGSA SABOTAJ BERTERUSAN PEGAWAI KERAJAAN?

HERO MALAYA FITNAH , NAJIB BILA PULA ?


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum


OLEH :IBRAHIM MAT  ISA




NAH! Jangan suka percaya cakap walaun. Biar reti sikit..
Tangkapan Kes Khianat Awam Dengan Menular Di Media Sosial Oleh JSJ Daerah Barat Daya Pulau Pinang
▪ Pegawai Serbuan
Insp G/23882 Mustafa dan sepasukan anggota BSJ IPD Barat Daya, Pulau Pinang.

1). Bayan Baru Rpt: 5150/19
1.1) Tarikh: 07/08/19 @ 1535hrs
1.2) Sek: 505(c) KK/233 AKMM
1.3) Tempat Kejadian: Hadapan Surau, Bandar Bayan Baru
1.4) IO: Asp G/13743 Chan Yew Hiok

2.0). Fakta Kes
Pada 06/08/19 semasa pengadu berada di hadapan Surau Bandar Bayan Baru, telah terima satu screenshot. Screenshot tersebut memaparkan satu Group Whatsapp (Surau Hijau Sg Batu) membincangkan hal berikut:
a. Kerajaan DAP mengarahkan kutipan 10% diambil dari Tabung Masjid untuk kegunaan Kerajaan DAP;
b. Memfitnah Datuk Haji Abdul Malik Kassim sebagai Exco Agama sedangkan Exco Agama Negeri Pulau Pinang adalah YB Datuk Ir Zakiyudin; dan
c. Di bahagian bawah sekali, terdapat satu ayat berbentuk ancaman dari pemilik nombor telefon: 011-51291559 menyatakan, ‘Aku rasa elok sangat kita asah parang yang dok ada’.
3.0) . Repot Tangkapan:
3.1). Teluk Kumbar Rpt: 2018/19. @ 1245hrs
(Lokasi: Hadapan Kedai Makan Nasi Talam, Teluk Kumbar, Pulau Pinang)
3.1.1) Butir-butir tangkapan:
B1) Nama: Asrul Helmey Bin Bakri
No KP: 850423085925
Alt: 601 Mk Pulau Pinang,
Sungai Batu, Teluk Kumbar,
11920 Bayan Lepas,
Pulau Pinang
Kerja: Berniaga Kedai Makan
Status: Bujang
RJ: 0
3.1.2) Rampasan: Sebuah telefon bimbit Jenis Iphone Warna Gold berserta Simkad Digi No 01151291559
4.0) Hasil Soal Siasat Awal:
- B1 mengaku terlibat dengan kes ini seperti mana laporan yang dibuat pengadu sendiri iaitu Teluk Kumbar Rpt: 2002/19.
- B1 juga mengaku telah memadam Group WhatsApp berkenaan.

Tiada penerangan foto disediakan.






SITUASI TERBURUK EKONOMI TELAH BERLALU – TINJAUAN

Sumber dakwa Adun Ijok dapat sokongan majoriti ganti Amirudin jadi MB Selangor





Sumber mendakwa majoriti Adun Selangor menyokong Idris Ahmad (kiri) menjadi pengganti Amirudin Shari.
PETALING JAYA: Sumber yang dekat dengan PKR berkata, pihak yang merancang menggulingkan Amirudin Shari mendakwa mempunyai majoriti mencukupi untuk mengangkat Adun Ijok, Idris Ahmad sebagai menteri besar Selangor.
“Setakat ini, Idris cukup sokongan untuk diangkat sebagai menteri besar, Adun PKR yang pro-Mohamed Azmin Ali memang tidak sokong Idris dan menyokong Amirudin.
“Adun DAP boleh dikatakan secara keseluruhan sokong Idris, 4 Adun PPBM masih berbelah bahagi dan pihak Amanah pula setakat ini ramai bersetuju dengan Idris,” katanya kepada FMT hari ini.
PKR mempunyai 28 kerusi, DAP (13), Amanah (5), PPBM (4), Barisan Nasional (5) dan PAS (1) daripada keseluruhan 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Pergolakan politik di Selangor bermula apabila Amirudin cuba meminda enakmen negeri yang mewajibkan remaja 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran “ibu dan bapa” sebelum memeluk Islam, kepada “ibu atau bapa”.
Ia disusuli usaha menggulingkan Amirudin atas dakwaan Adun Sungai Tua itu tidak mampu memimpin Selangor dan beliau cuba menyingkirkan Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim yang menangguhkan sidang DUN sebelum rang undang-undang penukaran agama kepada Islam sebelah pihak dibentangkan.
RUU itu dikatakan mendapat sokongan istana atas saranan Majlis Agama Islam Selangor.
Idris dikatakan Adun paling berpengalaman dan sesuai menjadi menteri besar, serta didakwa mendapat restu Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Amirudin pula dikatakan hanya mempunyai sokongan 13 Adun PKR, manakala wakil rakyat Amanah dan PPBM masih berbelah bagi.
Jun tahun lalu, Idris antara Adun Selangor yang disebut-sebut akan menggantikan Azmin selepas beliau menerima pelantikan sebagai menteri hal ehwal ekonomi.
Hari ini, sumber yang dekat dengan PKR mendakwa setakat ini, majoriti Adun Selangor sepakat memilih Idris dan nama lain akan dipertimbangkan sebagai alternatif, jika pihak istana menolak Idris.
“Setakat ini, kita hanya tetapkan satu nama, iaitu Idris untuk diangkat kepada Tuanku, tidak ada nama lain. Kecuali apabila pihak Istana tidak bersetuju, baru kita cadang nama lain, tapi majoriti sepakat memang hanya satu nama setakat ini.”
Sementara itu, seorang exco kanan, Haniza Talha ketika dihubungi FMT menyifatkan cubaan menggulingkan Amirudin sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Katanya, isu peralihan kuasa menteri besar tidak dibincangkan Adun dan exco Selangor kerana hubungan mereka kini dalam keadaan baik.
“Saya rasa ini cubaan pihak yang tidak bertanggungjawab mahu ambil kesempatan. Kita sekarang sibuk memberi fokus untuk pembangunan negeri.
“Dalam kalangan Adun PH dan exco sendiri, tiada apa-apa isu. Kami sekarang sedang fokus untuk Belanjawan negeri. Saya harap pihak yang cuba memainkan isu ini berhenti dan fokus kepada pembangunan kawasan masing-masing yang telah diamanahkan.”

PERLEMBAGAAN DAN UNDANG UNDANG






C&P dari whatsApp PH Kapar

Perlembagaan dan Undang-Undang.

1. Mahathir dan kumpulannya yang mahu menghalang Anwar jadi PM8 mungkin lupa dari segi Undang-Undang yang menang PRU 14 dulu BUKAN PH TETAPI PKR.

2. Kerusi Parlimen Langkawi yang Mahathir menang itu..adalah KERUSI PKR BUKAN KERUSI BERSATU.

3. Begitu juga kerusi-kerusi Amanah, DAP, Bersatu SEMUA MILIK PKR sebab semua bertanding dengan WATIKAH CALON daripada PKR yang di tandatangani oleh PRESIDEN PKR, WAN AZIZAH ketika itu sebelum diambil alih oleh ANWAR IBRAHIM.

Anwar Ibrahim sekarang adalah Presiden PKR.

Dari segi undang-undang PKR memiliki 116 Kerusi Parlimen selepas PRU 14 yang telah berjaya menumbangkan BN.

Kerajaan hari ini adalah kerajaan PKR bukan kerajaan PH.

INI LAH PERKARA YANG MEMIHAK DAN MENJADI KELEBIHAN KEPADA ANWAR IBRAHIM.

4. Anwar Ibrahim selaku PRESIDEN PKR boleh jumpa Yang DiPertuan Agong bila-bila masa ISTIHAR DIRI SEBAGAI PM8 kerana ditangan Anwar sekarang ada 116 kerusi Parlimen.Tetapi Anwar tetap mengotakan janji 2 tahun Tun sebagai PM SEMENTARA.

5. Dari segi undang-undang sebenarnya PKR yang menang PRU 14 yang mendapat 116 kerusi Parlimen dan Kerajaan hari ini adalah KERAJAAN PKR bukan PH.

6. Sebab itu Mahathir menghadapi masaalah mengangkat sumpah pada malam 10 Mei 2018 sebagai PM ke 7 kerana Mahathir BUKAN PRESIDEN PKR YG MENANG PRU 14 LEPAS...Ada halangan perundangan dan perlembagaan....

7. Mahathir dapat mengangkat sumpah kemudian setelah PRESIDEN PKR WAN AZIZAH menyelesaikan isu perundangan dan perlembagaan dengan ISTANA NEGARA DAN MENGESAHKAN BAHAWA PKR MENCALONKAN SECARA RASMI MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN.

Mahathir CALON RASMI PKR MENJADI PM KE 7... bukan calon dari BERSATU...setiap rakyat kena faham perkara ini...

8. Semua kerusi PARLIMEN sebanyak 116 dan DUN yg di pegang oleh parti-parti di dlm PH adalah MILIK PKR YANG SAH DI SISI UNDANG-UNDANG.....termasuk kerusi LANGKAWI Mahathir.

9. Kedudukan dan nasib Mahathir sebagai PM berada di tangan PRESIDEN PKR SEKARANG ia itu ANWAR IBRAHIM.

10. Anwar Ibrahim bila-bila masa boleh turunkan Mahathir dari jawatan PM7 yang SEMENTARA tetapi Anwar tetap berpegang pada janji selama 2 tahun.

11. Mahathir sendiri pernah bercakap hanya Anwar yang boleh menjadikan jawatannya lebih dari dua tahun.

12. Anwar berkata jawatan PM7 SEMENTARA selama dua tahun sahaja dan tidak boleh lebih walau pun satu hari.

Memperkasa Reformasi Memaknai Demokrasi.

#ANWARPM8

ADAKAH SEMUA PESERTA FELCRA MENDAPAT DUIT KEUNTUNGAN


OLEH '   ROSLI ISMAIL



Image result for felcra bayar bsh




Sekadar bertanya kerana peserta sedang KELIRU

Sape tulis 👇Ucapan yang dibacakan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada  pagi ini 08hb.08.2019 di Auditorium Wisma Felcra

....>>>>>
(Alhamdulillah, Felcra akan membuat pembayaran berjumlah hampir 28 juta Ringgit kepada 46,900 peserta. dan Jumlah ini diperolehi daripada keuntungan bersih ladang2 milik peserta yg diurus dan di majukan oleh felcra melibatkan 509 projek dgn keluasan 43, 644 hek.)<<<<<

Bukankah wang-wang tersebut telah diagihkan kepada peserta terlibat seawal pada :
31.05.2019       4.3 juta sebelum Hari Raya Aidil Fitri
31.07.2019     11.5 juta
06.08.2019       1.3 juta

+ campur

5 juta untung kasar bulanan 19 projek terlibat
5 juta duit tabung peserta /AJKKP / dividen @ peserta meninggal dunia

Mengapa nak bazir duit untuk ,
Penginapan dan tiket kapal terbang staf dan peserta
Elaun kehadiran , Elaun hilang punca pendapatan masa majlis
Duit minyak hilux staf dan bayaran tol
Belanja urusan majlis dan jamuan .

Sedangkan beratus juta hutang kpd kpr , anak syarikat , kontrektor , pembekal masih belum selesai berbayar

sedangkan pengagihan duit dah dibagi awal seawal sebelum hari raya aildil fitri dan selepas , atau memang ada duit yangnnak diagih untuk Aidil Adha 11.08.2019 ahad ini

Ada sesiapa yang boleh bagi pencerahan atau tolong jawab ?

BELUM BERCANTUM DAH NAK SOH BUBAR DAH...




AKHIRNYA ADUN BESERAH AKUI, DULU DIA TIDAK TAHU APA2 TENTANG LYNAS. DIA TAHU SELEPAS BERKAWAN DENGAN UMNO?


Adun Beserah pun akhirnya mengaku dulu dia tak tahu apa2 tentang Lynas dan dia pun ikut sama pengaruh budak2 dia melawan Lynas. Bukan sikit budak2 dia berkorban menentang Lynas dulu. Tapi kini, dia mengaku salah.

Bila dah bersama Umno, tak pelik kalau isu Lynas pun lebai jual, sdgkan ugama pun mereka jual. Syabas kpd para pejuang lynas, wlaupun kita dah jadi kerajaan, kita tak angguk semua yg kjaan buat dan kita tak jual prinsip seperti lebai. Kita kena byk bersabar menghadapi ujian selepas kemenangan ini.
Kita mahu lihat, berapa ramai menteri di dalam Kabinet nanti yang ada kekuatan dan kesedaran politik dan berani mempertahankan prinsip.

TOLAK LYNAS, PERTAHANKAN PRINSIP

WFAUZDIN NS

KALAU BUKAN NAJIB, KU LI ADALAH CALON PM GABUNGAN UMNO/PAS



Image result for KULI DAN NAJIB

Melihat kepada cara bagaimana Najib Razak ditonjol dan cuba dipulihkan imejnya sejak akhir-akhir ini, jelas beliau mahu dijadikan Perdana Menteri sekali lagi sekiranya gabungan BN dan Pas berjaya memenangi pilihanraya umum akan datang.

Lebih-lebih lagi Pas yang memang ada hubungan baik dengan Najib sejak dulu dilihat tiada halangan untuk menjadikan Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu kembali sebagai Perdana Menteri sekali lagi.

Sekiranya usaha itu berjaya, bermakna Najib akan mengatasi pencapaian Tun Mahathir Mohamad dengan berjaya kembali sebagai Perdana Menteri hanya selepas lima tahun dikalahkan pada PRU14 lalu.

Meskipun Tun Mahathir tidak dikalahkan, tetapi kembalinya beliau menjadi Perdana Menteri buat kali kedua ialah selepas 15 tahun melepaskan jawatan tersebut.

Setidak-tidaknya dengan berjaya mencapai kedudukan itu, Najib tentu saja akan merasakan dirinya lebih hebat berbanding Tun Mahathir.

Tetapi, Najib dalam waktu yang sama juga sedang berdepan dengan banyak pertuduhan di mahkamah yang memungkinkannya akan merengkok di penjara lebih dulu sebelum itu.

Ramai yang percaya, selepas tidak mendengar nasihatnya, kemudian menjatuhkannya, Tun Mahathir dikatakan pasti akan menyumbat Najib ke dalam penjara.

Lagi pun, berhubung skandal 1MDB, memang itulah janji Tun Mahathir kepada rakyat Malaysia sebelum PRU14 yang lalu.

Dengan demikian, meskipun gabungan UMNO dan Pas dilihat ada kemungkinan untuk menang PRU15 akan datang, khususnya jika Tun Mahathir memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, penjara adalah halangan yang tidak membolehkan Najib kembali sebagai Perdana Menteri.

Berbeza dengan Zahid Hamidi, walaupun kini merupakan Presiden UMNO, beliau dikatakan bukanlah merupakan calon Perdana Menteri pilihan.

Sebaliknya, jika gabungan UMNO dan Pas kembali menguasai kerajaan, Zahid Hamidi hanya akan kembali memegang jawatan lamanya iaitu Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, sama seperti Najib, halangan besar di depannya juga ialah penjara.
Malah dengan pertuduhan yang lebih banyak dihadapinya berbanding Najib, kemungkinan beliau lebih dulu atau lebih lama masuk penjara adalah paling mungkin sekali.

Jika keadaan itu berlaku, calon seterusnya untuk menjadi Perdana Menteri pilihan gabungan BN dan Pas ialah Tengku Razaleigh Hamzah yang kini memegang jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO.

Ku Li dikatakan bukan saja satu-satunya calon yang dianggap lebih layak selain Najib, malah juga satu-satunya yang tiada masalah untuk diterima oleh Pas.

Berbanding pemimpin UMNO yang lain yang turut berkeinginan untuk menjadi Perdana Menteri, masalah mereka ialah tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Pas yang kini dianggap komponen penting dalam kempen menyatupadukan ummah yang ditaja kedua-dua parti itu.

Tidak mustahil jika pemimpin lain yang ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri, hubungan UMNO dengan Pas tidak lagi sekukuh seperti sekarang.

Hanya Najib atau Ku Li sebagai bakal Perdana Menteri yang bukan saja dapat diterima baik oleh Pas, tetapi juga dirasakan lebih baik untuk “dijual” kepada pengundi.

Masalahnya, baik Najib atau Ku Li, kedua-duanya adalah pemimpin yang paling tidak dikehendaki oleh Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri.

Tetapi, dengan rating Tun Mahathir makin merosot di hati pengundi ketika ini, kekalnya beliau sehingga PRU15 juga akan memudahkan lagi kemenangan gabungan BN dan Pas untuk mengalahkan PH. (Shahbudindotcom 08/08/2019)



UMNO TAK TERIMA HUDUD LAMBATKAN TANDATANGAN PIAGAM?

PEGUAM KANAN BERUNDUR DARI BELA NAJIB?