AZMIN NAFI KENA BOOO TAPI LIHAT VIDEO INI

Azmin nafi



video ini  bagaimana pula



Mungkin kelambatan dalam memberi bantuan kepada warga felda menjadi faktor utama  kenapa beliau di boo dalam ucapan beliau. Jika tidak kerana teguran Anwar sebelum hari raya mengenai bantuan duit raya kepada peneroka , mungkin ianya tidak direalisasikan. Peneroka mungkin terasa dengan tindakan menteri ekonomi ini yang lambat bertindak. itu luahan seorang netizen bernama Mohd Fadzil kasnon kerana , peneroka memenag sukar hidup buat masa ini.


VIDEO PENEROKA KELUAR KETIKA TUN M BERUCAP. KERAGUAN MENGENAI WUJUD ESTET DAN DIURUS KRONI ?






KUALA LUMPUR – Peneroka Felda boikot Tun M?
Itu gambaran diberi beberapa pemimpin UMNO ekoran tular video sebahagian peneroka keluar beramai-ramai semasa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Insiden itu berlaku semasa Perdana Menteri berucap merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019 di Felda Selancar 3 di Rompin hari ini.
“Peneroka Felda Merana! Ini adalah reaksi mereka terhadap kerajaan PH yang terbukti Gagal menjaga kebajikan rakyat terutamanya golongan peneroka,” tulis Zahida.
Ada juga tular gambar beberapa pemimpin UMNO berdiri di luar khemah semasa perasmian dibuat seakan-akan protes namun ia tidak dapat disahihkan.
Namun menurut seorang netizen antara punca warga felda bertindak sedemikian adalah kerana Tun M mencadangkan agar menggabungkan tanah -tanah peneroka menjadi estet besar dan diuruskan oleh seorang profesional.
Alasan Mahathir ialah jumlah keuntungan adalah diagihkan mengikut keluasan tanah yang dijana dari kawasan tanaman itusebelum dibahagikan dengan bilangan peneroka.Selain itu Mahathir mencadangkan kepelbagaian tanaman dikawasan terbabit.
 mengurus projek penananman baru, ulas Mohd Fadzil lagi.
Peranan kerajaan sepatutnya meningkatkan pemasaran sawit dan getah bukan membuat projek baru tanam sayur, buloh dan sebagainya.Beliau turut menempelak Mahathir dan Azmin dan mengingatkan tidak semua warga felda tidak mampu menilai apa yang kerajaan sekarang sedang lakukan, kerana warga peneroka juga sedang mengikuti perkembangan ekonomi negara, juga bagaimana aset negara dijual dan sebagainya.
Selama ini pun, zaman BN, sebahagian warga felda mampu menguruskan ladang sawit dan getah dengan baik dan mampu menjana pendapatan lumayan. Namun bagi warga felda kawalan harga adalah bergantung kepada kebijaksanaan kerajaan menguruskannya.Jadi hakikatnyaialah bukan  kerana peneroka malas, tidak pandai mengurus atau saiz ladang yang keil tetapi pihak kerajaan sendiri yang memanipulasi keadaan untuk kepentingan politik dan kroni mereka.

BAIKKK PUNYA BODEK!! ADA APA-APA KE?


Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad hari ini berada di Felda Selancar 3, Rompin untuk merasmikan Sambutan Hari Peneroka Felda Kebangsaan 2019.
Turut hadir ialah Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang bertanggungjawab terhadap Felda serta beberapa kenamaan lain, termasuk Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.
Tetapi, yang paling menarik tentunya tentang bagaimana cara Azmin menyambut dan melayan kedatangan Tun Mahathir ke program tersebut.
Tidak saja cara tulisannya di laman Twitter yang dilihat begitu menonjol membodek Tun Mahathir, malah bellau juga dilihat sanggup menjadi “driver” kepada Perdana Menteri.
Pernahkah sebelum ini Azmin memberi layanan seistimewa begini kepada Tun Mahathir?
Ada apa-apa ke ni Min? (Shahbudindotcom 07/07/2019)

Banyak negara Arab amal isytihar harta, Haji Hadi tak perlu takut


Kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menunjukkan sama ada dia tidak jujur dan sengaja mengelirukan kem penyokong beliau, atau beliau memang kurang bijak, berfikiran sempit dan sangat terpesong. 

Dengan menggunakan penipuan untuk mencetuskan tanggapan negatif terhadap pengisytiharan harta, adakah beliau membuat pelbagai alasan untuk menghalalkan kedegilannya untuk mengisytiharkan aset beliau? Adakah beliau mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan, dan (jika ya) berapa banyak?

Ataupun, beliau hanyalah seekor katak di bawah tempurung, yakni beliau hanya semberono menerima nasihat mengarut para penasihatnya; mereka yang menyuap beliau bahan politik yang tidak masuk akal demi mengapi-apikan sentimen kebencian dan keresahan kaum-agama?

Mesir, Maghribi, Palestin, Yaman, Libya, dan Tunisia adalah negara Muslim yang besar di rantau Arab dan tidak mengamalkan sosialisme atau komunisme oleh kerajaan dan pemerintahan mereka secara keseluruhan. 

Negara-negara ini juga mempunyai beberapa persamaan lagi selain demografi keagamaan mereka. Kesemua tujuh negara ini mewajibkan setiap ahli parlimen dan pegawai tinggi mereka untuk mengisytiharkan deposit bank dan pemilikan hartanah ketika memegang amanah jawatan awam. Kesemua mereka, kecuali Libya, malah mensyaratkan mereka untuk mengisytiharkan semua harta alih dan sekuriti berharga mereka.

Apakah Hadi menganggap kerajaan dan rakyat Mesir, Maghribi, Palestin, Yaman, Libya dan Tunisia komunis dan sosialis?

Saya menolak sistem komunisme. Cuma saya ingin jelaskan kepada Hadi sedikit pembetulan demi kebaikan. Dalam negara komunis yang sebenar, tiada pemilikan aset peribadi langsung kerana segala alat pengeluaran dan aset adalah pemilikan bersama. Justeru, kenapa pula mereka ada keperluan untuk pengisytiharan pemilikan harta peribadi, memandangkan dalam komunisme semua pihak memiliki semuanya? Oleh itu, dakwaan Hadi yang pengisytiharan harta itu adalah konsep komunis adalah merapu dan tidak masuk akal.

Sebagai mantan presiden Kesatuan Sosialis Muda Sedunia (pertubuhan politik anak muda terbesar dunia) dan pemegang mandat Ketua Sayap Sosialis Muda DAP Kebangsaan — keduanya meletakkan perkataan Sosialis dengan bangganya — saya layak untuk bercakap sama ada pengisytiharan adalah ‘Sosialis’ atau tidak. 

Ya, memang selari dengan nilai sosialis kerana ia mempromosikan nilai pemerintahan dan kepimpinan yang bersih, amanah dan ketelusan, malah kami bangga dengannya. Cuma sayang Hadi nampaknya alergik terhadapnya.

*Howard Lee adalah Ketua Sosialis Muda DAP Kebangsaan

ADA PENEROKA KELUAR APABILA DIARAH OLEH SUARA MINTA KELUAR

OELH :  Mohammad Zaimi Saad


Ada disebarkan video peneroka Felda keluar dari dewan waktu Tun berucap. Jelas ada satu suara arah keluar! Keluar! dalam video.

Peneroka Felda ni baik kerajaan mana pun ditatang macam minyak yang penuh. Tanah diberi untuk teroka, itu ini diberi. Tak macam orang kampung kebanyakkan. Ada yang hidup menumpang tanah orang dan tanah kerajaan. Bantuan tak semewah peneroka Felda.

Kalau tak boleh nak hargai it’s ok harap Putrajaya boleh divert duit Felda untuk projek estate padi di Kedah dan Perlis. Petani di sini lebih perlukan bantuan kerajaan dari segi kewangan dan kepakaran. Dana boleh guna untuk R&D dan bantu pesawah/peserta estate padi untuk tingkat pengeluaran beras negara.


Sebahagian dana boleh hantar petani muda belajar cara tanaman padi yang lebih sistematik. Dalam masa beberapa musim insyaa Allah boleh nampak hasil.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks



PUTERI Umno DAPAT INTERN DI MOF.



OLEH: 
Eldima Rosli


SERONOK LAH PUTERI UMNO JADI INTERN MOF..SYED SADIQ PUN DIA MAKI MCM TU AJE ..TU SEKARANG DAH LOCK ACC....APA PUNYA MENTERI PH KUTIP UMNO ....SIMPAN MUSUH DALAM SELIMUT


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk dan teksImej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks


SURAT PROTES ORANG LAMA PKR BUAT NIK NAZMI RENUNGKAN.



Image result for nik nazmi






OLEH :   Hamsina Hamzah



Saya harus bercakap demi tempat dan taman atau padang sendiri,jika taman sendiri busuk berlendir apa yang nak saya banggakan saya telah berlawan dengan macai umpas Di peringkat national.

Sekian lama saya menetap ditanah yang penuh keberkatan ini p118 setiawangsa amnya Malaysia keseluruhanya,inilah kali pertama saya lihat fenomena terbodoh,terbangsat,terjijik dan termuntah hijau,mana tidaknya MPP lantikkan PKR@nik nazmi@haslina gigih memberi ruang yang uas terlopong sehingga kan mantan MP Setiawangsa dilihatkan seperti MP yangg berkuasa sekarang, sedangkan Nik Nazmi sebagai mp/kc Dan haslina sebagai tkc tiada didalam gambar malah saya difahamkan tidak hadir. Kegilaan apakah ini? nkc dan orang berjawatan (tapi bukan berjuang pun) gigih melayan mantan mp umno. Mana pergi mantan KC Pak berahim mantan TKC Pak mus dan orang lama pejuang reformasi setiawangsa? Mereka dah jadi arwah Ker? Yg paling aku tak boleh nak hadam,macai umno semarak yang cabut bendera,yang cuba nak PARANGKAN pejuang Pru 14 juga diraikan..... MPP setiawangsa 90% boleh dikatakan mereka-mereka ini dari Umno,bukan sahaja orang umno, tetapi mereka adalah penentang-penentang utama semasa kami melobi berkempen untuk PKR. Sekarang mereka dilayan seperti merekalah pejuang yang gigih untuk PKR.

Jika dahulu jangan cakap Majlis open house MPP ,kenduri orang-orang umno pemimpin-pemimpin pembangkang tidak nampak bayang termasuk apa-apa acara setempat, jangan bermimpi mereka dijemput. Bantuan Dari kerajaan disisihkan dari menerimanya. Apa lagi nak bergambar dengan ketua pembangkang,ianya umpama satu keajaiban jika ketua-ketua umno ingin bergambar dan sebarkan dengan bangga dikalangan mereka. Inilah kebodohan ysng nyata kerana mempunyai ketua buta Dan pekak.

Kita tidak juga harus menuding jari kepada BELUKANG UMNO didlm MPP, soalan nyer kenapa perkara ini berlaku? Siapa yg benarkan ianya terjadi,siapa yg memberi ruang dan peluang kepada BELUKANG UMNO ini memberi excess kepada mantan mp, orang-orang umno meyelinap masuk dengan package menarik iaitu dirai,dipromosikan secara luas.? Tidak lain tidak bukan ialah MP PKR sendiri iaitu Nik Nazmi,kenapa ini boleh terjadi dengan begitu bodoh dan hodoh? Kerana Nik Nazmi melepaskan semua tanggung jawab menjaga cabang kepada haslina yang dahulunya hanya seorang suri rumah,yang tidak pernah kenal masyarakat sekeliling.

Apabila kuasa diberikan kepada yang bukan Arif inilah yang berlaku,haslina meminta tunjuk ajar kepada MPP umno yang dahulunya pernah cuba meyerang YB Nurul ketika Pru 13 dengan menghantar samseng diketika itu,sekarang BELUKANG UMNO tersebut pengerusi sub zone apa sudah jadi?

 Nik Nazmi selaku ketua melepaskan tanggung jawab nyer tanpa alasan munasabah,penduduk tidak disantuni,ahli-ahli terbiar, pejuang-pejuang reformasi dianak tirikan tinggalah cabang yang Makin hancur parliament yang kucar kacir.

Nasihat orang yang lama berjuang didalam parti tidak diendahkan,yang tinggal di dalam PKR setiawangsa sekarang ini hanyalah penjilat-penjikat tegar Nik Nazmi yang mana tidak berani menegur hanya menjadi Pak turut dengan harapan dapat habuan, BELUKANG UMNO yang sentiasa cuba menangguk diair keruh dengan harapan dapat meneruskan legasi hidup mewah mereka mengunakan laba-laba serta hasil dari jawatan yang mereka pegang.

Jika ketua gagal memimpin,bila ketua yang dijulang oleh tangan-tangan Pejuang sudah lupa diri mabuk di dalam dunia glamour maka keseluruhan sistem akan pincang dan tunggang langgang. Sedangkan Nik Nazmi memiliki barisan Pejuang reformasi yang paling kuat dan gigih dibelakang nyer tetapi sayang ,  Nik buta dan pekak kedua derianya ini tersumbat kerana dikepalanya sekarang terkalung tiara yang berat dan besar bernama EGO. Ada permata Nik Nazmi yang buta dan pekak memilih kaca. Haslina berkuasa meraba raba bukan Salah dia asahaj walaupun dia juga meyarung tiara yang sama mcm boss dia tetapi Nama sahaja berbeza iaitu BODOH SOMBONG, tetapi perkara-perkara yang terjadi itu adalah hasil tangan dari ketua/pemimpin yang lupa diri.

Saya pejuang cabuk termasuk orang-orang saya ,menegaskan jika Nik Nazmi Masih calon pru yang akan datang maka Kami
akan mengundur diri. Tetapi atas semua kebusukkan yang terjadi Di p118 PKR dilihat akan tersungkur kalah mati Di Pru 15. Jika tiada tindakkan drastik dari pucuk pimpinan PKR seperti pembubaran mpp,memanggil MP yg mabuk glamour tersebut utk DINASIHATI. Letaklah mana-mana calon bijak pandai PKR bakal berkubur ditepi lombong. Kecuali calon yang diletakkan orang yang kenal dengan penduduk yang bertahun kenal ahli-ahli  masjid,yang beramah mesra dengan semua lapisan masyarakat insyaallah PKR mungkin boleh menang,itu pun jika acara bodoh memberi promosi percuma mantan mp dan pemimpin-pemimpin  umno dihentikan dgn serta merta.


Nukilan #pejuangcabuk


SHEIKH UMAR MELAYU PERTAMA KETUA PEMUDA DAP JOHOR

Umno KEMBALI BERGOLAK :KJ TAK SETUJU ZAHID KEMBALI TANPA DIBINCANGKAN

HENTI SPEKULASI ANWAR BAKAL PM

BERGAMBAR: ANWAR DI PELANCARAN PROGRAM KAMPUNGKU SIHAT DI PD

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, orang berdiri dan luaran
Imej mungkin mengandungi: 16 orang, orang senyum, orang berdiri, orang ramai dan luaran

Hadiri pelancaran program “Kampungku Sihat” peringkat Parlimen Port Dickson yang dirasmikan oleh Menteri 
Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Program ini bertujuan memupuk kesedaran bagi mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) ekoran kesedaran berhubung penyakit itu masih di tahap rendah dalam kalangan masyarakat.


UNTUK APA TUN MAHATHIR AJAK SEMUA PARTI MELAYU SERTAI BERSATU?


Secara tiba-tiba Tun Mahathir Mohamad hari ini mengajak semua parti Melayu, termasuk UMNO, agar menyertai Bersatu bagi memperkasa kuasa politik orang-orang Melayu.
Menurut beliau, kewujudan semakin banyak parti Melayu hanya akan menyebabkan potensi mereka untuk menang pilihanraya semakin tipis.
“Kalau dahulu, cuma ada satu sahaja parti yang mewakili orang Melayu iaitu UMNO, tetapi kerana tamak untuk mendapatkan tempat, maka hari ini orang Melayu berpecah kepada enam (parti).
“Enam, bukan lagi majoriti 60 peratus tetapi setiap parti 10 peratus sahaja,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Johor di Dewan Serbaguna Johor Jaya, di Johor Bahru petang tadi.
Kenapa tiba-tiba saja Tun Mahathir membuat kenyataan atau pelawaan seperti ini?
Walaupun Tun Mahathir menyebut atau mengajak semua parti Melayu agar menyertai Bersatu, tetapi sudah tentu sasaran sebenarnya ialah UMNO saja.
Untuk Pas misalnya, Tun Mahathir tentu sedar tidak mungkin mereka itu sedia untuk menyertai Bersatu.
Begitu juga dengan parti-parti Melayu kecil yang lain seperti Berjasa, Putra atau Ikatan misalnya, mereka juga bukanlah sasaran yang diidamkan Tun Mahathir.
Hanya UMNOlah sasaran Tun Mahathir dalam soal penggabungan ini, tambahan ini UMNO dan Bersatu adalah dua parti yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir sendiri.
Maka, sudah tentu beliau hanya mahu satu parti saja daripada kedua-duanya itu yang terus hidup dan bernyawa.
Apakah kenyataan ini bermakna penggabungan UMNO dan Bersatu semakin hampir menjadi kenyataan?
Bagaimana jika pelawaan ini ditolak oleh UMNO?
Apakah kemudian akan membawa UMNO bakal diharam atau dibubarkan dan dengan yang demikian bekas ahli-ahli UMNO akan dilorongkan untuk menyertai Bersatu?
Lebih pelik, bersama kenyataannya mengajak semua parti Melayu menyertai Bersatu itu, Tun Mahathir juga ternampak bersikap tidak peduli terhadap perasaan parti-parti komponen dalam PH.
Ketika ditanya jika pelawaannya itu mungkin mendapat tentangan daripada parti-parti komponen PH, beliau berkata, “itu masalah mereka, kita tiada kaitan dengan parti-parti lain”.
Amboi…lain macam bunyi nada kali ini?
Adakah jika penyatuan dengan UMNO itu menjadi kenyataan, Tun Mahathir akhirnya akan membawa Bersatu meninggalkan PH?
Kenapa?
Adakah Tun Mahathir tidak mahu lagi bersama dengan PKR dan DAP yang dalam PRU14 lalu sudah berjasa membantunya menjadi Perdana Menteri buat kali kedua?
Ataukah hanya dengan cara menggabungkan semua parti Melayu ini saja akan membolehkan Tun Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri dengan lebih lama dan tidak perlu lagi memenuhi janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim? (Shahbudindotcom 05/07/2019)

ISYTIHAR HARTA TIADA DALAM BUKU KOMUNIS – ANWAR

ANWAR USIK HADI

Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini mengusik rakan sejawatannya dari PAS, Abdul Hadi Awang apabila mendakwa pengisytiharan harta merupakan idea komunis dan sosialis.
"Pertama, dia kena bagitahu teori yang mana yang dalam (buku Karl Marx) Das Kapital yang menyebut ada asset declaration?
"Kalau isytihar harta itu bermaksud (dalam al-Quran) untuk bermewah, berbangga-bangga, tentulah ditolak," katanya ketika ditanya pemberita mengenai kenyataan Abdul Hadi.
Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam satu majlis anjuran PKR di Seremban.
Das Kapital merupakan buku yang dikarang oleh pengasas komunis, Karl Marx pada lewat abad ke-19 dan diterima sebagai asas dalam ideologi berkenaan.
Awal hari ini, Abdul Hadi mendakwa pengisytiharan harta bagi anggota parlimen merupakan sebahagian daripada teori komunis dan sosialis.
Anggota Parlimen Marang itu juga berkata cadangan untuk mengisytiharkan harta "dibayangi" oleh pengaruh DAP dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Sementara itu, Anwar berkata beliau mendapati adalah aneh apabila PAS enggan menyokong usaha kerajaan mewajibkan anggota parlimen mengisytiharkan harta.
"Di parlimen ia cakap pasal ketelusan, cakap pasal antirasuah. Tapi takut (isytihar harta). Dia beri alasan komunis. Saya pernah baca Das Kapital saya tidak dapat lihat ada (sebut tentang isytihar harta)," ujarnya.
Tambahnya, tujuan mewajibkan anggota parlimen mengisytiharkan harta adalah untuk memastikan kekayaan yang dikumpulkan mereka dilakukan secara sah.
Beliau berkata apabila Umar Abdul Aziz dilantik sebagai khalifah, perkara pertama dilakukan adalah merekodkan harta keseluruhan keluarganya untuk menunjukkan ketelusan.
"Isytihar harta ini untuk memastikan harta yang diperoleh itu adalah secara halal dan teratur. Dan tidak ambil tanah, balak, saham atau projek. Sama ada dia itu Umno, PKR, DAP atau PAS.
"Kalau kita enggan untuk isytihar, orang akan tanya kenapa ada beberapa pemimpin PAS bimbang kerana bila didedahkan kekayaan itu terlalu banyak.
"Ada tanah? balak? saham?" soalnya sambil menambah beliau menyokong usul pengisytiharan harta dibentangkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.