Mahathir reaffirms promise to hand over premiership to Anwar
image:
Malaysia's Prime Minister Mahathir Mohamad (right) sits next to Malaysia's reform icon Anwar Ibrahim during a rally in Port Dickson on Oct 8, 2018. (AP Photo/Vincent Thian)
Read more at https://www.channelnewsasia.com/news/asia/mahathir-reaffirms-promise-anwar-premiership-11581982
Untuk kesekian kalinya, rasanya sudah lebih 15 kali, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.
Bercakap di Tokyo sempena lawatan rasmi ke negara tersebut, Tun Mahathir berkata, beliau tetap akan mematuhi janji yang telah dipersetujui itu, walaupun tiada tempoh masa yang ditetapkan.
“Saya telah bersetuju yang Anwar akan mengambil alih dari saya dan saya akan mematuhi dengan perjanjian saya.
“Semasa pembentukan gabungan PH, adalah dipersetujui bahawa ia akan diketuai oleh saya sebagai pengerusi.
“Kami juga berjanji sekiranya saya menjadi Perdana Menteri, penggal saya akan dihadkan ke beberapa tempoh, tetapi masa sebenar tidak dinyatakan,” tambahnya.
Tegas Tun Mahathir lagi, mungkin ada bantahan terhadap peralihan kuasa itu, tetapi menambah bahawa ia “adalah masalah mereka, bukan masalah kepada dirinya.”
Sebagaimana yang disebut pada awal tadi, ini adalah penegasan yang sudah melebihi 15 kali dinyatakan oleh Tun Mahathir berhubung janji untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.
Tetapi, meskipun penegasan itu kelihatan semakin kukuh, masih ramai yang curiga dengannya.
Ia, sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini di mana umpamanya jika seorang lelaki telah berjanji untuk bertunang selama dua tahun dengan seorang gadis, apabila melebihi tempoh setahun pertunangan itu, sepatutnya telah ada tarikh untuk majlis persandingannya.
Setelah lebih setahun bertunang, tentulah agak ganjil apabila silelaki tak habis-habis mengulangi janji akan berkahwin, tetapi tidak pula menetapkan tarikh yang khusus untuk majlis kenduri dan bersanding.
Yang ditunggu dan mahu didengar selepas lebih setahun bertunang ialah bilakah tarikh untuk berkahwin dan bukannya ulangan kata-kata akan berkahwin, akan berkahwin dan akan berkahwin.
Begitu juga dalam kes peralihan kuasa kepada Anwar ini, rakyat tidak mahu lagi mendengar Tun Mahathir terus mengulang-ulang janji akan menyerahkan kuasanya kepada Anwar.
Perkara itu sudah terlalu kerap didengar oleh rakyat dan dinyatakannya sama ada di dalam negara mahu pun di luar negara. Pendek kata, seluruh dunia telah mendengarnya.
Rakyat kini hanya mahu tahu bilakah tarikh peralihan kuasa itu akan berlaku.
Saya pun sudah hampir letih menulis mengenainya. Dalam blog, melalui FB dan buku, sudah banyak kali saya menyentuh perlunya Tun Mahathir segera memilih tarikh yang sesuai untuk beliau berundur dan seterusnya Anwar mengambilalih teraju pentadbiran negara ini.
Harapnya selepas ini, minggu depan atau bulan depan, Tun Mahathir tidak lagi mengulang-ulang janji mahu menyerahkan jawatannya itu.
Sebaliknya, terus saja sebut satu tarikh untuk berlakunya peralihan jawatan itu.
Habis cerita, dengannya rakyat akan gembira, pembangkang ternganga dan PH boleh terus maju ke hadapan meneruskan agendanya. (Shahbudindotcom 31/05/2019)
Kerajaan Pakatan Harapan harus diberikan masa untuk mereformasikan pentadbiran negara selepas berjaya menumbangkan BN pada PRU14.
Exco Kerajaan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata, apa yang berlaku pada pilihan raya lalu adalah manifestasi kekecewaan rakyat kepada kemusnahan yang dilakukan oleh kerajaan dahulu.
“Jelas kemusnahan yang dilakukan tidak dapat dipulihkan sekelip mata dalam masa setahun ini.
“Kerajaan Pakatan Harapan perlukan masa untuk mereformasikan pentadbiran negara dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan sesuai dengan prinsip Pakatan Harapan yang mendaulatkan undang-undang,” katanya.
Bekas Timbalan Ketua AMK itu berkata, Kerajaan Pakatan Harapan perlu berusaha dengan lebih giat lagi dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat dengan kebijakan yang peduli rakyat.
“Setahun berlalu sudah pasti pelbagai pandangan dan pendapat dinyatakan baik bagi pihak rakyat ataupun pemimpin-pemimpin politik.
“Rakyat yang merupakan faktor terbesar tumbangnya BN sebagai parti pemerintah selama 60 tahun sudah tentu meletakkan harapan yang tinggi kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk membawa pembaharuan kepada negara,” katanya.
Walau pucuk pimpinan PAS dan Umno mendakwa kerjasama antara kedua-dua parti itu berjalan dengan baik, pemimpin akar umbi melihat perkara sebaliknya berlaku di Terengganu.
Pemimpin dan penyokong ini tidak dapat merasai kerjasama itu dan mengakui sukar untuk memulihkan hubungan antara kedua-dua pengikut parti Melayu itu.
Ibrahim Ahmad, seorang penyokong Umno yang tinggal di Kampung Mak Kemas, Bukit Payong berkata beliau malah melihat keadaan semakin tegang di antara penyokong kedua-dua parti.
“Mana ada hubungan baik? Pemimpin saja cakap macam itu tapi di sini sama saja. Sebelum dan selepas PRU14, kita tak rasa penyatuan ummah yang dicanangkan itu,” katanya.
Keadaan itu diperhatikannya berlaku di Kampung Mak Kemas apabila timbul dakwaan terdapat usaha memecat semua ahli jawatankuasa pengurusan masjid termasuk imam dan bilal.
Ibrahim, 65, mendakwa usaha itu dilakukan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang baharu dilantik selepas PAS menguasai kerajaan negeri.
Ibrahim yang ditemui The Malaysian Insight di kampung itu berkata usaha yang dijalankan pada Mac itu bagaimanapun dibantah oleh kira-kira 200 jemaah masjid tersebut.
Kampung Mak Kemas terkenal sebagai kubu kuat Umno di Terengganu, terletak dalam kawasan Parlimen Marang yang diwakili Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Kampung Mak Kemas terletak bersebelahan dengan Kampung Padang Pak Su Man, yang majoriti warganya terdiri daripada penyokong PAS.
Kawasan ini menyaksikan pergeseran serius antara kedua-dua kelompok penyokong parti apabila perseteruan PAS dengan Umno di Terengganu memuncak sekitar 80-an.
Ia antara lain membawa kepada insiden kafir-mengkafir, solat jemaah dua imam dan pemulauan aktiviti antara kelompok parti yang menjadi tajuk utama laporan berita pada tahun-tahun tersebut.
Usaha MPKK menukar jawatankuasa masjid itu pula mengingatkan orang Kampung Mak Kemas mengenai tindak-tanduk PAS selepas berjaya merampas Terengganu pada 1999.
Ibrahim berkata beliau masih ingat tindakan anggota pentadbiran PAS mengunci kelas tadika Kemas setelah berjaya mengambil alih kerajaan negeri, kata Ibrahim.
“Kejadian itu berlaku di sini. Tadika Kemas ditutup dan kanak-kanak terpaksa belajar di luar,” katanya yang menceritakan semula kejadian sewaktu Abdul Hadi Awang menjadi menteri besar.
Ibrahim juga tidak percaya perseteruan di antara dua penyokong parti itu berakhir kerana surau yang dikuasai penyokong PAS itu tidak menunjukkan kemesraan.
“Surau PAS” yang hanya kira-kira 100 meter daripada masjid Kampung Mak Kemas itu tidak menjemput mereka jika ada aktiviti kemasyarakatan dilakukan, katanya.
“Surau itu sudah dua kali buat majlis buka puasa tapi tak pernah jemput orang sebelah sini,” katanya yang merujuk surau di Kampung Padang Pak Su Man.
Mengulas kecurigaan itu, jemaah surau PAS di kampung Pak Su Man pula berkata mereka tidak menjemput kariah kampung Mak Kemas kerana ia hanyalah majlis kecil-kecilan.
“Bukan kita tak nak jemput tapi kita buat kecil-kecilan saja, takut makanan tak cukup,” kata seorang anggota kariah, Zukri Talib, 53.
Beliau juga menjelaskan, isu mengenai usaha mengganti AJK masjid Mak Kemas itu juga disebabkan jawatan berkenaan diisi oleh penyokong Umno.
Usaha itu tetap dibantah anggota kariah di masjid Kampung Mak Kemas, Abdul Ghani Awang yang berkata AJK baharu tidak pernah menjejakkan kaki di rumah ibadat itu.
“Sebelum ini mereka tidak pernah (ahli PAS) datang masjid ini untuk ambil tahu tapi kenapa bila menang tiba-tiba nak masuk sini?
“Jadi mana penyatuan ummah yang digembar-gemburkan itu?” soal Abdul Ghani, 72 yang menjelaskan, jawatankuasa asal masjid itu masih dikekalkan susulan bantahan.
Sementara itu, seorang penyokong PAS yang hanya mahu dikenali sebagai Ayub berkata bukan mudah untuk akar umbi memadamkan permusuhan dengan Umno.
Katanya, mereka akur dengan arahan pucuk pimpinan PAS untuk berbaik-baik dengan penyokong Umno tetapi melihat kemesraan itu masih “jauh panggang dari api”.
“Kita penyokong akan akur saja tapi itulah bak kata orang, situasi sebenarnya dekat Terengganu ini macam jauh panggang dari api.
“Mungkin sebab kita dah berpuluh tahun tak baik, tiba-tiba kena baik, kekok sikit dan sudah tentu perlu masa tapi hubungan itu tidaklah kritikal sebelum PRU14,” katanya.
Tambahnya, mereka lebih mudah menerima penyokong Amanah yang lebih diterima berbanding penkafiryokong Umno.
“Ahli Amanah kita boleh terima sebab mereka ini dulu rakan seperjuangan, adik beradik susah senang bersama cuma sekarang pendirian berbeza.
“Kalau bergaduh pun kejap saja berselisih sikit tapi kita tak buang ahli keluarga kita hanya kerana berbeza pendirian,” katanya.
Kalangan pemimpin Pakatan Harapan Terengganu, pula menjangka akan mendapat untung daripada usaha kerjasama Umno dan PAS di negeri itu.
Timbalan Pengerusi PH negeri Azan Ismail berkata kerjsama tersebut akan melemahkan kedua-dua parti PAS dan Umno kerana tidak akan dapat diterima oleh penyokong parti di negeri pantai timur.
“Ini kerana sebahagian besar ahli PAS selama berpuluh tahun mereka bina kepercayaan tidak boleh terima amalan Umno kerana sifat nepotisme dan tidak meletakkan agama sebagai keutamaan,” kata pengerusi PKR negeri itu.
Katanya bagi penyokong Umno juga tidak dapat menerima PAS kerana melihat amalan agama parti itu melampau, seperti Amanat Hadi yang membawa kepada pemusuhan pada tahun-tahun 1980-an.
“Sebab itu di Pantai Timur kita mungkin akan menang (PRU15) sebab kesan itu terbalik tidak sama seperti di pusat,” katanya.
Pada masa sama beliau berharap rakan politik dalam PH Amanah dan Bersatu untuk lebih memainkan peranan menarik ahli Umno dan PAS keluar daripada parti tersebut.
“Kita masih berharap peranan parti Amanah berjaya menarik ahli PAS kerana itu motif penubuhan agendanya. Sama seperti Bersatu, tarik ahli Umno,” katanya.
Jelasnya, PKR tiada masalah dengan usaha seperti itu kerana parti tersebut sememangnya terdiri daripada ahli berbilang kaum sejak dari awal penubuhannya
ULASAN: Istilah yang diguna ialah infaq wajib Ramadan.
Mengapa guna istilah itu? Kenapa tak guna istilah zakat fitrah?
Tentulah ada pihak yang bagi nasihat, jika istilah zakat fitrah diguna, itu salah dari sudut undang-undang.
Sebab, hanya pihak berkuasa agama negeri sahaja yang layak memungut zakat fitrah. Pihak lain semuanya tak boleh.
Oleh kerana mereka berpendapat kumpulan mereka layak kutip zakat fitrah, maka mereka berusaha untuk kutip zakat itu.
Jika mahu dikutip dengan nama zakat fitrah, salah dari sudut undang-undang, maka digunalah istilah infaq wajib Ramadan.
Istilah infaq wajib Ramadan diguna pada sepanduk, resit kutipan, penyata kewangan atau minit mesyuarat supaya tidak dianggap melanggar undang-undang.
Tapi dari sudut praktikal, sebenarnya adalah zakat fitrah kerana mereka memang berniat memungut zakat fitrah.
Pembayar juga berniat zakat fitrah, dan jika ada lafaz, memang disebut, “Ini zakat fitrah ana dan semua tanggungan yang wajib ke atas ana.”
Kenapa semasa berlafaz tak guna istilah infaq wajib Ramadan.
Pertama, mungkin bimbang tidak sah sebab istilah yang masyhur ialah zakat fitrah. Kedua, infaq wajib Ramadan dan zakat fitrah adalah perkara yang sama bagi mereka.
Begitulah cara tengkuk agama dipulas. Untuk mengelak daripada kena tindakan undang-undang, diguna nama yang berbeza. Untuk dapat duit pula, dianggap maksudnya adalah sama.
Nanti ada episod kedua untuk isu ini yang kalau saya rajin saya akan tulis.
Sesiapa suka duit percuma ni cume geng penyokong UMNO BN dan PAS, kemaruk bantuan ciput, tahu nak untung je, bab kerugian diorang tak peduli, memang setan betul, dah diajar sejak merdeka dengan babtuan dedak ciput.
Durian runtuh, durian kepala bapak nya, takda untung pun nak bagi bonus dan durian runtuh.
Ini lah sebab jadi pemalas penyokong UMNO terutama nye melayu yg tinggal di luar bandar, mengharapkan bantuan ciput.
Pemimpin nya dapat BRIM BROMMM RM 42 juta, 3 juta, 90 juta, 3.5 juta dll.
Siapa sebenarnya "Syaitan Bisu yang Pengecut"? Oleh Ahmad Sayuti Bashiron 1. Kelmarin Tok Guru Presiden Pas itu menulis lagi, berjela, mendesak siapa pun sahaja yg dah masuk party itu "wajiblah kekal selamanya" dalam party itu, wajib yakin, wajib walak/taat apa jua keputusan pimpinan party, jangan pertikai apa pun keputusan yg dibuat. 2. Pelbagai ayat, hadith dikumpul demi mengatakan haramnya keluar party itu, yg disebutnya sbg khianat, dan bakal menerima azab Allah. 3. Akhirnya sekali di hujung karangan itu, Tok Guru politik itu hukumkan siapa sahaja yg keluar party itu sebagai "syaitan bisu yg pengecut"...; "..mereka yang telah meninggalkan perjuangan Islam tanpa pedulikan wala’ dan taat kepada jemaah menjadi syaitan-syaitan bisu yang pengecut terhadap musuh dan berani terhadap Islam". Tok Guru & dendam kesumat politiknya https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10157111939769876 4. Hakikatnya walau dah masuk tahun ke-4 ramai pimpinan utama dan ahli party Tok Guru itu meninggalkan party lama itu, dan sebahagiannya menubuhkan Amanah sejak 2015, nampaknya Tok Guru politik itu masih kekal menyimpan dendam kesumat, ammarah membara dalam hati tanpa henti terhadap Amanah & Pakatan Harapan. 5. Semua masih ingat, di awal teguran pada kepimpinan party sejak pengkhianatan Tok Guru cuba-cuba bersama Umno dalam gelap digagalkan di awal 2008 hinggalah 2014, Tok Guru politik itu pernah berkata; (a) Party itu akan dibersihkan Tuhan bila mereka yg kotor itu telah lari keluar party. Katanya itu adalah process pembersihan yg Allah lakukan. Cabarnya silalah keluar tubuhkan party baru, dan janganjadi nyamuk yg buat bising (menegur dan mengkritik) Pas! (b) Tak lama selepas itu, tatkala ramai pula meninggalkan party itu dan tubuhkan Amanah, marahnya sudah dihala ke perkara lain pula, dan bertindak mengugut barang siapa yg sudah keluar Pas dan masuk Amanah itu WAJIB lah masuk semula ke Pas, atau mereka akan dihapuskan. 6. Sejak itulah Tok Guru itu tak henti-henti menggunakan pelbagai nama dan perumpaan binatang sebagai jolokan pada mereka yg tidak bersetuju dgn tindakan Tok Guru politik tersebut. Saya, rakyat tertanya... Apa yg Tok Guru mahukan sebenarnya? 7. Dalam Tok Guru mencemuh, maki, label dgn pelbagai nama binatang pada bekas kepimpinan & ahli yg Tok Guru anggap musuh Islam itu, tak pernah pun sekali Tok Guru ber-musahasabah pada diri sendiri dan pada setiap kata atau tindakan yg Tok Guru lakukan selama itu? 8. Lupakah Tok Guru bahawa pengkhianatan sebenar & paling besar dalam sejarah organisasi politik Tok Guru itu berlaku klimaknya pada 5 Jun 2015 apabila Tok Guru sendiri keluarkan arahan paling veto pada Muktamar party di Kuala selangor itu untuk paksa party itu wajib tinggalkan Pakatan Rakyat tanpa sedikit pun Tok Guru mahu akur atau mendengar pandangan majority Muktamar yg membantah veto Tok Guru pada hari itu. Apakah itu bukan pengkhianatan namanya Tok Guru? 9. Tak malukah Tok Guru, selama ini Tok Guru berkata tak pernah dalam sejarah mana-mana gerakan Islam dunia yg berlaku khianat pada perjanjian. Tapi akhirnya sejak 2015 itu Tok Guru sendirilah yg menunggang party itu untuk mulakan satu FITNAH terbesar apabila sanggup berbohong dan mungkiri pelbagai janji bertulis pada ahli dan penyokong party dan Pakatan Harapan yg sudah lama termetrai. 10. Dan sipa sangka rupanya Tok Guru ajak tinggalkan Pakatan Rakyat itu untuk Tok Guru bercumbuan bersama Umno atas perjuangan bangsa * agama yg mereka umpankan Tok Guru selama ini. 11. Walhal Tok Guru langsung sedikit pun tak berani (pengecut) untuk bentangkan apa jua hujjah atau fakta untuk menyokong tindakan khianat Tok Guru itu... 12. Tok Guru pasti ingat, Ramadhan 4 tahun sudah, dalam program terakhir party itu yg saya hadiri di Shah Alam, saya bangkit bertanya Tok Guru, "...apakah sebenarnya sebab yg Tok Guru sanggup putuskan secara veto hubungan dgn DAP / PRmasa itu tanpa mahu patuh langsung pada keputusan syura masa itu?" 13. Tok Guru menyepi. Dah 4 tahun masih tak berani melontarkan apa jua jawapan atau hujjah berfakta untuk soalan itu. Apa yg Tok Guru sebut hanyalah "putus sebab DAP anti Islam dan tolak hudud...". Maka ahli wajib walak & taat sahaja. Itukah saja hujjah seorang Tok Guru politik? Tok Guru tak berani untuk berhujjah balas, atau rasa kecut utk berhujjah? Tidakkah Tok Guru berasa atas segala cerca, makian dan hukuman zalim yg Tok Guru lontarkan selama ini, sebenarnya semua itu dah pulang kena pada batang tubuh Tok Guru sendiri KAFFARAHNYA...? w'alam. p/s - sebenarnya Ramadhan ini adalah bulan untuk melatih mengawal nafsu ammarah kita... Selamat beribadah malam 27..!
29/05/2019
KUANTAN – Isu sensitif berkaitan agama dan perkauman yang sering *dibawa Umno dan Pas* mungkin menjadi faktor hampir 60 peratus orang Melayu tidak mempercayai Kerajaan PH menerusi kajian dibuat agensi perundingan, Ilham Centre bersama Penang Institute.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, *Fuziah Salleh berkata ini merupakan fitnah yang diwujudkan oleh parti tersebut bagi mewujudkan perasaan fobia terhadap DAP kepada masyarakat.*
*Menurutnya, pihaknya melihat tindakan yang dilakukan oleh Umno dan Pas ini hanya bermatlamat untuk kepentingan politik dan bukan dilakukan demi mencapai keharmonian negara.*
“Ramai percaya PH itu adalah DAP, di Cameron Highlands Umno dan Pas memfitnah mengatakan DAP hendak menghapuskan Institusi Raja-Raja dan Islam sebagai agama Persekutuan.
*”Ia adalah fitnah kerana DAP adalah sebahagian PH yang menjunjung Institusi Raja-Raja dan tidak pernah berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.*
Beliau berkata demikian pada media ketika ditemui pada program serahan vaucer kepada golongan kurang berkemampuan di TMG Bandar Putra/Tanjung Lumpur di sini, hari ini.
*Fuziah berkata sepatutnya Pas lebih memikirkan isu rasuah dan hutang negara yang tinggi yang sebelum ini dilakukan oleh kerajaan Umno dan BN*
*Dalam pada itu, Fuziah turut menasihatkan supaya Umno dan Pas tidak memainkan isu tersebut kerana negara ini masyarakatnya berbilang bangsa dan taat kepada perlembagaan negara.*
*”Kita sepatutnya perlu berbangga kerana Malaysia merupakan rakyat yang berbilang bangsa dan agama namun mereka menjunjung dan mematuhi perlembagaan negara.*
*”Jangan rosakan reputasi ini supaya rakyat tidak salah faham..saya kira mereka tidak harus mempersoalkan kerana pemimpin dalam PH sentiasa mempertahankan Islam dan perlembagaan,” katanya.*
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi jaminan akan melepaskan kepimpinan kerajaan kepada Anwar Ibrahim seperti dijanjikan, tetapi berkata tidak ada tempoh masa yang ditetapkan bagi peralihan kuasa itu.
Beliau berkata, apabila Pakatan Harapan (PH) dibentuk, telah dipersetujui bahawa beliau akan memimpinnya.
“Tempoh jawatan saya, sekiranya menjadi perdana menteri, akan terhad kepada tempoh tertentu, tetapi masa sebenarnya tidak disebut,” katanya dalam satu temu bual di Tokyo.
Dr Mahathir kini dalam lawatan kerja 3 hari ke Jepun.
Bagaimanapun katanya, beliau bersetuju Anwar akan menggantikannya sebagai perdana menteri dan beliau akan “akur kepada perjanjian”.
Katanya mungkin ada bantahan terhadap peralihan kuasa itu, tetapi menambah bahawa ia “adalah masalah mereka”, bukan masalah beliau.
“Janjinya ialah saya akan berundur selepas beberapa waktu bagi memulihkan semula keadaan ekonomi,” kata beliau.
Dr Mahathir sebelum ini berkata, beliau memerlukan antara 2 1/2 ke 3 tahun untuk mengatasi masalah berkaitan kewangan negara yang diwarisi daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Menurut perjanjian yang dibuat dengan pemimpin PH, Anwar akan menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dalam tempoh 2 tahun.
Awal bulan ini, Dr Mahathir yang menggelar dirinya sebagai “perdana menteri sementara” berkata, beliau tidak bercita-cita untuk menyudahkan tempoh sepenggal sebagai perdana menteri.
Dalam pada itu, pada Februari, Anwar berkata, beliau menjangka akan menjadi perdana menteri dalam tempoh tidak lebih 2 tahun.
Bagaimanapun beliau juga berkata, Dr Mahathir perlu diberikan ruang secukupnya untuk mentadbir dengan berkesan pada “waktu yang sukar dan mencabar” kini.
Malaysia tidak akan meminggirkan Huawei, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Bercakap di persidangan Masa Depan Asia di Tokyo hari ini, Dr Mahathir berkata Malaysia akan menggunakan teknologi Huawei “sebanyak mungkin”.
Menurutnya lagi, beliau tidak bimbang dengan tuduhan risikan itu kerana Malaysia “tiada rahsia hendak disembunyikan”, menurut Nikkei Asian Review.
“Penyelidikan Huawei lebih besar berbanding keupayaan Malaysia. Kami akan gunakan teknologi mereka sebanyak mungkin,” katanya yang sedang dalam lawatan tiga hari ke Jepun, yang keempat sejak menjadi perdana menteri tahun lepas.
Pendirian itu dibuat walaupun Amerika Syarikat sudah menyenaraihitamkan gergasi telekomunikasi itu, malah beberapa negara lain pula sudah mula menjauhkan diri daripadanya kerana wujud dakwaan syarikat itu melakukan risikan bagi pihak China dan dianggap ancaman keselamatan negara.
Peralatan rangkaian Huawei juga diharamkan digunakan rangkaian komunikasi AS.
Baru-baru ini, Google juga menyekat Huawei daripada menggunakan aplikasi Android dalam telefon pintarnya.
Huawei, pengeluar telefon bimbit kedua terbesar dunia sudah menyaman kerajaan AS kerana sekatan produknya.
Pagi tadi, Dr Mahathir dalam ucapan dan sesi soal jawab juga menggesa hubungan perdagangan dengan China ditambah baik dan tidak bergaduh dengan negara itu sebagai cara dunia menangani pentadbiran autoritariannya.
Ini lah salah sebab kenapa Bil TNB kite naik...nahh admin dedahkan isu dalaman TNB. CELAKA TNB ..itu aje aku boleh nak cakap..!! Pada 15 hb May 2019, sistem bil TNB mengalami masalah pada database mereka. TNB cuba untuk restore tetapi gagal disebabkan database telah corrupted. Mereka cuba mengambil data yang lama untuk dimasukkan kembali ke dalam system bil dan ianya berjaya. Tetapi mereka ada satu masalah: TNB menggunakan sistem bil di mana lebih banyak kita menggunakan; lebih mahal bil akan dikenakan. Akibat kegagalan BCRM mereka; pembaca meter elektrik gagal membaca meter pada hari yang ditetapkan. Apabila sistem kembali pulih sedia kala, mereka datang mengambil bacaan tetapi tidak memberi bil kepada pengguna. Hasilnya; kiraan meter lebih daripada 30 hari dan pengguna terpaksa membayar lebih daripada sepatutnya mereka membayar... TNB sedar tapi mereka tidak dapat buat apa-apa kerana mereka telah gagal memastikan database mereka terlindung daripada sebarang kesilapan sistem. Hasilnya pembaca meter gagal.
Kami membantah cadangan untuk menambak 3 pulau di selatan Pulau Pinang seperti mana yang diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Chow Kon Yeow (The Star, 6 Mei 2019). Kurangnya rundingan awam dan maklumat lengkap mengenai projek ini amat mencemaskan, memandangkan skala besar cadangan penambakan itu yang melibatkan 4,500 ekar atau 7 batu persegi – sebesar Johor Forest City! Kami menggesa Tun selaku Pengerusi Majlis Perancangan Fizikal Negara untukmenolak Projek Mega ‘Tambak Selatan Pulau Pinang’ (Penang South Reclamation – PSR) atas sebab-sebab yang berikut:
Projek penambakan ini akan memusnahkan kawasan yang terkaya dengan sumber perikanan di Pulau Pinang. Memandangkan ikan yang semakin pupus di seluruh dunia, sumber perikanan pantai ini merupakan jaminan keselamatan makanan kita. Ia membekalkan keperluan tempatan serta industri makanan dan pelancongan Pulau Pinang. Sekali dimusnahkan, harga makanan laut akan melambung naik, melangkaui apa yang penduduk Pulau Pinang mampu.
Kehidupan 4,817 nelayan pantai dipertaruhkan. Nelayan-nelayan ini telah membantah berulang kali, bantahan yang terbesar diadakan oleh 1,500 nelayan mewakili 14 persatuan di Pantai Sungai Batu, Teluk Kumbar (Berita Harian, 13 Disember 2015), yang terkini pada awal 2019. Pengalaman nelayan dengan projek penambakan di pantai utara untuk projek STP2 menunjukkan mereka tidak dilindungi dengan baik oleh Kerajaan Pulau Pinang walaupun diberikan jaminan.
Kesan perlombongan pasir juga akan turut dirasakan di Perak. Dasar laut (zon benthic zon) akan dikorek dan musnah. Seperti mana dalam projek tambak pantai utara, nelayan di Pulau Pinang dan 6,080 nelayan di Perak akan turut menjala lumpur dan batu-batan, serta mengalami kerosakan pada pukat ikan mereka.
Pantai selatan Pulau Pinang akan habis musnah. Alam sekitar pantai Permatang Damar Laut, Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar akan menjadi rosak akibat penambakan dan pencemaran. Penduduk tempatan bukan sahaja kehilangan pemandangan saujana pantai tetapi juga pantai yang menjadi tempat rekreasi mereka. Reputasi ekopelancongan Pulau Pinang akan ternoda oleh projek yang tidak bertanggungjawab ini.
Habitat pantai dan Hidupan Bawah Air (SDG 14) akan musnah. Tempat membiak Penyu Lipas (Olive Ridley Turtle) yang tersenarai oleh IUCN sebagai spesie terancam ("vulnerable") dan "taman permainan" ikan lumba-lumba Indo-Pacific Humpback Dolphin dan Indo-Pacific Finless Porpoise akan tergugat. Pengelodakan mungkin sampai ke Pulau Kendi yang kaya dengan karang laut. Biodiversiti marin di sekitarnya akan tertekan dan lenyap.
Projek ini tidak menghiraukan alam sekitar dalam menghadapi krisis iklim. Sementara mengklaim untuk mensasarkan 40% pengurangan, projek tambak laut ini akan menjana tambahan 3.2 juta tan pelepasan karbon tahunan (Sumber, 18 Nasihat, 18 April 2019).
Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion adalah alasan yang remeh bagi penambakan laut. Tambakan dan jualan tanah kononnya bertujuan untuk membiayai pelaksanaan PTMP bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Akan tetapi versi terkini PTMP pada asasnya tercela kerana terdiri daripada projek yang terlampau mahal dan bukannya penyelesaian bersepadu dan berdaya maju.
Alasan tambahan bagi tebus guna tanah adalah meragukan. Cadangan untuk menaik taraf lapangan terbang Pulau Pinang telah luput, digantikan oleh rancangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim. Lokasi pusat pentadbiran dan ruang awam yang dicadangkan tidak sesuai bagi kebanyakan penduduk Pulau Pinang. Tambahan pula, pengembangan perbandaran masa depan adalah berdasarkan ramalan penduduk yang tidak realistik, iaitu 2.45 juta, dibandingkan dengan 1.98 juta yang ditaksirkan oleh Jabatan Perangkaan!
Kekurangan tanah sekadar dalih untuk menambak laut, hakikatnya adalah kepincangan perancangan. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) memiliki 4,500 ekar tanah di Seberang Perai. Dalam Visi 2030, Ketua Menteri Pulau Pinang berjanji untuk membawa pembangunan yang amat diperlukan kepada penduduk Seberang Perai. Ini boleh dicapai dengan melabur dalam prasarana yang sempurna dan lingkaran pengangkutan awam yang sebaiknya, merentasi Jambatan Kedua Pulau Pinang – bukannya dengan penambakan laut di selatan pulau.
Kerajaan Pulau Pinang tidak telus mengenai projek ini. Dari mula lagi, pameran 20 jilid cadangan SRS amat terhad, di mana pengunjung tidak boleh membuat salinan, membawa kamera ataupun telefon bimbit. Sampai ke hari ini, tiada rincian kos sebarang komponen PTMP, termasuk penambakan, yang boleh diperolehi.
Pembangunan spekulatif ini berdasarkan kegelojohan, bukannya keperluan. Walaupun gejala bangunan kondominium kosong menjadi-jadi, masalah hartanah lebihan agak serius, dan projek penambakan pantai utara sedang berjalan (hampir 900 ekar), kerajaan negeri masih bertegas untuk tambak 3 pulau (4,500 ekar), yang sudah tentu akan mengawatkan lagi limpahan hartanah!
Tambak pulau akan membebankan kerajaan negeri dengan kos penyelenggaraan. Pada hakikatnya, kami menentang penambakan pembuatan pulau bagi pembangunan jenis “resort”. Oleh kerana pemendapan selat antara pulau perlu senantiasa diselenggara, dengan bebannya ditanggung oleh pihak awam.
Malaysia tidak perlukan lagi satu “Forest City”. Ramalan penduduk di 3 pulau itu ialah 446,300 orang (sumber: 18 nasihat), tetapi siapakah penghuninya? Dengan hanya 6–20% tanah perumahan dalam kategori “mampu milik”, adakah sebahagian besar hartanah disasarkan kepada pembeli warga asing? Adakah pembangunan ini akan meningkatkan jurang ketaksamaan sosial yang menonjol?
Kerajaan negeri perlu menjaga penduduk setempat, bukan pembeli masa depan yang dibayangkan. Rakyat Pulau Pinang berulang kali membangkitkan masalah banjir yang menjejaskan mereka, di bahagian pulau dan Seberang Perai, dan cerun bukit yang terdedah di Tanjung Bungah, Bukit Relau, Paya Terubong dan Bukit Kukus yang menjadi kawasan tanah runtuh. Kenapa kerajaan negeri begitu beriya-iya mahu mewujudkan 3 pulau “Pintar dan Hijau” untuk pembeli yang dibayang-bayangkan, tetapi mengabaikan pelestarian alam sekitar bagi penduduk sedia ada?
Kurangnya ketelusan dalam proses perancangan dan pengurusan tersirat sesuatu agenda. Mungkinkah objektif sebenar projek tebus guna tanah bersangkut dengan silapmata menutup jurang belanjawan negeri, kos tebus guna yang sengaja dibengkakkan dan perjudian hartanah di selatan pulau? Projek mega yang melangkaui penggal Ketua Menteri sekarang, dengan mudahnya boleh menjadi suatu platform bagi manipulasi nilai tanah, pengaliran keluar masuk wang antarabangsa dan pembiayaan politik yang tidak diisytiharkan.
Projek berisiko ini mungkin menjebakkan kewangan negeri dalam bahaya. Dengan hasil tahunan sekitar RM1 bilion, kerajaan negeri sedang cuba mendapatkan pinjaman RM1 bilion untuk menjalankan tebus guna yang bernilai RM16 bilion. Walaupun mungkin bangkitnya kebarangkalian aliran tunai dan ketidaktepatan masa dalam pasaran hartanah yang tidak menentu. Kos pegangan dan pinjaman penyambung yang tidak pasti sudahnya akan ditanggung oleh kerajaan negeri, manakala konsortium pemaju (sebagai Rakan Penyampai Projek) terjamin bayaran 6%. Apakah kerajaan negeri menempa kancah malapetaka kewangan?
Terlalu banyak dipertaruhkan bagi kemanfaatan awam yang sedikit. Projek tebus guna yang gagal akan membebankan negeri Pulau Pinang dengan hutang dan projek terbengkalai, manakala generasi sekarang dan mendatang akan kehilangan peluang berharga bagi adaptasi diri dengan perubahan iklim yang tepat pada waktunya dan pembangunan yang seimbang dan teguh.
Penyelesaian yang lebih baik, murah, cepat (lebih awal) boleh dikerjakan. Jika kerajaan negeri melabur dalam menambah baik perhubungan dan pengangkutan awam, dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam (mensasarkan 40% bahagian modal), jaringan jalanraya yang tersedia mencukupi sehingga 2030. Ke arah mobiliti pintar dan perkongsian!
Penyelesaian perlu memanfaatkan majoriti penduduk Pulau Pinang. Analisa jajaran RM9.6 bilion Pan-Island Link, dan RM9 bilion LRT tidak sepadan dengan taburan penduduk, dan sudahnya melayani 3 pulau semata-mata. Sedangkan warga Pulau Pinang terpaksa menderita jahanam kepada alam sekitar.
Penyelesaian mestilah membawa keadilan sosial. Jika tujuannya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, kenapa perlu kerajaan negeri mengutamakan pengguna kereta dan membelakangkan yang lain? Kenapa nelayan dan komuniti luar bandar perlu beralah dan tinggalkan gaya hidup lestari, lantaran sesetengah pemandu terlalu mementingkan diri untuk memberikan ruang jalan bagi lorong bas?
Pulau Pinang dirahmati dengan bukit-bukau, laut dan kota George Town yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan UNESCO, tetapi kita kini di persimpangan jalan. Apakah wawasan yang kita mahu untuk Pulau Pinang?Pengembangan dominasi kereta, perbandaran konkrit yang berselerak sehingga melahap bukit dan laut kita? Atau Pulau Pinang yang pintar, hijau, kurang kereta, terhubung dan layak dihuni bagi semua warganya?
Strategi pembangunan lestari yang berhemah kewangan dan inklusi sosial akan membawa pertumbuhan ekonomi yang mantap. Kita mempunyai tanggungjawab untuk mewariskan bumi yang lebih baik untuk generasi masa kini dan mendatang!
Selamatkan Nelayan Kita! Selamatkan Alam Sekitar Persisiran Pantai Kita! Tolak Tambak Laut!
Kelmarin mendengar titah Ucapan Sultan Perak, Dr Nazrin Shah, pesanan khasnya dalam pertemuan dengan GPMS( Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung), teguran Sultan Nazrin kelmarin sungguh halus dan tajam menyentuh soal melayu...
Kalau kita dengar titah Sultan Nazrin, hat Melayu, kelompok Ashabiyah hat nak buat demo, hat bantah Peguam Negara dan Ketua Hakim dikalangan bukan melayu... Persatuan Mahasiswa Islam hat kononnya nak pertahan melayu, tentang UEC patut rasa malu...
Paling menikam hati kelompok Ashabiyah ini, bila Sultan Nazrin berkata...jangan jadi seperti LEBAI MALANG dan PAK PANDIR, watak jenaka alam melayu.. jadi faham faham la...
Malah dikatakan seperti Dinasaur yang badannya besar, otaknya kecil, tak mampu menyesuaikan dengan perubahan... Sultan nazrin suruh orang melayu berhijrah, buka minda, berubah, dan berhentikanlah menyalah orang Lain...
Kata Sultan Nazrin, jangan salahkan orang lain, jgn salahkan penjajah dan kolonial Inggeris, kemunduran & kerosakan melibatkan orang melayu diwaktu melayu merdeka, orang melayu berkuasa...berkuasa membuat dasar, orang melayu sendiri yang tidak amanah, tidak Intergriti dan khianat dan rasuah merosakkan bangsanye sendiri...
Menyentuh soal pendidikan dan mereka yang menakut & takutkan dengan kristian, kata Sultan Nazrin orang melayu dulu berani berubah, boleh keluar belajar di Sekolah Mubaligh Kristian yang bagunan sekolahnya jelas ada tanda dan lambang salib, dengan belajar di sekolah kristian tidak pula mengancam dan merubah aqidah mereka orang melayu.. malah wanita Inggeris yang berkahwin dengan orang melayu pula yang memeluk Islam...
Jadi bagi puak-puak Lebai Malang, Pak Pandir hat kononnya nak pertahankan islam, melayu...sedangkanmerekalah yang merosakkan melayu dan islam...malulah dengan diri sendiri...cerminlaah diri sendiri...berhentilah berlakon mempertahankan melayu dan islam...malulah sikit dengan Teguran Sultan Dr Nazrin...
Sultan Nazrin tak pandai buat lawak, dia tak kata 'sila duduk jangan lari', tapi pesananya tajam menikam kalbu....
Saya adalah veteran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Namun saya bersyukur kerana dapat bekerja di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), mencari rezeki di sini, dan dapat menyumbang dalam membangun prasarana telekomunikasi dan multimedia negara.
Namun, apa yang sedang berlaku di SKMM sehingga sekarang ini membuatkan saya fed-up, muak dan tidak boleh lagi menutup mulut dan memekakkan telinga. Saya kena meluahkan SEBELUM TERLAMBAT.
Apabila Pakatan Harapan (PH) mencipta sejarah pada 9 Mei 2018, dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah Malaysia selama 61 tahun, saya nampak cahaya pengharapan untuk satu perubahan besar. Sebagai rakyat Malaysia yang sudah muak dengan perangai pemimpin-pemimpin BN yang makin berlagak tuhan (play god), merompak duit rakyat berbillion ringgit, rasuah berleluasa dan menjadikan Malaysia mahsyur sebagai negara kleptokrasi, saya meletak kepercayaan yang tinggi agar PH melakukan sesuatu untuk pulih segera kerosakan yang telah berlaku.
Apabila kepimpinan baru PH mengambil tindakan segera menggugurkan Pengerusi, Datuk Dr Mazlan Ismail dan Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek yang merupakan talibarut UMNO, saya mengucapkan syabas kerana mereka inilah yang telah menjadikan SKMM sebagai kuda tunggangan UMNO untuk mengejar, mengugut dan menangkap pemimpin-pemimpin pembangkang ketika itu atas alasan menghasut, memfitnah dan membawa huru hara apabila pemimpin pembangkang ketika itu mendedahkan segala kejahatan dan korupsi yang berlaku.
Setelah hampir setahun SKMM di bawah Menteri baru, YB Gobind Singh Deo, rupa-rupanya rumah belum siap, tetapi pahat terus berbunyi semakin kuat. Dalam kerajaan baharu masih bertatih mahu belajar dan membuat perubahan sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto PH, KKMM baru di bawah YB Gobind Singh Deo tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari kakitangan dan agensi-agensi dibawahnya. Pahat yang berbunyi kuat itu rupa-rupanya membantu bekas Perdana Menteri Najib Razak mencipta jenama baru "Malu Apa Bossku" dengan diam-diam dibelakang tabir. Ramai kakitangan di bawah agensi-agensi KKMM seperti RTM, FINAS, BERNAMA, Jabatan Penerangan (JAPEN) dan SKMM masih tidak mahu bekerjasama dengan "Government of the day", tetapi membantu pembangkang kerajaan pula.
Maka, terpaksalah YB Menteri mengambil tindakan tegas dengan menukar pegawai-pegawai atasan dengan serta merta pada 9 Oktober 2018. Timbalan Ketua Setiausaha KKMM, Shakib Ahmad Shakir dilantik sebagai pemangku ketua pengarah menggantikan Datuk Fauzi Ayob. Turut terbabit adalah jawatan Timbalan Ketua Pengarah FINAS yang kini dipangku Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan KKMM, Fairul Azida Shahabudin bagi menggantikan Datuk Azmir Saifudin Mutalib.
Dengan kegilaan pembangkang kerajaan mencipta dan menular berita-berita palsu dan maklumat-maklumat fitnah dan meragukan, rakyat kian menjadi bingung dalam menilai berita, auta dan fakta. Maka di sinilah tanggung jawab SKMM yang diharapkan memainkan peranan dalam melaksanakan tugasan mengawasi kandungan media sosial dan internet agar rakyat Malaysia menggunakan teknologi dan media digital dengan penuh bertanggung jawab.
Dengan prioriti kerajaan mahu meminimakan penularan berita-berita palsu dan maklumat-maklumat fitnah, sepatutnya lah SKMM memperhebatkan siasatan, menjejaki penyebar berita palsu dan pemfitnah dan penangkapan dan pendakwaan ke atas jenayah ini. NAMUN, INI TIDAK BERLAKU DENGAN AGRESIF. Maka, makin pesatlah jenayah penyebaran berita palsu dan fitnah sekarang ini!!
SKMM adalah agensi kerajaan yang memiliki peralatan dan perkakasan teknologi canggih yang boleh menjejaki penjenayah maya dalam dunia siber. Malah, kakitangannya yang saya kenal adalah dilatih khas dan mempunyai pengalaman luas dalam penggunaan teknologi canggih ini.
Malang seribu kali malang, teknologi, kepakaran dan pengalaman yang ada bukan sahaja tidak dimanfaatkan sepenuhnya, pergolakan politik dalaman SKMM antara kumpulan "Black Panther & Trio Ladies" dan mereka yang tidak seiring dengan mereka, akan makin melemahkan SKMM. "Keganasan" "Black Panther & Trio Ladies", yang makin berpengaruh mengabui mata YB Menteri dan pegawai-pegawai kanan beliau, termasuk Pengerusi SKMM yang begitu lemah dan "naive" untuk memahami dan menyiasat politik dalaman SKMM, telah menzalimi kakitangan yang komited, dedikasi dan bersungguh-sungguh mahu memperkasakan SKMM.
Antara yang telah menjadi mangsa ialah Andrian, Nor Hisham.....Manakala dalam radar mereka untuk disingkirkan ialah Sulyna, Dato Ali.....dan ramai lagi yang bakal menyusul..
Kegasanan "Black Panther & Trio Ladies" terkini ialah mahu menyingkir keluar satu-satunya Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang diiktiraf sebagai pakar kes siber dan cemerlang dalam kerja-kerja beliau, yang dipinjamkan oleh Jabatan Peguam Negara. Malah, "Black Panther & Trio Ladies" ini dibantu oleh pegawai atasan SKMM berpangkat Datin dan direstui oleh Pengerusi SKMM, dan mereka telah bersekongkol melakukan penyingkiran-penyingkiran beberapa pegawai, dengan memberi tekanan-tekanan kerja, sehingga mereka meletak jawatan. Cubaan penyingkiran ke atas Timbalan Pendakwa Raya ini telah sampai ke pengetahuan Jabatan Peguam Negara dan ini telah menimbulkan kemarahan Jabatan Peguam Negara yang mahu menarik kakitangan beliau dengan serta merta!! Tahniah "Black Panther & Trio Ladies" kerana berjaya melumpuhkan operasi siasatan SKMM dan memutus hubungan akrab selama ini dengan Jabatan Peguam Negara.
Rupa-rupanya "Deep State" dalam SKMM masih mekar dan hidup, menzalimi kakitangannya, dan memberi impak negatif kepada usaha baik kerajaan yang mahu membanteras penyebaran berita-berita palsu dan fitnah. "Deep State" di KKMM akan memburukkan lagi nama baik dan niat ikhlas YB menteri dan pegawai-pegawai kanan beliau untuk membuat perubahan negara!
YB Menteri perlu melakukan sesuatu dengan segera di SKMM agar usaha-usaha membanteras penyebar berita-berita dan maklumat palsu dan fitnah dapat diteruskan. Jika tidak, maka PH akan menjadi kerajaan sepenggal oleh kerana kegagalan diri sendiri untuk merobah dan berobah dengan pantas.
Saya menulis kerana saya sayangkan SKMM, sayang negara Malaysia ini.