Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ini merupakan keputusan rakyat.
Pakatan Harapan (PH) dan KEADILAN menghormati keputusan tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kekalahan ini merupakan peringatan kepada pimpinan PH untuk terus memberi perhatian yang sewajarnya terhadap kebimbangan rakyat berhubung isu ekonomi dan kos sara hidup.
Saya melahirkan keyakinan PH akan kembali bangkit mendapat sokongan rakyat selepas ini.
Terima kasih juga kepada jentera KEADILAN serta parti komponen PH yang lain kerana berjaya menunjukkan kematangan dan contoh baik ketika sesi kempen.
*KUALA LUMPUR* : Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat ini.
“ Beliau disyaki menyalahgunaan kuasa dengan meluluskan lebih 2500 hektar tanah kepada Felcra ketika menjadi menteri besar”.
Menurut kenyataan agensi antirasuah itu, terdapat salah laku dalam urusan berkenaan kerana tiada geran tanah diberikan dan tiada bayaran premium tanah yang menyebabkan kerajaan negeri mengalami kerugian yang banyak.
“Siasatan bakal dijalankan mengikut Seksyen 23 (A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama dan SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman.”
*SPRM Buka Siasatan Semula Pemindahan RM10 juta ke Luar Negara*
Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal memanggil untuk mengambil keterangan seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan , Dato Seri Mohamad Hassan , pada 2008.
"Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, SPRM akan meminta pihak Bank dan Bank Negara berkenaan hasil siasatanya yang di pernah dilakukan untuk tindakan mereka selanjutnya”.
Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan wang tersebut ke London.
Lesen Salamath Ali telah dibatalkan pada 26 Oktober 2009 kerana melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 oleh BNM.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut akan merakam keterangan Dato Seri Mohamad Hassan berkaitan isu ini kelak.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Ceramah Grand Finale Pakatan Harapan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Dataran Metro Park Sendayan, Negeri Sembilan. foto NOOREEZA HASHIM, 12 APRIL 2019.
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat sindiran kepada pihak-pihak tertentu yang tidak membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Menerusi Twitternya, Presiden Parti Keadilan Rakyat itu berkata, walau apa pun keputusan PRK itu, beliau berbangga kerana sudah melaksanakan kempen berdasarkan prinsip dan tidak menggunakan politik berasaskan kaum.
“Insya Allah PKR akan menang.
“Terima kasih kepada semua lelaki & wanita di atas tanah. Kami tahu mana pemimpin PKR yang membantu dan mana yang tidak,” ujarnya.
Dalam PRK itu, calon Pakatan Harapan, Dr S. Streram adalah dari PKR.
Meskipun tidak menyebut secara khusus tetapi Streram sebelum ini berharap Tun Dr Mahathir Mohamad turun berkempen di sini.
Katanya, jika Perdana Menteri sudi untuk membantunya berkempen di Rantau, ia diharap akan meningkatkan lagi keyakinan pengundi kepada dirinya sebagai calon pilihan PKR.
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak dapat menyertai kempen tersebut kerana jadualnya yang padat. – MG
Kenyataan Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Azlan Zainal bahawa 24.5 peratus pengundi atau penyokong Pakatan Harapan (PH) berpaling kepada BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Rantau mengesahkan PH akan kalah pada hari ini.
Namun faktor kekalahan tersebut bukan hanya wujud di Rantau malah kekecewaan melanda di seluruh negara. Isu kos hidup tinggi, pinjaman pendidikan dan kemerosotan hasil Felda yang pada logiknya memerlukan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan menyebabkan rakyat kecewa serta enggan terus menyokong PH.
Tinjauan Suara Pakatan Daily terhadap generasi muda, jelas golongan itu tidak mahu mengambil tahu timbunan hutang negara mencecah RM1 trilion. Sebaliknya mereka menganggap BN sangat ‘pemurah’ kerana sebelum ini memberi Bantuan Sara Hidup Bujang sebanyak RM450 berbanding PH hanya RM100.
“Saya amat kecewa dengan duit RM100 di bawah skim BSH (Bantuan Sara Hidup) yang diberi oleh Kerajaan PH kepada golongan bujang yang sedang bekerja dengan gaji di bawah RM2,000 atau yang sedang menganggur.
“Dulu Kerajaan BN beri RM450. Walaupun Malaysia mempunyai jumlah hutang yang banyak, sekurang-kurangnya berilah RM300 sebab orang bujang pun sedang bergelut dengan kos sara hidup yang menekan.
“Contohnya seorang anak lelaki saya yang bekerja sebagai kerani gaji hanya RM1,500. Kalau dapat RM300 dari BSH, boleh bayar insuran dan cukai jalan untuk kereta lamanya. Kenapa Kerajaan PH kedekut sangat!
“Nasib baik harga telur biasa 30 biji sudah turun kepada RM9.10. Itupun setelah kita banyak buat bising,” kata seorang penjaja makanan, Maimunah, 60an, di Segambut, Kuala Lumpur
Beliau yang mengaku menyokong PKR memberitahu, jiran-jirannya dari pelbagai kaum yang menyokong PKR kecewa kerana kos sara hidup masih tinggi dan harga minyak RON95 masih kekal pada RM2.08 seliter.
“Sepatutnya, harga RON95 diturunkan lagi. Pendapat saya walaupun orang-orang Felda telah diberi banyak bantuan oleh Kerajaan PH namun PH tetap akan kalah dalam PRK Rantau kerana kerajaan tidak membawa perubahan yang besar.
“Rakan anak lelaki saya yang membantu kempen PKR di sana memberitahu calon Umno, Mohamad Hasan akan menang dengan lebih 1,500 undi kerana dia orang lama di situ dan banyak buat kerja.
“Walhal calon PKR, Dr. S. Streram orang baru. Walaupun telah buat kerja sejak beberapa tahun lalu Umno tetap akan menang kerana orang Melayu ramai akan keluar mengundi, sementara Cina dan India patah semangat dan tidak minat mengundi,” katanya.
Maimunah menegaskan, sokongan hanya akan pulih sekiranya Kerajaan PH meneruskan usaha menurunkan harga barang dan memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat.
“Kini ramai orang Melayu kata di bawah pentadbiran Najib manfaat mereka dapat lebih banyak. Jika Kerajaan PH masih kedekut maka tidak mustahil BN akan kembali menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15,” tambahnya.
laporan 8 pelaburan meragukan yg dibuat oleh Felda dan Felda Investment Corporation yang disiasat.
Paling meragukan - PT Eagle High (diarah oleh Najib Razak) dan Park City Grand Plaza Kensington (tiada perjanjian, tapi duit bayar).
Bekas Pengerusi Felda ISA SAMAD pegang 39 jawatan pengerusi bawah Felda dan FGV... WOWW !!
MASIH INGAT ... "Politik Wang Bukan Rasuah" -Isa Samad, (8/10/2009)
Isa Samad, 69 tahun.. bekas MB Negeri Sembilan pernah didapati bersalah kerana RASUAH a.k.a 'politik wang' DILANTIK pula jadi Pengerusi Felda atas nasihat Najib berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.
DAH TAHU KAKI RASUAH, kenapa Najib tetap nak lantik Isa Samad jadi Pengerusi Felda dahulu ?
NAMPAK TAK !!!.. Apa perbezaan penyamun & penyangak ?
Kurang 24 jam sebelum hari pembuangan undi keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau telah pun diketahui.
Hal ini disahkan melalui dapatan (finding) agensi tinjauan pendapat Ilham Centre. Ilham menerusi pengarah eksekutifnya Azlan Zainal, dalam kenyataan media semalam mendapati calon BN Mohamad Hasan (Tok Mat) mendahului di depan.
“Trek rekod beliau (Tok Mat) sebagai menteri besar dan Adun Rantau selama tiga penggal serta anak jati Rantau memberi kelebihan besar dalam kempen pilihanraya kecil ini, dapatan menunjukkan seramai 87.4 peratus responden bersetuju dengan faktor ini.
“Responden juga bersetuju bahawa Tok Mat mempunyai kredibiliti yang lebih tinggi sebanyak 81.6 peratus berbanding calon PH, Dr S Streram 17.7 peratus dan lain-lain calon,” kata Azlan.
Menurut Azlan lagi, sekiranya PH mahu menang maka mereka perlu ‘mencuri 20% undi Melayu’. Sekiranya gagal maka BN akan menang.
Untuk rekod sejak pilihan raya umum (PRU) ke 14 ramalan Ilham Centre tidak pernah salah. Malah hampir 100% menjadi kenyataan.
Hampir keseluruhan 10,000 pengundi Melayu hadir dalam ceramah malam tadi yang menampilkan tokoh Pas Hj Hadi
Oleh itu cabaran Pakatan Harapan (PH) untuk menang kerusi Rantau buat pertama kali dianggap berakhir. Grand Finale yang akan menampilkan PM Tun Mahathir malam ini perlu diubah tujuannya. Bukan untuk menang tetapi mengurangkan majoriti kemenangan Tok Mat.
Seperti diketahui Tok Mat sejak masuk PRU pada 2004 tidak pernah menang dengan majoriti di bawah 3,700 undi. Menurut jangkaan awal sekiranya PH hanya mampu menarik 15% undi Melayu 70% undi India dan 90% undi Cina maka Tok Mat akan mendapat sekitar 8,000 undi, andainya jumlah keluar mengundi sebanyak 70% daripada 20,000 pengundi berdaftar.
Manakala Streram mungkin mendapat sekitar 6,000 – 6,500 undi. Menang kurang 3,000 undi dianggap kecil buat Tok Mat. Apatah lagi sekiranya PH mampu menjangkau 7,000 undi.
Pada PRU 2004, Tok Mat menang 6,199 majoriti melawan calon PKR Badrulhisham Shaharin (Chegu Bard); PRU 2008 menang majoriti 3,783 melawan calon PKR Aisah Lamsah dan pada PRU 13 menang 4,613 majoriti melawan Aisah.
Kemenangan di bawah 3,000 undi akan memberi tamparan hebat kepada pemangku presiden Umno itu. Apatah lagi melawan calon PH berketurunan India, Dr S Streram. Dalam erti kata lain, sekiranya PKR meletakkan calon Melayu maka Tok Mat berkemungkinan kalah.
Keputusan ini juga bakal menunjukkan populariti BN yang dibantu Pas merosot dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. BN tidak mendapat undi secukupnya dari kalangan Cina dan India. Maka pada jangka masa panjang, apabila PH melaksanakan janji manifesto dan pembangkang hilang modal politik ‘kencing’ serta ‘Bossku’, keadaan akan sangat sukar buat mereka menjelang PRU ke 15.
PRK Rantau akan menjadi hala tuju politik perkauman di Malaysia. Hakikat bagi BN dan Pas masa hadapan mungkin tidak secerah yang disangka.
Cerita kekayaan Dato’ Seri Mohamad Hassan (Tok Mat) kembali berlegar. Saya mulanya tidak mahu mencelah tetapi ada beberapa perkara yang nampaknya cuba mengalihkan perhatian dari isu sebenar.
Tok Mat Memang Kaya
Pimpinan UMNO mempertahankan kemampuan Tok Mat memindahkan wang RM10 juta secara sembunyi untuk membeli kediaman di London dengan alasan “Tok Mat memang kaya”. Mereka menyenaraikan semua jawatan korporat yang pernah dipegang oleh Tok Mat untuk menunjukkan pemangku presiden UMNO intu memang berduit.
Tok Mat pula nampaknya lebih faham isu sebenar yang cuba dialihkan. Mungkin kerana beliau orang baik, beliau terkias dengan sendiri. Katanya, soal pemindahan wang RM10 juta itu tidak berbangkit kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun membersihkan beliau sepuluh tahun lalu.
Eh! Kenapa pula timbul soal SPRM, kan Tok Mat memang kaya?
Orang memang tidak hairan kalau Tok Mat membawa satu kereta lembu penuh dengan wang tunai masuk kampung di Rantau, kerana Tok Mat memang kaya.
Malah, Tok Mat tidak perlu bersembunyi pun untuk memindahkan RM10 juta untuk membeli kediaman di London. Boleh saja Tok Mat arahkan bank untuk memindahkan wang tersebut mengikut saluran yang betul, tidak akan ada yang mempersoalkan kerana Tok Mat memang kaya.
Pindah Wang Sembunyi-Sembunyi
Habis, kenapa Tok Mat takut sangat orang tahu sehingga menggunakan saluran yang melanggar undang-undang?
Hakikatnya, Tok Mat telah memindahkan wang RM10 juta secara sembunyi menggunakan pengurup wang sehingga melanggar lesen operasi pengurup wang. Pengurup wang dilesenkan untuk menukar matawang asing kepada ringgit (atau sebaliknya), bukannya untuk memindahkan wang keluar negara.
Pemindahan wang keluar negara melibatkan pelbagai peraturan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Bila Tok Mat cuba menyembunyikan pemindahan wang itu dengan menggunakan saluran tidak betul, ia bukan lagi soal Tok Mat kaya atau tidak.
Soalnya, kenapa perlu disembunyikan? Apa yang Tok Mat cuba sembunyikan, sehingga sanggup berdepan kemungkinan melanggar undang-undang bersabit pemindahan wang di bawah Bank Negara Malaysia.
Tok Mat Langgar Undang-undang?
Semasa pemindahan wang RM10 juta itu berlaku sekitar tahun 2007 ke 2008, peraturan pemindahan wang keluar negara adalah seperti yang terkandung di dalam Laporan Tahunan 2007 Bank Negara Malaysia (muka surat P6), yang saya sertakan di bawah:
Bagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai hutang dalam negara, tidak ada halangan untuk memindahkan wang membeli apa-apa harta di luar negara, tanpa ada had.
Bagi rakyat Malaysia yang mempunyai hutang dalam negara dan menukar wang ringgit ke matawang asing untuk membeli harta di luar negara, had pemindahan dan pembelian adalah sebanyak RM1 juta sahaja setiap tahun.
Kalau Tok Mat tidak mempunyai hutang dalam negara pada ketika itu, beliau boleh sahaja memindahkan RM10 juta itu mengikut kaedah bank biasa tanpa melanggar apa-apa peraturan.
Tetapi kalau Tok Mat ada mempunyai hutang, jika beliau hendak memindahkan RM10 juta untuk membeli kediaman di London itu, sudah tentu beliau tidak boleh kerana hadnya adalah RM1 juta sahaja.
Kalau Tok Mat ada mempunyai hutang dalam tahun 2007, tindakan beliau memindahkan wang sebanyak RM10 juta untuk membeli kediaman di London itu memang telah melanggar peraturan. Jika didapati bersalah, beliau boleh dihukum denda dan penjara.
Apa Sebabnya Pindah Sembunyi?
Sebab itu isu utama dalam soal wang RM10 juta ini bukanlah Tok Mat kaya atau tidak.
Isunya ialah kenapa Tok Mat ambil risiko melanggar undang-undang untuk menyembunyikan pemindahan wang itu, sedangkan semua orang tahu beliau kaya?
Ada beberapa kemungkinan kenapa beliau mahu menyembunyikan pemindahan wang RM10 juta untuk membeli kediaman di London itu.
Pertama, kerana wang itu bukan dari sumber beliau sendiri.
Jika dipindahkan mengikut saluran biasa yang tidak melanggar undang-undang, beliau perlu mengisytiharkan juga sumber dari mana wang RM10 juta itu datang.
Adakah beliau menjual hartanah? Adakah beliau mengeluarkan RM10 juta dari akaun beliau? Adakah beliau menjual saham? Punca RM10 juta itu akan dapat dijejaki dari urusniaga di bank atau urusniaga lain.
Kalau wang itu bukan dari sumber sendiri (bukan dari bank, bukan dari penjualan harta), maka sukar untuk beliau mengisytiharkan sumber wang RM10 juta itu apabila beliau hendak mengarahkan bank memindahkan jumlah tersebut. Kalau beliau membuat pengisytiharan palsu, itu melanggar undang-undang dan beliau boleh disiasat.
Maka, jika wang yang hendak dipindahkan bukan dari sumber sendiri, cara yang mudah ialah menggunakan kaedah memindahkan wang yang melanggar undang-undang, iaitu menggunakan pengurup wang.
Sebab yang kedua beliau mungkin mahu menyembunyikan pemindahan wang tersebut ialah kerana beliau mempunyai hutang dengan bank pada ketika itu (hutang kereta, hutang rumah, hutang saham dan lain-lain) yang menyebabkan beliau tidak boleh memindahkan wang atau membeli aset luar negara melebihi RM10 juta.
Untuk mengelak daripada had itu kerana Bank Negara Malaysia tidak akan meluluskan arahan pemindahan wang itu, satu-satu caranya ialah memindahkan wang secara senyap-senyap menggunakan pengurup wang.
Lebih Baik Berterus Terang?
Kedua-dua kemungkinan di atas mempunyai implikasi undang-undang.
Kalau pemindahan wang itu disembunyikan kerana wang itu bukan dari sumber sendiri, maka Tok Mat perlu menjawab: sumber dari mana sebenarnya wang RM10 juta itu?
Kalau pemindahan wang itu disembunyikan untuk mengelakkan had pemindahan wang Bank Negara Malaysia, maka Tok Mat perlu menjawab: jadi benarlah Tok Mat telah melanggar undang-undang dan boleh di penjara (jika disabitkan).
Jika wang itu dari sumber Tok Mat sendiri dan Tok Mat tiada hutang (lalu tiada sekatan jumlah hendak dipindahkan), kenapa pula Tok Mat bersusah payah menyembunyikan pemindahan RM10 juta itu?
Tok Mat bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana yakin strategi memainkan isu perkauman oleh gabungan PAS-UMNO akan berjaya.
Saya nasihatkan jika Tok Mat mahu terus bercita-cita menjadi Perdana Menteri, lebih baik Tok Mat berterus-terang dari sekarang mengenai sebab musabab beliau memindahkan wang RM10 juta itu secara sembunyi, sedangkan Tok Mat kan kaya?