Namakan syarikat BN disenarai hitam pentadbiran Pulau Pinang dan Selangor

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Seorang Ahli Parlimen DAP menggesa Meneri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menamakan syarikat yang mempunyai hubungan dengan Barisan Nasional (BN) dan telah disenarai hitam oleh pentadbiran negeri Pakatan Harapan di Pulau Pinang dan Selangor.
Ia sebagai kenyataan balas terhadap keputusan Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, semalam, untuk menyenarai hitam, mana-mana syarikat yang dikesan membiayai dan membantu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), daripada menerima sebarang kontrak kerajaan.
“Boleh kah Rahman menamakan satu syarikat penaja BN yang telah disenaraihitamkan oleh kedua-dua kerajaan negeri ini?” soal Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
“Rahman patut menarik balik ugutannya (menyenarai hitam syarikat terkait Bersih) dan memohon maaf sekiranya beliau tidak mampu memberi walaupun satu nama syarikat yang dilayan buruk oleh kerajaan Pulau Pinang dan Selangor hanya kerana perbezaan politik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Rahman seperti yang dilaporkan media berkata Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) yang dikawalnya akan menyaring mana-mana pihak yang mahu terlibat dalam sebarang kontrak kerajaan.
Ia bagi memastikan kerajaan tidak memberikan kontrak kepada pihak yang mempunyai perkaitan dengan Bersih yang didakwa BN kononnya mencemarkan keharmonian dan menggugat kedaulatan negara.
Bagaimanapun, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dilaporkan semalam berkata Rahman tidak mempunyai hak untuk menentukan syarikat mana yang boleh membiayai Bersih.
“Apa isu beliau dengan Bersih? Adakah anti-rasuah, atau pilihan raya yang bersih dan adil? Beliau menakutkan syarikat (dengan mengancam menyenaraihitamkan mereka),” kata Maria, semalam.
Bagaimana dengan Amerika dan Singapura?
Dalam pada itu, mengambil kira logik Rahman berkenaan, Lip Eng turut mempersoalkan sama ada kerajaan akan memutuskan hubungan dengan enam negara yang kini sedang menyiasat aktiviti pengubahan wang haram dan penipuan melibatkan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, 1MDB.
“Bukankah siasatan dan tindakan mahkamah ini semua juga bertentangan dengan kerajaan BN yang dianggotai Rahman? Bukankah sepatutnya Rahman menggesa kerajaan untuk memutuskan pertalian dengan enam negara ini, terutamanya dengan Amerika Syarikat?” soalnya.
Rahman sebelum ini mengesahkan ‘Malaysian Official 1’ (MO1) adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
MO1 adalah entiti yang disebut sebanyak 36 kali dalam tuntutan saman Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset bernilai hampir AS$1bilion yang diseleweng dari 1MDB.
Selain Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura merupakan antara enam buah negara yang sedang menyiasat dan mendakwa bank dan pegawai mereka kerana bersubahat menyelewengan dana terkait 1MDB.
Mengulas lanjut, Lip Eng yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan turut tertanya-tanya tentang mekanisme yang akan dipilih Rahman untuk memastikan syarikat yang mempunyai urusan dengan kerajaan tidak menaja Bersih.
“Bagaimana caranya untuk memastikan tidak ada satu pun anak syarikat kepada mana-mana syarikat besar atau pegawai tinggi syarikat terkemuka menaja Bersih?
“Adakah Rahman akan mencadangkan satu borang deklarasi baru untuk syarikat-syarikat yang mempunyai urusan dengan kerajaan?” soalnya.
Namun, menurut Lip Eng, dunia perniagaan dan politik sepatutnya diasingkan dan tidak dijadikan mangsa, sepertimana kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang yang masih berurusan dengan syarikat yang ada kaitan rapat dengan BN. – Roketkini.com

‘JIKA BN KATA SUBJUDIS BINCANG 1MDB MAKA MO1 BOLEH DISABIT BERSALAH’ – DAP

BAJET 2017: BERSIAP SEDIA TOL NAIK, PAMPASAN SYARIKAT KONSESI DIBATALKAN

PIMPINAN PAS JUGA PIJAK GAMBAR PM NAJIB.INI BUKTINYA....

GAMBAR SEMASA KUDITA PERAK. SIAPA MEMIJAK GAMBAR NAJIB.??? ADAKAH INI ALASAN TAKIYUDDIN DAN PAS KHASNYA TIDAK MENYERTAI BERSIH 5?. KITA TIDAK KISAH PAS TIDAK MENYERTAI DAN RAMAI YANG MAMAHAMINYA, NAMUN ALASAN YANG DIBERIKAN MEMAKSA UNTUK WRLR MENJELASKANNYA, KERANA PAS KINI SUDAH DILIHAT JAUH DARI PAS YANG DIKENALI DULU.

BERSIH 4 TANPA PAS PUN LEBIH BESAR DARI SEBELUM INI.....JADI TAK PERLU PUJUK PAS BAIK DALAM PILIHANRAYA ATAU APA SAHAJA. PH PERLU BERSEDIA 3 PENJURU DAN KITA LAWAN Umno /Bn dan sekutunya Pas.

Bersih 5: Pas cakap biar terang, jangan jadi keli dalam besen

Mohd Sayuti OmarMohd Sayuti OmarSetiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan digesa supaya tidak mengeluarkan kenyataan berbelit berhubung penyertaan parti itu dalam himpunan Bersih, 19 November depan.
Penulis buku politik popular Mohd Sayuti Omar berkata, peguam itu boleh sahaja tanpa perlu berselindung menyatakan menjalin hubungan dengan Umno.
"Takiyuddin tidak payah banyak cakap berliku-liku macam jalan ke Bukit Tinggi.
"Terus terang sahaja Pas tidak mahu sertai Bersih kerana Pas sedia untuk berkerjasama dengan Umno. Cakap biar jelas dan terang.
"Ringkas, tidak menyusah dan mengelirukan orang. Dalam perjuangan kena gentlemen tidak jadi macam ikan keli dalam besen," bidasnya dalam status Facebook beliau.
Sayuti mengulas alasan Takiyuddin kononnya Pas tidak menyertai Bersih 5 kerana perjuangan gerakan kempen menuntut pilihan raya yang adil itu sudah melencong.
Takiyuddin yang juga peguam mendakwa terdapat peserta Bersih sebelum ini memijak gambar pemimpin parti tersebut.
"Kalaulah itu alasan kenapa Pas tidak mahu sertai Bersih, betapa rendah jiwa orang Pas.
"Takkan kerana gambar dipijak sanggup menolak gagasan Bersih untuk memastikan pilihan raya adil dan bersih.
"Tengok Anwar walaupun matanya lebam dibaham polis Dr Mahathir tetapi beliau boleh melupai peristiwa itu demi mencapai cita-cita bersama," tegas Sayuti lagi.

Perbahasan Belanjawan 2016 : Rafizi bongkar 3 isu penting TV Selangor TV Selangor

BAJET 2017 OLEH MENTERI KEWANGAN TERBURUK 2016, MEMANG PATUT PUN KELUAR DEWAN!!

Walaupun cuba diberi gambaran buruk dengan pelbagai label dan gelaran, tindakan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan dewan ketika Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2017, sebenarnya adalah sesuatu yang wajar dan penuh intergriti.

Insiden bermula dengan Najib sendiri yang tidak menyedari dan bagaikan lupa diri bahawa berdirinya beliau membentangkan bajet tersebut adalah atas kapasiti sebagai Menteri Kewangan dan bukannya sebagai Presiden UMNO atau Pengerusi BN.

Beliau seharusnya menumpukan ucapannya hanya untuk kepentingan rakyat dan negara, bukannya seperti berucap dalam kempen pilihanraya atau di atas pentas Perhimpunan Agung UMNO.

Mengambil banyak masa untuk mencela dan menghentam wakil pembangkang ketika membentangkan bajet untuk faedah 30 juta rakyat, lebih-lebih lagi dengan dakwaan sandiwara dan pengkhianat, adalah sesuatu yang di luar kebiasaan dan terbabas daripada landasan yang sewajarnya.

Menyindir sikit-sikit atau melemparkan kata-kata sinis kepada pihak pembangkang dengan nada bergurau dan sambil tersenyum sepertimana yang biasa dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim ketika mereka membentangkan bajet masing-masing suatu ketika dahulu, memang merupakan lumrah yang dapat diterima umum.

Malah, jika kita imbas kembali, sindiran dan kata-kata sinis Tun Mahathir dan Anwar kepada pembangkang ketika itu semuanya dapat diterima dengan senyum ketawa oleh Ahli-Ahli Parlimen pembangkang.

Ini kerana mereka sedar ia sekadar guaraun untuk menceriakan suasana semata-mata.

Tetapi Najib bukan saja mengambil banyak masa untuk menyerang pembangkang, malah serangan dan hentamannya tidak ubah seperti pengkhutbah yang pincang.

Najib menasihatkan rakyat berjimat cermat dan tidak makan di restoran mahal, sebaliknya hanya membeli "nasi lemak anak dara", tetapi adakah beliau pernah menasihati isteri dan keluarganya daripada tidak bermewah dalam berbelanja?

Dalam hal ini, memang wajar Ahli-Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan. Najib yang lebih dulu melanggar etika dengan berperangai tidak sewajarnya. Jika perkara yang sama berlaku di Jepun, Taiwan dan negara-negara Eropah, sudah pasti mereka juga akan meninggalkan dewan sebagai tanda bantahan.

Hanya dengan meninggalkan dewan, Najib dapat diberitahu bahawa tindakannya membuat dakwaan semberono, adalah sesuatu yang salah. Sebelum mahu mengusik atau menyindir pembangkang, Najib sepatutnya banyak belajar daripada Tun Mahathir dan Anwar atau mengambil sedikit masa menonton kembali video pembentangan bajet oleh kedua-dua tokoh tersebut yang pernah menjadi menteri kewangan cemerlang sebelum ini.

Lagi pula, wakil-wakil pembangkang juga hanya keluar dewan setelah "dihalau" oleh Speaker, Pandikar Amin Haji Mulia yang meminta mereka berbuat demikian jika tidak sedia mendengar pembentangan oleh Najib itu.

Jadi, siapa yang salah?

Nombor satu paling salah ialah Najib dan kedua, Pandikar yang gatal mulut menghalau mereka, sama seperti  gatalnya  mulut beliau suatu ketika dahulu mengadu kepada Tun Mahathir mahu meletakkan jawatannya, tapi kemudian tidak cukup kekuatan dengan sendiri punya pendirian.

Dalam aspek yang lain, sebelum mahu mencela dan menghentam orang lain, Najib juga seharusnya sedar siapa dirinya yang sebenar. Beliau mesti selalu melihat-lihat cermin menonton wajahnya  sendiri.

Hakikatnya, Najib bukan saja sedang terperosok dengan pelbagai isu melibatkan diri, isteri dan keluarganya, malah skandal kewangan yang terkait dirinya adalah yang terbesar dalam dunia ketika ini.

Beliau masih kekal berkuasa hanya kerana menguasai semua instrumen penting dalam negara, tetapi di luar negara, seluruh dunia sedang menyaksikan satu demi satu tindakan penguatkuasaan sedang diambil berkaitan 1MDB yang mana beliau sendiri berkuasa dan berperanan penting di dalamnya.

Jadi, tindakan keluar dewan sambil menuntut pengakuan tentang MO1 daripada Najib memang sesuatu yang wajar untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kes melibatkan beliau dan keluarganya belum lagi berakhir dan jauh sekali untuk terus dilupakan.

Tambahan lagi, semua hal berkaitan 1MDB langsung tidak dibenar  untuk dibincangkan di Parlimen.

Selain itu, Najib juga sebelum ini telah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terburuk Asia 2016 oleh sebuah portal kewangan antarabangsa, AsiaFinance. Bermakna, Bajet 2017 semalam dibentangkan oleh seseorang yang terburuk, bukan terbaik.

Maka, bersama semua itu, jauh lebih mengaibkan jika Ahli-Ahli Parlimen pembangkang,  masih sanggup mendengar sampai habis ucapan belanjawan yang disampaikan oleh Najib yang bukan saja sudah disahkan sebagai terburuk, tetapi juga sebenarnya telah sifar wibawa dan intergriti dalam dirinya. (SH 22/10/2016).

BERSATU MENENTANG Umno/Bn.TINGGALKAN YANG MASIH RAGU RAGU

KREDIT:  WAN FAUDZIN

Suasana di Ceramah Mega Setahun Amanah Selangor di Shah Alam  malam tadi. Dalam suasana hujan, kehadiran orang ramai amat membanggakan.
Berikut petikan ucapan para pimpinan utama:
Husam Musa - Pembangkang harus segera melangkah dan atur strategi menghadapi PRU14. Mana-mana yg setuju untuk bersatu jatuhkan Umno/Bn harus digembeling sekarang, mana-mana parti yg masih was-was dan ragu-ragu untuk bersama kita, biarkan mereka dengan keraguan mereka dan kita harus jalan dahulu ke medan.
Mat Sabu - Ingatan sejarah, waktu Parti Semangat 46 tubuh untuk lawan Umno/Bn, kita sambut dan bantu mereka. Waktu PKR tubuh, kita sambut dan bantu mereka. Dan kini, waktu Amanah pula wujud, Amanah juga seharusnya disambut dan dibantu.
Azmin - Amanah diharapkan dapat memperkasakan parti mereka di Selangor khususnya bagi memperkuatkan sokongan rakyat bagi bersama PKR dan Dap serta Bersatu untuk menumbangkan Umno/Bn di Pusat. Mana2 pihak yg tidak mahu bersatu menumbangkan Umno/Bn, mereka akan ditolak oleh rakyat dlm PRU akan datang.
Mahathir - Pembangkang mesti bersatu dan mesti menggunakan satu logo di dlm PRU akan datang untuk pastikan satu lawan satu dengan Umno/Bn. Menyeru rakyat untuk turun himpunan BERSIH 5 dan beliau juga akan turun bagi menggambarkan rakyat menolak kepimpinan Najib, Umno/Bn. Provokasi oleh puak2 Jamal baju merah adalah taktik untuk menggagalkan BERSIH supaya Najib boleh gunakan kuasanya bagi menghalang BERSIH atas alasan kononnya berlaku huru-hara dan pergaduhan kaum.

Dulu Selangor kubu Umno BN. Sekarang Selangor jadi kubur bagi Umno BN.
Tahniah kepada AMANAH. Walaupun usia setahun tapi cukup matang dalam politik mereka. Saya yakin AMANAH akan main peranan penting dalam politik negara.
Senario politik semasa memerlukan kekuatan baru. Negara sedang dilanda kegawatan kepimpinan dan kecurangan pengurusan ekonomi negara. Kita tak boleh lagi mendokong Umno BN.
Bukan sahaja menyokong Perdana Menteri Najib Razak malah mana-mana pihak yang dilihat bersama dengan Najib pun tidak boleh diterima.
Tidak boleh bersekongkol dengan bapak perompak negara.
Kita nyatakan ikrar, mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno BN, rakyat akan menolak mereka pada pilihan raya akan datang.
DS Azmin Ali

Selepas pembalakan melampau, Kelantan buat Dialog Sayangi Hutan

Dialog Sayangi HutanDialog Sayangi HutanEkoran kontroversi pembalakan tidak terkawal di bahagian hulu Kelantan, pihak kerajaan negeri hari ini menganjurkan dialog 'Sayangi Hutan Kita'.
Program anjuran Perkuburan Intelektual dan Graduan Kelantan (i-Grad) itu yang bertempat di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu dijangka berlangsung pukul 9.15 malam semalam.
Dialog itu diadakan selepas pembongkaran kemusnahan kritikal alam sekitar oleh Royalti (R) Malaysia bersama kumpulan NGO dan media minggu lalu.
Pensyarah Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Zaki Hamzah dan NGO Rakan Alam, Huzir Sulaiman sebagai ahli panel.
Dialog yang dipanggil 'Sanggar Intelek' itu diuar-uarkan akan menjawab persoalan berkaitan amalan pengurusan hutan yang sebenar, takrifan Hutan Simpan Kekal serta hutan sebagai sumber ekonomi negeri.
Dalam hal berkaitan, tinjauan Malaysia Dateline bersama R Malaysia baru-baru ini mendapati penebangan balak turut melanggar had 50 meter dari tebing sungai selain beberapa balak bersepah di Air Terjun Dakota.
Tinjauan media dan NGO di pedalaman Gua Musang melalui drone minggu lalu mendapati pembalakan secara tebang habis turut melanggar zon rizab sungai. Foto: R MalaysiaTinjauan media dan NGO di pedalaman Gua Musang melalui drone minggu lalu mendapati pembalakan secara tebang habis turut melanggar zon rizab sungai. Foto: R MalaysiaSiasatan juga mendapati paras sungai di sekitar Hutan Simpan Kekal Balah juga cetek akibat aktiviti berlebihan mendapan pasir yang dipercayai kesan pembalakan.
Masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan turut mengadu kehidupan mereka semakin terancam ekoran sumber hutan yang semakin merosot.
PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Pihak tolak Bersih 5 jadi tangga Umno, kata Husam

Datuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkanDatuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkan
Pihak yang menolak untuk sertai Bersih 5 atas alasan tidak mahu jadi "tangga" pihak lain adalah sebenarnya mahu jadi "tangga" Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana tindakan sperti itu sudah tentu akan membantu pihak yang menipu dalam pilihan raya.
Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkan kerana dalam meraih sokongan rakyat semua pihak saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
"Pas sendiri sudah berapa kali mendapat manfaat politik melalui bantuan politik atau "tangga" pihak lain," katanya dalam ceramah kemuncak konvoi Bersih 5 di Pasir Puteh malam tadi.
Pada pilihan raya 1999 katanya, Terengganu terlepas dari tangan Umno kerana isu pemecatan Datuk seri Anwar Ibrahim.
"Pas sudah dapat tangga Anwar ketika itu dan dapat memerintah, ada sesiapa terfikir untuk beri Anwar imbuhan atau gaji?.
"Semua dibolot Pas Terengganu dan PKR waktu itu jadi melukut ditepi gantang saja," katanya.
Begitu juga katanya dalam pilihan raya 2008 dan 2013, Pas telah mendapat kemenangan di banyak tempat termasuk di Selangor, Perak dan lain-lain hasil mendapat "tangga" dari pengundi bukan Islam yang sebahagiannya kerana perjuangan Bersih.
"Di Selangor pernah dapat hingga 15 kerusi dari 20 kerusi ditandingi, tidak sedarkah kita ini hampir mustahil tanpa "tangga" pihak lain," soal beliau.
Penyertaan dalam gerakan Bersih katanya adalah kewajipan agama dalam ajaran Islam kerana pengendalian pilihan raya yang penuh penipuan dan senget sebelah adalah perkara yang melampaui batas.
"Dalam Islam perakara ini disebut "tangha" atau "taghut"," katanya.
Menurut beliau, semasa arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dulu, penyertaan dalam aktiviti Bersih dianggap satu kewajipan.
"Semua acara Bersih sejak yang pertama hingga Bersih 3, arwah Tok Guru arahkan kita semua bersama kerana perkara ini bukan setakat tindakan politik malah satu kerja agama.
"Tok Guru arahkan saya supaya membuat panduan dan tatacara ketika menyertai Bersih, antara lain mengarahkan kita supaya bersolat di mana saja bila masuk waktu solat.
"Dari situlah kita lihat peserta Bersih bersolat di semua sudut, dan orang bukan Islam menghormati tindakan ini dengan turut membersihkan tempat kita nak bersolat dan mereka yang bawa air turut membantu mereka yang belum ada wudhuk mengambil wudhuk.
Perkara ini kata beliau menjadi viral ke seluruh dunia kerana gambar-gambar diambil bagi menunjukkan perpaduan dan keharmonian antara kita rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
"Kita diajar bersatu menentang kezaliman dan penindasan dan bukannya memperlekehkan oang-orang yang berusaha menuntut keadilan dan sistem pilihan raya yang bersih dan bebas.
"Orang memerhati cakap-cakap mereka ini dan semakin terasa ucapan terhadap Bersih ini seperti percakapan menteri di pejabat perdana menteri," katanya.

Usul MP Marang mesti dapat kebenaran Najib, dakwa Rafizi

Rang Undang Undang yang bakal dibawa MP MaarangRang Undang Undang yang bakal dibawa MP Maarang
Usul pindaan Akta 355 yang bakal dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika dibenarkan adalah untuk mendapat persetujuan Dewan Rakyat agar satu Rang Undang-undang bagi menaikkan had hukuman Mahkamah Syariah dirujuk kepada menteri yang berkenaan untuk dipertimbangkan.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata demikian ketika mengulas jangkaan Presiden Pas itu akan membentangkan usul tersebut di Dewan Rakyat pada masa terdekat.
Menurutnya, usul itu mesti mendapat kebenaran daripada kerajaan iaitu Datuk Seri Najib Razak selaku ketua kerajaan untuk dibentangkan.
"Kebenaran ini selalunya dizahirkan dalam bentuk keizinan yang diberi oleh menteri yang bertanggungjawab hal ehwal parlimen yang sekarang ini dipegang Datuk Azalina Said Othman.
"Jika Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan, maka usul boleh dibentang dan dibahaskan.
"Katakanlah usul diberi kebenaran oleh Perdana Menteri dan ia dibahaskan. Setelah dibahas maka berlaku pengundian," ujarnya sambil menekankan perlunya Peraturan Mesyuarat difahami.
Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata, ramai yang menjangkakan Dewan Rakyat akan tunggang terbalik jika sampai ke peringkat pengundian kerana jika diluluskan kononnya terlaksanalah hudud di Malaysia.
"Yang tidak setuju berpandangan ini satu bahaya yang kita mesti hentikan. Yang bersetuju menegaskan kalau tidak setuju maka orang itu menolak Islam.
"Hakikatnya jauh panggang dari api, jauh undang-undang dari 1MDB (pepatah kedua saya tambah sendiri)," sindirnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, perjalanan untuk hudud bahkan menaik taraf Mahkamah Syariah masih jauh jika usul RUU355 itu diundi dan diluluskan.
"Sebabnya ialah pengundian yang dibuat selepas pembentangan dan perbahasan usul Ahli Parlimen Marang itu hanya bagi mendapat persetujuan Dewan Rakyat untuk merujuk rang undang-undang tersebut kepada menteri yang bertanggungjawab untuk dipertimbangkan.
"Selagi menteri berkenaan tidak kembali untuk membentangkan rang undang-undang itu sebagai rang undang-undang kerajaan dan dibahaskan kembali, maka undi yang dibuat susulan dari usul Ahli Parlimen Marang itu tidak lebih dari menyatakan sokongan moral tanpa ada kesan undang-undang," tegasnya.
Sehubungan itu, Rafizi menasihatkan supaya rakyat faham bahawa pindaan Akta 355 akhirnya kembali kepada keputusan Najib jika pengundian berlaku selepas pembentangan usul Ahli Parlimen Marang tersebut.
Menurutnya, cadangan Hadi itu hanya berpeluang untuk dilaksanakan jika Najib mengarahkan Datuk Seri Jamil Khir membentangkan satu rang undang-undang jenayah memperkasakan Mahkamah Syariah untuk dibahaskan pada peringkat bacaan kedua.
"Ramai yang tidak sedar bahawa walaupun ahli parlimen bukan kerajaan boleh sahaja mengusulkan apa-apa cadangan rang undang-undang, untuk ia dibahas dan diundi sebelum dilaksanakan, ia mestilah diterima dan dibentangkan kembali sebagai rang undang-undang kerajaan.
"Hanya rang undang-undang yang dibawa oleh kerajaan yang akan dan boleh dilaksanakan," tambahnya lagi.

Pembalakan Gua Musang: ‘Misteri’ Air Terjun Dakota terungkai

dakota
GUA MUSANG, 16 OKT: Baru-baru hangat apabila sebuah foto menjadi viral di media sosial berhubung kerosakan yang berlaku di Air Terjun Dakota terletak sekitar 20 kilometer dari Pos Gob, kawasan yang terjejas teruk akibat pembalakan.
Pendedahan awal kerosakan di air terjun Dakota yang dibuat aktivis alam sekitar dari Royalti (R) Malaysia Syam Ghaz itu mendapat reaksi Pemuda Pas Kelantan yang kemudian membuat tinjauan ke kawasan tersebut.
dakota1Batang-batang balak yang dijadikan laluan pembalakan merentangi Air Terjun Dakota.
Dalam video terkini yang dirakam Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan Nazman Che Ibrahim itu, beliau mendakwa tuduhan bahawa kawasan air terjun tersebut musnah adalah tidak benar.
“Airnya jernih dan mendinginkan. Pepasir nan indah, suasana yang mendamaikan serta dikelilingi kehijauan hutan. Ikan ikan berenang di celahan batu. Cukup indah dan menenangkan jiwa,” katanya dalam satu kenyataan.
dakota4Ashraf menunjukkan laluan balak berhampiran air terjun ini yang tidak lagi digunakan sejak sebulan lalu setelah mendapat bantahan kuat orang asli di sana. Foto Syam Ghaz
Bagaimanapun kenyataan beliau disangkal apabila cuba menyembunyikan foto dan fakta sebenar terhadap apa yang berlaku di kawasan air terjun tersebut.
Dalam tinjauan yang dibuat bersama penganjur NGO Royalti (R) Malaysia, rakan NGO dan media lain mendapati aktiviti pembalakan jelas berlaku di Air Terjun Dakota apabila tebangan pokok dilakukan kurang 50 meter dari kawasan sungai yang merupakan sumber air.
Terdapat banyak batang-batang balak yang berlonggokan di beberapa tempat selain kesan pemotongan pokok.
Selain itu, wujud laluan lori balak yang merentasi sungai berkenaan disambung dengan beberapa batang balak yang merentangi sungai.
Bukti wujud pembalakan di kawasan tersebut juga semakin kuat apabila sebuah kongsi pekerja balak beserta sebuah jentera berada di sekitar 200 meter tidak jauh dari kawasan air terjun itu.
dakota2Kongsi pekerja balak dan sebuah jentera penyodok yang berada sekitar 200 meter dari Air Terjun Dakota. Foto Ahmad Yusufi
Menurut pendedahan salah seorang penduduk orang asli yang mengikuti tinjauan kami, pembalakan telah berlaku di kawasan terbabit sejak tahun 2015 dan dihentikan sekitar bulan Ogos lalu setelah mendapat bantahan masyarakat orang asli di sana.
Menurut Syam, gambar dan video yang dimuat naik pemimpin pemuda Pas berkenaan hanyalah dari sudut-sudut tertentu sahaja.
“Usahlah sembunyikan maklumat sebenar, ramai lagi Orang Asli dan pasukan kenderaan pacuan empat roda yang saya yakin dan percaya mereka mempunyai bukti yang cukup jelas.
“Untuk apa sembunyikan maklumat sebenar? Adakah untuk lindungi pembalak? Atau tolong back up kerajaan negeri kerana kebanyakan syarikat yang mendapat lesen di kawasan tersebut adalah dari anak syarikat kerajaan negeri?” kata beliau.
Menurut seorang lagi aktivis, Mohd Fauzi Mohd Azmi, kesan pembalakan di Air Terjun Dakota sangat ketara.
dakota5-pada-oktoberPemandangan kawasan Air Terjun Dakota yang diambil aktivis Syam Ghaz beberapa bulan lalu.
“Selepas di sana, saya berjalan di beberapa tempat air terjun ini, saya menemui batang-batang kayu-kayu yang dihanyutkan oleh banjir, tetapi kita dapat lihat kesan potong dengan gergaji.
“Kalau hanyut dengan banjir, pokok akan patah sahaja, tapi balak-balak yang dihanyutkan ni ada kesan potong dengan gergaji, bukan patah saja, yang patah pun ada yang potong dengan gergaji pun ada tak kurang 10 batang,” ujarnya.
Isu pembalakan di Gua Musang hangat diperkatakan sehingga kini setelah berlakunya insiden kekasaran samseng pembalak terhadap penduduk Orang Asli Temiar di blockade Simpang Petei, Pos Tohoi dekat sini.
Bantahan dari Orang Asli ini dibuat kerana pembalakan besar-besaran di kawasan mereka telah menjejaskan kehidupan harian mereka termasuk sumber makanan, minuman, ubatan dan pendapatan hasil hutan. –Roketkini.com.