PAK LAH, KU LI, HADI AWANG - SIAPA BAKAL PENASIHAT PETRONAS?



Berdasarkan perbualan serta tinjauan dengan beberapa pihak, sekurang-kurangnya tiga nama menduduki kebarangkalian paling tinggi untuk mengisi jawatan penasihat Petronas menggantikan Tun Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatannya semalam.

Mereka ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Razaleigh Hamzah dan Hadi Awang.

Tun Abdullah atau Pak Lah mungkin menjadi pilihan jika tradisi pemegang jawatan itu daripada kalangan bekas Perdana Menteri ingin dikekalkan oleh Najib. 

Sebelum Tun Mahathir, seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tun Hussein juga pernah duduk di kerusi tersebut.

Selain itu, dengan perlantikan Pak Lah juga dipercayai dapat mengukuhkan lagi hubungan Najib dengan Khairy Jamaluddin dan Pemuda UMNO yang dilihat agak "suam-suam kuku"  sejak timbulnya isu 1MDB dan derma RM2,600 juta.

Tengku Razaleigh atau Ku Li, jika dilantik, tidak lain bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan Najib dan mengecilkan lagi kumpulan Tun Mahathir yang menentangnya.

Ku Li sebelum ini pernah duduk semeja dengan Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin ketika membantah Sosma, tetapi pendirian Ahli Parlimen Gua Musang itu bagaimanapun tidak sehaluan dengan bekas Perdana Menteri itu berkaitan Deklarasi Rakyat.

Ku Li bukanlah asing dengan Petronas, selain menubuhkan syarikat minyak negara itu, beliau juga merupakan Pengerusi Petroleum yang pertama sebaik ia ditubuhkan.

Dalam perkembangan politik mutakhir ini, Ku Li juga dikatakan beberapa kali dipanggil bertemu Najib, tetapi tujuan dan topik perbincangannya tidak dapat dipastikan.

Hadi Awang pula, walaupun ternampak agak mustahil untuk dilantik menjadi penasihat Petronas berikutan pengetahuannya yang mungkin terbatas dalam hal-hal berkaitan petroleum, pengurusan dan perniagaan antarabangsa, tetapi tidak mengejutkan jika Najib berbuat demikian dengan tujuan menambat hati Pas untuk menyokongnya secara rasmi.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sudah diberikan jawatan CEO Yayasan Kesederhanaan Global yang diwujudkan oleh Najib.

Apakah Hadi Awang, bakal menjadi orang kedua dalam Pas, selepas Nasharuddin, yang akan terpaut hati "makan gaji" dengan kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Najib?

Berdasarkan tiga nama tersebut, siapakah pilihan Najib agaknya? Pak Lah, Ku Li atau Hadi Awang?

Buat sementara, di samping berserah kepada ketentuan Tuhan, yang paling berhajat juga bolehlah mulai melobi, berangan-angan dan berdoa agar jawatan itu jatuh ke ribaan. (SH 12/03/2016).

KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
10 MAC 2016

BELANJA LEBIH RM1.5 BILION: BARISAN NASIONAL LANGGAR PERATURAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)

Saya mengucapkan terima kasih di atas pengakuan Ketua Menteri Melaka, YAB Dato’ Seri Idris Haron bahawa Barisan Nasional telah membelanjakan lebih dari RM1.5 bilion dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada tahun 2013. Pengakuan ini sememangnya mengejutkan. Pertama, ia jelas bercanggah dengan pengakuan Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir yang mendakwa bahawa Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak mendedahkan bahawa BN membelanjakan hanya RM1.5 bilion sahaja dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Kedua, tindakan Barisan Nasional ini – sekiranya benar – jelas merupakan satu bentuk pelanggaran kepada undang-undang pilihan raya.

Saya merujuk kepada kenyataan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Dato’ Wan Omar Wan Ahmad yang dilaporkan media pada 17 Mac 2013 yang menegaskan bahawa SPR tidak akan menaikkan had bagi perbelanjaan membiayai pilihan raya bagi calon-calon yang bertanding. Dalam kenyataan yang sama, Wan Omar turut menegaskan bahawa had perbelanjaan maksimum yang dibenarkan bagi calon yang bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah RM100,000 manakala bagi calon kerusi parlimen pula adalah sebanyak RM200,000.

Kenyataan dari Timbalan Pengerusi SPR ini selaras dengan Sekysen 19 Akta Pilihan Raya 1954 yang hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon DUN.

Jika kiraan kasar dibuat bagi setiap kerusi yang ditandingi oleh Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu, maka perincian perbelanjaan yang digunakan adalah seperti berikut:

DUN : RM100,000 x 500 = RM50,000,000

PARLIMEN : RM200,000 x 222
= RM44,400,000
JUMLAH = RM94,400,000

Berdasarkan kiraan kasar di atas, jumlah perbelanjaan keseluruhan pilihan raya jika bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen seluruh negara adalah sebanyak RM94.4 juta. Justeru, apakah kewajaran dan keperluan Barisan Nasional untuk berbelanja lebih dari RM1.5 bilion? Dan apakah perkara ini tidak menyalahi peraturan pilihan raya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh SPR? Jumlah RM1.5 bilion adalah nilai yang teramat besar serta mencecah 16 kali ganda dari jumlah yang dibenarkan oleh SPR!

Mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 juga, calon bagi setiap kerusi Parlimen dan kerusi negeri, masing-masing tidak boleh berbelanja melebihi had yang ditetapkan itu. Mereka yang didapati bersalah, boleh dihukum denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di mana terbatal kelayakan sebagai wakil rakyat dan kehilangan hak.

Undang-undang dan garis panduan yang telah ditetapkan ini jelas telah dilanggar secara terbuka oleh Barisan Nasional dan ia telah diakui sendiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Sehubungan dengan itu, KEADILAN menuntut penjelasan rasmi dari pihak SPR berhubung perkara ini iaitu apakah tindakan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu boleh dianggap sebagai satu bentuk korupsi iaitu menggunakan wang untuk membeli undi dari rakyat?


SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka

hipokrit: Pakatan baharu: Bukti Pas tak boleh sendirian

Greenbog




Pakatan baharu: Bukti Pas tak boleh sendirian 

SHAH ALAM – Hasrat Pas untuk membentuk satu kerjasama politik dengan sebuah parti politik membuktikan parti Islam itu tidak boleh bersendirian dalam menghadapi PRU14 akan datang. 

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, Pas sudah sedar kesilapannya 'menceraikan' Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan perlu mencari sekutu baharu yang boleh memberikan kelebihan kepada mereka. 

“Ini menunjukkan Pas sedar bahawa tanpa satu gabungan, tanpa berkawan dengan parti lain, mereka tak dapat berdepan dan menghadapi PRU14 secara bersendirian. Sebab itu Pas sedar, mereka perlu mencari gabungan politik lain. 


“Kita tunggu dan lihat saja, agenda kita memperkukuhkan Pakatan Harapan. Dia nak cari parti mana untuk bergabung, atau berkawan dengan sesiapa. Kita tak boleh menghalang sesiapa (wujudkan blok politik), ini negara bebas, (kerana) itu hak mereka,” katanya kepada Sinar Harian. 

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis yang mengumumkan pihaknya akan membentuk pakatan baharu dengan sebuah parti politik bagi menghadapi PRU14 akan datang. 

Takiyuddin bagaimanapun berkata, blok pembangkang baharu itu tidak akan melibatkan Umno dan Pakatan Harapan dan perkara itu akan diumumkan pada 16 Mac ini. 

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad pula menyifatkan sikap parti Islam itu bercanggah dengan pendirian asalnya, iaitu mahu bersendirian selepas keluar dari PR pada Jun tahun lepas. 

“Kita tunggu mereka buat pengumuman (16 Mac), dengan siapa dan sebagainya, tapi itu hak dia nak jadi pakatan ketiga. Sekarang ini rakyat mahu menggantikan BN, mereka nak tengok satu alternatif. 

“Sebab itu kita bersusah payah nak bina PR dulu, Pas pula pecahkannya, sekarang ini kita buat Pakatan Harapan, Pas pula nak buat pakatan lain, terpulang kepada dia. Saya ucapkan selamat berjaya kepada Pas,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu. 

Bagi Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Pas perlu memutuskan hubungan politiknya dengan PKR kerana parti itu adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan. 

“Saya harap Pas sedar diri dengan putuskan hubungan dengan PKR, kalau Pas dalam masa sama mahu teruskan hubungan dengan PKR, nampak sangat dia nak mengadakan hubungan dengan Pakatan Harapan. 

“Orang nampak Pas tak konsisten, saya tak tahu apa pendirian Pas dengan menjalinkan hubungan dengan PKR,” katanya lagi. -SH 

Pakatan baharu: Keputusan Pas tidak diketahui PKR


SHAH ALAM - Keputusan Pas untuk membentuk satu pakatan baharu dengan sebuah parti politik dalam menghadapi PRU14 tidak dimaklumkan secara rasmi kepada PKR, selaku rakan tahaluf siyasinya.

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berkata, pihaknya akan menunggu Pas berbuat demikian atau menunggu pengumuman rasmi itu pada 16 Mac in untuk tindakan lanjut.

"Saya tidak dimaklumkan oleh Pas setakat in, jadi saya akan tunggu pengumuman 16 Mac ini. Kemudian kita akan bincang di peringkat KEADILAN terlebih dahulu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis yang mengumumkan pihaknya akan membentuk pakatan baharu dengan sebuah parti politik bagi menghadapi PRU14 akan datang.

Takiyuddin bagaimanapun berkata blok pembangkang baharu itu tidak akan melibatkan Umno dan Pakatan Harapan dan perkara itu akan diumumkan pada 16 Mac ini
 -SH


Tak mungkin PAS bergabung dengan kami – PSM

PETALING JAYA : Parti Sosialis Malaysia (PSM) menafikan cakap-cakap bahawa parti itu akan bersama-sama PAS bagi membentuk blok pembangkang baharu atau kuasa ketiga.

Setiausaha Agung PSM, Sivarajan Arumugan berkata, tidak mungkin parti Islam seperti PAS mahu bergabung dengan PSM.

“Tak mungkin parti Islam nak bergabung dengan kita. Tak mungkin. Kita pun tak tahu PAS mahu bergabung dengan siapa,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddun Hassan yang mengumumkan parti itu akan membentuk blok baharu pembangkang pada 16 Mac, menjadikan kumpulan itu blok pakatan pembangkang ketiga di negara ini.

Dalam pada itu, Sivarajan turut ditanya adakah parti itu mahu atau akan bergabung dengan mana-mana parti.

“Dua tahun yang lepas, kita bentuk gabungan kiri. Tapi gabungan kiri itu bukannya untuk pilihan raya ..tapi dia sebenarnya kumpulan dengan individu-individu lain yang kita usahakan (untuk) perjuangkan isu-isu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik memberitahu FMT, pihaknya tidak mendapat maklumat ura-ra PAS merancang bergabung dengan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Tak tahu..tak dapat maklumat,” katanya.

Pada tahun 2013, ISMA bertanding tujuh kerusi Parlimen dan dua DUN atas tiket BERJASA- parti serpihan PAS. Namun, kesemua calon itu kalah. 
-FMT



ULASAN GB 

Dulu komain mendabik dada kata PAS dah kuat, boleh bersendirian dan tak perlu parti lain. 

Tiba-tiba mahu tubuh blok ketiga. Mahu bhekerjasama dengan parti lain. Mungkin sekarang tengah mencari-cari NGO sekecil mana sekalipun, asalkan mahu bersamanya walaupun mungkin NGO itu satu ketika pernah menjadi musuhnya. Tak kisah, itu dulu, sekarang mahu tunjuk PAS tak sendirian. Ada kawan. Ada teman. Sekadar NGO sajalah. Parti politik lain sudah renjis awal-awal. 

Gb sudah ulas isu ini. Boleh semak semula di PAS Baru Sedar Tidak Boleh Sendirian, Mahu Bentuk Blok Ketiga

[GAMBAR] Ribuan Hadir Ceramah Husam Bersama Mat Sabu Di Kubang Kerian

Desak Najib undur suruhan agama kata Husam

Bekas naib presiden Pas Dato' Husam Musa berkata
 usaha mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
 Razak meletak jawatan adalah bertepatan dengan
 ajaran agama Islam.

Menurut beliau perkara ini dinisbahkan kepada tindakan
 nabi SAW yang menyertai peristiwa "Hilful Fudhul" 
semasa baginda masih remaja lagi.

"Dalam peristiwa ini nabi SAW menyertai 
sekumpulan penduduk Mekah yang membuat
 perjanjian untuk membela peniaga yang dianiaya seorang pembesar yang enggan membayar
 hutang," kata beliau di majlis ceramah perdana mantan ahli parlimen Kubang kerian 10 Mac lalu.



Ceramah anjuran sebuah NGO itu diadakan di bandar setelit Pasir Tumboh dan dipengerusikan
 Ahli Parlimen Kubang Kerian Ustaz Baihaki Atiqullah.

Menurut Husam walaupun kumpulan yang membuat perjanjian tersebut adalah terdiri daripada
 penyembah-penyembah berhala baginda nabi tidak teragak-agak untuk menyertainya kerana ia
 melibatkan soal maruah dan integriti.

Beliau yang turut menandatangani deklarasi rakyat yang mendesak Najib berundur menyeru
 orang ramai menyertai kempen ini kerana ia tidak bercanggah dengan undang-undang negara dan
bertepatan dengan ajaran Islam.

"Dalam kisah hilful fudhul pembesar Mekah itu hanya khianat kepada seorang peniaga sedang
 dalam kes Najib pengkhianatan dilakukan kepada sejumlah rakyat yang begitu ramai," jelasnya.

Beliau mengambil contoh kes Tabung Haji (TH) bagaimana badan yang dimiliki umat Islam itu diperalat
 untuk membeli sebidang tanah dengan harga berganda yang tidak masuk akal semata-mata
 untuk melindungi skandal 1MDB. 

"Berapa ramai pendeposit TH yang dianiayai dan dikhianati dalam kes ini sahaja," soal beliau.

Beliau melahirkan rasa terkejut kerana ada pihak yang mendakwa mendesak PM meletak
 jawatan akan membawa huru-hara dan keadaan anarki.

"Dalam perlembagaan negara kita seorang perdana menteri boleh meletakkan jawatan sebagai 

salah satu kaedah peralihan kuasa yang dibenarkan,"

"Ini telah berlaku kepada Tun Husein Onn, Tun Abdullah Badawi dan Kepada Tun Mahathir sendiri.

 kata beliau.

"Masa mereka ni undur dengan meletakkan jawatan mana ada masalah," kata beliau.

Turut berceramah dimajlis tersebut adalah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah)
 Haji Mohd Sabu dan timbalannya, Haji Salahuddin Ayub.- Malaysia Dateline

Peristiwa Hilful Fudhul


Beliau Shallallahu'alaihi Wasallam pernah bersabda: “Aku menghadiri sebuah perjanjian di rumah Abdullah bin Jud'an. Tidaklah ada yang melebihi kecintaanku pada unta merah kecuali perjanjian ini. Andai aku diajak untuk menyepakati perjanjian ini di masa Islam, aku pun akan mendatanginya” (HR. Al Baihaqi dalam Sunan Al Kubra no 12110, dihasankan oleh Al Albani dalam Silsilah Ash Shahihah no.1900)

Seorang pedagang dari Yaman yang berasal dari kabilah Zabid datang ke kota Mekkah membawa barang dagangan. Lalu ada seorang lelaki dari suku Quraisy yang membeli barang darinya. Lelaki ini terkenal akan kekejaman, kejahatan dan kezalimannya. Ia adalah Al ‘Ash bin Wa’il As Sahmi, yang merupakan ayah dari sahabat Nabi Amr bin Al ‘Ash dan Hisyam bin Al ‘Ash radhiallahu’anhuma. Ketika Al ‘Ash mendapatkan barangnya dan sudah diletakkan di tempatnya, ia tidak mau membayar kepada si pedagang.

Si pedagang tersebut berusaha minta tolong kepada para penduduk dan pembesar Quraisy untuk membantunya namun usahanya sia-sia. Setelah putus asa, ia pergi ke tengah-tengah Masjidil Haram di samping Ka’bah lalu bersyair:

ياآل فهر لمظلوم بضاعتـه.. ببطن مكة نائي الدار والنفر
ومحرم أشعث لم يقض عمرته .. يا للرجال وبين الحِجر والحَجر
البيت هذا لمن تمت مروءته .. وليس للفاجر المأفـون والغدر

Wahai keturunan Fihr! Tolonglah orang yang perdagangannya dizhalimi
Di tengah kota Mekkah, sementara ia jauh dari rumah dan sanak keluarga
Dalam kondisi berihram, rambut kusut, dan belum menyelesaikan umrahnya
Wahai para pembesar di antara dua batu (hajar Ismail dan hajar Aswad)
Sesungguhnya Baitullah ini hanya pantas untuk orang yang sempurna kehormatannya
Bukan untuk orang yang jahat dan suka berkhianat

Bangkitlah salah seorang pemuka Bani Abdil Muthallib pun datang, namanya adalah Az Zubair. Ia berkata kepada si pedagang: “Aku penuhi panggilanmu dengan membawa solusi. Sungguh kezaliman ini sudah tidak bisa ditahan lagi dan tidak bisa dibiarkan lagi”. Lalu Az Zubair bergegas saat itu juga pergi ke rumah salah seorang pembesar Quraisy yang bernama Abdullah bin Jud’an, yang masih ada hubungan kerabat dengan Abu Bakar Ash Shiddiq radhiallahu’anhu. Abdullah bin Jud’an dikenal kemuliaannya dan kedermawanannya. Abdullah bin Jud’an pun bersedia untuk bangkit dan bertindak. Ia pun memanggil penduduk Quraisy dan sekitarnya: “Ayolah para pemuka kota Mekkah, datanglah ke rumahku, kita buat perjanjian yang dapat menolong orang yang terzhalimi dan menghentikan perbuatan orang zhalim”.

Panggilan ini diamini oleh banyak orang termasuk para pemuka dari Bani Hisyam, Bani Abdil Muthallib, Bani Asad, Bani Zahrah, Bani Tamim. Juga dihadiri oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam yang ketika itu belum diutus menjadi Nabi dan Rasul namun beliau sudah memiliki reputasi sebagai orang yang digelari Al Amin. Beliau Shallallahu’alaihi Wasallam pernah bersabda:

لَقَدْ شَهِدْتُ فِي دَارِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جُدْعَانَ حِلْفًا مَا أُحِبُّ أَنَّ لِيَ بِهِ حُمْرَ النَّعَمِ ، وَلَوْ أُدْعَى بِهِ فِي الإِسْلامِ لأَجَبْتُ

“Aku menghadiri sebuah perjanjian di rumah Abdullah bin Jud’an. Tidaklah ada yang melebihi kecintaanku pada unta merah kecuali perjanjian ini. Andai aku diajak untuk menyepakati perjanjian ini di masa Islam, aku pun akan mendatanginya” (HR. Al Baihaqi dalam Sunan Al Kubra no 12110, dihasankan oleh Al Albani dalam Silsilah Ash Shahihah no.1900)

Lalu mereka membuat satu perjanjian yang isinya: di Mekkah tidak boleh ada orang yang dizhalimi baik penduduk Mekkah sendiri maupun pendatang kecuali pasti akan dibantu dan kembalikan haknya dari pihak yang menzhalimi. Lalu orang-orang Quraisy menamai perjanjian itu dengan nama Hilful Fudhul, karena disepakati orang para afadhil (orang-orang yang memiliki keutamaan).

Saat itu juga, orang-orang yang menyepakati perjanjian tersebut mendatangi rumah Al ‘Ash lalu memintanya memenuhi hak si pedagang dari Yaman. Sejak itu orang-orang yang berada di Mekkah di jamin keamanannya oleh penduduk Mekkah dari segala bentuk kezhaliman. -muslim.or.id







DESAK PM NAJIB LETAK JAWATAN BERTEPATAN TUNTUTAN ISLAM – HUSAM

TAMRIN TUMPANG TANYA, ADAKAH KU NAN KAUM KERABAT SULTAN MELAKA?


Di sebalik Khairuddin Abu Hassan yang kerap mempertikaikan awalan nama  "Tengku" yang digunakan oleh Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar pula melahirkan rasa hairannya dengan gelaran yang dipakai pemimpin UMNO itu.

"Saya berasal dari Melaka, setahu saya tidak ada orang Melaka yang bergelar "Raja"  atau "Tengku"  kerana Kesultanan Melaka sudah berakhir sejak kira-kira 500 tahun dulu lagi," katanya.

Lantaran itu, katanya, beliau benar-benar hairan bagaimana Tengku Adnan yang keluarganya dikatakan berasal dari Tengkera, Melaka ada gelaran "Tengku" tersebut.

"Adakah beliau sebenarnya merupakan keturunan atau ada hubungan darah dengan Sultan Melaka yang sekarang heboh diperkatakan mahu menuntut takhta di negeri itu?" soal Tamrin lagi.

Semalam Khairuddin membidas Tengku Adnan dengan mengatakan Setiausaha Agung UMNO itu tidak layak mempertikaikan kehadiran pemimpin-pemimpin UMNO yang menandatangani Deklarasi Rakyat berikutan gelaran "Tengku" yang digunakannya sendiri adalah palsu.

"Dengan rakyat pun dia menipu dengan menggunakan gelaran palsu, siapa dia untuk mengatakan tokoh-tokoh UMNO yang menandatangani deklarasi itu sebagai kebudak-budakan," kata bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan itu.
Menurut Tamrin, sebagai pemimpin kanan UMNO dan kerajaan, rakyat berhak mengetahui asal usul dan salasilah sebenar Tengku Adnan kerana ia mencerminkan intergriti dirinya di mata khalayak umum.

Katanya, beliau juga ada mendengar cakap-cakap bahawa Tengku Adnan menambah  gelaran "Tengku" pada awalan namanya dan nama bapanya hanya selepas berkahwin dengan kerabat Diraja Pahang.

"Saya tidak mengetahui dengan pasti perkara itu, tetapi jika ianya benar, adakah nama datuk dan moyangnya juga ditambah dengan gelaran "Tengku" sama?" tanya Tamrin lagi.

Apa pun, menurut Tamrin, untuk mengelakkan perkara itu terus menjadi bualan rakyat, ada baiknya Tengku Adnan sendiri tampil menjelaskannya kepada umum.

Bagi Tamrin, jika asal usul dan keturunan sendiri pun sentiasa diragui, bagaimana Tengku Adnan sebagai pemimpin dapat meyakinkan orangramai tentang setiap butir kata-kata dan tindakannya? (SH 11/03/2016).

Malaysia perlu alternatif baru ekonomi, jangan terlalu bergantung dengan minyak


yeo bee yin is
PETALING JAYA, 12 MAC: Sudah tiba masanya kerajaan mengurangkan kebergantungan ekonomi negara terhadap sumber minyak mentah dan mencari sumber alternatif baru untuk menampung keperluan negara, selain langkah berjimat-cermat dalam setiap perbelanjaannya.
“Malaysia harus bingkas daripada kemelut ekonomi yang melanda sebelum ia memusnahkan negara kita,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Damansara Utama, Yeo Bee Yin.
Menurutnya, tempoh kejatuhan harga minyak mentah pada masa ini sewajarnya menjadi waktu yang tepat untuk menyedarkan Putrajaya bagi menggerakkan ekonomi negara lebih daripada sekadar penghasilan minyak.
Lebih membimbangkan, ujar beliau, dengan jangkaan harga minyak rendah secara berpanjangan, Petronas mungkin terpaksa menggunakan simpanannya untuk membayar dividen kepada Putrajaya bagi menampung keperluan kerajaan.
“Pada tahun 2008, kejatuhan ekonomi turut diikuti lonjakan harga minyak, yang memberi faedah dan keuntungan kepada Petronas. Justeru, ia mampu membantu ekonomi negara di tengah-tengah kejutan ekonomi itu. Tapi sekarang ini keadaan sudah berbeza,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk kepada laporan media 29 Februari 2016 tentang Petronas mengalami penyusutan keuntungan sebanyak 56 peratus, iaitu RM21 bilion pada tahun 2015 berbanding tahun 2014 dengan penguncupan harga minyak mentah sehingga 75 peratus sepanjang 18 bulan lalu daripada USD110 setong kepada USD35 setong saat ini.
“Paling mustahak, berapakah jumlah yang mampu ditampung Petronas sebelum ia sendiri tidak dapat menampung kedudukannya?” soalnya.
Bee Yin yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat Sosialis Muda DAP (DAPSY) berkata, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengambil alih pentadbiran kerajaan bermula 2009, sebanyak RM426 bilion telah dipungut sejak 2009 sehingga 2014 daripada Petronas dalam bentuk dividen, cukai, tunai dan duti eksport.
Katanya, kerajaan telah mengutip sekitar 50 peratus atau RM426 bilion daripada jumlah terkumpul sumbangan Petronas kepada Putrajaya sejak ia ditubuhkan pada 1974 sehingga 2014 iaitu sebanyak RM881 bilion.
“Namun, bagaimanakah sumbangan minyak ini diterjemahkan kepada faedah-faedah nyata kepada orang awam? Apa yang dapat kita lihat sekarang ialah belanjawan buncit Putrajaya sedangkan rakyat Malaysia sedang sengsara akibat cukai tambahan dan pemotongan subsidi melampau dalam semua segi,” ujar beliau.
Katanya, Laporan Tahunan Petronas menyatakan RM74 bilion telah dipungut pada tahun 2009, RM57.6 bilion bagi tahun 2010, RM65.7 bilion pada 2011, RM80 bilion pada 2012, RM73.4 bilion pada 2013 dan RM75.3 bilion pada tahun 2014. – Roketkini.com
 jadual story bee yin

[LIVE][090316] Stairway To Heaven - Bro Kamarudin Abdullah • Bro Firdaus Wong Wai Hung zonkita zonkuliah zonkita zonkuliah

[LIVE][090316] BM21 - Ust Shamsuri Hj Ahmad

Speaker Parlimen tak benar Ahli Parlimen tanya tentang skandal 1MDB


lim kit siang
KUALA LUMPUR, 9 MAC: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, enggan membenarkan ahli-ahli Parlimen bertanya tentang skandal RM2.6 bilion dan 1MDB yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak.
Sedangkan dalam sesi yang lalu, beliau tidak menghalang mana-mana ahli Parlimen untuk membangkitkan isu berhubung skandal berkenaan.
Keadaan ganjil itu menyebabkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, mempersoalkan sikap tidak konsisten Speaker Dewan, walaupun pihak parti pemerintah telah berjanji untuk bersikap terbuka dan adil.
Menurut Kit Siang, pada November tahun lalu, semua ahli Parlimen dan rakyat dijanjikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, bahawa kerajaan akan menjawab sebarang soalan berhubung skandal-skandal tersebut pada hari terakhir mesyuarat bajet pada 3 Disember.
Sejak mesyuarat Bajet bermula pada Oktober, tambah beliau, Azalina dilihat cuba mengelak dari menjawab soalan mengenai dua skandal mega melibatkan RM55 bilion 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
Katanya, pada 3 Disember, wujud dua kali tindakan untuk melarikan diri dari menjawab soalan berhubung dua skandal mega itu.
“Pertamanya, Najib tidak ada dalam dewan untuk berikan jawapan kepada ahli-ahli Parlimen dan rakyat.
“Keduanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pula mengambil masa tiga minit dan mengarut untuk menjelaskan bahawa beliau tidak boleh memberikan sebarang jawapan, yang mana pada waktu itu seluruh negara sedang menantikan jawapan sebenar yang dijanjikan oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini,” ujar beliau dalam satu kenyataan.
Dalam sesi Parlimen terbaru ini, Kit Siang berkata, Speaker Dewan Rakyat pula tidak membenarkan soalan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan berhubung skandal derma RM2.6 bilion Najib itu.
“Speaker perlu memuaskan hati ahli-ahli Parlimen dan orang awam, rakyat Malaysia kerana tindakan pilih kasih ini sangat tidak boleh diterima seolah-olah berada di barisan hadapan menyekat segala persoalan berhubung dua skandal mega Najib itu,” katanya lagi. – Roketkini.com

APA YANG HANG MERAPU NI TONTOWI.........

AL HUSSEYN


Nasrudin Tantawi dengan kajian putar alamnya ...


  Walaupun sudah empat hari Deklarasi Rakyat telah ditandangani tetapi Pas masih mengkaji sama ada Deklarasi Rakyat itu memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara atau sebaliknya kata Ketua Penerangannya Nasrudin Hassan.

   Menurutnya, PAS mempunyai pendirian yang jelas bahawa perdana menteri mesti ditukar melalui proses demokrasi.

  Ahli Parlimen Temerloh itu juga menegaskan, tindakan Pas membenarkan empat anggotanya menghadiri majlis menandatangani deklarasi itu tidak bermakna Pas menyokong deklarasi.  Baca kenyataan penuhnya di sini

 Hoi! Kamu nak kaji berapa lama lagi Tantawi?? Apa yang jelas kepada kami, Pas mempunyai pendirian klu klek bukan sahaja dalam isu tersebut, malah dalam beberapa isu yang lain.Pas dalam banyak hal, dilihat lebih cenderung membela Najib.

  Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh tokoh-tokoh merentasi batasan politik termasuk Tun Mahathir dan pemimpin Umno-BN adalah pengakuan pemimpin parti pemerintah itu bahawa pentadbiran mereka merosakkan banyak institusi kerajaan.

  Deklarasi tersebut telah menyemarakan lagi hala tuju Pakatan Harapan untuk terus maju dengan  penganjuran Perhimpunan Mansuh GST pada 2 April 2016 dan perhimpunan-perhimpunan Muafakat Selamat Malaysia.

  Setahu saya, Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar hadir dan menandatangani deklarasi itu atas insiatif dan kesedaran mereka sendiri sebagai warga negara yang prihatin dengan masalah rakyat.  Mereka tidak pernah meminta izin dari Pas untuk hadir seperti apa yang kamu dakwa.

  Tidak sebagaiman Datuk Mustafa Ali dan Datuk Khairuddin Aman Razali yang tiba-tiba tercongok di situ meskipun sebelum itu, PAS telah menyatakan mereka tidak akan bersama.  

   Pas membuat kenyataan bahawa kehadiran mereka mendapat izin presiden dan bertujuan untuk mengambil maklumat hanyalah kerana nak tutup kemaluan setelah parti mereka terlalu gelojoh dan gopoh membuat kenyataan.

“Menandatangani deklarasi itu inisiatif mereka dan kami tak nyatakan itu sebagai kesalahan sebab pergi secara peribadi dan majlis tak memberi kemudaratan kepada parti." - Kata-kata Tantawi ini mengingatkan kita kepada Adun Dewa Jadi-jadian yang pergi ke majlis Tahun Baru Cina  secara peribadi dan tidak memberi kemudaratan kerana tanpa niat! Kah!Kah! Kah!

  Dan Tantawi kata, “Membenarkan mereka hadir bukan bermaksud bersetuju dengan deklarasi.”

 Tetapi bagaimana pula dengan kenyataan Presiden Pas yang menganggap Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia bersama Tun Dr Mahathir Mohamad Jumaat lalu boleh diterima?

 Dan kalau benar tidak bersetuju, kenapa Mustafa Ali susahkan diri menandatangani deklarasi tersebut?

 Kenapa Mustafa  tidak bertindak sebijak Mohd Khairuddin yang memberi alasan terbaiknya, “ana (saya) hanya hadir tetapi tidak sign declaration kerana mandat dari Presiden hanya untuk hadir mendengar dan menemani Cikgu Pa…”

  Lalu kamu pun beri alasan, Mustafa menandatanganinya itu adalah atas kapasiti peribadi.... Tapi, kalau Hj hadi yang sain atau buat keputusan atas keputusan peribadi, korang boleh terima pula bahawa itu adalah keputusan Pas!!

   At-tantawi, teruskanlah dengan kajian putar alam politik matang kamu itu ! Permisi, kami maju dulu...

Ahmad Said Dakwa Simpan Rahsia Besar Najib



Saya simpan rahsia besar Najib – Ahmad Said

Bekas Menteri Besar Terengganu, 
Datuk Seri Ahmad Said mendakwa 
beliau menyimpan satu rahsia besar
 Perdana Menteri, Datuk Seri 
Najib Tun Razak, demikian lapor 
FreeMalaysiaToday.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 
Kijal itu berkata, jika rahsia itu didedahkan, 

ia boleh memalukan Najib dan rakyat.

“Saya tidak mahu cerita perkara sebenar di Terengganu sekarang. Kalau saya

 dedahkan malu semua orang, malu Perdana Menteri (Najib Razak).


“Jangan main-main, ada benda, takut orang malu. Saya korbankan diri saya,
 saya sanggup melawan Perdana Menteri kerana rakyat Terengganu ‘terhutang,”

 katanya kepada FMT.

Ahmad berkata, disebabkan rahsia besar itu beliau berjuang habis-habisan dan 
sanggup mengorbankan dirinya, semata-mata untuk menyelamatkan rakyat di Terengganu.

Diminta menjelaskan lebih lanjut rahsia besar itu, Ahmad berkata, beliau hanya 
akan mendedahkan rahsia itu selepas melihat reaksi dan komen-komen pemimpin

 UMNO terhadap dirinya termasuk daripada Najib sendiri.

“Saya tak boleh cerita sekarang, saya tunggu tindakan atau komen-komen daripada
 Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
 atau Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor).

“Saya tak nak cerita sekarang tetapi jangan buat saya rasa terhina,” katanya.

Semalam, Ahmad mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar 
Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika membahaskan titah ucapan
 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Undangan
 Negeri (DUN).

Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul tidak percaya
 terhadap Ahmad Razif kerana berkata usul itu dibuat tanpa notis sekaligus melanggar
 peraturan DUN.

Portal bicara.news melaporkan bahawa pada sesi petang, kelibat Dato’ Seri 
Abdul Hadi Awang tidak kelihatan di dalam Dewan. 

"Ketiadaan Hadi telah mengambarkan bahawa beliau tidak bersetuju dengan 

cara yang dibuat oleh Adun Kijal tersebut dan beliau tidak menghadirkan 
diri dalam dewan," lapor portal berkenaan.

Pembangkang (PAS) mempunyai 14 kerusi dun dan PKR satu kerusi tidak mungkin
 jika undian dibuat akan berpihak kepada pembangkang kerana Barisan 
Nasional (BN) mempunyai 17 kerusi dun, tambahnya.

Jika ianya ditolak dengan kerusi dun Kijal maka BN mempunyai 16 kerusi dan 14
 kerusi di pihak pembangkang dimana satu kerusi dimiliki Abdul Hadi Awang dari Rendang.

PAS kononnya tidak sabar untuk mentadbir negeri Terengganu dengan menyebarkan
 kepada ahlinya bahawa PAS akan mengambil alih Terengganu hari ini dengan 
undi tidak percaya kepada Ahmad Razif.

ULASAN GB

Tetapi Presiden PAS sendiri tak datang untuk mengundi sokong tidak usul 
Ahmad Said berkenaan, bagaimana kata ahli-ahli PAS bahawa PAS akan
 mengambil alih Terengganu hari ini dengan undi tidak percaya kepada Ahmad Razif?

DEKLARASI RAKYAT BUKAN AGENDA DAP HANCURKAN UMNO