PAS
perlu melaksanakan usul Dewan Ulama yang mahu parti Islam itu
memutuskan kerjasama dengan DAP, bagi memperlihatkan mereka tidak tunduk
kepada parti sekular itu dan memperlihatkannya parti yang bermaruah,
kata Khalid Samad. - See more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/biar-putus-dengan-dap-bukti-pas-parti-bermaruah-kata-khalid-samad#sthash.vUL1ywxs.dpuf
BismillahirRahmanirRahim
PASCA MUKTAMAR
1. Penolakan calon dilakukan secara borong.
2. Ada dua jalur pemikiran yang besar iaitu 75% kaedah Indoktrinasi Islam dan 25% kaedah Dialog Islami.
3. Pihak 75% merasakan pihak 25% menyusahkan pergerakkan PAS untuk membawa aspirasi perjuangan Islam yang ingin dibawa mereka.iaitu negara hukum.
4. Pihak 25% amat menitik beratkan kaedah dialog, tolenrasi, mementingkan integriti dari negara hukum, menerima kepelbagaian dan kepimpinan diukur melalui merit hasil kerja.
5. Pihak 75% tidak mahu bertolak ansur dengan rakan tahaluf yang dikatakan melibatkan dasar parti.
6. Pihak 25% mahu bertolak ansur dengan rakan tahaluf siyasi termasuk dalam soal perlaksanaan hukum syariat melalui proses dialog yang berterusan.
7. Pihak 75% memberi fokus utama memartabatkan hukum Allah dengan berusaha sekeras mungkin untuk melaksanakan hudud.
8. Pihak 25% memberi tumpuan ke arah sebuah kerajaan yang baik (good governance) dan negara berkebajikan sebelum bergerak ke marhalah seteruanya.
9. Pihak 75% lebih selesa melakukan aspirasi perjuangannya jika pihak 25% tidak ada dalam parti.
10 Pihak 25% masih belum ada apa-apa keputusan kemanakah mereka akan membawa diri setelah ditolak secara total.
Nota: Sila beri komentar terhadap 10 perkara di atas untuk kebaikan bersama.

Terima usul tanpa bahas untuk hal-hal kecil sahaja – Ahmad Awang

EKSKLUSIF:
Penerimaan usul memutuskan kerjasama PAS – DAP tanpa dibahas perwakilan
dalam Muktamar ke 61 di Kuala Selangor pada 5 Jun lalu terus mendapat
teguran pemimpin PAS.
Bekas calon Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang berkata, menerima usul yang dibawa oleh Dewan Ulama itu tanpa dibahaskan oleh perwakilan adalah bercanggah dengan hasrat ahli parti.
Selain itu, kata beliau, penerimaan tanpa bahas juga melanggar peruntukan dalam perlembagaan PAS.
“Mengikut perlembagaan PAS, penerimaan usul tanpa bahas hanya boleh berlaku melibatkan perkara-perkara kecil dan tidak perlu dibahaskan kerana ianya terpencil. Usul seperti itu (kecil) wajar dipercepatkan tanpa melalui proses yang panjang.
“Tapi berbeza sama sekali pengurusannya jika berhadapan dengan perkara besar (memutuskan kerjasama) seperti ini,” kata bekas Pesuruhjaya PAS Perak itu kepada Suarapakatandaily.
Kata Ahmad lagi, usul menamatkan kerjasama itu kelihatan pelik apabila PAS hanya memutuskan hubungan dengan DAP tetapi masih mahu berada dalam Pakatan Rakyat.
“Amat mengelirukan, mereka (pemimpin PAS) tak mahu bekerjasama dengan DAP tetapi mahu terus duduk dalam Pakatan Rakyat. Hakikatnya, Selangor dan Pulau Pinang masing-masing mempunyai wakil dalam kerajaan campuran PR,” kata Ahmad lagi.
Usul menamatkan tahaluf siyasi antara PAS dan DAP dibawa oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik pada 3 Jun lalu dan disokong sebulat suara. Usul sama kemudian turut disokong tanpa perbahasan dalam Muktamar penuh yang berlangsung 4 – 6 Jun di Kuala Selangor.
Terima usul tanpa bahas untuk hal-hal kecil sahaja – Ahmad Awang
on:

Bawa usul ke Majlis Syura melanggar peraturan PAS
Bawa usul ke Majlis Syura melanggar peraturan PAS
EKSKLUSIF:
Bekas Naib Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang menegaskan tindakan menerima
usul memutuskan kerjasama PAS – DAP tanpa bahas dalam Muktamar 4 – 6 Jun
lalu kemudian membawa usul tersebut untuk diputuskan oleh Majlis Syura
Ulama (MSU) adalah tindakan yang tidak mengikut peraturan.
Menurut Ahmad, MSU tidak sewajarnya masuk campur dalam isu di Muktamar kerana badan pemutus hukum itu hanyalah sekadar “Advisor Council” dan setiap peringkat perbahasan isu dalam Muktamar bukan di bawah bidang kuasa MSU.
“Muktamar seharusnya bertanggungjawab membahaskannya (dan membuat keputusan). Barulah segala keputusan dibuat mengikut landasan yang betul tanpa berlaku sebarang kekecohan,” kata Ahmad.
Menurut beliau lagi, perkara tersebut menjadi bertambah rumit apabila sebahagian ahli MSU berada di dalam Dewan Ulama. Dan orang yang sama itu juga, katanya, membuat usul tanpa menimbang implikasi buruk ke atas PAS kerana tidak mendapat maklumat yang meluas daripada ahli.
“Akibatnya, presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang tidak dapat membuat keputusan (yang bijak) oleh kerana sikap pucuk pimpinan yang tidak berterus terang dalam menyelesaikan isu ini,” tegas Ahmad.
Bawa usul ke Majlis Syura melanggar peraturan PAS
Posted By: Redzuanon:

Kedudukan atau reda Allah yang dikejar? – Mohamad Sabu

Published: 8 June 2015 8:41 AM
Setiap orang atau kumpulan yang ingin mempertahankan jawatan di dalam PAS sama ada di Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat termasuk AJK PAS Pusat berhak menonjolkan kerja dan prestasi mereka. Mereka yang mempertahankan jawatan atau kedudukan cuba menonjolkan prestasi mereka sepanjang mereka memegang jawatan.
Mereka yang ingin mengambil alih atau menawarkan diri untuk berkhidmat melalui memegang jawatan akan menonjolkan idea baru dan mendedahkan kelemahan dan prestasi mereka yang sedang memegang jawatan.
Semua kerja itu perkara atau perbuatan biasa dalam sesuatu organisasi atau parti.
Melalui sekelompok pemimpin dan ahli PAS cuba mempertikaikan timbalan presiden PAS dan beberapa orang di antara mereka Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Dr Hatta, Suhaizan Kayat, Dr Mariah, Mohamed Hanipa Maidin, Khalid Samad dan beberapa lagi tidak menjunjung dan mempertahankan kepimpinan ulama.
Bagi saya tuduhan itu perkara biasa dan pihak yang kena tuduh cuba menjawab dengan pelbagai cara.
Kemudian mereka dikumpulkan dalam kumpulan (Jebon) dan anti ulama. Lebih parah lagi mereka juga dituduh lebih walak dan taat pemimpin parti lain sama ada PKR atau DAP.
Tuduhan itu dicurahkan melalui Majlis Multaqa, Nekad dan tuduhan tidak membela presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diserang DAP.
Saya menjadi sasaran utama kerana dituduh tidak membela presiden dalam kemelut menteri besar Selangor dan hadapi DAP.
Kecam mengecam antara pimpinan PAS dan DAP hampir sudah tidak terkawal lagi. Tulisan dan pandangan pemimpin PAS supaya putus hubungan dengan DAP dan bersedia untuk "bersendirian".
Kemuncaknya, bila Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama pada 3 Jun, 2015 lalu menegaskan syarat tahaluf siyasi dengan DAP sudah rosak dan tamat.
Usul Muktamar Dewan Ulama diluluskan pada hari yang sama dan mendapat sokongan 100% daripada perwakilan supaya PAS putuskan hubungan dengan DAP.
Kira-kira 10.30 malam 4 Jun, 2015 keputusan pemilihan muktamar di ketahui di mana saya, Salahuddin, Mahfuz, Husam, Hanipa, Dr Hatta, Dr Siti Mariah dan lain-lain semuanya tewas.
Seminggu sebelum itu presiden memberi pandangan ahli PAS boleh pilih sama ada mereka yang dilihat mewakili DAP atau yang pertahan dasar.
Mereka yang dilabelkan tunduk kepada DAP dan "Anwarinas" semua tewas belaka.
Di Muktamar pada 6 Jun, 2015 usul untuk putus hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas. Usul kawasan Tumpat dan Dewan Ulama.
Bila usul itu diluluskan, ia menjadi gempar. Bagaimana kedudukan penjawat jawatan di Pulau Pinang (yang paling terkesan).
Bagaimana pula kedudukan PAS dan anggotanya di Selangor - kerajaan negeri, exco, jawatan berkaitan yang dianggarkan lebih 5,000.
Ucapan penggulungan pada 6 Jun, 2015 saya mengambil keputusan meletak semua jawatan yang bersangkutan dengan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP.
Sekarang saya dapat melihat menggunakan melabel, menuduh orang itu alat itu, suruhan itu ini, Anwarinas, Agen DAP hanyalah alat untuk mencapai kedudukan.
Sudah dapat kedudukan, cuba cari jalan untuk berbaik semula dengan DAP. Orang yang bersama membina Pakatan Rakyat dari awal sudah dinyahkan.
Kedudukan dan jawatan paling dikejar?
Moga Allah memberi petunjuk kepada kita semua. – 8 Jun, 2015.
* Mohamad Sabu ialah bekas timbalan presiden PAS.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

UMNO sedia berbincang - PM
UMNO sedia berbincang - PM
Mohd. Khuzairi Ismail
|
08 Jun 2015 1:22 AM
0
0
Google +0
JEDDAH
7 Jun - UMNO bersedia berbincang sebarang perkara berkaitan
kepentingan umat Islam dengan Pas terutama selepas pembentukan
kepemimpinan baharu parti itu yang dipilih menerusi Muktamar Pas ke-61
baru-baru ini.
Dalam masa sama, Presiden UMNO, Datuk
Seri Najib Tun Razak berkata, beliau turut melahirkan harapan dan
keyakinan untuk melihat barisan kepimpinan baharu Pas itu lebih positif
kepada usaha ke arah berkenaan.
Tambah Perdana Menteri, UMNO juga menghormati keputusan perwakilan Pas dalam pemilihan itu yang memilih barisan proulama untuk menerajui kepimpinan baharu parti tersebut.
“UMNO bersedia berbincang apa-apa sahaja yang kita lihat boleh bekerjasama dengan Pas untuk kepentingan ummah,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.
Pemilihan Jawatankuasa Kerja Pas bagi sesi 2015-2017 baru-baru ini menyaksikan kemenangan besar kumpulan proulama di semua peringkat diketuai Presidennya, Datuk Seri Abdul Abdul Awang dan Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sementara itu, ditanya sama ada kesediaan UMNO itu termasuk ke arah pembentukan kerajaan perpaduan, Najib berkata, kerjasama tersebut tidak semestinya perlu dinyatakan secara spesifik.
Dalam masa sama, beliau turut menyatakan perlunya barisan kepimpinan baharu Pas diberi masa bagi menilai hasrat UMNO untuk bekerjasama ke arah kepentingan umat Islam berkenaan.
Kepada persoalan berhubung pandangan beliau daripada keputusan perwakilan memilih pemimpin proulama, Najib berkata, perwakilan Pas sudah semestinya membuat pertimbangan dari pelbagai sudut dan keputusan itu sewajarnya dihormati.
“Saya juga melihat keputusan pemilihan kali ini lebih berfokus, jadi sudah semestinya mudah untuk Pas membincangkan sebarang kemungkinan selepas ini,” katanya.

Buat apa pula Hadi, Nik Abduh bersama Muhyiddin di Kundasang?
Buat apa pula Hadi, Nik Abduh bersama Muhyiddin di Kundasang?Tak ajak ketua Dapsy dan AMK sekali ka????

Belum
pun reda pergolakan dalam PAS lewat Muktamar ke 61, presiden Hadi dan
Ketua Pemuda Nik Abduh bersama Muhyiddin pula di Sabah. Apa pula yang
dibuat mereka dalam dewan sidang media. Ada nak umumkan apa-apa kot?
Laporan Astro Awani: Sidang media yang sepatutnya dijalankan bersama kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Liwagu, Kundasang di sini terpaksa dibatalkan ekoran berlaku satu lagi gegaran pada kira-kira jam 1.35 petang.
Situasi tersebut membuatkan semua orang yang berada dalam ruang berlangsungnya sidang media berkenaan, termasuk petugas media dan pegawai pengiring bergegas keluar.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh wartawan Astro AWANI Ridzal Abdullah yang turut berada di tempat kejadian.
Sidang media itu difahamkan pada awalnya untuk Muhyiddin mengemas kini perkembangan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa di Gunung Kinabalu selain mengulas mengenai pengurusan bencana termasuk bentuk bantuan yang bakal dilakukan.
Selain Muhyiddin, turut kelihatan bergegas keluar meninggalkan bangunan tempat sidang media tersebut ialah Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Turut kelihatan dalam situasi cemas berkenaan ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Masidi Manjun.
Difahamkan, setelah suasana kembali tenang dan dilaporkan selamat sidang media tersebut diteruskan.
Muhyiddin telah mengumumkan bahawa bantuan sejumlah RM10,000 akan diberikan kepada keluarga mangsa yang terkorban iaitu sumbangan RM5,000 dari Kerajaan Persekutuan dan RM5,000 daripada kerajaan negeri.
Sementara itu, wang bantuan sejumlah RM2,000 bakal diberikan kepada mangsa yang cedera manakala bagi yang selamat dan tidak cedera tetapi mengalami trauma akan mendapat RM1,000 seorang.
Malaysian
Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin © and PAS President Abdul Hadi
Awang gather outside a building after a small earth quake at the
Kinabalu Park in the East Malaysian state of Sabah on June 7, 2015. The
Malaysian Insider/Najjua Zulkefli
Buat apa pula Hadi, Nik Abduh bersama Muhyiddin di Kundasang?
Posted By: Pentadbiron:
Laporan Astro Awani: Sidang media yang sepatutnya dijalankan bersama kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Liwagu, Kundasang di sini terpaksa dibatalkan ekoran berlaku satu lagi gegaran pada kira-kira jam 1.35 petang.
Situasi tersebut membuatkan semua orang yang berada dalam ruang berlangsungnya sidang media berkenaan, termasuk petugas media dan pegawai pengiring bergegas keluar.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh wartawan Astro AWANI Ridzal Abdullah yang turut berada di tempat kejadian.
Sidang media itu difahamkan pada awalnya untuk Muhyiddin mengemas kini perkembangan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa di Gunung Kinabalu selain mengulas mengenai pengurusan bencana termasuk bentuk bantuan yang bakal dilakukan.
Selain Muhyiddin, turut kelihatan bergegas keluar meninggalkan bangunan tempat sidang media tersebut ialah Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Turut kelihatan dalam situasi cemas berkenaan ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Masidi Manjun.
Difahamkan, setelah suasana kembali tenang dan dilaporkan selamat sidang media tersebut diteruskan.
Muhyiddin telah mengumumkan bahawa bantuan sejumlah RM10,000 akan diberikan kepada keluarga mangsa yang terkorban iaitu sumbangan RM5,000 dari Kerajaan Persekutuan dan RM5,000 daripada kerajaan negeri.
Sementara itu, wang bantuan sejumlah RM2,000 bakal diberikan kepada mangsa yang cedera manakala bagi yang selamat dan tidak cedera tetapi mengalami trauma akan mendapat RM1,000 seorang.
INILAH CAKAP KLIK KLUK ULAMAK?????? TOLONG BACA ...JANGAN TAK BACA.....
AL HUSSEIN..
Dr Mahfodz dedah sebab golongan profesional disingkirkan
Berikut adalah wawancara Utusang dengan DATUK DR. MAHFODZ MOHAMED KETIKA ditemui di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 di Kuala Selangor pada Jumaat lalu.Rencana asalnya di sini.
Saya sekadar mencelah
memberikan komen saya dengan tinta merah dengan merujuk sumber-sumber
berita yang lalu secara ringkas sahaja.
MINGGUAN: Golongan ulama ternyata menguasai sepenuhnya pemilihan Pas kali ini, apa komen Datuk?
DR. MAHFODZ: Saya
secara peribadi gembira dengan keputusan tersebut kerana ia
menggambarkan perwakilan memahami hasrat kepemimpinan Pas dan mahu Pas
kembali kepada kepemimpinan ulama. Namun ia bukanlah bermaksud kita
menolak golongan profesional. Apa yang perlu difahami selain Ahli
Jawatankuasa (AJK) yang dipilih, terdapat lapan orang lagi yang akan
dilantik.
Gembira dengan cara kempen yang tidak beretika? Dengan kerja-kerja sabotaj terhadap pihak lawan. Melarang presiden dari dicabar. Surat tawaran pencalonan kepada Ust Ahmad Awang disorok. Syukur alhamdulillah ada org pergi ke Pejabat Agung dan tolong ambilkan. Kalau Ust Ahmad Awang tunggu surat dihantar ke alamatnya, sampai tutuplah surat tak sampai.Dengan penyingkiran golongan profesional seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Dr Hatta , Salahuddin Ayub dan lain-lain tu dengan cara yang keji dan hamburan fitnah, kamu nak pujuk depa tu untuk mengisi 8 kekosongan dengan belas ehsan korang? Kamu ingat mereka tidak ada maruah ker? Mereka bukan manusia pelastik (pinjam istilah Mat Sabu pada penutup muktamar PAS ke-60 lalu.

Jadi kita boleh isi
dengan golongan profesional, kita memerlukan gabungan golongan ulama dan
profesional bagi memimpin parti. Sebenarnya, kita bukan tidak mahu
golongan profesional tetapi dengan adanya lebih ramai golongan ulama ia
akan memudahkan kerja Presiden untuk membuat keputusan yang menyentuh
dasar parti. Sebelum ini beliau menghadapi kesukaran dalam soal
tersebut.
Ya, Datuk mahukan jenis tukang angguk-angguk kan? kan? Supaya setiap apa kata presiden, itulah keputusan parti ...

Apakah
keputusan kali ini juga didorong oleh perasaan kecewa perwakilan
apabila melihat golongan profesional masih gagal melaksanakan agenda
Islam Pas seperti yang diharapkan?
DR. MAHFODZ: Saya
tidak tahu perkara itu tetapi kemenangan mereka mungkin disebabkan
berkempen sedangkan golongan ulama tidak berkempen. Cuma kali ini
apabila kita menyedari apa yang dilakukan oleh golongan profesional,
kita tidak boleh berdiam diri. Kita akui golongan ulama melakukan kempen
tetapi ia dilaksanakan secara bersih tanpa memburuk-burukkan lawan.
Kita anggap ini pertandingan adik-beradik, mungkin kempen seumpama
inilah yang memberi kesan kepada ahli Pas.
![]() |
| Secara bersih tanpa memburuk-burukkan lawan? Nampak sangat mohong! Cer baca di sini |
Selain itu juga, apabila
kita menyedari golongan ulama kurang (dalam AJK Pas Pusat) maka kita
turun padang melawat kawasan-kawasan bagi membuat penjelasan. Antara
penjelasan yang diberikan ialah mengenai dasar parti, peranan ulama dan
matlamat Pas ialah mewujudkan sebuah masyarakat yang hidup dalam
nilai-nilai Islam. Alhamdulillah, melalui gerakan turun padang ini
termasuklah oleh saya sendiri, kita pun tidak menjangka apabila
pemilihan berlangsung, golongan ulama mendominasi termasuk di Dewan
Pemuda dan Dewan Muslimat.
Benarkah gelombang ulama yang melanda Pas sebagai tindak balas terhadap kebiadaban DAP kepada Abdul Hadi?
DR. MAHFODZ :
Memanglah. Dalam ucapan di Muktamar Dewan Ulama saya kata Pas kena nilai
semula tahaluf siyasi dengan DAP. Dua tahun lepas pun semasa Ijtimak
Ulama di Kedah, Dewan Ulama yang ketika itu dipimpin oleh Allahyarham
Datuk Harun Taib sudah membuat tuntutan yang sama. Bagaimanapun oleh
kerana ketika itu digambarkan tidak ada isu berkaitan sikap DAP, semua
orang attack Dewan Ulama. Justeru Dewan Ulama pun senyap tetapi hari
ini, apabila DAP menghentam Abdul Hadi dan Pas, maka Dewan Ulama berasa
bertanggungjawab untuk kita respon kepada DAP.
Berikutan ucapan saya
itu akhirnya diwujudkan usul tergempar yang diluluskan secara sebulat
suara tanpa sebarang bantahan. Tujuan kita adalah supaya DAP berhenti
daripada cakap-cakap perkara itu, tutup mulut mereka sedikit. Nampaknya
dalam masa dua tiga hari ini, mesej kita sudah sampai. Lim Guan Eng pun dah nampak senyap sikit.
![]() |
| Benarkah LGE senyap macam Dr Mahfodz kata? Nampak dia mohong lagi kan? Baca di sini |
Usul tergempar agak aneh kerana mahu berada dalam pakatan pembangkang tetapi tidak mahu bekerjasama dengan DAP?
DR. MAHFODZ: Yang kita marah itu kepada DAP bukan PKR. Walaupun PKR tidak bersetuju dengan hudud tetapi tidaklah sekeras apa yang dilakukan oleh DAP sebab itulah kita merasakan masih perlu berada dalam pakatan khususnya bersama PKR. Usul ini adalah pandangan Dewan Ulama, sama ada diterima atau tidak belum tahu lagi. Tetapi saya difahamkan ia akan diluluskan tanpa bahas bagi mengelakkan provokasi kerana kalau ia dibentangkan sudah pasti akan dipersetujui dengan dikeluarkan kata-kata yang keras.

| Awat hang terkejut biawak? Hang kata ia akan diluluskan tanpa bahas Awat hang dah terciritkah? Tunggu apa? Baca lagi di sini |
Tetapi dalam banyak kes PKR dlihat cenderung menyokong DAP berbanding Pas?
DR. MAHFODZ: Walaupun dasar PKR tidak sama dengan dasar Pas, tetapi DAP lebih keras penentangannya terhadap hudud kebetulan pula PKR masih dikuasai oleh orang Melayu Islam. Kalau dengan PKR, kita boleh berunding tetapi dengan DAP mungkin tidak boleh berunding. Tetapi saya kira dengan usaha itu mudah-mudahan DAP akan sedar, kita pun ada maruah, dia pun ada pendirian sendiri, dengan adanya pendirian dan sikap Dewan Ulama ini, maka itu akan dapat mendekatkan sedikit antara ketiga-tiga parti.

Sikap Presiden yang flip-flop itulah yang buat rakan-rakan marah.Isu MB Selangor, PAS main taik tapi marahkan PKR. Isu Hudud, PAS juga yang main taik, DAP pula yang dipersalahkan.Malas nak ulas bab ni sebab dah banyak kali saya sentuh dalam entri yang lalu.

Dulu
biarpun ada pertandingan Pas tidaklah berpecah, tetapi sekarang sejak
mengadakan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP, situasinya sudah berubah.
Ada pemimpin Pas yang mempertahankan kerjasama itu lebih daripada dasar
parti sendiri? Apa pandangan Datuk?
DR. MAHFODZ: Pas
sudah banyak menjalinkan tahaluf siyasi dengan pelbagai parti sebelum
ini. Terbaharu pada 2009, kita sudah jelaskan kepada ahli Pas ada
syarat-syarat tahaluf, kalau ia tidak ditunaikan maka terbatal. Kita
bertahaluf dengan DAP yang mempunyai matlamat ke Putrajaya. Oleh sebab
itu matlamat mereka maka mereka mahu dasar-dasar Pas (bagi meraih
sokongan), tetapi kita dalam mesyuarat AJK Pusat dan ceramah menjelaskan
tahaluf ini hukumnya harus yang asalnya haram. Diharuskan kerana kita
mempunyai persamaan dari segi menjatuhkan UMNO dan menentang kezaliman.
Woit! Kalau nak batalkan batalkanlah dengan rasmi.Cakap terang-terang. Kalau masih lagi on, semua keputusan mestilah ikut konsensus, jgn buat keputusan sendiri bila dah setuju masa bermesyuarat.

Namun oleh kerana
terlampau ghairah mahu ke Putrajaya, mungkin ada dalam kalangan pemimpin
Pas yang lalai memandangkan dalam keadaan apa pun ketaatan (wa’la)
mesti diberikan keutamaan kepada kepemimpinan Pas. Kita akui memang
betul ada dalam kalangan pemimpin Pas yang lupa atau terlepas pandang
hingga sanggup mempertahankan (pihak lain). Isu Menteri Besar Selangor
contohnya, ada pemimpin Pas mendahului kepemimpinan pusat dalam membuat
keputusan. Ketika itu Pas pusat belum memutuskan sama ada akan menyokong
atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tetapi dua Ahli Dewan
Undangan Negeri kita terus beri sokongan.
Janganlah nak mohonglah Datuk. Malas nak ulang cerita yg sama nih! Karektor Hj hadi dalam isu ini sangat memalukan.Tercatit dakam sejarah negara. Anak cucu kita baca nanti tentu geleng kepala...

Kerana
tindakan berani 2 Adun PAS inilah sebenarnya yang telah menyelamatkan
kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan menggagalkan cubaan Hj Hadi
mewujudkan Unity Government di Selangor bersama Umno.
Berapi-api
marahnya Hj Hadi disebabkan tindakan 2 Adun PAS tersebut hingga sanggup
melabel anak buah sendiri sebagai ‘Broker’ dan ‘Barua’.
Tetapi akhirnya tembelang nya pecah berderai, rupa-rupanya dia sendiri adalah 'Broker' dan 'Barua'disebalik jubah dan lilitan serbannya!
Pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, Presiden Pas, Hj Hadi Awang berkata,hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan
negara.
Ulangan :hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan! Klik videonya di sini ]
Tetapi akhirnya tembelang nya pecah berderai, rupa-rupanya dia sendiri adalah 'Broker' dan 'Barua'disebalik jubah dan lilitan serbannya!
Keadaan
itu berlaku kerana ada dalam kalangan AJK Pas Pusat yang selalu
menyanggah pandangan Presiden dan Majlis Syura Ulama. Memang ada
kesannya apabila kita bertahaluf dengan DAP. Akhirnya ada antara
pemimpin Pas yang memberikan kesetiaan dan kasih sayang lebih kepada DAP
dan PKR.
Segelintir
calon golongan profesional yang berkempen menyatakan golongan ulama
tidak layak memimpin dan sukar Pas menang pilihan raya?
DR. MAHFODZ:
Dalam kalangan ulama ada yang lulusan muamalat, perbankan Islam,
pentadbiran Islam, ada yang pernah menjadi profesor. Bagi saya apa yang
mereka katakan itu tidak tepat. Sebab itulah bila kita jawab
(menggulung perbahasan), Dewan Ulama pun ada sentuh soal Cukai Barang
dan Perkhidmatan (GST), Tabung Haji dan 1MDB. Ulama bukan sekadar
mengetahui dan menghafaz al-Quran serta hadis seperti mana dituduh
sesetengah pihak.
Dalam
kalangan ulama ada yang bijak bidang politik. Bagi saya, pertembungan
ini bukan antara ulama dengan profesional kerana dalam ulama ada yang
terlibat bidang profesional dan ada profesional dalam bidang ulama.
Saya boleh pastikan siapa daripada golongan ulama menyebelahi
profesional. Apa pun pertembungan ini adalah fitrah.
Woit! Kita mahu sejauh mana kehebatan ulama menggulung perbahasan di parlimen. Bukan sekadar dipentas ceramah markaz atau sesama sendiri. Terbukti yang ada sekarang ni seperi KP baru, Nik Abduh dan Nasrudin Hassan tu hanya memanaskan kerusi duduk masing-masing. Kalau bangun pun cerita pasal pengadil bola sepak, bukan pasal sistem kehakiman negara, misalnya.

Adakah pertembungan kali ini akan membawa perpecahan dalam parti?
DR. MAHFODZ:
Pertembungan kali ini memang telah membentuk dua kumpulan iaitu yang
disebut-sebut kumpulan ulama dan profesional. Sebab itulah kempen hari
ini memang jelas, contohnya kalau orang itu memilih tok guru (Abdul
Hadi), dia akan memilih semua orang tok guru. Kalau dia memilih Ahmad
Awang dia akan memilih semua orang Ahmad Awang bagi semua jawatan.
Baguslah dia sendiri akui mengenai perpecahan berlaku kerana keghairahan untuk merebut jawatan dalam parti.Amalan demokrasi sudah bertukar jadi autokrasi. Eloklah nama parti Islam SeMalaysia itu ditukar nama jadi parti Hj Hadi sahaja.

Datuk
kata pemilihan kali ini akan memudahkan kerja kerana ia membentuk satu
pasukan yang mempunyai matlamat yang sama, boleh ulas lanjut?
DR. MAHFODZ:
Bila banyak ulama dalam AJK Pas Pusat, kemudian dibantu pula oleh
golongan proulama dalam Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat
maknanya hala tuju akan datang lebih jelas, satu arah, satu matlamat,
apabila semua macam itu, ia akan memudahkan kerja.Sekarang ini saya
terus terang, golongan profesional dominan, dia kuat dan boleh beri
fakta-fakta menyebabkan keputusan tidak boleh dibuat.
Sebab
itulah kadang-kadang tok guru terpaksa buat keputusan sendiri. Beliau
merujuk kepada Majlis Syura sahaja. Kalau dibawa kepada AJK Pusat,
memang kalah. Kali ini apabila kebanyakan AJK sokong ulama maka memang
kerja akan menjadi mudah kerana masing-masing tahu dasar-dasar Pas.
Semua ustaz memahami perkara itu dan memang kesetiaan mereka kepada
Presiden akan lebih kukuh.
Woit! Ini rupanya sebab mengapa golongan profesional disingkirkan... 'golongan profesional dominan, kuat dan boleh beri fakta-fakta menyebabkan keputusan tidak boleh dibuat.' Maknanya, ulama tak boleh nak patahkan hujjah golongan profesional, tetapi ulama tetap mahu supaya setiap apa kemahuan Hj Hadi menjadi keputusan yang tidak boleh dibantah walaupun ada hujah? Mahu jadikan Hj Hadi sebagai seorang diktator?
Ya, amat benat kata Datuk, apabila semua parasit-parasit , jebon-jebon semua sudah berjaya disingkirkan, hala tuju akan datang lebih jelas, satu arah, satu matlamat, apabila semua macam itu, ia akan memudahkan kerja untuk bersama Umno kan? Hasan Ali cakap di sini

Pas
sudah melakukan pelbagai usaha untuk menyakinkan DAP menerima dasar
Islam Pas tetapi sehingga ke hari ini masih gagal, adakah selepas ini ia
akan berjaya?
DR. MAHFODZ:
Apa yang didakwa oleh DAP bahawa mereka tidak diberi taklimat atau
tidak memaklumkan kepada mana-mana individu dalam parti itu hanya alasan
sahaja, sebab kita sentiasa menerangkan dasar-dasar Pas. Sepatutnya DAP
memahami hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud sudah wujud sebelum
kerjasama antara kedua-dua parti berlaku. Kita sudah bincang sejak tahun
1990-an lagi, masa itu pun kita sudah jemput orang bukan Islam dalam
seminar dan bengkel bagi membolehkan mereka memahami dasar Pas. Tetapi
akhir-akhir ini DAP secara konsisten menentang hukum hudud walaupun kita
sudah jelaskan hukum itu hanya untuk orang Islam sahaja.
Apa yang pernah LKS nyatakan di Kota Baru yang geng ulama fitnahkan itu, adalah menepati sebagaimana yang Hj Hadi dan Dr Mahfodz sendiri pernah nyatakan.Lihat kenyataan LKS transkripnya di sini dan bandingkan dengan berikut:
Apa yang pernah LKS nyatakan di Kota Baru yang geng ulama fitnahkan itu, adalah menepati sebagaimana yang Hj Hadi dan Dr Mahfodz sendiri pernah nyatakan.Lihat kenyataan LKS transkripnya di sini dan bandingkan dengan berikut:
Pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, Presiden Pas, Hj Hadi Awang berkata,hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan
negara.Ulangan :hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan! Klik videonya di sini ]
Pada
tahun 1993, undang-undang syariah ini untuk orang Islam manakala orang
bukan Islam diberi pilihan sama ada nak ikut undang-undang itu atau yang
lain. Kemudian apabila perbincangan diadakan semula kita putuskan dalam
pindaan 2015 undang-undang tersebut hanya untuk orang Islam
sahaja.Sepatutnya tidak berbangkit lagi penentangan daripada DAP. Bagi
saya, nak tarbiah DAP memang susah kerana mereka orang bukan Islam
tetapi Alhamdulillah kita boleh tarbiahkan ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).
Melalui penjelasan yang saya berikan di beberapa negeri, ahli-ahli dewan itu lebih faham daripada orang Islam sendiri.
Sebenarnya saya tidak tahu sikap DAP memandangkan dulu apabila kita
menyertai gabungan pembangkang, DAP bertindak keluar daripada gabungan
tersebut dan mereka berjaya memperolehi undi lebih banyak daripada orang
Cina. Sekarang ini kemungkinan disebabkan Pilihan Raya DUN Sarawak
semakin dekat, dalam usaha memujuk orang bukan Islam Sarawak memberikan
sokongan kuat kepada DAP maka dizahirkan kaitan usaha kerjasama Pas
dengan Barian Nasional (dalam pelaksanaan hudud).
[Saya sangat setuju bila Datuk kata :
'Alhamdulillah kita boleh tarbiahkan ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). Melalui penjelasan yang saya berikan di beberapa negeri, ahli-ahli dewan itu lebih faham daripada orang Islam sendiri.'
Boleh tak Datuk tolong jawapkan pertanyaan mad'u Datuk yang berikut:
Apakah larangan fitnah tiada dalam Al-Quran?
Pindaan EKJS Akta 355 ... Mana hududnya Datuk? Jangan nak temberanglah Datuk Mahfoz!
Yang ini bagaimana Datuk Mahfodz? Kenapa tak disiasat pengakuannya? Kenapa tidak ada apa-apa tindakan hingga sekarang? Videonya ada di sini
[Saya sangat setuju bila Datuk kata :'Alhamdulillah kita boleh tarbiahkan ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). Melalui penjelasan yang saya berikan di beberapa negeri, ahli-ahli dewan itu lebih faham daripada orang Islam sendiri.'
Boleh tak Datuk tolong jawapkan pertanyaan mad'u Datuk yang berikut:
Apakah larangan fitnah tiada dalam Al-Quran?
Pindaan EKJS Akta 355 ... Mana hududnya Datuk? Jangan nak temberanglah Datuk Mahfoz!
Kalau
mengikut enam garis panduan Tahaluf Siyasi yang diputuskan oleh Majlis
Syura terdapat beberapa perkara sudah dilanggar oleh DAP? Kenapa Pas
masih berdiam?
DR. MAHFODZ:
Pas banyak bertoleransi sebab kita sayang tahaluf, kita masih tidak
lari. Kenapa kita bersikap demikian, sebab kita hendak menjatuhkan UMNO.
Sebab itulah saya sangat marah apabila kita dikatakan kritik DAP kerana
mahu bersekutu dengan UMNO. Itu tidak pernah dibincangkan. Semasa
muktamar di Batu Pahat, kita memang telah menegaskan tidak akan
berurusan dengan UMNO tetapi "orang sebelah sana" masih menjadikan ia
"wirid" bila kita tidak erat dengan DAP, maka kita dituduh hendak kepada
UMNO. Itu tidak betul.
Yang ini bagaimana Datuk Mahfodz? Kenapa tak disiasat pengakuannya? Kenapa tidak ada apa-apa tindakan hingga sekarang? Videonya ada di sini
Apa peranan Majlis Syura kerana sebelum ini ia dilihat sekadar "penghias organisasi" sahaja?
DR. MAHFODZ:
Ini berlaku kerana sesetengah pemimpin Pas tidak komited kepada
kepemimpinan Pas, tidak komited kepada Majlis Syura sehinggakan walaupun
Majlis Syura sudah beri amaran supaya jangan berkawan dengan Pasma
mereka tidak indahkan. Tetapi kali ini oleh sebab proulama sudah
menguasai AJK Pas Pusat maka tidak akan timbul masalah tersebut. Masa
itulah kita memperkukuhkan Majlis Syura dengan majlis itu mengeluarkan
arahan-arahan yang sudah pasti akan dipatuhi oleh AJK Pas Pusat. Apabila
mereka akur maka ia akan dikeluarkan kepada Pas kawasan. Sebelum ini,
masalah berpunca daripada AJK Pas Pusat yang tidak akur kepada
kepemimpinan dan Majlis Syura.
[Majlis Syura lebih berkuasa dari perlembagaan PAS yang tidak pun menghalang ahli PAS daripada bergiat didalam mana-mana NGO.MSU telah bertindak melampau dari kuasa yg ada padanya.]

DAP kata akan membuat pendirian berkaitan hubungannya dengan Pas selepas pemilihan ini?
DR.MAHFODZ:
Kita harapkan signal sudah ada bahawa Pas memang masih memerlukan Abdul
Hadi dan disokong oleh kumpulan proulama. Mudah-mudahan DAP akan sedar
bahawa Pas bukannya dikuasai oleh seorang iaitu Presiden. Ini berbeza
DAP yang "di-veto" oleh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Kita memang
membuat keputusan itu selepas ia dirujuk kepada AJK Pas Pusat
kemudiannya Majlis Syura, banyak peringkat. Kita yakin Majlis Syura akan
berfungsi sepenuhnya supaya DAP mengambil pelajaran, tidak mudah
memperkotak-katikkan Presiden kerana menyangka Abdul Hadi itu
segala-galanya.
Woit! Majlis Syura Ulama, Dewan Ulama, AJK PAS Pusat yang sekarang ini adalah terdiri dari orang yang sama kan? kan? Kah! Kah! Kah! All are presiden yes-men!

Dari segi penyatuan umat Islam, bagaimana Pas mahu memainkan peranannya?
DR.MAHFODZ:
Kita tidak menolak perbincangan dengan sesiapa pun. Kalau DAP dan orang
bukan Islam kita boleh bekerjasama dan berbincang maka dengan orang
Islam sendiri biarpun berlainan ideologi kita boleh berbuat demikian.
Tetapi kita mestikan berfikiran terbuka kerana (bagi) orang Pas, kita
jumpa UMNO sahaja (mereka kata) nak masuk UMNO sedangkan ada perkara
lain yang dibincangkan. Contohnya hendak melaksanakan hukum hudud,
mestilah mendapat sokongan UMNO, kalau bergantung kepada PKR dan DAP
sahaja tidak boleh harap. Ada kalanya kita perlu berbincang, berbuat
demikian bukan bermakna bekerjasama. - sumber: utusan

Perkhabaran
terbaharu ialah – Dipertua Dewan Rakyat Tan Seri Pandikar Amin Mulia
memaklumkan usul perlu dibawa oleh wakil kerajaan.
Beliau
juga menjelaskan sebab utama usul hudud tidak disenarai pada sidang
dewan Rakyat yang lalu disebabkan dibawa oleh Presidejn PAS Datuk Seri
Hadi Awang.
Datuk sedar ke tak ni? Tolonglah tanyakan Hj Hadi bila nak bentang?
Bukan RUU persendirian Hj Hadi tu lah... sampai bila pun tak akan boleh sebab speaker dewan dah cakap tu.
Saya tanya, bila nak bentang tilam? Suruhlah Hj Hadi tu berehat....Aku pun dah ngantuk nak tidor....
AGAK AGAK BOLEH KEKAL KA KALAU DOK CAKAP SOMBONG?
DUN PAS menang di Selangor.Temerloh???...he..he..he
N17 Gombak Setia. mm 4.2%. %c 11.73%
N18 Hulu Kelang. mm 7.2%. %c 14.32%
N2 Sabak. mm2.1%.. %c 12.23%
N20 Lembah Jaya. mm 20.7%.. %c 31.86%.
N21 Chempaka. mm25.9%. %c 38.17%.
N23 Dusun Tua. mm10%. %c 37.72%.
N26 Bangi. mm25.2%. %c 18.96.
N29 Seri Serdang. mm25.4%. %c 31.6%
N38 Paya Jaras. mm14.3%. %c 27.3%
N42 Meru. mm25.6%. %c 27.5%
N45 Selat Kelang. mm8.7%. %c 26.0%
N51 Sijangkang. mm10.8%. %c 15.2%.
N53 Morib. mm2.6%. %c 22.7%
N54 Tanjung Sepat. mm3.4%. %c 28%.
N17 Gombak Setia. mm 4.2%. %c 11.73%
N18 Hulu Kelang. mm 7.2%. %c 14.32%
N2 Sabak. mm2.1%.. %c 12.23%
N20 Lembah Jaya. mm 20.7%.. %c 31.86%.
N21 Chempaka. mm25.9%. %c 38.17%.
N23 Dusun Tua. mm10%. %c 37.72%.
N26 Bangi. mm25.2%. %c 18.96.
N29 Seri Serdang. mm25.4%. %c 31.6%
N38 Paya Jaras. mm14.3%. %c 27.3%
N42 Meru. mm25.6%. %c 27.5%
N45 Selat Kelang. mm8.7%. %c 26.0%
N51 Sijangkang. mm10.8%. %c 15.2%.
N53 Morib. mm2.6%. %c 22.7%
N54 Tanjung Sepat. mm3.4%. %c 28%.
PRU13 PAS dah memang sabotaj PKR dan DAP.
Jika pengundi cina boikot DUN-DUN di atas dalam PRU14?
AGAK AGAK KALAU CAKAP SOMBONG.....BOLEH KEKAL KE DI SELANGOR

Nik Abduh ketua DPPP, Politik Kelantan bergolak?

(Blog: Alhusseyn)
Ramailah puak-puak yang suka sangat dengan penyingkiran Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat yang digantikan dengan Nik Abduh. Namun hakikatnya, PAS pasti akan berhadapan dengan kemelut dalaman yang lebih parah di masa akan datang nanti.
Kaca disangkakan permata, permata disangkakan kaca….hanya masa yang akan menentukan keadaan yang sebenarnya nanti. Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Saya ada cerita yang ingin dikongsikan bersama kalian : Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa politik Kelantan banyak mencorak kedudukan PAS pada masa ini.
Walaupun Presiden PAS dari Terengganu, kenyataan demi kenyataan bahawa Kelantan tidak boleh kalah dan harus menjadi kubu terakhir PAS adalah intipati kepada pegangan yang dikongsi oleh Presiden dan majoriti ahli PAS masa kini.
Namun, dalam memberi ruang dan banyak kelonggaran kepada Kelantan sebelum ini, adakah Presiden mendapat maklumat yang betul perihal Kelantan? Politik Kelantan dibawah era kepimpinan TGNA telah banyak juga dipengaruhi oleh kaum keluarga. Ini adalah realiti dalam banyak keluarga orang politik.
Faktor anak dan menantu sekali lagi membawa satu implikasi kepada halatuju PAS selepas ianya pernah mewarnai politik bekas yang Dipertua PAS, Dato Asri Muda hingga membawa kejatuhannya. Legasi kepimpinan beliau begitu hebat sehingga pernah dianggap, tiada Asri, maka tiadalah PAS.
Namun pada zaman kepimpinan Dato Asri, bahana keduniaan tidak meresap masuk sehebat apa yang berlaku pada sekarang ini. Sejarah tertulis, bila wakil rakyat PAS berjaya menjadi MB di tiga negeri selepas PRU ke 12, tarikan pada kemewahan yang suatu ketika menjadi makanan kepada pemimpin UMNO/BN semakin menjadi jadi dan telah menjerat ramai pimpinan PAS.
Bermula di Kelantan, pakar perunding balak atau istilahnya broker mengelilingi orang politik dan menaburi mereka dengan kemewahan. Projek lain juga digunakan untuk menjana hasil.
Antaranya usaha pengambilan pengurusan air daripada Thames Water. Projek ini telah banyak merubah lanskap politik Kelantan. Dato Husam yang suatu ketika dahulu sangat rapat dengan keluarga Almarhum TGNA khususnya Nik Abduh telah tiba-tiba menjadi musuh beliau terutamanya bila cadangan untuk pengurusan air oleh syarikat swasta yang dibawa Nik Abduh ditolak.
Ia mencipta permusuhan dengan kumpulan Nik Abduh yang diketuai oleh Shaari Mustapha. Beliau merupakan bekas tahanan ISA sekitar 2001 untuk jangkamasa yang sangat singkat.
Lalu dibuat cerita, bahawa Husam pula yg mempunyai berkepentingan dalam sykt itu. Selepas itu berlaku cadangan mubahalah yang akhirnya gagal mencapai maksud. Mubahalah ini telah dipersetujui dgn kehadiran TGNA, dengan disaksikan oleh bekas exco Ustaz Mat Daud Iraq. Tetapi mubahalah ini gagal selepas Nik Abduh dan Shaari Mustapha gagal untuk hadir di JKR10, sedangkan TGNA, Ustaz Mat Iraq dan Dato Husam sedia menunggu.
Itulah bermula detiknya, TGNA amat mempercayai Dato Husam dan tidak percaya dgn tindakkan Nik Abduh yang sentiasa mengadu domba. Kumpulan Shaari Mustapha ini, juga digelar Taliban kerana pendidikan mereka lalui di Indo Pakistan. Shaari Mustapha ini merupakan salah seorang ketua pelajar bagi jemaah di Pakistan India. Mereka mempunyai kaedah matlamat menghalalkan cara; seperti yang biasa digunapakai oleh taliban di Pakistan dan India, serta sanggup menggunakan nama sesiapa saja termasuk Tok Guru untuk kepentingan mereka.
Pernah kedengaran Shaari menyebut bahawa Presiden PAS percaya bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim terlibat dengan kerja liwat. Mereka berulangkali ke Rusila untuk memberi maklumat yang salah kepada Presiden PAS.
Peluang seboleh mungkin diraih untuk mempergunakan nama kedua Presiden dan Mursyidul Am PAS bagi mencapai maksud mereka. Telah menjadi agen perosak kekuatan PAS Kelantan dengan melaga-lagakan sesama pemimpin. Mereka bergerak melalui dana balak yang dibiayai proksi mereka.
Akhir akhir ini dikatakan dana dari pemimpin umno sendiri menjadi sumber mereka. Perancangan mereka ini termasuk mempergunakan MSU melalui Nik Zawawi, iaitu sepupu Nik Abduh. Kumpulan ini telah mencatur banyak perkara termasuk pertandingan Timbalan Presiden pada sesi lepas.
Melalui perbincangan di Tasik Banding, Perak, mereka telah cuba mengkambinghitamkan Dato Mohd Ammar dengan mengarahkan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri, walaupun pencalonan terbanyak adalah kepada Dato Tuan Ibrahim. Ini akhirnya disedari oleh Nik Amar yang menyebabkan proses penyingkiran golongan ini sedang berjalan di Kelantan. Nik Amar telah memotong laluan Nik Abduh daripada senarai calon di Kelantan untuk menggantikan ayahnya di Chempaka dengan menaikkan Fathan. Ini untuk mengajar Nik Abduh supaya tidak membelakangkan beliau.
Malah pemilihan dalam mesyuarat agong PAS Pengkalan Chepa yang baru lepas menyaksikan kumpulan Nik Abduh tewas teruk.
Azhar Abdul Sattar dan Zahiruddin Ahmad yang kalah pemilihan Ajk tidak dilantik semula. Akhirnya Nik Abduh terpaksa mencari formula lain untuk menyelamat diri dengan mencari kerusi selamat. Maka di sinilah idea bertanding kerusi KP Pusat menjadi agenda beliau untuk mendapatkan kerusi selamat, dengan harapan dapat kembali menyusun agenda kumpulan beliau.
Keterikatan mereka dengan Umno khususnya amat berbahaya kepada PAS. Ia adalah seperti bom jangka yang akan dihidupkan untuk meranapkan PAS sekiranya Nik Abduh berjaya naik. Kelantan akan selamat dari bahaya dan kekalahan pada PRU akan datang sekiranya kumpulan Nik Abduh dikalahkan.
Malah kekuatan pimpinan PAS Kelantan akan kembali dipugar bila pimpinan sedia ada seperti Dato Husam dan Dato Nik Amar dapat berkerjasama kembali. Demi menguatkan PAS khususnya di Kelantan dan Malaysia amnya, Nik Abduh dan kumpulannya harus dikalahkan untuk menyedarkan beliau bahawa beliau sebenarnya sedang dipergunakan.
Anak Kelantan Perihatin
29/5/2015

TAK BETUL SAMAN KHALID
Apa yg berlaku pada tahun 2008? Jika apa yg diceritakan oleh YB Khalid Samad ini tidak benar, tok rasa elok sekali beliau dipecat kerana menfitnah....
Posted by Usin UG Ceroi on Tuesday, May 26, 2015
TAK RASA MALU KA BILA KAPIAQ CAKAP CAM NI????
Tok tau bgaimana perasaan Tar Snake bila dgr ucapan dr hatta ni sbb Tar Snake la yg bawa usul pas putus hubungan dgn Dap. Tok sendiri pun kerap kali terkentut2 dibuatnya. Bygkan sebijik berlepuk atas serban Tar Snake...tak terlawan juga ilmu kebal Al-maunah rupanya..
Posted by Usin UG Ceroi on Saturday, June 6, 2015
Puak profesional PAS tidak puas hati cara pengundian
Puak profesional PAS tidak puas hati cara pengundian
Puak profesional PAS tidak puas hati cara pengundian
Posted By: Pentadbiron:
“Saya bimbang kalau-kalau ada tawaran, itu hanya amalan PR saja. Saya nampak besar kemungkinan tidak akan ada tawaran untuk saya.
“Jika ditawarkan jawatan, saya akan berfikir sama ada untuk menerima atau tidak kerana yang menang hari ini adalah atas kehendak pihak tertentu.
Perwakilan PAS dikesan berbincang sebelum mengundi dengan kertas undi dan ‘cai’ di tangan mereka. – Gambar Facebook
Mengimbas kembali cara pemilihan yang dibuat malam tadi, Mujahid berkata, para perwakilan mengadu kepadanya mereka diberikan senarai calon yang perlu diundi ketika berbaris untuk mengundi semalam.
“Ada perwakilan mengadu, semasa mereka berbaris, mereka diberikan ‘cai’ calon yang perlu diundi. Mereka pula memangkahnya di luar kawasan mengundi sambil berbincang sesama mereka,” kata Mujahid ketika dihubungi.
Ini karma untuk Mahathir, kata pemimpin KEADILAN
KUALA LUMPUR 5 JUN- Ibarat hukum karma, itu mungkin istilah yang tepat bagi menggambarkan keadaan dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Pagi ini kecoh satu Malaysia apabila polis menghentikan ucapan mantan Perdana Menteri itu dalam satu majlis bertajuk ‘Nothing To Hide’ yang bertujuan membincangkan isu 1MDB.Majlis yang sepatutnya dihadiri Datuk Seri Najib Razak itu kemudian bertukar menjadi majlis dialog bersama Mahathir.
Ekoran itu, ucapan Mahathir bukan sahaja dihentikan pihak polis, bahkan pembesar suaranya dimatikan dan beliau diiringi keluar dari Dewan Tun Hussein Onn.
Pemimpin KEADILAN menyifatkan apa yang dilalui Mahathir hari ini, adalah sama seperti apa yang pernah dilakukannya terhadap pemimpin pembangkang selama 22 tahun berkuasa.
Sepanjang pentadbirannya, Mahathir menggunakan pelbagai akta drakonian seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak untuk menyekat kebebasan bersuara di negara ini.
“Tun Mahathir jadi mangsa kepada budaya dan perangai yang dia sudah bentuk ketika dia berkuasa dahulu. Sekarang dia sudah dapat balasan dari peninggalannya.
“Saya harap beliau buka mata orang Umno yang kuat sokong akta hasutan apabila perkara ini terjadi kepada diri sendiri,” kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli di laman sosial Twitter.
Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari di laman Twitternya turut menyifatkan bahawa pada sesetengah orang, ini mungkin karma bagi Mahathir.
“Ini jadi #something2Hide. Ada yang pandang dia hero, ada yang pandang ia satu karma,” katanya.
Selain itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendren berkata Mahahir telah ‘disenyapkan’ oleh amalan kuku besi yang diamalkannya sendiri sewaktu menjadi Perdana Menteri.
“Dr M disenyapkan oleh negara kuku besi yang dia sendiri cipta,” sindirnya di laman sosial itu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Azmizam Zaman Huri pula berkata Mahathir tidak menyalahkan Perdana menteri semata-mata.
“Dulu Dato’ Seri @anwaribrahim kena macam ni semasa zaman Tun Mahathir berkuasa sebagai PM… Sekarang Dato’ Seri Najib yang berkuasa… So Tun Mahatir jangan salahkan Dato’ Seri Najib pula sebab ini semua ajaran Tun Mahathir jugak hahaha…,” sindirnya.
Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaikh Ismail pula mempersoalkan tindakan ketua polis negara memberi arahan membatalkan sesi dialog tersebut disebabkan faktor keselamatan.
“Dibatalkan atas alasan keselamatan…Bayangkan keselamatan PM di tempat awam pun PDRM tak boleh jamin apatah lagi keselamatan RAKYAT.. #1MDB,” tulis beliau.
Lagi satu tweetnya berbunyi “Tun jangan nak opocot sangat la Najib tak datang hari ni, Tun pun masa kita mintak debat dengan DSAI (Anwar) dulu tak datang juga kan,” tulisnya.
RAYUAN DARI AHLI PAS KEPADA SEMUA MANTAN MANTAN
RAYUAN KEPADA MANTAN PIMPINAN PAS
Ana, mewakili sebahagian ahli-ahli PAS, menyeru semua pimpinan PAS yang kalah dalam pemilihan parti semalam supaya MENOLAK semua jenis tawaran lantikan ke apa jua jenis jawatan parti di peringkat pusat atau negeri (jika ada). Rayuan ini berasaskan kepada pertimbangan-pertimbangan berikut:
1. Perwakilan-perwakilan telah memberi mesej yang jelas bahawa anda semua TIDAK DI PERLUKAN secara "toto" dan blok dengan undian chai mereka.

2. Pimpinan yang baru sudah mempunyai pasukan chai mereka sendiri dan
anda tidak perlu menggangu-gugat pasukan ini. Beri peluang pada pasukan
baru membuktikan mereka juga mampu memimpin dengan lebih baik daripada
prestasi anda dahulu.
3. Anda semua kalah kerana dituduh golongan liberal, Anwarinas, Jebon, anai-anai, pencinta DAP, munafik haraki, pengkhianat parti, penghina Presiden dan macam-macam lagi gelaran yang amat menghinakan dan memalukan. Dan kami yakin anda semua kalah bukan kerana tak buat kerja. Jadi adakah selepas Muktamar anda semua sudah bersih dan kini boleh pula di tawarkan dengan jawatan-jawatan?
Jadi permintaan kami tolong jangan malukan diri anda dan diri kami dengan menerima pelantikan jawatan parti cara "pintu belakang". Berjuang terus sepertimana Khalid ibnu Walid dengan menjadi ahli biasa saja.
Ir. Izham Hashim
6 Jun 2015

PERJUANGAN BELUM SELESAI
Ingatkan dah selesai..
"Tak ada siapapun datang jenguk.. Terasa seperti diabaikan,namun kami nak berpindah ke mana lagi kerana bukan mampu sewa rumah lain yang kadarnya cecah RM500 sebulan... " luah seorang mangsa banjir..
Ada tak kedengaran isu ni dlm muktamar PAS baru baru ni?.. saja tanya...

Berakhirnya hubungan PAS dan DAP, adakah agenda lebih besar?

Sebaik
sahaja PAS menamatkan hubungan dengan DAP lewat keputusan Muktamar
penuh semalam maka rakyat tertanya-tanya apakah agenda seterusnya puak
ulama dalam parti itu?
Sekurang-kurangnya keputusan muktamar itu telah memberi kesedaran kepada puak profesional PAS yang berdegil mempertahankan kepimpinan PAS, tidak kira ulama atau puak Erdogan. Terutama Dr Dzulkifly Ahmad yang berkeras tidak percaya puak ulama telah membuangnya daripada hierarki kepimpinan.
Dr Dzul berkata, usul Dewan Ulama memutuskan hubungan dengan DAP boleh dibahaskan dalam Muktamar penuh. Ternyata tidak ada siapa yang mahu mendengar hujah Dr Dzul, perwakilan memutuskan hubungan tanpa bahas. PAS telah masuk ke dalam lubuk ekstrem. Mereka tidak lagi berfikir tetapi mengikut emosi dan yakin mampu memerintah negara secara bersendirian.
Tidak ada masa untuk berbahas. Masa yang ada ialah untuk mengira jawatan dalam kerajaan. Sekiranya tidak boleh bersama PR maka boleh diusahakan bekerjasama dengan BN memerintah Selangor, Perak, Kedah dan Terengganu. Cuma adakah BN mahukan PAS di Kedah, Terengganu dan Perak?
Grand design?
Situasi yang berlaku dalam Muktamar, senarai pemimpin yang wajib dipangkah diberi kepada perwakilan dengan tidak dibantah oleh pemimpin tertinggi parti bukanlah suatu perancangan kecil atau kebetulan.
Tidak mungkin puak tertentu merampas demokrasi jika tidak mempunyai grand design tertentu. Hudud bukan sebahagian daripada grand design itu kerana sehingga ke hari ini, selepas PR sudah punah ranah pun speaker Dewan Rakyat masih tidak memberi jaminan Hudud akan diterima untuk dibentangkan di parlimen.
Pertemuan beberapa ahli parlimen PAS minggu lalu bersama Pandikar Amin Mulia hanya berakhir dengan perkataan ‘tunggu kelulusan Putrajaya’. Speaker sepatutnya mempunyai jawapan pasti dan tidak perlu menanti arahan kerajaan BN kerana kuasa untuk memutuskan pembentangan rang undang-undang adalah kuasa beliau. Jika begitu apakah grand design itu?
Persempadanan semula
Tidak mustahil grand design yang dirancang adalah persempadanan semula pilihan raya. Umum mengetahui perubahan sempadan dengan menambahkan parlimen dan DUN baru hanya boleh dilakukan apabila 2/3 Dewan Rakyat meluluskannya. PR memberi syarat, sokongan hanya akan diberi sekiranya SPR telus dalam proses persempadanan semula.
Sedangkan persempadanan itu digunakan BN untuk memastikan mereka terus memerintah. Namun PAS sejak setahun lalu memberi isyarat akan menyokong persempadanan semula asalkan Kelantan diberi tambahan kerusi. Mungkin ada perundingan antara PAS dan BN dalam isu persempadanan ini.
Cuba tidak jelas sampai ke tahaf mana perundingan itu. Sama ada persetujuan untuk menyokong sahaja atau dengan memastikan PAS juga bakal mendapat lakaran tertentu kawasan selamat dalam proses persempadanan itu kelak?
Keadaan tersebut tidak boleh dinafikan apabila PAS semakin tidak boleh dikawal dan dirampas oleh puak radikal. Impian PAS sekarang kelihatannya bukan lagi memperjuangkan isu rakyat seperti penyelewengan dana awam oleh BN, GST, kenaikan kos hidup dan sebagainya. Tetapi telah balik ke era Asri Muda iaitu mengidamkan jawatan menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC.
Kerajaan campuran
Akhirnya, benar apa yang dikatakan oleh Khalid Samad bahawa puak Erdogan dalam PAS dimusuhi sejak 2008 kerana tidak bersetuju dengan idea menubuhkan kerajaan campuran PAS –BN, dan setia dengan idelogi Anwar menetang BN secara ‘biar putih tulang, jangan putih mata’
Pemimpin pro Umno dalam PAS setuju dengan kerajaan campuran yang mana di negeri PAS berkuasa maka isu keagamaan dilebihkan dan di negeri BN berkuasa maka PAS tidak akan campur tangan. Bukan Melayu akan ditekan dan diberi syarat menerima apa sahaja yang diputuskan oleh pemimpin Melayu dalam hal-hal agama dan kehidupan.
Puak tersebut setuju agar negara balik ke era 1970an yang mana Cina dan India takut dengan kekuatan Melayu dan tidak mempersoalkan apa pun yang diputuskan pemimpin Melayu. PAS juga tidak mahu tahu negara akan ketinggalan berbanding Indonesia dan Thailand apabila menerima pemerintahan kuku besi BN.
Aliran politik dunia
Corak perjuangan ini tidak direlakan oleh puak profesional kerana bertentangan dengan aliran politik arus perdana dunia. Corak politik seperti itu boleh diyakinkan kepada puak ulama sebagai memelihara keharmonian negara daripada pelampau dan memelihara agama. Namun puak profesional yang lebih terbuka faham politik tertutup akan memudahkan agen-agen barat meniupkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.
Corak tertutup menyebabkan diktator Afrika Utara seperti Mubarak, Gadafi dan Zainal Abidin tumbang dalam revolusi yang dirancang kuasa Barat. Hanya corak yang lebih terbuka seperti pembangkang yang berkesan mampu memberi harapan kepada rakyat kononnya sistem boleh diubah melalui pilihan raya.
Ulama PAS tidak sedar semua itu. Sedangkan profesional sedar ekonomi perlu diambil kira. Sekali BN dan PAS bersatu, pelaburan Cina akan meninggalkan negara, maka orang Melayu yang menyokong PAS dan BN akan mempersoalkan mereka.
Lebih buruk, revolusi walaupun tidak pernah terjadi di Malaysia tetapi pernah berlaku di Filipina, Indonesia dan Thailand. Jiran-jiran terdekat negara ini.
Jadi, bagi mereka harapan rakyat perlu disuburkan dan digalas. Oleh kerana puak ulama tidak sealiran dan sengaja memusnahkan PR maka politik Malaysia akan masuk ke fasa baharu selepas ini. PAS masuk ke fasa kerjasama lebih erat dengan BN dan rakyat pula akan masuk ke fasa yang lebih tidak terurus.
Cuma satu harapan kepada puak profesional, sekiranya ingin terus berjuang mengutamakan rakyat maka mereka perlulah menubuhkan parti baru. Tiada cara lain mengisi lompang kuasa yang ditinggalkan PAS dalam PR selain parti Islam yang sederhana.
Artikel ini adalah pendapat penulis, pukul canang dan bukannya pendapat rasmi suarapakatandaily

Dasar Penswastaan BN sejak 30 tahun untungkan kroni – SAMM

ULASAN:
Dasar Penswastaan telah diperkenalkan oleh dua pengamal dari negara
kapitalis iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan dan bekas
Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher. Dengan sokongan
organisasi-organisasi seperti IMF, Bank Pembangunan Asia dan sebagainya,
dasar ini telah menular ke seluruh dunia. Dasar penswastaan pada ketika
itu menjadi fenomena politik dan ekonomi yang dilaksanakan sebagai
pemindahan kepentingan atau pelaburan tertentu kerajaan kepada sektor
swasta. Dengan itu, kuasa membuat keputusan kini beralih daripada tangan
orang ramai kepada pihak swasta atau pemilik baru organisasi awam.
Malaysia antara negara terawal melaksanakan dasar ini di bawah pentadbiran Mahathir Mohamad pada tahun 1983.
Dasar ini diperkenalkan kerana negara ketika itu menghadapi masalah bebanan hutang yang tinggi oleh kerajaan, kadar pertumbuhan ekonomi rendah dan penyertaan kerajaan yang tinggi dalam pembangunan ekonomi negara. Antara syarikat awam yang diswastakan sejak tahun 1980-an termasuklah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Jabatan Telekom Malaysia (JTM) dan Lembaga Letrik Negara (LLN). Tidak terkecuali dalam sektor pengangkutan dan pembekalan air.
Penswastaan di Malaysia yang mensasarkan kepada untuk mengatasi kelembapan prestasi sektor awam (Jomo 1992).
Namun, sebaliknya berlaku kerana ia tidak mengatasi masalah utama seperti meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kakitangan yang terlibat. Akhirnya, ia tidak memberikan impak yang baik sebaliknya telah menjadi satu peluang untuk rejim penguasa meluaskan dan mengukuhkan hegemoni ekonomi-politik semata-mata. Penswastaan menjadi satu projek peralihan kuasa monopoli kepada pihak swasta dengan matlamat untuk memaksimumkan keuntungan semata-mata. Penswastaan menjadi satu bentuk peluang merompak kekayaan negara melalui Kapitalisme Kroni.
Mahathir dan kroni
John Hilley dalam bukunya bertajuk Mahathirisme, Hegemoni dan Pembangkang baru menyatakan penswastaan penting di Malaysia kerana UMO telah menjadi pemain utama sebagai parti melalui pemilikan korporat dan syarikat pemegangan seperti Kumpulan Hati Budi dan Fleet Holdings.
The Economist menyatakan dalam jual beli saham di pasaran saham Kuala Lumpur yang melambung, politik dan perniagaan dipercayai saling berkait di Malaysia. Para broker mendapati bahawa harta paling bernilai adalah saham UMNO, yang bermaksud saham yang berkait dengan orang politik yang penting di parti tersebut.
Syarikat lain hanya menjadi penting apabila ia diambil alih oleh mereka yang mempunyai hubungan akrab dengan politik UMNO dan mendapat faedah dan laba daripada kontrak kerajaan.
Dasar penswastaan dikatakan mempunyai kaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan menjadi sasaran kerajaan untuk membantu kaum Bumiputra mencapai sasaran 30% pemilikan sahamdan ekuiti syarikat pada tahun 1990. Tetapi nampaknya, ia masih menemui jalan buntu. Rujuk pengumuman Najib Razak semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) masih lagi menyebut peratusan yang sama menjelang 2020.
Dasar Penswastaan Mahathirisme ini hanya memberikan konotasi baru mengenai penyusunan semula DEB sedangkan ia adalah pemindahan kekayaan atau sumber kepada elit korporat-politik yang terpilih. Ia terus membenarkan penggunaan khusus sumber negara tanpa had bagi mengukuhkan kawalan korporat UMNO dan proksi. Ini seterusnya membenarkan Mahathir dan Daim mengawal proses naungan ekonomi-politik dengan lebih berkesan.
Antara pemain korporat-politik yang menikmati keuntungan daripada dasar ini contohnya
Wan Azmi Wan Hamzah – Land & General dan R.J. Reynolds
Halim Saad – Renong dan United Engineering (M) Bhd
Samsudin Abu Hassan – Aokam Perdana Bhd dan Landmark Bhd
Azman Hashim – Kumpulan Arab Malaysian
Tajuddin Ramli – Technology Resources Industries (TRI) dan MAS
Vincent Tan – Kumpulan Berjaya
Dick Chan – Metroplex Berhad
T.K. Lim – Kamunting Berhad
Ting Pek Khiing – Ekran Berhad
Quek Leng Chan – Kumpulan Hong Leong
Loy Hean Heong – Malaysian Borneo Finance Berhad
Ananda Krishnan – Pelaburan Pacific State, MAI Holdings, Usaha Tegas dan Tanjong.
Pada tahun 1984, Daim, seorang “budak baru” dalam politik, yang mempunyai hubungan rapat dan orang kepercayaan Mahathir didakwa menggunakan portfolio kewangan bagi mengagihkan aset penswastaan .
Zaman Daim ini juga adalah serentak dengan pengembangan budaya politik “nouveau riche” di Malaysia. Dasar pemindahan sumber kepada elit ini turut didokong oleh parti komponen BN. Dengan ketiadaan sebarang sistem tender terbuka, UMNO/Barisan Nasional didakwa mula membawa semua aset sektor awam utama di bawah kawalan parti. MAS (1985), Telekom (1990), Proton (1991), Petronas Gas (1995) dan lebih kurang 40 perkhidmatan awam telah dipindahkan kepada syarikat yang didakwa berasaskan UMNO dan agensi pemegang amanah yang lain.
Menerusi dasar penswastaan Mahathirisme ini telah muncul media-media swasta yang mesra pemerintah. Mahathir telah memberikan lesen penyiaran swasta kepada TV3. Mahathir juga telah membawa semua media penyiaran dan akhbar utama di bawah naungan UMNO melalui Kumpulan Fleet Holdings dan Maika Holdings milik MIC. Mahathir telah menggunakan media-media ini untuk mempengaruhi pandangan umum terhadap semua projek-projek penswastaan. Sebagai contoh, media telah digunakan untuk memuji United Engineering (M) Bhd (UEM) kononnya berjaya menyiapkan Lebuhraya Utara Selatan dengan lebih awal sedangkan yang patut dipersoalkan ketika itu adalah kontrak RM 3.4 bilion yang diberikan kepada taikun, Halim Saad melalui UEM yang juga merupakan subsidiari pelaburan UMNO.
Monopoli swasta
Dasar penswastaan yang kononnya akan mengurangkan monopoli pasaran sebenarnya tidak menghapuskan perkara ini khususnya dalam perkhidmatan dan produk keperluan asas pengguna seperti tenaga elektrik, air, telekomunikasi dan sebagainya. Jualan aset awam seperti Lembaga Letrik Negara (LLN) menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB) hanyalah menggantikan monopoli kerajaan kepada monopoli swasta yang menawarkan peluang luas untuk menjadi habuan kelompok terpilih. Rakyat terus dibebankan dengan tarif yang tinggi.
Begitu juga jika kita merujuk kepada perkhidmatan telekomunikasi, sebelum ini Jabatan Telekom Malaysia (JTM) sekarang telah menjadi Telekom Malaysia Berhad (TM). Sekarang, jika penduduk sesuatu kawasan perumahan ingin menggunakan perkhidmatan TM sama ada talian telefon mahupun internet, pihak TM memberikan syarat mesti mempunyai permintaan 70% daripada penduduk kawasan barulah pihak TM akan menyediakan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan tersebut. Segalanya telah menjadi orientasi keuntungan semata-mata bukan lagi penyedia perkhidmatan yang memenuhi tanggungjawab sosial kepada rakyat.
Dalam industri pembekalan air bersih, tindakan Kerajaan menyerahkan industri ini kepada operator-operator swasta tidak menambah baik sebaliknya rakyat terpaksa menanggung tarif yang tinggi. Sebagai contoh di Johor, Syarikat Air Johor (SAJ) sentiasa gagal dalam memastikan operasi mereka berjaya menurunkan kadar Non-Revenue Water (NRW) sebaliknya mengambil jalan mudah menaikkan tarif sebagai jalan untuk mengurangkan risiko kerugian. Akibatnya, Johor kini mempunyai tarif air yang amat tinggi berbanding negeri lain.
Dasar Penswastaan Mahathirisme ini juga akhirnya telah memberikan tekanan dan dampak kepada Kerajaan kerana akhirnya kegagalan yang dialami terpaksa ditelan oleh Kerajaan. Sebagai contoh, MAS, sebelum MAS diserahkan kepada Tajuddin Ramli – Kroni Mahathir, MAS mempunyai rizab tunai yang banyak. Namun kini, MAS menanggung beban hutang mencecah sekitar RM 11-12 bilion. Kerajaan telah pun membeli semula MAS dan kini dalam proses penstrukturan semula yang menyaksikan 6,000 pekerja telah dipecat.
Begitu juga dalam hal pengangkutan. Mahathir telah mengarahkan pembinaan prasarana LRT di Lembah Kelang bukan sahaja sebagai metod pengangkutan awam tetapi untuk memudahkan penonton berulang alik dari pusat bandaraya ke Kompleks Sukan Nasional di Bukit Jalil untuk menonton Sukan Komanwel 1998. Namun, bukan sahaja Sukan Komanwel tidak memberikan pulangan lumayan malahan, Kerajaan terpaksa pula membeli semula syarikat LRT STAR dan Putra ini.
Kegagalan berterusan
Begitu juga dengan Indah Water Konsortium (IWK) dan Perwaja Steel. Persamaan bagi semua syarikat dan projek ini adalah ia diswastakan dan dalam masa yang sama menanggung kerugian hingga ada yang mencacah berbillion ringgit.
Melihat kepada perbandingan penswastaan di luar negara, kebanyakan negara tidak menswastakan beberapa sektor penting seperti perkhidmatan kerana mereka melihat industri itu bukan dinilai dari segi keuntungan tetapi keselesaan pengguna. Contohnya, di Jepun, sistem pengangkutan kereta api laju tidak diswastakan dan kekal menjadi milik Kerajaan sepenuhnya.
Dasar penswastaan Mahathirisme ini telah mencambahkan sistem Ali Baba. Ia bukan sahaja tertakluk kepada firma kecil dan sederhana tetapi juga kapitalis bukan Melayu yang besar yang mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan pemimpin UMNO.
Rumusannya, dasar penswastaan Mahathirisme ini telah memberikan keuntungan kepada elitis korporat-politik dan kerajaan sendiri.
Secara tidak langsung melalui penghasilan dan percambahan elitis korporat-politik ini telah mengukuhkan cengkaman Kerajaan dalam dua elemen terpenting iaitu ekonomi dan politik. Yang menjadi mangsa adalah rakyat terbanyak. Syarikat meraih keuntungan yang besar daripada kos yang tinggi dan semakin meningkat yang terpaksa di bayar oleh rakyat untuk menikmati sesuatu perkhidmatan termasuklah sistem jalan raya, telekomunikasi, elektrik dan lain-lain lagi. Sudah sampai masanya, dasar ini disemak semula oleh pihak Legislatif agar satu perancangan alternatif dapat disediakan untuk membolehkan hasilnya dinikmati oleh semua lapisan rakyat tanpa ada diskriminasi.
#sudahlahMahathir
Artikel ini adalah pendapat che’GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia

Subscribe to:
Posts (Atom)