Gambar macam ni dah banyak kali dh gua tengok n terima... Geng Ustaz n Ulama dengan puak UMNO...
Tapi gua dah laaama sangat x terima n tengok gambar Geng Ustaz n Ulama dengan rakan Pakatan Rakyat terutama dari PKR n DAP...
Sebenarnya Pakatan Rakyat ni Gabungan PAS, PKR n DAP atau Gabungan PAS n UMNO..?
Raub MP tells why Umno fearful of losing power: Pakatan will expose secrets.
KUALA LUMPUR: Raub MP Mohd Ariff Sabri Aziz has made a broad threat
about exposing the secrets behind the controversial purchase of two
French-built submarines, which has been linked to the murder of
Mongolian woman Altantuya Shaariibuu eight years ago.
“We will dig out the story when we come to power,” said Ariff, a
former Umno member and one-time Najib Razak aide who joined the DAP in
2012. “Now you know why Umno is fearful of losing power.”
He said a new Pakatan Rakyat-led federal government could also reopen
the Altantuya case and order a fresh trial to settle outstanding
issues.
In a blog article on Friday, Ariff related political gossip that even
Abdullah Ahmad Badawi was a “beneficiary of the spoils” of the
submarine purchase, but made clear he was only recounting hearsay. “I
don’t know about this – people tell me this,” he said.
He warned Abdullah against joining the fight to reopen the Altantuya
murder case. Abdullah had said earlier that Najib did not know
Altantuya. “People can be rude by asking, what does Pak Lah know?” Ariff
said, before advising Abdullah not to get involved.
“Pak Lah is better off staying out of this fight, lest people start
digging what he got when Najib took over as PM,” he said. Najib
succeeded Abdullah as prime minister in 2009, a year after Barisan
Nasional suffered humiliating losses to Pakatan Rakyat in the general
election the previous year.
Ariff joined the chorus of opposition cries for a new trial into the
Altantuya case, in which Najib, his wife Rosmah Mansor, and a Najib
associate, Abdul Razak Baginda, have been implicated.
He dismissed Najib’s lack of a clear answer when asked in a
television interview on Thursday about his connection to Altantuya, in
the face of widespread political gossip that he had had a relationship
with the victim through Razak.
Ariff said Najib had not answered the question. He merely responded
by telling the interviewer that he had taken an Islamic oath in a mosque
that he did not know Altantuya.
“I think the answer was meant more for the folks in the villages and
in the Malay heartland,” said Ariff and ridiculed the prime minister.
“If Najib can prove his innocence by way of making the solemn oath, then
anyone accused of any crime can avoid going before the civil courts by
doing the same. Many wrongdoers will get away easily.”
The best way to solve the issue once and for all was a retrial, he
said. “Bring in Musa Safri (a former aide to Najib at the time of the
murder and who was implicated but never called to testify), Razak
Baginda and others, investigation officers and everyone connected to the
brutal slaying.” He said some evidence could be introduced, as well as
people never called to testify, and the two policemen eventually
convicted and sentenced to death for killing Altantuya.
“The retrial can be done – if we have a new government, a properly constituted court,” he said.
One of the two convicted killers, Sirul Azhar Umar, has said that he
and co-accused Azilah Hadri were only carrying out orders and had been
made the scapegoats while the people responsible got away. Sirul is now
being held in an Australian immigration detention centre after he fled
there while awaiting a court decision.
His pleas have been taken up by former prime minister Mahathir
Mohamad who has called for the case to be reopened and for Najib to
answer whether he knew Altantuya.
Pakatan betrayed Malaysians by allowing passage of Pota — P Ramakrishnan
Wednesday April , 2015 02:13 PM GMT+8
APRIL — Pakatan Rakyat (PR) had not acted responsibly and had therefore
betrayed the expectations of Malaysians. They were expected to protect
the human rights of citizens, safeguard the rule of law and ensure that
abusive laws would not be passed by default.
By all measures, Malaysians have been terribly let down by PR’s failure
to anticipate that the Barisan Nasional was hell-bent on pushing
through this corrosive Bill, come what may. The fact that the BN was
prepared to be in Parliament into the wee hours of the morning to have
their way clearly showed how determined they were to achieve their
objective of passing the Prevention of Terrorism Act 2015 (Pota).
For PR to say that they did not anticipate there would be bloc voting is a lame excuse that is not acceptable.
Tony Pua hit the nail on the head when he told Malay Mail Online, “Of course there would be bloc voting, the point is to be prepared for that.”
To claim that there was no prior instruction for all law makers to be
present is to fail in their duty as elected representatives. They don’t
have to be mollycoddled; they should be responsible to themselves. They
should know how to conduct themselves when faced with a situation that
threatened to take away our basic, fundamental rights.
They owe it to those who voted for them.
Had all the PR MPs been present, this draconian Bill would have been
defeated. After all, it was passed with 79 votes for and 60 against.
With full PR attendance, the final vote count would have been 70 for and
86 against. There was this golden opportunity to throw out this drastic
Bill that violated the rule of law.
Unfortunately, PR goofed! A total
of 26 PR MPs helped to pass this undemocratic Bill.
Out of the 132 BN MPs, only 70 were present, with 62 of them absent. It
could be interpreted that these 62 MPs were not in favour of the Bill
and so they stayed away giving the PR a slim chance to defeat the Bill.
But 26 PR MPs absented themselves and, as it were, saved the day for the
BN!
As a result, the Bill was passed in its original form without any
amendments. It can be argued that the ISA has returned in another garb.
The Potahas all the characteristics of the ISA: the proposed law will
allow the authorities to detain suspected terrorists without bringing
them to Court for up to two years, with the Prevention of Terrorism
Board (POTB) empowered to renew the detention order indefinitely.
We must take it with a pinch of salt that this law would be applicable
only for terrorists. The assurance does not hold water. Weren’t we told
that the Internal Security Act (ISA) was meant for the communists — but
how many non-communists and legitimate political dissidents were
detained under the ISA? Will it be any different this time around?
Human Rights Watch said Potahas re-opened the “Pandora’s Box for
politically motivated, abusive state actions” that had been a feature
when Putrajaya used the former ISA.
The Bill does not allow any judicial review in any Court — no Court
shall have jurisdiction over decisions by the board in its discretionary
power. When the judiciary is ousted, it paves the way for abuse and
arbitrariness. It is always repugnant when an accused is denied his
defence in a Court of law. We cannot pretend to be a democracy when we
pay scant respect to the rule of law.
PR can get ready to be roasted!
* P Ramakrishnan is an executive committee member of Aliran.
Saya amat kecewa dan terkejut apabila bangun pada pagi 7 April 2015
dan mendapati bahawa Akta Pencegahan Keganasan atau Prevention of
Terrorisme Act (POTA) telah diluluskan di Parlimen setelah dibahaskan
dan diundi.
Walaupun saya sudah menjangka rang undang-undang tersebut bakal
diluluskan dengan ‘rubber stamp’ oleh ahli Dewan Rakyat daripada BN.
Namun saya berharap ia tidak akan diluluskan begitu cepat dan tanpa
pindaan walaupun telah ditentang bermati-matian oleh wakil rakyat
Pakatan Rakyat.
Ini bermakna igauan ngeri Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan pada 2012 datang kembali! Ya, bukan setakat mimpi tetapi igauan buruk kerana selama
berpuluh-puluh tahun sejak 1960 ISA digubal, pelbagai penganiayaan,
penyeksaan, salah guna kuasa, pencabulan kemanusiaan dan keadilan telah
berlaku.
Ini telah dicatatkan sebagai fakta dalam surat akuan bersumpah
(afidavit), memorandum kepada Suhakam, memorandum kepada kerajaan dan
pembangkang, memorandum kepada menteri, memorandum kepada Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan dan mufti-mufti, laporan kepada Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kes saman oleh bekas tahanan dan buku-buku
yang ditulis sendiri oleh bekas tahanan.\
Apakah segala usaha demikian perlu dikembalikan untuk memansuhkan
POTA pula? Apakah rakyat terpaksa bangkit semula berjuang untuk
memansuhkan POTA? Semasa memimpin Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), saya melihat sendiri
penderitaan dan pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh tahanan dan ahli
keluarga.
Mereka terpinga-pinga apabila suami atau ayah mereka ditahan tanpa
sebab melainkan dikatakan telah mengancam keselamatan negara. Mereka
tambah hiba apabila tidak diberitahu di mana suami atau ayah mereka
ditahan.
Dan hancur harapan mereka apabila mendengarkan suami atau ayah mereka
ditahan selama dua tahun dan boleh dilanjutkan dua tahun secara
berterusan tanpa boleh membela diri atau menyemak keputusan menteri.
Dangkal, tak berprinsip
Ungkapan seperti “tak perlu takut pada POTA, kalau tak buat salah”
oleh menteri amatlah dangkal dan tidak berprinsip. Ia serupalah juga
seperti berkata kita tak perlu takut pada perompak yang pegang pistol ke
arah kita, kalau kita tidak bersalah! Pada masa yang sama, untuk mewajarkan sokongan kepada POTA kerana ia
demi kepentingan rakyat dan negara adalah rumusan mudah yang tidak
berpegang kepada fakta, sejarah dan pengajaran lampau.
ISA dahulu juga dikatakan wujud untuk melindungi rakyat dan negara
daripada ancaman keselamatan tetapi sejarah telah membuktikan ramai ahli
politik, aktivis dan rakyat biasa ditahan, diseksa, disoal siasat tanpa
apa-apa kaitan dengan keselamatan negara, sebaliknya kerana motif
politik.
Benar, POTA tidak akan dikenakan kepada ahli politik kerana
kepercayaan atau ideologi politik mereka tetapi pokoknya pelanggaran
keadilan dan hak asasi manusia tidak boleh berlaku kepada sesiapa, tidak
kira sama ada ahli politik, kakitangan kerajaan, pihak keselamatan,
peniaga, penoreh, petani, cikgu, mahasiswa atau rakyat biasa!
Definisi keselamatan negara dalam ISA terlalu kabur seperti mana juga
definisi ‘terlibat’ dan ‘menyokong’ dalam POTA. Apakah usaha-usaha
membantu kebajikan keluarga tahanan POTA akan dianggap sebagai
‘menyokong’?
Jaminan menteri dalam negeri bahawa POTA akan melindungi hak asasi
manusia tahanan dan bukan menggantikan ISA bagi saya merupakan satu
jaminan yang terhormat tetapi sangat bercanggah dan mustahil ditunaikan.
Bagaimanakah hak asasi manusia boleh dilindungi apabila seseorang itu
tiada hak perbicaraan atau pembelaan di bawah POTA? Bukankah itu
bercanggah dengan hak asasi manusia? Hati-hati dalam membuat jaminan terutama apabila kita bergantung
kepada kumpulan lain yang mungkin ada kefahaman lain atau tidak memahami
erti hak asasi manusia.
Perkara paling asas dalam hak asasi manusia dan keadilan ialah hak
untuk tidak didapati bersalah sehingga dibuktikan bersalah atau innocent
until proven guilty.
Nasi jadi bubur
Dengan POTA, anda didapati bersalah tanpa penghakiman mahkamah dan
ditahan selama 59 hari serta boleh dilanjutkan tahanan selama dua tahun
dengan arahan oleh Lembaga Pencegahan Keganasan, bukan sebuah mahkamah
tetapi sebuah lembaga yang dipilih oleh kerajaan.
Pada masa yang sama, keputusan Lembaga Pencegahan Keganasan tersebut
tidak boleh dicabar oleh mahkamah. Kalau ISA dahulunya, keputusan
ditangan menteri dalam negeri tetapi sekarang keputusan di tangan
Lembaga. Namanya berbeza tetapi kuasa tetap sama dan tidak boleh
dicabar.
Tambah buruk, peruntukan undang-undang habeas corpus juga tidak
dibenarkan di bawah POTA iaitu peruntukan mencabar undang-undang atas
dasar teknikal. Nampaknya POTA tidak menggantikan ISA tetapi POTA lebih
kebal daripada ISA! Justeru saya ingin soal perdana menteri dan menteri dalam negeri, di
manakah agenda transformasi politik yang dilaungkan sebelum ini dengan
pemansuhan ISA, akta kediaman terhad dan Ordinan Darurat apabila POTA
2015 digubal dan Prevention of Crime Act (POCA) dipinda dan diketatkan?
Bukankah kita sudah ada SOSMA (yang juga bermasalah) dan Kanun Keseksaan lain yang boleh menangani jenayah keganasan? Saya memahami soal keselamatan dan keganasan memerlukan pencegahan
tetapi ciri-ciri dan prinsip utama seperti keadilan, kebebasan dan
keehsanan tidak boleh digadaikan.
ISA bercanggah dengan semua ciri dan prinsip ini termasuk tuntutan
agama dan ketamadunan. Begitu juga POTA. Berkali-kali dan bertahun-tahun
GMI dan rakyat menegaskan perkara ini sehinggalah ISA dimansuhkan.
Cuma apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur. POTA diluluskan oleh
Parlimen yang diwakili oleh majoritinya wakil rakyat BN pada 7 April
2015.
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan
seluruh wakil rakyat BN wajib bertanggungjawab jika berlaku kezaliman,
ketidakadilan, pencabulan hak asasi manusia, salah guna kuasa dan
pelanggaran hak kemanusiaan dengan wujudnya POTA, POCA, SOSMA dan Akta
Hasutan (dengan pindaan yang bakal diluluskan). SYED IBRAHIM SYED NOH ketua penerangan PKR dan mantan pengrusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).
Tindakan Putrajaya meminda Akta Hasutan 1948 dianggap seperti
“membunuh” dengan wujudnya peruntukan menghapuskan kuasa ikat jamin bagi
mana-mana individu yang dituduh, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira
Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed. Nur Jazlan berkata Putrajaya tidak seharusnya meminda akta berkenaan
sehingga ke tahap sedemikian dengan beranggapan semua dituduh mempunyai
potensi ‘flight risk’.
“Apa anda fikir apabila jaminan dihapuskan, ia seperti kes bunuh,
pesalah Akta Hasutan tidak boleh dianggap semuanya ‘flight risk’ jadi
bila melaksanakan pindaan tersebut, ia serupa anda membunuh,” katanya
kepada The Malaysian Insider.
Putrajaya hari ini membentangkan pindaan Akta Hasutan 1948 dalam
usaha mengukuhkan undang-undang berkenaan, iaitu meliputi peruntukan
menyatakan ikat jamin tidak dibenarkan untuk mereka yang didakwa
mengikut akta tersebut.
Cadangan pindaan akta berkenaan akan memasukkan dua seksyen baru – 5A
dan 5B – yang mana Seksyen 5A menyatakan, mana-mana individu ditahan
mengikut Subseksyen 4(1)(a) dan jika terdapat pengesahan bertulis, jika
tidak melibatkan kepentingan awam untuk memberikan ikat jamin kepada
tertuduh, ikat jamin tidak akan diberikan.
Seksyen lain pula menyatakan mahkamah berkuasa untuk menghalang
mereka yang ditahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan dan dibebaskan
dengan jaminan, daripada meninggalkan negara dengan mengarahkan mereka
menyerahkan dokumen perjalanan untuk suatu tempoh masa.
Beliau berkata kerajaan meminda enakmen Akta Hasutan mungkin kerana
beranggapan untuk mencegah daripada individu dituduh tidak lari di luar
negara seperti yang terjadi, kepada blogger seks Alvin Tan lari ke
Amerika Syarikat dan Ali Abd Jalil yang mendapat perlindungan suaka di
Sweden.
“Kita tidak boleh samakan setiap kes seperti Alvin dan Ali, kita
lihat bagaimana cara menangani dan menguruskan dengan tindakan
berlebihan (meminda Akta Hasutan) bukan jawapan,” katanya. Jazlan berkata ia juga turut termasuk memperluaskan Akta Hasutan
kepada pengguna laman sosial dengan mempersoalkan bagaimana pihak
berkuasa ingin menjustifikasi tuduhan tersebut.
“Apabila terlalu disekat kita bimbang hasilnya akan bertentangan
iaitu ia tidak menimbulkan ketakutan, tetapi membangkitkan semangat
lawan.
“Bila diperkuasa media sosial bagaimana pihak berkuasa ingin
menghukum pengguna di luar negara atau mereka menggunakan akuan palsu,”
katanya.
– See more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pindaan-enakmen-akta-hasutan-seperti-membunuh-kata-pengerusi-pac#sthash.yQTEyHtn.dpuf
Dua bulan lagi menuju Muktamar PAS ke-61 yang dianggap paling
panas, antara punca PAS berpecah kini mula disedari dengan terdedahnya
satu persatu hala tuju laman-laman Facebook ‘hantu’ tanpa nama yang
menyerang dan melaga-lagakan pimpinan PAS.
“Saya yakin, musuh PAS adalah di sebalik mereka ini,” kata AJK PAS
Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, salah seorang yang menjadi mangsa
serangan laman Facebook hantu ini.
Mula-mulanya El-Haraki, lepas itu Tuc Tok Usin Ceroi dan kini Keli
Laut. Kesemuanya laman Facebook yang tidak diketahui siapa pemiliknya,
tetapi sangat aktif menyerang dan melaga-lagakan pimpinan PAS dari
Pusat, negeri dan kini ke peringkat kawasan menjelang muktamar PAS ke-61
Jun ini.
Akaun Facebook Keli Laut membuat posting minggu lalu kononnya berlaku
kekecohan menjelang mesyuarat agung Dewan Pemuda PAS kawasan Selayang.
Modus operandi laman ini sama saja seperti El-Haraki dan Tuc Tok Usin
Ceroi, iaitu akaun tanpa dikenali tuannya dan menyerang sebahagian
pemimpin PAS yang tidak disukai mereka.
Laman ini menyerang dengan jelas Ketua Pemuda PAS Selayang Fauzan
Mazlan serta adik beradiknya yang aktif dalam PAS di samping menyerang
Yang di-Pertua PAS Selayang Zaidy Talib yang juga exco kerajaan negeri
Selangor.
“AGM Dewan Pemuda PAS Selayang:: Panas panas panas!!!!! Menggunakan
YB Zaidi untuk mempengaruhi Pengerusi JK Pemilihan negeri untuk
membolehkan orang tak layak bertanding untuk bertanding,” tulis Keli
Laut dalam laman Facebooknya.
Sehingga kini sekurang-kurangnya 10 posting dibuat Keli Laut berhubung apa yang berlaku dalam PAS Selayang.
Sebelum ini, El-Haraki menyerang Mujahid dan lain-lain rakannya,
termasuk Datuk Husam Musa, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid
Samad dan lain-lain lagi dengan berselindung sebagai penyokong
kepimpinan ulama.
Tuc Tok Usin Ceroi pula melabelkan kesemua pemimpin ini sebagai
‘jebon’ dengan satu alasan sahaja, iaitu kononnya mereka tidak bersama
menyokong kepimpinan ulama yang diketuai presiden PAS Datuk Seri Abdul
Hadi Awang.
Yang terkini Mohamad Sabu, timbalan presiden dan Datuk Mustafa Ali, setiausaha agung PAS menjadi sasaran Tuc Tok Usin Ceroi.
Bagi Mujahid, kalau El Haraki berperanan di peringkat nasional, Tok
Usin di peringkat negeri, kini Keli Laut bermain di peringkat kawasan
yang menjelaskan siapakah sebenarnya orang di belakang laman-laman hantu
ini, kata Mujahid kepada The Malaysian Insider.
“Bagi saya, ini kerja musuh. Perpecahan dalam PAS sekarang bukan
semata-mata kerana perbezaan pendapat termasuk isu hudud, kerana kita
sudah lama berbeza pendapat dalam banyak isu tetapi tidak pernah
berpecah.
“Tetapi suasana kemusnahan ini pasti ada tangan-tangan lain yang ambil kesempatan,” kata Mujahid mengulas isu ini.
PAS mengalami krisis yang paling teruk dalam sejarahnya hatta
dikatakan lebih teruk dari 1982 apabila presidennya Tan Sri Asri Muda
terpaksa mengundurkan diri.
Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberi respon secara
bertulis kepada pemilik akaun Facebook Tuc Tok Usin Ceroi dan meminta
orang di sebalik akaun ini untuk datang ke depan jika dia benar-benar
serius dalam dakwaannya terhadap Mohamad Sabu.
“Jawatankuasa Siasatan mengalu-alukan kesudian Tuc Usin Ceroi untuk
tampil memberi kenyataan aduan terhadap audio klip yang disebarkan di
Facebooknya dan tuduhan terhadap Timbalan Presiden PAS.
“Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa menunggu kedatangan Tuc Usin Ceroi ke Pejabat Agong PAS secepat mungkin.
“Beliau boleh menghubungi saya secara terus atau Khairul Faizi,
selaku Penolong Setiausaha Agung dan setiausaha jawatankuasa siasatan
untuk menentukan masa beliau yang sesuai untuk menghadirkan diri,” kata
Mustafa dalam kenyataan yang ditujukan kepada Tuc Usin Ceroi itu.
Sebelum ini, Tok Usin mendedahkan satu rakaman audio kononnya ia
suara Mohamad Sabu yang sedang merancang strategi untuk menjatuhkan
Hadi.
Namun jawatankuasa siasatan yang diketuai Mustafa dikatakan tidak
mahu membuat sebarang siasatan mengenainya melainkan ada aduan rasmi
atau pemilik akaun laman Facebook itu sedia ke hadapan dengan berjumpa
beliau atau penolongnya, Khairul Faizi.
Melihat kepada semua senario ini, Mujahid berpendapat mangsa sebenar
permainan laman-laman Facebook hantu ini adalah ahli PAS yang tidak tahu
apa-apa tetapi terpengaruh dengannya kerana mereka ini berselindung di
belakang pemimpin PAS dan kepimpinan ulama.
“Yang menjadi mangsa adalah ahli PAS yang jujur dan ikhlas kerana mereka pertaruhkan ulama termasuk nama presiden sendiri.
“Ia cukup bahaya dan mereka menjadi mangsa kepada ‘keyboard warior’
ini sedangkan orang di belakang mereka sebenarnya pelaksana kepada
tuan-tuan mereka yang mahukan PAS berpecah,” kata Mujahid.
NGO pro-Pakatan Rakyat, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa)
sedang membuat kajian berhubung menubuhkan satu parti baru sekiranya PAS
keluar daripada gabungan pembangkang.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, parti yang mungkin
akan ditubuhkan itu lebih cenderung ke arah ‘parti Islam’ bagi mengisi
kekosongan PAS dalam pakatan.
“Banyak desakan untuk kita jadi parti politik dalam keadaan sekarang ini, jadi saya buat keputusan untuk buat kajian.
“Tapi (menubuhkan parti) ini bergantung dengan Pakatan Rakyat, bukan kita akan berdiri sendiri.
“Dan kita akan jadi sebahagian daripada komponen Pakatan barulah wujud parti politik,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Jelasnya lagi, keputusan mewujudkan parti itu bagaimanapun bergantung dengan perkembangan hubungan Pakatan.
Berkemungkinan parti itu akan ditubuhkan sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14, jika perlu, tambah Phahrolrazi (atas).
PAS semalam terus membayangkan sesuatu apabila Timbalan Menteri Besar
Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu mampu berjuang
bersendirian walaupun disingkir daripada Pakatan.
PAS berdepan dengan kontroversi dalam Pakatan apabila berkeras mahu
melaksanakan hudud walaupun gagal mendapat kata sepakat rakan Pakatan.
DAP telah mengumumkan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk
Seri Abdul Hadi Awang berikutan tindakannya yang bertegas mahu
melaksanakan undang-undang jenayah Islam.