Klip Video Baru Tanda Terdesak : Kak Wan
Semenyih 21 SEPT : Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menganggap tindakan pendedahan satu lagi klip video oleh blogger UMNO sebagai tindakan terdesak untuk memfitnah Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah episod 'sumpah laknat' yang cuba dijalankan sebelum ini gagal.
Wan Azizah menyatakan betapa tindakan itu diambil setelah kegagalan pihak tertentu cuba memburukkan nama Anwar yang juga suami beliau dengan pelbagai fitnah dan tohmahan selain berhadapan kes liwat di Mahkamah.
"Kenapa mereka keluarkan video seks, sekarang keluarkan sedutan keluar lif itu? Sebab kes ini tak menjadi. Rakyat tak percaya. Kes sumpah Datuk Trio itu juga tidak betul dan dapat kita menangkis dan beri hujah bahawa itu tidak benar dan fitnah semata. Mereka ibarat desperado yang nak mempertahankan kekuasaan mereka," kata beliau kepada TV Selangor semalam.
Kelmarin, negara sekali lagi dikejutkan dengan pendedahan terbaru keratan video menerusi rakaman CCTV yang menunjukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah di media arus perdana setelah di muat-naik (upload) dalam blog pro-umno, Papa Gomo.
Papa Gomo menyiarkan rakaman bertarikh 13 Januari 2011 yang disebutnya sebagai rakaman "eksklusif", menunjukkan dua lelaki yang didakwa ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Anwar, masuk dan keluar lif bangunan Apartmen Ampang, yang dikatakan tempat berlaku aksi seks tersebut.
Menerusi blog tersebut, klip rakaman itu seakan disunting untuk menunjukkan rakaman CCTV itu dengan video seks di Carcosa selari dengan urutan tanda masa peristiwa tersebut.
Bagaimanapun, pendedahan itu menimbulkan keraguan apabila pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu, tidak kelihatan sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan dalam video seks berkenaan.
Dalam pada itu, Wan Azizah turut mahu rakyat khususnya penyokong Pakatan terus berjuang dalam menentang kezaliman.
"Kita, rakyat mesti teruskan perjuangan. Contohnya ISA. Walaupun baru sebut ISA akan dimansuhkan, itu kemenangan rakyat tapi kita kena teruskan sebab kalau semangat kendur, (perjuangan) akan kedur juga," kata beliau lagi.
Mansuh ISA: Satu Lagi Gimik Pilihanraya BN
Akhirnya perjuangan rakyat berjaya
Dua tahun kemudian hanya satu perkara yang benar-benar berjaya, iaitu pengurangan subsidi. Makmal rasionalisasi subsidi telah memotong berpuluh-puluh bilion ringgit nilai subsidi barangan keperluan harian seperti minyak, tepung, gula, gas memasak dan lain-lain. Wang daripada penjimatan itu dilaburkan semula ke dalam projek-projek ekonomi kerajaan bagi menyokong pertumbuhan.
Maka ekonomi Malaysia dilihat berkembang, padahal tidak jika subsidi diteruskan. Ini satu helah licik untuk mengkagumkan rakyat dari segi angka pertumbuhan tetapi dalam masa yang sama mengeringkan wang dari kocek mereka. Rakyat Malaysia pada zaman Najib seolah-olah mengunjungi fun fair, bermain sepuas-puasnya kemudian mengeluh kehabisan wang perbelanjaan harian.
Taktik Yahudi
Pada 16 September, ‘ahli sihir’ Putrajaya ini mengubah taktik permainan ke bidang politik pula. Beliau mengumumkan semua undang-undang yang meresahkan rakyat sejak Malaysia merdeka akan dimansuhkan atau dipinda. Termasuklah undang-undang yang menjadi hantu paling menakutkan sejak 60 tahun lalu, ISA. Selain itu, Akta Mesin Cetak, Akta Polis, Akta Kediaman Terhad dan beberapa akta lain akan diubahsuai untuk menjadi mesra rakyat. Adakah Najib benar-benar tulus dan akan mengotakan janjinya?
jika rakyat tidak mendesak adakah najib akan bertindak?
Berdasarkan rekod lalu, PM yang sering membuat ‘magik kata-kata’ itu terkenal seorang penipu yang mahir. Lebih-lebih lagi beliau pernah mengambil agensi perunding pentadbiran APCO dari Israel sebagai penasihat. Sementelah itu rakyat wajib percaya apa yang akan dan sedang berlaku di negara ini, hampir kesemuanya, tidak akan jauh berbeza dengan permainan politik di kalangan ahli politik Israel.
Sebagaimana tidak akan berjayanya Palestin mendapat pengiktirafan merdeka dari PBB pada bulan September ini seperti yang dituntut Presiden Mahmud Abbas, Malaysia juga tidak akan melihat satu penyelesaian menyeluruh dalam isu pengembalian hak asasi manusia yang sekian lama dicabul.
Pemansuhan ISA tidak lebih daripada usaha terdesak Najib untuk menarik undi masyarakat Cina dan Melayu kembali kepada BN. Setelah 3 tahun mencuba pelbagai pendekatan bagi mengembalikan undi yang terlepas dalam pilihanraya 2008 tidak berjaya, diharap pemansuhan ISA adalah satu langkah besar yang boleh memperdaya rakyat.
Perlu diingat, Najib Razak satu-satunya PM yang tidak pernah menggunakan ISA ke atas aktivis politik sejak berkuasa. Beliau mengambil iktibar kecundangnya Pak Lah dalam pilihanraya 2008 selepas menggunakan ISA menahan 8 pemimpin Hindraf selepas tunjuk perasaan November 2007. Najib juga sedar ketidak-popularan ISA apabila 30,000 rakyat Malaysia keluar menunjuk perasaan pada Ogos 2009 membantah penerusan akta itu. ISA memang telah mencapai tarikh luput, dan seperti makanan, mana-mana pemerintah yang menggunakan akta melepasi tarikh luput pasti akan mengalami kehancuran.
Oleh yang demikian, Najib tidak membenarkan sepupunya Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Husien dalam mencegah tunjuk perasaan Bersih bulan Julai lalu menggunakan ISA ke atas aktivis politik. Hishamuddin berpaling menggunakan Ordinan Darurat yang hampir sama kuasanya dengan ISA.
Medium seni mendesak kerajaan
Ordinan Darurat mempunyai peruntukan yang saling tidak tumpah dan diluluskan pada tahun-tahun darurat di mana ISA diluluskan. Cuma Ordinan Darurat dalam tempoh penahanan awal (dua bulan), suspek kerap dibawa ke hadapan majistret dan hakim untuk menyambung tempoh penahanan. ISA tidak memerlukan mahkamah sama sekali untuk perintah menyambung tahanan. Keputusan berpusat di tangan Menteri Dalam Negeri.
Ordinan Darurat selepas Parti Komunis Malaya berdamai dengan kerajaan Malaysia pada 1989 tidak lagi digunakan untuk menahan aktivis politik atau yang dianggap berunsur subversif sebaliknya hanya digunakan terhadap penjenayah merbahaya.
Najib berkata akan juga menamatkan kuatkuasa 3 proklamasi darurat yang pernah dibuat dan menyebabkan sehingga kini Malaysia masih dalam keadaan darurat teknikal. Mengapakah Ordinan Darurat ini tidak digantung sama? Negara yang kukuh demokrasinya akan menggantung akta seperti itu dalam keadaan aman. Untuk mengembalikan fungsinya, seandai berlaku darurat, tidaklah sukar kerana darurat di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong dan boleh diputuskan dalam masa beberapa jam sahaja. Jadi, biarpun ISA telah mansuh dan diganti akta lain yang kononnya mesra rakyat, adakah rakyat Malaysia bebas sepenuhnya? Tidak. Ordinan Darurat menganga menunggu untuk membaham mereka!
Hak asasi kekal muram
Sama seperti magik transformasi ekonomi yang diatur Najib, apabila tersedar, rakyat mendapati harga barang keperluan harian lebih mahal dan mereka semakin sukar untuk membeli makanan serta tidak lagi mampu menyimpan wang secukupnya untuk kegunaan hari tua; magik transformasi politik ini juga akan membawa implikasi sama. Di penghujung hari, rakyat akan mendapati tidak banyak yang berubah.
BN takut kepada demo anti ISA 2009
Rekod hak asasi manusia mungkin lebih baik sedikit tetapi tetap tidak ada hak untuk menganjurkan perhimpunan aman, tiada kebebasan media, tangkapan sewenang-wenangnya masih dibenarkan tetapi lebih kerap dibawa ke mahkamah, permit penerbitan kekal sukar diperolehi bagi kumpulan tidak sehaluan dengan pemerintah namun tempoh bertahan permit mungkin lebih panjang daripada yang dipraktikkan sekarang.
Satu mercu tanda penting untuk melihat Malaysia adalah negara pendusta hak asasi ialah penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Ia ditubuhkan oleh parlimen dan diusahakan hampir sepenuhnya oleh Tan Sri Musa Hitam dibantu beberapa NGO perundangan. Setelah penubuhannya pada 2002 diharapkan rekod hak asasi di negara ini akan lebih baik kerana kerajaan mengeluarkan modal untuk membiayai perjalanan suruhanjaya itu. Malangnya, setelah sedekad berlalu hak asasi manusia tidak langsung menunjukkan peningkatan. Laporan yang dikeluarkan oleh Suhakam tidak banyak yang diambil peduli oleh kerajaan. Hampir tiada apa yang boleh diubah oleh suruhanjaya itu kecuali berkhidmat sebagai arkib penyimpanan rekod aduan rakyat.
Inilah kualiti kerajaan yang menjanjikan perubahan politik menjelang pilihanraya umum ke-13. Lebih buruk lagi, dijanjikan oleh PM yang sebelum ini berjanji untuk memberikan stadium mengadakan perhimpunan Bersih kemudian menafikan beliau berjanji sedemikian. Berjanji untuk memberitahu hal sebenarnya yang diceritakan oleh saksi kes liwat Saiful Bukhari Azlan, namun pergi ke mahkamah untuk mengesahkan tidak akan sama sekali menjadi saksi perbicaraan. Apakah rakyat Malaysia perlu jadi bodoh sekali lagi untuk mempercayai janji politik PM seperti ini? Buatlah seribu akta yang mengikut piagam PBB tetapi kerajaan BN tidak akan melaksanakannya.
Kerajaan BN juga wajar ditertawakan kerana sehingga kini tidak mampu melaksanakan walaupun satu syor IPCMC yang ditubuhkan pada era Pak Lah untuk memperbaiki perkhidmatan kepolisian. Jelas, BN dan polisi pemerintahannya tidak boleh diperbaiki. Hanya perubahan kecil di sana sini tidak akan mendatangkan apa-apa kesan yang signifikan kepada keseluruhan sistem.
Perkara yang dilakukan BN kini sama sahaja seperti yang dilakukan oleh kerajaan diktator Afrika Utara. Di penghujung pemerintahan Zine Abidine Ben Ali di Tunisia beliau menjanjikan perubahan struktur kerajaan. Di penghujung pemerintahan Hosni Mubarak di Mesir beliau memecat keseluruhan menteri kabinet yang dikatakan rasuah dan akan membuat perubahan. Di penghujung pemerintahan Muamar Gadafi di Libya beliau membebaskan ratusan tahanan politik dan berjanji untuk berubah. Rakyat Afrika Utara tidak bodoh dan semua pemerintahan kuku besi itu disapu bersih ke dalam laut Mediterranean.
Rakyat Malaysia wajib menolak janji perubahan Najib dan menyapu bersih pemerintahan kuku besi BN dalam PRU ke-13 demi masa hadapan yang lebih baik.
Sel Putik Mungkin Bukan Dari Dubur Saiful : Saksi Pakar
Mat Sabu Mengaku Tidak Bersalah, Bakal Dibicara
Freedom Film fest Asah Bakat Warga Selangor
SHAH ALAM 20 SEPT : Penganjuran Freedom Film Fest (FFF) bukan sekadar menghiburkan, tetapi juga menjadi suatu medium kreatif yang mampu menyebarkan mesej merangkumi isu- isu semasa seperti hak asasi manusia, demokrasi dan kemasyarakatan.
14 Warga Bangladesh Layak Mengundi
PUTRAJAYA 20 SEPT : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan hak kerakyatan Malaysia kepada sekurang- kurangnya 37 rakyat Bangladesh sejak 1998 sehingga Ogos tahun lalu.
Wikileaks: SPR pernah keluarkan 60,000 IC palsu
Malaysia yang (Masih) Goyang
Hasmi bin Hashim
Menjelang Hari Malaysia, Perdana Menteri Najib Razak umumkan dalam ucapan secara langsungnya di TV1, kerajaan akan hapuskan ISA. Beberapa akta lain, antaranya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang digubal di era Mahathir Mohamad, juga bakal dipinda.Apa yang diumumkan Najib mencerminkan tak semua yang dilakukan pemerintah, selama sebuah parti itu berkuasa, adalah benar. Dalam ucapannya, beliau akui era "pemerintah tahu segalanya" sudah berakhir. Malang, kesedaran penguasa adalah lambat setelah begitu ramai orang terdekam di Kem Tahanan Kamunting; setelah media terbungkam dan kebebasan bersuara diserkap, barulah sedikit nada demokrat terdengar dari corong RTM.
"Kerajaan besar" bukan lagi konsep dan amalan yang bagus, malahan "kerajaan kecil" dengan kuasa-kuasanya yang terhad kini lebih berkesan. "Berkesan" lebih mustahak daripada "besar". Sebesar apa pun tak berguna, kalau tak berkesan, khususnya tak membawa manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat. Contoh yang ada, saiz pejabat yang besar kini tak lagi menunjukkan bos di dalam pejabat itu hebat. Pejabat yang besar hanya timbulkan karenah birokrasi yang macam-macam serta biaya penyelenggaraan yang tinggi.Berbuih mulut untuk dihujahkan bahawa segala bagai akta yang digunapakai yang bersifat draconian itu, mencengkam dan bertentang dengan Perlembagaan Persekutuan. Kritikan ini sebelum malam semalam, selalu diperlekeh elit penguasa termasuk di kalangan Pemuda UMNO sekalipun. Pemuda sewajarnya penuh idealisme. Bukannya bertakung air dalam kepala, atau "airlisme".
Adatnya kaum feudal, menunggu bos berkata iya, maka semua pun angguk-angguk kepala. Ini tanda orang yang tak boleh berfikir sendiri akibat airlisme. Barang diingat, demokrasi bukan masa lalu; demokrasi selamanya untuk masa depan Malaysia. Kesepaduan negara-bangsa takkan mungkin wujud tanpa jaminan ruang demokrasi.
Malaysia adalah negara muda. Baru 48 tahun, tahun ini. Kemerdekaan yang disambut pada '57 itu adalah bagi negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Tak termasuk Sabah dan Sarawak, sedangkan tanpa kedua wilayah berkenaan, takkan berdirinya Malaysia.Sebelum Tunku Abdul Rahman (gambar kiri) mengemuka gagasan Malaysia, khasnya kepada Malcolm MacDonald dalam pertemuan mereka di Kuala Lumpur, Disember 1958, buah fikiran tersebut terlebih dahulu telah dibincang, dipelopor dan diperjuangkan oleh tokoh-tokoh nasionalis seperti Ibrahim Haji Yaacob, Dr Burhanuddin El-Helmy dan Ahmad Boestamam. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) jadi parti terawal yang menggagaskan konsep "Melayu Raya", iaitu nama asal bagi Malaysia.
Mewujudkan Melayu Raya ditentang bukan sahaja oleh Indonesia, juga oleh Filipina. Sebab penentangan berbeza-beza. Indonesia menuduh konsep "Malaysia" adalah kesinambungan kuasa penjajahan Barat, atau neo-kolonialisme. Soekarno ragu, wilayah-wilayah yang bergabung di dalam Malaysia bertujuan "mengepung Indonesia" secara geografi, politik dan ekonomi. Sebelumnya, beliau juga pernah bercita-cita untuk mewujudkan Indonesia Raya sebagai kesatuan seluruh wilayah-wilayah Nusantara sebelum Indonesia merdeka.
Bagi Filipina, penentangan terhadap pembentukan Malaysia dengan protes bahawa Borneo Utara (Sabah) adalah miliknya. Dengan kerjasama British, satu referendum dijalankan di kedua wilayah itu, iaitu Sabah dan Sarawak. Dengan pungutan suara itulah menjadi hujah Tunku tentang hasrat dan persetujuan rakyat Sabah untuk turut sama menyertai persekutuan baru ini.
Sempadan dua negara utama di Nusantara terbelah kerana penjajahan. Indonesia yang merdeka pada 1948 adalah jajahan takhluk Belanda, dan Malaysia di bawah British. Indonesia merdeka serentak dengan penubuhannya, tetapi Malaysia melalui dua proses iaitu kemerdekaan Tanah Melayu, enam tahun sebelum terbentuknya Malaysia.Namun, tanpa Singapura dan Brunei yang diperkira bersama gugusan Melayu Raya, apakah gagasan Malaysia itu boleh dianggap sepenuhnya berjaya? Dengan hanya kemasukan Sabah dan Sarawak, apakah Malaysia masih perlu bernama Malaysia… atau sebaiknya persetukuan ini memakai nama awalnya sahaja, iaitu "Malaya"? Kita selalu ingat, kemerdekaan Singapura pada 2 Ogos tahun yang sama dengan penubuhan Malaysia berakibat Kuala Lumpur terlewat untuk membentuk Malaysia yang sepatutnya sama dengan tarikh 31 Ogos.
Lee Kuan Yew (gambar kiri) mengumumkan kemerdekaan Singapura sendiri. Sebelum itu, Singapura sudah mempunyai kerajaan, tetapi dianggap sebagai "kerajaan dalam negeri". Kuasa kerajaan dalam negeri terhad dan tidak diiktiraf kuasa-kuasa besar dunia termasuklah PBB. Singapura sebelum mengumumkan kemerdekaannya, tidak boleh membuka kedutaan di mana-mana negara luar.
Lee bolehlah dianggap merampas kemerdekaan. Bukan dari British, tetapi dari Kuala Lumpur. Cuma tindakan itu tidaklah begitu terasa apabila Singapura sertai Malaysia. Lee mencemeh, dengan ejekan Singapura merdeka sendiri, tetapi Tanah Melayu merdeka dengan "dulang emas".
Berbeza dengan gagasan yang dikemuka tokoh-tokoh progresif, terutama di dalam PKMM, mereka tidak pernah melihat Singapura itu terasing dari jajahan Johor. Berdirinya sebuah negara merdeka bernama Malaya adalah sekali dengan penyertaan Singapura, selain wilayah-wilayah lain bekas jajahan takhluk Inggeris yang belum merdeka. Gagasan ini termasuk di dalam apa yang disebut sebagai "merdeka secara penuh".
Prinsip asas "merdeka secara penuh" ialah sebarang keputusan tak perlu rundingan dengan pihak Inggeris. Adalah tidak munasabah untuk rundingan dibuat dengan pihak yang menjajah. Identiti dan perlembagaan negara ini, biar ditentulah oleh anak bangsa sendiri dan bukannya akan nasihat Inggeris yang membantu untuk merupa bentuk sebuah negara selepas jajahan.
Perlembagaan Rakyat pun siap ditulis pada 10 Ogos 1947. Kertas hitam-putih ini menjadikan Inggeris tercabar. Mereka masih mahu campurtangan termasuk dalam pembentukkan asas negara apabila Inggeris juga menubuhkan Suruhajaya Perlembagaan Rendell. Anggota-anggota di dalam suruhjaya ini dilantik langsung oleh Baginda Ratu di England. Barang diingat, Perlembagaan Persekutuan yang terpacak sebagai tiang seri Malaysia hari ini tak lain adalah daripada apa yang didraf oleh suruhanjaya berkenaan dan mendapat restu Ratu.
Pertembungan golongan progresif dengan kaum feudal sudah berlangsung sebelum merdeka. Bagaimanakah boleh dibanggakan apabila bendera Malaysia yang terkibar sepertimana hari ini, juga dengan kehendak Ratu; dan Malaysia jadi satu-satunya negara di dunia yang benderanya seakan-akan bendera Amerika Syarikat.
Anehnya, negeri ini merdeka dan terbentuk tanpa perbincangan rancak. Ia hanya dilakukan oleh dua-tiga kerat kaum feudal tanpa dibahas dan dibincangkan secara umum. Selepas 48 tahun, akta seperti ISA baru dijanjikan akan dihapuskan, ya selepas akta itu memakan korban begitu ramai orang. Dan selepas begini lama juga, lantai-lantai, tiang dan pasak negara ini mula dibongkar dan disemak kembali.
Terlihatlah masih wujud lobang-kelabang, sompang-sempek dan hugal-hagilnya di sana-sini. Kecintaan terhadap negeri dan bangsa bermaksud memperkukuh segala yang goyang pada terasnya.
*Dipetik dari Jalan Telawi. Hasmi bin Hashim ialah seorang aktivis politik, aktif memain peranan sebagai intelektual awam dengan kritikan sosial, politik-kekuasaan dan kebudayaan. Di dalam arena penulisan lirik lagu, beliau antara lain memakai nama pena Buddhi Hekayat.
Kes Fitnah II : Dr Seah "Sembunyi" Maklumat DNA Ketiga, Dakwa Dr Brian
Peguambela Ram Karpal yang menyoal sejak awal pagi menimbulkan keraguan tentang prosedur standard makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bersabit sampel DNA yang diperolehi daripada pengadu Saiful Bukhari Azlan.
Brian menjelaskan berdasarkan laporan pakar kimia Dr Seah Lay Hong dan pembantu Nor Aidora Saedon telah menemui tiga sampel DNA dari dubur Saiful.
Namun Brian mendakwa Seah tidak menyatakan dalam laporannya akan kehadiran DNA individu ketiga yang menyumbangkan bacaan tinggi melalui ujiannya selain daripada Saiful dan 'lelaki Y'.
"Dia (Seah) menemui DNA lain tapi dia tidak melakukan apa-apa," kata Brian di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.
Justeru katanya lagi, pakar kimia itu mengabaikan beberapa garis panduan asas makmal untuk memastikan sampel DNA diasingkan sepenuhnya daripada bendasing.
"Dia tidak boleh mengatakan ianya milik sesiapa... hanya jika dia melihat melalui mikroskop dan memastikan sampel hanya mempunyai ekstrak sperma asli," tambah beliau lagi.
Sementara itu peguam Sankara Nair yang ditemui ketika mahkamah berehat sebentar menyatakan Seah sedar akan kewujudan individu ketiga pada sampel DNA melalui ujian Electropherogram (EPG) namun beliau gagal melaporkannya.
"Mungkin ada individu ketiga dalam laporan Seah dan Aidora. Beliau nampak tapi beliau tidak melaporkannya," jelas Sankara kepada media.
Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang.
Laporan lanjut menyusul...
Pejuang Kekalkan ISA Sibuk Nak Jadi Hero
ULASAN : Perisytiharan penghapusan akta zalim ISA pada 15 September telah memenuhi dada-dada akhbar. Seperti lazimnya, juak-juak Umno, yang dulunya lantang melaungkan dan memperjuangkan pentingnya ISA dikekalkan, telah menebalkan muka dan memuji bertubi-tubi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang yang berani, tegas dan hebat.
Jika pujian itu diterima, secara logiknya - bukankah itu bermaksud dulu semua pemimpin Umno ini penakut, tiada ketegasan dan tiada kehebatan? Cuma sekarang saja ada keberanian.
Pada tahun 2009, kerajaan BN berkali-kali menegaskan bahawa dasar dan pendirian kerajaan adalah untuk mengkaji dan “bukannya memansuhkan ISA.”
Malah pada bulan Disember 2009, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa “semua pihak” sepakat Akta Keselamatatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan.
Pakatan Rakyat pula dalam Buku Jingganya pula menyatakan akan memansuhkan ISA. Apabila Pakatan Rakyat kata penghapusan akta zalim ini meniru idea dalam Buku Jingga, tiba-tiba bangkitlah beberapa orang menteri Umno amnesia yang menyatakan bahawa ini idea asli perdana menteri, bukannya tiru idea Buku Jingga.
Malah, Najib menyuarakan bahawa “inisiatif untuk memansuhkan ISA adalah keputusan dibuat kerajaan BN dan bukan perjuangan mana-mana pihak lain.”
Mana ia penghargaan kepada jasa-jasa pejuang-pejuang memansuhkan ISA selama ini? Tak akanlah disebabkan mereka ini rakyat jelata yang menyokong perjuangan samada dalam wadah pembangkang ataupun tidak, dalam menuntut memansuhkan ISA tiada kredit?
Siapakah pencetus inisiatif tersebut kalau bukan rakyat yang membantah kerajaan dalam isu ISA, terutamanya barisan pembangkang dulu, sehinggalah Pakatan Rakyat kini yang menyerang habis-habisan ugutan dan salahguna ISA oleh puak-puak kanan di dalam Umno, dan adik mereka PERKASA selama ini yang menggunakan akta ini demi kepentingan politik semata-mata?
Tetiba, pejuang-pejuang yang dulunya bermati-matian nak kekalkan ISA hendak menjadi hero, yang hendak mansuhkan ISA sejak dulu pula sengaja diketepikan. Tindakan ini terus mengingatkan rakyat kepada nasib yang menimpa pejuang-pejuang haluan kiri pra-kemerdekaan… sejarah seolah-olah diulang tayang untuk membuka mata rakyat.
Tiru idea
Cukup marah nampaknya perdana menteri dan para pimpinan Umno apabila dikatakan mereka telah meniru idea orang lain - barangkali itu sebenarnya punca utama di sebalik penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa ahli parlimen dari Parlimen dalam kontroversi APCO kerana mereka juga pernah menyatakan idea 1Malaysia adalah hasil ciplak 1Israel.
Media perdana kini terus memberikan bayangan bahawa perdana menteri sedang disanjungi kerana keberaniannya dalam menghapuskan ISA sehinggakan Datuk Zaid Ibrahim perlu cepat-cepat memohon maaf kepada Najib kerana tersilap membuat andaian bahawa menyangka perdana menteri tidak berani, walaupun tiada apa-apa konkrit yang berlaku lagi selain pengumuman lisan beliau.
PAS akan meneliti secara dekat hasrat murni ini dengan hati-hati kerana pada masa yang sama, Najib turut mengumumkan untuk menggubal dua akta baru bagi menyekat golongan “pengganas” yang akan mencetuskan suasana huru-hara dan menggugat ketenteraman awam.
Tafsiran “pengganas” dan “ancaman” ini pula luas, tak tahulah ia mengikut tafsiran Umno-BN ataupun kerajaan memerintah? Semuanya masih samar dan tidak diketahui.
PAS akui keamanan negara menjadi keutamaan dan tiada pihak ingin melihat negara menjadi tidak aman.
Rakyat sering dikecewakan
Namun, kerajaan BN tidak boleh menyalahkan rakyat yang bersangka buruk pada pengumuman ini kerana rakyat sudah banyak kali dikecewakan.
Apa yang menjadi keraguan rakyat ialah kebanyakan akta digubal asalnya dengan tujuan yang sangat baik, tapi rakyat sedar apabila sampai sudut pelaksanaannya, ia sering kali disalahgunakan bukan untuk menjaga kepentingan negara, tapi hanya kepentingan Umno BN, terutamanya apabila hipokrisi mereka telah terlondeh dan nyawa-nyawa ikan.
Ini ditambah pula dengan pelbagai janji Umno BN yang jarang ditunaikan, terutamanya janji-janji yang ditaburkan semasa pilihan raya telah menyebabkan majoriti rakyat serik dengan pengumuman sedemikian.
Pada masa yang sama, rakyat kini dibelenggui satu persoalan yang amat mustahak - apakah jaminan yang boleh mereka harapkan dengan mengekalkan Umno-BN, selain ISA yang dijanjikan akan dimansuhkan, apakah jaminan bahawa penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, politik fitnah akan turut terhenti daripada terus berlaku itu?
Rakyat sebenarnya sedar bahawa tiada apa yang boleh dijamin dalam hal-hal sedemikian sekiranya Umno-BN dikekalkan. Tambahan pula, Najib sudahpun memberikan bayangan jaminan bahawa rakyat akan terpaksa menanggung kedatangan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) sekiranya Umno-BN kekal berkuasa selepas pilihanraya umum ke-13.
Oleh itu, jaminan terbaik sekarang untuk rakyat ialah dengan mengambil langkah berani untuk mencuba pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat untuk satu penggal bagi membolehkan segala janji yang diterterakan dalam Buku Jingga dilaksanakan selepas pilihanraya umum ke-13.
Percayalah kerajaan Pakatan Rakyat akan bersungguh-sungguh melaksanakan semua janji mereka kerana Pakatan Rakyat sedar 'rakyat' adalah bos mereka yang sebenar dan hakikatnya, tiada kerajaan yang hanya ingin berkuasa untuk satu penggal. Inilah jaminan yang lebih menyakinkan daripada terus mempercayai bahawa Umno-BN akan berubah satu hari nanti.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Ketua Penerangan PAS.
Tindakan terdesak seorang anak bangsawan
Ekonomi dunia semakin tidak menentu. Keadaan ekonomi tahun depan mungkin lebih teruk berbanding akhir tahun ini. Tambahan lagi, khabar angin bahawa wujud desakan dalaman UMNO memaksa Perdana Menteri Najib melepaskan jawatannya mulai bertiup malah semakin hari semakin kencang. Najib tidak mempunyai banyak pilihan dalam situasi sedemikian. Kehilangan sokongan UMNO menjadikan sokongan luar lebih penting sekarang.Dalam keadaan terdesak, Najib (gambar kiri) terpaksa mengambil tindakan drastik dalam percubaannya untuk mendapatkan sokongan rakyat. Kalau selepas Pilihan Raya Umum 2008 UMNO memerlukan Najib dengan retorik dan popularitinya untuk menenteramkan kemarahan rakyat terhadap keangguhan dan segala bentuk kecacatan dasar serta penyelewengan yang dikaitkan dengan UMNO dan pemimpin UMNO, kini populariti Najib jatuh dan dilihat sebagai liabiliti UMNO yang bakal menenggelamkan UMNO kalau dibiarkan terus memegang tampuk pimpinan.
Baru-baru ini, desas-desus Najib berdepan dengan tekanan dalaman UMNO kelihatan lebih jelas berikutan penerbitan sebuah buku berjudul "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir..." oleh Shahbudin Husin yang memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju dari 2004 hingga 2008.
Meksipun Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat UMNO (Penawar) telah menafikan laporan blog bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meminta Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, namun perkembangan terkini nampaknya memperkukuh dakwaan bahawa wujud kuasa politik yang mahukan Najib melepaskan jawatannya.Mahathir baru sahaja menyarankan agar jangan diawalkan pilihan raya umum akan datang, Najib pula mengambil tindakan yang bercanggah dengan kemahuan Mahathir seperti yang pernah dilakukan oleh Pak Lah, dengan membuat pengumuman pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan seumpamanya yang dilihat sebagai indikator ketibaan pilihan raya umum dalam jangka masa yang lebih pendek.
Tindakan tersebut juga dapat dilihat sebagai percubaan Najib untuk mendapat sokongan rakyat agar dapat berdiri teguh sebagai seorang pemimpin negara yang memegang kuasa dan membuat keputusan. Maksudnya Najib enggan menunduk kepada kuasa dalaman UMNO yang semakin hari semakin tidak puasa hati dengan beliau dan juga peranan Rosmah dalam pentadbirannya.
Dalam buku setebal lebih 300 halaman dan 25 bab yang disifatkan oleh penulis buku sebagai "menegur Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri", bukan bertujuan "mengkritik parti", secara jelas kritikan tersebut cuba mengasingkan Najib daripada UMNO. Khususnya dalam kritikan tajam terhadap tindak-tanduk Rosmah, penulis buku menyifatkan faktor Rosmah bakal menjahanamkan UMNO dalam pilihan raya umum akan datang seperti mana faktor Khairy Jamaluddin semasa Pilihan Raya Umum 2008. Masih ingatkah serangan Mahathir terhadap Pak Lah bahawa wujud campur tangan pentadbiran oleh sekumpulan "budak Tingkat 4" pada ketika itu? Persoalan seumpama juga dibangkitkan oleh Shahbudin Husin berhubung peranan dan campur tangan Rosmah dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan pimpinan seorang anak bangsawan bergelar Najib."Sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib melakukan banyak kelemahan, disebabkan oleh kepimpinannya, masalah yang disebabkan oleh isterinya."
"Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri diragui rakyat sebegini rupa."
"Jika dihitung, luahan rasa kecewa, tidak yakin malah keraguan lebih banyak kedengaran berbanding sanjungan dan keyakinan."
"UMNO dan kerajaan yang diterajui Najib dipertikai hampir dari semua sudut sebenarnya."
"… isu campur tangan isteri dan penglibatan beberapa pegawainya yang didakwa rasuah dan salah guna kuasa, semuanya menjurus kepada semakin meningkatnya ketidakyakinan rakyat terhadap beliau."
Bayangkan, komen-komen sedemikian bukan datang daripada Pemuda KEADILAN atau Pemuda PAS, tetapi Pemuda UMNO. Bayangkan juga, bagaimana Pak Lah yang juga merupakan anak seorang ulama tumbang selepas Pilihan Raya Umum 2008 tetapi UMNO masih berdiri angkuh memainkan segala isu yang bercanggah dengan prinsip dan dasar sebuah kerajaan yang adil dan saksama.Dengan kata lain, tidak cukup sekadar menukar pemimpin. Apabila wujud sebuah parti yang memberikan harapan, adalah wajar pemimpin bermasalah dalam parti tersebut ditukarkan agar parti tersebut dapat bertindak secara gagah membawa perubahan secara dasar kepada negara.
Tetapi, apabila wujud sebuah parti yang terlalu korup sifatnya, tidak cukup sekadar menukar pemimpin dan mengharapkan pemimpin baharu dapat membawa harapan baharu berlandaskan sebuah parti yang korup. Harapan baharu datang daripada perubahan secara dasar dan pembaharuan keseluruhan. Dalam konteks Malaysia hari ini, pertukaran parti yang memerintah lebih penting daripada pertukaran pemimpin sebuah parti. Jangan lagi rakyat mengulangi sejarah pertukaran pemimpin UMNO tanpa menukarkan UMNO. Sebarang tindakan drastik setelah mengambil kira percaturan politik realiti tidak bermakna parti yang memerintah mampu berubah secara dasar dan menyeluruh.
Syabas kepada Najib kerana membuat pengumuman pemansuhan ISA dan seumpamanya. Idea perubahan termaktub dalam Buku Jingga. Kini pelaksanaan Program 100 Hari Pertama oleh Pakatan Rakyat apabila mendapat mandat rakyat nampaknya diawalkan ekoran Najib terdesak untuk berbuat demikian. Tetapi pengumuman tersebut sekadar langkah awal berkaitan perubahan besar yang dinanti-nantikan oleh rakyat terbanyak.
Sama ada ahli Parlimen UMNO yang lain dan juga Perkasa memberi sokongan kepada usul kerajaan ekoran keperluan proses perundangan berhubung pengumuman-pengumuman berkaitan dimulakan masih tidak menentu. Dewan Rakyat akan bersidang pada 3 Oktober 2011. Empat hari pertama akan diperuntukkan untuk bacaan pertama, kedua dan ketiga rang undang-undang sama ada yang melibatkan pindaan atau penggubalan akta baharu.Melihat kepada perkembangan baru-baru ini. Kerajaan Persekutuan telah memperkenan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen berhubung tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya yang begitu terserlah dalam konteks gerakan BERSIH 2.0 yang juga memperlihatkan kemarahan dan ketidakpuasan rakyat terhadap pentadbiran Najib yang disifatkan sebagai represif.
Bermula pada 7 Oktober 2011, Najib akan membentangkan Belanjawan Negara 2012. Seterusnya, sidang dewan akan menumpu kepada perbahasan belanjawan sehingga 29 November 2011. Kalau jadual sidang dewan diikuti tanpa perubahan, dua hari terakhir sidang dewan yakni 30 November 2011 dan 1 Disember 2011 barulah dewan kembali menguruskan perkara rang undang-undang.
Maka persoalannya, dalam keadaan di mana peruntukan hari untuk urusan rang undang-undang sekadar enam hari secara keseluruhan, dapatkah usul-usul berkaitan dengan pengumuman Najib diuruskan secara menyeluruh dan memuaskan? Persoalan seterusnya, apabila tumpuan dewan adalah terhadap urusan Kerajaan Persekutuan ekoran pengumuman Najib, apakah urusan pembaharuan sistem pilihan raya bakal diketepikan?
Pengumuman semalam oleh Najib melibatkan pemansuhan dan pindaan bilangan akta yang banyak, antaranya termasuk:
1.Perlembagaan Persekutuan;
2.Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960;
3.Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) (No. 5) 1969;
4.Akta Kediaman Terhad 1933;
5.Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1964;
6.Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979;
7.Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;
8.Akta Buang Negeri 1959;Kalau Najib memegang kuat kepada prinsip yang berkait rapat dengan pengumumannya, masa yang cukup harus diperuntukkan untuk urusan dewan berkaitan di mana pertimbangan juga harus diberikan kepada urusan-urusan seperti kemungkinan memansuhkan sama sekali keperluan permohonan lesen penerbitan dan digantikan dengan pendaftaran bersifat administratif, menghadkan kuasa Menteri dengan mengizinkan keputusan Menteri dicabar dalam Mahkamah dan sebagainya.
Sesungguhnya, berikutan pemansuhan ISA dan ordinan darurat, Kerajaan Persekutuan patut mengemukakan usul meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya mangsa tahanan tanpa bicara, malahan patut mengemukakan usul memberi pampasan kepada semua mangsa berkaitan. Masih ingatkah Najib bahawa terdapat kes Mahkamah menolak permohonan rayuan bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussein yang hilang pampasan RM2.5 juta setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan tuntutan samannya?Tanggal 7 April 2011, Rang Undang-Undang Ahli Persendirian "Akta Pemansuhan Darurat" yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah (gambar kiri) ditolak dalam kamar. Serupa dengan sejarah kemerdekaan di mana UMNO "menyambut kemerdekaan" setelah tanah jajahan melalui fasa "orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British", kini tuntutan yang dibangkitkan oleh Nurul Izzah dijadikan produk imej demokrasi seorang Perdana Menteri demi kelangsungan hayat politiknya.
Melihat kepada bilangan hari dan bilangan usul yang perlu diuruskan oleh dewan, seorang Perdana Menteri yang berazam melakukan transformasi politik secara berimpak akan memanjangkan bilangan hari persidangan dewan, bukan memanggil pilihan raya umum.
Rakaman CCTV Datuk T Disiarkan Di Internet, AMK Buat Laporan Polis
Halang Ahli Politik Beri Kuliah Agama, Tindakan Tidak Masuk Akal
PKR Ragui Klip Terbaru, Dakwa Umno-BN Teruskan Taktik Lama
Butiran video seks terbaru anwar ibrahim dan kepelikan yang papa gomo kena jawab.
Ameno : rosak larh lue orang dipornokan umno.. adakah khir toyo membayar papa gomo untuk menjatuhkan dsai in order untuk membolehkan khir toyo bebas dari tuduhan mahkamah? <-- tanya.. ye tanya.. ada informer tapi tiada bukti.. so aku tanya je.. jangan cakap aku tuduh or fitnah pula yer.. heh
Pengakuan PM Bangladesh Bukti Wujud Penyelewengan Dalam Pentadbiran Najib
PETALING JAYA 17 SEPT : Pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi dipersoalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata, perkara itu adalah sesuatu yang serius selain memperlihatkan tindakan pentadbiran perdana menteri menyalahgunakan kuasa sedia ada dengan sewenang-wenangnya memberi kerakyatan kepada warga asing demi kelangsungan politik sempit mereka. "Ini isu nasional, bagaimana mungkin dalam sebuah negara yang kononnya cekap dan canggih dengan kemudahannya boleh mengizinkan pemansuhan terang-terangan, saya mengikuti web site yang mendedahkan Perdana Menteri Bangladesh bahawa ramai rakyatnya diizinkan untuk mengundi di Malaysia, saya minta pengesahan lanjut kerana ia adalah pengesahan yang sah dari laman web kementerian Bangladesh" katanya pada satu sidang media di sini hari ini. Dalam laporan dibawa oleh Keadilan Daily semalam, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya yang bekerja di Malaysia mudah memperoleh status kewarganegaraan dan layak mengundi. “Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini. Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” kata Fuziah yang juha Ahli Parlimen Kuantan memetik pengakuan Sheikh Hasina, yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd — laman rasmi hal ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu. Maklumat laman itu mendakwa Sheikh Hasina berkata pekerja-pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah. Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu. Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam pilihan raya umum akan datang. Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu bahawa dakwaan warga asing diberikan kerakyatan adalah tidak benar dan perkara itu akan ditangani oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang bakal meneliti pembaharuan pilihan raya. Jawatankuasa itu akan dibentuk apabila Parlimen bersidang awal bulan depan. Kesal dengan situasi ini, Anwar menyifatkan apa yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai sesuatu yang aneh dengan memperjudikan negara apabila bertindak sembrono memberi hak kepada warga asing sebagai pengundi. "Di Malaysia ini masih ramai, susah payah kita berkempen, perlu adakan pendaftaran dicampur pula dengan karenah pentadbiran yang mempersulitkan urusan pendaftaran kita, tetapi dengan mudah mereka memberi hak kepada warga Bangladesh," tambahnya. | |
Tindakan Najib Mansuhan ISA Kerana Terdesak, Kata Nik Aziz
Jika Benar Najib Ikhlas, Bebaskan Segera Tahanan ISA
Apa Kandungan Akta Baru ? - N. Surendran
Namun, beliau berkata pengumuman Najib sempena sambutan Hari Malaysia semalam dilihat samar- samar dan menimbulkan persoalan, adakah kerajaan pemerintah benar- benar ikhlas untuk melaksanakannya ?
Ia berikutan terdapat dua akta baru yang bakal digubal bagi menggantikan dua akta zalim yang mahu dihapuskan kerajaan pemerintah.
Surendran berkata, beliau sangsi akan ketelusan dua akta baru tersebut disamping sikap tarik tali Najib bersabit pemindaan Akta Polis 1967.
Surendran menambah, jika Najib serius mahu meneliti kembali akta polis tersebut, beliau sepatutnya menghapuskan terus permohonan permit untuk mengadakan perhimpunan aman.
Mengulas lanjut cadangan Najib untuk menghapuskan lesen tahunan penerbitan akhbar, Surendran mempersoalkan mengapa lesen penerbitan masih lagi perlu dipohon pada peringkat awalnya.
“Ini bermakna Menteri masih lagi berhak untuk tidak memberikan sebarang lesen atau membatalkannya sesuka hati beliau.
“Satu-satunya permit yang sepatutnya dipohon adalah permit perniagaan sahaja,” kata Surendran.
Mansuh Satu ISA Hanya Helah Najib Untuk Gubal Dua Lagi 'ISA', Kata Guan Eng
Mansuh ISA : Akhirnya Najib 'Tunduk' Kepada Tuntutan Buku Jingga, Kata Azizah




