PKR: Politik kotor Umno punca Melayu pecah, bukan kerana Anwar atau Pakatan

PKR: Politik kotor Umno punca Melayu pecah, bukan kerana Anwar atau Pakatan

August 26, 2011

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengenai perpecahan Melayu membuktikan ia berlaku disebabkan “politik kotor” Umno, bukannya disebabkan faktor-faktor lain.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata, pendedahan Harussani juga membuktikan perpecahan Melayu bukan berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

“Beliau (Harussani) juga menyatakan bahawa demi menjaga perpaduan Melayu, pernah menasihati (Tun) Dr Mahathir Mohamad agar tidak memecat timbalanya ketika itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim serta membuat tuduhan liwat tanpa membawa empat orang saksi.

“Dengan kenyataan di atas, jelaslah bahawa apa yang ditanggapi sebagai perpecahan Melayu-Islam pada masa kini adalah berpunca dari permainan politik kotor para pemimpin Umno sendiri bermula dari Dr Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, pendedahan yang dibuat Harussani itu juga membuktikan tuduhan liwat terhadap Anwar pada 1998 adalah fitnah dan konspirasi Dr Mahathir.

“Kenyataan Mufti Perak tersebut juga mengesahkan pendirian kita selama ini bahawa tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak sah dan fitnah semata-mata untuk menjatuhkan beliau sebagai pemimpin politik harapan orang Melayu-Islam.

“Adalah jelas bahawa pemecatan Anwar bukan kerana faktor moral tetapi konspirasi jahat Dr Mahathir dan para pengikutnya,” katanya.

Harussani dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti di Shah Alam kelmarin berkata, beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Dr Mahathir agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Anwar.

Beliau berkata pemecatan Anwar akan mengakibatkan perpecahan orang Melayu kerana Anwar mempunyai pengaruh yang besar.

Kata Muhammad, ekoran pendedahan Harussani itu rakyat perlu sedar dan menolak fitnah yang dilemparkan ke atas Anwar.

“Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu.

“Kita menyeru pemimpin Umno supaya melakukan muhasabah diri dan menghentikan kezaliman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim demi perpaduan seluruh masyarakat Malaysia. Kita berkeyakinan penuh bahawa selagi kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar tidak dihentikan, isu perpaduan Melayu-Islam tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas,” katanya.

Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada September 1998.

Kemudian beliau berhadapan dengan kes salah guna kuasa dan liwat.

Anwar, Ketua Umum PKR, menghadapi tuduhan liwat kali pertama pada 1998 yang dikaitkan dengan beberapa individu yang rapat dengannya seperti Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan.

Anwar kini berdepan dengan satu lagi tuduhan liwat yang melibatkan pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan - kes masih dalam perbicaraan.

Utusan Melayu, Utusan Malaysia, Utusan UMNO...

Tan Lee Ooi

Baru-baru ini Berita Harian cuba mengapi-apikan isu agama yang kononnya masjid-masjid di Pulau Pinang disekat dan dinafikan hak untuk menggunakan pembesar suara pada waktu subuh. Berita tersebut disertakan juga wawancara dengan Naib Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi. Mengikut Ahmad Zahid, "Perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam".

Tambahnya, "Larangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) itu adalah arahan daripada pentadbiran kerajaan negeri". Dengan perkiraan politik ala-UMNO, tambahnya sekali lagi, "Larangan tersebut akan menjadi ikutan kepada negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat".

Selepas berita tersebut disiarkan, seperti biasalah, isu ini berjaya dipolitikkan dan mengajak pihak-pihak berkepentingan untuk mengulas dan mengkritik dilema Islam di bawah pemerintahan DAP. Malangnya, rupa-rupanya "larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih". Lebih-lebih lagi, larangan tersebut sudah wujud di negeri Perlis yang di bawah pemerintahan UMNO.

Maka dengan jelas sekali, kegagalan Ahmad Zahid (gambar kiri) dalam memahami isu sebenar. Tanpa menyiasat dengan lebih mendalam dia melaungkan bahawa, "sebagai sebuah negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, amalan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara harus dihormati" Kenyataan ini akhirnya bukan sahaja tidak releven bahkan mendedahkan hipokritnya kepada semua rakyat.

Cara yang sama digunakan MCA, Gerakan...

Beberapa hari selepas isu tersebut, timbul pula satu isu yang berkaitan dengan perayaan hari bulan ketujuh iaitu Bulan Hantu Lapar. Akhbar berbahasa Cina memaparkan kesukaran ahli jawatankuasa perayaan di beberapa kawasan di Pulau Pinang mendapat permit polis. Ini diikuti pula dengan orang-orang politik dari parti MCA, Gerakan dan DAP memulakan permainan politik. Cara dan modelnya adalah serupa.

Sebenarnya pencemaran bunyi yang berkaitan dengan adat dan agama amat ketara di Malaysia. Saya berpendapat bahawa semua pencemaran-pencemaran bunyi yang dapat dielakkan patut dikawal. Ini termasuk bunyi persembahan semasa perayaan Bulan Hantu Lapar, bunyi bacaan sutra yang terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteraman jiran semasa upacara pengebumian kaum Cina, musik tarian singa dan naga semasa perayaan Tahun Baru Cina, permainan mercun api dan sebagainya.

Kita semua ingin hidup dengan aman dan damai. Bunyi yang terlalu kuat yang disebarkan terlalu awal atau larut malam akan mendera telinga kita. Disebabkan itu, perasaan kita mungkin terusik dan jikalau tidak dapat tidur atau kualiti tidur kita tidak baik, prestasi pelajaran atau kerja mungkin terjejas. Bayi-bayi yang kecil lebih terdedah lagi dengan ancaman bunyi kuat yang akan menakut-nakutkan mereka.

Berita Harian bukannya media yang selalu sengaja membangkit-bangkitkan isu sensitif yang berkaitan dengan agama dan kaum. Utusan Malaysia sebenarnya lebih "pandai" dalam hal ini. Harap selepas isu tersebut Berita Harian tidak terikut-ikut dengan kewartawanan Utusan Malaysia.

Dari Utusan Melayu ke Utusan Malaysia

Saya memulakan tabiat membaca bahan bacaan Bahasa Melayu/ Malaysia semasa masih belajar di sekolah menengah. Saya melanggan Dewan Siswa semasa tingkatan dua dan mengikuti semua isu Dewan Masyarakat di perpustakaan semasa tingkatan empat untuk menyediakan diri dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia di SPM. Sebagai generasi Malaysia yang mengikuti pendidikan di bawah dasar kebangsaan, saya dan kebanyakan kawan saya dapat membaca surat khabar Bahasa Malaysia dengan tiada sebarang kesukaran.

Semasa melanjutkan pelajaran di universiti tempatan, saya sering membaca Utusan Malaysia. Secara kabur dalam ingatan pada masa itu masih menggunakan nama "Utusan Melayu". Utusan Malaysia pada suatu ketika adalah media yang masih dihormati ramai. Kualiti Utusan Melayu atau Utusan Malaysia mulai menyusut pada akhir tahun 1990-an. Utusan Melayu yang pada suatu waktu mempunyai pendirian tersendiri yang menyuarakan ketidakpuasan masyarakat Melayu sudah menjadi media UMNO.

Bermula dari saat gerakan reformasi, ianya hanya menjadi saluran penyampaian maklumat untuk parti pemerintah. Dan ianya dijalankan dengan berat sebelah tanpa mempertimbangkan rasional pembaca. Pada zaman teknologi ini, pembaca tidak menerima maklumat yang disalurkan oleh media arus perdana dengan membuta tuli. Pembaca-pembaca yang berpendidikan mampu menilai mesej yang ingin disampaikan dengan rujukan kepada media baru di Internet.

Entah bila nama Utusan Melayu sudah bertukar kepada Utusan Malaysia. Walaupun demikian, Utusan Malaysia ini bukan sahaja kurang Malaysia malah lebih Melayu daripada Utusan Melayu yang wujud pada suatu ketika dahulu. Penukaran nama tidak diikuti dengan perubahan pemikiran yang lebih Malaysia.

Kualiti Utusan Malaysia merosot dengan lebih serius lagi selepas Pakatan Rakyat berjaya memerintah di beberapa buah negeri selepas pilihan raya pada tahun 2008. Pada hari ini, Utusan Malaysia sepatutnya ditukar nama menjadi Utusan UMNO. Segala berita yang disiarkan pada masa kini amat memihak kepada UMNO tanpa pertimbangan kerasionalannya.

Berita sensasi yang disukai oleh Utusan Malaysia ialah isu-isu perkauman dan agama yang dianggap kegagalan yang disebabkan oleh persaingan UMNO dengan Pakatan Rakyat. Di sebaliknya, kegagalan yang disebabkan oleh UMNO dibiarkan atau hanya sengaja menutup sebelah mata. Kegagalan Utusan Malaysia dapat dibuktikan dengan kekecewaan yang ditunjukkan oleh (bekas) wartawannya sendiri Hata Wahari (gambar kanan, kanan).

Mimpi hari kemerdekaan saya...

Struktur media Malaysia yang dibelah bahagi mengikut pembaca kaum tertentu menjadi masalah. Akhbar Cina menyuarakan permintaan masyarakat Cina, Tamil Nesan untuk masyarakat India, manakala Berita Harian menyuarakan keperluan masyarakat Melayu (Utusan Malaysia sudah merosot menjadi wadah untuk UMNO). Selama ini, kita sering menggunakan nama agama dan kaum untuk menyekat sesama sendiri.

Memang tinggalan sejarah yang menyebabkan struktur media sedemikian wujud. Tetapi banyak perubahan telah berubah sejak merdeka dan selepas Mei 13. Sesuatu isu bukan hanya dapat difahami daripada perspektif satu-satu kaum sahaja. Misalannya isu berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ianya bukan hanya memanfaatkan elit-elit UMNO tetapi juga taukeh-taukeh Cina dan peniaga India yang rapat dengan UMNO. Isu DEB lebih kompleks daripada yang pernah kita fikirkan. Ia bukan hanya melibatkan kepentingan satu kaum.

Ramai daripada kita sudah bosan dan muak dengan Malaysia yang selalu diputarbelitkan oleh isu perkauman dalam media arus perdana. Kita memerlukan media yang menyuarakan kepentingan semua dan bukannya hanya memihak kepada satu kaum.

Harap pada suatu hari nanti media yang menampung suara semua rakyat dapat wujud. Perspektif berita adalah berdasarkan pertimbangan keadilan dan kesaksaman hak seseorang individu dan komuniti yang dinilai tanpa mengira kaum. Bagi isu nasional, kepentingan negara lebih diambil kira daripada hanya mementingkan hak sesuatu kaum.

Ini mimpi saya buat Hari Kemerdekaan.

*Tan Lee Ooi ialah kolumnis MerdekaReview. Beliau sedang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di National University of Singapore, pernah menulis buku berjudul Dinamik Ruang Siber Dalam Gerakan Reformasi Di Malaysia.

Pendedahan Harussani Bukti Tuduhan Terhadap Anwar Fitnah



SHAH ALAM 26 OGOS : Pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Melayu-Islam berpecah kerana kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah dengan sendirinya menolak dakwaan ia berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, kata PKR.

Sebaliknya, Ketua penerangannya Dr Muhammad Nur Manuty mendakwa perpecahan Melayu-Islam hari ini adalah berpunca daripada "politik kotor" pemimpin Umno sendiri.

Malah, ia didakwa bermula daripada zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad lagi.

"Dengan pendedahan yang dibuat ini, rakyat perlulah membuka mata dan menyatakan sikap menolak dengan tegas fitnah yang dilemparkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim," kata Dr Muhammad Nur dalam kenyataan hari ini.

"Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu,"katanya.

Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti kelmarin, Harussani berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

Ditanya kembali mengenai pendedahan itu, Harussani berkata perpecahan Melayu berlaku disebabkan tiga faktor itu.

“Najib tanya kepada saya mengapa jadi macam ini (perpecahan Melayu), saya kata ia berlaku sebab kerajaan sekarang cukup lemah, tidak amanah dan rasuah.

“Sebab itu saya minta Najib perbetulkan, cari jalan... bukan hanya Najib, kerajaan dan rakyat juga perlu cari jalan untuk bersatu,” katanya.

Justeru beliau meminta Najib supaya mencari jalan untuk menyatukan semula perpaduan orang Melayu yang semakin parah.

Malah, langkahnya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk dari dalam Umno sendiri.

Dalam pada itu, Manuty menyeru pemimpin UMNO supaya memuhasabah diri sekali gus menghentikan kezaliman ke atas Anwar demi perpaduan ummah dan seluruh masyarakat Malaysia amnya.

Tambahnya, beliau yakin selagi kezaliman terhadap Anwar tidak dihentikan, isu perpaduan Melayu-Islam tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas.

Kes Fitnah II : Sampel DNA Tidak Diuji Dengan Betul



KUALA LUMPUR 26 OGOS : Pakar Kimia di Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Dr Seah Lay Fong membuat kesimpulan yang salah terhadap ujian DNA ke atas sperma yang ditemui dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan.

Mahkamah Tinggi mendapati ujian Deferential Extracting Process (DEP) yang dijalankan Seah tidak mengikut prosedur standard berikutan gagal mengasingkan sperma dengan DNA lain pada sampel.

Oleh yang demikian menurut konsultan molekular ginetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald, Seah tidak berhak mengesahkan DNA yang ditemui datang dari seorang individu.

Pakar DNA itu merujuk kepada laporan dan keterangan Seah dalam sesi pendakwaan kes fitnah liwat II yang lalu di mahkamah.

"Seah tidak menunjukkan dalam ujiannya untuk mendapatkan ekstrak sperma yang asli," kata Brian.

Dalam pada itu peguam Sankara Nair yang ditemui ketika mahkamah berehat sebentar berkata Seah penemuaan Seah hanya berdasarkan tafsiran beliau sendiri tanpa memastikan prosedur teknikal dipatuhi dengan sempurnam.

"Dr Seah memberi kesimpulan yang salah. Beliau tidak boleh membuat spekulasi (keputusan), beliau perlu khusus.

"Dia anggap pengasingan (sperma) berjaya tanpa melakukan tanpa mengulangi prosedur," tambah Sankara.

Pendirian Harussani Bukti BN Lemah


KUALA LUMPUR 26 OGOS : Pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung perpecahan Melayu disifatkan sebagai mempunyai asas dan keadaan itu akan terus berlaku sekiranya pentadbiran Najib tidak berusaha memperbaiki keadaan itu.

Ketua Penerangan Pas Perak, Ahmad Nuri Al-Amin berkata, tiga perkara asas yang dibangkitkan Harussani mengenai perpecahan orang Melayu perlu menjadi intipati rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti kelmarin, Harussani berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

“Kenyataan tersebut sewajarnya perlu dijadikan intipati dan teras pertimbangan rakyat dalam memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk memelihara amanah rakyat dalam ruang dan peluang yang ada semasa pilihan raya umum ke-13.

“Peringatan itu jelas membawa mesej agar jika pemimpin yang lemah, tidak amanah dan rasuah masih dipilih untuk memerintah maka ia akan hanya menjadikan bangsa Melayu makin berpecah dan sentiasa mundur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Nuri berkata, merujuk pula kepada kes penyelewengan yang berlaku di Perak gejala rasuah dalam kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak dapat dibendung lagi.

“Kenyataan Harussani bertepatan dengan apa yang telah didedahkan oleh PAS Perak sejak dari dulu lagi. Antaranya apa yang dinyatakan oleh Dewan Pemuda PAS Perak Februari lalu berkaitan seorang exco kerajaan negeri Perak yang telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Hal yang sama juga dapat diperhatikan dari pendedahan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak April lepas berkenaan satu dokumen membabitkan penyalahgunaan kuasa yang berunsur rasuah oleh seorang exco kerajaan negeri Perak,” katanya.

Tambah beliau, pendedahan penyelewengan yang berlaku di Perak membuktikan kesahihan kenyataan Harussani.

“Gambaran-gambaran ini jelas menunjukkan kesahihan kenyataan Tan Sri Harussani tentang kelemahan, pengkhianatan dan amalan rasuah kerajaan BN yang tidak mampu dibendung oleh ulama kerajaan dari terus berleluasa.

“Gejala rasuah ini masih menular di dalam BN yang memerintah termasuk di Perak. Kami yakin rakyat boleh menilai dan melihat sendiri sepertimana yang telah dinyatakan oleh Tan Sri Harussani,” katanya.




Mustahil Sperma Dikesan Selepas 8 Jam





KUALA LUMPUR 25 OGOS: Adalah mustahil sperma yang banyak dapat dikesan selepas terdedah lebih daripada lapan jam menurut konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald.

Beliau yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes fitnah liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim hari in berkata jumlah sperma akan merosot selepas dibiarkan terdedah.

Justeru pasukan peguambela meragui sekiranya pakar DNA Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong menjalankan ujian keatas spesimen sperma yang sama diperolehi dari dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan.

"Sekiranya sperma diuji selepas 100 jam (tanpa simpanan betul), adakah kemungkinan ujian akan mencatatkan bacaan negatif?" tanya Ram.

"Benar. Kemungkinan bukan sampel yang sama berdasarkan sejarah kajian," jawab Brian.

Pada sebelah pagi, mahkamah dikejutkan dengan penemuan makmal di Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

Perkara yang didedahkan Brian itu menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa.

Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005.

Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir Oktober nanti.

Sankara yang ditemui media selepas hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menangguhkan sesi perbicaraan hari ini menyanggah keterangan Seah sebelum ini yang menyatakan jumlah sperma yang banyak berjaya dikesan walaupun telah melebihi 90 jam.

"90 jam masih kata ada banyak. (Seah) perlu jelaskan bagaimana beliau dapat. Ianya mungkin tiada sperma langsung. Itu sebab saya suruh tunjukkan foto (sperma) di mahkamah tapi mereka kata tiada," katanya.

Sesi perbicaraan hari ini turut menyentuh kelalaian Seah memperbetulkan kesilapan tarikh yang dicatatkan pada dua botol spesimen yang mengandungi DNA.

Botol-botol itu dilabel dengan tarikh 26 Jun 2008 sedangkan Saiful membuat aduan di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun tahun yang sama.

Menurut Brian, sebagai pakar DNA, Seah peka terhadap sebarang kecacatan sebelum mengetengahkan kepada umum dengan hasil ujian.

Brian menyifatkan kemungkinan sampel diambil pada 28 Jun atau ianya telah disalah label.

Katanya perbuatan Seah mampu merisikokan nyawa seseorang dan akan dibuang kerja sekiranya ianya berlaku di negara Australia.

Mahkamah bersambung jam 9 pagi esok di mana Ram Karpal akan meneruskan sesi menyoal pakar dari Australia itu.


Ulama Muda Umno : Media Arus Perdana Harus Telus



SHAH ALAM 25 OGOS : Ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata fenomena politik di Malaysia kini dilihat sedang bergelut dengan kepentingan masing-masing sehingga ada beberapa fakta yang sepatutnya disampaikan tetapi dimanipulasi demi kepentingan politik.

Namun, dakwaan bahawa media arus perdana mengamalkan sikap tidak telus dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan betul kepada rakyat tidak diterima sepenuhnya.

Sebaliknya, beliau berkata masyarakat hari ini perlu sedar akan perkara-perkara yang sepatutnya dipercayai selain tidak membuat kesimpulan yang boleh mengundang fitnah serta mengaibkan sesama manusia.

"Dan apabila perkara (maklumat) tersebut disampaikan, adalah menjadi tanggungjawab penyiaran media (media cetak, elektronik, alternatif) untuk menyebarkan tanpa dipetik sebahagian dan disembunyikan sebahagian yang lain,"katanya.

Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam semalam, Fathul berkata sebagai contoh laporan dalam kes , Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana pihak media didakwa menyebarkan sebahagian maklumat dengan hanya mengambil fakta-fakta tertentu semata-mata untuk memfitnah, mencemar maruah beliau sekali gus menjatuhkan Ketua Pembangkang Malaysia itu.

Malah, Fathul turut menyelar sikap sesetengah pihak yang sewenang-wenangnya memutar belitkan fakta demi kepentingan parti politik tertentu.

Sedangkan, katanya maklumat yang diperolehi adalah lebih baik, lengkap dan sempurna.

Dua lagi anggota panel dalam wacana itu ialah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertindak sebagai moderator.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kekangan kepada pembangkang dalam menyampaikan meklumat dilihat sangat terhad dimana media arus perdana kebanyakkanya dikawal oleh kerajaan pemerintah.

Jelasnya lagi, jika pembangkang mempunyai maklumat yang ingin dikongsikan kepada rakyat mereka hanya berpeluang untuk menyebarkanya melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh parti.

Bagaimanapun, ujar Tuan Ibrahim sebaliknya pula yang berlaku apabila ceramah umum itu disifatkan sebagai mengumpat dan ia jelas sangat tidak wajar.

Justeru, beliau mempersoalkan bagaimana harus rakyat menilai serta memilih pemimpin mereka jika maklumat yang diterima adalah tidak benar dan telus.

"Rakyat mesti dapat gambaran sebenar, kerana mereka nak pilih. Kalau kita diberi peluang untuk memilih dalam pilihan raya tapi kita tak dapat maklumat sebenar macam-mana kita nak pilih? Jadi oleh kerana maklumat tak dapat lalu kita dipaksa memilih dalam keadaan rakyat tak dapat maklumat sebenar. Jadi pemilihan itu tak tepat, akibat pemilihan tak tepat kita sedang alami apa yang sedang berlaku," tambahnya.

Pindaan Undi Pos Dijadual Dibentang Oktober Depan


KUALA LUMPUR 25 OGOS : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari ini bahawa ia berhasrat untuk menukar pengundi pos kepada 'pengundi awal', ekoran dakwaan berlaku penipuan undi menggunakan undi pos.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata pindaan undang-undang itu diperlukan untuk membolehkan ia dirangka untuk pembentangan di sidang Parlimen Oktober ini.

"Hasrat kami adalah untuk mengubah status semua anggota polis dan Angkatan Tentera dan pasangan mereka,yang menjadi pengundi pos, kepada 'pengundi awal', yang boleh mengundi dua atau tiga hari sebelum hari mengundi," kata dipetik Malaysiakini Abdul Aziz.

Bagaimanapun, katanya, mereka yang bertugas jauh dari kem dan tidak boleh hadir untuk mengundi awal, masih boleh memohon menjadi pengundi pos.

Katanya, ini termasuk mereka yang bertugas di pos sempadan atau bertugas membuat rondaan di laut.

Bercakap dalam taklimat mengenai tuntutan BERSIH 2.0, Abdul Aziz berkata, dibandingkan dengan undi pos, pengundian awal adalah sama seperti pengundian biasa dan terbuka kepada penelitian ejen-ejen parti politik.

Kredibiliti Jabatan Kimia Malaysia Dipertikai





KUALA LUMPUR 25 OGOS: Integriti Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dipersoal apabila mahkamah diberitahu bahawa ahli kimia jabatan itu mengabaikan garis panduan penting ujian DNA.

Perkara itu didedahkan pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald yang menjadi saksi kelima kes fitnah liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Brian dalam keterangannya menyatakan bahawa ahli kimia dari JKM, Nor Aidora Saedon mengabaikan prosedur penting ketika menjalankan analisis sperma yang dikaitkan dengan Anwar.

Katanya, Nor Aidora mempunyai peluang untuk memperbetulkan keputusan ujian tersebut namun tidak berbuat demikian.

"Apa yang beliau ada merupakan bukti campuran (DNA), lebih daripada seorang. Tapi beliau secara khusus mengabaikan perkara itu," jelas Brian di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Peguam Ram Karpal dalam prosiding hari ini menimbulkan kesangsian terhadap ujian sampel sperma yang diambil dari dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan dan mendakwa ianya milik Anwar.
Anwar sebelum ini ditahan semalaman di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008 dan dibebaskan keesokkan harinya selepas sesi keterangan selesai.

Pasukan forensik PDRM kemudian mengambil sampel DNA pada sehelai tuala muka 'Good Morning', berus gigi, botol air mineral dan sehelai rambut yang ditinggalkan Anwar untuk dikaitkan dengan 'lelaki Y' iaitu DNA sperma.

Peguambela kemudian mendakwa polis sengaja memerangkap anak guamnya dengan meletakkan barang-barang tersebut agar Anwar meninggalkan sample DNAnya.

Sehubungan dengan itu berdasarkan ujian oleh ahli kimia JKM termasuk pakar Dr Seah Lay Hong mengesahkan 'lelaki Y' adalah ketua pembangkang.

Sankara yang ditemui media selepas mahkamah berehat berkata,JKM seharusnya mengemukakan bukti foto sampel air mani yang diambil untuk mengukuhkan dakwaan.

"Kaca (spesimen) diletakkan di bawah mikroskop dan terus anda boleh nampak sperma mati atau hidup. Sebab itu kita minta foto ditunjukkan di mahkamah," ujar beliau.

Katanya sehingga kini JKM gagal berbuat demikian.

Menurut Sankara lagi, makmal JKM mempunyai dua garis panduan dalam menjalankan ujian DNA malah jabatan itu tidak mempunyai akraditasi penuh dari panel antarabangsa.

Beliau menyatakan bahawa ujian DNA yang dilakukan oleh Seah dan Nor Aidora berlainan.

"Kedua-dua mereka perlu menggunakan garis panduan yang sama di dalam makmal. Prosedur ujian perlu sama," katanya.

Kredibiliti Anwar Dari Kandang Tertuduh Tidak Perlu Dipersoal - Wan Azizah



KUALA LUMPUR 25 OGOS : Hari ini masuk hari keempat perbicaraan kes fitnah liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika semalam, pakar forensik dari Australia, David Wells selesai memberikan keterangan, hari ini seorang lagi pakar DNA, juga dari Australia mengambil tempat di kandang saksi.
Namun di sebalik perbicaraan yang sedang berlangsung, masih ada cakap-cakap dan pertikaian awam mengapa Anwar memilih untuk membela dirinya melalui kandang tertuduh, di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas beliau.
Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah sebelum ini menawarkan Anwar tiga pilihan iaitu beliau boleh berada di kandang saksi di mana pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau.
Kedua, memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh.
Atau ketiga memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.
Namun menurut seorang isteri yang sudah menempuh pahit maung arena politik negara selama puluhan tahun bersama Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail cukup faham mengapa Anwar membuat pilihan kedua-iaitu membacakan keterangan dari kandang tertuduh dengan pendakwaraya tidak punya akses untuk menyoal balas suaminya itu.
Menurut Azizah, dalam hal ini bukan soal kredibiliti atau keberanian Anwar yang harus dipersoalkan, sebaliknya adakah sistem perundangan negara akan bersikap adil terhadap Anwar yang menjadi seteru politik pemerintah.
Umum mengetahui bahawa sistem kehakiman negara masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu di bawah mereka yang ada kepentingan politik dan tidak ada pemisahan kuasa di antara ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’.
Pemisahan kuasa yang tidak pernah berlaku menyebabkan berlaku kecelaruan sehingga undang-undang mudah dimanipulasi oleh pihak berkepentingan.
Justeru ujar Azizah, apa lagi yang boleh diharapkan pada sistem keadilan negara yang sudah tempang dan tergelincir dari landasannya itu.
"(Anwar) tidak sekali-sekali takut sebab masa kes pertama, beliau telah masuk ke kandang saksi dan telah memberikan keterangan.. tetapi memandangkan pengalaman beliau yang dahulu, dan melihat perjalanan kes mahkamah pada kali ini, kita mengambil keputusan bahawa kita mengikut seperti Presiden Nelson Mandela.
"Apabila mahkamah itu sendiri tidak memberi satu ruang yang seimbang dan adil, (orang) melihat berat sebelah apabila saudara Anwar memberikan satu kenyataan daripada kandang tertuduh, (tetapi) itu sebenarnya memberikan kita ruang untuk menerangkan (situasi sebenar)untuk pembelaan kita,"kata Azizah pada wawancara khas bersama Tv Selangor di kediamannya.

Anwar dalam keterangannya sebelum ini berkata, walaupun beliau sedia untuk memberi keterangan secara bersumpah (pendakwaan boleh menyoal balas), namun katanya cara pengendalian perbicaraan oleh hakim dan pendakwaan mewujudkan keadaan yang menyebabkan beliau tidak boleh berbuat demikian.
Tindakan hakim yang menyarankan kepada saksi berpotensi yang ditawarkan kepada peguam Anwar bahawa mereka boleh menolak untuk ditemubual juga menyebabkan Anwar mengambil pendekatan untuk membacakan keterangan dari kandang tertuduh.
Malah menurut Azizah, suasana politik di negara ini menyebabkan pendekatan Presiden Nelson Mandela dipilih oleh Anwar dan pasukan peguam bela untuk menangani kes fitnah liwat II yang dihadapi suaminya itu.
"Satu persatu memberi gambaran jelas sekarang ini.. kelihatan apa yang berlaku dalam kes ini adalah kes politik, jadi mestilah kita memberi gambaran dari aspek politik juga... walaupun ada asas kukuh dari segi undang-undang seperti kenyataan yang diberikan oleh Anwar,"jelas Azizah lagi.
Dalam pada itu, ketika diuja persoalan berhubung kekerapan penundaan dalam kes fitnah liwat II ini sehingga membayangkan kerumitan untuk Anwar Ibrahim membela diri dari difitnah dan menimbulkan pelbagai spekulasi awam, ini jawapan Azizah.
"(Penundaan) bukan disebabkan oleh kita (yang sengaja) hendak tundakan tetapi bila kita lihat, setiap kali kita hendakkan pembelaan, ruang pembelaan itu disekat dan itu menunjukkan bahawa ini mestilah dilihat dari perspektif bahawa mahkamah itu tidak adil.
"Apabila kita melihat sesuatu perkara itu tertunggak atau tidak, kita mesti hendak mencari keadilan dan seperti dalam kenyataan saudara Anwar Ibrahim, hak untuk membela diri mesti diberikan kepada seseorang tak kira mana-mana, tetapi setiap rakyat Malaysia mestilah diberikan peluang untuk membela diri,"katanya lagi.
Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat menambah, pendakwaan terpilih yang diamalkan juga menjadikan sistem pentadbiran negara kian songsang.
"Macam contoh katalah dalam kes Saiful (Bukhari Azlan) ini, dia telah menuduh tetapi dia diberi peluang dalam televisyen, dalam 'prime time' dan kenapa pula kes ini jadi begitu? Sebab kes ini adalah kes politik.
"Jadi kita mesti menangani dan menjawap apa yang telah digunakan melalui cara politik.. tetapi kita juga perlu menggunakan undang-undang yang kukuh,"tambah Azizah.
Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada September 1998.
Pemecatan ini dibuat apabila kes fitnah liwat pertama dihadapkan kepadanya.
Namun begitu, belum pun sedekad berlalu, kini serangan moral kali kedua dihadapkan ke atas beliau, dan kali ini melibatkan bekas pembantu peribadi kepada pemimpin pembangkang itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri dilaporkan pernah bertemu dengan pengadu kes ini di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri.
Mereka bertemu Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat tersebut.
Sejak hari pertama lagi, Anwar bertegas bahawa beliau sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik ekoran menjadi seteru utama pentadbiran negara.

PAS Edar Sampul Duit Raya Kuning, Poster Kekalkan Momentum Bersih



KUALA LUMPUR 25 OGOS : Pemimpin dan ahli-ahli PAS pelbagai peringkat termasuk Dewan Pemuda parti Islam itu mengambil langkah untuk mengekalkan momentum perhimpunan Bersih 2.0 sempena musim sambutan Aidilfitri yang jatuh minggu depan.
Antara langkah itu ialah penerbitan poster berkaitan lapan tuntutan pembaharuan pilihan raya yang dibawa oleh Bersih 2.0.

Usaha itu digerakkan oleh parti itu ketika spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat terus meningkat.

Awal bulan lalu, Bersih 2.0 bergerak bersandarkan warna kuning manakala kumpulan yang menentangnya, khususnya pihak Pemuda Umno menggunakan warna merah dengan moto “Patriot”.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor memberitahu The Malaysian Insider, pihaknya akan mengedarkan sekitar 30,000 poster di seluruh negara untuk meneruskan semangat Bersih 2.0 yang disaksikan awal bulan lalu.

Penganjur Bersih 2.0 mendakwa sekitar 50,000 berhimpun di ibu negara di sebalik larangan dan kawalan keselamatan ketat polis.

“Poster-poster ini akan diedarkan kepada kepimpinan PAS di seluruh negara agar momentum sedia ada ini dapat diteruskan, kami tidak mahu momentum yang telah dibina ketika perhimpunan Bersih 2.0 tempoh hari hilang begitu sahaja.

“Ini salah satu cara... usaha Dewan Pemuda PAS, di bawah penyeliaan lajnah penerangan,” kata beliau ketika dihubungi.

Riduan menambah, pihaknya merasakan usaha tersebut penting memandangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menggunakan isu Bersih 2.0 dan kedudukan Pengerusinya Datuk S Ambiga untuk terus mengelirukan pengundi kawasan luar bandar khususnya orang Melayu.

“Justeru, kami merasakan sesuatu perlu dilakukan untuk melawan taktik Umno dan BN ini, dan menjelaskan keadaan sebenar tuntutan Bersih... bahawa ia diadakan demi kepentingan rakyat semua kaum dan agama, bukan sebagaimana didakwa oleh Umno,” katanya lagi.

Dengan merujuk kepada pendirian tidak konsisten Putrajaya berhubung soal pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen, kata beliau, pihaknya juga mengambil langkah tersebut kerana sedar bahawa ada kemungkinan tidak akan menunaikan janji pembaharuan.

“Kami tidak yakin kerajaan akan melakukan pembaharuan pilihan raya, jadi sekiranya tiada pembaharuan, kami mahu perhimpunan kali ketiga diadakan... Bersih 3.0 diadakan kemudian... ini persiapan ke arah itu,” kata beliau lagi.

“Untuk itu kita perlu meneruskan momentum sedia ada, jangan biarkan ia mati begitu sahaja,” kata beliau.

Poster itu menggariskan kesemua lapan tuntutan dibawa Bersih 2.0, kata Riduan.

Bersih 2.0 atau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil telah mengemukakan lapan tuntutan ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini dengan mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Selain itu, PAS, anggota komponen Pakatan Rakyat, juga mengedarkan mesej Bersih 2.0 dalam bentuk kad ucapan Aidilfitri dan sampul duit raya.

Beberapa PAS kawasan dikatakan mengeluarkan sampul duit raya menjelang sambutan Aidilfitri kali ini.

“Memang ada kawasan yang mengeluarkan sampul duit raya, saya difahamkan PAS kawasan Gombak,” kata Riduan.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekretariat pusat parti itu tidak mengeluarkan sampul duit raya khas tetapi ada kad raya yang menggunakan mesej Bersih 2.0.

“Kalau ada sampul duit raya dikeluarkan, ia mungkin dibuat oleh PAS kawasan... ia usaha masing-masing PAS kawasan. Tetapi setahu saya ada kad raya, kami senaraikan lapan tuntutan Bersih 2.0,” katanya.

Tinjauan The Malaysian Insider baru-baru ini mendapati, antara PAS kawasan yang berbuat demikian ialah Kuala Selangor, yang menghulurkan duit raya kepada keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan dan berpendapatan rendah dengan menggunakan sampul duit raya khas.

Ini kali pertama PAS, yang sinonim dengan warna hijau, menggunakan sampul duit raya berwarna kuning.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad mengakui usaha itu sebahagian daripada langkah menghidupkan terus “semangat menuntut pembaharuan pilihan raya” sempena sambutan Aidilfitri.

“Kalau sampul duit raya dalam warna kuning, ya, ini kali pertama... menggunakan mesej Berih,” katanya.

“Ini salah satu cara. Selain itu, kami juga akan mengedarkan kit maklumat mengenai isu-isu semasa dan Bersih. Kami perlu mengekalkan semangat menuntut pembaharuan ini,” kata beliau lagi.

Pakar DNA McDonald Beri Keterangan



KUALA LUMPUR 25 OGOS : Pakar DNA Dr Brian McDonald hari ini mengambil tempat di kandang saksi utnuk memberikan keterangan dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

McDonald, juga dari Australia, disoal terlebih dahulu oleh peguambela Ram Karpal, dan akan diikuti dengan pemeriksaan balas oleh peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidan, yang mengetuai pasukan pendakwa.

Prosiding hari ini bermula kira-kira 9.15 minit pagi, di mana saksi keempat itu mula disoal oleh peguam bela, Ram Karpal.

Menurut McDonald, selepas menerima data daripada kedua-dua ahli kimia Malaysia, beliau telah membuat satu laporan berasingan.

Laporan bertajuk ''Report of Malaysian Version in the case of PP vs AI' disediakan beliau pada tahun 2009.

Dalam keterangannya, McDonald menjelaskan tentang beberapa terma dalam ujian DNA.

McDonalds menjelaskan terma seperti starter, peaks, polymerase Chain Reaction (ujian PCE), dan electropherograms.

Beliau juga menjelaskan tentang istilah 'short tandem repeat' (STR) dan 'loci' dalam ujian DNA.

Jelasnya lagi, DNA dari darah, mani darah, dan sampel badan seseorang itu, adalah sentiasa serupa.

Oleh itu katanya, terdapat garispanduan standard antarabangsa agar ia boleh ditafsirkan di peringkat antarabangsa.

Ulama Punya Peranan Dalam Politik - PAS




SHAH ALAM 24 OGOS : Peranan golongan ulama dalam parti PAS dilihat penting bagi memastikan hala tuju dan matlamat dasar parti itu terpelihara dan tidak terpesong daripada landasan asal.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, umum mengetahui perjuangan PAS adalah berpolitik berlandaskan syariat Islam dan menerapkan hukum hakam dalam setiap perlaksanaannya.

Justeru, PAS komited untuk melaksanakan pemerintahan Islam walaupun pada satu- satu masa, parti itu 'rugi' dari sudut politik.

"Dalam satu keadaan kita laksana pemerintahan, kita menang dari sudut dakwah, tetapi rugi dari sudut politik.

"Sebagai contoh, kita mengesa pusat judi dan hiburan ditutup, sudah pasti mereka yang kaki judi, kaki kelab malam tidak mengundi kita (PAS)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Wacana Sinar Harian siri ke 6 yang bertajuk 'Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti?' di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Tambah beliau, perkara ini jelas menunjukkan betapa PAS komited dalam menegakkan syiar Islam walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko 'kerugian politik'.

Berbanding dengan Umno, PAS mempunyai Dewan Ulama dan Majlis Syura yang berperanan membantu parti dalam memastikan setiap perkara berkaitan Islam mengikut acuan tepat dan mudah difahami seluruh masyarakat.

Ia juga memartabatkan kedudukan para ulama dengan meletakkan pada kedudukan tertinggi.

"Mahu kita cadangkan kepada Umno, ianya ternyata suatu yang sukar, bagi saya mahu martabat ulama, ianya kan terlaksana sekirannya ulama itu berada dalam sebuah parti yang sememangnya mengiktiraf kedudukan mereka."

Dalam wacana yang sama, Ulama Muda Umno, Fathul Bari menjelaskan Umno memerlukan masa untuk parti itu mempunyai majlis ulamanya sendiri, dalam memberi nasihat berkaitan isu agama dalam politik.

"Sedia maklum semua pihak mengetahui bahawa Umno tidak ada badan ulama, mungkin Umno memerlukan masa untuk menubuhkan satu badan agam yang mampu memandu dan menegur politik dan pentadbiran mereka," katanya.

PSC : PR Beri Tempoh Sebulan Lagi Pada Najib, SPR



KUALA LUMPUR 25 OGOS : Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri dan kerajaan memberi jaminan penuh bahawa Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya adalah serius dalam membetulkan sistem berkenaan di negara ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Pakatan Rakyat memberi masa sehingga bulan hadapan sebelum membuat keputusan tetap untuk bersama dengan PSC yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kami (belum lagi) buat keputusan untuk boikot (PSC) tapi kerajaan perlu buktikan mereka serius dengan memastikan SPR buat perubahan.

"Kami juga mahukan jaminan mutlak daripad Perdana Menteri bahawa beliau mahukan pilihan raya yang bersih dan adil. Kami juga mahu beliau jamin bahawa pilihan raya hanya diadakan selepas cadangan dari PSC dilaksanakan," kata Anwar dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di sini, lewat petang semalam.

Najib sebelum ini mengumumkan penubuhan PSC untuk membawa perubahan pada sistem pilihan raya Malaysia setelah ia mendapat kritikan keras rakyat sehingga mereka sanggup turun ke jalanan pada 9 Julai lalu.

Bagaimanapun beberapa hari kemudian Najib tampil dengan kenyataan berbeda apabila memberitahu pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.

Menurut Najib, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyatakan SPR sebagai badan bertanggungjawab dalam pilihan raya di negara ini tidak perlu menunggu PSC untuk melakukan reformasi pilihan raya.

"SPR kadang-kadang kata mereka tak ada kuasa, sekarang kata ada kuasa.

"Hakikatnya SPR ada kuasa seperti penggunaan dakwat hitam dan tempoh berkempen serta bersihkan daftar pemilih tak perlu tunggu PSC," kata beliau.

Manakala Penasihat DAP Lim Kit Siang pula mempersoalkan mengapa pelbagai alasan diberikan kerajaan untuk penambahbaikan pilihan raya sedangkan mereka tahu ia dituntut semua pihak.

"Pengumuman PSC ini merupakan pengakuan ada sesuatu yang salah dalam sistem pilihan raya negara kita.

"Kita nak tahu sejak Bersih (2.0), apa di antara lapan tuntutan Bersih yang akan diambil tindakan oleh SPR? Kita tidak mahu SPR atau kerajaan jadikan ia satu alasan untuk tidak bertindak," katanya.

Hancurnya Mitos Najib? Defisit dan hutang negara yang melonjak


Mengikut pengalaman yang lalu, perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan akan bertambah pada tahun berlangsungnya pilihan raya umum. Strategi "menggula-gulakan pengundi" adalah taktik terbaik untuk meraih sokongan. Pada hakikatnya, perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan menunjukkan pertambahan yang jelas dalam dua PRU, yang berlangsung dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Misalnya, pada tahun 2004 ketika berlangsungnya PRU ke-11, perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan bertambah 21.4% kepada RM91.3 bilion. Jika dibandingkan dengan tahun 2003 dan 2002, perbelanjaan operasi hanya bertambah pada 9.5% dan 7.7% masing-masing.

Selain itu, lebihan kos perbelanjaan operasi juga berlaku secara mendadak, iaitu RM11.3 bilion, atau bersamaan 14.1%, berbanding anggaran asal belanjawan RM80.0 bilion.

Pada masa yang sama, pola yang sama juga berlaku pada tahun 2008. Perbelanjaan operasi kerajaan bertambah 24.7%, mencecah paras RM153.4 bilion. Jika dibandingkan dengan tahun 2007 dan 2006, pertambahan perbelanjaan operasi hanya pada kadar 14.2% dan 10.3% masing-masing. Selain itu, kerajaan mencatat rekod lebihan kos perbelanjaan tertinggi dalam tempoh 10 tahun, dengan RM22.2 bilion pada tahun 2008.

Melihat kepada pengalaman lalu, nampaknya PRU 13 bakal mengulangi jejak langkah dahulu. Daripada ramalan yang sedia ada, kerajaan Najib mungkin mengadakan PRU 13 antara November 2011 hingga Jun 2012.

Defisit belanjawan mungkin melonjak

Jika ia benar, belanjawan 2012 yang bakal dibentangkan adalah belanjawan terakhir sebelum PRU 13. Ia adalah PRU pertama Najib selepas menerajui tampuk kerajaan, malah ujian sama ada "mitos Najib" bakal dilanjutkan. Padahal ia sama dengan keadaan ketika Abdullah Ahmad Badawi berdepan dengan PRU pada tahun 2004.

Ramai yang menjangka bahawa Najib yang mengutamakan "ekonomi" akan mempertaruhkan nasibnya dalam belanjawan kali ini - untuk mewujudkan suasana feel good agar kuasa kerajaan, dan kerusi PM-nya mampu dipertahankan. Bekas PM Abdullah Ahmad Badawi menggunakan taktik menambah perbelanjaan operasi pada tahun 2004 untuk mewujudkan suasana yang memihak kepada dirinya dalam pilihan raya.

Najib hanya mempunyai kira-kira dua bulan lagi untuk menyediakan Belanjawan 2012. Namun, kerajaannya kini berada dalam dilema - iaitu membentangkan belanjawan pilihan raya (maksudnya angka defisit perlu diperbesarkan), atau belanjawan yang menyediakan negara untuk berdepan dengan kemelesetan ekonomi dunia (double-dip), yang semakin tinggi risikonya.

Seandainya kerajaan Najib mengambil langkah menyediakan belanjawan pilihan raya, dan kemelesetan ekonomi global pula melanda - maka kerajaan Najib mungkin perlu menjana pakej rangsangan ekonomi, sebagaimana yang dilakukan dengan pakej RM67 bilionnya pada tahun 2009. Langkah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi ini dianggar bakal melonjakkan defisit kewangan negara kepada paras 8%, sekurang-kurangnya.

Masalah struktur

Kerajaan persekutuan sebenarnya berdepan dengan satu masalah struktur, yang mengakibatkan kerajaan Najib agak sukar untuk mengurangkan defisit kewangan. Sistem kakitangan kerajaan yang besar (1.2 juta orang) menyebabkan kerajaan persekutuan perlu menanggung perbelanjaan operasi yang tinggi setiap tahun.

Sehingga tahun 2011, gaji dan wang pencen kakitangan kerajaan mencatat jumlah RM57.8 bilion, iaitu 35.5% daripada perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan. Menurut maklumat Rancangan Malaysia ke-10, gaji dan wang pencen kakitangan awam dijangka melambung ke paras RM78.0 bilion pada tahun 2015, atau 38.1% daripada perbelanjaan operasi.

Bukan sahaja kerajaan Najib tidak menyelaraskan keadaan sumber manusia yang melambak dalam sektor awam, sebaliknya menambah institusi kerajaan atau jawatankuasa yang pelbagai untuk melaksanakan tugas "transformasi" di bawah programnya. Lebih-lebih lagi, kerajaan perlu "menyerap" graduan-graduan yang tiada pekerjaan. Oleh itu, boleh dijangkakan bahawa perbelanjaan untuk gaji dan wang pencen akan melambung dalam masa beberapa tahun yang akan datang.

Hutang yang membebankan


Di samping itu, kerajaan telah memikul beban hutang yang berat lantaran pengurusan kewangan yang tidak cekap dan sikap yang membazir. Sehingga tahun 2010, hutang tertunggak yang dipikul kerajaan persekutuan telah mencecah RM408.2 bilion, atau bersamaan 52.7% GDP.

Hampir 98% pendapatan kerajaan persekutuan dibelanjakan untuk perbelanjaan operasi, maka kerajaan tidak mempunyai lebihan modal untuk perbelanjaan pembangunan. Oleh itu, cara kerajaan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara adalah dengan menerbitkan bon.

Perlu diingatkan, bon yang belum dijelaskan (dibayar) oleh kerajaan persekutuan antara tahun 2010 dengan 2020 berjumlah RM326.1 bilion. Cara kerajaan menyelesaikan hutang ini adalah dengan menerbitkan bon baru, yang akhirnya menyebabkan hutang semakin memberat. 【Baca: Mampukah Malaysia selesaikan hutang RM101.65 bilion dalam 3 tahun?

Misalnya, kos perkhidmatan hutang kerajaan persekutuan adalah RM14.2 bilion dan RM15.9 bilion, pada tahun 2009 dan 2010, dengan purata kadar pertambahan tahunan yang melebihi 11%. Ia mencatat RM18.5 bilion pada tahun 2011, dengan pertambahan mendadak 16.6%. Menurut anggaran kerajaan persekutuan, kos perkhidmatan hutang bakal melonjak kepada RM24.9 bilion pada tahun 2015, dengan pertambahan 34.6% berbanding tahun 2011.

Banyak projek mega di bawah Program Transformasi Ekonomi, termasuk projek sistem MRT yang melebihi RM50 bilion, projek pembangunan hartanah Sungai Buluh yang bernilai RM10 bilion, projek Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) yang bernilai RM26 bilion dan sebagainya.

Antaranya, banyak projek yang dijalankan dengan terbitan bon daripada kerajaan persekutuan, misalnya projek sistem MRT. Seandainya projek ini bermasalah, misalnya kerugian berlaku, maka kerajan perlu menanggung hutang ini, yang semestinya menjurus kepada defisit kewangan yang lebih ketara.

Di pinggiran muflis?

Kerajaan persekutuan kini berdepan dengan masalah perbelanjaan melebihi pendapatan. Lebih penting, pendapatan kerajaan ditunjangi sumber petroleum. Seandainya keadaan ini berterusan, maka kerajaan perlu berhutang lebih untuk menampung perbelanjaan harian - umpama orang yang menampung belanja harian dengan kad kredit - semestinya berdepan dengan nasib muflis seandainya gagal menjelaskan hutang.

Pengkaji ekonomi Universiti Sains Malaysia, Suresh Narayanan dalam satu tulisannya menyebut, kerajaan persekutuan bergantung kepada pendapatan petroleum dan simpanan wang dalam negara untuk mengendalikan masalah defisit kewangan. Beberapa sumber pendapatan tradisional kerajaan memperlihatkan pola menurun, atau bertambah pada kadar yang perlahan, untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Keadaan ini menyebabkan kerajaan bergantung kepada cukai petroleum, dividen Petronas dan sumber pendapatan petroleum yang berkenaan untuk menampung perbelanjaan kerajaan.

Namun, beliau mengingatkan, petroleum bukan sahaja sumber semulajadi yang tidak boleh dikitar-semula, malah bergantung kepada harga pasaran yang tidak stabil, maka ia boleh dikatakan sumber pendapatan yang tidak stabil untuk kerajaan. Justeru itu, kerajaan perlu lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangan, tidak memboros dan menerokai sumber pendapatan yang lebih stabil. (Bahagian kedua, tamat)

Bahagian pertama: Hancurnya Mitos Najib? Lebihan perbelanjaan operasi yang ketara

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

HISHAMUDIN TERIMA ANCAMAN BONOH

Semalam Khir toyo cakapbeliau beliau di aniaya oleh 3 menteri dalam kabinet malaysia..Hari ini Hishamuddin terima ancaman bunuh...entah siapa la yang berani hantar peluru dan juga surat bertulis tangan...Agak agaknya betulkah dakwaan sedemikian..atau saja na ulas benda lain atau belum siap lagi daftar PATI?



Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein berkata beliau menerima ancaman bunuh bertulis dan dua peluru hidup melalui pos hari ini.

Bercakap di majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur, Hishammuddin berkata, kedua-dua peluru itu diletakkan dalam dua lubang pada sebuah buku.

Bungkusan itu mengandungi mesej tulisan tangan mengenai ancaman tersebut tetapi beliau enggan mendedahkan kandungannya kepada pihak media.

Bungkusan itu dihantar ke pejabatnya di Putrajaya melalui pos biasa dan diterima pada kira-kira jam 2 petang dan dibuka oleh seorang kerani kepada salah seorang pegawai khasnya.

Hishammuddin berkata beliau tidak gentar dengan kejadian itu dan berikrar untuk meneruskan tugasnya.

Najib, Rosmah Akan Beri Keterangan Di Mahkamah-Sankara



KUALA LUMPUR 24 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor bersetuju untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi memberi keterangan bersabit kes fitnah liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu dinyatakan oleh peguam Sankara Nair setelah dimaklumkan oleh polis kepada beliau.

Najib, Rosmah dan dua bekas anggota polis berpangkat tinggi sebelum ini enggan bekerjasama dengan pasukan peguambela walaupun pendakwa telah menawarkan mereka sebagai saksi.

Namun mahkamah minggu lalu telah mengeluarkan sepina terhadap kesemua individu tersebut untuk hadir memberi keterangan dan sekiranya gagal berbuat demikian waran tangkap akan dikeluarkan.

Pada sesi pembelaan sebentar tadi, pakar serangan seksual Dr David Wells memberitahu mahkamah bahawa kecederaan pada mangsa rogol atau liwat bergantung kepada jumlah tekanan yang dikenakan terhadapnya.

David menjawab soalan Sankara Nair apabila peguambela meragui akan dakwaan pengadu Saiful Bukhari Azlan yang menyatakan beliau diperlaku dengan rakus oleh bekas majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Perbuatan itu akan menyebabkan trauma (pada bahagian dubur) di bawah keadaan tertentu," kata David.

Saiful sebelum ini memberi keterangan di mahkamah bahawa beliau diliwat dengan rakus oleh Anwar sehingga senak di bahagian perut.

Namun setelah diperiksa oleh empat doktor dari dua hospital, tiada sebarang kecederaan ditemui pada dubur pengadu namum tegas menyatakan beliau telah diliwat.

David kemudian mengulangi kenyataan beliau bahawa integriti spesimen DNA yang diambil pada pengadu amat kritikal.

Menurutnya dalam kes liwat atau rogol, bukti tersebut harus disimpan dengan baik dan terus dibawa ke makmal untuk tujuan ujian bagi memelihara keyakinan terhadap sampel tersebut.

Timbalan Pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden pada sebelah pagi merujuk kepada sebuah kes di United Kingdom pada tahun 1982 di mana sebuah ujian pengesahan sperma dilakukan dan mendapati ianya dapat dikesan walaupun setelah melangkaui 30 jam.

Namun kata Sankara ujian tersebut dilakukan di dalam makmal dan tidak ada keupayaan untuk dibandingkan dengan kes Anwar di mana sampel sperma dan DNA telah disimpan melebihi 90 jam.

"Anda patut jumpa sampel yang paling teruk tapi pendakwa kata apa yang dijumpai adalah sampel terbaik. Namun apabila kita minta gambar foto ujian DNA, mereka kata tiada. Mana bukti?" tambah beliau lagi.

Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menangguhkan sesi pembelaan kepada 9 pagi esok dan akan menyaksikan pakar DNA, Dr Brian McDonald mengambil tempat di kandang saksi.

"Saya Tidak Perlu Minta Maaf" - Badrul Hisyam




SHAH ALAM 24 OGOS : Gesaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar blogger di Malaysia mencontohi tindakan akhbar Indonesia, Kompas yang memohon maaf kepada Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya, disambut dingin Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Shahrin.

Beliau menegaskan adalah tidak menjadi keperluannya untuk memohon maaf kepada Najib isterinya, Rosmah Mansor, sebaliknya kedua- dua mereka harus menjawab segala persoalan yang ditimbulkan bersabit pendedahan cincin berlian yang didakwa dibeli Rosmah, bernilai RM24.45 juta.

Badrul berkata, segala pendedahan beliau bersabit pembelian cincin itu berlandaskan bukti yang kukuh dan bukannya tomahan kosong seperti mana yang sering dilakukan blogger pro- Umno.

Semalam, sebaik sahaja Rais menggesa agar blogger dinegara ini memohon maaf kepada pemimpin Umno, laman blog Badrul menjadi sasaran kritikan pelayar internet pro- Umno, menggesanya agar membuat permohonan maaf kepada pemimpin Umno.

Sebelum ini, akhbar Indonesia, Kompas membuat permohonan maaf kepada Najib dan isterinya, Rosmah Mansor bersabit isu pembelian cincin itu, yang disiarkan pada 4 ogos lalu.

Badrul hari ini, menerusi laman blognya menegaskan, apa yang perlu dilakukan rakyat Malaysia kini adalah mendesak Rosmah agar menjawab segala persoalan yang berlegar diminda rakyat.

Isu pembelian cincin berlian didedahkan hampir sebulan yang lalu, namun Rosmah mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan melayan persoalan yang berbangkit.

Cincin berlian berpengenalan Natury Fancy Gray Cushion Cut Diamond, telah dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan pengisytiharan harga bernilai RM24,458,400.

Apa yang mengejutkan, cincin buatan Jacob & Co itu, bebas daripada sebarang cukai. Ia tampak pelik walhal perkhidmatan kepada rakyat dikenakan cukai kerajaan seperti Astro, telekomunikasi dan banyak lagi termasuklah pembelian makanan serta minuman.

Pada 13 Julai 2011, Badrul diiringi wakil SAMM, Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersabit dakwaan itu dan disertakan pelbagai bukti bagi menguatkan dakwaannya.

Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula, sistem kastam di Kargo, KLIA mengalami gangguan dan tergendala hampir tiga jam. Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, pelbagai 'syarat' dikenakan dan semuanya dijalankan secara 'manual'.

Satu perkeliling ditampal mengenai perkara ini di papan kenyataan di Kargo, KLIA tetapi hanya beberapa jam dan ditanggalkan kembali mungkin kerana tidak mahu 'arahan rasmi' itu bocor.

Fakta bersabit cincin itu mula bercanggah apabila, terdapat sesetengah pihak yang mendakwa belian itu dibawa keluar dari Malaysia ke Singgapura, 4 hari selepas itu.

Tidak semena- mena timbul isu cincin berlian itu sebenarnya untuk satu pameran berlian yang diadakan secara sulit, di tempat yang sulit dengan tetamu- tetamu yang sulit.

Badrul melalui laman blognya menyatakan seorang pegawai kastam yang enggan dikenali menyatakan, jika sesuatu barangan dibawa masuk ke negara ini atas tujuan pemeran, pihak kastam sepatutnya mengisi borang Ata Carnet.

Ata Carnet adalah borang permohonan untuk membawa masuk apa jua barangan untuk dipamerkan untuk tempoh maksima setahun.

Namun, borang tersebut tidak diisi dan tentunya mematahkan hujah cincin semahal itu dimasukkan ke Malaysia tanpa sebarang cukai untuk tujuan pameran semata- mata.

Justeru, Badrul menegaskan, Najib dan Rosmah tidak perlu berdolak dalih dan menjawab segala persoalan yang timbul.

EKONOMI NEGARA: SIAPA MENGUSAINYA KINI.

Oleh: Anillnetto

Terjemahan Oleh: Amiruddin Ahmad

Walaupun Kuasa dan syarikat membuat banyak kenyataan tentang isu-isu perkauman, beberapa muka lama yang biasa dalam sektor korporat pada era Mahathir telah secara senyap-senyap membuat kehadiran mereka dirasai. Mereka kini kembali menguasai ekonomi Malaysia.

Syarikat Vincent Tan, Berjaya Land Bhd memeterai Perjanjian bersyarat S & P untuk membeli 57 ekar tanah Perdana Pulau Pinang Club Turf pada RM184 satu kaki persegi di kawasan paru-paru hijau bagi projek pembangunan hartanah. (Kali terakhir seseorang cuba untuk mengambil alih tanah Turf Club pada tahun 2007, apabila orang baik-baik Patrick "Badawi" Lim cuba untuk membina projek PGCC.)

Sementara itu, Malaysia Airlines dan TM mengesahkan bahawa mereka telah menerima surat daripada kerajaan mengenai satu daripada penyelesaian mahkamah tindakan undang-undang yang melibatkan MAS iatu bekas pengerusi Tajudin Ramli, anak didik Daim Zainuddin , di bawah pentadbiran Mahathir.

The Star melaporkan :

MAS berkata bahawa ia telah terlibat dalam tiga saman terhadap Tajudin yang termasuk tuntutan bagi ganti rugi kerana melanggar tugas fidusiari dan pelanggaran lain, tuntutan untuk pelanggaran tanggungjawab dari segi perundangan dan konspirasi untuk menipu MAS di mana-mana Lapangan Terbang Hahn, antara lain, kerugian sebanyak RM174. 6mil dan tanggung rugi 6,9 juta euro dan tuntutan (oleh MAS Hotel & Butik Sdn Bhd) bagi pelaksanaan spesifik untuk memindahkan tajuk tanah tertentu menurut perjanjian jual dan perjanjian pembelian.

Nazri telah menghantar surat kepada GLC memberitahu mereka bahawa Kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan semua tuntutan sivil terhadap Tajudin. Yang menimbulkan soalan: mengapa tidak surat yang datang dari Menteri Kewangan?

The Edge, 15 Ogos, menyatakan kebimbangan yang membawa maksud :"Kesan Penyelesaian akan menghalang kebenaran yang sebenarnya bertanggungjawab bagi kerugian yang ditanggung . Malah, dalam afidavitnya, Tajudin mendakwa bahawa beliau bertindak atas arahan daripada kerajaan ketika itu. "

Kemudian terdapat MAS-Air Asia yang telah membuat perjanjian persefahaman penggabungan . Antara pengarah baru di MAS, katanya The Edge, Wan Azmi Wan Hamzah, berkata berhampiran dengan Daim. "Wan Azmi masih aktif di tempat kejadian korporat tempatan tetapi telah disimpan profil rendah sejak tahun 1998. Ini adalah pelantikan pertama kepada sebuah GLC. "

Akhir sekali, anda lihat akan apa yang sedang dilalui oleh konglomerat San Miguel, pengeluar bir terbesar di Filipina, mengambil alih kepentingan ExxonMobil International Holdings Inc, 65 peratus di Esso Malaysia di bawah perjanjian bertarikh 17 Ogos. San Miguel Corporation kini akan diperlukan untuk melanjutkan mandatori tawaran pengambilalihan baki pemegang saham Esso Malaysia.

WSJ melaporkan bahawa harga tawaran RM3.50 sesaham mewakili diskaun 29.3 peratus kepada harga penutup Esso Malaysia. Saham telah melonjak 14.1 peratus untuk ditutup pada RM4.95 ringgit berikutan berita pengambilalihan. Beberapa soalan yang telah dibangkitkan tentang perkara ini dan lain-lain aspek yang berkaitan dengan perjanjian itu diBlog Kewangan Malaysia .

Menurut laman web San Miguel, syarikat-syarikat yang diambilalih Esso Malaysia Bhd (EMB), sebuah syarikat dagangan awam yang Exxon Mobil memiliki 65% kepentingan dan milik penuh ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd (EMMSB), dan Exxon Mobil Borneo Sdn Bhd (EMBSB). Ketiga-tiga anak-anak syarikat ini merupakan perniagaan bersepadu yang terlibat dalam penapisan, pengedaran dan pemasaran produk petroleum. Aset fizikal termasuk kilang penapisan Port Dickson dengan kapasiti undian 88.000 tong sehari, tujuh terminal pengedaran bahan bakar; dan rangkaian kira-kira 560 stesen perkhidmatan berjenama, 420 yang dimiliki oleh syarikat. Urus niaga bernilai AS $ 610 juta.

San Miguel merancang untuk menaik taraf kilang penapisan Port Dickson untuk menggunakan pelbagai ruang yang lebih luas minyak mentah dan melahirkan produk tambah nilai.

Disember lepas, San Miguel menjalankan opsyen saham yang membenarkan ia untuk mendapatkan kawalan majoriti Petron Corporation. Petron adalah penapisan minyak terbesar bersepadu dan syarikat pemasaran di Filipina dengan kapasiti penyulingan mentah sebanyak 180,000 tong sehari.Ia juga mempunyai rangkaian stesen-stesen perkhidmatan lebih 1700 di Filipina. Ia kini menjalankan upgrade utama penapisan untuk membenarkan penukaran penuh pengeluaran minyak bahan api kepada produk bernilai tinggi seperti petrol, diesel, dan petrokimia.
Laman web San Miguel added:

"Perniagaan hiliran Exxon Mobil Malaysia menarik untuk San Miguel memandangkan bahawa terdapat banyak ruang untuk bergerak ke atas rantaian nilai dengan menaik taraf keupayaan kilang penapis," kata SMC Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Ramon S. Ang. "Rancangan kami adalah untuk menaik taraf kilang penapisan Port Dickson supaya ia boleh menggunakan pelbagai yang lebih luasmemproses minyak mentah, dan menghasilkan produk bernilai tinggi," tambah Ang.

Mirzan Mahathir disenaraikan sebagai pengarah Petron Corporation di dalam Laporan Tahunan 2010.

Orang lain dalam keluarga yang terlibat dalam sektor minyak dan gas Mokhzani Mahathir, yang mempunyai kepentingan 38 peratus dalam Kencana Petroleum Bhd (mengikut Laporan Tahunan firma 2010), dan Mahathir sendiri, penasihat kepada Petronas.

Kerjasama Air Asia-MAS Cermin Kegagalan ETP


PETALING JAYA 23 OGOS : Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli menyatakan perjanjian kerjasama Air Asia dan MAS memberi isyarat dan ramalan awal kegagalan Pelan Transformasi EKonomi (ETP) buah fikiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Rafizi, kegagalan dua Pelan Pemulihan Perniagaan (BTP) MAS sebelum ini boleh dikaitkan dengan keghairahan Najib yang galak menggunakan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk memacu ETP dan pelbagai program lain.

Malah, Rafizi menambah perjanjian tersebut memperakui kenyataan tersirat pihak Khazanah Nasional Berhad bahawa kedua-dua Pelan Pemulihan Perniagaan (BTP) yang dilaksanakan sejak tahun 2006 di bawah pengawasan dua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) telah gagal.

Isu yang lebih penting adalah sama ada ini merupakan petunjuk awal bahawa Program Transformasi GLC juga gagal memandangkan pemulihan MAS dianggap sebagai petunjuk utama usaha berkaitan.

"Jika GLC amat penting kepada negara kita tapi pada masa sama Program Transformasi GLC juga gagal, itu satu petanda yang cukup tidak baik kepada polisi ekonomi kerajaan Najib," kata beliau dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Awal bulan ini, Khazanah atas restu kerajaan telah menukar sebanyak 20.5% pegangan saham dalam MAS dengan 10% saham dalam AirAsia.

Bagaimanapun langkah ini menimbulkan kebimbangan kerana ia bakal mewujudkan 'kartel' yang memonopoli sektor penerbangan negara.

Pakatan rakyat sebelum ini telahpun membantah hal ini kerana ia berpotensi memangsakan rakyat jelata akibat tiada lagi persaingan dalam penerbangan domestik negara seperti sebelum ini.

Rafizi bagaimanapun mengutarakan perkara pokok dalam hal ini bahawa Malaysia, yang telah mempunyai sektor penerbangan sejak lebih 4 dekad masih tiada Dasar Pengangkutan Udara bagi memberi garis panduan sebenar berkenaan sistem ini.

"Yang membimbangkan kerajaan Malaysia tidak pernah ada dasar khusus yang mengamal dan menjalankan pengankutan udara seperti negara lain. Ini yang menyebabkan kebanyakan keputusan yang melibatkan ini dibuat secara sementara.

"Saya bagi contoh pada 2005-07 MAS tidak boleh menurunkan tambang mereka kerana tiada polisi. Kena tanya menteri...Sebab itu kita bimbang dengan perjanjian ini akan timbulkan monopoli," tegas beliau.

Justeru Rafizi mewakili PKR mahu hal ini dikaji semula bagi memastikan kepentingan negara terjamin kerana seperti yang diketahui Air Asia sebelum ini merupakan pesaing MAS dan ia bakal mendatangkan kesan berat sebelah selepas ini.

"Pendapat PKR dalam isu ini adalah MAS tak perlukan Air Asia dan Tony Fernandes. Apa yang MAS perlukan ialah kepimpinan yang kuat dengan pengetahuan mendalam
mengenai industri penerbangan dan bukan akauntan..sebaliknya kerajaan tubuhkan jawatankuasa interim dan COO sementara,"katanya lagi.

Lebih 70 Peratus Bumiputera Hadapi "Masalah" Ekonomi

PETALING JAYA 23 OGOS : Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat mengalu-alukan kerajaan pemerintah mencontohi polisi ekonomi yang dibawa gagasan itu bagi membantu golongan yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Menerusi satu kenyataan media bersama Ahli Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat, Dr Dzulkefly Ahmad, Liew Chin Tong dan Tian Chua menyifatkan kerajaan pemerintah selama ini hanya berselindung di sebalik projek-projek mega walhal pencapaian negara amat sederhana pada waktu ini.

Menurut mereka, di sebalik keghairahan Najib dan pimpinannya membelanjakan ratusan bilion ringgit untuk projek-projek mega, masih ramai rakyat Malaysia yang menderita untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Untuk rekod, lebih daripada separuh iaitu 60 peratus daripada isirumah rakyat Malaysia mempunyai pendapatan kurang dari RM3,000 sebulan.

Daripada jumlah itu, 43 peratus daripadanya berhempas-pulas meneruskan kehidupan dengan pendapatan RM1,500 ke bawah setiap bulan dan 3/4 atau 73 peratus ialah dari kalangan Bumiputera.

Oleh itu, Pakatan Rakyat menerusi Bajet Alternatif 2012 menumpukan kepada aspek kebajikan rakyat yang selama ini dipinggirkan oleh kerajaan pemerintah demi projek-projek yang menguntungkan para kroni.

Dengan motto, Kesejahteraan Untuk Semua, bajet ini memberi penekanan yang khusus kepada kerja-kerja yang mengangkat martabat manusia, penggajian yang adil dan saksama serta peluang-peluang mencari rezeki untuk semua golongan rakyat terbanyak dan bukan hanya untuk golongan elit yang mempunyai jaringan pengaruh meluas.

"Ini secara langsungnya akan meningkatkan penggunaan domestik dalam satu cara yang mampan seperti pepatah Inggeris iaitu “air yang pasang akan mengangkat
kedudukan semua bot".

Semalam, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan, Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) telah ditugaskan untuk mengkaji langkah baru membantu meringankan kos sara hidup meningkat bagi yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 setiap bulan.

Ini ialah kali ketiga dalam satu bulan, kerajaan Barisan Nasional telah terpaksa memberi reaksi kepada pengumuman-pengumuman ekonomi oleh Pakatan Rakyat
dengan meniru cadangan-cadangan yang diutarakan.

Sehubungan itu, pengakuan oleh Husni dan kerajaan Barisan Nasional berhubung golongan pendapatan di bawah RM3,000 memerlukan bantuan adalah satu kenyataan yang mencerminkan kegagalan Barisan Nasional mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi selain gagal memikirkan nasib 60 peratus rakyat Malaysia dalam merangka polisi ekonomi mereka.

Pakatan Rakyat antara lain turut mengesa pemerintahan Umno-BN menghentikan amalan ekonomi berpaksikan kroni BN dengan menggantikannya kepada satu rangka kerja ekonomi berpaksikan rakyat.

Rangka kerja Bajet Pakatan Rakyat ini juga termasuklah mengurus cabaran-cabaran dasar berikut:

- Meningkatkan pendapatan dan produktiviti dengan memperkenalkan satu gaji minimum agar memecahkan lingkaran ganas produktiviti rendah, gaji rendah dan
kemahiran rendah.
- Meningkatkan pendapatan bolehguna dalam meningkatkan pendapatan melalui penyampaian perkhidmatan awam lebih efektif dan efisien dalam aspek kesihatan,
pengangkutan, perumahan dan beban hutang.
- Mengehadkan monopoli, oligopoli dan kartel dengan menggalakkan persaingan di sektor-sektor yang kini dikuasai oleh monopoli, oligopoli dan kartel.



Pakar : Integriti Spesimen DNA Meragukan



KUALA LUMPUR 23 OGOS: Pakar forensik dan patalogis Australia, Dr David Wells menyifatkan integriti spesimen yang diambil daripada pengadu Saiful Bukhari Azlan dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat kritikal.

Hal ini jelasnya kerana, sampel DNA yang sudah diletakkan di dalam balang kedap udara hendaklah diserahkan kepada jabatan kimia serta merta ataupun disimpan di dalam peti sejuk.

Tiada mana-mana pihak baik polis dibenarkan untuk membuka dan menandakan spesimen DNA tersebut tanpa pemantauan daripada ahli kimia, ujar beliau lagi.

Pegawai penyiasat (IO) DSP Jude Blacious Periera dalam kenyataannya kepada mahkamah sebelum ini mengakui bahawa beliau memotong bahagian luar plastik spesimen DNA untuk tujuan penandaan.

Malah Jude turut memberitahu bahawa beliau menyimpan spesimen tersebut di dalam almari tidak berhawa dingin lebih daripada 40 jam.

"Saya rasa polis itu sepatutnya cari kerja lain. Integriti spesimen amat penting. Beliau (Jude) sepatutnya memaklumkan kepada makmal," kata David ketika disoal peguam Sankara Nair.

David menyifatkan sekiranya bekas menyimpan spesimen telah terdedah kepada udara maka kualiti DNA tersebut tidak mampu bertahan.

Sankara kemudian bertanya pendapat pakar forensik itu tentang laporan perubatan dan borang 'proforma' yang dijadikan rujukan mahkamah.

"Saya perlu akui sejarah, proforma, laporan, saya tidak yakin mereka (doktor) tahu apa yang mereka buat.

"Anda boleh bayangkan orang ini kurang pengalaman dan mungkin baru," kata beliau sebelum mengakhiri sesi memberi keterangan.

Dalam pada Sankara yang ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata, pasukan peguambela hari ini berjaya menimbulkan kesangsian tentang cara pengendalian sampel DNA yang diambil oleh doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas Saiful.

Katanya Jude sendiri telah melanggar prosedur analisis kimia dengan memotong bekas plastik yang mengandungi sampel DNA pengadu.

"Pakar mengatakan IO telah potong beg. Ini memberi peluang kepada kontaminasi dan perkara ini memang berlaku. Kononya untuk buat penandaan baru dan pakar cakap prosedur ini tidak betul. Itu menujukkan kejayaan pihak pembela hari ini," kata beliau.

Pakar : Laporan Perubatan Dan Borang Proforma Tidak Konsisten



KUALA LUMPUR 23 OGOS: Saksi ke tiga pakar forensik dan patologis dari Australia, Dr David Wells memberitahu mahkamah bahawa terdapat kecacatan pada laporan perubatan dan borang 'proforma' yang dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur terhadap pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Dalam keterangannya di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah hari ini, David menyatakan tiada kesan pendarahan pada dubur dicatatkan dalam laporan perubatan oleh Dr Siew Sheue Feng yang memeriksa Saiful.

Namun apa yang meragukan, nota mengenai kesan pendarahan tercatat pada borang 'proforma' yang digunakan untuk memeriksa si pengadu.

Selain itu, David turut mempersoalkan catatan doktor yang menyebut 'tiada penemuan konklusif' sedangkan menurut pengalaman beliau ianya harus ditulis 'tiada sebarang penemuan".

Katanya perkataan "konklusif" bermaksud doktor yang memeriksa Saiful kurang pasti akan penemuannya sendiri.

Perkara tersebut turut dipertikai peguambela Sankara Nair.

Beliau yang ditemui media selepas mahkamah berehat sebentar berkata perkara tersebut mempertikai kredibiliti saksi yang ditugaskan untuk memeriksa Saiful pada hari tersebut.

Beliau turut membidas saksi pakar kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong yang memberi keterangan berdasarkan pendapat beliau tentang spesimen DNA "lelaki Y" yang diuji untuk mengaitkan Anwar.

Dr Seah sebelum ini menerima 12 sampel dari HKL dengan dua daripadanya ditanda dengan tarikh yang sangat berbeza.

Seah mengakui tidak berbuat apa-apa untuk mendapatkan penjelasan daripada Dr Siew mengenai hal itu.

Oleh itu, Anwar sebelum ini berpendapat telah berlakunya pelanggaran peraturan asas dalam protokal makmal antarabangsa Jabatan Kimia Malaysia.

Jelas beliau, walaupun pendedahan itu dibuat secara terang-terangan dengan kegagalan penguatkuasaan peraturan yang ketat, bukti yang dibawa oleh Dr Seah masih tetap diterima, sedangkan ia sepatutnya dibuang atas sebab-sebab ketidakcekapan dan kecuaian melampau.

Hal sama turut dinyatakan oleh David.

"Ahli kimia tidak harusnya menyatakan pendapat, beliau sepatutnya memberitahu apa yang ditemui. Saya akan bawa perkara itu petang ini," katanya.

Mengapa Anwar Ibrahim Membuat Kenyataan Dari Kandang Tertuduh?




KUALA LUMPUR 23 OGOS : Di sebalik ramai yang terkejut di atas tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk membacakan keterangan dari kandang tertuduh, peguam N. Surendran menjelaskan relevan tindakan Anwar itu.

Surendran yang juga naib presiden PKR berkata, Anwar membuat pilihan itu ekoran mengetahui sistem keadilan negara yang jarang berpihak padanya membuatkan beliau tidak memilih untuk berada di kandang saksi yang membolehkan dirinya disoal balas.

"Keputusan tidak memberi keterangan dari kandang saksi sekaligus menujukkan protes terhadap sistem perundangan dan politik yang tidak adil.

"Apa yang mereka pentingkan adalah politik mereka sahaja. Mereka juga mengabaikan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada orang ramai dan negara,"katanya dalam satu salinan kenyataan media yang diberikan kepada TV Selangor.

Anwar dalam keterangannya sebelum ini berkata, walaupun beliau bersedia untuk memberi keterangan secara bersumpah (pendakwaan boleh menyoal balas), namun katanya cara pengendalian perbicaraan oleh hakim dan pendakwaan mewujudkan keadaan yang menyebabkannya tidak boleh berbuat demikian.

Kata Anwar, hakim tidak sepatutnya memberi cadangan kepada saksi berpotensi yang ditawarkan kepada peguamnya bahawa mereka boleh menolak untuk ditemubual.

Malah menurut Surendran, melalui kuasa-kuasa dan akta tertentu, sistem keadilan di negara ini telah dikurangkan untuk dijadikan alat demi kepentingan regim pemerintah.

Katanya lagi, sejarah juga membuktikan perkara yang sama berlaku kepada bekas Presiden Afrika Selatan yang ke 11, Nelson Mandela juga memilih untuk memberi kenyataan dari kandang tertuduh semasa perbicaraan politiknya.

"Mandela menggunakan pendekatan yang sama seperti Anwar (kandang tertuduh) dalam perbicaraan Rivonia Sham untuk mendedahkan kejahatan regim Apartheid kepada dunia," katanya lagi.

Malah kata Surendran, Anwar turut merasai bahawa keputusan perbicaraan kes liwatnya merupakan satu kesimpulan yang sudah diketepikan dari awal lagi.

"Sekarang dia (Anwar) menganggap ini satu penganiayaan kehakiman dan menjadikannya senjata untuk membuat perubahan asas dalam sistem pentadbiran negara ini," kata N Surendran lagi.



Dr Osman : Saiful Memang Ada Beritahu Plastik Dimasukkan Ke Dalam Duburnya




KUALA LUMPUR 23 OGOS : Pengadu dalam kes fitnah liwat ke II ke atas Ketua Pembangkang, Saiful Bukhari Azlan ada memberitahu bahawa objek seperti plastik dimasukkan ke dalam duburnya sama seperti yang tertera dalam laporan perubatan, kata bekas doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.

Dr Osman juga setuju dengan Ketua Pendakwaraya, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bahawa Saiful ada memaklumkan padanya bahawa beliau diliwat oleh seorang VIP namun bertegas bahawa Saiful ada mengakui objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya.

Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun 2008, dua hari selepas beliau didakwa diliwat oleh Anwar.

Dia mengadu kepada Dr Osman bahawa beliau mengalami kesakitan pada duburnya.

Dr Osman yang menjalani pemeriksaan pada dubur Saiful bagaimanapun mendapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu katanya, Saiful memberitahunya dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

"Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop," katanya.

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat.

Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.


Tiada Kecederaan Pada Dubur Saiful-Pakar



KUALA LUMPUR 23 OGOS: Bekas doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abd Hamid hari ini mengesahkan bahawa tiada kecederaan pada dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan ketika beliau hadir ke hospital itu pada 28 Jun 2008.

Osman yang mengambil tempat di kandang saksi sesi pembelaan memberitahu mahkamah bahawa sewaktu memeriksa Saiful, beliau mendapati keadaan dubur adalah normal tanpa sebarang kecederaan.

Namun katanya Saiful bertegas menyatakan bahawa beliau diliwat.

"Dia (Saiful) terus bercakap kepada saya dan katanya melibatkan VIP dan dia berada berasa takut," kata Osman di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Justeru Osman berkata pihaknya mencadangkan supaya Saiful merujuk kepada hospital kerajaan dan membuat laporan polis.

Osman walau bagaimanapun berkata beliau memasukkan protoskop ke dalam dubur Saiful untuk memeriksa kecederaan.

Timbalan Pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden mengambil giliran menyoalbalas Osman dengan bertanyakan adakah sodomi berlaku sekiranya plastik dimasukkan ke dalam dubur, Osman berkata tidak.

Terdahulu Dr Osman ada memberitahu, Saiful telah mengadu kepadanya bahawa beliau merasa sakit di dalam lubang duburnya selama beberapa hari dan kelihatannya seperti ada bahan "plastik" dimasukkan.

Oleh itu, Yusof mendakwa Osman tidak bertanyakan soalan spesifik kepada Saiful tentang kejadian diliwat memandangkan beliau tidak berpengalaman tentang hal tersebut.

"Saya tanya sekiranya dia buasir, pendarahan dubur. Tapi saya tidak tanya apa telah terjadi," ujar beliau.

Kini giliran pakar forensik dan ahli patologi, Dr David Wells disoalbalas oleh peguambela Sankara Nair.

David berkata sepanjang kariernya beliau telah mengendalikan banyak kes tentang serangan seksual, penderaan kanak-kanak dan sebagainya.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini akan mendengar keterangan daripada Osman dan dua pakar patologi forensik, Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

Perbicaraan kes fitnah liwat dua ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memasuki hari kedua, akan menyaksikan ketiga-tiga mereka memberikan keterangan masing-masing.

Mereka sebelum ini telah bersama-sama pihak pembelaan sejak awal perbicaraan dan telah mendengar keterangan daripada pihak polis, doktor Hospital Kuala Lumpur dan ahli kimia.

Anwar semalam yang memilih untuk untuk membaca satu kenyataan dalam kandang tertuduh, mungkin juga terpaksa berhadapan pemeriksaan balas.

Lazimnya, keterangan dari kandang tertuduh oleh seseorang tertuduh tidak boleh diperiksa balas.

Walau bagaimanapun, Yusof memberitahu mahkamah, bahawa beliau "teringin sangat untuk memeriksa balas Anwar".

"Saya perlu mengkaji kes-kes yang lalu kerana saya teringin sangat untuk memeriksa balas Anwar, yang dalam pembelaannya semata-mata memberi kenyataan politik," kata Yusof.

Anwar, dalam kenyataan sepanjang 32 halaman semalam menafikan bahawa beliau mempunyai hubungan seks dengan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Fitnah Liwat II : Najib dan Isteri Disepina



KUALA LUMPUR 22 OGOS : Pasukan peguambela perbicaraan kes fitnah liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan mengemukakan notis sepina kepada tujuh orang saksi termasuk Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Antara lain termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

Peguambela Karpal Singh memaklumkan kepada media bahawa perintah mahkamah itu telah dikeluarkan Jumaat lalu.

Katanya pihaknya turut memohon sepina dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang dikenali sebagai 'Suliati'.

Najib dan Rosmah sebelum ini hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk ditemuramah pasukan pegumabela.

Pada sesi tersebut mereka menyatakan keengganan untuk memberi keterangan sebagai saksi dan perkara yang sama dilakukan oleh Musa dan Mohd Rodwan.

Karpal yakin kesemua mereka akan hadir ke mahkamah dan sekiranya enggan waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka.

Sementara itu, Anwar menyatakan keputusannya untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh adalah disebabkan ketidakyakinan beliau terhadap proses undang- undang akan berlangsung secara adil.

Katanya, integriti perbicaraan yang kini masuk ke peringkat membela diri masih dipertikaikan termasuk keputusan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah yang sering dilihat mengabaikan prosiding mahkamah.
"Saya harap hakim mempertimbangkan kerana ianya kenyataan utama. Saya melihat tidak ada sebab untuk berserah kepada sistem melainkan dikeluarkan secara paksa.

"Pandangan saya pada prosiding mahkamah, konspirasi oleh Perdana Menteri dan isteri, bukti yang diubahsuai dan penaklukan media. Jadi ianya jelas merupakan kelemahan warganegara terhadap kuasa pemerintah," ujar beliau kepada media.

Pada tahun 1998, peguam Anwar pernah membuat cubaan untuk membawa Tun Mahathir Mohamed yang memegang jawatan sebagai perdana menteri pada ketika itu ke mahkamah untuk memberi keterangan.

Walau bagaimanapun permintaan tersebut diketepikan oleh hakim sendiri dengan alasan bahawa Mahathir bukan seorang saksi yang penting.

Dalam pada itu, Pakar forensik dan ahli patologi, Dr David Wells dan pakar DNA, Dr Brian Mc Donald akan mengambil tempat di kandang saksi esok, memberi keterangan diikuti dengan doktor Hospital Pusrawi, Mohd Osman Abdul Hamid.

Mahkamah bersambung jam 9 pagi ini.