Yang Silap Pastinya Kita, Yang Benar Semuanya Dia.
![]() |
| Merah, Biru, Putih. Cantik!!! |
![]() |
| Merah, Biru, Putih. Cantik!!! |
Banjir Kedah sengaja dijadikan isu politik
Akhirnya kerana murka dan kecewa dengan nasib rakyat Kedah yang menjadi mangsa di dalam masalah banjir besar di negeri itu, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim tidak mampu membendung lagi perasaan baginda dengan permainan politik oleh golongan tertentu yang dilihat cuba memanipulasikan keadaan semasa untuk kemenangan atau kepentingan kelangsungan politik mereka sendiri.
Dalam lain perkataan, penulis mengagak tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih teruja dengan kemenangan berganda Barisan Nasional (BN) di Galas dan Batu Sapi telah melihat ’peluang’ yang ada dalam bencana banjir ini. Dengan menurut akal strategi kepartian dan nafsunya yang mungkin dangkal telah sengaja mempolitikkan masalah banjir besar yang melanda negeri Jelapang Padi negara itu.
Strategi Muhyiddin sengaja menuduh kerajaan negeri
Muhyiddin sebenarnya dilihat sengaja menggunakan apa sahaja peluang yang ada. Ini termasuklah kelewatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk mengadakan mesyuarat bencana peringkat tertinggi negeri hanya selepas lima hari banjir melanda negeri itu sebagai satu senjata politik dengan harapan rakyat Kedah ‘menyedari’ atau akan menuduh segala-galanya ke atas kerajaan PAS sebagai gagal bertindak.
Tidak dinafikan kelewatan Azizan memanggil mesyuarat merupakan satu tindakan yang boleh dipersoalkan ramai tetapi banyak perkara perlu dirujuk terlebih dahulu dengan beliau sendiri dan juga kekurangan pengalaman yang baru sahaja mentadbir negeri Kedah selama 2 tahun jika dibandingkan dengan BN yang sudah memerintah negeri itu sebelum tsunami 2008 yang melebihi 50 tahun.
Tetapi hakikatnya di sini ialah tanggungjawab bagi menyelia dan mengambil alih pengurusan bencana sebesar ini tidak terletak di tangan Azizan dan kerajaannya semata-mata atau teraju utama tetapi adalah satu tugas mutlak yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka yang diberikan tugas menjaga rakyat di peringkat kerajaan pusat yang termaktub dalam perjanjian pentadbiran Pusat-Negeri sejak dahulu lagi.
MKN adalah agensi pusat yang bertanggungjawab sepenuhnya
Dalam lain perkataan, mereka yang sepatutnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya ialah Muhyiddin sendiri selaku ‘Pemangku’ Perdana Menteri Malaysia yang secara automatik memangku jawatan ‘Pemangku’ Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN). Untuk makluman pembaca, urusan bencana sebegini secara zahirnya adalah tanggungjawab utama kepada kerajaan pusat yang dikawalselia melalui majlis tersebut.
MKN ditubuhkan dan operasinya ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Fokus pengurusan bencana adalah salah satu penumpuan MKN selain dari isu keselamatan siber, kesihatan (wabak), keselamatan angkasa, ancaman dan pengurusan pos-pengganas, isu raja berpelembagaan, pelbagai bentuk hanruh dan lain-lain lagi melibatkan kepentingan kenegaraan termasuklah pelaksanaan 1Malaysia. Di mana-mana negara sekalipun walaupun negara-negara tersebut mengamalkan kerajaan persekutuan atau federalisasi yang mengandungi kesatuan negeri-negeri seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, agensi pusat seperti Majlis Keselamatan Negara adalah agensi yang perlu tampil di hadapan dan memimpin sesiapa sahaja termasuklah kerajaan negeri (tidak kira politik) bagi membantu rakyat jelata yang dilanda musibah alam sekitar dan bencana.
Jika kita masih ingat lagi dahulu semasa musibah yang melanda penduduk di Lousiana, Alabama dan Florida akibat Taufan Katrina pada tahun 2005, anda mungkin teringat kegagalan Presiden George W. Bush ketika itu di dalam mengemudi jabatan bertanggungjawab mengenai bencana alam di negara itu yang mendapat perhatian media, birokrat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam negara itu dan juga seluruh dunia. Jabatan yang diletakkan di peringkat pusat itu yang dikenali sebagai Federal Emergency Management Agency (FEMA) itu adalah agensi kerajaan pusat sepertimana agensi-agensi kerajaan pusat di Amerika Syarikat yang anda pernah dengar iaitu FBI, CIA, US Marsyal, Secret Service dan macam-macam lagi melalui pengetahuan anda dan penonjolan dalam skrin layar hiburan Hollywood.
Ketika itu, bukannya para gabenor dari negara-negara itu yang dipersalahkan terlebih dahulu tetapi Presiden Bush sendiri yang dipersalahkan di atas kelembapannya bertindak membantu mangsa Katrina sepertimana beliau lembap menangani keadaan pos trauma pengeboman bangunan World Trade Centre di New York beberapa tahun sebelum itu. Gabenor-gabenor dan datuk bandar ketika itu terutamanya Datuk Bandar New Orleans sudah pun diketahui umum sebagai tidak mempunyai kemampuan yang diperlukan dari segi logistik, peruntukan kewangan kecemasan dan macam-macam lagi bagi mengemudi jentera bantuan bencana. Oleh itu, mereka tidak dipersalahkan sepenuhnya.
Oleh itu, keadaan ini juga adalah dikira sama dengan apa yang dialami oleh Azizan sendiri sebagai pemimpin negeri yang kurang berkemampuan dari segi pengalaman dan logistik. Saya yakin Azizan telah melakukan yang terbaik dengan mencari punca dana bagi menyediakan bantuan awal yang mungkin sehinggakan sukar mencari masa untuk mengadakan mesyuarat ’rasmi’. Azizan terlalu sibuk ke sana-sini untuk mengemudi apa sahaja logistik yang ada untuk membantu yang benar-benar memerlukan dan mampu diberikan.
Mesej titah Sultan Kedah kesal politik banjir dituju pada pusat?
Malah bagi mereka yang berakal di dalam membaca mesej Tuanku Abdul Halim yang turut menitahkan zakat negeri dikeluarkan sebanyak RM500,000 dengan kapasiti baginda sebagai ketua agama negeri bagi membantu mangsa. Malah, puteri baginda yang menjadi Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) juga mengeluarkan sumbangan YSB sebanyak RM200,000 untuk tujuan membantu mangsa banjir. Ini secara terus-terang menunjukkan kerajaan negeri memang tidak pernah diperuntukkan dengan begitu banyak wang kecemasan bencana kerana perjanjian persekutuan Malaysia telah memberikan tanggungjawab itu dikemudikan di peringkat pusat yakni MKN.
Saya yakin keadaan ini iaitu tiada peruntukan besar untuk bencana adalah jelas dan sama sahaja di dalam akaun mana-mana kerajaan negeri di negara ini. Namun, Azizan juga diyakini tertekan kerana kegagalan jentera pusat MKN yang sepatutnya membantu negeri itu. MKN mungkin juga sengaja melambatkan menunaikan tanggungjawab dan amanah rakyat kepada mereka untuk menyalurkan ratusan juta ringgit wang kecemasan, bekalan makanan simpanan dan logistik yang hebat semata-mata mencari peluang untuk sengaja mencari kelemahan musuh politik sesetengah pemimpin pusat.
Ini dengan jelasnya bagi mereka ini meletakkan kepentingan survival parti sendiri melebihi keperluan rakyat tidak kira fahaman politik yang sangat-sangat memerlukan bantuan yang sememangnya hak mereka untuk diberikan . Perlu diingatkan setiap tahun, JPM yang mempunyai banyak agensi yang dicipta khas dengan pelbagai sebab telah mendapat peruntukan besar termasuklah MKN sendiri. Malah, jumlah peruntukan kepada JPM dalam pengumuman bajet 2011 juga dilihat jauh lebih banyak daripada peruntukan bajet yang diumumkan oleh mana-mana kerajaan negeri di negara ini.
Saya yakin Azizan dan jenteranya juga sudah berjaya mengenalpasti masalah yang menyebabkan keadaan banjir memburuk di Kedah. Antara sebab utamanya ialah akibat daripada pembinaan landasan berkembar oleh MMC-Gamuda sepanjang negeri itu. Pembinaan tersebut telah menyebabkan saluran-saluran air banjir terganggu, tersumbat dan telah sempit dengan tanah dan sisa bahan binaan. Saluran sepatutnya membawa air banjir masuk ke kawasan sawah dan sungai-sungai berhampiran. Namun begitu, Datuk Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga ahli Parlimen Alor Setar akhirnya mengakui hakikat pembinaan ini antara punca utama.
Media nasional cara terbaik memanipulasi isu banjir
Berbalik semula kepada peranan pusat mengetuai pasukan kecemasan, Muhyiddin dilihat telah gagal sama sekali. Beliau tahu rakyat di negeri Kedah yang rata-ratanya berpendidikan rendah dan dengan menggunakan media massa nasional seperti berita di televisyen dan radio, Muhyiddin sengaja memburuk-burukkan kerajaan negeri sebagai gagal bertindak. Orang-orang kampung atau luar bandar ini yang majoriti masih menggunakan saluran media berkenaan untuk maklumat tidak mengetahui bahawa kesilapan sebenarnya datang dari agensi pusat. Saya yakin begitu ramai mangsa-mangsa banjir Kedah tidak tahu pun mengenai isu pentadbiran kecemasan seperti pengurusan bencana banjir ini adalah tanggungjawab pusat sepenuhnya melalui MKN. Maka, seperti biasa, Muhyiddin sengaja memanipulasikan rakyat Kedah yang tidak tahu mengenai kewujudan dan peranan MKN ini dengan menjuruskan kesemua masalah ke atas kerajaan pimpinan Azizan.
Namun begitu, saya yakin itu hanyalah helah dan agenda Muhyiddin sendiri semata-mata dan adalah silap sekali jika dilihat sebagai usaha sengaja dilakukan oleh pihak kerajaan BN. Cuba para pembaca sekalian bayangkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang sedang uzur terpaksa bingkas dari katil hospitalnya sendiri untuk mengemudi dan mengarahkan jentera pusat bagi membantu kerajaan negeri dan mangsa-mangsa banjir di negeri Kedah dan negeri-negeri lain yang terlibat seperti Perlis dan Kelantan tanpa mengira kawan atau lawan politik.
Perdana Menteri lebih telus membantu mangsa banjir
Usaha Najib nampak begitu ikhlas yang mungkin kerana melihat Muhyiddin yang sepatutnya melakukan yang terbaik mengenainya sebelum ini telah gagal gara-gara Muhyiddin menjadikan urusan pilihanraya kecil di Batu Sapi dan lawat-melawati rumah terbuka Deepavali parti-parti komponen BN untuk kepentingan politiknya sendiri walaupun banjir sudah pun bermula sejak tempoh kempen di Galas dan Batu Sapi baru bermula beberapa hari selepas hari penamaan calon. Oleh itu, apabila Muhyiddin berkata semalam dalam media akan melawat ke Kedah hari ini bagi meninjau masalah banjir, maka beliaulah yang gagal kerana lewat bertindak sepatutnya sebagai Pemangku Pengerusi MKN semasa ketiadaan Najib yang bercuti sakit.
Oleh itu amat penting sekali bagi kerajaan PAS negeri Kedah sekarang memberikan penerangan kepada rakyat jelata yang terlibat di dalam banjir ini bahawa kerajaan pusat telah gagal menyalurkan bantuan logistik dan bantuan kewangan kecemasan pusat yang sememangnya wujud selama ini untuk menangani masalah sebegini. Kerajaan pimpinan Azizan kena lebih bijak menangkis polemik manipulasi sebegini oleh Muhyiddin dan jangan biarkan mesej atau tuduhan Muhyiddin yang dimain-mainkan di corong radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM), siaran berita media televisyen milik kerajaan seperti RTM, Media Prima dan akhbar-akhbar kerajaan daripada menyiarkan tuduhan fitnah tidak bertanggungjawab kerajaan negeri yang dipimpin Azizan hari ini di dalam menguruskan bencana.
Mahu atau tidak mahu, political mileage Muhyiddin bagi meneruskan usaha manipulasi kotor menawan negeri Kedah semula dengan cara fitnah ini perlu diperjelaskan kepada rakyat terutamanya tentang perjanjian persekutuan-negeri dan kewujudan MKN sebagai agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya. PAS dan komponen-komponen Pakatan Rakyat(PR) perlu memberitahu rakyat sedaya-upaya mengenai wujudnya MKN yang seharusnya tampil paling ke hadapan menangani isu bencana seperti ini. Jika gagal berbuat demikian, minda rakyat Kedah akan mudah dimanipulasikan oleh media nasional yang mungkin berakhir kepada kekalahan PR pada PRU akan datang.
Masalah kelewatan bantuan pusat sebenarnya tidak patut dimanipulasi oleh Muhyiddin untuk kepentingannya. Ini kerana sejak beberapa dekad yang lalu terutamanya banjir besar dalam musim tengkujuh yang pernah melanda negeri-negeri Kelantan dan Terengganu (di bawah kerajaan PAS selepas PRU 1999), pihak MKN telah melakukan tugasan mereka yang baik bagi menyelia kerajaan negeri untuk membantu mangsa-mangsa banjir tanpa mengira siapa yang memerintah kerajaan negeri. Muhyiddin diharapkan faham fungsi menjadi kerajaan yang dipilih dan menjadi pemimpin parti adalah dua perkara yang berbeza. Sekiranya Muhyiddin masih gagal faham perbezaan di antara kedua-duanya, maka beliau adalah satu liabiliti kepada konsep pentadbiran Najib yang melihat ’era kerajaan lebih tahu daripada rakyat sudah berakhir’ dan menjunjung konsep pemisahan kuasa dalam perlembagaan negara.
Ini petunjuk masalah dalaman antara Najib-Muhyiddin
Jika anda sedar dari cubaan saya mengisahkan kegagalan Muhyiddin menangani isu banjir di Kedah yang dilakukan dengan sengaja untuk menjatuhkan musuh politik di sana dengan bantuan media di bawah cengkamannya tanpa menghiraukan keutamaan yang perlu diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat, Muhyiddin sewajarnya dilihat sebagai satu masalah kepada Najib. Malah difikirkan dalam isu pentadbiran negara, walaupun Najib yang sedang uzur terpaksa memaksa dirinya mengambil alih menguruskan masalah bencana yang berlaku, ini bermakna Najib tahu Muhyiddin telah gagal dan Najib terpaksa masuk campur sambil menahan rasa sakit bagi menyelesaikan masalah deadlock politik yang sengaja dicipta oleh Timbalannya itu dalam isu bencana ini.
Malah, saya yakin Najib mungkin lebih memahami maksud atau mesej titah Tuanku Abdul Halim yang kecewa dengan golongan politik tertentu yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat yang diperintah. Saya bolejh mentafsirkan titah tuanku sebagai ’kecewa’ dengan jentera pusat yang gagal mengetuai atau mengelola masalah bencana sepertimana yang sepatutnya oleh MKN bersama-sama dengan bantuan kerajaan negeri dengan meletakkan rakyat di hadapan melebihi kepentingan politik sempit. Atau dalam lain perkataan, apabila Najib masuk campur isu pentadbiran semasa cuti sakitnya, ini bermaksud Muhyiddin tidak dipercayainya. Maka mungkin ada benarnya hubungan Najib-Muhyiddin tidaklah semesra yang disangkakan. Jadi, apa pendapat atau pandangan anda sekarang?
Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com


BAGAN DATOH 6 Nov. - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menubuhkan sebuah pasukan khas bagi membantu mangsa banjir di Kedah dan Perlis.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain ATM, turut terlibat dalam pasukan khas itu ialah Polis Diraja Malaysia.
"Penubuhan pasukan khas ini merupakan tanggungjawab sosial bagi membantu mangsa yang terjejas teruk akibat banjir di kedua-dua negeri berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Koperasi Wanita Waja Bagan Datoh Berhad di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Kor Jurutera ATM telah dikerah untuk menjalankan kerja membaik pulih kemudahan awam yang rosak akibat banjir yang disifatkan terburuk itu.
Setakat ini, jelasnya, 200 anggota Rejimen Askar Wataniah telah bergerak membantu mangsa banjir terbabit.
"ATM turut membentuk sebuah lagi pasukan khas sebagai persediaan membantu mangsa banjir sekiranya bencana itu berlaku di Pahang dan Johor," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga bersedia membantu mangsa letusan Gunung Merapi di Yogyakarta, Indonesia sekiranya ada permintaan kerajaan negara itu.
Oleh http://sakmongkol.blogspot.com
Saya tak faham sikap masabodo pemimpin UMNO. Hanya kerana kita menang di Batu Sapi dan Galas, maka ramai pemimpin sudah mengistiharkan UMNO dan BN sudah pulih. Para penganalis pula menyatakan perkara yang serupa. BN sedang mara dan parti pembangkang kian luntur. Sabar dulu tuan tuan. Jangan biarkan kesukaan mengatasi
reality.
Kita menang di Batu Sapi, punca nya mudah di cari. Jutaan Ringgit di belanjakan, banyak pengundi yang ada IC baru mengambil bahagian. Yang berlaku di Batu Sapi adalah direct opposite yang berlaku di Galas.
Apa yang kita celebrate di Batu Sapi? Kita pilih seorang calun balu kepada mendiang AP yang dulu. Kita tak boleh diskaun undi simpati kepada makcik ini. Orang Bajau pun ramai tidak keluar mengundi. Yang berIC baru datang ‘ bersyusun susyun’ mengundi BN. Projek demi projek di istiharkan. Duit entah banyak mana.
Yang menjulang si datin ini bila menang ialah puteri2 UMNO. Penyokong parti dia sendiri mana? Saya rasa orang UMNO tak malu menjulang seorang pemenang yang tidak tahu berbahasa Melayu. Dalam bab ini, pahlawan2 nasionalis bahasa membisu pulak.
Di planet mana si Datin ni diami? Its not like Batu Sapi tu macam satu enclave kampung Cina seperti di desa Pulai Gua Musang. Saya harap, dia akan segera belajar bahasa Melayu. Kalau tak, apa dia nak buat dalam parlimen?
Apa nak buat, kalau BN sudah pilih makcik ni. Saya tidak dapat membayangkan apa dia nak cakap dalam parlimen nanti. Jika ini kualiti AP yang di tawarkan kepada rakyat, bagaimana kita boleh kata BN sudah di yakini kembali?
Tolong perhatikan kenaikan peratus meningkat PKR. Yong Tek Lee bekas CM Sabah pun tidak dapat mengatasi PKR. Apa yang di tunjukkan oleh perkara tersebut? Ia menunjukkan bahawa PKR boleh mencabar BN di Sabah.
Jadi, sebelum kita galak sangat mengonfirmkan Sabah FD untuk BN, elok kita slow sedikit. Parti pembangkang bukan melihat kepada menguasai Sabah atau Sarawak. Mereka berminat untuk mendapat tambahan kerusi parlimen. Sebab mereka tahu, itu kunci kepada peguasaan Putarajaya. Dato Najib menjerit kuat mana pun, jika kerusi parlimen UMNO dan BN berkurangan, orang lain akan tawan Putrajaya dan orang lain jadi PM.
Jadi, kemenangan Batu Sapi kepada saya, tidak ada bearing kepada politik akan datang di negara ini. Kemenangan Datin adalah localized issue.
Kemenangan BN di Galas lebih signifiken. Daripada minus kepada positif. Dari deficit kepada surplus yang melebihi majority yang di perolehi oleh arwah wakil rakyat yang terdahulu. Tapi ada kita dengar ucapan terima kasih dari UMNO kepada pengarah PRK Galas? Ku Li?
Tidak ada. Kerana setiap pemimpin UMNO takut pada bayang bayang sendiri. Mustapha Mohamad dan imam2 perang UMNO lain tidak pun mengucap tahniah kepada Ki Li. Sebab setiap mereka mahu menempa nama dalam kemenangan tersebut. Semua mahu claim mereka sudah banyak berbakti kepada UMNO.
UMNO menang Galas kerana 2 faktor besar. Pertama kerana ketokohan Ku Li. Kedua, kerana strateji kempen yang berlainan. Bukan baru, tapi berlainan.
Jadi jangan kita nak sandiwara kata ini petanda UMNO pulih. UMNO belum pulih jika jentera UMNO tidak mengobah cara kerja mereka. Saya berpendapat, jika di takdirkan UMNO jatuh tersungkur, ia akan mengambil masa yang lama untuk bangkit semula. Ini kerana, UMNO sekarang ini, tidak mempunyai budaya kesukarelawan. Budaya UMNO ialah ada duit abangku sayang, taka da duit, abang melayang.
Saya tidak mahu sebut starteji ini strateji charm offensive. PM Najib pun buat perkara yang serupa dengan walkabout nya. Dia jalan sana dan jalan sini. Tapi orang tidak pula membeli pendekatan PM secara meyeluruh dan jawapan kepada masaalah. Masih ada orang kata, ini cara buat buat. Kita jalan kat Petaling Street setahun sekali atau sekali dalam beberapa tahun. Lepas iti, semua di lupakan.
Pendekatan yang di lakukan oleh Ku Li di Galas ialah pendekatan memuliakan rakyat sebagai manusia. Manusia yang mempunyai harapan dan kegelisahan. Harapan yang menuntut di puaskan, kegelisahan yang menuntut di redakan. Kita engage pengundi sebagai manusia yang mahukan permuliaan. Dan cara kita lakukan, orang boleh membaca sama ada ianya ikhlas dan jujur.
KU LI dan jentera nya menghabiskan masa berjam jam lama nya berinteraksi dengan rakyat tanpa menunjukkan bosan dan letih. Rakyat appreciate pendekatan ini.
Jika UMNO hendak memulakan zaman kebangkitan ia mesti melihat kepada mengemukakan pimpinan yang kredibel dan cara kempen yang berlainan.
Balasubramaniam Perumal
1.Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK)
Kadar elaun naik Pengerusi ,Setiausaha JKKK
Pengerusi RM 450/ lama RM 350
Setiusaha RM 350 / lama RM 250
Peruntukkan JKKK RM 3.85 juta
2.Sukan dan Belia 2011
Sukan RM 3.95 juta
Belia RM 632,000
3.Wanita
Aktiviti wanita RM 800,000
4.Keselamatan
Penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) RM 1 juta
5.Kontraktor
Yuran pendaftaran kontraktor ePerolehan dikurangkan dari
RM 100 kepada RM 50
6.Bonus Saguhati Persekolahan
Bonus saguhati persekolahan RM 800 kepada kakitangan kerajaan
Kos ditanggung kerajaan RM 3 juta(KERAJAAN NEGERI ATAU KERAJAAN PERSEKUTUAN)??
6.Perumahan
Peruntukkan RM 13.5 juta untuk kerja-kerja menaiktaraf rumah awam kerajaan
7.Cleaner,Greener Penang
MPPP,MPSP beri diskaun 50% kepada lesen penjaja
8.Pendidikan
Hab pendidikan cemelang di Pondok Upeh dan Genting
Balik Pulau
Kawasan Seluas 201.4 ekar kos RM 165 juta
Pengambilan tanah sebanyak RM 44 juta 2011
Peruntukkan RM 12 juta kepada SAR,Sek.Jenis Kebangsaan Cina,Tamil dan Sekolah Mubaligh
9.Tabung Amanah Biasiswa Kecil Negeri
Pelajar miskin kadar dahulu
Ting. 1 – 3 RM 240 setahun
Ting. 4 – 5 RM 360 setahun
Pelajar miskin kadar baru
Ting. 1 – 3 RM 480 setahun
Ting. 4 – 5 RM 720 setahun
2008 – RM 625,444.00
2009 – RM 1,539,840.00
2010 – RM 1,652,160.00
10.Perpustakaan
Peruntukkan Perbadanan Perpustakaan Awam P.Pinang RM 7.5 juta 2011
11.Nilai Pelaburan P.Pinang
2010 – RM 2.25 bilion
2009 – RM 2.1 bilion
Target – RM 4.2 bilion 2010
4 target
LED ( light emiting diode)
Peralatan perubatan
Solar ,Fotoraltaik
Pelancongan perubatan
12.Pekerjaan
Peluang pekerjaan sebanyak 20,000 kekosongan pekerja di semua sektor
13.Pelancungan
Pelancungan –sumbang ekonomi ke 2 Pulau Pinang
2009 – 2.97 juta orang
2008 – 2.81 juta orang
2010 – Peningkatan 40 %.
Tapak Warisan – Peruntukkan RM 2.65 juta
14.Bukit Bendera
Penubuhan Perbadanan Bukit Bendera
Peruntukkan pembangunan – RM 8.6 juta 2011
Kerja-kerja naik taraf bukit bendera
Peruntukkan RM 63 juta menaik taraf keretapi Bukit Bendera 2011
Peruntukkan tambahan RM 5 juta untuk aktiviti-aktiviti promosi pelancungan dan galakan pelancungan
15.Infrastruktur
Peruntukkan RM 28.71 juta untuk 94 projek infrastruktur jalan
RM 10 juta – Projek pelebaran jalan dan menaik taraf jambatan di jalan Song Ban Kheng B.Mertajam
RM 27 juta - Projek kajian jalan Masjid Negeri (MPPP)
Peruntukkan (JKR) 2011 – RM 33.76 juta
16.Infrasktuktur Mega
1.Jambatan P.Pinang 2 – 24 km – RM 4.5 bilion
2.Landasan Berkembar Elektrik antara Ipoh – Padang Besar – Rm 12.5 bilion
3.Pembesaran pangkalan kontena Butterworth utara fasa 3 – dermaga kontena sepanjang 600 meter – RM 840 juta
4.PPSB dan syarikat swasta – Projek Centralized Tankage Facalities – RM 322 juta
Belum dilaksanakan Infrastruktur mega
Projek Capital Dredging – RM 352 juta – kerja kerja dalamkan selat utara dari paras 11 meter kepada 14.5 meter bagi laluan utama kapal-kapal
17.Airport
Peruntukkan pengambilan balik tanah-tanah yang terlibat untuk tujuan pembesaran lapangan terbang – RM 60 juta – 2011
18.Penang Transport Master Plan
Peruntukkan 2 juta – kajian pelan induk pengangkutan dan pengurusan lalu lintas negeri P.Pinang
19.Bas Shuttle Percuma (Rapid Penang)
Kos membiayai bas Shuttle dari Seberang Perai ke Bayan Lepas –
RM 600,000 untuk 6 bulan
19.Nelayan
Kurangkan 50% bayaran lesen perahu dan lesen menangkap ikan
Kerajaan hilang hasil sebanyak RM 65,000.00 setahun
Kehilangan itu kerajaan akan menampung sumber-sumber lain
20.Industri Akuakultur
Tanah seluas 240 hektar
Kampung Pasir Gebu ke Padang Benggali (Penaga)
Perternakan dan pembenihan specis ikan jenahak,bawal emas,haruan tasik dan siakap
21.Kebajikan
RM 100 untuk warga emas – 112,036 orang
RM 1000 waris warga emas meninggal – 777 orang
Miskin Tegar
Perbelanjaan pembasmian miskin tegar 2010 – RM 3.6 juta
Peruntukkan RM 20 juta untuk program penghargaan warga emas 2011
Bantuan Am – 18136 OKU – RM 3.5 juta
Peruntukkan RM 100 untuk OKU – RM 2.0 juta 2011
Peruntukkan RM 100 untuk ibu tunggal
22.Lapuran Ketua Audit Negara 2009
2008 – RM 88.02 juta
2009 – RM 77.34 juta
Akaun Hasil Disatukan RM 539 juta
Aset tertinggi dalam sejarah RM 1,102 juta
23.Sumbangan Bantuan Khas (duit raya)
Sumbangan RM 1.79 juta kepada 3593 orang
Sumbangan RM 349,000.00 kepada 1396 orang guru KAFA
24.Pembayaran Saguhati Persekolahan
2009 – RM 750 seorang – RM 2.7 juta
2010 – RM 800 seorang – RM 3 juta
25. Peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam sebanyak RM 63.21 juta untuk tahun 2011.
PERUNTUKKAN BAGET 2011
2011 – RM 385,326,170 juta hasil negeri
2010 – RM 345.92 juta
2009 – RM 376.51 juta