MANA YANG TAK MAHU DUIT...BAGI PADA KAMI...

Wang judi: Warga emas tolak fitnah Umno
Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH, 12 Okt: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.

Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.

Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal.

Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.

"Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.

Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.

"Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.

Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat.

"Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

Bagi Sambasivam (kanan) pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja.

Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.


KERJA KOSONG

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2. Dimaklumkan bahawa, pihak Majlis akan mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti dilampiran. Sehubungan itu, c ara-cara memohon adalah seperti berikut:-

CARA MEMOHON :

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ.BP 1/2002) yang dijual dengan harga RM5.00 sekeping di Kaunter Bahagian Sumber Manusia, MBPJ bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari bekerja mulai 5 Oktober 2010 atau mengemukakan satu sampul surat bersaiz 32sm X 23sm yang beralamat sendiri, bersetem 60 sen dan Wang Pos RM5.00 di atas nama Datuk Bandar MBPJ. Borang juga boleh dimuat turun dari Laman Web MBPJ ( www.mbpj.gov.my ). Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan :-

(a) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.

(b) Salinan Sijil-sijil Persekolahan.

(c) Salinan Kelulusan Akademik (sila sertakan surat pengesahan

pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara – ( jika yang

berkenaan)

(d) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester -( jika yang

berkenaan)

(e) Sekeping gambar ukuran pasport (Warna).

(f) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri

sampul surat permohonan.

PERHATIAN :

Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab “A” dan pastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama.

PENTING :

(a) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak .

(b) Permohonan yang lewat akan ditolak.

(c) Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga .

(d) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6

bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya .

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:-

DATUK BANDAR,

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA,

JALAN YONG SHOOK LIN,

46675 PETALING JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN.

(u.p. : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 18HB OKTOBER 2010 (ISNIN)

3. Sila hebahkan dan pamerkan di Papan Kenyataan Jabatan/Bahagian tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

TP(SM)


HATI-HATI JIKA MENERIMA KEMASUKAN MEREKA.?

Lebih ramai ahli Gerakan akan sertai Pakatan, PCM
Susan Loone
Okt 12, 10
3:22pm
Kongsi 0
Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Gerakan Pulau Pinang yang berakhir Ahad lalu dilihat masih belum meredakan krisis kepimpinan parti itu. Ia berikutan beberapa bahagian yang tidak berpuas hati, mengugut untuk menyertai parti lawan.

Menurut bekas naib presiden Gerakan, Huan Cheng Guan, parti yang baru ditubuhkannya, Parti Cinta Malaysia (PCM) telah didatangi oleh beberapa ahli Gerakan yang bercadang membubarkan bahagian mereka kerana tidak berpuas hati dengan keputusan EGM berkenaan.

EGM pada 10 Oktober lalu memutuskan bahawa lebih separuh daripada 322 perwakilan yang mengundi menyokong Datuk Dr Teng Hock Nan kekal sebagai ketua Gerakan Pulau Pinang. Beliau menang dengan kelebihan 29 undi, manakala 145 perwakilan mahu Teng dilucutkan jawatannya. Terdapat satu undi rosak.

Di sebalik kemenangan Teng, ada perwakilan yang berpendapat rasa tidak puas hati terhadap mereka yang mahu beliau dipecat diberikan tumpuan khas agara pembaharuan dapat dilakukan.

Huan yang sekarang ini adalah naib presiden PCM berkata beberapa pemimpin peringkat bahagian dan cawangan juga telah menyatakan minat mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat atau PCM.

Antara mereka, dakwanya adalah Kebun Sireh yang bercadang membubarkan bahagiannya bagi membolehkan ahlinya menyertai PKR manakala ahli bahagian Bukit Tengah pula dikatakan berminat menyerati DAP.

"Lebih banyak bahagian akan mengambil tindakan yang sama dan membubarkan bahagian masing-masing dan anggota mereka akan menyertai PCM. Orang yang patut dipersalahkan ialah diri Teng sendiri, kerana mengamalkan politik berpuak-puak,” Kata Huan.

Ketika dihubungi, ketua bahagian Kebun Sireh, Sim Chooi Kung mengesahkan anggota bahagiannya bercadang meninggalkan Gerakan kerana tidak berpuas hati Teng kekal ketua parti itu meskipun mereka mengundi menentangnya.

Menurut Sim, anggota Kebun Sireh yang dianggarkan berjumlah 250, bebas menyertai mana-mana parti tetapi kebanyakan mereka memilih PKR, meskipun parti itu tidak mempunyai bahagian di kawasan itu.

“Kami bercadang letak jawatan beramai-ramai dan menubuhkan bahagian PKR yang baru. Ahli akan bermesyuarat minggu ini sebelum kami mengumumkan keputusan rasmi,” katanya.

Ketua bahagian Bukit Tengah Lee Nam Sim pula keberatan untuk mendedahkan rancangan pembubaran bahagian itu tetapi memberitahu mereka akan bermesyuarat dalam sehari dua ini bagi membincangkan tindakan susulan.

"Selepas berbincang, kita akan membuat keputusan rasmi,” kata Lee.

Sementara itu, Teng berkata beliau tidak mempunyai maklumat berhubung desas desus ada bahagian yang mahu meninggalkan Gerakan berikutan EGM berkenaan.

"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Saya juga tidak akan memanggil untuk bertanyakan mengapa mereka mahu meninggalkan Gerakan. Kita akan lihat apa yang terjadi selepas ini,” katanya ketika dihubungi.

Adalah dipercayai ketua bahagian Kepala Batas Gerakan Jeffrey Beh meletakkan jawatannya hari ini bersama 300 penyokongnya.

[Baca berita penuh]

Tanam semula: Ahmad guris perasaan peneroka


Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Datuk Ahmad Maslan diminta menghentikan segera pembohongan dan dolak dalik berhubung isu Felda khususnya wang tanam semula kepada peneroka persendirian.

Gesaan itu dibuat Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman merujuk kepada beberapa kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang dianggap bukan sahaja cuba memperbodoh peneroka malah tidak wajar keluar dari mulut seorang menteri.

Antaranya kenyataan Ahmad yang mendakwa kebun peneroka tanam sendiri menjadi hutan, penuh dengan babi, ular sawa, tikus dan kumbang.

Beliau juga mendakwa wang tanam semula RM17,000 diguna peneroka membeli motor, kereta dan membaiki rumah.

"Saya gesa beliau menarik balik kenyataan yang mengguris perasaan lebih 14,00 peneroka sawit yang mengurus kebun mereka secara persendirian dengan kadar segera.

"Jika tidak, laporan polis besar-besaran akan di buat di seluruh negara," kata Mazlan pada sidang media di parlimen hari ini.

Hadir sama pada sidang media tersebut, wakil-wakil peneroka yang menanam sendiri dan bekas kakitangan yang bekerja hampir 30 tahun Felda.

Selain itu beliau turut mempersoal adakah Felda memberi kebebasan kepada peneroka untuk mengurus kebun secara persendirian, sedangkan pada masa yang sama Felda juga mengeluarkan pekeliling melarang peneroka berbuat demikian.

"Kalau tiada paksaan, kenapa Felda mengeluarkan pekeliling mengugut peneroka agar mencabut anak sawit yang telah ditanam secara persendirian?" soalnya.

Menurutnya lagi, terdapat peneroka yang telah menanam sendiri hampir 10 tahun, namun wang tanam semula yang dijanjikan Felda tidak diperolehi.

Sehubungan itu, beliau juga mendesak Ahmad dan Felda jangan berdolak dalik, sebaliknya menjelaskan bayaran wang tanam semula dalam masa tiga bulan.

"3,000 peneroka di Pahang sekarang ini masih lagi menunggu wang tanam semula mereka.

"Jika gagal berbuat demikian, Anak akan atur rombongan peneroka setiap minggu ke Ibu Pejabat Felda di jalan Semarak setiap minggu," katanya lagi.

Kumpulan pertama yang akan dihantar adalah dari Felda Gugusan Sungai Dusun Ulu Selangor yang dijanjikan wang tanam semula oleh Felda pada pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

"Jika tidak dapat wang tanam semula, peneroka tidak teragak-agak membawanya ke mahkamah.

"Peneroka pilih mahkamah sebab itu jalan terakhir setelah perundingan dibuat begitu lama namun Felda belum bayar," jelasnya.

PIKET HAK PEKERJA


1 Oktober 2010

Kepada

Pengarang/Penyelia

Media & Badan Penyiaran

Piket SERENTAK DI 7 TEMPAT : Membantah pinDAAN TERBURUK AKTA PEKERJAAN

Kerajaan bercadang membuat pindaan terhadap tiga undang-undang pekerjaan iaitu Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Kerajaan bercadang membuat pindaan ini disesi Parlimen yang telah bermula pada 11 Oktober 2010.


Justeru itu, Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) akan membuat siri piket pertama selepas waktu bekerja pada 12/10/2010, jam 5.30petang seperti di tempat-tempat berikut:

No

Tempat Piket

No. Untuk dihubungi

1.

Di Hadapan Petronas, Semenyih , Selangor

016-3245550

2.

Di Hadapan Pasaraya Warta, Bangi, Selangor

012-6045807

3.

Bas Stop Simpang Balak, Balakong, Selangor

013-6075542

4.

Seksyen 15, Shah Alam, Selangor

016-6798005

5

Di Hadapan Kilang Belton, Sungai Siput, Perak

012-5061357

6.

Station Bas, Jalan Utama, Tasek, Ipoh, Perak

0165587144

7.

Bayan Lepas FTZ, di jalan seberang Kilang Robert Bosch

0163337678

Untuk maklumat pihak media, pindaan-pindaan yang dicadangkan oleh KSM adalah paling teruk dalam sejarah pekerja di Malaysia. Oleh yang demikian, kami amat berharap agar pihak media akan hadir bersama untuk memberi liputan serta menyebarkan penganiyaan yang berlaku kepada pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara kita.

Untuk sebarang maklumat sila hubungi Parames di talian 019-2612269.

Sekian. Terima Kasih

Yang benar,


S. Arutchelvan

Setiausaha Agung PSM

(019-2537791)

Pemuda bidas MCA dan BN, apa masalah PAS jadi kapten Pakatan


October 11, 2010

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Dewan Pemuda PAS membidas pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Presiden MCA yang cuba memberi gambaran salah khususnya kepada masyarakat Cina berkenaan kemungkinan yang bakal berlaku jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara.

Sehubungan itu, Ketua Penerangannya Suhaizan Kaiat berkata, persoalan sekarang apa masalah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan pemimpin BN yang lain jika PAS menjadi “kapten PR” satu hari nanti.

“Semasa berucap dalam Perhimpunan Agung MCA kali ke-57 semalam beliau telah menyatakan bahawa jika PR memerintah, maka PAS akan menjadi kaptennya.

“PAS akan membawa dasar-dasar autokratik dan kembali kepada perjuangan asalnya. Ucapan ini disampaikan di hadapan Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi BN serta para pewakilan MCA seluruh negara,” kata beliau sambil menekankan bahawa dasar PAS adalah Islam.

“Semenjak ditubuhkan 59 tahun dahulu hingga ke hari ini dasar PAS tidak pernah berubah,” katanya mengulas kenyataan pemimpin-pemimpin BN semalam secara terbuka menzahirkan isyarat bahaya di kalangan pengundi Cina dengan menegaskan sebarang sokongan kepada PR hanya akan membuka ruang kepada PAS mengepalai ikatan muda itu.

Dr Chua memberi amaran, meskipun PAS memperlihatkan kesederhanaan parti Islam itu pasti tidak akan mengetepikan “pendirian autokratik Islam” jika PR menguasai Putrajaya.

“Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten.

“PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang,” tegas Dr Chua.

Pada perhimpunan MCA semalam, Datuk Seri Najib Razak menyertai Dr Chua dengan memberi amaran kepada pengundi Cina bahawa tidak mungkin PAS akan mengubah pendiriannya.

“Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina,” kata Najib.

Justeru tegas Suhaizan, Islam adalah agama universal dengan kebaikan yang dibawa oleh Islam adalah untuk seluruh manusia tidak kira agama mahupun bangsa.

“Buktinya sekitar kampung Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sendiri di Batu Pahat, masyarakat Cina boleh tinggal dengan selamat dan berniaga bersama orang Melayu yang beragama Islam.

“Bilangan masyarakat Cina tidak sampai 10 peratus di perkampungan tersebut tetapi mereka boleh hidup selesa.

“Islam menjamin keselamatan semua umat manusia. Jika terdapat kelemahan bukanlah disebabkan oleh Islam tetapi disebabkan oleh penganutnya yang tidak melaksanakan Islam yang sebenar.

Beliau juga menyoal berapa ramai orang Cina di Kelantan, Kedah dan Terengganu yang tertindas semasa pemerintahan PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Altenatif dan PR dari 1990 hingga sekarang.

“Jika Islam itu zalim, maka PAS sudah menindas masyarakat bukan Islam sejak 1990.

“Jika Islam itu tidak bertamadun, maka sudah beribu orang bukan Islam yang dibunuh oleh PAS.

“Islam melarang memaksa orang lain untuk menganut agama Islam. Hak memilih agama adalah hak masing-masing,” kata beliau sambil menambah agama bukan untuk ikut-ikutan tetapi diikat dengan keyakinan teguh dalam hati yang ikhlas.

Katanya, Dr. Chua pernah menjadi Exco Kanan Kerajaan Negeri Johor, Ahli Parlimen Labis dan Pengerusi MCA Batu Pahat.

“Sudah tentunya beliau mendapat gambaran Islam daripada daripada Tan Sri Muhyidin bin Mohammad Yassin (Timbalan Perdana Menteri), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Dalam Negeri) dan Datuk Abd. Ghani Othman (Menteri Besar Johor).

“Saya kira Datuk Seri Dr Chua belum mendapat gambaran Islam sebenar daripada PAS khususnya PAS Johor.

“Saya mencadangkan kepada beliau agar mendapatkan maklumat Islam sebenar daripada anak-anak Johor seperti Datuk Mahfoz Muhammad (Pesuruhjaya PAS Johor), Sallehuddin Ayub (Naib Presiden PAS) dan Mazlan Aliman (ahli jawatankuasa kerja PAS pusat) dan lain-lain lagi. Mungkin adalah lebih mudah berbicara tentang Islam yang sebenar sesama anak Johor sendiri,” katanya.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, kata Suhaizan, PAS tidak mampu menggubal sebarang undang-undang Islam jika rakyat tidak menyetujuinya.

Katanya, PAS mengambil pendekatan mendidik terlebih dahulu terhadap prinsip-prinsip keadilan yang terdapat dalam Islam kepada seluruh rakyat Malaysia.

“PAS yakin suatu masa nanti rakyat Malaysia akan terbuka hatinya untuk menerima undang-undang Islam.

“Hati manusia sama ada yang beragama Islam atau sebaliknya adalah milik Allah S.W.T. Dialah yang membuka hati atau menutup hati rakyat Malaysia. PAS berserah sahaja kepada Allah S.W.T setelah berusaha mendidik rakyat memahami keadilan dalam Islam,” katanya lagi.

Katanya, Islam menentang perkauman sempit selain melarang umatnya berlaku zalim dan menafikan hak orang bukan Islam.

“Umno adalah parti perkauman. Datuk Seri Dr. Chua, jangan mengambil contoh pegangan agama Islam daripada Umno,” katanya.

Menurutnya, sebahagian besar pemimpin Umno gagal menunjukkan ciri-ciri Muslim yang sebenar.

“Sebelah tangan memegang Islam sementara sebelah tangan lagi menerima rasuah. Dalam Islam tidak boleh bercampur antara yang baik dengan yang jahat.

“Parti perkauman seperti Umno tiada panduan yang jelas tetapi PAS jadikan al-Quran dan kehidupan Nabi Muhammad sebagai panduan yang jelas.

“Ini termaktub dalam perlembagaan PAS. Tidak ada satu ayat al-Quran yang menindas orang bukan Islam,” kata beliau sambil mencabar agar Dr. Chua terjumpa satu ayat al-Quran yang menindas orang bukan Islam sila kemukakan dengan segera.

“Dalam Islam tiada halangan bagi orang bukan Islam melaksanakan ibadat dan amalan masing-masing seperti meminum arak, memakan daging kinzir dan lain-lain.

“Pernahkah Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek melihat orang alim yang melarang penjualan daging khinzir kepada masyaraka Cina di kampung-kampung sekitar Batu Pahat.

“Mereka bebas melakukan aktiviti perniagaan ini. Itulah ajaran Islam sebenar. Islam hanya melarang penjualan barang terlarang seperti arak dan daging khinzir kepada orang Islam sahaja,” katanya.

Hotel, bar antara lokasi remaja perempuan tidak boleh bekerj

a

October 11, 2010

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Remaja perempuan tidak lagi dibenarkan bekerja di hotel, bar, restoran, rumah penginapan dan kelab, kecuali yang dimiliki keluarga sendiri apabila Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 diwartakan kelak.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam berkata perkara itu merupakan sebahagian daripada garis panduan pekerjaan yang boleh dan tidak boleh disertai oleh kanak-kanak dan orang muda bagi mengelakkan mereka dieksploitasi dari aspek keselamatan dan kesihatan serta memastikan moral mereka terus terpelihara.

“Jika kanak-kanak dan anak muda itu mahu bekerja selain daripada dalam lingkungan pekerjaan yang ditetapkan, mereka perlulah mendapatkan kelulusan daripada Pengarah Jabatan Tenaga Kerja terlebih dahulu,” katanya ketika membentangkan Rang undang-undang tersebut pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Katanya kanak-kanak dan orang muda tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja yang membahayakan kesihatan, nyawa dan moral seperti bekerja di bawah tanah atau perusahaan yang bertentangan dengan Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Bekalan Elektrik 1990 seperti mengendalikan mesin dan alatan elektrik.

Beliau berkata pindaan tersebut juga akan memberi fokus kepada kawalan penggajian supaya tidak mengganggu pendidikan mereka.

Antara peruntukan yang terlibat dalam pindaaan ialah Seksyen 1(a) iaitu meminda takrifan kanak-kanak dengan menaikkan had umur dari belum genap 14 tahun kepada belum genap 15 tahun, serta takrifan orang muda daripada belum genap 16 tahun kepada belum genap 18 tahun.

Dr Subramaniam berkata ia perlu bagi memperluaskan had perlindungan kedua-dua golongan itu seperti yang diperuntukkan dalam Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa nombor 138 berkenaan umur minimum bagi penggajian. – Bernama

Retreat’ MP PAS janjikan isu gegar Parlimen hadapi PRU-13

Retreat’ MP PAS janjikan isu gegar Parlimen hadapi PRU-13

October 11, 2010
Dr Dzulkefly: Kami bersiap sedia untuk menghadapi debat yang besar, ketika ramai meramalkan sesi Parlimen ini adalah yang terakhir.
KUALA LUMPUR, 11 Okt — Ahli-ahli Parlimen PAS mengakhiri sesi ‘retreat’ tiga hari kelmarin — julung kali diadakan membabitkan wakil-wakil rakyat parti Islam itu, menjanjikan akan membawa sekitar enam isu baru untuk menggegarkan sesi Dewan Rakyat bersidang semula mulai hari ini.

Ia juga dilihat sebagai persiapan komponen Pakatan Rakyat (PR) menghadapi pilihan raya negeri Sarawak dan umum — disebut-sebut sama ada akan diadakan berasingan ataupun serentak awal tahun depan.

Sambil menjanjikan beberapa “kejutan” isu pada sesi kali ini, yang akan berlangsung selama 43 hari, beberapa wakil rakyat yang dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan mereka telah membincangkan sejumlah isu secara menyeluruh dan meliputi semua bidang khususnya ekonomi.

Ahli Parlimen Kuala Selangor PAS Dr Dzulkefly Ahmad yang bertindak sebagai pengarah ‘retreat’ sulung ini, yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara memberitahu, pihaknya membuat persiapan rapi memandangkan pelbagai pihak mendakwa Bajet 2011 adalah belanjwan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13.

Sesi itu dihadiri kesemua 23 Ahli Parlimen PAS.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, Jumaat ini.

Pada ‘retreat’ ini, ahli-ahli Parlimen PAS turut diberikan taklimat oleh beberapa penganalisis politik dan ekonomi, membentangkan senario politik dan ekonomi yang berkaitan dengan dasar-dasar pentadbiran Najib.

“Kami bersiap sedia untuk menghadapi debat yang besar, ketika ramai meramalkan sesi Parlimen ini adalah yang terakhir, walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju (dengan pandangan ini), dan dengan meramalkan ini sebagai bajet pilihan raya, kami perlu bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13,” katanya lagi.

“Sesi ini, selain sesi bajet, juga didedahkan dengn Rancangan Malaysia Ke-10, program ETP dan Model Baru Ekonomi, EPP dan BIZ Ops... banyak sitilah besar,” kata beliau.

Oleh itu, PAS menghimpunkan input semua pihak pada sesi yang diaturkan secara kebetulan ketika bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas, kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini.

“Kami berdepan dengan cabaran perbahasan dengan akan adanya Bajet 2011 dan beberapa rang undang-undang yang telah diaturkan (oleh Parlimen),” kata bekas pengarah unit penyelidikan PAS ini kepada The Malaysian Insider.

“Ini memerlukan persiapan yang rapi dan persefahaman dan perkongsian maklumat di kalangan Ahli Parlimen kami,” kata beliau sambil menambah, PAS “sebagai parti yang bertanggungjawab mahu memastikan penyertaan yang aktif dalam perbahasan kali ini.”

Mesyuarat ketiga penggal ketiga Parlimen ke-12 akan berlangsung sehingga 15 Disember.

Baru-baru ini, Najib ketika berucap pada Perundingan Bajet 2011 menyifatkan Bajet 2011 sebagai yang akan menetapkan rentak transformasi ekonomi ke arah ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Persidangan kali ini juga bakal menyaksikan beberapa lagi rang undang-undang yang dikemukakan untuk bacaan kali pertama pada sesi lepas dibentangkan termasuk Rang Undang-Undang Perbadanan Stadium Malaysia 2010, Rang Undang-Undang Lembaga

Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2010; Rang Undang-Undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010, Rang Undang-Undang Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010 dan Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009.

Selain itu, dua rang undang-undang yang ditangguhkan pada Jun lepas iaitu Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 dan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2010 turut disenaraikan untuk pembentangan pada persidangan kali ini.

Secara keseluruhan, komposisi Dewan Rakyat terdiri daripada 137 Barisan Nasional, 77 wakil Pakatan Rakyat dan lapan Bebas.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, pihaknya mahu menyediakan ahli-ahli Parlimen parti itu membuat persiapan yang tersusun agar kelihatan berkesan apabila membangkitkan isu dalam Parlimen.

“Kita telah sampai ke satu tahap politik dengan spekulasi bahawa ini (kemungkinan) penggal dan sesi menyuarat akhir sebelum pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Justeru jelas beliau, sesi pemukiman kali ini muncul penting bagi menyediakan wakil rakyat PAS tampil dalam sesi perbahasan dengan isu-isu secara lebih efektif menyentuh semua aspek kehidupan rakyat.

“Kami membincangkan semua isu sama ada politik, ekonomi dan juga sosial,” katanya.

Ketika ditanya sama ada boleh mengharapkan kejutan, Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata: “Sudah tentu ada kejutan, tetapi belum sampai masa (untuk didedahkan sekarang).”

Rakan sejawatannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya menjangkakan lima hingga enam isu baru akan dibawa ke sidang Parlimen kali ini.

“Ya, retreat ini memang baru, kita adakan selama tiga hari... dulu kami biasanya adakan perbincangan peringkat pramajlis sahaja, dalam waktu yang singkat.

“Kami ambil langkah ini kerana mahu menaikkan martabat mutu perbahasan, yang lebih baik dan mantap,” katanya sambil menambah:

“Kami hendak membawa satu bentuk perbahasan yang lebih dinamik supaya rakyat faham isu-isu yang muncul, misalnya bercakap mengenai ETP dan Model Baru Ekonomi, rakyat tidak faham apa isunya.”

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pokok Sena ini menolak bahawa sesi ‘retreat’ kali ini ada kaitan dengan usaha awal PAS membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Kita tidak tahu bila pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan, tetapi jika pilihan raya negeri Sarawak tidak diadakan awal, kemungkinan pilihan raya negeri Sarawak dan umum akan diadakan serentak antara bulan Mac dan Jun tahun depan,” kata Mahfuz.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Datuk Halim Abdul Rahman tidak menolak pihaknya akan menyentuh soal komponen nilai-nilai Islam dalam pembangunan ekonomi demostik.

“Bercakap mengenai soal ETP, kita tidak faham... nampaknya ia lemah dan tidak berdasarkan pada model yang jelas,” kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa ini yang turut mengakui bahawa pihaknya akan menyentuh soal ekonomi secara efektif dan menyeluruh agar ia memenuhi rakyat pelbagai kaum.

Katanya, langkah ini penting memandangkan PAS kini sudah dilihat sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan semua kaum.

“Ini persepsi semasa, jadi kami mengadakan perbincangan untuk membawa isu-isu yang menyentuh rakyat semua kaum dan masyarakat,” katanya yang membayangkan isu ekonomi dan jenayah akan menjadi fokus.

Sambil mengakui pertemuan ini sebagai julung kali paling lama diadakan membabitkan Ahli Parlimen PAS, bekas setiausaha agungnya Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, pihaknya juga menyentuh isu rancangan pembangunan Kampung Baru.

“Pertemuan ini salah satu langkah persiapan kami menghadapi pilihan raya, banyak isu yang kami timbulkan kali ini,” kata anggota Dewan Rakyat dari Tumpat ini.

Pilihan raya kecil: PKR akan tanding wakili Pakatan di Batu Sapi

Pilihan raya kecil: PKR akan tanding wakili Pakatan di Batu Sapi

October 10, 2010
Fuziah berkata kerusi Batu Sapi akan ditandingi oleh wakil PKR. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 10 Okt — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menurunkan calonnya mewakili Pakatan Rakyat (PR) jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanggil pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah meskipun tiada wakil diletakkan dua tahun lalu.

Pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan Batu Sapi yang mempunyai 26,000 pengundi, yang terletak di sebelah timur Sabah, merupakan pilihan raya kecil yang ke-13 sejak 8 Mac 2008.

PR hanya memenangi satu daripada 25 kerusi Parlimen ditandingkan di Sabah pada 2008.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, berdasarkan persetujuan PR kerusi itu diperuntukkan kepada parti itu tetapi tidak dapat meletakkan calon kerana sebab-sebab tertentu.

“Memang ia kerusi PKR, diperuntukkan kepada kami tetapi calon tidak dapat diletakkan.

“Oleh itu, PKR akan membuat persiapan untuk bertanding di Batu Sapi (apabila diadakan pilihan raya kecil nanti),” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, PR Sabah yang dijadual bermesyuarat hari ini dijangka menyentuh isu berkenaan.

“Kami sudah memberi fokus mengenai soal persediaan, dan mesyuarat Pakatan Sabah esok (hari ini) akan membincangkan persiapan,” katanya lagi.

Perkara tersebut juga dijangka akan disentuh pada mesyuarat PR pusat Rabu ini.

“Soal siapa yang akan bertanding, kami akan membincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rabu ini,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.

SPR akan mengadakan mesyuarat khas sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat.

Kerusi itu kosong ekoran kematian Ahli Parlimen Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah (kiri) akibat kemalangan jalan raya semalam.

Chong, 54, yang juga Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah, meninggal dunia apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Sembulan-Tanjung Aru.

Pada pilihan raya umum lalu, Chong menewaskan calon Bebas Ching Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Ching mendapat 5,771 undi. Enam tahun lalu, beliau menang tanpa dicabar.

Kerusi Parlimen Batu Sapi mempunyai sekitar 26,000 pengundi dengan mengikut peratusan kaum, pengundi Melayu dianggarkan 32 peratus, Cina (38 peratus), India (0.5 peratus), Bumiputera Sabah (26 peratus), Bumiputera Sarawak (0.5 peratus) dan lain-lain (2.6 peratus).

Walaupun PKR tidak meletakkan calon di peringkat Parlimen, wakilnnya telah bersaing di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri dalam bahagian Parlimen Batu Sapi pada 8 Mac 2008.

Di DUN Sekong, dengan jumlah pengundi 11,308 orang pada 8 Mac 2008, kerusi itu dimenangi oleh Datuk Shamsuddin Yahya dari BN dengan memperoleh 4,271 undi berbanding calon PKR Datuk Nahalan Damsal (2,082) manakala Mansor Mursalim (Bersekutu) (242).

Dalam pada itu, kerusi DUN Karamunting dengan 14,696 pengundi pula dimenangi oleh Peter Pang En Yin (BN) (5,171) yang mengatasi Sak Cheong Yu (Bebas) (1,455), Tan Shu Tee (PKR) (452) dan Chok Kon Tack (DAP) (1,809).

DUN Sekong mempunyai 38 peratus pengundi Melayu, Cina (18 peratus), India (0.5 peratus), Bumiputera Sabah (38 peratus), Bumiputera Sarawak (0.5 peratus) dan lain-lain (3.8 peratus).

Sementara Karamunting pula terdiri daripada 28 peratus pengundi Melayu, Cina (52 peratus), India (0.4 peratus), Bumiputera Sabah (17 peratus), Bumiputera Sarawak (0.7 peratus) dan lain-lain (1.7 peratus).

Kini BN memiliki 22 kerusi Parlimen selepas dua wakil rakyatnya dari Parti Maju Sabah bertindak sebagai anggota Bebas akhir 2008.

BETUL KE NIE.....Felda berisiko jika BN kehilangan kuasa, memberi amaran Yusof Nor

Felda berisiko jika BN kehilangan kuasa, memberi amaran Yusof Nor
Dengan Yow Hong Chieh
9 Oktober 2010

KUALA LUMPUR, Oct 9 - Tidak ada jaminan bahawa Felda atau syarikat tujuan pemberantasan kemiskinan akan bertahan akibat perubahan kerajaan, ketua Tan Sri Mohd Yusof Noor amaran hari ini.

Amaran di belakang tuntutan oleh Pakatan Rakyat (PR) pembuat undang-undang yang khas keatas badan telah berkurangan dan digunakan untuk kegiatan tidak sesuai dengan tujuan-tujuannya.

"Jika struktur yang ada disemak, kelangsungan hidup yang disokong oleh Felda tidak dapat dijamin," katanya kepada wartawan selepas pertemuan sekitar 700 penduduk di Balai Felda sini.

Sementara penduduk yang ada tidak lagi miskin dan tak bertanah seperti dahulu, Felda harus menjaga ke "agenda terus-menerus" untuk mencari cara-cara untuk membantu generasi berikutnya, Yusof menjelaskan.

"Jika ayah tidak lagi miskin, kita tidak ingin anaknya menjadi miskin," katanya, menunjukkan bahawa Felda sekarang harus bersaing dengan negara-negara membual lebih banyak tanah, tanah yang lebih baik dan tenaga kerja lebih murah.

Yusof menyalahkan "pihak-pihak tertentu" untuk menggunakan penduduk lembaga untuk cita-cita politik lebih banyak datang waktu pemilihan, memberi amaran bahawa kebimbangan jangka pendek seperti itu boleh mengancam kesejahteraan penduduk.

"Mereka (para pihak) mungkin mempunyai agenda lima tahun ... Agenda lima tahun merupakan agenda pilihan raya.

"Mereka berharap untuk mempengaruhi suatu kumpulan (penduduk) untuk menuai keuntungan untuk lima tahun akan datang," katanya, dalam sebuah rujukan jelas ke PR.

Yusof menekankan bahawa baik Felda dan kerajaan persekutuan, sebaliknya, membuat rencana jangka panjang dengan kepentingan penduduk 'terbaik di hati, tanpa memperhatikan pilihanraya umum yang datang sekitar sekali dalam tempoh lima tahun.

pihak PR seperti PAS telah mengambil keuntungan dari ketidakbahagiaan di pemukiman Felda dan telah berkempen dalam beberapa bulan terakhir untuk menyatukan penduduk, tradisional Barisan Nasional (BN) pemilih, ke samping pembangkang.

Yusof, bagaimanapun, berkata bahawa hanya 10 peratus daripada penduduk Felda telah dipengaruhi oleh pihak, dengan sisa 90 peratus tidak terjejas.

Beliau berpendapat bahawa sejumlah kecil penduduk yang membeli ke dalam "agenda lima tahun" adalah bukti bahawa Felda tidak dalam kesulitan.

"Felda adalah 54-tahun-lama ... Jika Felda telah salah urus, Felda tidak akan selamat.

"Ini 54 tahun kita berhutang untuk pentadbiran yang baik, dan kami merumuskan cara untuk memastikan bahawa bertahan hidup sekurang-kurangnya 50 tahun, jika tidak 1,000 tahun," tambahnnya.

Felda Wilayah Jengka mahu tubuhkan Jawatankuasa Pe...

Felda Langgar Syarat Perjanjian Yang Ditandatangan...

MP BN Batu Sapi maut nahas jalan raya

MP BN Batu Sapi maut nahas jalan raya

TERKINI @ 01:23:04 PM 09-10-2010
October 09, 2010

KOTA KINABALU, 9 Okt — Ahli Parlimen Batu Sapi Edmund Chong dari PBS-BN meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu hari ini.

Mendiang berusia 54 tahun yang memenangi kerusi itu tanpa cabaran pada 2004 mengekalkannya dua tahun lalu.

Chong dipercayai menunggang motosikal Kawasaki 750 di Jalan Sembulan-Tanjung Aru membabitkan kereta Mercedez kira-kira 11.40 pagi tadi.

Wakil rakyat ini meninggal dunia dua hari sebelum Parlimen dijadual bersidang.

Kematian ini turut membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-13 ketika negara bersiap sedia untuk menyaksikan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas di Kelantan.

Pada 8 Mac 2008, Chong memperoleh 9,479 undi berbanding calon Bebas Chung Kwong Wing yang mendapat 5,771 undi.

Chong lahir di Sandakan dan merupakan jurutera mekanikal sebelum dipilih sebagai wakil rakyat enam tahun lalu.

Mendiang yang beristerikan Linda Tsen Thau Lin mempunyai empat anak dan beliau juga bendahari agung PBS dan ketua bahagian Elopura.

MENYUSUL LAGI


MALAYSIA JATUH LAGI

Penduduk mahu lampu jalan

Penduduk mahu lampu jalan


KEMALANGAN maut yang berpunca akibat ketiadaan lampu isyarat mungkin boleh berulang kembali jika kawasan jalan yang berbahaya tidak dipasang dengan lampu jalan. - Gambar Hiasan


KAMI penduduk masyarakat Orang Asli Kampung Penderas Kuala Krau, Temerloh mahu pihak berkuasa membina lampu jalan di kampung ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Permintaan kami adalah munasabah kerana kampung-kampung tradisional memiliki kemudahan itu malah ada juga perkampungan Orang Asli turut mempunyai kemudahan yang sama.

Sudah lama kami mahu lampu jalan itu kerana kawasan yang gelap dan perkara itu perlu diatasi kerana kami tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Perkara itu wajar diminta kerana kami penduduk di sini bimbang jika berlaku kejadian di luar jangkaan berikutan suasana persekitaran yang gelap.

Keadaan gelap menyukarkan penduduk di sini untuk keluar malam sama ada mengunjungi rumah saudara-mara atau membeli barang di kedai runcit berhampiran.

Kegelisahan itu wujud kerana takut keselamatan mereka terancam jika terdapat pihak tertentu mengambil kesempatan dalam suasana gelap dengan melakukan perkara negatif terhadap kami.

Selain itu, anak-anak yang keluar awal pagi ke sekolah cukup bimbang dengan keselamatan dan ia cukup merisaukan ibu-bapa untuk melepaskan mereka keluar pada waktu itu.

Permohonan itu wajar supaya tindakan pencegahan dapat dilakukan sekiranya terdapat orang luar yang tidak dikenali mengambil kesempatan melakukan kegiatan tidak berfaedah terhadap penduduk di sini.

Saya berharap supaya perkara ini mendapat perhatian dan permintaan itu diberi perhatian demi kesejahteraan dan keselamatan penduduk di kampung ini.

MAT DIAH, Temerloh

ANWAR AKAN DI SUMBAT KE PENJARA-CIKGU BARD

TEMURAMAH BERSAMA CIKGU BARD

DARI : ANAK SUNGAI DERHAKA.



Badrul Hisham Shaharin, atau lebih suka dikenali sebagai che' GuBard, tidak asing untuk mereka yang terlibat dalam demonstrasi jalanan sebelum "tsunami politik" pada 8 Mac 2008. Anak muda yang berumur 32 tahun ini menyertai Parti Keadilan Nasional pada awal penubuhannya, malah terpilih sebagai ahli Majlis Tertinggi Pusat pada tahun 2007.

che'GuBard (gambar kanan) menyarung jersi PKR untuk bertanding di kawasan parlimen Rembau, Negeri Sembilan pada PRU ke-12. Bagaimanapun, beliau tewas kepada Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO sekarang) dengan perbezaan 5,746 undi.

Beliau pernah menerbitkan buku "Di sebalik misteri pembunuhan Altantuya", dan mempunyai "pengalaman" untuk ditangkap, ditahan dan disoal-siasat polis, berikutan keterlibatannya dalam aktiviti politik. Yang berikut adalah satu wawancara yang dijalankan melalui email, bersama Badrul Hisham Shaharin yang menawarkan diri sebagai calon Ketua AMK.

1. Penilaian anda terhadap situasi/prestasi AMK sekarang. Pada pendapat anda, apakah masalah pokok yang membelenggu AMK kini?

Prestasi AMK pada hari ini secara umumnya baik. Sebagai sebuah organisasi baru (AMK ditubuhkan pada tahun 2005), peranan yang telah dimainkan oleh AMK sepanjang musim lepas boleh dibanggakan oleh kerana masih mampu untuk mempertahankan sebuah organisasi yang menyatukan pelbagai kaum, agama dan ideologi.


Akan tetapi, AMK masih boleh dimantapkan jika ada misi dan visi yang boleh menyatukan anggota AMK di seluruh negara.

Apa yang boleh menyatukan anggota AMK di seluruh negara?

Jawapannya adalah AMK harus membawa kembali obor perjuangan rakyat yang telah dicetuskan oleh Anwar Ibrahim dan gerakan reformasi pada tahun 1998 dahulu. Jika obor perjuangan ini dikembalikan, rakyat Malaysia terutamanya orang-orang muda akan kembali bersama AMK dan Pakatan Rakyat secara umumnya.

Jika AMK bergerak ke depan dengan membawa obor perjuangan, secara tidak langsung, Pemuda PAS dan Pemuda Sosialis DAP akan bergerak bersama-sama dalam memastikan kedaulatan rakyat terus dibela.

2. Ramai pemimpin muda dalam PKR yang agak menyerlah secara individu. Malah, PKR menjadi pilihan golongan muda selepas PRU ke-12, kerana dilihat sebagai harapan masa depan. Ironinya, dari segi organisasinya, AMK agak lemah. Mengapakah situasi ini berlaku?

Masalah ini berlaku oleh kerana ramai yang masih terperangkap dengan politik personaliti. Di dalam politik personaliti, individu akan menjadi faktor dan akan bergerak dan bertindak seperti seorang celebriti. Ini telah menyebabkan, kebanyakan pimpinan muda yang menyerlah bergerak secara bersendiri.

Misi saya adalah untuk menjadikan AMK sebagai sebuah organisasi yang dimiliki oleh kesemua orang-orang muda bukan sahaja di dalam PKR, termasuk juga orang-orang muda yang tidak menggangotai PKR. Kita tahu, sifat orang muda biasanya "rebel". Saya kenal dengan ramai orang-orang muda yang pintar dan berani dan bersama perjuangan Pakatan Rakyat tetapi tidak berminat untuk bersama parti.

Ini berlaku kerana AMK masih lagi gagal untuk dijadikan sebagai sebuah platform untuk menyatukan anak-anak muda di seluruh negara.

3. Apa yang anda lakukan sepanjang beberapa tahun ini, sebagai cubaan untuk mengatasi masalah yang dikatakan di atas?

Sepanjang berberapa tahun kebelankangan ini, saya dan teman-teman anak muda menubuhkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). SAMM telah membuktikan bahawa anak muda di luar sana yang tidak berminat dengan parti politik seperti penyajak, Rahmat Haron pernah melibatkan diri dalam aktiviti SAMM.

Pada tahun 2007, ketika SAMM menghantar "bantal" kepada Abdullah Badawi (gambar kiri) oleh kerana sering tertidur ketika menjalankan tugasan negara, Rahmat Haron telah membawa kawan-kawan seniman untuk bersama-sama. Event ini telah menjadi "world news" kerana turut dilaporkan oleh Washington Post dan New York Times.

Jika menang sebagai ketua AMK, saya dan teman-teman pimpinan akan mengubah imej AMK menjadi sebuah organisasi untuk seluruh anak muda di Malaysia.

4. Anda menonjolkan demonstrasi jalan raya sebagai pendekatan anda. Tetapi, AMK dilihat lemah dari segi keupayaan untuk memobilisasi sokongan ramai agar turun ke jalan raya, berbanding PAS. Persoalannya, mengapa situasi ini berlaku, dan bagaimana anda mengatasinya?

AMK tidak lemah. Seperti yang saya jawab di atas sebelum ini, AMK hanyalah untuk AMK. Saya akan pastikan, AMK adalah milik semua anak muda di Malaysia. Selepas ini, tidak akan ada masalah lagi untuk AMK memobilisasi massa.

5. Anda mengandaikan Anwar akan ditahan semula ke dalam penjara. Lantaran daripada itu, anda mendahulukan "demonstrasi jalan raya" daripada tema "pencerahan" mahupun "menuju Putrajaya" daripada dua orang lagi calon ketua AMK. Bukankah ia lebih mudah mengundang persepsi bahawa agenda perjuangan AMK sekadar untuk membela seorang individu bernama Anwar Ibrahim?

Di dalam politik, kita mesti realistik. Daripada trend perbicaraan mahkamah, Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara. Barang siapa yang tidak berani untuk membicarakan perkara ini, mereka buta politik. AMK berjuang untuk memantapkan lagi Pakatan Rakyat. Apabila ketua Pakatan Rakyat yang juga Ketua Pembangkang dihina oleh musuh, apakah AMK harus berdiam diri?

6. Penilaian anda terhadap Gerakan Reformasi sejak tahun 1998. Pada pandangan anda, apakah bentuk dan halatuju baru untuk Gerakan Reformasi ini, selepas 12 tahun?

Masalah utama kepada gerakan Reformasi semenjak dari 1998, ianya tidak disusun dengan baik. Jika menang sebagai Ketua AMK, kami akan bersama-sama dengan teman-teman dari gerakan reformasi untuk membincangkan kembali halatuju gerakan Reformasi di Malaysia.

7. Penilaian anda terhadap Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO. Setujukah anda bahawa beliau memiliki keupayaan bukan sahaja dari segi perbahasan dasar, tetapi juga berpidato ketika dalam ceramah, malah ketika berdemonstrasi?

Pada pandangan saya, KJ mempunyai kelebihan. Akan tetapi, tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh kerana beliau gagal untuk menggerakkan Pemuda UMNO sekurang-kurangnya menjadi lebih baik daripada Hishamuddin Hussein.

8. Penilaian anda terhadap Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS dan Anthony Loke selaku Ketua DAPSY. Apakah yang membezakan anda dengan dua orang ketua sayap pemuda dalam Pakatan Rakyat?

Kedua-dua mereka adalah pemimpin yang baik. Akan tetapi saya berbeze dengan kedua-dua mereka oleh kerana:

PKR merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang menyatukan pelbagai ideologi. Di dalam PKR, terdapat golongan Nasionalis, Sosialis, Kapitalis dan kelompok agama. Sudah tentulah, perbezaan-perbezaan ideologi dan pemikiran yang terdapat dalam PKR telah menyebabkan berlaku sedikit kesukaran pada peringkat awal ini.

Akan tetapi, proses evolusi yang sedang berjalan ini memantapkan PKR. Dalam masa 10 tahun akan datang, selepas perdebatan ideologi dan pemikiran yang terdapat dalam PKR berjaya diselesaikan, PKR akan menjadi sebuah parti politik yang terkuat di Malaysia oleh kerana kejayaannya menyatukan pelbagai kaum di Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi.

AMK pada waktu ini sedang menjalani proses untuk menyesuaikan diri dengan proses evolusi yang sedang berlaku seperti yang saya maksudkan di atas.

9. Sila nyatakan tiga perkara yang akan anda lakukan dalam tempoh jawatan seandaiya anda terpilih sebagai Ketua AMK.

a. Menyatukan AMK yang terpecah kepada beberapa fraksi sepanjang tempoh pemilihan.

b. Menjadikan AMK sebagai wadah perjuangan bagi anak muda di Malaysia.

c. Menyatukan Pemuda Pakatan Rakyat bagi menghadapi Barisan Nasional di dalam pilihanraya mahupun pilihanjalanraya.


10. Pada pandangan anda, apakah kelebihan diri anda berbanding calon Ketua AMK yang lain?

Jika saya menang, saya bukanlah ketua kepada anggota AMK, akan tetapi hamba kepada mereka. Saya akan cuba untuk berkhidmat dengan sebaiknya.

SPRM AKUI ADA KEBENARAN DAKWAAN RAJA PETRA

ARHALIM ABAS, The Malay Mail


Terjemahan ini mengikut bahasa Indon


Anti-Rasuah Malaysia Suruhanjaya (Makabe), di www.ourdifferentview.com blog-nya, mengakui bahawa dokumen-dokumen yang diterbitkan oleh blogger Raja Petra Kamarudin adalah asli, meskipun tidak lihat secara langsung.

Namun, itu menyatakan bahawa tuntutan Raja Petra di blog-nya Malaysia Today bahawa badan tersebut gagal untuk bertindak atas tuduhan rasuah sebagai tak berdasar.

"Tuduhan yang dibuat di sebuah blog yang mengatakan SPRM tidak menyiasat dan tidak menuntut tersangka berdasarkan laporan siasatan tiga kes benar-benar tak berdasar," menyatakan blog Makabe.

Selain dokumen-dokumen SPRM penerbitan tentang bekas-Malaysia Airlines ketua Tan Sri Tajuddin Ramli dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Raja Petra juga menerbitkan makalah SPRM penyiasatan atau laporan terhadap Datuk Seri Zulkifly Mat Noor yang bekas Ketua Anti- Badan Rasuah (ACA, sebagai pendahulu dari Makabe dikenal pada saat itu) dan Kewarganegaraan Nasional pengarah jeneral Biro Datuk Shagul Hamid Abdullah, dan laporan mengenai dugaan oleh Kulim Negara Assemblyman Soo Lim Nee bahawa beliau ditawarkan rasuah untuk cacat ke Barisan Nasional (BN).

Blog SPRM menyatakan: "Semua kes dikutip adalah kes lama."

Tentang Zulkifly, SPRM menyatakan bahawa laporan berita pada tahun 2007 telah diserlahkan penyelidikan polis pada Zulkifly, dan menunjukkan bahawa mereka tidak boleh mengambil tindakan terhadap kepala mereka sendiri.

"Untuk memastikan bahawa penyelidikan dilakukan secara adil dan telus, polis diberi tanggung jawab untuk menangani penyelidikan," kata Makabe.

"Selain itu, kes-kes yang disebutkan tidak kes-kes rasuah. Jangan cuba untuk bersambung SPRM dengan masalah ini dan konon membanting kami untuk tidak mengambil tindakan untuk menyiasat dan menuntut. Hal ini tidak adil untuk mengecam Makabe dan menghubungkannya dengan isu gambar Makabe's berjumbai untuk membungkam tindakan atas kes ini. "

SPRM juga menunjukkan bahawa laporan Lim tidak cukup untuk menuntut bekas BN Kedah Menteri Besar yang dipercayai Lim menawarkan sebuah RM5 juta rasuah untuk cacat ke BN, yang boleh mengakibatkan kerajaan ketika ini PAS Kedah yang dipimpin jatuh.

"Jika laporan penyelidikan dibaca dengan cermat, itu hanya sebuah laporan yang diberikan oleh kantor cabang ke kantor pusat untuk itu untuk memulakan proses penyelidikan. Dalam hal ini, ACA sudah mula siasatan, "kata blog.

Blog lebih banyak menyalahkan Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) pemimpin untuk menghalang penyelidikan mereka dengan mencetuskan liputan media besar-besaran yang pada akhirnya mempengaruhi keputusan kes.

"Sikap para pemimpin tertinggi PKR yang terlalu cepat bertindak balas berlebihan sehingga kes ini diletupkan di media," kata Makabe.

"Ini jelas mempengaruhi proses penyelidikan ACA itu. Siasatan terganggu kerana tidak ada lagi elemen kejutan dan pelaku yang terlibat tahu tindakan masa depan yang berwibawa. Akhirnya, kes yang berlaku seharusnya tidak berlaku. Jadi, yang harus disalahkan dalam hal ini? "

Para SPRM banyak menyatakan bahawa mereka telah mencuba mengumpul bukti dalam kes Lim sebagai rasuah didakwa belum terjadi, tetapi usaha mereka diduga disekat oleh para pemimpin PKR over-reaktif seperti yang disebutkan oleh kepala Makabe bekas, menurut Februari 2009 berita laporan.

"Dalam hal ini, transaksi (rasuah) belum terjadi dan proses pengumpulan bukti terganggu kerana reaksi atas-pihak lain," katanya.

"Oleh itu, SPRM diperketat undang-undang dengan memperkenalkan Perkara 29 (4) dari undang-undang Makabe 2009. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan aduan dari menyatakan aduan mereka di depan umum sampai proses penyidikan selesai dan pihak yang bersalah dibawa ke mahkamah. "

Dalam kes Dr Khir's, blog SPRM menunjukkan bahawa kes itu dianggap 'tidak ada tindakan lebih lanjut sebagai penyiasatan menunjukkan bahawa tidak ada kesalahan.

Dalam kes ketiga yang melibatkan Dr Khir, para SPRM menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai asas untuk menuntut dia sebagai kenyataan dari saksi-saksi dan dokumen-dokumen disukai terdakwa.

"Dalam kes bekas Menteri Besar Selangor, dengan jelas menunjukkan bahawa kedua-dua elemen - laporan dan dokumen bukti - berada di sisi terdakwa. Untuk dasar apa maka SPRM harus digunakan untuk menuntut dia? "Tanya itu.

"SPRM telah menyiasat dan dianggap bahawa dia (Dr Khir) tidak melakukan kesalahan dalam kunjungannya ke Disneyland dan Maghribi," katanya, menambah bahawa badan tersebut telah menyelesaikan tugas mereka dalam menyiasat Dr Khir dan menunjukkan bahawa proses penyidikan tidak tentang penentuan menyalahkan pada seseorang.

"Kes ini jelas membuktikan bahawa Makabe telah melakukan tugasnya untuk menyiasat. Proses penyiasatan bukanlah proses untuk mencari seseorang untuk disalahkan. Sebaliknya, adalah suatu proses untuk mencari kebenaran. SPRM tidak boleh menuduh seseorang yang didasarkan hanya pada sentimen. "

Listen

Read phonetically

Dictionary - View detailed dictionary

Google Translate for my:SearchesVideosEmailPhoneChatBusiness

Felda Wilayah Jengka mahu tubuhkan Jawatankuasa Pemantau Kilang


Sdr Md Zain Awang, petugas yang mengumpulkan senarai peneroka-peneroka Felda di Jengka 9 telah dihubungi oleh Pengarah Wilayah Felda Jengka untuk bekerjasama dengan Felda bagi menubuhkan sebuah Jawatankuasa untuk memantau Kilang Felda di Jengka 8.
Mengikut kata Md Zain, Pengarah Wilayah itu menunjukkan rasa simpati terhadap peneroka-peneroka berhubung dengan perahan KPG mereka yang dimanipulasikan oleh Felda dan Kilang Felda.
Dan Jawatankuasa yang ditubuhkan nanti akan bertindak untuk mempastikan tidak ada penyelewengan berlaku.
Md Zain berasa pelik dan hairan kenapa Pengarah Felda Wilayah sanggup menghubunginya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh Peneroka berhubung perahan.
Dan Pengarah Felda Wilayah itu menghubungi beliau setelah Peneroka-Peneroka daripada Felda Jengka 9, Jengka 8, Jengka 10, Jengka 11, Jengka 12, Jengka 13, Jengka 21, Jengka 22, Jengka 23, Jengka 24, Jengka 25, Felda Kota Gelanggi 1, Gelanggi 2, Gelanggi 3, Gelanggi 4, Felda Jenderak Utara dan Jenderak Selatan berkumpul dan berbincang untuk mengumpulkan Peneroka-Peneroka bertujuan untuk memfailkan saman terhadap Felda berhubung dengan perahan KPG yang diselewengkan oleh Felda dan Kilang Felda.
Bagaimanapun, Md Zain mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Wilayah Felda Jengka, beliau menyatakan kesanggupan untuk bekerjasama dengan Felda bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah Peneroka yang sudah sekian lama ditipu oleh Felda berhubung dengan isu perahan KPG.
Md Zain menyatakan bahawa rata-rata Peneroka di kawasan ini hanya diberikan KPG antara 18% hingga 20% sahaja dan majoritinya hanya 18%. Peneroka-peneroka kerugian sebanyak RM200.00 hingga RM400.00 sebulan hasil penipuan Felda ini.
"Jika Felda sanggup berunding, kita tak perlu saman Felda, tetapi rundingan yang hendak diadakan itu mestilah dengan kehadiran Peguam-Peguam kami, supaya peneroka-peneroka tidak dipermainkan,"kata Md Zain, sambil mengalu-alukan inisiatif yang bakal diambil oleh Felda itu.
Menurut Sdr Md Zain, peneroka-peneroka bukan sahaja menuntut supaya KPG mereka dinaikkan hingga ke paras yang sebenar mengikut perkiraan MPOB dan selain dari itu Felda hendaklah bersedia membayar ganti rugi selama tidak kurang dari 15 tahun kerana penyelewengan yang mereka telah lakukan terhadap Peneroka.
Md Zain juga menerima kunjungan daripada mereka yang kononnya mewakili YB Dr Shukri, ADUN Pulau Tawar. Wakil itu meminta Md Zain bekerjasama dengan YB Shukri kerana kononnya YB itu sanggup mengumpulkan peneroka-peneroka Felda disitu dan sanggup juga membawa Felda ke muka Mahkamah.
Md Zain mengalu-alukan tawaran Dr Shukri itu, dan beliau terperanjat kerana ADUN Barisan Nasional sudah menjadi berani mahu menyaman Felda, tetapi Md Zain was-was dengan kunjungan mereka yang kononnya mewakili Dr Shukri itu, dan "rasanya boleh Kiamat dunia ini kalau ADUN BN Pulau Tawar itu sanggup menyaman Felda".
"Walaubagaimana pun saya akan memberikan kerjasama dan pada bila-bila masa sanggup bertemu Dr Shukri dan memberikan sokongan jika benar YB itu mahu membantu kami menyaman Felda," kata Md Zain.
Kerjadian ini adalah aneh dan pelik, kata Md Zain, selama ini kami ditipu berterusan oleh Felda, Felda langsung tidak memperdulikan kami, tetapi apabila kami membawa Peguam-Peguam untuk mengambil tindakan saman, tiba-tiba Felda dan Wakil Rakyat BN mencadangkan perkara-perkara yang sukar diyakini.
Bagi Sdr Md Zain, inilah indahnya perjuangan. Jika peneroka-peneroka tidak berjuang dan membiarkan saja Felda menipu mereka, Felda dan BN tidak memberikan apa-apa perhatian terhadap mereka.
Beliau ingin melihat perkembangan ini dan menganggapnya sebagai positif, tetapi didalam jangka yang sama, usaha-usaha melalui Peguam untuk menyaman Felda akan diteruskan juga agar Felda dan Wakil BN tidak mempermain-mainkan Peneroka, kata Md Zain.