
RASANYA INI KALI TERAKHIR MENJADI WAKIL RAKYAT. LAGI SEKALI PILIHANRAYA DAH TAK MAHU DAH DS NAJIB ORANG MCAM INI,KECUALI LAH DAH TAK ADA CALON LAIN. ELOK LAH JAGA BINI LAGI BAIK DARI DOK MERAPU DALAM DEWAN...
| Hasanhusaini |
| "Kami mahu para mufti menyatakan pendirian terhadap isu judi bola sepak," teriak seorang pemimpin demonstran. Lantang suaranya dicorong mikrofon sebelum alat itu dirampas polis. Di Mana Pendirian Majlis Fatwa? Tajuk artikel terpampang di dada akhbar elektronik.
Pimpinan politik pula bermain dengan ayat-ayat mantiq mengajak manusia dan umat berfikir. "Kalau arak di Hulu Selangor HARAM, kenapa Judi di BACHOK halal? Sedangkan kalimah judi [maisir] mengekori kalimah arak [khamr] dalam ayat yang sama? Saya seperti selalu, menulis untuk merungkai masalah dan puzzle rumit sebuah penipuan besar ini. Di mana Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu besar syariat Islam ini? Mana pula Mufti Kerajaan Negeri Perak yang selalu lantang? Apakah ini yang menjadi masalah utama? Muftikah yang bermasalah? Atau ada otak lain yang lebih besar dan buruk masalahnya dari masalah para mufti dan segelintir ahli agama dewasa ini. Berfikir. Terus menulis dan membelek sejarah. Hujung 1990-an Pada waktu itu, ada seorang mufti ikhlas kerana Allah tampil menegur maksiat dan membaik kerosakan dalam masyarakat dengan menegur kerajaan yang mengHALALkan pertandingan RATU CANTIK di Malaysia. Bayarannya, beliau dibuang dari menjawat jawatan mufti. Al-Fatihah untuk Al-Marhum. MATANYA BUTA SEBELAH Dajjal itu, matanya buta sebelah. Para pengikutnya juga dibutakan sebelah matanya. Buta mungkin pada zahir. Namun buta juga lebih dekat pada buta batin. Buta mata hati. Manusia yang dibutakan mata hatinya akan gagal dari melihat kebenaran meski kebenaran itu berada di atas batang hidung mereka. Membutakan sebelah mata [daya penglihatan dan pengamatan] manusia adalah kepakaran Dajjal. Melihat segala bentuk nikmat dalam kerangka materialisme. Semua benda dinilai pada satu sudut semata-mata. KEBENDAAN. KECILKAH JUDI? JUDI. Tanyakan siapa sahaja yang waras fikirannya, apakah hukum judi? Pastinya kalimah haram akan keluar dari mulut yang ditanya. Kalaupun tidak haram, pastinya mereka tidak bersetuju untuk mengatak bahawa judi itu adalah satu amalan terpuji. COMMON SENSE. Itu kata orang putih. Ma'lum min ad-deen bid-dharurah istilah dalam agama Islam. Semudah makan kacang untuk mahu mengetahui baik dan buruk judi. Justeru, kenapakah ianya dihalalkan? Matanya sudah BUTA. Buta dari melihat judi pada sudut buruknya. Kenapa ARAK di Hulu Selangor buruk? Kerana ada nilai material yang terselindung disebalik kemenangan isu yang membawa kepada kemenangan KERUSI. Malaysia akan datang? SURAH AL-KAHFI: UBAT JARUM BISA DAJJAL Maksud sabda Rasulullah sallallahualayhiwasallam: Sesiapa yang membaca surah Al-kahfi sebagaimana ianya diturunkan, maka orang itu akan terpelihara dari tipu daya Dajjal. [Hadith] Kenapa Surah Al-Kahfi? Syeikh An-Nadwi dan Sayyid Qutb berpandangan bahawa, Surah Al-Kahfi membawa mesej yang cukup besar dalam memperbetulkan sistem pemanduan pemikiran manusia. LIHAT, FIKIR dan PERCAYA. Itulah intipati Surah Al-Kahfi. Andai cara melihat salah, hancurlah cara berfikir, jahanamlah sistem kepercayaan. Iman tidak akan mendiami hati mereka yang salah cara melihatnya. Apa beza arak dan judi. Cara melihat. Melihat dengan material akan menemukan perbezaannya. Arak HARAM di Hulu Selangor demi mendapat keuntungan. Judi HALAL juga untuk mendapat keuntungan. PARA AGAMAWAN DAN ULAMA Saya tidak berminat untuk mendesak kalian menyatakan pendirian terhadap isu judi kerana pendirian kalian tidak akan memberi apa-apa makna. Keputusan yang diambil oleh mereka yang sukakan judi itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa kalian tidak ada makna dan harga di mata mereka. Andai kalian bertempik menyatakan judi haram sekalipun, hanya bagaikan anjing menyalak bukit. Tidak memberi apa-apa kesan. Mereka tidak akan melihat meski dengan sebelah mata! Justeru, saya mengajak para agamawan sekalian untuk menyatakan pendirian terhadap mereka yang sanggup menukar dan mengubah-ubah hukum Allah. Apakah masih patut untuk menyangka mereka sebagai pemimpin kepada negara berbudi, semurni Tanah Melayu, Malaysia? Itu lebih membuka mata mereka. Ayuh para agamawan, rakyat ramai menanti kalian. HASANHUSAINI, Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan |
KUALA LUMPUR : Pelbagai pertubuhan Mahasiswa Malaysia mendesak pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menarik balik dakwaan yang bakal dikenakan ke atas 4 orang mahasiswa UKM yang ditahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor baru-baru ini.
"Kita hairan kerana tiada pertuduhan ke atas saya semasa di tahan oleh pihak polis kerana pihak polis sendiri tidak cukup bukti, bagaimana pihak universiti boleh hendak mendakwa saya sedangkan pihak polis sendiri tiada bukti," kata Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, Hilman Idham dalam sidang medianya sebentar tadi.
Bagi pertubuhan mahasiswa, tindakan pihak universiti ini jelas menyekat akademik mahasiswa.
Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) juga dalam pada itu menempelak tindakan polis yang jelas menindas mahasiswa.
"Seharusnya kita ada hak untu ke mana sahaja. Jika dalam PRK Hulu Selangor ini mahasiswa ditahan, bagaimana pula dengan Pilihan Raya Umum akan datang? di mana kita akan tinggal. Mungkin mahasiswa perlu ke luar negara kerana tidak boleh berada dalam kawasan pilihanraya," kata wakil SMM, Mohd Ridzuan kepada erapakatan.
Sidang media ini diadakan Chinese Assamble Hall, Kuala Lumpur dan dihadiri pelbagai pertubuhan mahasiswa antaranya SMM, GAMIS, dan KAMI.
Empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik yang juga merupakan Ahli Majlis tertinggi Kelab Sains Politik UKM, terdiri daripada Presiden, Hilman Idham, Naib Presiden, Ismail Aminuddin, Setiausaha Agung, Azlin Shafina Adzha dan Exco, Woon king Chai telah ditahan oleh pihak polis pada 22 April, di Pekan Rasa dan Ampang Pecah semasa berlangsungnya PRK Hulu Selangor.
Keempat-empat mahasiswa ini akan di dakwa di Mahkamah Universiti UKM atas tuduhan melakukan kesalahan menyelahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & kolej Universiti 1971.
DI 7 BUAH IBU PEJABAT PERKESO NEGERI
DIKETUAI OLEH PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) DENGAN KERJASAMA ORGANISASI LAIN.
TARIKH: 19/5/2010
MASA: 11.00 PAGI
TEMPAT:
Tujuan penyerahan memorandum ini adalah untuk meminta PERKESO membuat perubahan supaya pekerja-pekerja di Malaysia dapat dilindungi dengan lebih berkesan. Semua mangsa Perkeso dijemput hadir.
Maklumat lanjut hubungi: (Selangor/ KL- Simon 0192612259), (Perak- Saras 0165587144), (Pulau Pinang- Chon Kai 0195669518), (Johor- Mohan 0177540597), ( Negeri Sembilan- Tinagaran 0122414351) & (Pahang- Suresh 0195696964)
| Muhyiddin: BN tetap tunai janji di Sibu walaupun kalah | ||
|
| Projek tebatan banjir RM5j: Najib 'berkira-kira' | ||
|
KUALA LUMPUR : Kemenangan DAP dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) Sibu telah membuktikan kepada semua yang kuasa rakyat merupakan kuasa keramat yang mampu mengubah segalanya.
"Sekali lagi anda perlihatkan kekuatan yang mengagumkan walau terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta dorongan aparat-aparat lainnya," kata Kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada erapakatan.com.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Sibu yang memilih Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen Sibu yang baru, menggantikan mendiang Robert Lau Hoi Chew.
"Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat(PR).
"Ternyata keikhlasan, kecekalan dan kegigihan membuahkan hasil bermakna, malah memberi pengajaran berguna kepada PR untuk merenung erti semangat perjuangan yang selama ini menjadi pemangkin kepada Agenda Selamatkan Malaysia," tegas Anwar.
Semalam DAP berjaya merampas kerusi Sibu apabila menewaskan BN dengan mejoriti tipis 398 undi.
Calon DAP, Wong Ho Leng berjaya mendapat 18,845 undi lantas menewaskan calon BN, Lobert Lau Hui Yew yang memperolehi 18, 447 undi manakala calon bebas Narawi Haron dengan 232 undi. Undi rosak berjumlah 232 undi.
Keputusan tersebut diumumkan oleh pengerus pilihan raya, Wong See Meng.
Hampir 70 peratus atau 37,919 orang pemilih telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan keluar membuang undi.
PRK Sibu ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang juga timbalan menteri pengkutan yang meninggal pada 9 april lalu.
Empat pelajar jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhadapan dengan kemungkinan digantung pengajian kerana menyatakan “sokongan” kepada Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu.
Pelajar-pelajar tahun kedua itu dikehendaki menghadiri perbicaraan di Mahkamah UKM pada 3 Jun ini.
Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 kerana menyatakan sokongan atau bersimpati dengan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
Salah seorang pelajar terbabit, Ismail Aminuddin telah menerima surat perintah meminta menghadiri perbicaraan pada tarikh tersebut.
Tiga yang lain terdiri daripada Hilman Idham, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai.
Kesemua merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Mahasiswa Sains Politik UKM.
Pilihan raya kecil berlangsung pada 25 April lalu dengan tempoh berkempen bermula 17 April. Ia dimenangi calon Barisan Nasional.
Ismail, Naib Pengerusi kelab itu ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, dia menerima surat meminta menghadiri mahkamah petang semalam.
“Surat itu menyatakan tuduhan bahawa kami menyatakan sokongan atau bersimpati dengan membawa risalah-risalah parti politik bertanding,” katanya.
Keempat-empat pelajar itu ditahan bersama tiga yang lain, yang merupakan aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu sekatan jalan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru pada 22 April lalu.
“Ketika ditahan kami cuma menaiki van yang disewa dan dalam keterangan polis yang diberikan, ada dinyatakan bahawa kami cuma naik van dan risalah-risalah itu diakui adalah milik aktivis parti politik, bukan kami yang bawa.
“Kami cuma naiki van berkenaan pada hari kejadian,” kata Ismail sambil menambah, surat tuduhan yang dikeluarkan tidak menyebutkan bentuk hukuman.
“Ia bergantung kepada hujah nanti,” katanya.
Risalah itu dipercayai membawa mesej sokongan kepada PKR.
Walaupun tiga pelajar lain belum menerima surat tetapi menurut Ismail, surat diterimanya ada menyatakan dia dan tiga pelajar lain yang merujuk kepada Hilman, Azlin dn Woon.
Bagaimanapun katanya, jika tidak menghadiri perbicaraan mereka boleh digantung daripada berada di kawasan UKM.
Hilman yang merupakan pengerusi kelab itu memberitahu, “kami akan menghadiri perbicaraan pada 3 Jun ini.”
“Saya percaya kami bertiga akan menerima surat hari ini ataupun minggu depan,” katanya lagi.
Katanya, hukuman paling berat kemungkinan dikenakan ialah digantung pengajian. -TMI
DI KETIKA RAKYAT MARHAEN BERTUNGKUS LUMUS MENENTANG KEZALIMAN DAN DIZALIMI..ADA PIMPINAN YANG MASIH LAGI MEMBELOT DENGAN ALASAN YANG BERBAGAI.
PERJUANGAN YANG DI KETUAI KINI OLEH GERAKAN RAKYAT YANG TAK PUNYA APA-APA INILAH YANG KINI MASIH MENGHIDUPKAN ARUS MENENTANG PEMERINTAH YANG DIANGGAP MELAKUKAN PENINDASAN TERHADAP RAKYAT,SEDANGKAN PIMPINAN DENGAN MUDAH PULA MEMBELOT.

Sempena ulangtahun ke-64 tahun Umno, pemimpin parti itu digesa dapat mengubah tingkah laku masing-masing dengan lebih mengambil berat dan mengutamakan masalah rakyat berbanding kepentingan individu. Sambutan ulangtahun Umno esok dilaporkan akan dijalankan secara sederhana melibatkan acara bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat. Presidennya Datuk Seri Najib Razak juga dijadualkan berucap di hadapan 3,000 anggota parti itu dan menyampaikan anugerah tokoh Melayu terbilang. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, beliau berkata, kemerosotan sekongan terhadap Umno dalam pilihan raya umum sebelum ini bukan bermakna parti itu lemah tetapi "berkaitan dengan kepimpinannya yang sombong". "Pemimpin Umno pada masa lalu, kurang mesra terhadap rakyat. Tetapi kini, pemimpin Umno dilihat lebih prihatin dan ia sejajar dengan konsep Satu Malaysia," katanya. Bimbang pada generasi muda Sementara itu, Setiausaha Umno Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pula berpendapat, sempena sambutan ulangtahun Umno esok, pemimpin Umno di semua peringkat diharapkan akan lebih memberikan komitmen bagi kesinambungan Umno pada masa akan datang. (BELUM TENTU KEMENANGAN INI DI KATAKAN MENANG.CUBA KIRA JUMLAH UNDI BAGI 3 DUN SUDAH TENTU KURANG DARI PILIHANRAYA 208 LALU.) (GOLONGAN MUDA TELAH MEMAHAMI APA ITU UMNO/BN DAN APA ITU PAKATAN RAKYAT)
| ||
Tuesday, 11 May 2010 8:10 AM Oleh Era Pakatan
Perbicaraan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
(10.37 pagi - Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah semula dalam Bahasa Melayu)
Karpal Singh (KS): Tadi ada bersumpah? Bersumpah untuk apa?
Saiful Bukhari (SB): Untuk berkata apa yang benar.
KS: Itu tidak benar, bukan?
SB: Tidak.
KS: Benar sahaja tidak mencukupi dalam bagi keterangan? Do you speak English? (Awak boleh berbahasa Inggeris?)
Yang Arif (HAKIM): Jawab dalam Bahasa Melayu sebab saksi angkat sumpah dalam Bahasa Melayu.
KS: Baca sekali lagi sumpah itu.
SB: (Saksi membaca semula sumpah)
KS: Yang terakhir, melainkan yang benar?
SB: Ya.
KS: Bukan senang masuk dalam kandang itu? Ada kewajipan, bukan?
SB: Ya.
KS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kenal?
SB: Ya, Perdana Menteri. Kenal sejak kecil lagi.
KS: Ada jumpa Perdana Menteri (PM)?
SB: Ada, pada 24 Jun 2008.
KS: Jumpa di mana?
SB: Di kediaman Perdana Menteri di Taman Duta, KL.
KS: Masa itu Timbalan Perdana Menteri (TPM)?
SB: Ya.
KS: Jumpa TPM untuk apa?
SB: Saya mengadukan pada beliau tentang masalah saya.
KS: Pada 24 Jun?
SB: Ya.
KS: Lepas itu ada jumpa dia?
SB: Tidak jumpa lagi. Langsung tidak jumpa.
KS: Dengan isteri PM?
SB: Tidak pernah.
KS: Kenal seseorang bernama Mumtaz?
SB: Rakan kepada keluarga saya, kenal sejak kecil.
KS: Pernah jumpa isteri PM?
SB: Tidak.
KS: Kejadian berlaku bila?
SB: 26 Jun 2008.
KS: Pada 27 Jun ada jumpa PM? Pada 28 Jun?
SB: Tidak jumpa.
KS: PM ada menyatakan awak ada jumpa dia.
SB: (Saksi tidak menjawab)
(Karpal mengulangi pertanyaan)
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden (MY): Saya tidak fikir Karpal patut terus mendesak.
KS: Ada pernah jumpa PM?
SB: Itu tidak pasti tetapi saya jumpa dia (PM) 24 Jun, langsung tidak jumpa lepas itu.
KS: Ada jumpa Asisten Supritendan (ASP) Rodwan? Sekarang dia Asisten Komisioner?
SB: Ada jumpa.
KS: Bila jumpa?
SB: 24 Jun 2008, waktu malam, di Hotel Melia di Jalan Imbi.
KS: Pukul berapa.
SB: Pada masa itu dia yang telefon saya. Masa telefon kata nak bertemu dengan saya.
KS: Tujuan apa? Apa terjadi bila jumpa dia?
SB: Masa telefon dia tidak beritahu tujuan apa. Masa jumpa, dia nak tahu masalah apa yang saya sedang hadapi.
KS: Pernah jumpa ASP Rodwan sebelum 24 Jun?
SB: Tidak.
KS: Jumpa Rodwan selepas jumpa PM?
SB: Ya.
KS: Siapa yang arahkan Rodwan jumpa kamu?
SB: Saya tidak pasti.
KS: Ada tanya mana dia dapat nombor kamu?
SB: Saya tak tanya dia.
KS: Apa berlaku lepas jumpa dia?
SB: Saya beritahu saya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) beberapa kali.
KS: Jadi, masa jumpa PM, beritahu dia apa yang berlaku sebelum 26 Jun?
SB: Ya.
KS: Itu sahaja?
SB: Ya.
KS: Ada buat kenyataan bahawa kamu diliwat tanpa kerelaan?
SB: Ya, dalam laporan polis.
KS: Baca P3 (laporan polis).
(SB membaca semula laporan polis yang dibuat olehnya. "Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan ingin melaporkan saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. .... berlaku ialah pada 26 Jun 2008. Laporan dibuat dengan tujuan mendapatkan keadilan dan pembelaan. Bimbang keselamatan diri dan keluarga jika perkara ini tersebar luas ke pengetahuan khalayak ramai. Majikan saya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.")
KS: Kejadian 26 Jun?
SB: Ya.
KS: Selepas 26 Jun ada diperiksa oleh doktor?
SB: Ada.
KS: Sebelum 28 Jun?
SB: Ada.
KS: Oleh siapa?
SB: Oleh doktor di Hospital Pusrawi tetapi bukan sepenuhnya.
KS: Jumpa doktor di Pusrawi bila?
SB: 28 Jun.
KS: Kejadian 26 Jun? Laporan dibuat 28 Jun?
SB: Ya.
KS: Kamu orang Islam yang baik?
SB: Try my best to be (Cuba yang terbaik untuk jadi baik)
KS: Ada sembahyang 5 kali sekali?
SB: Ada, kalau dulu ada tertinggal.
KS: Dalam bulan Jun 2008?
SB: Semasa kerja dengan DSAI, saya kurang sikit sembahyang.
KS: Selepas itu?
SB: Selepas membuat laporan, saya kembali insaf.
KS: Dari 26 hingga 28 Jun ada sembahyang? Kewajipan orang Islam.
SB: Saya ada pergi sembahyang Jumaat.
KS: 26 Jun?
SB: 26 Jun tidak sembahyang.
KS: Kenapa tak sembahyang? Ini kewajipan.
SB: Saya tidak bersolat. Ini mungkin kerana saya telah diliwat.
KS: Pada 27 Jun?
SB: Ada sembahyang Jumaat.
KS: Ada mandi? Cuci badan semua sebelum sembahyang pada 27 Jun?
SB: Ada, mandi sedikit sahaja tetapi saya tidak cuci di bahagian dubur.
KS: Biasa mandi semua badan bukan sebahagian, bukan?
SB: Ya.
KS: Mandi junub, wajibkan?
SB: Ya.
KS: 26 (haribulan) tidak solat?
SB: Tidak.
KS: Tidak mandi wajib?
SB: Tidak.
KS: Jadi, pada 27 Jun, tak mandi wajib jadi sembahyang kamu tidak sah?
SB: Ya, tidak sah.
KS: Bermakna kamu adalah bukan seorang Islam yang baik?
MY: Ini pendapat peguam.
KS: Saya ada hak untuk mencadangkan kepadanya.
HAKIM: Kalau awak serang peribadi dia, nanti pihak pendakwaan juga boleh menyerang peribadi DSAI. Awak tak boleh membantah.
KS: Tidak apa, mereka boleh berbuat demikian. Ia bukan isu.
KS: Saya cadangkan, kamu tidak mengikut syarat-syarat dalam Islam.
SB: Pada tempoh tersebut, saya tidak.
KS: Jadi kamu bukan seorang Islam yang baik?
SB: Saya dalam keadaan darurat pada ketika itu kerana kalau saya mandi... (Saksi dihalang daripada meneruskan jawapannya oleh KS)
KS: Pada 28 Jun, ada mandi wajib?
SB: Tidak.
KS: Kamu tidak ikut cara Islam?
SB: Saya terpaksa.
KS: Dalam darurat?
SB: Ya.
KS: Pada 28 Jun, sebelum pergi Hospital Kuala Lumpur (HKL), ada jumpa doktor lain?
SB: Di Pusrawi.
KS: Sebelum itu ada pergi Hospital Tawakal?
SB: Ya tapi Tawakal tidak jumpa doktor.
KS: Tujuan apa?
SB: Untuk dapatkan pemeriksaan.
KS: Pada 26 Jun, ada pergi jumpa doktor?
SB: Tidak.
KS: Pada 27 Jun pun tidak?
SB: Tidak.
KS: Hanya pada 28 Jun?
SB: Ya.
KS: Apa nama doktor yang kamu jumpa di Pusrawi?
SB: Dr. Osman.
(Dr. Mohd. Osman bin Abdul Hamid dipanggil dan dicamkan oleh MSB)
KS: Ada buat apa-apa aduan sebelum diperiksa?
SB: Saya hanya kata saya sakit di bahagian dubur.
KS: Itu saja? Lain?
SB: Sakit perut.
KS: Tidak ada aduan lain?
SB: Sebelum dia periksa, saya cakap sakit perut dan dubur. Semasa diperiksa saya cakap saya telah diliwat.
(Saksi dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi)
KS: Dalam laporan ini ada ditulis "introduction of plastic into the anus (kemasukan objek plastik ke dalam dubur)."
SB: Kurang jelas tulisan ini, tidak boleh baca tulisan.
KS: (Karpal ulang baca nota pemeriksaan) Adakah ini benar perkara ini?
SB: Saya tidak pernah buat aduan ini.
KS: Doktor akan dipanggil beri keterangan, masih berpegang pada keterangan tadi?
SB: Ya, saya tidak pernah buat aduan ini.
KS: Jadi kenapa doktor tulis begini? Adakah doktor ini berbohong?
SB: Saya tidak pasti kenapa dia tulis begini. Ini bohong, tidak benar.
KS: Selepas itu ada pergi HKL?
SB: Ya.
(KS memohon untuk memasukkan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi sebagai bukti pembelaan. Permohonan dibenarkan.)
KS: Ada kenal doktor itu sebelum ini? Sebelum 28 Jun?
SB: Sebelum ini tidak pernah.
KS: Siapa hantar kamu pada dia?
SB: Saya pergi dengan pakcik saya, Uncle Tuah.
KS: Doktor ini bohong?
SB: Mengikut laporan ini, doktor berbohong.
KS: Ada apa-apa sebab dia hendak berbohong, ada berselisih faham dengan dia?
SB: Tidak.
KS: Lepas itu HKL?
SB: Ya, itu cadangan Dr. Osman.
KS: Dalam pukul 3 petang?
SB: Ya, tiba di HKL lebih kurang pukul 3 petang.
KS: Ke Pusrawi pukul 2 petang?
SB: Ya.
KS: Dari pukul 3 hingga 9 malam ada di HKL?
SB: Tidak. Dari pukul 3 hingga 12 malam dan keesokkan harinya sebab dimasukkan ke wad.
KS: Ada Dr. Danial periksa kamu?
SB: Dr. Danial tidak periksa. Dia arahkan saya ke Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC).
KS: (Pohon Dr. Danial dipanggil untuk dicamkan).
MY: Ini adalah soal balas. Masalahnya doktor ini memerlukan sekurang-kurangnya notis lapan jam, mereka pakar bedah di HKL.
KS: Ini masalahnya apabila senarai saksi tidak dibekalkan.
HAKIM: Esok boleh datang?
MY: Kesemua doktor?
KS: Semuanya.
KS: Ada doktor ambil atau rekodkan latar belakang atau sejarah perubatan?
SB: Saya tak pasti tapi ada tanya berkali-kali tentang masalah yang saya hadapi seperti laporan saya.
KS: Buat laporan polis di HKL?
SB: Ya, di HKL.
KS: Buat di pondok polis?
SB: Tidak, di wad.
KS: Polis datang untuk buat repot? Siapa?
SB: Ya, ada 2 orang polis. Saya tidak cam.
KS: Jude Blasious ada di sana?
SB: Masa pemeriksaan, dia ada dalam bilik.
(Supritendan Jude Blasious Pereira dicamkan)
KS: Jadi, kamu diperiksa oleh tiga doktor? Lelaki?
SB: Tiga tetapi ada seorang doktor perempuan, dia tidak periksa.
KS: Pemeriksaan rapi?
SB: Ya.
KS: Adakah kamu dapat laporan doktor ini?
SB: Tidak.
(SB dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan HKL)
KS: Rujuk muka surat dua 'Anal examination to the external anus doesn't show any recent of injury.' (Pemeriksaan dubur di bahagian luar anus tidak menunjukkan sebarang kecederaan baru). Kamu bersetuju dengan ini?
MY: Sukar untuk saksi untuk menjawab setuju atau tidak pada soalan ini.
HAKIM: Kita dengar dulu apa jawapan saksi.
SB: Saya tak dapat lihat bahagian anus saya sendiri.
KS: Sekarang dirujuk pada kamu masalahnya. Apa pendirian kamu tentang perkara ini. Tiada masalah dengan anus kamu?
SB: Saya tak dapat tengok anus saya sendiri. Doktor yang buat keputusan itu pun kena tengok anus saya. Saya tidak dapat simpulkan laporan ini.
MY: Ini soalan patut ditanya pada Doktor.
HAKIM: Saksi dah beritahu jawapan dia.
KS: Apa jawapan dia?
HAKIM: Dia cakap dia tidak boleh tengok anus dia sendiri.
KS: Memanglah dia tidak boleh tengok anus dia sendiri. Jadi?
SB: Sebab masa saya diliwat, gunakan pelincir, jadi, saya tak pasti ...
KS: Rujuk muka surat terakhir, Rumusan/Kesimpulan. Tiga doktor menyatakan "no conclusive clinical finding of anus penetration". (Tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan kemasukan di anus). Apa komen kamu?
SB: Tiada komen.
(KS pohon nota pemeriksaan perubatan HKL dimasukkan sebagai bukti. Permohonan dibenarkan)
KS: Ada pernyataan dari kamu direkodkan oleh sesiapa, polis?
SB: Ada, banyak kali.
KS: Berapa kali kamu bagi keterangan?
SB: Tak pasti, banyak kali oleh DSP (ketika itu) Jude.
KS: Keterangan yang direkodkan ada baca balik?
SB: Ada setiap muka surat.
KS: Diliwat tanpa kerelaan?
SB: Ya, seperti dalam laporan saya.
KS: saya membuat permohonan kepada mahkamah supaya keterangan bersumpah dibacakan di mahkamah.
HAKIM: Saya perlukan pihak-pihak berhujah. Peguam minta dibekalkan dengan semua keterangan bersumpah di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
MY: Apa asas perundangan bagi permohonan ini?
KS: Dia (SB) tidak berkata benar.
HAKIM: Ada alasan lain? Kamu menggunakan peruntukan yang mana?
KS: Kebiasaannya ia merupakan satu hak istimewa tetapi ada pengecualiannya.
HAKIM: Kalau pihak pendakwaan ingin membantu saksi untuk ingat semula tetapi ia bukan yang berlaku sekarang.
(Mahkamah berhenti seketika selama kira-kira satu jam)
KS: Kami telah berbincang mengenai perkara ini. Kami perlukan masa untuk menyediakan hujahan lengkap. Kami berharap mahkamah dapat menangguhkan kes sehingga esok.
MY: Tiada bantahan.
HAKIM: Tangguh sehingga esok?
MY: Ya.
HAKIM: Mahkamah ditangguhkan sehingga pukul 9 pagi esok (hari ini).
KUALA LUMPUR : Selepas dua isu rancangan yang menerima tekanan politik daripada pihak-pihak tertentu, sebuah lagi dokumentari kali ini menerima nasib yang sama ditolak oleh RTM untuk disiarkan.
Dokumentari itu berkisarkan bantahan penduduk di Rawang berhubung pembinaan menara bervoltan tinggi di kampung baru mereka oleh Tenaga Nasional Berhad adalah sebuah siri untuk slot 'Galeri Mandarin Nasional'.
Dokumentari itu merupakan hasil usaha penerbit, Chin Hueyi dan wartawan Tan Ean Nee dengan Chou Z Lam sebagai penerbit bersama.
Chou adalah penerbit siri 'Empangan Bakun' yang digugurkan dari ke udara oleh RTM pada 28 April lalu.
'Galeri Mandarin Nasional' ke udara selama 10 minit bermula jam 12.20pm dari Isnin hingga Jumaat, selepas siaran berita tengahari dalam bahasa Mandarin.
Chou mendakwa RTM bertindak demikian kerana gusar ia akan mempengaruhi rakyat dan akan memberi kesan pada pilihan raya kecil Sibu, Ahad ini.
RTM sebaliknya menafikan perkara itu dan mendakwa Chou berdegil tidak mahu membuat suntingan ke atas dokumentarinya yang tidak seimbang.
Dokumentari siri 'Rawang' itu mempunyai lima episod sepanjang sepuluh minit setiap satu dan dijadualkan mula ditayangkan semalam. Bagaimanapun menurut Chou, siaran berita bahasa Mandarin dilanjutkan bagi menggantikan slot sepuluh minit 'Galeri Mandarin Nasional'.
Dalam blognya, Chou mendakwa siri 'Rawang' itu digugurkan tanpa sebarang notis mahupun penjelasan.
“Saya gesa mereka yang memalukan kerjaya kewartawanan untuk meletakkan jawatan mereka di RTM dan memohon maaf kepada penonton RTM dan juga kepada mereka yang telah menghabiskan masa dan usaha mereka dalam penerbitan siri dokumentari 'Rawang' dan 'Empangan Bakun',” katanya seperti dipetik media.
Kongsi berita ini
KUALA LUMPUR 10 Mei - Ahli-ahli UMNO disaran keluar daripada kepompong tradisi parti dan cuba melakukan pembaharuan yang lebih berani serta efisien dalam usaha mengekalkan kestabilan parti dan semangat perjuangan di kalangan orang Melayu.
Pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sains dan Sastera, Universiti Malaya (UM), Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad berkata, pembaharuan dimaksudkan termasuklah memberi lebih banyak peluang dan kepercayaan kepada ahli wanita serta golongan muda untuk menjadi pemimpin.
Katanya, sudah tiba masanya barisan kepemimpinan UMNO menonjolkan kumpulan baru untuk seiring dengan orang-orang lama menerajui parti keramat itu.
''Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan cerdik pandai yang telah berjaya. Saya percaya mereka boleh menarik pengundi di luar sana yang rata-ratanya berpendidikan dan matang dalam dunia politik,'' katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditanya mengenai pandangan dan cadangannya kepada UMNO yang akan menyambut ulang tahun ke-64 esok.
Mengulas lanjut, Noor Sulastry yakin, jika UMNO memilih untuk berubah ke arah itu Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang pasti memberi kemenangan besar kepada UMNO.
''Ahli-ahli lama tidak perlu risau tentang kebolehan golongan muda untuk menjadi pelapis, golongan itu hanya perlu dibimbing dengan cara yang betul,'' kata beliau.
YANG LAMA DALAM UMNO KADANG-KADANG LEBIH JELAS DARI YANG MUDA-MUDA DALAM UMNO.TUA MUDA SAMA SAHAJA KERANA TIDAK PUNYA MATLAMAT UNTUK MEMAJUKAN BANGSA DAN MENIGKATKAN MARUAH NERAGA DI MATA DUNIA.
Ketua Menteri negeri Sarawak, Taib Mahmud mencengkam bumi Sarawak selama lebih 29 tahun dan sudah tiba masanya rakyat di negeri itu terutamanya pengundi dalam Parlimen Sibu mengambil alih mandat daripada Taib dan keluarganya, serta memulakan era baru bersama Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat berjuang untuk pentadbiran yang lebih baik.
Rekod pemerintahan Taib Mahmud dan BN menunjukkan pentadbiran yang sangat buruk.
Keluarga Taib melalui Cahaya Mata Sarawak (CMS) menguasai kebanyakan kontrak dan perniagaan yang menghasilkan keuntungan lumayan manakala rakyat terus dibebankan dengan kemiskinan dan peniaga kecil menghadapi kehidupan yang sukar.
Sarawak adalah negeri yang sangat kaya.
Dengan mengamalkan sistem tender terbuka untuk semua kontrak kerajaan dan dengan menuntut kadar royalti yang lebih tinggi dari Petronas, semua rakyat Sarawak akan hidup lebih senang, sekurang-kurangnya bertambah separuh daripada apa yang ada sekarang.
Pencalonan Pengerusi DAP negeri Sarawak, Richard Wong Ho Leng sebagai calon rasmi bagi mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam persaingan merebut Parlimen Sibu disifatkan sebagai tepat pada masanya.
Sebagai Ketua PR dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon dalam Parlimen Sibu selama tiga penggal, beliau pastinya arif dengan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk dalam Parlimen Sibu.
Malah, beberapa hari selepas kerusi itu kosong, pihaknya awal-awal lagi mengumumkan bahawa jentera kempen akan memanfaatkan sepenuhnya isu-isu tempatan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini bagi memastikan masalah itu segera diatasi oleh pihak yang berkaitan.
Isu Banjir
Antara isu tempatan dalam parlimen itu yang sehingga kini gagal di selesaikan oleh kerajaan negeri ialah berkaitan permasalahan banjir yang berlarutan sejak puluhan tahun lalu.
Walaupun kerajaan Barisan Nasional Sarawak mendakwa telah memperuntukan jutaan ringgit, namun rakyat dalam Parlimen Sibu melihat kenyataan itu sebagai retorik politik kerana permasalahan banjir tetap berlaku sehinggalah ke hari ini.
Situasi ini akan lebih jelas kelihatan apabila berlakunya hujan walaupun sedikit tetapi pada masa yang sama Bandar Sibu tetap akan mengalami banjir dan ini pastinya menjejaskan kehidupan rakyat di kawasan itu.
Malah, Presiden SUPP, George Chan Hong Nam sebelum ini dilaporkan berang dengan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mendakwa beliau tidak mengendahkan nasib peniaga di kawasan Lebuh India, Kuching yang terjejas teruk akibat banjir sebelum ini.
"Saya tidak pernah berkata sedemikian, anda (wartawan) ada bersama saya ketika sidang media itu dan hanya See Hua Daily yang melaporkan berita berlainan," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) ketika itu.
Sehubungan itu, dengan mengundi Wong, permasalahan itu pastinya akan lebih mudah diselesaikan kerana beliau akan menyuarakan isu itu dengan lebih kerap dan lantang dalam persidangan parlimen akan datang sebagaimana yang beliau lakukan bersama Adun PR yang lain dalam persidangan Dun di negeri itu.
Secara asasnya, sejak PR mencatatkan kemenangan menarik pada pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2006, beberapa kejadian yang tidak diingin mula berlaku terhadap Adun PR.
Pejabat diceroboh, terima ancaman bom
Ini termasuklah pencerobohan yang berlaku berkali-kali terhadap pejabat Adun PR serta ancaman bom terhadap Adun dan keluarga PR di negeri itu.
Dalam kes ini, Wong tidak terkecuali malah isteri beliau turut menerima ancaman bom dan kes itu gagal diselesaikan oleh polis negeri sehingga ke hari ini.
Kejadian itu masing-masing berlaku pada 27 September 2009, 15 Oktober 2009 dan 5 Februari 2010 yang mana semua kejadian itu rancak berlaku selepas kejayaan PR pada pilihanraya negeri pada tahun 2006 yang menyaksikan SUPP mengalami kekalahan terbesar dalam sejarah parti itu apabila kehilangan lapan kerusi Dun termasuklah enam daripadanya di menangi DAP.
"Saya benar-benar tidak tahu kenapa (terjadi prestasi buruk). Apa yang boleh saya katakan ialah ini merupakan keputusan paling buruk dan teruk buat SUPP," kata George Chan sebaik keputusan pilihan raya negeri diumumkan ketika itu.
Antara yang menang dalam pilihanraya itu ialah Richard Wong Ho Leng bagi kerusi Dun Bukit Assek.
Manakala calon SUPP yang tewas termasuklah dua menteri muda, Datuk Alfred Yap Chin Loi dan Datuk Sim Kheng Hui, yang juga setiausaha agung SUPP.
Kekuatan Ho Leng
Apapun, faktanya ialah, Wong merupakan seorang pemimpin dan wakil rakyat yang cukup lantang menyuarakan permasalahan rakyat dengan fakta dan angka sehinggakan beliau pernah di gantung selama 12 bulan hanya kerana soalan yang beliau kemukakan dalam persidangan Dun gagal dijawab oleh Adun BN.
Itu menunjukkan bahawa suara beliau berkesan dan akan lebih manis lagi jika pemimpin seperti itu diangkat ke parlimen seterusnya mampu menggegarkan BN pada persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.
Tambahan pula, SUPP yang mewakili BN pada PRK kali ini kekal dengan krisis dalamannya.
Krisis SUPP di Bahagian Sibu dan Dudong
Terbaru, pengumuman presidennya secara tiba-tiba bahawa ahli-ahli SUPP bagi kawasan Sibu bersatu bagi menghadapi PRK kali ini walaupun beberapa tahun lalu diumumkan krisis SUPP bahagian Sibu sudah selesai?
Terdahulu, pada 3 November 2008, George Chan mendakwa krisis SUPP di bahagian Sibu selesai dengan memcahkannya kepada enam bahagian.
Anehnya, bermula penghujung tahun lalu, pengerusi BN di negeri itu, Taib Mahmud mula memberi amaran kepada SUPP agar menyelesaikan masalah parti itu terutamanya dalam kawasan Sibu dan Dudong, sebelum amaran itu dikeluarkan sekali lagi oleh timbalannya, Abang Johari Tun Openg selepas itu.
Difahamkan SUPP di bahagian itu berpecah kepada dua puak masing-masing diketuai oleh Soon Choon Teck dan Wong Soon Koh.
Choon Teck sendiri pada 23 Januari tahun lalu telah meletak jawatan sebagai penolong pegawai publisiti SUPP selain memboikot beberapa program parti itu termasuklah sempena sambutan ulang tahun parti itu yang ke 50 pada tahun lalu yang mana presiden SUPP merupakan tetamu kehormat.
Manakala Pengerusi SUPP cawangan Sibu, Wong Soon Koh mendakwa menerima sokongan daripada 27 cawangan SUPP Dudong.
Pemimpin Supp sertai DAP seumur hidup
Kesan krisis itu juga menyaksikan Majlis Tertinggi SUPP, Wong Chin Yong keluar parti seterusnya menyertai PR melalui DAP dengan membayar yuran keahlian RM100 sebagai ahli DAP seumur hidup.
Sementara itu, SUPP juga dilihat sebagai parti paling bermasalah dalam sekutu BN walaupun parti itu merupakan parti tertua di negeri Sarawak yang ditubuhkan pada tahun 1962.
Krisis Dun Engkilili dan Dun Pelagus
Ini dapat dilihat berhubung kedudukan kerusi Dun Pelagus dan Dun Engkilili yang sehingga kini gagal dimuktamadkan antara SUPP dan sekutu BN yang lain walaupun pilihan raya negeri kian hampir.
Dun Engkilili misalnya sehingga kini menyaksikan dua puak yang berbalah antara satu sama lain dalam perebutan sebagai calon parti itu.
Pada pilihan raya negeri 2006, calon SUPP tewas kepada Johnical Rayong anak Ngipa yang kini merupakan calon bebas BN dan difahamkan mahu bertanding sekali lagi mewakili BN tetapi dibantah keras oleh SUPP pusat.
Sehubungan itu, dengan pelbagai krisis dalaman yang melanda SUPP, adalah sukar untuk parti itu mempertahankan kerusi Parlimen Sibu dan ini merupakan masa yang terbaik buat pengundi di kawasan itu memenangkan Wong Ho Leng seterusnya mengangkat suara hampir 55,000 pengundi berdaftar di kawasan itu lebih didengari dalam persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.
KUALA LUMPUR : Peguam, Kalpal mendakwa Saiful tidak memahami ajaran Islam kerana dia tidak Mandi Junub selepas melakukan hubungan seks.
Saiful sebelum itu mengakui di dalam mahkamah yang dia tidak berbuat demikian selepas melakukan hubungan seks dengan Anwar kerana dia berada dalam keadaan darurat ketika itu.
Namun, Saiful berkata dia mandi sebelum pergi mengerjakan solat Jumaat selepas kejadian tersebut.
Terdahulu, Hakim Datuk Mohd Zabidin Md Diah telah menolak usaha Anwar untuk mendapatkan senarai saksi ekoran keputusan mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan yang menolak permohonannya sebelum ini.
Kalpal dalam mahkamah sebentar tadi bertanya mengapa pihak pendakwa begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela kerana jika benar tiada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar maka pihak pendakwa seharusnya menyerahkan senari saksi kepada pihak pembela.
Perbicaraan kes fitnah liwat II, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung hari ini, selepas tiga bulan ditangguhkan dengan peguambela Kalpal Singh menuntut senarai saksi.
Pada jam 11.25 pagi tadi, Kalpal memohon supaya kenyataan beramaran Saiful dikemukakan dengan berkata saksi tersebut tidak bercakap benar.
Karpal juga membaca salinan laporan yang menyatakan punca kesakitan adalah kerana kemasukan satu objek plastik ke dalam duburnya. Kalpal juga merujuk kepada laporan Hospital Kuala Lumpur, berkata tiada tanda parut atau kecederaan terbaru pada diri Saiful.
Peguamcara Negara 11 dan ketua pasukan pendakwa, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan supaya tidak menyerahkan senarai tersebut, dengan berkata senarai saksi itu "mungkin" diberikan diakhir pendakwaan.
Mohd Yusof berkata beliau tidak nampak hubungan antara soal-balas dengan senarai saksi.Menurutnya lagi, daripada keterangan Saiful, pihak pembela sudah boleh mengagak siapakah saksi-saksi berkenaan.
Karpal, bagaimanapun, berkata beliau mahu mahkamah menggunakan kuasanya mengikut Seksyen 56 Kanun Prosedur Jenayah untuk memaksa senarai saksi itu diserahkan.Karpal juga mengadu tidak mendapat nota keterangan.
Peguambela Karpal Singh mahu mahkamah memastikan mereka mendapat senarai saksi sebelum bermula sesi soalsiasat Mohd Saiful Bukhari Azlan.Beliau berkata, pihak pembela perlu tahu sama ada saksi mereka mungkin turut ada dalam senarai saksi pendakwa.
KUALA LUMPUR : “Jika Altantuya Sharibu tidak ditembak mati di Shah Alam beberapa tahun lalu, berkemungkinan beliau akan merayakan ulangtahunnya buat kali yang ke 32 pada 6 Mei ini.
Penulis buku 'Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya', Badrul Hisham Sharin berkata, kematian Altantuya yang terlibat menjadi orang tengah dalam pembelian peralatan pertahanan Malaysia telah mengundang seribu satu persoalan.
Menurutnya, imej negara kian parah ekoran terlalu banyak 'spekulasi' muncul berhubung kes itu.
“Kira – kira 19 buah media seluruh dunia menerbitkan artikel dengan jelas mengaitkan Najib Razak, yang kini merupakan Perdana Menteri (PM) Malaysia yang didakwa terlibat dalam pembunuhan Altantuya.
Malah ada cubaan menutup kes itu dengan melabel Altantuya sebagai model yang menjadi perempuan simpanan.
Walaupun siapa Altantuya beliau dan keluarganya berhak mendapat keadilan,” katanya dalam satu kenyataan.
Badrul yang juga Penyelaras, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberitahu, terlalu banyak 'misteri' dalam perbicaraan Altantuya termasuklah motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas PDRM yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali.
“Apa motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali ?
Merujuk kes Mona Fendi yang mengarahkan pembantunya Juraimi membunuh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari BN, jelas bukan sahaja Juraimi di hukum gantung tetapi yang mengarahkan Juraimi juga dihukum gantung.
Dua tertuduh pembunuhan Altantuya ini dibawah arahan siapa,” soal beliau.
Badrul menambah, secara jelas wujud pengakuan Altantuya dibunuh dengan pistol (bom C4 untuk menghapus bukti) malangnya mengapa pistol tidak dibawa ke mahkamah?
Pistol , arahan siapa dan milik siapa?
“Benarkah Altantuya datang ke Malaysia setelah mengetahui RM500 juta (komisyen/rasuah) hasil jual beli peralatan pertahanan sudah di perolehi Razak Baginda (orang rapat Najib) dan kedatangan beliau untuk menuntut 'bahagian' seperti yang dijanjikan?
Mengapa rekod imegresen Altantuya hilang?,” kata beliau.
Maka dengan ini bersempena dengan Ulangtahun Kelahiran Altantuya pada 6 Mei ini, SAMM dengan ini mendesak Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dengan tuntutan berikut;
“Kes Altantuya ini bukan sahaja melibatkan imej individu sebaliknya imej negara, kerana yang dituduh terlibat ialah orang nombor satu negara.
Desakan di atas harus ditunaikan dengan segera untuk memulihkan semula imej dan mencari kebenaran.
SAMM merupakan ikatan anak muda dari perbagai latar belakang yang ingin melihat Malaysia berdaya saing dihormati dipentas dunia dan rakyatnya sejahtera dijamin keadilan dan keharmonian.
Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Hari ulangtahun kelahiran Altantuya (pada 6 Mei ini) dan takziah kepada anggota keluarganya,” katanya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Difahamkan, buku 'Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya', dengan cetakan pertama sebanyak 3,000 naskah habis terjual.
Kini pihaknya mencetak kepada angka 10,000 naskah dengan 8,000 daripadanya laris dan terus mendapat sambutan dari seluruh negara.
Pihaknya juga kini turut bercadang menterjemahkan buku itu dalam bahasa lain termasuklah bahasa Mandarin atas permintaan orang ramai.
“SAMM mengalu-alukan sesiapa nak jadi wakil, tetapi syarat stok ambil secara tunai. Hubungi 0176688404 atau 0123696474 untuk mendapatkan stok dengan harga pengedar. Bertindak SEGERA,” tambah beliau.
Terdahulu, Penerbitan buku itu bukan sahaja mencetuskan fenomena dalam politik negara tetapi Badrul turut diancam dan dan diganggu oleh pihak polis termasuklah usaha menggeledah rumah beliau di Seremban pada 10 Februari lalu.
Altantuya yang dilahirkan pada 6 Mei 1978 merupakan anak kepada Shaaribuu Setev, seorang Profesor Psikologi dan Sh Altantsetseg.
Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia, sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China.
Beliau fasih berbahasa Mongolia, Inggeris, Rusia, Mandarin dan Perancis.
Wanita itu turut didakwa pernah bekerja sebagai guru siswazah, sebagai penterjemah dan juru bahasa di Ulaan Bataar selain sering ke luar negara selaku model sambilan dengan berkhidmat dengan beberapa agensi pelancongan.
MIRI : Ketiadaan bekalan air terutama semasa musim kemarau bukan perkara baru bagi penduduk di Niah sebaliknya masalah itu sudah membelenggu mereka sejak sekian lama.
Bukan sekali dua perkara itu dikemukakan kepada wakil rakyat dan agensi kerajaan berkaitan, namun saban tahun jawapan yang diberikan tetap sama iaitu 'kerajaan akan mengkaji perkara ini'.
Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Rumah Mentali, Tila Chakok, 42, berkata, setiap kali musim kemarau, mereka terpaksa mengepam air dari Sungai Saeh Merah yang masin sehingga apabila digunakan untuk mandi, sabun pun tidak berbuih.
''Murid-murid sekolah tiada pilihan memandangkan itu sahaja sumber air yang mereka ada untuk mandi manakala air hujan pula digunakan untuk memasak.
''Bagi keluarga yang besar mereka menghadapi masalah kritikal untuk melakukan aktiviti harian seperti memasak dan mandi.
Berbanding keluarga kecil, mereka boleh mengangkut air bersih dari pekan Batu Niah," katanya.
Chakok yang sudah tujuh tahun mengajar di sekolah itu berkata, mereka sudah lama menggunakan air masin tersebut iaitu sejak sekolah itu dibuka lebih 10 tahun lalu.
''Dulu kita mandi di Sungai Saeh yang masin ini, namun selepas ada bekalan elektrik yang disediakan Kementerian Pelajaran sejak dua tahun lalu, kita menggunakan bekalan air yang dipam dari sungai yang sama.
''Kos pemasangan pam air ini tidak mahal, namun ia turut mengepam air yang kotor selain masin," katanya sambil memberitahu sekolah tersebut mempunyai 21 kakitangan serta 62 pelajar.
Namun jelasnya, semasa musim kemarau, air sungai tersebut susah dipam kerana sungai mulai cetek.
Selain sekolah, 12 lagi rumah di kawasan sekitarnya turut menggunakan air masin iaitu Rumah Mentali Gesa, Rumah Linan Jalak, Rumah Suring Liang, Rumah Lucas Muling, Rumah Limbang Kaiyang, Rumah Sikun Ebit, Rumah Anyai Ijau, Rumah Danggang Tubai, Rumah Jalani Mambang, Rumah Philip Gindi, Rumah Mat Burai dan Rumah Lagan Mungkun.
Tuai Rumah Anyai Ijau, 40, ketika ditemui berkata, penduduk rumah panjang di situ amat memerlukan bekalan air bersih kerana air sungai yang ada kini sudah dicemari racun dan baja kesan daripada ladang-ladang sawit di kawasan itu.
''Penduduk rumah panjang kawasan Saeh semakin bertambah, justeru kami amat mengharapkan kemudahan asas.
Sementara itu, Tuai Rumah Jalani Mambang, 60, berkata, mereka terpaksa bergantung kepada air hujan untuk untuk tujuan minuman dan memasak selain mencuci pakaian dan mandi.
Namun kemarau yang berlarutan dan air sungai yang semakin cetek menyebabkan mereka tiada pilihan selain membeli air bersih dari kedai.
Kongsi berita ini

