POLITIK "KEBENCIAN" .INILAH YANG MEMBERI KESAN KEPADA Umno/Bn
Saya dicekik, dibelasah dan dipijak FRU - mangsa
Oleh Masdar WahidKUALA LUMPUR : Saya dicekik, dibelasah dan dipijak oleh puluhan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sehinggakan saya sukar bernafas.
Itu luahan Najib Mahfuz, 25 (gambar) salah seorang mangsa keganasan FRU yang bertindak mengganggu ceramah Pakatan Rakyat sempena sambutan ulang tahun ke dua gagasan itu di di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.
Menceritakan detik-detik cemas itu, Najib berkata, beliau bersama rakan yang lain cuba mempertahankan Pengerusi Penganjur yang sedang berucap ketika itu, Azmin Ali sebelum puluhan pasukan FRU yang lengkap dengan cota, perisai dan senapang naik ke pentas memburu setiap orang yang ada di atas termasuklah menyerang Ahli Parlimen (MP) PR.
"Dalam keadaan kelam kabut itu, puluhan FRU itu memukul sesiapa sahaja di atasa pentas termasuklah kami yang mengawal YB Azmin.
Rempuhan FRU dan polis pada malam ini merupakan satu lagi titik hitam keselamatan negara kerana polis dan FRU semakin mengganggu rakyat yang berhimpun secara aman berbanding memburu penjenayah di luar sana," katanya kepada erapakatan.com semalam.
Beliau mengalami kecederaan dibahagian muka, kepala, leher dan beberapa bahagian anggota badan yang lain.
Sehubungan itu, beliau bersama dua rakan lain yang turut dibelasah dan mengalami pendarahan malam tadi melakukan rawatan lanjut di hospital sebelum membuat laporan polis di balai berhampiran.
Wakil rakyat PR yang turut berada di pentas ketika itu terpaksa memasuki dewan bagi mengelak dibelasah oleh FRU tersebut.
Mereka termasuklah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Senator Negeri Selangor, Dr. Syed Husin Ali, MP Segambut, Lim Lip Eng, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, MP Pokok Sena, Mahfuz Omar, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan beberapa pimpinan PR yang lain.
Azmin Ali yang juga pengucap ke dua malam tadi memberitahu hadirin bahawa perhimpunan itu sah kerana ia merupakan tanah persendirian yang dimiliki kerajaan negeri Selangor dengan pengerusinya ialah Khalid selaku MB Selangor yang sebelum itu merupakan pengucap pertama.
"Tempat yang kita kumpul malam ini dimiliki oleh kerajaan Selangor, bukannya Umno ataupun (Datin Seri) Rosmah Mansor. Ini tanah persendirian, pemiliknya adalah MB (Tan Sri) Khalid Ibrahim.
"Kita kumpul sini dengan aman, Umno jangan takut (kepada) rakyat, polis marilah berkawan dengan rakyat," katanya yang menerima tepukan gemuruh ribuan rakyat sambil melaungkan reformasi dan bertakbir.
Azmin hanya berucap kira-kira 18 minit sebelum Polis bersama FRU merempuh rakyat yang melakukan benteng manusia di bawah pentas dan menyerbu ruang pentas ceramah.
Sejumlah puluhan FRU, turut kelihatan malam tadi sejumlah lima trak FRU dengan kelengkapan penuh turut kelihatan selain ratusan polis yang mengelilingi tempat ceramah malam tadi.
SEJAK DULU KALA BILA DI AJAK BERDEBAT UMNO AKAN MENIKUS.MACMANA NAK JADI JUARA RAKYAT????BERLINDUNG DI BALIK TV
SUMBER BERITA SUARA KEADILAN.GAMBAR-GAMBAR KIRIMAN BLOGGER ANAK SUNGAI DERHAKA.
SEBERANG JAYA 8 Mac - Jika sebelum ini Pergerakan Pemuda Pulau Pinang dan kumpulan pro-Umno cukup gah menggelarkan diri mereka "Pejuang Bangsa Melayu" namun slogan laungan terbukti omongan kosong semata-mata apabila gagal hadir pada Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat malam tadi.
Debat yang dijadualkan bermula pada pukul 9 malam itu terpaksa ditunda sehingga 15 minit bagi memberi peluang kepada Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahlan, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang Rizal Faris Mohideen, serta Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Jais Abdul Karim.
Lebih 1,000 hadirin tiba di tapak Expo Seberang Jaya untuk menyaksikan perdebatan hangat berkaitan "Isu Melayu - Islam Pulau Pinang: Antara Provokasi & Kebenaran".
Namun penantian hadirin dan wakil debat daripada Pemuda Pakatan Rakyat dihampakan dengan ketidakhadiran ketiga-tiga individu tersebut.
Pemuda Pakatan Rakyat yang sedia menanti untuk mengambil bahagian dalam debat itu diwakili oleh Husni Mat Piah dari PAS, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima R.S.N Rayer dari DAP serta wakil KEADILAN, Hazri Abu Bakar.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Amir Md Ghazali tindakan mereka cukup memalukan dan memberi gambaran jelas betapa rendah mentaliti dan kredibiliti Pemuda Umno, GPMS dan DPMMPP itu.
Usaha Pemuda Pakatan Rakyat mengadakan debat tersebut adalah bagi berbincang mengenai keadaan dan kedudukan sebenar orang Melayu di negeri itu melalui pendekatan intelektual.
"Mereka ini bacul dan bukan anak jantan. Jelas tahap intelektual, mentaliti dan kredibiliti mereka sebagai tokoh sangat rendah.
"Kami anjurkan perdebatan ini sebagai wadah intelektual bagi melihat kebenaran tentang keadaan Melayu di Pulau Pinang yang selama ini dimomokkan dan ditindas selama 52 tahun dibawah pemerintahan Umno-BN," kata beliau.
Tambahnya lagi selama ini Umno, GPMS dan DPMMPP hanya pandai membakar emosi orang Melayu yang kononnya ditindas tetapi takut apabila diminta bersemuka.
"Selama ini mereka hanya menabur fitnah yang membakar emosi orang Melayu. Usaha mereka ini bagi menutup kelemahan mereka yang memerintah di Pulau Pinang selama 52 tahun," katanya lagi.
Beliau berkata walaupun Pemuda Pakatan Rakyat gagal berdebat dengan tiga wakil tersebut namun sentiasa bersedia dan akan menjemput mereka untuk berdebat semula dimasa depan.
BIAR PUCUK BERUBAH ASAL AKAR JANGAN MATI.
BIAR PUCUK BERUBAH ASAL AKAR JANGAN MATI.
Umno/bn begitu gembira menerima beberapa kerat pimpinan pakatan yang melompat ke kem mereka. Peristiwa melompat ini berlaku sejak lama adanya sistem politik dimana masing-masing kalau pun tidak dengan prinsip perjuangan atau pun kerena bertentangan dengan prinsip perjuangan, ianya melibatkan pembahagian sejumlah wang yang di agihkan demi mendapat sokongan dan menyokong pihak tertentu . Peristiwa melompat ini berlaku di mana Dato Hussein Onn yang menubuhkan perjuangan melayu bersatu dan kerana merasakan perlunya penyatuan semua kaum dalam satu gagasan dengan menubuhkan Parti Negera, dilihat sebagai satu perjuangan untuk melakukan satu perubahan dan bukan nya kerana duit atau pangkat. Namun yang berlaku baru-baru ini pula bukan kerana kewangan atau pun di beli , namun ianya membabitkan kepentingan peribadi dakwa yang keluar dari parti.Hakikatnya ramai yang beranggapan setiap kali adanya perkara lompat melompat ini, ianya juga ada kaitannya dengan kewangan dan imbuhan.
Peristiwa melompat ini tidak pula di ikuti dengan pengikut yang berbondong-bondong mengikut beramai-ramai tau pun kawasan parlimen tersebut menjadi kucar-kacir kerana tok ketua yang melompat tadi punya akar umbi yang begitu ramai sehingga memenangkan mereka dalam pilihanraya dahulu. Namun mereka ini meninggalkan perjuangan dan melompat ke parti lain kerana merasakan mereka juga tidak melakukan sesuatu perubahan dan mungkin juga punya agenda peribadi. Apa pun peristiwa memlompat ini di lihat lebih baik dari bercakaran sesama sendiri dari dalam. Itulah yang berlaku di pihak yang satu lagi yang mengaku menguasai segalanya sebagai pemerintah.
Hakikatnya kekuatan sesuatu parti itu bukan bergantung kepada ketuanya. Jika ketuanya lari meniggalkan perjuangan , ketua yang lain akan di cari dan akhir mendapat ketua yang baru. Jika ini berlaku, sudah tentulah ini bukan sahaja akan menjadikan parti tersebut lebih kukuh, maka akar umbi tadi akan dapat menilai ketua yang baru itu lebih baik atau sebaliknya. Misalnya Umno, Pas, dua buah parti ini seringkali bertukar pucuk pimpinan. Berlainan dengan Umno, setiap kali bertukar pucuk pimpinan akan bertukar juga para kroni di puncak kuasa. Inilah yang membezakan antara Pakatan Rakyat dan Bn.
Kejayaan melompat seperti yang di gembar gemburkan oleh pihak yang di katakana kuat itu akhirnya tidak kemana juga,. Ianya tidak menyebelahi Umno pun atau membawa ribuan penyokong menyertai Umno . Kerana jika di lihat Bn sendiri masih lagi menghadapi pemberontakan dari dalam oleh komponen parti mereka. Malah TPM sendiri merasakan bahawa jangan sesekali membocorkan rahsia kelam kabut Mca dan juga kelemahan parti Mic kepada dunia luar . Biar isu tersebut di bincang di dalam Bn sendiri sahaja. Hakikatnya Bn sendiri menghadapi banyak masalah dalaman dan juga betapa berpecahnya Mca dan juga betapa sokongan terhadap Mic masih lagi kelam kabut dan menjejaskan persediaaan Bn menghadapi pilihanraya akan datang. Oleh kerana kedua parti sekutu ini di lihat sudah tidak boleh lagi menjamin kekuatan Umno dalam Bn untuk mentadbir. Maka kerana itulah Najib dan Bn kini menumpukan perhatian di Sarawak dan Sabah sebagai galang ganti bagi menggantikan sokongan kaum cina kepada MCa dan Gerakan , manakala mencari pihak lain di Sarawak bagi menggantikan sokongan kaum india terhadap Mic .
Kini, keadaan menjadi reda dan PKR yang menerima asakan bertubi-tubi hanya kerana kerajaan berperang dengan pemimpinnya Anwar Ibrahim , maka PKR di serang bertubi-tubi. Anwar di serang bagai beliau umpama sebuah parti yang begitu besar, Anwar di serang seolah-olah beliau seorang diri melawan jentera kerajaan, Maka kerana sebab itulah beliau memang selayaknya menjadi ketua Pembangkang kerana yang di serang kini adalah Anwar, yang kerajaan lawan hari ini adalah Anwar. Takutnya kerajaan terhadap anwar umpama melawan sebuah negara lain yang akan menyerang.Ini bukan sekadar jentera kerajaan menyerang, pecacai,petugas,hamba abdi umno turut sekali menyerang Anwar.Hebatnya Anwar.
Usaha ini tidak akan Berjaya kerana selagi akar umbi masih melihat sebagai satu cabaran buat mereka kerana taktik pemerintah, dan kerana masyarakat telah mencapai tahap kematangan politik yang juga semakin maju melalui membaca, mendengar dan melihat, maka usaha Bn dilihat sebagai cuba mengacau rumahtangga Pakatan Rakyat.Usaha ini pula tidak Berjaya menarik sokongan kepada Umno pun, malah seperti kata Dr Khir Toyo politik kebencian itu sebenarnya membuatkan orang ramai menyokong Pakatan Rakyat dan menjadikan simpatisme terhadap PKR bertambah. Menurut Yb Saifuddin selaku Setiusaha Agong PKR yang baru, beliau menyatakan bahawa dalam masa 3 bulan ini sahaja PKR mendaftar 50, 000 keahlian baru termasuk berhampiran dengan kawasan Sg Burung ,iaitu kawasan yang berdekatan dengan Khir Toyo. Menurut Saifuddin lagi kerana sikap politik kebencianlah yang menjayakan egenda reformasi rakyat, dan kerana sikap politik kebencian Umno jugalah PKR dan Pakatan Rakyat mendapat keuntungan dari apa yang di sebarkan. Percayalah, selagi Umno/Bn cuba memperbodohkan rakyat dan menananm semangar kebencian, maka selagi itulah sokoangan terhadap Bn akan semakin menipis dan PKR semakin matang dalam memutuskan dasar-dasar dan pengurusannya.
Umum mengetahui selagi akar umbi merasa yakin bahawa sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat adalah masih kukuh, maka kerana itu jugalah kita mengharapkan agar perpindahan ini akan dapat memastikan kawasan tersebut akan dapat dikekalkan kemenangan. Kerana selama 2 tahun rakyat telah mengenalpasti Yb-Yb yang melompat ini buat kerja atau tidak? Tanya juga di Bayan Baru pernahkah mereka bertemu wakil mereka di pasar, atau tanya juga di Bagan Serai, adakah program yang di anjurkan bersama rakyat? Sudah tentu anda akan tahu jawapannya. Maka kerana itu, jangan di kesal dengan pemergian mereka ini, kerana kemungkinan kawasan tersebut akan mendapat calon baru yang lebih baik dan dapat bekhidmat kepada rakyat.Apa pun akar harus di bajai dan disirami agar pucuk baru tumbuh dan menjadi subur semula.
Amiruddin Ahmad adalah Exco ALIRAN
Aliran Kesedaran Negara,
Penulis bebas untuk akhbar Konsep Era Pakatan.
RAMAI LAGI YANG NAK KELUAR-IKUT KATA ZULKIFLI NORDIN

Saya sudah hubungi mereka yang akan keluar parti - Zulkifli
Oleh Masdar WahidKUALA LUMPUR : Ahli Parlimen (MP) Kulim-Bandar Baharu, yang dipecat kerana kerap menimbulkan masalah dalam PKR hampir dua tahun yang lalu mendakwa telah menghubungi beberapa ahli dan pemimpin PKR yang akan keluar parti.
Beliau turut mendedahkan angka yang akan keluar parti itu sebagai ‘mengejutkan’.
Berikut merupakan soal jawab wartawan dengan Zulkifli selepas Jawatankuasa Disiplin PKR memecat beliau semalam.
Soalan: Adakah firaun kecil cukup bahaya pada pandangan YB (Yang Berhormat).
Jawapan: Cukup bahaya... bahaya kerana mereka mempunyai agenda untuk mengubah kerangka perlembagaan negara yang akan membabitkan segala institusi yang diiktiraf perlembagaan.
Soalan: Tindakan mereka dilihat berbahaya, adakah kepemimpinan PKR tidak boleh mengawal mereka?
Jawapan: Ya dan saya sedih kerana itu.
Soalan: Apa pula pandangan YB mengenai masa depan PKR?
Jawapan: PKR akan hancur kerana keputusan yang dibuat adalah mengikut kepentingan sendiri.
Ramai lagi tokoh-tokoh yang akan keluar, saya sudah dihubungi mereka dan ia akan berlaku tidak lama lagi. Jumlah yang akan keluar itu adalah amat mengejutkan.
Soalan: Apa pendapat YB mengenai kepemimpinan Anwar sekarang?
Jawapan: Saya rasa Anwar perlu keluar daripada ketaksuban mengejar cita-cita ke Putrajaya tetapi menumpu untuk menguatkan parti, itu kesilapan besar beliau sebab semua perjuangan dalam bentuk ceramah mengejar kepada Putrajaya. Saya rasa ia tidak sepatutnya berlaku.
Soalan: Adakah YB muktamad untuk tidak membuat rayuan?
Jawapan: Saya tidak bercadang untuk membuat rayuan, saya kenal firaun kecil ini, mereka hanya berlakon saja seolah-olah semua proses sudah dibuat.
Soalan: Adakah YB jangka akan dipecat?
Jawapan: Tidak... saya jangka akan dipanggil berhubung ketidakpuasan hati terhadap panel bukan Islam (dalam Jawatankuasa Disiplin).
Pemecatan Zulkifli diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam.
Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali, Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub, Ketua Penerangan Latheefa Koya dan Pengarah Strategik Tian Chua.
Sehubungan itu, Zulklifi didesak mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008.
Walaupun Zulkifli mendakwa beliau di’hukum’ tanpa diberi peluang membela diri, namun Jawatankuasa Disiplin itu awal-awal lagi membenarkan Zulkifli membuat rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh dia dipecat.
Sementara itu, mstar melaporkan Zulkifli tidak menolak akan menyertai PAS. Namun, sejak bulan lalu, pimpinan PAS, iaitu Mustafa Ali awal-awal lagi akan menolak permohonan beliau.
YANG KELUAR DAN YANG MASUK: Kalakau Untol pahlawan berprinsip – Anwar Ibrahim
Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Datuk Kalakau Untol sebagai pemimpin Dusun yang berprinsip, tegas dan berani menentang arus.
Menurutnya, semangat juang yang ditunjukkan oleh Datuk Kalakau bersama penyokongnya cukup mengagumkan beliau apatah lagi mantan Senator negeri Sabah itu selama ini banyak bersabar melihat kepimpinan songsang BN di negeri Sabah.
"Datuk Kalakau seorang pemimpin Dusun Sabah yang disegani dan dihormati dan seorang yang bijak dapat membezakan 'intan dan kaca’ lalu memilih PKR sebagai wadah tempat beliau berjuang. Syabas Datuk,” Kata Ahli Parlimen (MP) Permatang Pauh itu, di Tuaran, Sabah pada malam 28 Februari lalu.
"Mahkamah Malaysia hari ini dikuasai oleh Kerajaan sepenuhnya, naik pangkat dari Kerajaan, gaji bulanan dari Kerajaan, naik gaji dari Kerajaan. Pakatan Rakyat menang PRU akan datang, kita akan ubah semua ini, agar mahkamah benar benar bersifat berkecuali, maka barulah keadilan dapat ditegakkan betul."
"Lihat penderitaan orang kampung, penderitaan pengundi-pengundi, terutama sekali rakyat Sabah, kos hidup rakyat melambung tinggi.
“Bisa Datuk Musa Aman menyuarakan kesusahan rakyat? Dapat Datuk Musa Aman menyelesaikan masalah kenaikan kos hidup rakyat?
Kalau beliau tidak dapat menolong mengatasi masalah rakyat, Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 tolak calon BN dan jangan undi Musa Aman biar dia menangis tidak berair mata," nasihat Anwar kepada rakyat Sabah.
Sehubungan itu, Anwar memberi jaminan, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya diamanahkan memerintah Malaysia pada PRU akan datang, dalam tempoh dua hari gagasan itu akan memberikan hak 20 peratus hasil royalti minyak kepada negeri yang selayaknya termasuklah Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Sabah.
“Pakatan Rakyat akan tolong rakyat dari hasil bumi mereka sendiri, bukan untuk diri sendiri dengan cara buat projek mega dapat komisen mewah," tegas mantan Menteri Kewangan itu.
Terdahulu, Datuk Kalakau yang sebelum menjawat pelbagai jawatan penting dalam Syarikat berkaitan kerajaan (GLC), melepaskan ke semua jawatan itu dan keluar BN pada 18 Februari lalu sebelum menyertai PKR secara rasmi 10 hari kemudian.
Datuk Kalakau kini sibuk menjelajah ke seluruh negeri Sabah termasuklah menjemput MP Umno yang kini menyokong perjuangan PR, Tengku Razaleigh Hamzah untuk menerangkan isu berhubung hak royalti minyak yang selayaknya negeri Sabah mendapatkannya.
Pada Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat (PR) pada 19 Disember tahun lalu, PR bertekad untuk memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyat dengan memperuntukkan royalti 20 peratus daripada pendapatan petroleum mereka.
Selain itu, PR turut mencadangkan agar Suruhanjaya Di Raja diwujudkan demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu Pendatang Asing di negeri itu.
Turut menjadi dasar PR ialah menjamin Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli di Sabah dan Sarawak selain menghentikan serta-merta penindasan ke atas rakyat khasnya di kawasan Pedalamanakibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.
ALIRAN: Deserters deserve to be despised and denigrated
| Deserters deserve to be despised and denigrated |
| Friday, 05 March 2010 11:43 |
The stage was set on 12 February 2010 for the dishonourable conduct of certain so-called Hon’ble Members of Parliament. That day marked the first PKR resignation - the MP for Bayan Baru - and sparked the dishonourable exit of two more traitors of the voters who supported the Pakatan Rakyat by electing these renegades. On 1 March 2010 the MP for Nibong Tebal, Tan Tee Beng, and two days later on 3 March, the MP for Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, announced their resignations respectively. All of them suddenly seem to have grievances with their party and its policies. But whatever their views may be with regard to party and policy, these are only their personal views. These views do not reflect the views of their voters nor are they supported by those who voted for the PR at the last general election. Their selfish conduct has condemned them to dooms day for subverting parliamentary democracy. They will find no peace of mind after this terrible, wilful betrayal of trust. P Ramakrishnan |
ADAKAH UMNO AKAN HADIR DEBAT ESOK ???
KIRI : HADIR DI MAJLIS QARYIAH PERMATANG PASIR, KANAN:MENZIARAHI KEMATIAN SALAH SEORANG PENDUDUK DI KAMPUNG PERMATANG PASIR.
Malam kemuncak sambutan turut melibatkan semua pemimpin keempat-empat negeri di bawah Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan pada 10 Mac bertempat di Tapak Ekspo Seberang Jaya bermula jam 9.00 malam.
Mereka ialah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat serta Lim Guan Eng.
Sebelah malamnya pula siri ceramah penerangan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibung dengan menampilkan tiga setiausaha agung parti PR.
Pada 7 Mac, program edaran risalah diteruskan ke pasar Kepala Batas, pasar hari di Penaga, Tasek Gelugor dan Nibung Tebal.
Manakala Majlis Kenduri Rakyat juga diadakan di Bakau Tua pada pukul 12 tengah hari di mana para petugas dan Adun Pakatan Rakyat akan dipertemukan di sana.
Sebelah malam, dua ceramah serentak iaitu di Dewan Millenium yang diuruskan oleh Sekrateriat Wanita Pakatan Rakyat dan debat perdana antara Sekrateriat Pemuda Pakatan Rakyat dengan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Jais Karim, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zailan.
Pada 8 Mac pula, pukul 4.00 petang taklimat GST oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.
Kuliah Maghrib khusus menceritakan dasar dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Masjid Kampung Melayu dan Pusat Pendidikan Padang Menora, Tasek Gelugor.
Malam tersebut juga diadakan dua ceramah serentak iaitu di Padang Menora dan Dewan Serbaguna Nibung Tebal.
Pada 9 Mac, edaran risalah diteruskan di Pasar Chowrasta. Kuliah Maghrib di Masjid Terapung, Tanjung Bungah manakala ceramah diadakan di Kompleks Sukan, Balik Pulau dan Taman Ciku, Bukit Mertajam.
Pada 10 Mac, semua Adun akan menyedarkan risalah di Pasar Seberang Jaya dan Taman Cermai, Permatang Pauh.
Kuliah Maghrib diadakan di semua daerah di mana kemuncaknya ceramah menteri besar dan ketua menteri dari negeri Pakatan Rakyat.