ALIRAN MEDIA STATEMENT


Aliran Media statementhttp://www.aliran.com/

*OSA to protect PKFZ? *

Malaysia is perceived to be one screwed up nation. There is no doubt about it. It is difficult to fathom what is our priority and what we should be concerned about. Should our priority be safeguarding secrets or exposing corruption?


We are taken aback by the NST report yesterday – 'Probe into expose of port govt secrets' – that investigations are underway to determine who was responsible for leaking the cabinet papers on the PKFZ that were posted on the Malaysia Today website.


The information contained in the 18-page document that was made available by this webpage for the benefit of the public could potentially implicate the cabinet and put the blame squarely on ministers and prime ministers.


This information throws light on why the cost escalated and how the project was grossly inflated. The Port Klang Free Zone project has squandered billions of ringgit of public money and has seemingly received the blessings of people who have been entrusted to be guardians of our finance. People who were expected to be accountable, transparent and responsible have failed us miserably.


It is these failings that they want to keep hidden by going after those who had a hand in revealing their complicity in this sordid affair.


They are not interested in investigating the element of corruption that is raised in this expose but they are only intent on punishing those responsible for leaking the corruption involved in the PKFZ project.


Is this why the OSA was legislated - to protect the corrupt and the guilty?


Shouldn’t the investigation focus on the incriminating contents of the document and bring to book all those who are guilty of corruption? But the police and the Attorney- General are allegedly directing their energy elsewhere to nail those who had the audacity to expose this corruption.


Shouldn’t what was exposed be of interest to the Malaysian Anti-Corruption Commission? Wouldn’t this be of vital importance in their investigation?


But let it be known that history has shown that the messenger may be stopped but the message can never be suppressed.


P Ramakrishnan
President
20 September 2009

MALAM RAYA BERSAMA YB SALLEH MAN



Anak muda di Kampung Petani menerima kunjungan YB Sallah Man ke jamuan malam raya di kampung mereka.









PERMATANG PASIR-Malam raya di sambut dengan jamuan di beberapa kawasan di sekitar Permatang Pauh.Uztaz Salleh Man YB Permatang Pasir hadir di 2 tempat dimana anak muda dan orang kampung membakar Kibas,Kambing dan juga daging serta ayam untuk jamuan malam hari raya.
Sebentar tadi(JAM 10 HINGGA 12.00 MALAM ) ,jamuan di adakan di Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir, dan sambutan yang sama juga di adakan di KampungPetani .Anak muda bangga dengan kehadiran wakil rakyat bersama meraikan jamuan di malam raya.Beliau juga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDULFITRI KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA.
SELAMAT HARI RAYA......MAAF ZAHIR DAN BATIN BUAT PENGUNJUNG BLOG INI.SELAMAT HARI RAYA DARI PIMPINAN


AHLI MAHU ISA SAMAD,TUN M KATA JANGAN

Nampak sangat ahli Umno tidak kisah dengan pimpinan mereka yang melakukan rasuah.Inilah yang dikatakan sebagai tidak punya kesedaran dengan pimpinan yang melakukan rasuah namun masih mahu memilih.Adakah Umno tidak punya calon lain?inilah persolan yang diketengahkan oleh Tun Mahathir dengan menyatakan bahawa jika Isa Samad dipilih ianya seolah-olah Umno tidak serius untuk menghapuskan rasuah.

Menurut Tun M "Isa didapati bersalah melakukan rasuah, dan jika beliau menang sekali pun apa yang akan di pandang oleh duia luar terhadap UMno".


Malah menurut Tun M lagi, jika seseorang pemimpin sudah menjadi liabiliti terhadap parti, beliau seharusnya melepaskan jawatan, sebagaimana Tun M lakukan sendiri apabila beliau digelar dengan berbagai gelaran dan sudah dibenci oleh pimpinan Umno sendiri dan rakyat.

MAT TEMPE LAPUR KENA UGUT,MB TAK SAH MENGADU POSTER DISIMBAH CAT

Ragam dua orang Kuat Bn .Satu menteri besar tidak sah Zamry mengadu dimana poster hari raya beliau telah disimbah cat di bandar Setiawan, manakala Khir Toyo mengadu beliau menerima ugutan bunuh sama ada ditembak atau pun di sumpit dengan sumopitan beracun.

Kisah Khir Toyo cuba menjatuhkan kerajaan Selangor memang banyak namun semuanya kantaoi.

1. Kes Babi- Mulanya membuat fitnahmenytakan bahawa kerajan negeri sedang merancang untuk membina ladang babi moden.Tetapi akhirnya beliau dan beberapa EXCO merancang merembat RM100 juta duit WHO

2. Kes Lembu-Kononnya MB Selangor salahguna wang membeli lembu dan kahir MB bertemu Sultan Selangor dan diperkenankan.Khjir Toyo Kantoi lagi.

3.Rasuah salahguna peruntukan kerajaan negeri-BALKIS dan kes melancong ke Disneyland

4.Cuba menjatuhkan kerajaan Selangor dengan isu tanah dan hakmilik tanah

5.Kes kuil yang terbaharu

Kalau nak disenaraikan kes yang cuba dibuat Umno negeri,banyak sangat, namun akhirnya semuanya melibatkan dan menjelaskan salahurus Khir Toyo dan kroni beliau.Akhirnya semua ini menunjukkan betapa Umno telah banyak menyalahguna duit rakyat di Selangor...

MUNGKIN INI YANG BERLAKU KEPADA YANG TIDAK MAMPU





Filem ini menggambarkan keadaan kampung Buah Pala dan mungkin juga kampung Tanjong Tokong dan kampung-kampung yang lain.

HAMPIR MEMBAKAR DIRI KERANA RUMAH

14 September 2009. Mahkamah telah memutuskan untuk merobohkan 17 rumah penduduk kampung Buah Pala.Seorang penduduk , Madam R. Indrani mencurahkan minyak tanah sebelum di tahan oleh anak lelaki beliau C. Seelan.

Menurut Madam Indrani, mereka perlu mencari tempat untuk berlindung namun tidak berjaya sehingga kini.Kaum Cina tidak mahu menyewa kerana bulan "hantu lapar", menurut beliau tidak ada sesiapa pun mahu menyewanya apabila menyatakan bahawa penduduk Kampung Buah Pala ada gangster.



KERAJAAN NEGERI SELANGOR ,KEDAH DAN PULAU PINANG BERI BONUS UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI

Dua buah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan Selangor memberi hadiah khas kepada kakitangan kerajaan negeri sebanyak RM 500 sebagai duit raya dan juga yang bekerja dibawah agensi kerajaan masing-masing agar dapat meyambut hari raya dengan gembira.

Kerajaan Selangor mengumumkan sekali bayar iaitu menjelang Jumaat , manakala kerajaan Pulau Pinang dalam bentuk 2 kali sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan pusat.Kerajaan Pusat dikritik sesetengah kakitangan terutamanya yang memegang jawatan diperingkat pengurusan dan profesional yang tidak merasai "duit Raya" tersebut.

Kerajaan Selangor membelanjakan sekitar RM 4.38 juta kepada kakitangan kerajaan negeri sebagai bonus khas,manakala kerajaan negeri Pulau Pinang pula membelanjakan sebanyak
RM1,649,500.00.

Baru-baru ini kerajaan Pusat memberikan hadiah khas kepada kakitangan awam dimana ianya dibayar sebanyak 2 kali iaitu sebelum hari raya dan pada bulan Disember.


Sementara itu seramai 5,300 kakitangan kerajaan negeri Kedah kumpulan sokongan akan menerima 'duit raya' sebanyak RM500 yang akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing esok...

Manakala kerajaan Klantan juga di jangka akan berbuat demikian.

KAKI BODEK MEMBELA MAHATHIR


Selepas Sukumaran, seorang ahli MIC Paya Besar mengeluarkan satu kenyataan agar Mahathir di hadiahkan dengan kalongan kasut,kini pembodek Umno membuat laporan polis.Umno Bukit Gelugor kini mengambl langkah seterusnya dengan menyatakan satu penghinaan kepada pimpinan negera yang di kenali sebagai Mahzalim dan juga Maha-Maha dalam sebuah novel Dato Shahnon Ahmad sewaktu awal reformasi dahulu.

Mereka berpendapat bahawa dengan menghina Tun Mahathir itu seolah-olah menghina semua ahli Umno.Seolah-olah Tun Mahathir tidak boleh dikritik walau kebanyakkan sistem yang ada sekarang ini adalah hasil peninggalan beliau sebelum ini.

Selepas Tun Abdullah gagal untuk menyelesaikan beberapa masalah yang ditinggalkan Tun Mahathir, kini giliran DS Najib pula untuk memperbetulkan tanggapan orang Melayu yang tidak menyokong tindakan Tun Mahatir baik dalam sistem kehakiman,menghapuskan rasuah,berbelanja ikut suka hati membalun duit PETRONAS, dan kini ada lagi yang sedihnya apabila Umno yang suatu ketika dahulu pernah menjadi lambang menipu kaum Melayu sudah menyedari bahawa kesilapan yang lalu perlu diperbetulkan.

Tidak ada sesiapa pun yang dapat menafikan bahawa sejak Anwar disingkirkan dari kerajaan, orang Melayu mula membuka mata di ketika itu dan gelombang untuk menolak Umno belum pudar sehingga kini.Sepatutnya tindakan Sukumaran ini akan dilihat sebagai hero diketika Tun Mahathir berkuasa.Tindakan Sammy Vellu mengkritik Mahathir pula harus dibuat diketika Tun Mahathir berkuasa, dan diketika itu baru dianggap sebagai pejuang bagi rakyat.

Kini selepas kuasa beliau tidak lagi berada di puncak, semua sudah mula menghentam beliau termasuk seorang ahli MIC yang fanatik dengan Sammy Vellu.Maka kerana itu Umno Bukit Gelugor pula membela Mahathir untuk memaksa Sukumaran di kenakan tindakan.Mungkin Umno Bukit Gelugor mahu Sukumaran di tahan dibawah ISA kerana mengkritik pemimpin kesayangan mereka Tun Mahathir Mohammad.Pada pandangan Jurit, setiap laporan yang dibuat beliau sebagai ahli Umno,mestilah diambil tindakan drastik sebagaimana yang biasa di lakukan sebelum ini dimana akan diambil tindakan jika ada ahli Umno yang melaporkan sesuatu.

Itu bukan satu pembelaan yang dimanfaatkan oleh Umno Bukit Gelugor,Tidak seramai mana pun Melayu di kawasan tersebut.Malah Mohammad Jurit patut membela Melayu Tanjong Tokong yang akan di pinggirkan dari tanah Pulau Pinang.Isu Sukumaran menghina Mahathir ini adalah kecil sahaja dari apa yang boleh dikaitkan dengan Mahathir semasa beliau mengendalikan kerajan Malaysia. Apalah sangat jika di bandingkan dengan penghinaan terhadap raja-raja melayu dizaman beliau. Kini beliau perlu juga menerima habuan kerana mungkin pernah menghina orang lain.Untung juga belum di baling dengan kasut....sebagaimana yang dihadapi Bush.Mungkin Sukumaran merasa marah dengan Umno dan bukannnya Tun Mahathir.Tun Mahathir adalah lambang kepada beberapa siri pentadbiran kerajaan Bn selama 22 tahun memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Banyak kesan peninggalan Mahathir hingga ke hari ini yang akhir di tolak oleh pimpnan Umno sekarang.Mahathir juga mengutuk pentadbiran Pak Lah dan juga DS Dato Najib.Maka kerana itu , rasanya isu kalungan kasut ini tercetus lama dalam fikiran rakyat , cuma masa sahaja untuk mencetuskannya tidak kena.Adalah lebih elok Tun Mahathir memerhati dan jangan rosakkan pentadbiran DS Najib yang sedang berjalan sekarang..dan lebih baik sahaja mendiamkan diri kerana diam itu lebih baik dari tidak.Biarlah generasi sekarang menjalankan tugas dengan tenang kerana jika di zaman Mahathir sekalipun sudahpasti akan terpenjara sebagaimana Anwar...

PARTI PEBANGKANG SARAWAK ADAKAN MESYUARAT KALI PERTAMA


KUCHING-Empat parti pembangkang utama Sarawak PKR,DAP,PAS dan SNAP mengadakan satu mesyuarat buat pertama kali bagi persediaan menghadapi pilihanraya umum akan datang dan sebagai satu persediaan awal ke arah pemerintahan negeri tersebut.


Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh pengerusi perhubungan negeri PKR Sarawak Mustafa Kamil Ayub bersama 7 jawatankuasa parti yang lain.


DAP pula di wakili oleh pengerusi nya iaitu Wong Ho Leng, Chong Siew Chiang, Chong Chieng Jen dan tujuh yang lain manakala PAS di wakili oleh Saidin Massudin Sahini dan 6 jawatankuasa yang lain serta SNAP pula di wakili oleh Edwin Dundang dan setiausaha agognya iaitu Stanley Jugol


MUstaffa memberitahu wartawan selepas mesyuarat tersebut bahawa apa yang di bincangkan iaitu meletakkan calon disetiap kawasan DUN iaitu sebanyak 71 DUN mengundi dengan cara satu lawan satu dan dalam masa yang sama mengukuh jentera Pakatan Rakyat .


Mengenai pembahgian kawasan pula, Mustaffa menjelaskan bahawa setiap parti diberi masa yang sesuai bagi menentukan kawasan yang hendak di tandingi dan kita akan berbincang untuk membentuk jawatankuasa seterusnya.


Mustaffa juga menjelaskan setiap langkah dan juga kenyataan yang akan di buat akan di salurkan ke jawatankuasa yang di pengerusikan oleh 4 parti.

"Kita tidak mahu adanya salah tanggapan dimana semua yang berlaku hendaklah di salurkan ke dalam parti untuk di selesaikan dengan cara pemuafakatan" , demikian jelas Mustaffa lagi.


Menurut Edwin Dundang , beliau begitu gembira apabila di jemput bagi menyertai mesyuarat Penting ini bagi membentuk sebuah pakatan yang kuat dan kukuh bagi menghadapi Bn di Sawarak.

"Kita sedang memperkenalkan sistem dua parti kepada rakyat Sarawak, Jika mereka merasa bosan dengan Bn mereka boleh mengundi PR di sarawak" jelas Dundang lagi.


Sementara itu Pengerusi perhubungan negeri DAP , Wong juga merasa kan bahawa ini adalah satu sejarah yang akan membentuk satu kerjasama yang kukuh.
Sementara itu menurut PKR , mereka telah menyerahkan dan mengarahkan semua cabang parti tersebut agar mengenalpasti calon yang sesuai bagi mewakili mereka dalam pilihanraya yang umum nanti ', Keputusan megenai calon kemudiannya akan ditapis dan dibincangkan dalam jawatankuasa parti tersebut.
Beliau juga menyatakan bahawa persediaaan awal dilakukan kerana ianya penting sebab pilihanraya mungkin akan di adakan pada tahun ini atau pun tahun hadapan.

GAMBAR DAN PERISTIWA MENYAYAT HATI DI KAMPUNG BUAH PALA-





















Sekitar jam 3 petang ,skuad meruntuhkan rumah telah meruntuhkan 15 buah rumah dikampung Buah Pala .Skuad ini kemudiannya telah meninggalkan kawasan dengan bantuan anggota polis.Para penduduk kini merasai kehilangan rumah mereka sejak turun temurun.Kedengaran juga sestengah penduduk menjerit nama pimpinan yang tidak hadir untuk membantu diketika mereka memerlukan.


"Ada pimpinan yang berjanji untuk mengadaikan hatta nyawa sekali pun , namun apabila ini terjadi , muka mereka pun menghilang.Mereka hanya mahukan undi kami", demikian jerit penduduk.

Kejadian seperti ini akan berlaku di mana-mana kawasan di Pulau Pinang.Kini kebanyakkan kawasan yang ada masih kekal ialah di Sebarang Perai, iaitu kawasan turun temurun yang masih kekal asal di Permatang Pauh dan Kepala batas. Jika ini terjadi , siapakah yang akan tampil untuk membantu.mungkin rakyat akan bertindak sendiri????

Pertnyaan ini boleh di jawab dengan berbagai alasan, mungkin kerana ianya merupakan perjanjian yang telah lama berlaku dulu sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih dan ini merumitkan.Namun yang anihnya ada sesetengah kawasan dapat pula dilindungi dan yang lain tidak.Dimana kedudukan rakyat untuk mengadu apabila kejadian seperti ini berlaku???

Misalnya di Tanjong Tokong.Namun di kawasan Bang Laud dan juga kampung cina Jetti tidak pula menjadi satu isu untuk merobohkannya???

SELEPAS KAMPUNG BUAH PALA KINI TANJONG TOKONG















KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN


PENDUDUK TANJONG TOKONG MULAKAN KEMPEN “SELAMATKAN TANJUNG TOKONG”

Terjemahan Oleh ;Amiruddin Ahmad

Penduduk kampong Tanjong Tokong yang mendakwa bahawa mereka adalah antara terawal yang mendiami Pulau Pinang telah memulakan kempen mereka bagi mengekalkan suasana kampong di Pulau Pinang.

Keatuan Penduduk kampong Tanjong Tokong yang berdaftar dengan mempunyai 500 ahli telah melancarkan langkah pertama mereka dengan meminta tandatangan bagi seluruh negara bagi mendapatkan sokongan dari seluruh masyarakat Malaysia bagi mengekalkan keadaan di kampong tersebut.

Menurut penduduk kampong tersebut , mereka berazam bagi mendapatkan tandatangan 3000 orang dengan sokongan dari berbagai NGO’s tempatan dalam usaha menjaga warisan kampong itu.

Keduanya, mereka juga akan mengemukakan kepada pihak UDA berkaitan dengan semua bentuk risalah,serta dokumen yang berkaitan dengan politik dan juga sejarah dimana ianya akan dapat dijadikan sebagai satu cntoh agar pihak UDA memahaminya.Begitu juga mereka akan mengemukakan sejumlah tuntutan yang sepatutnya diterima penduduk jika mereka di paksa untuk berpindah dari kampong tersebut.

Menurut pengerusi bertindak Mohd Salleh Yahaya, berliau berkata bahawa ,perkara penting yang menjadi keutamaannya mereka ialah mengekalkan kebudayaan dan juga kependudukan sebagai sebuah perkampongan Melayu dan diiktiraf sebagai sebuah kampung Melayu yang kekal di Pulau Pinang.


Sejak UDA menyatakan bahawa penduduk di kampong tersebut tinggal di tanah setinggan , semua penduduk merasakan bahawa mereka kehilangan hak mereka di atas tanah sendiri.

“Kami telah kehilangan hak kami, pada hal kami adalah penduduk asal di kampong ini setelah ianya di katakan kami ini adalah setinggan oleh UDA”

“Kerajaan Persekutuan harus memberikan satu keyataan bahawa kampung ini adalah hak penduduk Melayu Tanjong Tokong dan ianya menjadi hak kami untuk tinggal di sini” , demikian jelas beliau lagi.


Merujuk kepada apa yang terjadi kepada perkampung asal penduduk kampong Buah Pala dan apa yang terjadi kini , maka jelaslah tidak ada mana-mana pihak pun baik kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang mahu bertanggungjawab bagi membantu penduduk di Pulau Pinang.


Beliau menyatakan demikian di mana pekampungan yang di iktiraf oleh kerajaan negeri seperti perkampungan nelayan kaum Cina di Bang Laud an juga Jetti kongsi kaum Cina di iktiraf.Adakah ini diiktiraf sedangkan kampung Buah Pala dan kampung Melayu tanjong Tokong di ketepikan???soalnya lagi

“Kita hanya akan dapat mengekalkan keadaan ini apabila kerajaan persekutuan mengeluarkan kenyataan bahawa kampung ini adalah kampong yang menjadi perkampung tradisional yang menjadi lambang budaya masyarakt Melayu”; jelas Mohd Salleh lagi.


Selepas mendapatkan tandatangan dalam jagkamasa l sebuan ini , mereka akan membawa semua maklumat dan bukti untuk bertemu dengan Rais Yatim, menteri yang bertanggungjawab bagi menjaga kepentingan kebudayaan dan kesenian negara.

Kampung Melayu Tanjung Tokong dianggarkan mempunyai 24 ekar tanah dengan 3000 buah rumah , termasuk 30 buah rumah setinggan yang tidak mempunyai nombor rumah , dan mempunyai 6000 penduduk.Namun dengan pemecahan yang dilakukan UDA , mereka hanya mengiktiraf sebanyak 1,026 keluarga sahaja.

Namun menurut setiausaha kampong tersebut, Wahab Sini Ibramsa berkata bahawa persatuan itu mendapati bahawa sebanyak 500 nama penduduk kampong ini telah di hilang sebagai pemilik tanah.


“Kami akan menyenaraikan dan menjelaskan kepada pihak yang berkenaan dengan bantuan pelajar Universiti sains Malaysia untuk membetulkan senarai nama dan pemilik tanah asal di dalam kampung ini".beliau menyatakan dalam sidang akhbar beliau.



Sorang aktivis dalam bidang social dan juga kajian serta analysis mengenai perkampungan Melayu Wazir Jahan Karim mendapati bahawa pihak berkuasa mempunyai satu sikap iaitu tidak mahu mengekalkan perkampungan ini kononnya ianya tidak terurus dan sanggup membina penempatan asing yang lebih terurus Cuma untuk menempatkan pelancong.Beliau juga menyatakan demikian dengan menjelaskan bahawa ianya kini terjadi di Pangkor,Langkawi Tioman dan Pulau Pinang.

Sejarah telah membuktikan bahawa Kampung Melayu Tanjong Tokong adalah sebuah perkampungan yang tertua dan mengekalkan kebudayaan Melayu dalam negeri ini.
Sebuah buku yang berjudul “Penang Lama” menjelaskan kampong Melayu tersebut wujud sejak 200 tahun dahulu sebelum kedatangan Inggeris iaitu Sir Francis Light pada tahun 1786.

Namun dalam afidavit yang di kemukakan oleh UDA, jelas menyatakan bahawa penduduk kampong ini adalah setinggan.Menurut mereka lagi pihak penduduk kampung telah menghantar surat ke pejabat Perdana Menteri sejak November lalu menuntut agar pihak Kerajaan Persekutuan mengktiraf kampong Melayu Tanjong Tokong adalah perkampung Tradisional Melayu.

Namun menurut Mohd Salleh Perdana Menteri DS Najib Riazak tidak pernah menjawab perkara tersebut sehingga kini.

Kerajaan terdahulu yang di ketuai oleh Barisan Nasional telah mengeluarkan kenyataan bahawa perkampungan yang mempunyai 64 ekar ini di pajak kepada kepada pihak UDA pada tahun 1974 dulu dalam usaha untuk pembanggunan semula perkampungan ini.Ianya bertujuan untuk menyusun semula kaum Melayu di Pulau Pinang dimana ianya di rancang oleh bekas perdana menteri Tun Abdul razak , bapa kepada DS Najib Tun Razak.

Beberapa tahun lepas , kerajaan Bn juga telah memberikan hak kepada UDA kawasan berdekatan seluas 54 ekar lagi bagi membangunkan penempatan.Menurut Mohd Salleh. Dalam piolisi ini juga penduduk mestilah di pindahkan, dimajukan bersesuaian dengan era pembanggunan tempatan, namun usaha ini gagal di lakukan oleh UDA.



Pihak UDA dijangka akan membina 650 unit bungalow dan juga rumah kos rendah di tanah seluas 40 hektar dan menyusun semula penduduk , yang mana ianya bukan pemilik tanah tersebut.Pihak UDA juga katanya membina apartment kos sederhana dan terbuka kepada sesiapa yang mahu membelinya.


“semua bentuk perumahan yang akan di bina adalah untuk kepentingan pemaju dan juga keuntungan dan bukan untuk penduduk kampong ini” demikian jelas Mohd salleh.

Pihak UDA menawarkan kepada penduduk kampong sebuah unit rumah flat kepada penduduk’ demikian jelas beliau lagi

Dalam hal ini kepada siapakah penduduk kampung Tanjong Tokong akan merayu kerana dengan apa yang berlaku kepada penduk kampung Buah Pala, harapan mereka tidak kemana.

UMNO TELOK KEMANG ADA MASALAH DENGAN PEMILIHAN CALON




TPM Tan Sri Muhyiddin baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa Umno Telok Kemang harus mennyenaraikan beberapa nama sebagai calon dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.Namun di pihak Umno Telok Kemang pula seolah-olah tidak ada nama calon lain lagi kerana melihat akan Isa Samad adalah calon terbaik.Terdesak sungguh Umno sekarang ini untuk memilih calon sedangkan PAS telah sedia mengemukakan senarai calon yang berderet menanti.

Malah dalam satu temuramah dengan Hj Hadi, beliau menjelaskan bahawa PAS yakin akan mendapat sokongan yang melonjak dan tidak mustahil menang walau umum mengetahui akan jumlah undi pos seramai 5000 undi itu ditangan Bn, namun hakikatnya, menurut Hj Hadi lagi ialah undi pos itu, jika benar-benar Bn berani dan iklas untuk melihat sama ada rakyat menolak atau menyokong mereka, maka biarkan ianya berjalan dengan telus.Itu jelas suratan hakikat yang diinginkan oleh pihak Pakatan Rakyat.

"Undi pos tidak semestinya memihak kepada mereka kerana kita juga pernah mendapat sokongan daripada undi pos ini.

"Cuma yang kita mahu ialah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telus dalam proses undi pos termasuk membenarkan kempen kepada pengundi pos dan mereka juga boleh hadir sama-sama mendengar kempen kita," katanya.


Lain pula bunyinya di pihak Umno yang sedang berhempas pulas memikirkan sama ada mahukan Isa Samad yang dilihat tidak berapa besih itu menjadi calon atau melihat bahawa ada calon lain yang lebih bersih, agar peristiwa ahli Umno mengkhianati pucuk pimpinan Umno dengan meletakan Sharozat sebagai calon Bn di Permamatang Pasir baru-baru ini.

Umno Telok Kemang katanya hanya menghantar satu nama saja iaitu nama Mohd Isa.
Bagi Muhyiddin ada sebab kenapa beliau tidak mahu kepada Mat Isa. Mungkin mengenangkan diri Mohd Isa tidak berapa bersih. Mohd Isa pernah digantung sebagai Naib Presiden kerana rasuah. Tetapi itu bukan alasan sebenar bagi Muhyiddin.

Apa yang dapat dilihat di sini keengganan Muhyddin itu kerana Mohd Isa akan menjadi ancaman kepada politiknya.

Mohd Isa tidak begitu menonjol kepimpinannya di luar. Tetapi ia sangat dikagumi di Negeri Sembilan. Sekiranya beliau diberi peluang semula menerusi pilihan raya kecil ini memberi kesempatan untuk beliau come back. Inilah yang paling ditakuti oleh Muhyiddin. Makanya bagi Muhyiddin beliau ada sebab yang tersirat dan tersurat kalau beliau mahukan beberapa nama lain lagi untuk menjadi calon Bagan Pinang dan bukan nama Mohd Isa sebagai calon tunggal.

Muhyiddin dan Mohd Isa sudah lama bermasam muka dan lama berlaku dulu. Ia bermula semasa pemilihan pucuk pimpinan Umno tahun 2004. Mohd Isa diketahui bahawa antara pengerusi perhubungan Umno negeri yang tidak menyokong Muhyiddin semasa pertandingan Umno tahun 2004 dulu. Apabila Mohd Isa tiba-tiba dikenakan hukuman gantung ia pula dilihat ada kena mengena dengan Muhyiddin.



Pertelingkahan antara kedua tokoh inilah yang boleh menyebabkan UBN tidak selesa dalam pilihan raya kecil ini. Sudah tentu kalau Mohd Isa tidak akan dipilih menjadi calon akan berlaku protes dari kalangan Umno Telok Kemang. Penolakan Isa sebagai calon bermakna Umno tidak menghormati suara akar umbi Umno Telok Kemang.

Namun dalam masa yang sama juga Umno di negeri sembilan sendiri berpuak-puak. Ianya di katakan mempunyai 9 puak dan gagal di tangani oleh Mohh Hassan sebgi pengerusi perhubungan negeri sembilan yang baru.inilah yang merunsinghkan Umno bahagian Telok Kemang. Walau punya 5000 undi, ianya belum tentu memihak kepada Bn kecuali salah satu kompnennya memaionkan peranan yang paling penting iaitu SPR.

Ini memberikan satu pelung yang cukup baik bagi PAS kerana selain ianya dilihat tidak menguntungkan Umno tetapi ianya menguntungkan PAS. Sallehuddin Ayub yang di pertanggungjawabkan sebagai pengarah ilihanraya kecil ini mampu melaksanakan tugasnya dengan sempurna bagi melihat betapa Bn akan berkubur dengan undi pos.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor, 54, daripada Barisan Nasional (BN) yang meninggal dunia pada 4 Sept lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, calon PAS, Ramli Ismail memperolehi 4,097 manakala Azman memperolehi Azman 6,430 undi.

"Pada pilihan raya umum lalu kita hanya kalah dengan kira-kira 2,000 undi sahaja dan berdasarkan momentum kemenangan yang diperolehi menerusi beberapa pilihan raya kecil, peluang untuk menang adalah cerah," katanya.



Translation from Nanyang Siang Pau


Exclusive report by Lai Thiem Hwa


“SHUT-UP, OR ELSE YOU’LL BE KILLED”JOYCE LEE RECEIVED A “DEATH THREAT” SMS (Penang 9th September 2009) PKR Wanita Central Committee member, Dr. Joyce Lee received an anonymous “death threat” SMS, threatening to take her life! Joyce revealed that the SMS warned her to be quiet, otherwise she will be killed.


Before this matter, during the Selangor temple relocation dialogue, a dialogue participant threatened to rape Selangor Exco YB Rodziah, who is also a Wanita PKR. Joyce said she received the SMS text message in Bahasa Malaysia the night before yesterday, with the content something like: “shut-up, if not I will kill you.”


POLICE REPORT LODGED



“I already lodged a police report yesterday, and the police have been following up this case, the special branch even contacted me today for further investigation.” She did not rule out the possibility that the threatening SMS could be related to the conspiracy to drive her away from the political career.


Joyce Lee is also PKR Taman Inderawasih Branch Chief and Batu Kawan Division Information Chief. She further disclosed that this was not the first time she received vicious text message. She encountered threatening and abusive SMS when she was helping in the Bukit Selambau by-election, while the latest “death threat” SMS was the first time she ever came across. Asked if she knew who the perpetrator was, she refused to comment.


URGE FOR THE ARREST OF THE PERPETRATOR



It is understood that the Wanita PKR top leadership is informed about the related news, and some had showed solicitude for Joyce. She reiterated her life may be in danger, but she is not worried, and she will continue with her political works.


“My family is worried than I am about this matter, but I did not ask for police’s 24 hours protection, I still work as normal.” She has appealed to the police to wage an extensive probe into the matter, by requesting the police to investigate the mobile phone number’s owner, so to seize the perpetrator.





HINDRAF

By R. Shan


(Human Being)Of course he is not. He is doing a grand service being elsewhere. Yet I wonder at the effectiveness of it for the general public. This is his reality and the public’s perception. Nonetheless, being a commentor it is only our escapism for the moment to voice our approval or dissent while ensuring everything in our lives is status quo.

P. Waytha Moorthy, the HINDRAF chairman who was initially applauded, praised and forewarned not to return prior to March 8, 2008 and up to the Kg Buah Pala issue is now cursed, accused and branded for seeking what is the truth in the Kg Buah Pala issue and his approach for acting without fear or favor. Again, being a commentor, it is only our escapism for the moment to voice our dissent while ensuring everything in our lives remains unchanged.Very identical situations faced by these two individuals in sacrificing their way of lives for the benefit of the society. Yet, one is praised while the other ostracized.


Such irony is only for the Malaysian folks as Kita Cepat Lupa for own alliance is well measured for our own needs against the hope we wish to create.Hope is what these crusaders embark on to keep trying when there seems to be no hope. The hope in us individually is the trumpet of conscience in order to revive the truth for society and humanity.Sure, RPK is all about good governance and revealing all the juicy tales to invoke mind boggling revelations that started since the Reformasi days of 1999, and two elections passed with the largest mandate handed over to BN in 2004.


HINDRAF is a novice compared to RPK in the blogosphere, coming alive only months before November 25, 2007 and created the climate change in the General Election of 2008. Now, don’t jump the gun and make an assumption that HINDRAF is more effective than RPK or all the big guns in the opposition. Personal assumption against public goodwill has always been the downfall of the opposition or shall I say why BN has been able to triumph for 52 years.While we the public continue to debate and digest the input, we fail to understand that the one that is praised and the one that is ostracised sing the same song though in a different key.


They are enforcing different methods to get us out of our own comfort zone in our inaction due to our self centred individual notions whether in anticipation or hoping something good will happen. Nothing is going to happen unless and until we understand the concept of what makes a society rather than the individualism that prevail in us.If only we, the public, will support any cause as long as it is a humanitarian cause without regard to race, religion, color or creed, nor the assumption that what you see is the only truth. Only then will you be able to see no distinction between RPK and P. Waythamoorthy in their their exiles to enhance a proactive and effective action by Malaysians to fulfill the society’s need.See beyond the box - be constructive, be critical, be just and fair.


That is all that is expected if truth is what you seek to enhance a humanitarian cause for Malaysians.Let’s stop the witch hunt that satisfies your own ego and your half formed knowledge and rather, pursue the goodwill of society and humanity minus your assumptions.My dear Malaysians.


It is not an individual battle but a collective battle for the society against a system, a mechanism that has created androids in us against humanitarian values. Get over it and be real and know that the idealism in RPK and HINDRAF is possible when we can collectively act for the well-being of a Malaysian society.

YB BERAPIT BERBUKA PUASA LAGI BERSAMA PENDUDUK TAMAN JERNIH







Bukit Mertajam- YB Ong Kok Fooi bersama penduduk di Taman Jernih berbuka puasa bersama penduduk sekitarnya.Ini adalah kali pertama ianya di lakukan di kawasan ini dimana sebelum ini ianya tidak pernah dilaksanakan oleh YB sebelumnya.Langkah ini dilihat sebagai satu langkah baik bagi meraikan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum.Beliau juga berjanji untuk menyelesaikan masalah gerai yang terbiar dikawasan taman perumahan tersebut.



4 JKKK BANTU ANAK YATIM DAN FAKIR




4 JKKK di Permatang Pauh memberi bantuan kepada anak yatim dan golongan fakir .JKKK Permatang pauh,JKKK permatang Janggus,JKKK Permatang Tengah,JKKK Sama Gagah.ke empat-empat JKKK ini menggunakan usaha mereka sama ada dengan bantuan derma individu atau apa sahaja batuan bagi membantu golongan yang ini.Tiada bantuan dari mana-mana YB dan juga mana-mana pusat amal .Ini harus dicontohi oleh JKKK lain