A.SAMAD SAID BERKEMPEN DI PERMATANG PASIR


PERMATANG PASIR-Sasterawan Negara Dato A.samad Said hadir untu ebrkempen .dalam ucapan beliau yang menumpukan kepada usaha memansuhkan PPSMI dengan menyatakan bahawa ada pemimpin yang melaungkan bangsa melayu dan membela bangsa Melayu tetapi lupa kepada memertabatkan bahasa melayu.
Beliau menyampaikan 2 buah sajak khas mengutuk pemimpin yang kononya membela Melayu tetapi hanya pandai berkata-kata tanpa memartabatkan satu-satunya budaya bangsa iaitu bahasa Melayu.
beliau menyatakan bahawa pemimpin umno adalah dari golongan yang istimewa
Tunku Abdul Rahman adalah -Bangsawan
Tun Abdul Razak-Bangsawan
Tun Husesin Onn-Bangsawan
Tun Mahathir-Usahaniagawan
Tun abdullah-Usahaniagawan dan Agamawan
Anwar -Nurbawan

Beliau juga secara sinis mempersendakan bahawa "Saya terdengar ada pemimpin yang menyatakan bahawa pimpinan PAS tidak melakukan apa-apa.tetapi yang lebih parah lagi ialah ada pemimpin yang sama dan parti yang sama tidak juga melakukan apa-apa selama lebih 50 tahun" demikian sinis beliau.







PEMANDANGAN SEKARANG



KIRI PENDUDUK KAMPUNG MENUNJUKKAN PROPAGANDA UMNO YANG DIHANTAR KERUMAH DENGAN CARA YANG KURANG SOPAN.KANAN PERAIH UNDI MENYAMPAIKAN MAKLUMAT KEPADA ORANG RAMAI.





PEMANDANGAN BENDERA MEMENUHI JALANRAYA







Suasana pemandangan di kawasan pilihanraya.




SELAMAT BERPUASA KEPADA UMAT ISLAM DARI ALIRAN



ALIRAN DINNER 2009



With Pete Teo and The Aliran Singers



Date: 24 Oct 2009 (Saturday)
Place: Che Hoon Khor Moral Uplifting Society Hall 360 Macalister Road
Time: 7.30pm
Dinner: Halal Chinese Seafood (Pinang Fisherman Wharf)



Tickets at RM5,000 per table, RM2,000 per table, RM1000 per table and RM600 per table (limited) through donation are available. Please contact Aliran office (04 6585251) immediately.
Jayakan Majlis Makan Malam ini. Belikan tiket untuk diri dan ahli sekeluarga.
Jualkan tiket kepada rakan-rakan.Datanglah ke Pejabat untuk mengambil tiket untuk penjualan.

2. Sila layar ke lamanweb persatuan di http://www.aliran.com/. Kami telah melancarkan satu bahagian baharu ‘Commentaries’yang mengandungi pandangan Aliran tentang isu-isu semasa. Diharap kami akan berjaya menyediakan beberapa komentari setiap minggu. Saudara/i dijemput menyerakan idea-idea untuk komentari, dan memberi komen tentang initiatif baru ini. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Aliran..





KEAHLIAN BARU





Aliran mengalu-alukan 5 orang ahli baru. Mereka terdiri daripada:Yohendra Nadarajan (Puchong), Victor Oorjitham (PJ), Yap Cheng Ha (Kg Baru Ampang) and Joshua Tan (Layang Layang, Johor). Dengan keahlian mereka, bilangan keahlian sekarang adalah 202 orang.





AKTIVITI-AKTIVITI LEPAS



Bengkel ‘Media in Transition’ telah dijalankan oleh Aliran untuk pemuda/pemudi pada 7 Mac di P.Pinang. Seramai 35 orang hadir. Bengkel ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Kanada, di KL.



Bengkel ‘Citizens Journalism’ telah diadakan di Rumah Aliran pada 8 Ogos, anjuran Malaysiakini. Antara pengajar bengkel adalah Anil dan Mustafa. Bengkel ini adalah lanjutan satu bengkel yang diadkan, juga di Rumag Aliran, pada 17 Jan.



Lebih awal pada 2 April, Anil berucap mengenai Krisis Ekonomi Global di Gereja Katolik Pulau Tikus, Penang manakala Mustafa mengadakan mesyuarat bersama Centre for Independent Journalism pada 3 April mengenai ‘Freedom of Information Act’ dan hal-hal kebebasan media, dan juga bersama wakil Transparency International Malaysia pada tarikh yang sama. Seterusnya, Zaharom Nain memberi ucapan dalam forum ‘Rethinking the Media’s Role’ di Kolej Han Chiang, Penang, pada hujung bulan April.



Lebih awal lagi, pada 1-2 Nov, 2008, Francis Loh, Mustafa Anuar, Anil Netto, Zaharom, Rama dan Amiruddin Ahmad mengambil bahagian dalam Bengkel ‘Peace Journalism and Other Creative Means’ yang diadakan di Penang, anjuran PPS Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia dan Ford Foundation, Jakarta.





Gerakan Mansuhkan ISA menjalankan Kem mengenai Hak Asasi Manusia untuk siswa/i pada 30 Nov di P Pinang. Andrew Wong dan Prema turut hadir, sepertimana mereka sering mewakili persatuan dalam aktiviti GMI seperti pada 12 April. Bersabit dengan aktiviti hak asasi manusia, jaringan JERIT telah mengadakan satu perjumpaan bersama Ketua Menteri P Pinang pada 6 Dis 2008 apabila memo mengenai isu-isu pencabulan hak asasi telah diserahkan kepada beliau. Aliran diwakili oleh Andrew Wong, Prema dan Angeline Loh





Pada 20 Jun pula, Prema dan Andrew Wong menghadiri majlis ‘World Refugee Day’, anjuran Gereja Katolok di Butterworth, pada 20 Jun.





Subramaniam dan Jeyakumar Devaraj terus mewakili persatuan dalam jaringan Gabungan Menentang Penswastaan Perkhidmatan Perubatan. Gabungan ini sering mengadakan mesyuarat setiap bulan di KL. Pada 18 Julai, Subra dan Jeyakumar membentang kertaskerja dalam persidangan mengenai Perkhidmatan Perubatan di Subang, anjuran Kerajaan Negeri Selangor.



Di samping itu, Subra juga berucap mengenai Krisis Politik Negeri Perak di KL, pada 25 April, anjuran Majlis Peguam; memgenai ‘Kererosotan Ekonomi semasa’ di Sungai Siput pada 3 Mei. Beliau juga mengadkan temubual bersama Selangor TV Online menegnai Isu Bekalan Air di Selangor pada 30 April.





Andrew Wong amat aktif sekali kebelakangan ini. Menjelang Protes Ogos 1 Anti-ISA di KL, beliau terlibat dalam mesyuarat persediaan pada 1 Julai, dan juga bantu mengedarkan risalah-risalah di rata rata tempat di P Pinang, 19-29 Julai. Pada 19 Julai, Andrew juga menghadiri Pesta Gawai di Gereja IC, P Pinang, anjuran Migrant Workers Support Centre. Salinan-salinan AM lama telah diedarkan sewaktu Pesta.





Pada 30 Jun, 16 Julai dan 5 Ogos, beberapa aktiviti bersabit dengan protes di Kg Buah Pala, Penang.di adakan. Andrew Wong dan Anil turut hadir.



Manakala pada 26 Julai, Francis Loh dan Tan Kim Hong berucap bersama Jeyakumar Dearaj dalam majlis pelancaran buku ‘Malaysia in Transition; A Socialist Perspective’, karya Jeyakumar, di P Pinang. Majlis ini dianjurkan oleh PSM.



Di KL, Sarajun terus aktif mewakili persatuan dalam beberapa aktiviti, termasuk baru-baru ini satu bengkel politik apabila DSAI berucap, pada bulan Julai di Shah Alam. Pada bulan Jun, beliau mengedar dan menjual AM dan penerbitan lain sewaktu Pesta Buku di Pasar Sentral, KL.



TAHNIAH



Tahniah diucap kepada presiden P Ramakrishnan yang telah di lantik oleh Ketua Menteri P Pinang menganggotai ‘Pardons Board’ di Penang; kepada Subra yang dilantik menjadi ahli Water Review Panel’ oleh Kerjaan Negeri Selangor; dan kepada Ahmad Chik yang dilantik oleh Kerjaan Negeri P Pinang sebagai salah seorang pengarah Pihak Berkuasa Air, P.Pinang..



PENGUMUMAN



Jelaskan yuran keahlian 2009 (dan sekira belum lagi, untuk tahun-tahun lepas)Membaharui juga langganan Aliran MonthlyHadiahkan langganan Aliran Monthly kepada rakan-rakan pada musim perayaan





SELAMAT BERPUASA diucap kepada Semua ahli Muslimin-Musliman










ROHAIZAT YAKIN MENANG??KITA KAJI KATA-KATANYA

PERMATANG PAUH-Calon Umno bagi N11 Permatang Pasir Rohaizat menyatakan bahawa peluang beliau menang adalah cerah semata-mata untuk menyedapkan hati pengundi Umno sahaja. Kita kaji kata-kata beliau.

1.INI PERMATANG PAUH

Sejarah 3 kali pilihanraya membuktikan pengundi di permatang pauh masih tidak berubah.Pada 2004 diketika semua kawasan menjadi milik Umno, pengundi PAS dikatakan penyelamat Wan Azizah di Permatang Pauh.Diketika Penanti dan Seberang Jaya tewas pengundi memilih Wan Azizah.Undi 500 adalah sebahagian besarnya dari penyokong PAS Permatang Pasir yang memenangkan Allahyarhan Datuk Hamdan.Beliau menjadi wakil selama 3 penggal.


2.KES PENIPUAN

Kes ini menjadi heboh bila dakwaan Ketua Penrangan Umno Ahmad Maslan menempelak rakan Rohaizat demi membuktikan bahawa Rohaizat maksum.Bila Yusri mendedahkan cerita sebenar, Rohaizat akan kantoi.Siapa yang nak percaya seorang yang punya skandal kewangan menjadi wakil mereka di Permatang Pauh??

3. UNDI HANTU?

Mana ada undi hantu.SPR telus.Umno berapa kali cakap SPRM telus.Sebenarnya ada 2 mukim yang dipisahkan oleh jalanraya dan membahagikan 2 kawasan mengundi iaitu Penanti dan Permatang Pasir.Mukim 20 di Kubang Semang mengundi Penanti.Mukim 5 Kubang Semang mengundi Permatang Pasir.Maka kerana itu sejak turun temurun, saudara sekampung ,memilih haluan masing-masing dengan mengundi PAS atau UMNO.Kini PAS atau PKR.Maka kerana itu, PAS tidak akan kehilangan pengundinya hatta walau macamana sekali pun fitnah kepada Tok Guru Nik Aziz.Yang nak lari mengundi PAS mungkin ramai.Rasanya undi 11000 itu adalah undi solit untuk PAS.Orang PAS payah nak patah balik undi Umno.Orang Umno belum tahu lagi.Jadi hakikatnya kalau Umno dapat undi 12,000 mereka menang.Jika tidak.mereka kalah,dan firasatnya kalah.Mengundi di Permatang Pasir ii, dah tahu dah pemenangnya.Cuma isu sekarang ini ialah melondehkan Umno sahaja.Orang main-main dengan isu yang dibawa Umno.Orang Permatang Pauh ni tahu dah Salleh Man akan menang, kecuali kuasa Tuhan memenangkan calon Umno.itu sahaja.

4.ISU ANWAR PENGKHIANAT

Isu Anwar pengkhianat sedikit sebanyak ,walau cuba di diamkan oleh Umno yang terlajak berkempen oleh Muhyiddin Yassin, cuba di bangkitkan oleh para pimpinan PR untuk diajak pimpinan Umno berdebat.Umno pula diam seribu bahasa kerana menyedari bahawa kawasan ini bukanlah kawasan yang sepatutnya dibangkit atau di cerca Anwar. Lebih buruk padahnya.Silapnya Umno apabila tiada seorang pun pimpinan Umno mahu menyahut cabaran siapa pengkhianat Melayu.Macam-macam cabaran dibuat.Diatas padang ,dalam dewan,siaran langsung,malah berdialoq pun Umno diam membisu.Pada hal muhyiddin sendiri yang memainkan isu tersebut.Diam pula bila ada kes kononnya beliau menjual tanah."Hairan sungguh Umno ni.Tak berubah-rubah.Macam itu-itu jugak cara mereka.Pak cik nak habaq pun tak tau nak kata apa." demikian kata penyokong Umno yang bakal memangkah calon PAS.

5.FAKTOR CALON

sejak dari awal, penduduk Permatang Pauh sedar siapa yang bakal di pilih untuk bertanding diPermatang Pasir. Nama cikgu zaidi dan Rohaizat silih berganti.Namun penyokong telah diberitahu siapa mereka ini kerana kes masing-masing.Orang Umno masih lagi dengan minda lama busuk masam dengan menganggap bahawa
letak siapa calon pun orang akan pangkah.Itu diera awal 80an dan sebelumnya.Tetapi kini Umno ketinggalan dari segi memilih calon mereka sendiri.Tak ada calon yang boleh diketengahkan tanpa adanya skandal.Tak ada orang lainkah????Rakyat menilai,pemimpin bingai...

6.DAKWAAN ADA BINI NO 2

Isu ini tidak lah besar.cuma memberi sedikit kesan buat pengundi wanita.Kesannya bila wakil ketua pemuda PAS mendakwa bahawa yang dipersoalkan ialah berlakunya ketidakadilan oleh Rohaizat.Beliau pula menafikannya.Maka kerana itu pendedahan ini akan memalukan beliau lagi sekali.masa ada 4 hari lagi. Maka kerana itu penafian beliau akan memerangkap beliau.



7.PERMATANG PAUH PUSAT DAKWAH

Banyak sekolah agama,penduduk terdidik dengan agama,banyak pusat pengajian harian dan mingguan.Yang nak mengaji kitab agama ada yang tak mahu mengaji kitab pun ada. Tetapi banyak pusat untuk mengaji agama.Pondok Penanti ,Pondok Ustaz bakar, An Nahdoh Ustaz Mutalib,semua ini pusat mengaji selain kuliah-kuliah di masjid-masjid seluruh Permatang Pauh.Yang tak pi mengaji orang Umno saja.Sebab tu kesan menuduh Nik Aizz ini ha hanya terkesan dikalangan pengundi Umno sahaja, Pengundi PAS sejak 20 tahun dulu pun dah faham-faham dah isu bila pilihanraya perrburuk Nik Aizz.Itu bila PAS bertanding.kalau PKR bertanding buruk Anwar.


8.UMNO GUNA TAKTIK LAPOK ZAMAN BERZAMAN.

Taktik sama,sejak 40 tahun dahulu.Lawan akan di hentam bertalu-talu dengan berbagai cara.TV3,TV1Utusan.berita Harian.
tetapi kini sudah berubah.Orang Permatang Pauh punya akses internet mudah.Malah kalau di seberang jaya percuma atas inisiatif kerajaan negeri.Kedua rakyat punya penddikan tinggi,maklumat cepat,semua boleh baca,mengajicelik huruf sejak 120 tahun dulu.Umno tidak boleh memperbodohkan rakyat dengan stail yang sama berkurun lamanya.Taktik yang sama,membuli,fitnah Tok Guru sama dengan kalau Fitnah Anwar.Penyokong Anwar tak sokong Umno,Penyokong PAS tak sokong UMNO.Pengundi Umno belum tentu nak sokong Umno.Bagi duit undi tak bagi duit , tunggu tobat mungkin sokong PAS atau PKR.

9.PEMIMPIN BUAT SILAP.

Menteri Umno buat silap dari awal lagi.Bila mengetahui ada pilihanraya di Permatang Pauh, Muhyiddin buat isu anwar pengkhianat.Bila menyedari calon PAS serang Tok Guru.Bila dicabar diam,bila diajak berdebat terbuka pun diam???Macamana orang nak yakin???cuba fikirkan taktik baru.Idea bernas dan idea yang tidak lapok.Yang ada dalam Umno tak boleh bagi tau ka pimpinan bahawa calon ini tak sesuai,hanya ahli Umno yang suka.Orang ramai tak suka????tapi oleh kertana Umno ni tak dapat ditegur dan dipimpin...kesilapan demi kesilapan sentiasa sahaja berlaku. Banyak kisah sejarah menceritakan saat-saat kejatuhan sesebuah empayar.Rasuah,kejam,zalimn,tindas,malah hina agama.Maka kerana itru kita kajilah kisah-kisah sejarah Islam atau sejarah eropah moden.

10. UMNO DITOLAK ORANG MELAYU.

Sekarang ini memang sukar dibaca bila mana orang Melayu makin hilang keyakinan kepada Umno.Jangan mainkan modal Manek Urai.PAS dan DAP dulu pun cakap macam itu juga kepada penyokong bila menghadapi kekalahn."Kita tak kalah, undi kita bertambah dan ini menunjukkan kita menang" .Orang PAS lama dah diberikan suntikan semangat sejak 30-40 tahun dulu.

Sekarang Umno tiru apa yang pembangkang kata kepada penyokong mereka"kita menang, undi memihak kepada kita" .Orang PAS tersenyum sahaja bila Muhyiddin cakap kepada pengundi Johor.Hakikatnya Umno tiru PAS , bila PAS sentiasa sahaja kalah sejak menyertai pilihanraya dulu kala.Tetapi tidak kini.

Hakikatnya walau Rohaizat kata orang Permatang Pauh sokong Umno, memang dia penipu,memang dia kaki kelentong.Nak habaq mai.....MENANG SATU UNDI PUN MENANG.Hakikatnya di Permatang Pauh ni, mungkin lebih lagi kottttt kerana faktor Rohaizat.

LAGI PENDEDAHAN : NASARUDDIN TANTAWI DAKWA ROHAIZAT PUNYA ISTERI KEDUA DI PAHANG










KUBANG SEMANG-20HB Ustaz Nasaruddin Tantawi bersama S/U KM Pulau Pinang Steven dan juga wakl DAPSY serta Ketua AMK Permatang Pauh Sdr Amir Ghazali ,telah mengadakan satu sidang akhbar.Dalam sidang akhbat tersebut Ustaz Nasaruddin Tantawi memberi 3 perkara utama dan pendedahan yang agak mengejutkan semua pihak.
1. Pemuda Pakatan Rakyat menghantar satu seruan untuk mengadakan satu debat dengan isu pengkhianat negara dan menyediakan satu kawasan lapang diPermatang Tengah pada 23 hb 2009 malam.Menurut Ustaz Nasaruddin lagi , tujuan diadakan debat ini ialah untuk berhujah dengan pemuda Pakatan Rakyat iaitu "Siapa Pengkhianat Negara". Berhubung dakwaan Muhyiddin Yassin terhadap DSAI sebagai pengkhianat negara .Jika ada bukti dokumen mereka mesti berani berhujah, malah telah 7 kali dijemput agar hadir berhujah malah pemuda Umno tidak pernah menyahut, sama ada MCA ayau MIC agar turun pada 23 hb jam 9.00 malam di Permatang Tengah.Permatang Pauh.

2. Meyentuh isu polemik kononnya Tuan Guru Nik aziz yang ekstrem berkaitan syurga dan neraka.Kenyataan yang diekplotasi dan menggunakan majlis fatwa tanpa memanggil beliau memberikan kenyataan sebenar apakah yang dimaksud kan dengan kenyataan beliau itu.Pihak Tv hanya membaca skrip tanpa menyiarkan ucapan Nik Aziz bersama gambar dan suara.

Tuan guru hanya menyebut dasar perjuangan umno yang tidak boleh membolehkan seseorang yang mempunyai sifat sedemikian masuk syurga ,tetapi menyebut perbuatan seseorang yang mungkar , misalnya ibubapa yang memberi didikan kepada anak.Jika umno mahu masuk syurga, jangan rasuah, menahan orang tanpa bicara, dan bukan menentukan siapa yang masuk syurga, tetapi mereka juga berhak menafikannya jika perjungan mereka benar, kenapa Khairy Jamaluddin tidak berani menyahut dan membenarkan dan berdebat menyatakan bahawa perjuangan umno tidak bertentangan dengan syariat ,kita minta ulama umno untuk berhujah dengan kita,dan bersedia untuk berhujah dan bukan dengan kekerasan.

3. Isu yang besar ialah berkait dengan calon Bn yang saya anggap seorang yang tidak layak untuk menjadi wakil kepada rakyat di Permatang Pasir. Selain dengan isu pecah amanah dan koperasi ,, ada satu perkara mengenai keperibadian beliau dimana beliau mempunyai seorang steri yang dikahwininya pada 2005 pada peringkat awal hanya di daftarkan pada 2008 dan hanya menjadikan isteri beliau tetapi tidak diberikan nafkah yang adil. Menurut Ustaz Nasaruddin lagi, wanita tersebut yang dikenali rapat dengan keluarga beliau sebagai Fiza atau Hafizah dan berkali-kali menafikannya dan mengahwininya sejak tahun 2005 yang lalu , saya bukan menyentuh soal peribadi , tetapi isteri beliau disembunyikan dan pergi dan datang ikut suka hati malah tidak diakui sebagai sisteri , malah isteri beliau menuntut dari Rohaizat agar mengakui nya dan kini berada di Pahang, kawasan Jengka, dan menurut Ustaz Nasaruddin Tantawi lagi,"Jika ini lah orangnya dan tidak berlaku adil dengan isteri, mana mungkin beliau akan dapat memimpin rakyat di kawasan Permatang Pauh dan bakal di beri mandat di kalangat rakyat."

"Kalau bersama isteri tidak berlaku adil, maka bagaimana beliau akan bertanggungjawab kepada rakyat dengan adil".Kita tahu dijabatan agama mana di daftarkan dan kita punya rekod mengenainya.

Menurut Ustaz Nasaruddin lagi Hafizah adalah kerani di pejabat Rohaizat."Hafizah ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun dan bekerja dengan Rohaizat ,berkahwin tanpa diberitahu keluarga.Kita minta selesai dulu rumahtangga beliau baru selesai masalah rakyat," demikian jelas ustaz Nasaruddin lagi.




LAWATAN BAKAL YB SALLEH MAN


BERSAMA USTAZ NASARUDDIN TANTAWI(KIRI) KANAN MENENDANG BOLA BERSAMA PEMUDA.



BERCERAMAH (KIRI) KANAN BERGAMBAR BERSAMA PEMAIN

KUBANG SEMANG- Ustaz Salleh Man melakukan lawatan kunjungan hormat terhadap para pemuda Qaryiah yang juga sebahagian besar pengundi dalam satu perlawan bolasepak persahabatan petang tadi.Beliau menyatakan bahawa bersukan adalah satu kegiatan riadah yang baik dan dapat memupuk persahabatan sesama rakan-rakan dan jira serta menjalin silaturrahim bersama kaum yang lain.


TEKS PENUH SIDANG AKHBAR SDR YUSRI BERHUBUNG PENGLIBATAN DALAM SKANDAL KEWANGAN BABITKAN ROHAIZAT



RAKAN KONGSI ROHAIZAT CADANG AMBIL TINDAKAN.




Permatang Pauh-Yusri Isahak 39 rakan kongsi Rohaizat , calon Umno N11 Permatang Pasir harin ini tampil menafikan bahawa beliau secara langsung telah terbabit dalam skandal menggelapkan wang koperasi sebagaimana yang didakwa oleh Ahmad maslan,Ketua penerangan Umno dalam utusan online dimana beliau menyakan bahawa Rohaizat adalah penyelamat dan seolah-olah menytakan bahawa Yusri adalah orang yang bertanggung jawab dalam urusan menandatangi dan bertanggungjawab bagi syarikat Saif Arif& Rohaizat berhubung dengan wang koperasi.

Menurut Yusri kes yang beraku pada tahun 2002 dimana koperasi pekebn-pekebun kecil getah berhad bercadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan pernagaan merak dan melantik firma mereka iaitu saif arif and rohaizat, utuk menguruskan pembelian tanah tersebut.yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat-syarat perjanjian jual-beli.

Setelah semua dipersetujui Yusri telah mnyediakan perjanjian jual-beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, Koperasi telah memohon pinjaman Rm320,000 dari jabatan Pembanggunan Koperasi.Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual yang tinggal di Aceh, jual beli tersebut telah tidak dapat disempurnakan.

Dalam pada itu,koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka.Yusri telah menandatangani satu cek berjulah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi.Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akaun firma.

Sementara itu seorang pelanggan kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasa baik firma untuk membiayai bayaran baki RM100,000.Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.Firma telah bersetuju untuk meminjamkan Rm100,000 yang diambil dari wang Koperasi kepada pelanggan untuk menyempurnakan jual-beli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.











Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.Malangnya firma gagal menjual keseluruhan tanah sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian dari baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga di kenali Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di Firma di Butterworth.
Saya tidak lagi memantau akaun di Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang di laporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.


Ini adalah kerana seumua urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaaan wang koperasi dibuat dengan pengertahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan diatas.Mana mungkin penggaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut. Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang menyatakan bahawa Rohaizat adalah “wira” kerana telah membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya telah menyelesaikan pembayaran pada tahun 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan. Sayugia diingatkan bahawa cawangan ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah PulauPinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat?Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai dan gagal menghadirkan diri dihadapan Majlis peguam pada 14 September, 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi?



Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempuyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu menggambarkan Rohaizat selaku “senior partner” di dalam firma tersebut tidak tahu apa-apa tentang urus tadbir pejabat. Apakah dakwaan Ahmad Maslan ini logic dan munasabah?transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya didakwa tidak diketahuinya?tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi.

Saya berharap dengan penjelasan ini saya dapat memberishkan diri dari dikambing hitam dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai peguambela dan opeguamcara.

Beliau juga mendakwa bahawa memang dia menandatangani dan mustahil saya seorang boleh mngeluarkan wang dan sepatutnya beliau tahu tentang pengeluaran dan bilik saya pula terletak bersebelahan bilik beliau.

Ditanya kenapakah beliau dituduh, menurut Yusri , Rohaizat mungkin mempunyai cita-cita politik yang tinggi , namun gagal memberitahu pucuk pimpinan tertinggi Umno berhubung dengan kes beliau dan pucuk pimpinan terus melantik beliau sebagai calon.

Menurut Yusri lagi Rohaizat sebenarnya pebelot dan penipu kepada Umno kerana gagal menjelaskan kedudukan beliau yang sebenarnya, dan saya dijadikan kambing hitam untuk menyelamatkan nama baik Rohaizat sebagai seorang yang bersih dan tidak pecah amanah.

Saya tidak menafikan penyelewengan dan semua pengeluaran cek dan fail dilakukan perbincangan dengan rakan kongsi saya dan saya sepatutnya tahu kedua-dua pihak dan bukan satu pihak sahaja.

Yusri dan Rohaizat di Butterworth dan Saif Arif di Pulau Pinang dan mendakwa tidak pasti dan tidak pernah bertanyakan kerana selepas 2003 beliau tidak lagi mengambil kisah tentang bidang guamam.

Jika dirujuk utusan online , ianya merujuk kepada saya.

Saya sedang mempertimbangkan kepada pas dan keadilan bagi berdiri di atas pentas mereka dan bercadang untuk menjelaskan dan memberi ruang kepada saya menjelaskan kepada rakyat.

Beliau yang mula brekenalan di univertii pada tahun 1989 di UIA dan menjadi rakan kongsi dari 1999 ke 2003 dan pernah menjadi ahli dan yuran ahli UMno tidak dibayar mulai 1998.

Beliau yang mendakwa tidak lagi merasa takut untuk berhadapan dengan mana-mana pihak berhubung dengan dakwaan keatasnya.Beliau yang mempunyai anak dan isteri menjelaskan bahawa beliau harus menghormati anak isteri dan keluarganya bahkan berhak untuk membela dan menghormati diri sendiri.




Ditanya berhubung dengan pencalonan Rohaizat, beliau berkata bahawa semoga rakan beliau berjaya , kepada pengundi Permatang Pasir beliau menyeru agar memilih calon yang benar-benar sesuai untuk dijadikan wakil rakyat.

Beliau yang juga mendakwa mengambil inisiatif sendiri kerana ingin membersihkan dirinya dan mendakwa kesilapan Umno memilih calon tanpa menapis terlebih dahulu.



YUSRI TAMPIL DEDAH MAKLUMAT

updates 11.000

PENANTI-Rakan guaman Rohaizat, Yusri Isahak tampil mendedahkan tentang kekalutan yang dikatakan dituduh sebagai menyeleweng koperasi .Beliau tampil untuk mendedahkan segalanya.
akan diulas kemudian.

KES ROHAIZAT BENAR ATAU PENIPU AKAN DIKETAHUI HARI INI


UPDATES 800 PAGI 20/8/09


Hari ini kita akan mengetahui keputusan sama ada benar dakwaan Ahmad Maslan bahawa rakan kongsi Rohaizat yang menyalahgunakan dana persatuan pekebun kecil di Pulau Pinang sebanyak RM150K.

Satu kenyataan akhbar akan di keluarkan hari ini dimana Yusri akan memberi butir-butir terperici mengenai dakwaan yang dikenakan kepada beliau.

Menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan (gambar), ekoran keputusan Majlis Peguam memecatnya, Rohaizat telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan memecatnya itu.

Jika benar rakan Rohaizat yang bersalah seperti yang didakwa oleh para pemimpin Umno, tidak diketahui mengapa Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Majlis Peguam memecat "wira" Umno itu.

Isu wira Umno dibuang padang oleh Majlis Peguam itu juga menimbulkan persoalan siapakah yang berbohong.

Silih berganti para pemimpin Umno menuduh rakan Rohaizat dalam firma guamannya yang bersalah.

Sedangkan, Ragunath pula menyatakan, kesalahan tersebut adalah tanggungjawab Rohaizat sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.

Kenyatan akhbar akan dikeluarkan hari ini dan kita akan mengetahuinya. Blog ini akan berusaha untuk mendapatkan maklumat terperinci.

CERAMAH DSAI

Ceramah 1
Tempat: Dewan Uplifting Society Kpg Cross Street
Masa : 8.00 mlm - 11.00 mlm YB DSAI dijangka sampai 8.30 mlm Contact Person: Dr Ben Lee 016 4462200

Ceramah 2
Tempat: Markaz JDM Pekan Pmtg Pauh
Jalan Permatang Pasir> Masa : 9.30 mlm - 12.00 mlm
YB DSAI di jangka sampai 10.00 mlm
Contact Person: Kak Mah 012 4239282 / Hj Ramli Bulat 012 4597294

Ceramah 3
Tempat : Bukit Indra Muda
Masa : 9.30 - 12.00 mlm
Contact Person: Hj Manap 019 4449666
Harap YB/tuan/puan dapat hadir bersama dan mohon diwar-warkan program ini kepada anggota dan penyokong parti

LAWATAN YB SALLEH MAN DI KAMPUNG CINA BUKIT MERAH









PERATANG PAUH 19HB.Lawatan bakal YB Permatang Pasir Us Salleh man ke perkampungan kaum Tionghua bersama Yb dari PKR ke perkampungan mereka berdekatan Permatang pauh.Sambutan terhadap beliau amat membanggakan kerana beliau mewarisi khidmat YB Hamdan sebelum ini.

Lawatan yang dilakukan sekitar jam 530 petang tadi dilakukan untuk menyakinkan masyarakat Tionghua bahawa PAS dan Pakatan Rakyat adalah pembela nasib rakyat semua.



CERAMAH DATO DR MAHFUZ SEMALAM




KUBANG SEMANG-Ceramah malam semalam di kemudi oleh Dato Dr Mahfuz dari Johor dimana beliau mengulas mengenai jasa Tan Sri Muhyiddin dimana selama sejak merdeka dan sebelumnya , Johor mempunyai cuti umum pada hai Jumaat dan orang yang memindanya adalah Tan Sri Muhyiddin kepada hari Ahad.
Beliau juga mengulas mengenai wilayah pembanggunan iskandarIa adalah tapak eksperimen kepada pembubaran dasar dasar Bumiputera yang lain. Eksperimen telah terbukti diperingkat awal lagi apabila Perdana Menteri akur dengan penghapusan ekuiti 30% Bumiputera di WPI. Malah lebih terbukti apabila Perdana Menteri memberi isyarat ia akan diteruskan di pembangunan-pembangunan lain. Canang sudah dipukul dan bunyinya teramat sumbang dan menyakitkan telinga. Yang bersorak sorai adalah Singapura. Dari mana idea ini datang kalau tidak ada yang menasihatinya atau paling tidak ada orang yang menyebutnya. Melobi sudah pasti berlaku.

Kalau ada pelaburan dari Timur Tengah pun, ia akan melalui syarikat usahasama dengan Singapura dan masih di bawah kawalan Singapura kerana mereka berpengkalan di sana.
Kata putus Suara Melayu dari Timur Tengah adalah;
Kekalkan hak Bumiputera, perkuatkan dan pertambahkan hak Bumiputera. Kedudukan Singapura dalam WPI adalah setaraf Perdana Menteri dan ini adalah Haram. Singapura tidak boleh ada apa-apa kaitan atau suara dalam WPI melainkan sebagai pelabur seperti pelabur-pelabur lain dari India dan Cina yang menurut tatacara pelaburan.

KITA AKAN BERTANYA KEPADA RAKAN KONGSI ROHAIZAT IAITU YUSRI DAN JUGA HAIRUDDIN

Rohaizat tak lakukan penyelewengan - Ahmad

Sekiranya benar, kita akan bertanya kepada YUsri dan jika ada sesiapa yang tahu mengenai penyelewengan RM70,000 duit Khairuddin dan juga rakan kongsinya Yusri.Kita akan cuba dapatkan maklumat.

CERITA DI SEBALIK CERITA DALAM : MALAYSIAKINI







PERMATANG PAUH-19HB memang wujud satu perjumpaan di kalangan penyokong cikgu Zaidi termasuk Cikgu Zaidi di sebuah kedai di Butterworth di mana dalam satu perjumpaan yang dihadiri jentera pemuda yang memihak kepada Cikgu Zaidi.Dalam masa yang sama beberapa pemuda PAS turut hadir di situ dimana ckgu Zaidi hadir dan bertanya khabar.Menurut sumber dalam perjumpaan tersebut cikgu Zaidi telah menawarkan tapak untuk membuka sebuah pusat di kawasan Permatang Pasir iaitu tidak jauh dari pusat Khidmat dan bilik gerakan PKR Permatang Pauh.Tapak tersebut telah disewa oleh Cikgu Zaidi untuk Umno Selangr.Namun apabila nama beliau tidak di calon beliau menawarkan sewa sebanyak RM3000 dan menyatakan bahawa peluang PAS untuk menang adalah cerah.malah menurut maklumat "Cikgu zaidi dan penyokong begitu kecewa" , beliau mengungkapkan bahawa"kali ini hangpa akan menang" kepada penyokong PAS tersebut.



Sebenarnya Cikgu Zaidi pun bukan calon yang sesuai .Beberapa bulan lepas beliau juga dicadangkan untuk menentangkan Dr Mansor dari PKR di Penanti.Namun Umno mengambil sikap takut untuk bertanding kerana di katakan Cikgu Zaidi juga punya kes dan menghadapi masalah moral,Jika beliau bertanding,habis" ditelanjangkan" oleh orang PKR mengenai kes beliau.Memang pemuda PAS mengharapkan beliau bertanding kerana lebih "mudah" walau menyedari Rohaizat juga punya masaalah.Cuma Umno sahaja yang tidak pernah menyelidik calon mereka di akar umbi kecuali dikalangan mereka.



Sementara PAS begitu banyak calon baik PKR, Umno masih tidak mengenali ahli sendiri dan kini Umno sebenarnya tidak punya peluang untuk menang di Permatang Pauh.Hanya kuasa Tuhan yang mampu mengubah kekalahan Umno di sini tambahan pula Umno , melalui Muhyiddin begitu galak menganjurkan drama "Anwar Pengkhianat" dan menurut beberapa penyokong Anwar,Umno silap membuat percatoran kerana Muhyiddin sendiri bukan tandingan Anwar,dan pilihanraya ini pula adalah di tempat Anwar.Maka kerana itu Muhyiddin didedah dengan beberapa kelemahan Umno membela Melayu di Pulau Pinang.Malah satu tunjuk perasaan diadakan di perkarangn masjid jamek Kubang Semang dan mencabar mana-mana pimpinan Umno untuk berdebat isu "Siapa pengkhianat Melayu".Cabaran tersebut di kemukakan oleh Dr Mujahid Rawa dan dihadiri ramai wartawan yang menulis tentang cabaran tersebut.Masakan Umno tidak tahu akan soal mengajak debat berhubung isu Melayu.




















Berbalik kepada isu sokongan kaum Cina, sebenarnya pengundi Cina di kawasan utama di Bukit Mertajam iaitu Cross Street telah lama memberi sokongan kepada Allahyarham Datuk Hamdan selama 3 penggal, malah dalam pilihanraya 2004 undi penyelamat Wan Azizah dikatakan datang dari DUN Permatang Pasir apabila DUN Penanti dan Seberang Jaya tewas kepada UMNO.Kini kita yakin undi kaum Tionghua tidak sekali-kali akan di berikan kepada Umno kerana pada pilihanraya lepas lebih 1500 undi dari 2000 undi di peti undi Cross Street diberikan kepada PAS. Pelancaran bilik gerakan dan juga lawatan calon Ustaz Salleh Man ke kampung Cross Street seolah-olah punya kesinambungan menyakinkan PAS akan diberi tepat di kalangan kaum Tionghua.















Sementara Rohaizat bukanlah asing di Permatang Pauh, namun beliau di kenali sebagai seorang peguam yang banyak melakukan penyelewengan di kalangan pembeli rumah di Taman Iwara di Guar Perahu.Pemaju yang juga bekas EXCO Kerajaan negeri Pulau Pinang Juhara Hamid dan juga Radzi yang merupakan pemilik syarikat perumahan ini, dikatakan ditipu oleh Rohaizat melalui syarikat guaman beliau.Malah tindakan beliau itu dikatakan sebagai melanggari prinsip moral dalam bidang guamam.Malang buat Umno di Permatang Pauh.Hanya Muthu mengenali Manikam,tetapi Umno tidak mengenali sesiapa pun.

KES GOBI




KIRI DI JALAN...GAMBAR KANAN APABILA PANAS PENYOKONG BERGERAK DI KAWASAN BERDEKATAN IAITU DUSUN BERHAMPIRAN.TETAPI MASIH DI PAGAR OLEH TUAN PUNYA DUSUN,DAN IANYA TIDAK MELANGGAR APA-APA LARANGAN POLIS.GOBI KE KAWASAN TERSEBUT KERANA BANYAK PRNYOKONG DISITU.






APA KATA ORANG TAN SRI MUHYIDDIN

"SPRM sepatutnya boleh membuka fail siasatan terhadap Muhyiddin berdasarkan laporan akhbar. SPRM sepatutnya boleh menyerbu ke pejabat Muhyiddin dan mengheret setiausaha peribadi atau pembantu khas beliau di hadapan orang-ramai. Tegas Nizam, perbelanjaan minyak dan lain-lain berkaitan juruterbang serta seumpamanya boleh sahaja mencecah RM150,000 jika mengambil contoh skandal yang didakwa melibatkan Presiden MCA, Ong Tee Keat yang gagal menjelaskan bil penggunaan jet persendiriannya."Saudara Ahmad Nizam Hamid, Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang .

JENTERA WANITA PAKATAN DILANCAR













Ustaz salleh Man dan Isteri turut hadir.


KUBANG SEMANG-Jentera Pakatan Rakyat telah di lancarkan petang tadi di markas besar di Kubang Semang oleh semua ketiga-tiga ketua wanita Pakatan Rakyat.PKR di wakili YB Pn Zuraida Kamarudin,DAP oleh Yb Pn Chong Eng, manakal PAS pula oleh Pn Nuridah Salleh.


Dalam ucapan ketiga-tiga ketua wanita tersebut menjelaskan bahawa pendekatan wanita akan menumpukan kepada program kempen dari rumah ke rumah, dan manakala bagi wanita DAP pula mereka akan menumpukan ke kawasan Cross Street di mana 2000 undi akan di berikan kepada PAS.

GAMBAR-GAMBAR DI PENAMAAN CALON PAGI TADI



2 GAMBAR YANG BERBEZA.KALI INI Umno AKAN MELAWAN PAS DI PERMATANG PAUH




SAMMY VELLU DATNG BERJUMPA PIMPINAN PAKATAN










SHAHRIZAT JUGA DATANG BERTEMU




SELEPAS DIISTIHARKAN SEBAGAI CALON BAKAL YB USTZ SALLLEH MAN BERUCAP DI ATAS SEBUAH LORI MENJELASKAN RANCANGAN UNTUK BERKEMPEN DAN BERUSAHA UNTUK MENANG DI PERMATANG PASIR.



PERMATANG PAUH-Penamaan calon di IKBN Kubang Semang pagi tadi berjalan lancar.Namun dalam usaha untuk bertanding kali ini dan usaha untuk menjatuhkan air muka DSAI di mata rakyat sekali lagi Umno Bn akan berhadapan dengan jentera Pakatan rakyat di Permatang Pauh.



Ini bukan sahaja memalukan Umno dengan peguam yang telah di tarik balik lesen guamamnya , kini rakyat di kampung-kampung menyatakan bahawa Rohaizat bukan seorang calon yang sesuai untuk di letakkan kerana mempunyai masalah berkaitan dengan moral.

Beliau di katakan terbabit dengan kes pecah membabitkan wang pembeli rumah.Ini akan di jadikan isu oleh pihak pakatan untuk menjelaskan kepada rakyat.Ini juga membuktikan Umno tiada calon dan pimpinan yang boleh di ketengahkan.Sayang sekali Umno masih juga tidak belajar.Dan Pakatan rakyat harus belajar dari peristiwa ini.


Nama kedua-dua mereka disahkan sebagai calon selepas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menolak 15 bantahan yang dibuat terhadap mereka.

Usaha seorang pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti untuk menjadi calon tidak kesampaian apabila beliau terlambat menghantar kertas pencalonan melebihi masa yang ditetapkan iaitu sebelum jam 10 pagi.

Beliau dilaporkan tidak serius untuk menyertai pertandingan kali ini selepas dua kali hilang wang pertaruhan untuk dua kali penyertaannya sebelum