BILIK KHIDMAT MASYARAKAT PARLIMEN BAYAN BARU DIRASMIKAN OLEH PRESIDEN KEADILAN












PRESIDEN PKR MERASMIKAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN BAYAN BARU




OLEH:AMIRUDDIN AHMAD


Bayan Baru 17 Mei- Presiden PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini telah merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru di mana ahli perlimennya Dato Zaharin b Hashim.Pusat Khidmat tersebut yang terletak di tengah pusat Bandar Bayan Baru ini di sewa bertujuan untuk memberi khidmat kepada masyarakat yang berada di bawah Parlimen Bayan Baru iaitu, DUN Pantai Jerejak,, DUN Batu Maung dan DUN Batu Uban.Turut serta dalam majlis ini ialah Ketua Menteri Tuan YB Lim Guan Eng,YB-YB PKR YB Sim,YB Abul Malek,YB Lau,YB Raveen,YB Yusmadi,YB Jason Ong,YB Tan,YB Lai YB UST Maktar dan juga YB Hamdan dari Parti PAS.serta Pesuruh jaya PAS negeri Tuan Hj Salleh Man,Pengarah Pilihanraya Negeri Pak Mus,timbalan beliau Pak Pin,para penyokong,dan orang ramai.
Sebelum majlis dimulakan, YB Raveen dan YB Dato Zaharin telah sudi meminta YB Datin Seri Wan Azizah Presiden PKR menerima borang kemasukkan ahli baru Parlimen Bayan Baru seramai 2000 keahlian.Menurut YB dado Zaharin lagi."Jika 2 minggu lepas kita menerima 11,000 ahli, kini kita menerima 2000 lagi ahli baru dan ini sudah pastinya memberi kesan kepada kekukuhan parti dan dengan tertubuhnya pusat ini ianya dianggap satu era yang sesuai bagi berkhidmat kepada rakyat" jelas Dato Zaharin.Majlis kemudiannnya memperdengarkan lagu Negaraku dan kemudiannyasemua hadirin berdiri memberikan penghormatan.

Dalam ucapan permbukaan, YB Dato Zaharin menegaskan bahawa tujuan penubuhan Pusat Khidmat ini adalah agar kerja-kerja membantu masyarakat dapat diberi tumpuan dan menurut beliau lagi , dengan melantik beberapa wakil beliau , sekiranya beliau berada di luar kawasan, wakil-wakil ini yang memberi sokongan kepada rakyat di Parlimen Bayan Baru. Beliau juga merujuk kepada semua wakil Pakatan Rakyat agar berkhidmat dengan bersungguh-sungguh kerana jika tidak berkhidmat dengan betul rakyat menolak.”Hari ini rakyat menyokong kita untuk mendapatkan khidmat yang lebih baik,rakyat juga akan menolak kita jika tidak berkhidmat dengan bersungguh-sungguh kepada mereka” demikian jelas Dato Zaharin lagi.Sementera itu , menurut YB Raveen dalam ucapan selepas YB Dato Zaharin,beliau menegaskan bahawa pusat khidmat ini juga akan menumpukan kepada dialog dan juga pusat bagi menyatupadukan diantara semua kaum dan mempereratkann lagi hubungan dan pusat khidmat kepada kaum wanita kerana menurut beliau pengundi wanita hampir 50% dan ini penting agar khidmat kepada kaum wanita diberi tumpuan yang sewajarnya.Sementara itu, dalam majlis yang sama juga Ketua Menteri YB Lim Guan Eng menjelaskan bahawa dengan kehadiran YB-YB dalam pakatan Rakyat ini, sesungguhnya ianya menunjukkan betapa pakatan Rakyat ini akan menuju ke era baru dalam mentadbir kerajaan negeri dan juga Malaysia nanti. Oleh yang demikian, sekiranya ada antara waki-wakil dari pihak pembangkang yang ingn berkhidmat dengan Pakatan Rakyat kita sedia menerimanya, demikian jelas YB Lim Guan Eng lagi.
“Tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac merupakan satu perubahan dari rakyat untuk menerima wakil-wakil Pakatan Rakyat berkhidmat kepada mereka dan seluruh rakyat Malaysia, khsusnya rakyat Pulau Pinang. Kita mengharapkan wakil-wakil Pakatan Rakyat yang boleh memimpin Negara supaya rakyat dapat memilih kehidupan yang lebih baik. Oleh itu dengan perasaan rendah diri saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat agar memberi kepercayaan kepada wakil-wakil PR untuk menerima amanah ini”Beliau juga mengingatkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang kini sedang memperkenalkan sistem CAT yang membawa makna contigency,aaccauntanbility dan juga transperency yang mana ianya melihat kepada kepimpinan yang berkebolehan ,tranperansi , bersih dan amanah dan membelakangkan rasuah yang mana amalan rasuah menjadi amalan kerajaan yang lepas,dan itulah yang diminta rakyat sebenarnya.

“Kini kerajaan sedang berusaha meneruskan program memberi bantuan beras dan juga dengan cara ini kita sebenarnya ingin mengetahui bahawa ini adalah satu tanda dan mengingatkan kita bahawa ini merupakan satu sumbangan kerajaan negeri ,kita tahu kesusahan mereka dan kita harapkan mereka meneruskan kehidupan dengan sempurna”.demikian tegas Tuan YB Lim Guan Eng Lagi.Bercakap soal pelaburan pula, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri sebelum ini kerugian hampir 7 Billion ringgit apabila sebuah syarikat dari German tidak jadi untuk melabur kerana kita mempunyai saluran paip gas tetapi tiada gas untuk di salurkanDalam jangkamasa 1 bulan setengah kebelakangan ini , kerajaan negeri Pulau Pinang telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM 1 bilion ringgit. Satu rekod bagi kerajaan negeri Pulau Pinang.
“Kita mungkin tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran, tetapi mereka tahu kita tidak ada pengalaman mengambil rasuah ,penyalahgunaan kuasa dan mengambil duit kopi.Inilah yang mereka mahu dari kerajaan kita hari ini”.demikian jelas Timbalan ketua Menteri lagi dan disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.“Kita ikhlas sebenarnya untuk menerima sesiapa sahaja yang ingin berkhidmat untuk rakyat.Kita tidak mahu ada antara kita yang jika diminta berkhidmat kepada kerajaan Pusat,kita tidak akan menekannya.Baru-baru ini ada wakil dari parti pembangkang yang ingin berkhidmat kepada Pakatan Rakyat telah diberi amaran yang keras”,demikian jelas Tuan YB Lim Guan Eng dan beliau selanjutnya menegaskan bahawa dengan kekayaan yang kita ada,kita akan kongsi bersama rakyat.
Majlis kemudiannya menjemput Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah berucap dimana beliau dengan ucapan yang ringkas menegaskan bahawa betapa pentingnya wakil-wakil rakyat dalam parti PKR khususnya jika didapati tidak menepati matlamat perjuangan ,mengamalkan rasuah,dan juga tidak berkhidmat dengan baik kepada rakyat agar memberitahu terus kepada beliau , dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka. Majlis seterusnya menjemput YB Datin Sri merasmikan majlis pembukaan pusat Khidmat Parlimen bayan Baru ini dengan memotong reben belon sebagai tanda perasmian Pusat khidmat yang baru bagi rakyat dan pegundi di dalam parlimen Bayan Baru.

MUKRIZ KELUAR UMNO????

BELIAU AKAN MENGADAKAN SIDANG AKHBAR DI HOTEL PAN PAC KUALA LUMPUR SEBENTAR LAGI.5.30

RINGKASAN CERITA TOLONG JANGAN HINA MAHATHIR OLEH HISHAMUDDIN RAIS


Dengan penuh kesedaran, juga untuk membantu ekonomi bangsa Melayu, Mahathir Muhamad telah di kelilingi oleh penasihat ekonomi yang gah lagi hebat. Mereka terdiri dari Ananda Krihnan, Vincent Tan, Lim Goh Tong, Ting Phek Khiing dan Eric Chia. Mahathir dengan bangganya telah membuktikan kepada orang Melayu bahawa seorang pemandu lori dan seorang penjual insurans boleh menjarah dan merompak ekonomi negara jika mereka pandai membodek Dr. M.


Tun Dr. Mahathir Muhamad ialah wira dunia ketika yang betul pro Arab dan anti-Isreal. Dengan senyap-senyap kerana dasar anti-Isreal yang berkobar-kobar, Mahathir Muhamad telah berunding dalam gelap dengan Shimon Peres di sebuah hotel di Paris. Rundingan dalam gelap ini tidak di ketahui oleh anakandanya Mukriz yang pada ketika itu turut bersama di Paris kerana sedang mencari ubat menyubur rambut. Hasil rundingan itu ialah lawatan tim kriket Israel ke Malaysia. Inilah contoh wira dunia ketiga yang pro Arab dan anti-Isreal.


Kepada sasterawanis, penulis certot dan pejuang bahasa Melayu what is the because you angry-angry. Kita patut berbangga sama kerana Tun Dr. Mahathir Muhamad adalah pejuang bahasa Melayu yang jumud lagi kuat kemut. Lihat bagaimana perkataan belanjawan telah diubah krpada budget.


Kemelayuan Tun Dr. Mahathir Muhamad ini tidak ada tolok bandingnya. Bayangkan dalam negara kita ada beratus ribu peguam Bumiputera yang hebat-hebat, lihat siapa yang menjadi peguam peribadi Mahathir Muhamad – tidak lain dan tidak bukan orangnya ialah V.K. Lingam. Ini membuktikan : Air di cincang tidak akan putus. Mana gelap kulit Mahathir gelap lagi kulit Lingam. Hanya yang legam yang dapat melegam yang lain.

KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT MALAYSIA

Kenyataan Media, 19 Mei 2008

Krisis perbalahan elit Umno sudah sampai ke tahap yang akan melimpah ke peringkat bahawan, menyebabkan Umno kini hilang fokus dan kredibiliti untuk menjadi tunggak kerajaan Barisan Nasional.

Sungguh aneh melihat mereka yang kononnya sedang sibuk memupuk perpaduan Melayu, hari ini memulakan langkah yang akan memecah-belahkan bangsa dan negara. Umno sudah hilang kewibawaan untuk memperkatakan apapun mengenai perpaduan.

Langkah Tun Mahathir adalah reaksi beliau berikutan keputusan kerajaan untuk menyiasat semua yang terlibat dalam skandal video VK Lingam. Rakyat diingatkan agar berhati-hati dan menolak sebarang tindakan mereka yang tersepit untuk menjejaskan keselamatan negara dengan mengapi-apikan sentimen perkauman sempit.

Dato' Salehuddin Hashim Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat
Press Statement, 17th May 2008

The internal bickering of the Umno elite has now been engineered to spillover to all levels of the party, causing Umno to lose the focus and credibility necessary to be the leading party of the Barisan Nasional government.

It is strange to see those who purportedly seek to build Malay unity today sow the seeds that will only divide the nation further. Umno has clearly lost all standing to speak convicingly of harmony.

Tun Mahathir's move is merely his reaction to the government's decision to investigate all who were involved in the VK Lingam scandal. Malaysians are reminded to be wary and reject any attempt by any narrow minded parties who may seek to threaten the safety of Malaysia by playing on divisive racial sentiments.

Dato' Salehuddin Hashim Secretary General Parti Keadilan Rakyat

AKHIRNYA MAHATHIR MEMECAT DIRINYA SENDIRI DARI UMNO




Setelah lama rakyat Malaysia khususnya para penyokong Reformasi menanti,kini tiba masanya Mahathir memcat dirinya sendiri.jika dahulunya peristiwa 1998 insiden mata lebam DSAI, Mahathir memecat Anwar tanpa sebarang budi bicara.Kini doa yang dipohon oleh Allahyarham Dato Fadzil Noor menjadi kenyataan.Mahathir menyaksikan sendiri semua apa yang beliau lakukan dan manerima apa yang beliau lakukan kini sehingga beliau memecat dirinya sendiri dari menjadi ahli UMNO.


Maka kini tinggal lah legasi Mahathir dan sesungguhnya berita ini di terima dengan tenang oleh para penyokong Reformasi dan Pakatan rakyat, dan bagi penyokong UMNO apa yang hendak dikatakan ialah :


1. Jika Dato Onn pengasas UMNO meninggalkan UMNO,

2.Jika Tunku Perdana menteri kedua meninggalkan UMNO,

3.Jika Tun Hussein Onn juga meninggalkan UMNO

4.Jika bapa kebanggaan UMNO Mahathir meninggalkan UMNO


Maka apa lagi yang diharapkan Ahli Parlimen UMNO untuk menyelamatkan MELAYU?ayuh bapa-bapa terus bersama Anwar atau Tuan Guru Nik Aziz
RAKYAT MALAYSIA BERI PANDANGAN ANDA

KULI DAN SANUSI JUGA KELUAQ AMANO???DARI BLOG DUNIA TIGER





KULI DAN TS SANUSI KELUAR UMNO
Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Sanusi Junid mengumumkan keluar dari UMNO.Perkara itu dilaporkan oleh blogger, Big Dog. Berikut adalah petikan tulisan beliau.*Perkembangan terkini 3.15pmTengku Tan Sri Razaleigh Hamzah juga telah mengumumkan keluar dari UMNO dalam sebuah program di Alor Setar. Mantan Naib Presiden UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Tan Sri Sanusi Junid juga mengumumkan keluar parti.
at 17:03 0 comments




KULI TAK JADI KELUAR-DIA MASUK UMNO UNTUK JADI GURKHA UMNO.



DR MAHATHIR KELUAR UMNO "KALI KEDUA"
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini keluar daripada UMNO.Perkara ini dilaporkan oleh portal berita, Malaysiakini.com .Kali pertama TDM dipecat daripada UMNO pada 1969 dan hari ini beliau tidak berada dalam parti yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN), buat kali keduanya. Amat menyedihkan bagi bangsa Melayu. Apakah bangsa Melayu akan terus bersatu padu atau berpecah-belah?Petikan berita Malaysiakini. Mahathir quits Umno Ahti Veeranggan May 19, 08 12:45pm Former Umno president Dr Mahathir Mohamad today announced that he was quitting Umno with immediate effect and urged other members to emulate him.He said he was quitting the party, which he led for almost 22 years until handing over the reins to Abdullah Ahmad Badawi in 2003, as a sign of no confidence in his successor's leadership."I will only come back to the party when there is a change in leadership," the ex-premier told a crowd at a forum in his home state of Kedah this morning.He also called on all Umno ministers, deputy ministers and all levels of party leaders to join him in leaving the party.However he asked these members not to join any other party."Wait till Abdullah to quit as the prime minister and party president and then we can return to Umno," he said.Mahathir joined Umno at its inception in 1946 and in recent years has been Abdullah's most vocal critic.He entered active politics as a member of Parliament for Kubang Pasu in 1964.He lost his seat in 1969 and was expelled from the party after attacking then president and prime minister Tunku Abdul Rahman.
at 15:48 1 comments

MAHAZALIM TINGGALKAN UMNO.JIKA BAPA PERINDUSTRIAN MALAYSIA DAN DISANJUNG DALAM UMNO SELAMA 21 TAHUN MEMERINTAH SUDAH MENINGGALKAN UMNO...





SEGERA UPDATE 1.00PM-NAMPAKNYA BLOG WRLR LAGI CEPAT.



JIKA BAPA PEMBANGGUNAN MALAYSIA MENINGGAL UMNO..ADAKAH AHLI UMNO YANG ADA KINI LEBIH UMNO DARI MAHATHIR????JIKA DILIHAT BEKAS PERDANA MENTERI YANG TERDAHULU,ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN JUGA MENINGGALKAN UMNO...ALLAHYARHAM TUN HUSSEIN ONN JUGA MENINGGALKAN UMNO...KINI MAHATHIR SENDIRI MENINGGALKAN UMNO SETELAH 20 TAHUN MEMUSNAHKAN UMNO DAN MENUBUHKAN UMNO BARU(A).





Dari star paper.


Dr M quits Umno
ALOR STAR: Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad announced Monday at 12.35pm that he is quitting Umno.
On Sunday, Dr Mahathir said everything deemed as Malay privileges had been questioned and challenged by the non-Malays.


Dari Berita Harian


TUN Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mengumumkan keluar daripada Umno sebagai protes kepada keengganan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan mengajak ahli lain keluar parti bersamanya. Bagaimanapun beliau menasihatkan ahli yang keluar Umno tidak menyertai parti lawan dan masuk semula Umno apabila Abdullah meletak jawatan.


SARANAN BLOGGER:


1. AHLI UMNO KELUAR PARTI BERAMAI-RAMAI SERTAI PKR ATAU PAS.

2. BUAT APA TUNGGU LAGI DALAM UMNO KALAU SEMUANYA TAK MEMBANTU MELAYU APA PUN

3.JANGAN IKUT CAKAP MAHATHIR TU...DIA BUKAN BIJAK SANGAT..DIA PUTAQ BELIT PANDAI LA....SEMUA AKAI...AUTA...

MAHATHIR KATA BELIAU SEDIA BERMALAM DI SUNGAI BULUH.APANAMA...APANAMA...APANAMA...GANTI ANWAR????


Photo from susan loone blog-TQ

Sedition Act 1948 ! Prevention of Corruption 1961 ! Legal Profession Act 1976 ! Official Secrets Act 1972 ! Penal Code ! Mahathir Mohamad dan sahabat handai akan ke penjara Sungai Buluh!!!!!


"Sebaliknya jikalau didakwa di mahkamah, maka saya dapat menerangkan apa yang saya lakukan dan apa yang orang lain termasuk hakim telah lakukan di dalam perkara lobi.


Siap la..Mahathir nak sangkutkan semua yang terlibat.Lebih baik semua tuduh mahathir punya punca semua ini. Bukti dah ada..tapi masa mana pulak Anwar ibrahim keluaq tangkap gambaq????kuang...kuang ...kuang.Nampak sangat nak kenakan Anwar ek...ek...


"Saya hendak cerita berkenaan hakim-hakim yang melobi saya. Jikalau melobi adalah salah, maka hakim-hakim ini sepatutnya disiasat," katanya selepas menyampaikan ucap utama di forum 'Umno Pasca Pilihanraya Umum ke-12' anjuran Badan Bertindak Gabungan Ahli-Ahli Akar Umno Johor dan MykmuJohor.com.

Pandai pulak nak letakkan salah pada orang lain ...sendiri punya pentadbiran...mana mungkin nak salah orang lain pulak...Ini bukan soal lobi la bangang...ini soal mengatur hakim.Macamana kata tak tau pulak...kan PM seantario dunia...wira jagat...wira..PERWAJA....WIRA...GUNUNG EKPRESS...WIRA DONIA NO 3.....WIRA....PUTRAJAYA....WIRA..PROTON WIRA.....WIRA...PETRONAS....WIRA.....KWSP.....WIRA.....WIRA...WIRA...
Nek Pidah tak mau tolong ka????


"Keputusan saya adalah berdasarkan penilaian saya. Saya tidak peduli siapa lobi, siapa cerita, kalau saya putuskan orang itu patut dilantik, saya akan lantik. Jikalau tak patut dilantik, walau dicadang oleh hakim, saya tidak akan lantik.


OOOOOkiranya betoi la awak no....patut le hakim yang dilantik dengar cakap.Suruh angguk dia angguk, suruh geleng dia geleng...angguk..angguk...geleng..geleng....sebab saya yang pilih...Fulamak...terrorr



"Saya bukan posmen. Apabila ketua hakim cadang, saya pun kata lulus dan pergi ke Yang di-Pertuan Agong dan baginda lulus. "Kalau macam itu, lebih baik kata pelantikan ketua hakim harus diputuskan oleh ketua hakim, jadi saya tiada peranan langsung. Saya tidak mahu jadi posmen," Dr Mahathir dipetik sebagai berkata.


Sebab itulah awak kena disoal siat-siat...kalau tidak sampai bila nak ngaku...semua kita yang betul...habis hakim-hakim tu semua banggang apa ka??????Masa soal siasat semua ngaku tak kenal la....macam rupa dia la....suara sama la....tapi tak pasti......pelik sungguh Malaya niiiii....


"Sesiapa sahaja boleh memberi pandangan tentang pelantikan sesiapa, perdana menteri atau bakal timbalan perdana menteri," katanya sambil menambah, sistem pelantikan hakim sedia ada sudah baik."Apa yang menjadikan sistem itu tidak berjalan dengan baik adalah manusia," katanya.


Betoi...betoi...yang tak baik tu hang la.....apanama...apanama...apanama

MUKRIZ TOLONG JAWAB LAGI


DARI MALAYSIAKINI



PKR: M'sia patut bangga dengan Anwar
May 17, 08 5:51pm


Rakyat negara ini seharusnya berasa bangga dengan penglibatan antarabangsa bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Yayasan Masa Depan (FFF) dan bukan membuat tuduhan melulu seperti para pemimpin Umno, kata setiausaha agung PKR. "Rakyat Malaysia sepatutnya menyatakan rasa bangga apabila pandangan komuniti antarabangsa memilih Datuk Seri Anwar sebagai pengerusi lembaga pengarah FFF yang turut dianggotai oleh personaliti terkemuka dunia, dan juga memilih beliau sebagai salah seorang daripada 100 manusia berpengaruh di dunia - penghargaan yang buat pertama kali dianugerahkan kepada seorang rakyat Malaysia," kata Datuk Salehuddin Hashim hari ini.Dalam kenyataannya mengulas tuduhan Datuk Mukhriz Mahathir di Dewan Rakyat minggu ini, beliau berkata ahli parlimen Jerlun dan rakyat Malaysia harus berasa malu dengan penglibatan bapanya Tun Mahathir Mohamad telah didedahkan membuat bayaran sebanyak RM4.6 juta kepada pelobi Amerika Syarikat, Jack Abramoff, demi memastikan pertemuan antara mantan perdana menteri dan presiden George W Bush.

YB YUSMADI MERASMIKAN RESTORAN CAPATI TERKENAL







YB YUSMADI YUSOF MERASMIKAN RESTORAN TERKENAL

OLEH :WRLR

Kulim 17 Mei- Rentoran masakan capati terkenal didaerah ini telah dirasmikan pembukaannya oleh YB Yusmadi Yusuf Ahli Parlimen Balik Pulau petang tadi. Restoran yang menyediakan masakan capati,roti jala,dan roti nans ini adalah cawangan yang kedua di Bandar Kulim.

Menurut tuan punya restoran Saudara Nazri atau Abang E ini, beliau memulakan perniagaan roti jala ini kira-kira 20 tahun yang lalu dengan bermodalkan RM80 sahaja, dan kini beliau boleh dikatakan mula menampakkan hasilnya setelah cawangan yang kedua kini telah dibuka.

Majlis pembukaan restoran ini dihadiri oleh masyarakat setempat,ahli qariah masjid dan juga pengunjung setia kedai beliau. Beliau yang kini membuka kedai dengan bermodalkan RM40 ribu kini mempunyai hampir 15 pekerja dan juga bercadang membuka dan mengembangkan lagi perniagaan ini di serata tempat.

KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG MENGAMALKAN SISTEM CAT


Hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang telah dijemput untuk hadir dalam majlis perasmian Ibu Pejabat baru PKR Bahagian Bayan Baru. Dalam ucapan beliau yang menyentuh berbagai aspek pentadbiran kerajaan negeri Pualau Pinang, YB Lim menegaskan betapa sistem CAT yang baru diperkenalkan sebagai motto pentadbiran kerajaan Negeri membawa manfaat kepada semua.



“Tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac merupakan satu perubahan dari rakyat untuk menerima wakil-wakil Pakatan Rakyat berkhidmat kepada mereka dan seluruh rakyat Malaysia, khsusnya rakyat Pulau Pinang. Kita mengharapkan wakil-wakil Pakatan Rakyat yang boleh memimpin Negara supaya rakyat dapat memilih kehidupan yang lebih baik. Oleh itu dengan perasaan rendah diri saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat agar memberi kepercayaan kepada wakil-wakil PR untuk menerima amanah ini”

Beliau juga mengingatkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang kini sedang memperkenalkan sistem CAT yang membawa makna competensi,akauntabiliti dan juga tranperansi yang mana ianya melihat kepada kepimpinan yang berkebolehan ,tranperansi , bersih dan amanah dan membelakangkan rasuah yang mana amalan rasuah menjadi amalan kerajaan yang lepas,dan itulah yang diminta rakyat sebenarnya.

“Kini kerajaan sedang berusaha meneruskan program memberi bantuan beras dan juga dengan cara ini kita sebenarnya ingin mengetahui bahawa ini adalah satu tanda dan mengingatkan kita bahawa ini merupakan satu sumbangan kerajaan negeri ,kita tahu kesusahan mereka dan kita harapkan mereka meneruskan kehidupan dengan sempurna”.demikian tegas Tuan YB Lim Guan Eng Lagi.

Bercakap soal pelaburan pula, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri sebelum ini kerugian hampir 7 Billion ringgit apabila sebuah syarikat dari German tidak jadi untuk melabur kerana kita mempunyai saluran paip gas tetapi tiada gas untuk di salurkan
Dalam jangkamasa 1 bulan setengah kebelakangan ini , kerajaan negeri Pulau Pinang telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM 1 bilion ringgit. Satu rekod bagi kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Kita mungkin tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran, tetapi mereka tahu kita tidak ada pengalaman mengambil rasuah ,penyalahgunaan kuasa dan mengambil duit kopi.Inilah yang mereka mahu dari kerajaan kita hari ini”.demikian jelas Timbalan ketua Menteri lagi dan disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.


“Kita ikhlas sebenarnya untuk menerima sesiapa sahaja yang ingin berkhidmat untuk rakyat.Kita tidak mahu ada antara kita yang jika diminta berkhidmat kepada kerajaan Pusat,kita tidak akan menekannya.Baru-baru ini ada wakil dari parti pembangkang yang ingin berkhidmat kepada Pakatan Rakyat telah diberi amaran yang keras”,demikian jelas Tuan YB Lim Guan Eng dan beliau selanjutnya menegaskan bahawa dengan kekayaan yang kita ada,kita akan kongsi bersama rakyat.

PRESIDEN PKR MERASMIKAN PUSAT KHIDMAT PKR PARLIMEN BAYAN BARU




Bayan Baru 17 Mei- Presiden PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini telah merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru di mana ahli perlimennya Dato Zaharin b Hashim.Pusat Khidmat tersebut yang terletak di tengah pusat Bandar Bayan Baru ini di sewa bertujuan untuk memberi khidmat kepada masyarakat yang berada di bawah Parlimen Bayan Baru iaitu, DUN Pantai Jerejak,, DUN Batu Maung dan DUN Batu Uban.




Majlis kemudiannya menjemput Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah berucap dimana beliau dengan ucapan yang ringkas menegaskan bahawa betapa pentingnya wakil-wakil rakyat dalam parti PKR khususnya jika didapati tidak menepati matlamat perjuangan ,mengamalkan rasuah,dan juga tidak berkhidmat dengan baik kepada rakyat agar memberitahu terus kepada beliau , dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka. Majlis seterusnya menjemput YB Datin Sri merasmikan majlis pembukaan pusat Khidmat Parlimen bayan Baru ini dengan memotong reben belon sebagai tanda merasmikan pusat khidmat tersebut.

TINDAKAN KE ATAS 6 JAHANAM AKAN MENGEMBALIKAN MARUAH SISTEM KEHAKIMAN ATAU RAKYAT AKAN BANGKIT LAGI MENGHANTAR MEMORENDUM KEPADA TUANKU

DAULAT TUANKU,DAULAT TUANKU,DAULAT TUANKU



Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah


6 JAHANAM



Setelah menunggu lama kini tiba masanya untuk rakyat Malaysia mendengar dan melihat bagaimana Mahathir Mohammad memporak perandakan sistem negara .Beliau kini boleh dikenakan dan dihukum dibawah akta hasutan,akta rahsia rasmi,kanun keseksaan.

Jangan lupa juga meletakkan si Mahazalim ini dibawah akta undang-undang yang digubal manusia dengan menyalahgunakan kuasa,akta rasuah,akta menipu,akta membohong,akta mengsonglap duit rakyat,akta menyamun ,ordinan menipu,ordinan drakonian yang diperkenalkan mempertahankan ISA,akta hasutan dan akhir sekali akta undang-undang menipu rakyat Malaysia dalam kes Anwar Ibrahim.



Suruhanjaya diraja yang dianggotai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor sebagai pengerusi, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguam Cara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah profesor emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim mendapati 6 jahanam ini wajib di hukum setimpalnya kerana merosak,menipu,menyalahgunakan kuasa,menipu Raja-raja Melayu

6 jahanam tersebut yang diketuai oleh Mahazalim - dua bekas ketua hakim negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin, peguam kanan Datuk VK Lingam, bekas menteri pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung Umno serta tokoh perniagaan Tan Sri Vincent Tan.Suruhanjaya itu mengesyorkan supaya mereka disiasat bawah Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan.

Laporan setebal 191 halaman itu telahpun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas.


TUANKU KEMBALIKAN KUASA RAJA-RAJA DALAM KES INI.BUKTIKAN BAHAWA KUASA TUANKU DALAM MENASIHATI PERDANA MENTERI SUPAYA UNDANG-UNDANG DIJALANKAN.

KEMBALIKAN KUASA RAJA-RAJA MELAYU .

DAULAT TUANKU.




RAKYAT MALAYSIA BERI KOMEN ANDA

PANDIKAR AMIN LETAK JAWATAN DALAM UMNO




UPDATE 1020PM






Pandikar Amin yang menjadi speaker dewan meletakkan jawatan beliau sebagai Ketua bahagian Marudu.Beliau yang berkata bahawa perletakkan jawatannya kerana ingin berkhidmat sebagai speaker dan bukan dengan UMNO.








NAMPAK KENYATAAN BELIAU BAGUS.BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT BUKAN UNTUK UMNO.



Beri komen anda

SIAPA VATERAN UMNO YANG MASUK KERAJAAN NEGERI

JAWAPANNYA IALAH


TAN SRI KHALID AHMAD

MANGSA KEBAKARAN MENDAPAT BANTUAN YANG SEWAJARNYA.YB HAMDAN BERSAMA QARIAH MASJID SAMPAIKAN BANTUAN



PERMATANG PAUH 13 MEI- YB Hamdan sekalil lagi menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran baru-baru ini. Wartawan melaporkan pada hari Ahad baru-baru ini bahawa satu kebakaran yang berlaku dan kini dengan usaha YB Hamdan bantuan segera telah berjaya di perolehi melalui tabung bantuan TYT(TUAN YANG TERUTAMA YG DIPERTUA NEGERI PP) sebanyak RM3000 bagi tuan punya rumah dan RM 500 bagi penyewa.Buat permulaan, bantuan sebanyak RM 500 di sampaikan semalam bersama dengan Pengerusi Masjid Kampong Pengkalan Tambang.

EN UMAR BIN AHMAD 82 tuan punya rumah dimana penyewanya En Mohd Nasir Norwawi yang menyewa rumahnya telah mengalami kebakaran rumah baru-baru ini , telah diberi bantuan melalui tabung TYT negeri. turut menyampaikan bantuan ialah pengerusi masjid kampong Pengkalan Tambang.

Baru-baru ini satu kebakaran yang berlaku di kampong Pengkalan Tambang yang membabitkan bekas anggota polis yang telah menyebabkan kerugian hampir RM50000 telah mendapat simpatisme YB Hamdan , dan bantuan kini telah di sampaikan kepada nya di masjid kampung Pengkalan Tambang .
En Mohd Nasir Norwawi yang terharu dengan kesungguhan YB Hamdan ,telah menerima bantuan turut mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana YB Hamdan tidak jemu berusaha mendapatkan bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung nya.
"Ini adalah bantuan kali ke 2 yang saya terima. Kali pertama selepas kebakaran dan kali ke 2 malam ini apabila tabung TYT yang diusahakan oleh YB Hamdan diberi kepada saya.Walau saya menyewa, namun saya juga diberi bantuan yang sewajarnya. terima kasih YB Hamdan". katanya lagi




ANWAR PERTAHAN TINDAKAN LOMPAT PARTI


KUALA LUMPUR -Dato Sri Anwar Ibrahim hari ini mempertahan kan tindakan melompat parti kerana menurut beliau tindakan itu tidak salah jika ingin menubuhkan sebuah Kerajaan baru.


Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut sewaktu mengadakan sidang akhbar di Petaling Jaya sebentar tadi.Beliau kelihatan agak marah apabila ditanya adakah tindakan melompat parti itu adalah sesuatu yang tidak bermoral


Anwar dengann nada yang agak keras berkata"pilihanraya itu sendiri lebih banyak penipuan dan pembatalan penggunaan dakwat juga merupakan satu penipuan dari kerajaan Barisan Nasioanal"
"Apa yang tidak bermoral ialah pernipuan dan menipu,membeli undi dan calon atau ahli parlimen atau janji janji kosong di parlimen, apa yang kami tahu ialah membentuk dan membuat agenda baru Pakatan Rakyat"
"Saya menyatakan demikian ialah kerana anda mempersoalkan mengenai melompat parti buat masa ini"
"Apa yang nak dikatakan perbuatan bermoral jika kes pembunuhan tidak dapat diselesaikan dan tiada siasatan apabila seseorang mencuri RM500 juta? apakah bermoral jika menipu dalam pilihanraya? kenapakah soalan ini anda tidak bertanya kepada saya?
Sesiapa yang memahami bahawa jika kerajaan baru yang ditubuhkan ini akan membawa kebaikan ,anda mestilah memberikan sokongan.Bukan hanya bercakap mengenai ketuanan Melayu semata -mata . Apakah yang nak kita cakapkan soal moral jika sebuah kuil hindu dirobohkan tanpa ada sebarang sebab musabab.
"Buat masa ini ialah mengenai mengambilalih negara bila mana BN dan UMNO dalam keadaan yang lemah, dan sekarang mereka dalam keadaan tertekan dan panik serta membuat dan mengeluarkan sentimen perkauman dan hak serta mempersoalkan mengenai kedaulatan Melayu, malah enggan untuk berdebat dan kami rasa kami akan meneruskan dengan agenda baru kami untuk semua"
Turut menjadi persolan ialah kehadiran yang cukup bermakna Pairin Kitingan Timbalan Ketua Menteri Sabah , manakala di sebelah Anwar ialah Mustaffa kamil Ayob,Syed Huseein Ali dan Shamsul Iskandar.


TERJEMAHAN DARI MALAYSIAKINI-WRLR

ANWAR JAWAB MAHAZALIM



SUMBER HARAKAHDAILY
Laporan Suruhanjaya Pita Lingam - Anwar jawab Mahathir


Azamin Amin


PETALING JAYA, 12 Mei (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini menjawab tuduhan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed ke atas dirinya berhubung isu klip video VK Lingam.
Katanya ketika insiden dan rakaman itu dibuat, beliau masih berada di penjara Sungai Buloh.
"Saya maafkan Mahathir sebab dia terlupa saya masih di penjara Sungai Buloh pada tahun 2001," katanya sinis, dalam satu sidang media di Petaling Jaya sebentar tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Mahathir bahawa klip video itu dibuat untuk tujuan peras ugut.
Dr Mahathir juga dilaporkan berkata bahawa setiapkali seseorang itu membuat rakaman rahsia, niatnya ialah untuk mengugut dan beliau bimbang 'kerajaan telah menjadikan percubaan memeras ugut itu, berjaya'.
Anwar dibebaskan pada September 2004 ketika Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri manakala Isu klip video 'Linggam' muncul pada 2002 tetapi menimbulkan kontroversi di Malaysia pada tahun 2007.
Klip video ini dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka, Dato' V.K. Linggam dan seorang hakim kanan bagi mengatur perlantikan hakim-hakim di Malaysia pada 2002.
Sebelum itu dalam kenyataannya Anwar menggesa kerajaan mendakwa mereka yang didapati terlibat dalam skandal kehakiman seperti dirumus oleh suruhanjaya diraja siasatan klip video VK Lingam.
"Perdana menteri Dato' Seri Abdullah Badawi berhasrat melaksanakan reformasi badan kehakiman, maka cadangan suruhanjaya tersebut supaya menyiasat dan mendakwa kalangan yang terlibat dalam dilaksanakan.
"Kami juga ingin memohon penjelasan bersabit laporan suruhanjaya yang mengaitkan isu ketidakadilan pendakwaan dan penghukuman kes-kes tertentu di bawah bidang kuasa suruhanjaya tersebut," katanya.
Berikut disiarkan kenyataan penuh Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar petang tadi:
Kami mengalu-alukan penyerahan Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai video klip Lingam kepada Yang Di-Pertuan Agong dan meminta laporan itu segara didedahkan kepada umum.
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhasrat melaksana reformasi badan kehakiman, seperti mana yang beliau umumkan sebelum ini, maka cadangan suruhanjaya tersebut supaya menyiasat dan mendakwa kalangan yang terlibat dapat dilaksanakan.
Kami juga ingin memohon penjelasan bersabit laporan suruhanjaya yang mengaitkan isu ketidak adilan pendakwaan dan penghukuman kes-kes tertentu dibawah bidang kuasa suruhanjaya tersebut.
Amat mendesak sekali untuk kerajaan mengambil tindakan wajar mengembalikan keyakinan terhadap badan kehakiman serta memastikan agar penyiasatan dan pendakwaan salah laku jenayah oleh Jabatan Peguam Negara yang bebas dari gangguan pemerintah.
Ini pastinya melibatkan beberapa percanggahan dan kaedah yang dipertikai yang sewajarnya dipatuhi oleh pihak berwajib dalam penyiasatan kes yang melibatkan pimpinan kanan kerajaan termasuk kes-kes yang tercela seperti pembunuhan dan yang melibatkan dana yang besar.
Rakyat Malaysia prihatin tentang permasalahan tersebut dan justeru itu tidak harus diremehkan oleh pemeritnhn sekarang. Sebarang tindakan yang dianggap tidak bersungguh-sungguh bagi memulihkan kewibawaan badan kehakiman pasti nya tidak akan berhasil.
ANWAR IBRAHIM - mr

YB HAMDAN MELAWAT MANGSA KEBAKARAN DAN MEMBERI BANTUAN




KEBAKARAN BERLAKU LAGI DI KAMPUNG PERMATANG PASIR

OLEH:Wartawan Rasmi Laman Reformasi


Permatang Pauh 11 Mei- Satu kebakaran berlaku di kampong Pengkalan Tambang dekat Permatang Pauh petang tadi. Kebakaran yang berlaku dirumah Mohamad Nasir bin Norwawi 50, berkata kejadian yang berlaku semasa beliau dan keluarga sedang bersarapan tengahari,tiba-tiba anak kecil beliau yang berusi 9 tahun menangis dan berkata ada kebakaran di dapur , dan dalam masa yang singkat sahaja api marak dan tidak dapat berbuat apa-apa.Pihak Bomba telah berusaha dengan sedaya upaya namun tidak dapat berbuat apa-apa bagi menyelamatkan rumah mangsa.
Hadir sama di tempat kejadian ialah YB Hamdan KADUN Permatang Pasir yang kebetulan melakukan lawatan bersama dengan YB Datin Seri Wan Azizah dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh pada hari ini, cuma dalam kawasan yang berbeza. Selang beberapa minggu selepas kebakaran di kawasan yang berhampiran, kini tugas YB Hamdan yang sentiasa sibuk dari hari ke hari ini tidak menghalang beliau untuk terus berbakti. Jika disebelah pagi beliau bersama YB Datin Seri Wan Azizah memberi bantuan dan melakukan lawatan,kini di sebelah petang beliau terus melakukan lawatan dan turut serta di tempat kejadian.

Menurut YB Hamdan bantuan dan kutipan derma kilat telah dijalankan seberapa segera dan sebanyak RM1020 telah di perolehi dari wang derma beliau sendiri dan juga masyarakat setempat manakala pihak masjid dan surau Pengkalan Tambang juga akan turut mengutip derma bagi membantu mangsa kebakaran ini. Menurut Mohd Nasir lagi, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada jasa-jasa YB Hamdan yang begitu prihatin dengan rakyat dan masyarakat yang berada di bawah tanggungjawab beliau.
Apabila di tanya sumbangan yang mungkin akan diterima dari pihak UMNO beliau dengan sedih berkata"Dalam ingatan saya , saya sendiri tidak tahu kepada siapa untuk saya mengadu terutamanya kepada UMNO,pihak dan siapa yang berada di dalam UMNO.Sudah tentulah saya juga memerlukan bantuan mereka kerana jika YB Hamdan boleh menderma kepada ahli UMNO sendiri, bagaimana pula saya yang sepatutnya UMNO bela sebagai orang Melayu?" demikian jelas beliau lagi.
Menurut YB Hamdan lagi bantuan dan laporan telah dibuat kepada pejabat exco negeri yang bertanggungjawab di atas semua kebajikan rakyat dan masyarakat.Beliau juga turut berusaha membuat laporan kepada PUZ,Pejabat Daerah, dan Jabatan Kebajikan .
Menurut imam masjid Pengkalan Tambang Abdul Razak b Hj Mohd Nor 41 imam masjid pengkalan Tambang,pihak masjid akan melakukan sesuatu dengan mengutip derma dan bekerjasama dengan YB Hamdan bagi melakukan kutipan derma dan bantuan sementara yang sewajarnya untuk memudahkan kehidupan saudara Mohd Nasir.

PRESIDEN PKR DAN ADUN PERMATANG PASIR ZIARAHI AHLI MASYARAKAT











AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH DAN ADUN PERMATANG PASIR MENZIARAHI MASYARAKAT

OLEH: Amiruddin Ahmad.

Permatang Pauh 11 Mei- Lawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh Datin Seri Wan Azizah dan ADUN Permatang Pasir YB Hamdan ke kawasan Parlimen turut menziarah dan memberi bantuan mesin mengepam air kepada En.Din B Awang 82, sebagai tanda prihatin Ahli Parlimen dan juga tanggungjawab DUN Permatang Pasir.Kampong Pelet yang terletak di bawah DUN Permatang Pasir ini ,berada di bawah parlimen Permatang Pauh.

Turut sama ialah Timbalan pengerusi PKR bahagian En. Mat b Hashim,Hjh Che Wa para penyokong dan juga penduduk tempatan.Menurut YB Hamdan lagi,bantuan yang pernah diberikan beberapa tahun lepas, itu di perbaiki lagi kerana mesin yang diberikan itu kurang berfungsi, dan kini digantikan dengan pam janakuasa air yang lebih kuat lagi.

Che Din 82 dan isterinya Raja Bee bt Noor yang berusia 80 tahun merupakan golongan orang kurang upaya akibat sakit tua dan sehingga kini hanya menrima bantuan sebanyak RM240 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat,mereka yang dijaga oleh anak bungsu mereka
Zalita bt Din 38, yang tidak bekerja kerana terpaksa menjaga kedua ibubapanya.

Nasib kedua-dua ini mendapat perhatian Ahi Parlimen Permatang Pauh dan juga ADUN Permatang Pasir untuk berusaha lagi bagi membantu mereka. Dengan bantuan PUZ sebuah mesin baru mengepam air telah di pasang bagi memudahkan keluarga ini menguruskan hal-hal yang berkaitan makan minum dan amal ibadat mereka.

Apabila ditanya pemberita, kenapakah sehingga 50 tahun tidak mendapat bekalan air, beliau yang sedih menceritakan bahawa kawasan yang hendak dilalui bekalan air itu adalah diatas tanah orang, jadi ini menyukarkan mereka untuk mendapatkan kebenaran.

“Sehingga kini tiada langsung bantuan dari pihak UMNO sama ada untuk melakukan sebarang lawatan, bantuan atau menziarahinya kerana orang susah seperti saya memang sukar untuk mendapatkan bantuan, malahan mungkin kami tinggal jauh disini dan pemimpin sukar untuk sampai”, demikian jelas Che Din lagi.


“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Hamdan kerana berusaha mendapatkan bantuan dan keperihatinan YB Wan Azizah”, sambil berkata mengenali ahli parlimen itu sebagai isteri Anwar.