
JOM BERSIH 23 FEBRUARI 2008.
PESTA BENDERA DIPERMATANG PAUH BERMULA,PALUAN PILIHANRAYA SUDAH BERMULA.

Kesedaran ini berpunca dari semangat untuk menumbangkan UMNO dan pimpinannya kerana seperti yang umum sedia maklum, Panglima Keris aka Hishammuddin Ketua Pemuda UMNO akan hadir di Permatang Pauh untuk membuktikan bahawa beliau sanggup melakukan sesuatu demi manjatuhkan PKR dan maruah DSAI di Parlimen Permatang Pauh ini.Malah Permatang Pauh diangkat sebagai anak angkat Pemuda UMNO Malaysia. Seterusnya menjadikan UMNO dan diri beliau sebagai panglima di seantario Malaysia kerana berjaya menumbangkan PKR jika hasrat nya tercapai.

Namun harus juga diingatkan kepada PKR bahagian Permatang Pauh, bahawa kerja kuat adalah lebih penting dari melakukan sesuatu yang merugikan,ceramah kelompok, perjumpaan dengan ketua-ketua kaum, dan berbagai masyarakat,program rakyat harus diteruskan, dan bukannya sekadar membawa YB Presiden ke Pasar-pasar malam dan melawat orang sakit sahaja. Namun ,program yang lebih baik dan jitu serta menjadikan kawasan yang tidak pernah sampai oleh Presiden terutamanya ke kubu-kubu kuat UMNO seperti di kampung Tun Saadon itu patut dipuji kerana ianya telah membuka ruang yang cukup luas bagi menggusarkan UMNO yang selama ini mempengaruhi penduduk disitu.

Hishammuddin juga tidak mempunyai trek record yang bersih juga sebagaimana yang didakwa. Malah gambar-gambar beliau masih wujud dan senang skali untuk di ekses di mana-mana enjin pencarian dengan gambar-gambar seperti di atas.Saya sendiri tidak mahu mempercayainya, namun imej ini juga tidak dapat membohongi segalanya.Mungkin gambar Zaidi Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh akan terpampang nanti, mana tahu jika ada insan yang akan mendedahkannya di laman-laman pro reformasi.Jadi UMNO perlu bersiap sedia kerana permainan di padang yang kotor akan juga menghasilkan pilihanraya yang kotor.
Esok Ketua Umum PKR akan membuka bilik gerakan pilihanraya DUN Seberang Jaya di jalan Todak dan merasmikannya pada jam 9 malam.Bilik gerakan ini akan menjadikan DUN Seberang Jaya juga bukan tidak boleh ditembusi langsung, cuma gerak kerja yang jitu dan padu harus di jalankan dengan baik. Kita percaya masyarakat pun telah matang dalam hal-hal yang sebegini, apabila menjelang pilihanraya.Jadi berikanlah peluang untuk Barisan Alternatif menerajui pula ADUN ini. Beliau seterusnya akan berceramah di Juru pada jam 10.00 malam.10 Feb 2008.bertempat di PASTI Juru.Semua rakyat Malaysia di jemput hadir.
BERSIH PERMATANG PAUH EDAR RISALAH DI PASAR MALAM



PERANG BENDERA MULA RANCAK DI PERMATANG PAUH.RENCAH DAN RAGAM MENJELANG PILIHANRAYA
OLEH: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Permatang Pauh 8 Februari- Perang poster yang bukan calang-calangnya telah mula memenuhi jalan-jalanraya di Permatang Pauh. Ini bukan gear 4 atau 5, tetapi baru masuk gear 1, dari segi pemasangan bendera-bendera. Bayangkan jika ianya masuk gear 5, anda akan rasai mendung semasa menunggang motosikal di jalan-jalanraya di seluruh Permatang Pauh.
Kehangatan ini bermula apabila masayarakat setempat yakin bahawa kenyataan yang Panglima Keris akan turun berkampung di Permatang Pauh. Jadi sebagai masyarakat yang matang berpolitik, sudah tentulah segala persiapan untuk menghalang serangan panglima-pamglima keris tadi sedia diatur untuk rakyat Permatang Pauh menangkisnya. Pemasangan bendera-bendera ini pula sebenarnya bukan perlu diupah dengan membawa dan menjamu para pemuda PKR dan PAS untuk makan mee udang di Sungai Dua, tetapi dengan hanya semangat jati diri untuk menentang UMNO sebenarnya dan Panglima Keris khasnya.
Khabar-khabar angin bertiup kencang dimana di kawasan DUN Permatang Pasir akan di tandingi oleh seorang kuda kepang UMNO iaitu Sdr Sahar Suib.Beliau yang merupakan bekas guru lepasan SPM, akan menentang YB Hamdan yang telah 2 penggal mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir ini. YB Hamdan berkelulusan M.A dari Al Azhar dalam bidang usuluddin.Mana mungkin rakyat Permatang Pauh begitu banggang untuk melantik yang kurang cerdik untuk menentang yang lebih cerdik dari segi pendidikan.
Mana mungkin juga pengundi DUN Permatang Pasir yang tidak pernah untuk melihat Sahar membaca khutbah di masjid-masjid sekurang-kurangnya menjadi imam solat fardhu sedangkan khabarnya di kampung sendiri pun beliau tidak pernah berjumaat hatta mengambil sebarang bentuk penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan oleh jawatankuasa masjid Kubang Semang. Kahabarnya masayarakat dikampungnya di Kubang Semang juga tidak mengenali siapakah Sahar.Mana mungkin bakal YB ytidak dikenali di kampung sendiri.???????
Usaha-usaha juga telah dibuat apabila saya sendiri teah berbual dengan jaatankuasa masjid Jamek Kubang Semang bertanyakan siapakah si Sahar ini?Jawapan yang saya dengar amatlah tidak sesuai untuk UMNO meletakkan si mamat ini yang hanya layak untuk menjadi gurkha upahan dan bukannya sebagai YB untuk mewakili masyarakat Permatang Pauh?? adakah UMNO Permatang Pauh ketandusan pemimpin yang lebih bijak???adakah UMNP Permatang Pauh tidak ada pemuda yang mempunyai kelulusan yang lebih baik untuk diletakkan sebagai calon untuk bertanding??
Nampak sangat bahawa pecacai-pecacai UMNo yang ada di Permatang Pauh ini sebenarnya menghalang golongan cerdik pandai untuk menyertai UMNO sejak 15 tahun yang lalu. Yang cerdik akan menghalang yang lebih cerdik untuk menjadi ahli kerana takut melawan mereka dalam pesta pertandingan merebut jawatan yang diadakan oleh UMNO. Maka kerana itulah yang menguasai UMNO memang nampak dari golongan yang kaya raya , tetapi hanya berkelulusan SRP dan SPM sebagai wakil pemuda dan menduduki jawatankuasa Pusat bahagian.Maka kerana itu tiadanya golongan yang lebih cerdik melainkan yang dicerdikkan melalui kekayaan dn gelaran gelaran yang jumut-jumut. Dari segi akademik hancur. Maka kerana itu menjadi YB dalam UMNO bertujuan untuk mencari makan dan mendapat habuan. Untuk berkhidmat kepada rakyat "Lantak pi hangpa lah".
Maka kerana itu sebagai pengundi yang matang dalam negeri dan kawasan yang telah lama wujud dalam arena berpolitik, maka wajar sangatlah kita bersama-sama mempertahankan kerusi Permatang Pauh ini dari diambil alih oleh UMNO. Bak kata perpatah IF YOU DONT VOTE FOR UMNO THE DEVELOPMENT STILL GROWS.Ini Malaysia la bang................
ADAKAH UMNO MAMPU MENAWAN PERMATANG PAUH
OLEHWartawan Rasmi Laman Reformasi
Permatang Pauh-7Februari 2008 UMNO mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menawan semula Permatang Pauh setelah dua penggal impian tersebut menjadi hanya angan-angan Mat Jenin kerana masih tidak diyakini oleh masyarakat setempat untuk membantu masyarakat Melayu Pulau Pinang. Lihat sahaja kawasan yang pernah dikuasai oleh UMNO, masih juga tidak ada pembanggunan yang sempurna dan tanah-tanah dibangunkan untuk para kroni mengaut keuntungan melalui projek perumahan dan juga menjual tanah-tanah Melayu.
Semalam Dato Seri Hishammuddin telah turun ke Permatang Pauh untuk kali kedua dalam jangkamasa sebulan. Menteri yang dikenali sebagai panglima keris ini cuba untuk membalas dendam keatas bekas BOss nya Dato Seri Anwar Ibrahim semasa didalam pergerakan pemuda UMNO. Namun beliau bukanlah seorang pejuang Melayu kerana beliau dikelas aristokrat dan dilantik atas jasa-jasa ayahanda beliau.bayangkan jika Hishamuddin hanya rakyat biasa , sudah tentu sukar untuk beliau mendaki tangga sejauh ini.
Walaubagaimana pun terdengar khabar-khabar angin yang kononnya beliau juga terlibat dengan isu video yang akan di lepaskan oleh PKR berhubung dengan skandal pemimpin-pemimpin UMNO sebagaimana yang di jelaskan oleh Dato Chua Soi Lek. Sejauh mana adanya video ini masih dalam dilema kerana belum ada bukti-bukti sahih atau Barisan Alternatif masih lagi dalam perancangan untuk meyimpan dokumen-dokumen bagi menunggu saat-saat terbaik untuk mengajar panglima keris ini yang kononnya cuba di perlaga-lagakan dengan panglima kerajaan tiga beranak iaitu menantu Pak Lah Khairy jamaluddin.Mungkin juga video Khairy yang akan sama-sama terdedah.
Berbalik kepada cita-cita UMNO untuk menawan Permatang Pauh pula, nampaknya cita-cita tersebut mungkin akan menjadi kenyataan atas beberapa faktor yang akan dibincangkan dalam sedikit masa lagi. Ada kemungkinan kejayaan UMNO dan ada kemungkinan juga UMNO akan terus menjadikan Permatang Pauh sebagai helah besar untuk menjatuhkan PKR. Ini adalah kerana disinilah satu-satunya parlimen yang dikuasai oleh PKR di Malaysia.Mungkin kejayaan PKR nanti bukan berdasarkan kempen gerak kerja tetapi atas dasar sentimen untuk menjatuhkan UMNO kerana masyarakat Permatang Pauh telah matang dalam politik.Namun jangan mudah pula UMNO untuk mendabik dada walau jutaan ringgit ditaburkan kerana masyarakat Permatang Pauh tahu menilai yang mana kaca dan yang mana intan untuk membimbing masyarakat Melayu Pulau Pinang.
Namun harus juga diingatkan betapa, pengaruh DSAI dan kematangan berpolitik masyarakat Permatang Pauh juga harus dikuatkan lagi dengan kempen gerak kerja untuk meyakinkan masyarakat Permatang Pauh.Kita tidak boleh hanya meyakinkan kita bahawa penyokong akan naik semangat menjelang pilihanraya nanti.Strategi dan pendekatan mendekat diri kepada masyarakat harus juga diambil kira. Jangan hanya dengan kelebihan 590 undi menjadikan kita angkuh dan mendabik dada.PKR harus bekerja kuat dalam masa terdekat.
'Ingatan saya masih baik' - Anwar |
Azamin Amin |
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh)-Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan Suruhanjaya Bebas Diraja khususnya keputusan Tan Sri Haidar Mohamed Nor berkaitan Pita Lingam yang tidak memanggil beliau sebagai saksi. |
"Ini menimbulkan tanggapan ada kuasa-kuasa di belakang tabir yang menentukan keputusan tersebut. Kuasa-kuasa ini cukup berpengaruh sehinggakan Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk berbuat apa sahaja bagi menafikan saya memberikan bukti," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya dekat sini, semalam.
Beliau turut kesal para pesuruhjaya khususnya Haidar tidak mengambil peluang mencari punca sebenar skandal ini, sebaliknya menghabiskan masa mereka dengan isu-isu prosedur dan tafsiran yang terhad tentang bidang kuasa mereka.
Secara sinis Anwar juga menyatakan bahawa beliau merupakan antara saksi yang masih mempunyai ingatan yang baik berbanding beberapa saksi seperti bekas Perdana Menteri dan Ketua Hakim Negara yang telah lupa kejadian yang berlaku.
"Ingatan saya masih baik berbanding Mahathir dan Eusoff Chin yang sudah banyak lupa apa yang berlaku.
"Lebih baik panggil saya sebagai saksi sekarang. Jangan tungggu 10 atau 15 tahun akan datang, kerana mungkin akan lupa macam mereka berdua juga," katanya yang disambut gelak tawa para wartawan yang hadir.
Dalam masa sama beliau menyeru Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil tindakan segera bagi menjelaskan terma rujukan bagi memastikan bukti rasuah termasuk penetapan keputusan mahkamah bermula dengan penyingkiran bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas diterimapakai di dalam siasatan ini.
Sementara itu menjelang pilhan raya ini, beliau turut mendedahkan Umno sudah mula menyebarkan dan mengulangi fitnah lama terhadap beliau dan KeADILan yang diedarkan melalui VCD dan risalah, antaranya disebarkan di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
"Mereka sekali lagi tuduh saya sebagai agen Yahudi, pro-India dan pro-Cina. Kalau berani, saya cabar mereka untuk 'bertarung' dan berdebat secara terbuka dan menjawab semua isu-isu semasa.
"Apalah yang nak dibanggakan dengan Islam Hadhari yang diuar-uarkan? Di luar negara nak tunjukkan bahawa kerajaan ada toleransi, tapi realitinya menguasai dan control kita seperti sebuah negara komunis," katanya.
Saya juga menyeru Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil tindakan segera bagi menjelaskan terma rujukan bagi memastikan bukti rasuah termasuk penetapan keputusan mahkamah bermula dengan penyingkiran bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas diterimapakai di dalam siasatan ini.-az
Telah 21 hari adik Sharline tiada bersama keluarganya, jika sebelum ini adik Yin yang ditamatkan dengan penghabisan yang melegakan, kisah adik Nurin Jazlin pula amat menyedihkan hati dan mengelisahkan jiwa. Sama-sama kita berdoa agar kes kehilangan adik Sharline akan ditamatkan seperti keadaan Yin.
Selain kes kanak-kanak seperti ini menjadi mangsa, sebenarnya puluhan malah ratusan lagi kes wanita dewasa yang hilang tanpa penghujungnya. Tiada sebarang liputan berkenaan mereka hanya kerana mereka wanita dewasa yang mungkin hilang disebabkan nafsu mereka sendiri, namun tidak dinafikan ada yang juga mangsa seperti anak-anak kecil tadi.
Ramai yang sedar, kebahayaan ini perlu dirawat dengan kembali kepada fitrah dan Islam. Namun ramai juga yang mencebek bibir, tiada keyakinan dan bosan dengan laungan-laungan "KEMBALI KEPADA ISLAM" ini.
Ihsan web ustaz zaharuddin.com
|
WHAT IS UMNO GOING TO SAY ,ACCORDING TO THEIR X PREMIER MELAYU MUDAH LUPA SUGGESTION TO CLEAN THE UMNO/BN
|
| Andrew Ong | Jan 30, 08 5:52pm |
| Former prime minister Dr Mahathir Mohamad is on yet another mission - this time to promote a ‘clean-up’ of the ruling Barisan Nasional (BN) coalition, in particular the dominant party Umno. In this respect, he expressed the hope that BN supporters will not vote in "corrupt and inefficient" leaders in the next general election. " "Should people name some deadwood or some corrupt person as a candidate, BN supporters should not support them. That is the way we can clean the...BN and Umno. "There is no hope that Umno can clean itself from within. Everything is controlled now. Any contrary view (that party members) make would be contained." Mahathir’s latest attack appears to be an attempt to rally voters against his hand-picked successor Abdullah Ahmad Badawi ahead of polls that are widely speculated to be called in March. S However, he predicted that results would be closer to that in 1999, than in 2004 when BN obtained its largest mandate. In 1999, BN had suffered heavy losses, including losing Kelantan and Terengganu to Islamic opposition party PAS. "The issues are different (compared to 1999). There is (now) the problem of inflation. More importantly the quality of leadership (within Umno) is not there," said Mahathir. Use of ‘illegal means’ To a question, Mahathir said the next polls "could be" the dirtiest to date and expressed fears that "illegal means" would be used to influence voters. Asked to substantiate his claims of vote-buying, Mahathir replied that his fears stem from his experience in the 2006 Kubang Pasu divisional Umno elections as well as by-elections held last year. " In 2006, Mahathir had claimed that Umno rigged the Kubang Pasu party polls to stop him from being elected as a delegate to the Umno general assembly. The disciplinary committee, however, cleared the division of any wrongdoing. Mahathir also confirmed long-standing rumours that his government had avoided developing the PAS-led Kelantan for political reasons. He said Umno felt that the federal government should not develop the state because PAS would take advantage of the situation. "PAS will tell the people - even if you don’t vote BN, you will still get development. Why bother voting BN? That has always been the problem with PAS. Even in my constituency... Because of that we have to hold back," he explained. He also commented on issues of religion, the economy and allegations of corruption during his own 22-year tenure as premier. |
| Jangan putar belit fakta : Anwar cabar Najib! |
| Wan Nordin Wan Yaacob |
| KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mencabar TPM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak agar tidak hanya memutar belitkan fakta-fakta berhubung pelbagai dakwaan Anwar ke atas kerajaan Umno/BN. |
Malahan beliau mengalukan untuk dinilai prestasinya sewaktu mejawat Menteri Kewangan selama lapan tahun secara terbuka.
Anwar yang mengadakan sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya semalam berkata beliau tidak takut dengan kenyataan Najib itu malah mencabar secara terbuka.
"Saya tidak ada masalah kalau dia (Najib) nak nilai, dia boleh nilai, saya sebagai Menteri Kewangan lapan tahun dia boleh nilai, kita tak ada masalah," ujarnya.
Kenyataan Najib bahawa apa yang diutarakan Anwar mengenai isu rasuah, masalah ekonomi dan kemelut daya saing negara adalah tidak berasas disangkal.
Sebaliknya Anwar mempunyai bukti untuk mengaitkan dakwaan dakwaannya terhadap kerajaan termasuk isu yang membabitkan Najib.
"Dia kata saya tak ada asas.Saya sebut soal harga barang, negara hilang daya saing dulu nombopr 17 (1997) kini 23.Indeks korupsi kita dan semakin teruk.Isu korupsi kita ada bukti termasuk komisen kapal selam, Pesawat Sukhoi dan skandal Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ)," tegasnya.
"Apa asas yang dimahukannya lagi?.Saya tak ada halangan, tetapi ini jangan seperti yang dibuat oleh Umno sebar dakwan kata KeADILan pro-yahudi Cina dan Hindu, sebar di Permatang Pauh, burukkan saya.Ini tak ada etika dalam kempen," katanya.
Jika Umno atau Najib ada bukti mengenai dakwaannya itu, Anwar mencabar mereka secara terbuka menjelaskan bukti-bukti.
"Dia tak boleh jawab tentang isu ekonomi, isu kenaikan harga barang, masalah jenayah yang sangat tinggi sejak merdeka, rasuah dan, mereka tak boleh nafikan hal ini," ujar Anwar lagi.
Sebelum ini, Najib dalam beberapa siri jelajah kempen pilihan raya mengecam tindakan Anwar melemparkan tuduhan mengenai rasuah, masalah ekonomi dan kemelut jenayah negara.
Najib menyatakan bahawa apa yang didakwa Anwar dan pembangkang sebagai tidak berasas dan mahukan awam menilai prestasi seseorang pemimpin itu ketika berhadapan dengan krisis.
Senarai Aktivis Yang Ditahan Di KLCC - Laman M@RHAEN
Maklumat terkini yang diterima melalui SMS:
Arulchelvan,
Mai Suharah (Wanita - W),
Siti Fatimah (W),
Nor Aziyati (W),
Aimen (W),
Nashita (W),
Hidayat (W),
Zamri Effendi (W),
Marzuki,
Solahuddin,
Syed Jaymal (Press),
Fadhil Osman,
Izamuddin,
Zamhuri,
Mohamed Nawi,
Saravanan Perumal,
Gomathi Gtnalan (W).
Faizal Arul,
Azahar Yaakob,
Tan Chee Hooi,
Ginie Lim (W),
Badrul Hisham,
Dino,
Simon,
Thevarajan,
Saras (W),
Selvam,
Dr Nasir,
Rani (W),
Ganesan,
Ramalingam,
Kartik,
Gana,
Vijaya (W),
Sugu,
Thinakaram,
Nehru
Dr Badrul Amin,
Mohd Sabar,
Dr Zulkifli,
Md Yusof,
Khairul Nizad,
P. Mohan,
Thinamarau,
Kohila (W)
Tian Chua,
Dr Hatta,
Mohamad Sabu
Johnson Chong (Lawyer),
Chou Z Lam (Press),
Azmi,
Zaid Ibrahim,
Tan Ah Kow,
Nuridah Mhd Salleh (W),
Mohd Azemi
Jumlah: 55 - Wanita: 10 Warga Emas: 3, Media: 2 (MalaysiaKini)
Kesemua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur.
| PSM's Aru to be charged, others expected to go free |
| Fauwaz Abdul Aziz | Jan 26, 08 10:12pm |
| Of the some 60 people who were detained by the police for taking part in the Protes rally today, only PSM secretary-general S Arutchelvan has been placed in the lock-up of the Kuala Lumpur police headquarters. The politician and social activist is expected to be charged for violating a court order which bans the staging of the rally today. A Already, seven have been given the green light to go home but they chose to stay with the waiting group as a sign of solidarity. About 30 are still having their statements taken. The delay is due to the process which began only at 8pm. Arrests began at 2pm Court order shown OCPD barks |
|
|
| S Maka bagi menyelamatkan negara ini hanya satu cara sahaja, beramai-ramai undi parti bukan Barisan Nasional, pastikan BN kalah dan kerajaan baru wujud untuk membolehkan di adakan satu Suruhanjaya Kerajaan Bersih, dan di sana kelak kita akan menyaksikan penyelewengan, rasuah Abdullah Hj Ahmad. klik sini |
| Rakyat mula baca hak mereka dalam Perlembagaan |
| Hishammudin Rais | Dec 29, 07 11:06am |
| Semuanya berlalu. Air sungai melintasi bawah jambatan. Buah kelapa tua gugur. Daun-daun menguning dan jatuh ke bumi. Anak lahir, membesar, bersekolah, mendewasa, berkahwin dan beranak pula. Yang muda membesar. Yang tua meninggal dunia. Akhirnya tahun 2007 pergi dan tahun 2008 sampai. Semuanya bergerak bersilih ganti. |
| Rasuah dan penyelewengan punca pelabur asing jauhi Malaysia |
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) - Majoriti pengunjung Harakahdaily meyakini amalan rasuah dan penyelewengan yang berleluasa menjadi faktor utama mengapa pelabur asing menjauhkan diri daripada negara ini. Daripada 2526 responden yang mengambil bahagian dalam ruangan 'Undi Pembaca' Harakahdaily bagi menjawab soalan: "Apakah faktor yang menjauhkan para pelabur asing dari negara ini?" - 1200 responden (47.5 peratus) menjawab 'rasuah dan penyelewengan'; 785 (31.1 peratus) 'kurang yakin dengan kepimpinan dan dasar negara'; dan 216 (8.6 peratus) menyalahkan 'faktor ekonomi yang tidak kondusif'. Hanya 216 atau 8.6 peratus bersetuju demonstrasi aman menjadi penyebab hilangnya pelaburan asing, 80 (3.2 peratus) akibat kempen tangkapan tanpa bicara di bawah ISA; dan 93 (3.7 peratus) enggan memberikan komen. Pengundian berlangsung daripada 17 Disember 2007 hingga 18 Januari 2008. - tajdid |
| Polis akan tahan mereka sertai perhimpunan di KLCC |
| Jan 24, 08 9:25pm |
| Polis tidak akan teragak-agak menahan mereka yang menyertai perhimpunan haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dirancang diadakan di hadapan KLCC Sabtu ini. |
| KeADILan gesa kaji semula rancangan ubah buku teks sastera |
| Dr Syed Husin Ali |
| Parti Keadilan Rakyat (keADILan) menggesa kuat Kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran, supaya mengkaji semula rancangannya untuk mengubah buku teks bagi mata pelajaran Bahasa/ Sastera di sekolah-sekolah mulai tahun 2010. Sudah dilaporkan dalam akhbar bahawa Kerajaan bercadang untuk mnggugurkan karya-karya terkenal oleh semua Sastrawan Negara dan pemenang SEAWrite Award dan menggantinya dengan karya-karya penulis yang belum mendapat pengiktirafan dari masyarakat mahu pun juga kerajaan. Jiklau laporan media ini benar, maka nyata sekali Kerajaan tidak bertindak bijak dan kami sangat-sangat keciwa. Kami tidak menganggap bahwa semua teks yang dipilih mesti terbatas kepada karya penulis-penulis"established" saja. Karya-karya mereka mesti diteruskan disamping mengambil juga karya-karya baru yang baik walaupun belum begitu terkenal. Bahkan harus ditimbangkan juga karangan-karang penulis bukan Melayu tetapi warga Malaysia yang diterjemahkan ke Bahasa Malaysia. Yang sangat mengeciwakan ialah apabila semua karya dan sastrawan yang sudah diiktiraf digugurkan dan digantikan sepenuhnya oleh mereka yang belum mendapat pengiktirafan lagi. Lebih-lebih lagi jikalau mereka yang dipilih sebagai pengganti itu dianggap hanya sebagai penulis-penulis picisan yang menghasilkan karya-karya picisan juga. Kita semua ketahui bahasa yang digunakan oleh penulis-penulis terkenal seperti Usman Awang dan Samad Said sangat baik dan halus, dan boleh menjadi contoh. Semua hasil karya Sastawan Negara sering memenifestasikan nilai serta unsur budaya dan boleh membantu pembaca lebih memahami masyarakatnya sendiri. Mereka membicarakan soal-soal kemasyarakatan yang boleh menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab di kalangan pelajar. Di mana negara pun selalunya teks yang digunakan untuk kursus-kursus sastra mereka, sama ada di peringkat sekolah atau universiti adalah hasil-hasil terrenal yang sudah dianggap sebagai klasik. Rancangan Kerajaan hendak menggugurkan semua penulis serta karya sastera yang terulung di negara ini membuktikan bahawa mereka yang patut bertanggungjawab tidak melakukan tanggungjawab dan tersangat buta budaya. Dr Syed Husin Ali |
SEPETANG ‘BERSIH’ BERSAMA USTAZ SOBRI ARSHAD DI SEBERANG JAYA
Oleh:Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Seberang Jaya 25Januari- BERSIH yang hidup di Permatang Pauh kini mengadakan pertemuan yang ketiganya dengan pertambahan ahli yang semakin ramai.Kumpulan yang memang tidak lari dari konsep asal berbaju kuning ini mengadakan tazkirah bersama ustaz Sobri Arshad dan juga akan bergerak terus dari masa ke semasa untuk program kebajikan di masa-masa yang akan datang.
Menurut saudara Bokhori yang mengetuai program BERSIH ini, perjumpaan ini adalah bertujuan untuk membentuk kumpulan yang akan bukan sahaja menuntut pilihanraya yang bersih , malahan untuk membantu dalam program pilihanraya yang akan datang untuk jentera pilihanraya Barisan Alternatif di Parlimen Permatang Pauh.
”Kita tahu, mungkin bantuan dan sokongan kita tidak seberapa, tetapi kita bergerak atas prinsip untuk membantu.malahan kita juga mendapat tahu bahawa kawasan Seberang Jaya ini masih sukar untuk BA menawannya, untuk memasuki kubu ini juga hampir tidak kesampaian, jadi kami akan membantu dengan cara kami sendiri,”. Selain itu, beliau juga menyatakan program ini akan juga turut mengadakan lawatan dan bantuan kebajikan kepada pihak-pihak yang memerlukan,
“Hanya dengan bergerak melalui jemaah sahaja akan menjadikan sokongan kepada BERSIH akan kekal dan kukuh.”demikian menurut saudara Bukhori lagi.
Dalam ucapan tazkirah yang disampaikan oleh ustaz Sobri Arshad , beliau telah memberi sokongan dan galakan dengan menyatakan bahawa hanya pemuda yang berani sahaja yang sanggup untuk mengadakan perjumpaan seperti ini dan dengan golongan pemuda jugalah , lanskap negara yang dicemari rasuah,penipuan,dan penindasan kepada gerakan islam dan juga pembentukan Negara yang mempunyai kekuatan dalaman dapat diwujudkan demi menjadikan negara ini bersih dari pemerintah yang telah banyak melakukan keburukan dalam negara. Diakhir majlis , jamuan ringan turut diadakan bagi meraikan kejayaan pertemuan BERSIH di Parlimen Permatang Pauh ini
Sementara itu beberapa ahli UMNO dari golongan tua juga tidak ketinggalan mendengar dan belalu dari situ apabila tazkirah yang menyentuh meraka.”walau sudah berumur, tetapi dangdut tetap diminati.Mereka berlalu dengan penuh kebebalan dihati mereka. DAH TUA BANGKA PUN TAK SEDAQ SEDAQ LAGI KA??????????
JOM BERSIH 23 FEBRUARI 2008
http://daftarj.spr.gov.my/
Check these IC below and yourself, or your parents one;
if you want to know how BN and their component parties win.
IC: 991214740101
IC: 910815750017
IC: 981231081137
Enter these I.Cs & you will be SHOCKED to find that these young kids
are registered as VOTERS !
| Anwar: Bumi policies affect investment |
| AFP | Jan 24, 08 3:08pm |
| Former deputy prime minister Anwar Ibrahim said today Malaysia was losing out economically to regional rivals because of long-running policies favouring ethnic Malays. "If you persist in pursuing this agenda, you do it not only at the expense of the Chinese and the Indians, but also of the Malays." |
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

























