Beberapa hari lalu, Zahid Hamidi arah Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, pergi menghadap Tuanku Muhriz dan Undang Yang Empat.
Katanya, cari jalan penyelesaian yang baik. Jangan biarkan kemelut semakin keruh hingga rakyat menjadi mangsa.
MB pun pergi menghadap.
Kita ingat selepas itu keadaan akan reda.
Rupanya tidak.
Hari ini, 10 bekas Exco pula pergi ke mahkamah mencabar pembatalan pelantikan mereka.
Malah antara persoalan utama yang mereka mahu mahkamah tentukan ialah sama ada Tuanku mempunyai kuasa menarik balik perkenan terhadap mereka tanpa nasihat Menteri Besar.
Nampak tak peliknya?
Presiden parti arah MB pergi menghadap Tuanku untuk cari penyelesaian.
Beberapa hari kemudian, bekas-bekas Exco pula meminta mahkamah menentukan sama ada tindakan Tuanku terhadap mereka itu sah.
Yang satu pergi Istana cari damai.
Yang sepuluh pergi mahkamah pertikai pemecatan.
Jadi sebenarnya hala tuju mereka ini yang mana satu?
Nak selesai dengan Tuanku, atau nak cabar keputusan Tuanku di mahkamah?
Itulah yang rakyat sedang tengok.
Kerana yang dipertikaikan kali ini bukan sekadar siapa duduk kerusi Exco.
Ia sudah sampai kepada persoalan sejauh mana kuasa Yang di-Pertuan Besar menarik balik perkenan terhadap Exco tanpa nasihat Menteri Besar.
Dan persoalan itu sekarang bukan lagi sembang politik.
Mahkamah yang akan tentukan.
#ahmadmursi

No comments:
Post a Comment