TIDAK TERIMA YANG ADA WARIS

 


Ramai yg pertikai kemasukan penghuni ke Pusat  Jagaan Warga Emas Pewaris Langkasuka (PEWARIS) Jitra. Kata mereka syaratnya terlalu ketat tetapi mereka terlupa bahawa setiap pergerakan memerlukan wang yg mencukupi termasuk mkn minum, pakaian, perubatan, khidmat sokongan dan sebagainya.





Tanggungjawab menjaga warga emas bukan semudah yg diucapkan. Ianya semakin hari semakin tua. Semakin hari, pelbagai penyakit yg mendatang.


PEWARIS HANYA MENERIMA:

1. Wanita warga emas yg dhaif/tidak ada tempat tinggal/masih mampu berdikari/hidup terbiar keseorangan/tidak ada anak/waris tidak peduli.

2. Dgn rela hati utk menghuni di PEWARIS.

3. Tidak menghidap penyakit berjangkit/penyakit yg merbahaya/mental sihat/bukan bedridden.

4. Dlm kes-kes tertentu dan lulus temubual serta sokongan JKM Daerah Kbg Pasu, PEWARIS boleh mempertimbangkan kemasukan sebagai penghuni selain asbab-asbab yg dinyatakan di dlm syarat kemasukan.


PEWARIS TIDAK MENERIMA:

1. Wanita warga emas yg ada anak-anak tetapi anak-anak tidak mahu menjaga ibu mereka kerana apa sebab sekali pun KECUALI permohonan dibuat melalui JKM Kbg Pasu.

2. Wanita warga emas yg bergelandangan tanpa permohonan melalui JKM Kbg Pasu.




No comments: