𝗔𝗡𝗦𝗨𝗥𝗔𝗡𝗦 𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗕𝗔𝗝𝗨 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛


Ameno World


1. Dah ramai orang ulas isu ini. Samada pros mahupun cons.


2. Yang cons macam biasalah. Jual nama B40 merempat dengan hutang dan kau mudahkan lagi proses hutang bila buat kaedah gini.


3. Pengalaman aku - bergaduh dengan netizens B40 dalam isu SPAYLATER & CASHOUT SPAYLATER; aku boleh katakan mereka tak dipaksa berhutang pun. Mereka hanya BODOH & terlalu beremosi (nafsu) dalam menguruskan kewangan. Di Malaysia ini banyak bantuan untuk B40. Baju sekolah percuma. KWAP. Biasiswa anak cemerlang. Bag & kasut percuma. Sumbangan PIBG. Tu tak masuk lagi inisiatif dari ADUN, MP & JKKK. Maknanya kat sini jika B40 memekak dalam isu ini elok kau lempangkan aja muka dia.


4. Bukan di zaman Madani jak sebenarnya. Sejak zaman BN. Aku asnaf yang terima bantuan ini dari Baitulmal (WP). 2,3 jenis bantuan aku terima. Setiap kali bulan puasa, hotel-hotel sekeliling KL tu turun naik kena belanja dengan VVIP & Menteri. Belanja buka puasa. KL versi mewah. Luar KL tak merasa. Dulu kat bag ada cop bantuan now bila dapat bag percuma betul-betul macam beli kat kedai. Inilah revolusi bantuan. So orang lain tak tahu la kita dapat bantuan. Ini juga antara lain yang buat sebahagian B40 besar kepala buat cerita merapu kononnya terpaling merempat.


5. Berbalik isu baju sekolah neh. Seminggu sekali jak pakai. Sekarang. Lebih banyak pakai baju PJ. KOKO. 


6. Inisiatif ini dari NADI. Bukan KPM. NADI kembangkan ekosistem mereka yang bagi kursus percuma kat B40. NADI ada tuisyen percuma juga. Tapi B40 tak layan sangat. Penyertaaan tak cantik kat banyak kawasan. Internet free. Pun tak dilayan. Tak dapat, memekak. Bila ada yang free tak layan.


7. Inisiatif NADI bab ansurans baju sekolah neh bukan motif utama pun. Motifnya ialah nak bagitahu kat NADI kau boleh upskill. Percuma. Ada orang boleh jahit baju. Kau tempah la beb. Baju kurung. Baju melayu. Nak raya. Boleh potong seluar jeans. Kecikkan pinggang. Inilah dia. Depa tengah promote usahawan bawah mereka. Ini ekosistem yang depa sedang buat macam stail MARA.


8. Tapi sebab sebahagian B40 yang beybal urus kewangan tak reti nak fikir secekapnya maka dia baca hal ini dengan tersangatlah negatif setara dengan sikap dia yang juga beybal urus kewangan dengan membuat tindakan yang memiskinkan lagi dirinya yang dah miskin sebab suka berbelanja ikut nafsu berbanding kemampuan & belajar menyimpan.


9. Kedudukan kewangan & cash flow B40 lebih baik dari M40 yang tersepit. Nak minta bantuan, tengok gaji - bukan B40. Nak beli rumah kos rendah, PPR, tak layak. Tapi tanggungan tak murah juga. B40 yang dah kahwin ada 2 anak vs M40 yang ada 5 anak; masa satu kau rasa kena ikat perut? M40 beli rumah kos serdahana vs B40 yang dapat free PPR. Mana kau rasa boleh menyimpan & ada cash flow yang lebih baik?


10. Title B40 ini makin lama makin melemakkan B40 dan memangsakan M40 & T20. Bukan semua. Tetapi ada sebahagian B40 yang pergi sana sini & merentan kerajaan ini buat polisi yang menindas dirinya tanpa dia sedar sesetengah polisi itu kadangkala boleh membantu M40 juga. 


11. Dia fikir dia je kena survive kat Malaysia neh. M40 boleh pergi mampos la.


12. Tahu-tahu je yang paling memekak dalam isu juga yang beli ansurans. Bukan paksaan. Macam kau main kutu. Bayar sikit². Dah habis bayar, kau ambil la barang tu. Nak sakit hati kenapa? Aku kat SHOPEE buat macam tu la. Aku top up sikit² kat SPAY. Dah cukup duit nak beli item tu, aku beli & bayar la. Secara konsep ianya sama. Faham-faham la sesetengah dari kita kena ada motivate untuk paksa menyimpan. Ada orang boleh kumpul duit dan simpan sendiri. Ada orang dia dihasut² untuk habiskan duit. Ini bukan ajar orang berhutang. Ini ajar orang menyimpan dan urus perbelanjaan. Ada orang tahun depan nak beli baju sekolah, tahun ini dia simpan. Aku kenal seorang. Dia simpan guna cara duit kutu. Main kutu salah. Tapi apa kerajaan boleh buat kalau geng-geng mak ini main sesama mereka kat tempat kerja.


13. Sepatutnya isu ini kau swipe je. Tak payah check in. Tak payah berharap harga baju sekolah akan murah macam zaman dulu. Gaji berubah tak akan harga barang kekal. Harga dulu macam mana? Budak kecik kurus sekolah rendah belas-belas. Bila anak-anak makin besar harga belas-belas dah tak belas-belas dah. Harga baju sekolah berbeza ikut ketinggian & size. Jadi makin besar anak makin mahal la harga dia. Itu yang tiap² tahun kena spend lebih. Anak² aku manusia. Ada nyawa. Benda hidup. Membesar. Bukannya robot & statik. Apa nak pelik? Aku lagi pelik dengan mak bapa yang anggap harga barang keperluan kena statik bila anak² dia sendiri tak statik.





No comments: