Uniforms Original
Sebenarnya bukan PESA tetapi hybrid, Su-30MKM menggunakan radar berkuasa Tikhorimov NIIP N011M Bars.
N011M Bars merupakan sistem serba baharu direka khusus untuk melengkapi pesawat-pesawat generasi ke 4++ seperti Su-37 Terminator, Su-30MKi, Su 30MKM, Su 30MKA dan Su-30SM/SME.
Sistem radar NIIP N011M Bars yang digunakan pada pesawat pejuang seperti Su-30MKM dan Su-30MKi mempunyai berat keseluruhan lebih kurang 650 kilogram.
* Antena dengan IFF Lebih kurang 100 kg.
* Pemproses, unit pemancar, dan kabin elektronik - Menjadikan baki berat keseluruhan sistem mencecah 650 kg
Walaupun N011M adalah sistem PESA "Passive Electronically Scanned Array" TETAPI sebenarnya ia menghampiri keupayaan radar AESA.
Ini adalah radar pesawat pejuang operational paling berkuasa yang pernah dihasilkan oleh Russia (ketika itu).
Jarak pengesanan untuk sasaran udara dengan RCS 5 meter persegi ialah 350km (terdapat info 400km untuk saiz AEW&C) manakala bagi sasaran darat seperti MBT pula sejauh 50km
Ia boleh mengesan dan menjejak sehingga 15 sasaran udara secara serentak dalam mod Track-While-Scan (TWS), dan berupaya menyerang 4 sasaran daripadanya sekaligus
Dalam fasa memancar (transmit), radar ini menggunakan satu pemancar berkuasa tinggi (travelling-wave tube) berpusat yang kemudiannya diagihkan kepada antena-antena kecil. Ini adalah ciri utama radar PESA tradisional.
Bagi fasa menerima (receive) isyarat pantulan pula, radar ini menggunakan modul penerima solid-state yang berasingan untuk setiap elemen antena (mirip dengan teknologi AESA).
Selain menukar arah pancaran gelombang secara elektronik, antena radar ini turut dipasang pada gimbal mekanikal. Ini membolehkannya bergerak secara fizikal untuk meluaskan sudut imbasan (sehingga ±70 hingga ±85 darjah), menjadikannya lebih fleksibel.
Gabungan dua sistem ini memberikan kelebihan seperti tahap kepekaan/sensitiviti penerima yang setanding dengan AESA berserta jarak imbasan yang sangat jauh.
Salah satu punca utama SU-30MKM mempunyai canard ialah disebabkan berat yang agak besar pada radar N011M.
Canard yang terdapat pada hadapan Su-30MKM bertujuan mengimbangi perubahan "centre of graviti" ketika penerbangan dan maneuver selain kuasa enjin dan TVC.
Rujukan pelbagai,
Oleh Salman Al Farisy
Like, Follow, Comment & Share, terima kasih
No comments:
Post a Comment